Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Aida Adriani. Show all posts
Showing posts with label Aida Adriani. Show all posts

Monday, September 26, 2011

Review 531: Lafazkan Cintamu by Aida Adriani


Lafazkan Cintamu by Aida Adriani
Terbitan Alaf 21
RM 19.90
512 mukasurat


“Ucapkan sekali saja dan akan kusimpan di sepanjang hayatku”

I have high hope for this book especially slepas baca Cintamu di Hati oleh penulis yang sama. Bila tengok ulang cetak saya dah senyum, mungkin harapan saya tak menghampakan, dlm tahun 2006 saja dua kali buku LCM ni diulang cetak. And lepas habis buku ni memang puas hati la.. Memang Aida Adriani improved a lot dlm buku Lafazkan Cintamu ni. Saya memang enjoy baca buku ni. Yang lambat habis tu bukan sebab slow ker apa tapi I’ve been sooooooooo busy, masa weekend baru dpt habiskan dgn tenang.

The title tells the main story dlm kisah ini. Kisah dua insan yg jatuh cinta tapi tak melafazkannya. Banyak perkara yg mungkin dapat dielakkan sekiranya diorang ni awal2 dah declare perasaan masing2 but then nanti tak la jadi cerita pulak. Secara ringkas, kisah ni tentang Erina yang terbuang dari kampung sendiri kerana fitnah dan diaibkan. Dia bekerja dgn Haikal. Pertemuan pertama mereka menjadikan Haikal terkedu kerana Erina sangat iras dgn adiknya Hanna yg meninggal dunia dlm kemalangan jalanraya atas kecuaiannya dirinya. Sesalannya terubat dgn kehadiran Erina.Ntah bila kemesraan mereka bertukar menjadi cinta tapi kedua2nya masih keliru dgn perasaan sendiri.

Haikal diminta menunaikan janji kpd Juliana dan Erina mula menjauhkan diri apabila Haikal bertunang. Haikal tahu Juliana sudah berubah hati namun janji tetap mesti ditunaikan. Erina bertindak menerima cinta Razwan utk mengelak syak wasangka Juliana. Perkahwinannya dgn Razwan di pelamin yg dibina utk Haikal adalah sangat tidak disangka-sangka. Erina mahu bahagia dgn Razwan tapi Razwan ada rahsia hitam yg menyiksa hidup dan batin Erina. Erina menjadi mangsa deraan Razwan. Erina nekad utk membebaskan diri dari Razwan apabila menyaksikan sendiri Razwan memadu asmara dgn orang lain, lebih2 mengecewakan lagi apabila ’orang lain’ itu adalah bekas tunangan Erina, anak kpd lelaki yg menfitnah Erina. Ketika Erina terkapai-kapai memerlukan bantuan, Haikal hadir utk membantunya tapi Erina tahu sampai bila2 pun dia tak akan dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dgn orang sebaik Haikal. Perasaannya disimpan kejap dlm hatinya.

Serumah dgn keluarga Haikal menjadikan dirinya bahan umpatan. Haikal mampu tersenyum apabila ibu dan bapanya sendiri mahu Erina menjadi menantu mereka tetapi Erina ada alasan sendiri utk menolak. Namun apabila Haikal menjauhkan diri, Erina pula menanggung rindu.

Sure fine whatever
Rinn
4 bintang

Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.
Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

Friday, May 28, 2010

Review 523: Kerana Terluka by Aida Adriani


Kerana Terluka by Aida Adriani
Terbitan Alaf 21
Tahun 2008
RM 19.90
ISBN: 9831243536


"Setelah kau balut luka ini mengapa kau jua yang merobeknya?"


Wan Anum Sofia. SAya rasa nama ini sangat gah, begitulah gahnya perwatakan Wan Anum Sofia dlm cerita ini dan saya ternanti-nanti 'aksi-aksi' Wan Anum Sofia dalam kisah ini. Tapi saya agak kecewa kerana watak itu berlegar sekitar suku buku saja sebab kisah ini lebih kepada conflict perkahwinan Rahsia Nudra-Iskandar dan Iskandar-Lissa.


Wan Anum Sofia ni nenek Nudra, tokey kedai emas yg kaya raya. Nudra yg disangka lahir dari perbuatan sumbang anaknya, dibenci sepenuh hati.


Nudra ni baik, terlalu baik sehingga boleh diperkotak katikkan sesiapa saja. Dia sentiasa bersikap menerima saja apa yg ada. Memang la baik tapi most of the time menjadikan hati sakit sbb dia seperti enggan mempertahankan diri sendiri. Saya tiada masalah dgn gaya penulisan Aida Adriani yang sangat2 matang dan kemas, cuma ceritanya saja saya kurang suka. Watak utama lelaki cerita ini, Iskandar, aduih.. dia ni mak dia tak bagi kawin dgn Nudra. Mulanya dia akur kerana dia sangat2 menghormati dan menyayangi ibunya, tapi kemudian dia tak dapat lg berjauhan dgn Nudra lalu nekad mengahwini Nudra. Ibu nya akur dlm terpaksa & dia mahu Iskandar merahsiakan perkahwinan itu. Ibunya memaksa dia mengahwini Lissa, sepupunya yg baru kembali ke agama Islam setelah sekian lama menghilangkan diri bersama ayahnya ke luar negara. Iskandar seperti separuh hati saja menolak. Dgn izin Nudra, dan tanpa pengetahuan Lissa, Iskandar memadukan dua wanita itu. MOst of the time Iskandar memberi alasan dia mengahwini Lissa kerana dia tak mahu melukakan lagi hati ibunya yg pernah dilukainya dgn mengahwini Nudra.


Lebih sedih lagi, Lissa ni dihantar belajar mengaji dan mendalami agama di rumah Nudra. Kesian la Nudra menahan rasa saja setiap kali tengok Lissa mesra dgn Iskandar. Iskandar pun layan jer dan buat2 mcm tak ada apa2 dgn Nudra. Lissa sgt menghormati Nudra.


Iskandar seperti tak kisah bila tiba2 saja menghilangkan diri (dengan alasan atas arahan ibunya yang tak mahu dilukai lagi setelah melukai hati wanita itu semasa mengahwini Nudra). Nudra ditinggalkan begitu saja tanpa khabar berita. Berbulan-bulan kemudian, dia terasa rindu pada Nudra lalu kembali ke rumah Nudra (Lissa yg sedang sarat mengandung ditinggalkan di luar negara). Balik la kat Nudra dlm 4 hari, lepas tu dia kembali semula kepada Lissa kat Jerman. Edeh, edeh.. edeh.. dok taip ni pun rasa sakit hati. nampaknya, demi ibu terssssssayang dia sanggup melukakan hati 2 wanita yang baik. Berbaloikah lelaki yg mcm ni? SEdih betul mengenangkan keadaan Nudra yg pregnant selepas kembalinya Iskandar ke Jerman utk bersama dgn bini mudanya yang bakal melahirkan anak bila2 masa.


Saya rasa perkahwinan dgn Nudra adalah satu kesilapan. Dgn mengahwini Lissa dia mampu menyayangi Lissa dan seperti melupakan Nudra, dan bila bersama Nudra dia boleh melupakan Lissa.


Pertengkaran antara Iskandar dan ibunya membongkarkan segala2nya ke pendengaran Lissa. Dia langsung tak dapat menerima hakikat dia bermadu dgn Nudra. Dia mahu Is membuat pilihan. Iskandar ni memang la penyayang tapi tak ada pendirian, sebab tu dia tak mampu berlaku adil.


Iskandar tu tak der pun nak gi cari Lissa yg menghilangkan diri, selepas Nudra pujuk, barulah dia pi cari.


Satu lagi watak yg saya tak berapa suka adalah watak Munirah, ibu Nudra yg tak bersungguh-sungguh mempertahankan diri dgn kisah sebenar sehingga menimbulkan tanggapan yg Nudra tu anak luar nikah. sebenarnya ibu Iskandar tak suka Nudra sbb Nudra tu anak luar nikah. Dari suka sangat2 jadi benci sangat2.


aik? awat review ni jadi panjang? rasanya kisah mcm ni la yg saya susah nak lupa. hehe.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


NUDRA HANEEM... hidupnya sering saja diduga. Bahagia baginya bagaikan bintang yg bertaburan di langit; indah tetapi tidak tergapai dek tangan. Sedari kecil hidup tanpa kasih sayang ibu & ayah, sekadar menumpang kasih org dan bila dewasa, kasih dan cintanya diuji lagi.


kehadiran ISKANDAR memberikannya kebahagiaan di saat diri memerlukan perhatian. Namun rahsia keluarga yg tersimpans ekian lama telah menguji kasih iskandar padanya. Atnara kasih ibu dan kasih kekasih yg manakah harus dikorbankan? demi maruah, demi agama, sanggupkah cinta jadi taruhan?


"Cinta bukan matematik Nudra. Satu cinta bahagi dua bukannya setengah."


"Saya juga bimbang Is, kalau kekuatan saya hilang dalma keadaan payah begini."


bukankah cinta memerlukan pengorbanan? Ah... tapi tidak selamanya hati teguh andai cinta terus-terusan diuji. Sekali terluka parutnya tinggal sampai bila2. lalu apa lagi yg terbaik selain nekad mengikut kata hati? Kerana... itu adalha lebih baik daripada merelakan diri hidup bahagian dalam kepura-puraan!

Friday, April 2, 2010

Review 522: Cintamu Di Hati by Aida Adriani


Cintamu di Hati by Aida Adriani
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM16.00
410 mukasurat

"Ku bawa cintamu walau ke mana meskipun ia bukan milikku"

Awal-awal cerita saya agak kurang berminat membacanya kerana cerita yang sama saja rasanya dengan citer2 lain yg saya baca kebelakangan ini. Slow jugak la saya baca. Kemunculan watak 'ganas' emak Zulfy pun tidak mampu membuang rasa bosan saya. Tapi selepas Seri melahirkan anaknya bersama Azlan dan kemudian berkursus di Venice, pertemuan semula dgn Zulfy, rasa ingin tahu mula bertunas di hati saya. Baru bersemangat nak baca!

Cerita ini lambat panas, tapi bila dah sampai separuh buku, saya dapat rasa keistimewaan penulis dalam menyusun kronologi cerita yang terselit juga rasa 'taksangka!' dalam cerita ini. Yang pastinya selepas tutup buku "Cintamu di Hati" ni saya terus capai buku kedua penulis ini bertajuk "Lafazkan Cintamu". Tak sabarnya nak baca.. dari cara penulisan penulis ini rasanya dia berdaya maju dan mampu menghasilkan sesuatu yang menarik :)

Kisah ini menceritakan tentang seri yang setia menyintai Zul. Begitu juga sebaliknya, tetapi cinta mereka ditentang hebat oleh ibu Zul. Seri sakit hati difitnah ibu Zul, lalu nak menjaga perasaan keluarganya, Seri menerima Azlan sebagai suami. Zul membawa diri ke luar negara.

Ternyata Azlan seorang suami yang baik. Kelahiran Balqis memutikkan rasa cinta seri terhadap Azlan. Atas tuntutan tugas, Seri terpaksa ke Venice. Di sana dia bertemu Zul yang masih tidak dapat melupakannya.

Azlan meragui hati Seri kerana dia tau Seri dan Zul saling menyinta. Azlan sanggup membawa seri ke venice dan berhadapan dgn zul utk clear things up among themselves. Tiba2 Zul muncul bersama Marisa yg diperkenalkan sebagai bakal isterinya. Azlan lega dan kembali dengan rasa senang hati.

Tiba2 Zul muncul kembali sebagai rakan sekerja Seri. Seri tidak mahu Azlan curiga dan cuba merahsiakan tapi semuanya terbongkar jua. Seri keguguran semasa di temapt kerja dan Zul membawanya ke hospital. Azlan menyalahkan Seri kerana cuai menjaga kesihatan dirinya hingga bayi mereka keguguran. Azlan semakin sukar mengawal rasa cemburunya lalu menceraikan Seri supaya dapat kembali kepada Zul. Seri kecewa dan membawa diri melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dia melahirkan Aiman di sana. Setelah bergelar Dr, Seri kembali ke Malaysia bersama Aiman. Aiman terlalu teruja utk bertemu bapanya lalu memanggil Zul sbg daddy walaupun Seri cuba menghalang.

Seri dan Azlan bertemu kembali setelah aiman dimasukkan ke hospital kerana asma. Azlan menyangka Aiman anak Zul dan Seri kerana Aiman memanggil Zul 'daddy' tetapi setelah mengetahui umur Aiman Azlan tahu yg sebenarnya Aiman adalah darah dagingnya. Entah macam mana terbongkar rupa2nya Aisyah, kawan baik seri yang selama ini meracuni fikiran Azlan sejak dulu supaya menaruh syak wasangka terhadap hubungan Zul-Seri hinggakan membawa kepada penceraian.

zul tu macam mana ntah, sekejap macam taknak kacau Seri, tapi then macam yakin nak sangat kat seri sampai tak peduli tindakannya itu merosakkan keharmonian rumah tangga Seri.

sure fine whatever
Rinn
2.5 bintang

sinopsis belakang buku:

Kata orang... kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tetapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat. Sememangnya cinta pertama terlalu sukar dilupakan. Meskipun tidak berakhir dengan satu ikatan suci, namun kenangan itu tetap utuh di hati, terpahat teguh di sanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan, cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama. Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya. Setiap waktu bersama zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan. Kenangan cinta pertama mereka kembali membura hingga mengundang cemburu Azlan. Dalam melawan arus asmara terlarang, kesetiaan Seri terus terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang, ujian datang tiada siapa dapat menduga. Seri terus tabah menghadapi segala rintangan dalam mencari bahagia yang hilang. Jalan yang dilalui tetap berliku. Bahagia yang dicari ibarat fatamorgana. Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdir. Ada saatnya dia hampir tersungkur dalam mencari sejalur sinar.

Hari berlalu... dan dalam pencarian itu, hatinya sering berkata, milik siapakah cinta ini? Masihkah ada cinta kedua buatnya?