Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, December 21, 2011

Review 645: Angel In The Devil's Suit by Kaseh Esmiralda



Angel In The Devil's Suit
Penulis: Kaseh Esmiralda
Terbitan Kaki Novel 2011
640 mukasurat
RM23
Sabah/Sarawak RM26
isbn 9789675067877


"Jeremy dan Dew... dua insan seiras rupa, dua watak berbeza gaya, tapi Camie tetap setia menyayangi mereka!"


some secrets are best to remain as secrets.


Kisah Manga yang dibukukan dalam bahasa melayu. Watak-watak bukan melayu dan bukan malaysia yang diceritakan dalam suasana bahasa melayu santai ditangani dengan baik oleh penulis. mungkin gaya santai itu yang membuat penyampaian kisah Dew & Camie ini tidak terasa janggal. bukannya apa,biasanya kalau aku baca kisah yang orang bukan malaysia ni, kadang2 terasa seperti membaca buku yang diterjemah. Bagi orang yang tak pernah baca komik manga, mungkin terasa jugak lah bezanya dari novel biasa.


Ada 3 kisah utama yang menarik dalam novel ini.
- Jeremy - Milly/Camie
-Dew - Camie
-Misteria yg disimpan Madam Juwiette, Tuan Ramelo dan Rafael. Pn. Jemina, isteri Rafael seperti tidak tahu apa-apa2 mengenai misteri itu, tetapi detik pertama pertemuan dengan Dew naluri keibuannya dapat mengesan itu anaknya.


Kisah bermula dengan Camie yang dipindahkan ke sekolah lain kerana prestasi pelajarannya yang semakin merosot lantaran tertekan dengan kematian kekasihnya, Jeremy. Di sekolah baru, kebetulan yang ajaib berlaku apabila dia ditempatkan di sebelah Dew yang mempunyai wajah yang sejibik sejibon macam Jeremy yang telah meninggal dunia. Tetapi setakat itu saja persamaan mereka. Jeremy merupakan pembela dan pelindung Camie di sekolah tetapi Dew merupakan pembuli dan memilih Camie untuk menjadi hambanya bagi menyelesaikan kerja-kerja sekolah dan nota buatnya. Camie hanya memberontak dalam hati, dia terpaksa menurut kehendak Dew dan terus menjadi mangsa buli team budak2 perempuan juga. Hubungan 'kerja' mereka membuat mereka saling mengenali peribadi sebenar.


Tekanan-tekanan yang diberikan Dew menjadikan Camie smakin hari semakin berani dan mula menunjukkan sikap melawan. Dew senang dengan perubahan itu kerana dia tidak mahu Camie terus membiarkan dirinya menjadi mangsa dan tidak memerlukan orang lain sebagai penyelamat. Assignments dan nota yang sering disiapkan Camie untuk Dew juga menjadikan Camie semakin cemerlang dalam pelajarannya. Dew digeruni kerana dia merupakan anak Mdm Juwiette. Kesian Camie kerana terpaksa bertahan dengan kekejaman Dew.


Misteri yang disimpan kejap keluarga Jeremy dan keluarga Dew semakin terbongkar apabila Dew mengikut kakak Jeremy pulang ke rumahnya dan bertemu dengan Pn. Jemina, seorang ibu yang penyayang, jauh berbeza dari ibunya Mdm Juwiette yang mengejar status hingga kasih anak tidak lagi penting.


Aku tak suka cara watak guru dipresent dalam kisah ini. Walaupun memang nak menunjukkan Dew tu betul2 devil dan menambah elemen lucu, takkanlah semua watak guru turut dibuli. Kalau macam tu lebih baik Dew tu tak ke sekolah langsung. Itu barulah devil. Pengetua diejek dengan gelaran yang memalukan malah watak pengetua kelihatan miang dan tidak cerdik. apakah kriteria seorang pengetua Kolej Riveria? Takkanlah kolej elit seperti itu mengambil seorng pengetua yang tak berkaliber langsung. Walaupun watak pengetua tu bukan org malaysia dan melayu (mungkin juga bukan india atau cina) tetapi guru tetap guru. perkataan guru/pengetua itu sendiri adalah satu perkataan yang mulia.


Jeremy-Milly adalah kisah cinta yang tidak kesampaian yang menyentuh hati. Mereka terpaksa mengucapkan selamat tinggal kerana suratan takdir yang tidak dapat ditolak oleh sesiapapun.


Paling menarik adalah kisah Ramelo-Juwiette dan Rafael-Jemina. Kisah mereka terbongkar setelah Dew meniggalkan Rivera untuk melawat family Jeremy yang dikatakan seiras dirinya. Itulah detik bermulanya pembongkaran rahsia besar Ramelo dan Rafael.


Yang menjadikan buku ini tebal adalah kisah-kisah pembulian yang dilakukan oleh Dew terhadap Camie.


nama Dew membuat aku rasa nak menonton lagi sekali filem Thai yang bertajuk 'The Letter'. Kisah yang menyentuh perasaan. tapi aku tak suka ending 'The Letter' sebab ada ka patut dia suruh anak dia panggil pokok tu 'ayah' kerana abu mayat suaminya ditabur dekat pokok tu. huhu... eh tetiba masuk citer thai.

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Angel in The Devil's Suit


Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.


Jeremy, insan yang amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.


Dew pula seorang pelajar yg digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras Jeremy, kekasihnya.


Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.


Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu 'tuan'nya menyelesaikan masalah itu?

No comments:

Post a Comment