Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, April 18, 2010

Review 126: Lagu Cinta Buatmu by Qaseh Qaisara



Lagu Cinta Buatmu
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
RM19.90
Sabah/Sarawak RM22.90
9789833880324
491 mukasurat


"Hati kian bernada bila cinta memenuhinya"


Cerita ni citer kawin paksa. Tema agak biasa, sebab2 yg agak biasa juga digunakan utk mengahwinkan dua watak utama cerita ini. Ada dialog2 menarik dan refreshing yg diselitkan penulis dan membuat kita tersenyum. Joke tak basi la. :)


Kisah ni tentang Anis dan Daniel. Daniel ni sepatutnya berkahwin dgn Nadia. Lagi dua minggu majlis, Nadia tarik diri. Daniel tu nampak sgt dia paling bara dgn kawan2 dia yg bersungguh2 pujuk dia kawin dgn Nadia tapi last2 Nadia buat hal. Demi maruah keluarga, Daniel setuju menerima Anis yg tidak pernah dikenalinya. Dia menganggap Anis sbg wira yg menyelamatkan maruahnya.


Anis terlalu sayangkan ibu tirinya dan tak sanggup mengecewakan harapan wanita itu. Perkahwinan itu diterima dgn hati terbuka. Anis ni beruntung, mak mertua dan kak ipar dia memang sah2 menyebelahi dia, kalau jadi apa2, memang teruk ar Daniel tu kena sbb diorang semua menghargai jasa Anis.


Masalah besar antara Anis dan Daniel ada komunikasi. Dua2 berat mulut. Anis tu tak berat mulut sgt, bila dgn org sekepala dgn dia, dia akan jadi riuh. Biler dpt mamat senyap sunyi mcm Daniel tu, rumah diorang pun jadi sunyi sepi lah jugak.


Diorang buat hal masing2. Hajat Anis nak mengenakan Daniel akhirnya terpantul ke batang hidung sendiri dan akhirnya mulalah kuar bunyi dalam rumah diorang. Walaupun bunyi macam nak gaduh, tapi meriah la sikit dari sebelum ni.


Seperti diduga, Nadia muncul kembali dan cuba memenangi hati Daniel. Tapi Daniel tu buat dek jer. NAdia bagi alasan nak uji Daniel, sbb tu dia buat keputusan meninggalkan Daniel dulu. Biler tengok Daniel mesra dan memanjakan Anis, NAdia jadi jeles pulak sbb sebelum ni Daniel tu stone jer, tak pernah nak melayan dia mcm tu. Daniel tu memang ngan sapa2 pun dia tak byk cakap. Tapi sejak mengenali Anis yg manja semacm tu, Daniel jadi spesis suka mengusik pulak.




sinopsis/blurb:


Dlm menanti saat bahagia, tunang Daniel, Nadia mengambil keputusan untuk membatalkan pertunangan mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Daniel terpaksa mencari jalan utk meneruskan juga perkahwinan itu.


Anis terpaksa menjadi 'pak sanggup' apabila terpaksa menjadi pengganti pengantin perempuan buat Daniel. Demi sayangkan ibu tirinya, Anis akur.


2 minggu usia perkahwinan mereka, masih tiada siapa yg ingin memulakan bicara. Sikap Daniel yg dingin menggusarkan hati Anis. Tidak tahu status sebenar dirinya. Sehinggalah satu kejadian yg memalukan Anis berlaku, bermulalah detik perkenalan antara Daniel dan Anis.


Sikap Daniel yg dingin dan serius kian berubah dari hari ke hari. Bibit2 cinta kian bercambah dalam diri masing2. Namun kemunculan Nadia, menguji kesetiaan perhubungan mereka. Menguji tahap kejujuran dan tahap kasih sayang yg mereka bina.


Berjayakah Anis mempertahankan haknya? Berjayakah Daniel mempertahankan cintanya? Benarkah lagu cinta telah bernada di hati mereka?

Friday, April 16, 2010

Novel2 baru di pasaran


Kau Selalu Ada
Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Durrah Fatiha
ISBN: 978-983-124-537-8
Terbitan Alaf 21


Sinopsis:


MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.


Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin.


Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan.


Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!



Kasihku Satu
Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Amiza Anaz
ISBN: 978-983-124-531-6
Penerbit Alaf 21


Sinopsis:


AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang disangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesampaian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.


Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan perasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.


Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.


Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?


Coklat, Bunga & Si Cupid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2010
Penulis: Zara Amani

Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.





Cinta Dua Benua
Aliaa Rohani
RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-31-0
Terbitan Buku Prima


Di universiti, Farah Amira mengenali Amer. Empat tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, akhirnya mereka terpisah akibat salah faham dan buruk sangka. Kerana terlalu kecewa, Farah lari membawa diri ke Kota London. Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Ikmal. Tanpa dia sedari, Ikmal juga menaruh perasaan terhadapnya. Masa berlalu pantas, akhirnya tiba masa untuk Farah kembali semula ke tanah air. Hatinya masih mengingati Amer. Namun, dalam pada masa yang sama, Ikmal terus setia menanti, mengharapkan cinta Farah. Farah lemas dan keliru apakah rasa sebenar hatinya.

Review 125: Bidadari Hujan by Noor Azzahra


Bidadari Hujan
Penulis: Noor Azzahra
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118340
508 mukasurat


Bidadari Hujan diceritakan dari persepsi seorang lelaki awal 30-an. Rain membuat kita faham gelora jiwa seorg jejaka yg inginkan cinta dlm hidupnya. Qamalia adalah idaman ramai jejaka. Sesiapa saja boleh jatuh cinta pandang pertama pada dia. Gadis 21 tahun itu membuat Rain dilamun cinta. Dan Rainlah paling bahagia apabila cintanya bersambut.


Di saat Rain bahagia dilamun cinta Qamalia, dia tersungkur tatkala dipaksa menerima Sufi Sofea sebagai isteri.


Kisah cinta Rain-Lia memang sangat manis dan membuai perasaan, namun cinta begitu kelihatan biasa2 dan berlaku pada siapa saja yg jatuh cinta pandang pertama. Bidadari Hujan betul2 menangkap perhatian saya apabila Rain bermimpi selepas istiqarah. Ternyata bukan seorang saja Bidadari Hujan di luar sana. Mimpi itu betul2 membuat saya tak sabar nak mengetahui perjalanan hidup Rain sbg suami terpaksa.


Dia memilih utk menyakiti hati Sufi. Layanan Sufi tidak pernah diambil peduli. Rain heran bagaimana Sufi boleh tetap tenang dan tersenyum hingga dia rasa tercabar malah merasakan Sufi adalah pelakon yg terbaik.


Sufi tidak pernah mencanangkan keburukan Rain, malah dia menceritakan yg baik2 aja. Masing2 mahu menjaga hati ibu bapa masing2.


Kemalangan yg meragut nyawa ibu bapa Sufi telah menyentap Rain ke realiti sebenar hidup seorg Sufi. Sedih giler masa kita mula mengenali Sufi yg selama ini tenang. Kini wajah Sufi kelihatan paling ikhlas di mata Rain. Mungkin kerana sebelum ini Sufi belum pernah menangis di hadapannya maka dirasakan Sufi pandai berlakon. Air mata itu telah membuat Rain mencari kisah di sebalik ketenangan Sufi yg dilihatnya sebelum ini.


Kalau Rain rasakan kebahagiaan cintanya diragut, Sufi lebih jauh menderita angkara cinta. Arwah Nenek sungguh2 memaksa dia mengahwini Sufi demi menjaga maruah keluarga Sufi yg pernah mendermakan buah pinggang buat nenek meneruskan hidup di dunia. Rain merasakan dia sudah membuat pengorbanan besar, tetapi sekarang siapa yg lebih byk berkorban?


Diari2 Sufi menyingkap rahsia hati seorg isteri membuat rasa kasihan Rain bertukar menjadi kasih. Tetapi Sufi sudah bersedia utk ditinggalkan kerana sudah tiada hati yg hendak dijaga apabila ibu bapanya sudah pergi utk selama-lamanya. Sepanjang cerita kita memang hanya tahu perasaan Rain. Perasaan Sufi hanya diselami melalui catatan diari Sufi yg dibaca senyap2 oleh Rain.


Gila bayang Rain pada Lia dulu terasa sgt berbeza dgn gila bayang Rain pada Sufi. Bukan senang nak pujuk Sufi yg bijak menyembunyi rahsia hati. Bila doktor lelaki cek degup jantung bini dia dgn stetoskop pun dia dah rasa jeles. Apersal cek lama sangat?


Dan nasib baik lah muncul sekor lembu yg menyelamatkan rumah tangga Rain. haha! Lembu? yep lembu, bukan 'lembu' tapi lembu yg suka makan rumput tu. haha... dlm sedih2 rasa lawak lah pulak.


Saya setuju dgn kak noor, pemilihan editor lelaki utk novel ini adalah sangat tepat dan membuatkan kisah ini jadi istimewa dan lain dari yg lain. Terima kasih utk Bidadari Hujan. :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb


Kasihan itu salah satu cabang cinta!


Tanpa diduga tatkala hujan sedang turun pada suatu pagi, aku terpanah dek kasmaran utk pertama kali. Dia Bidadari Hujan yg memayungi aku dgn payung cintanya! Aku terpesona pada kejelitaannya. "Harap2 esok pagi hujan lagi!" kataku sambil menghadiahinya senyum. Matanya memanah hatiku dgn busur arjuna. Lalu hari2 selepas itu aku bukannya lagi Raimy Haidar yang dulu.


Hujan mencurah lagi. Diberinya aku sekaki payung. "Macam mana saya nak pulangkan?" Langkah dia terhenti. Aku menanti. Perlahan-lahan dia berpusing kembali menghadap aku. Oh dia bukannya Bidadari Hujan aku yg dahulu. Tingkahnya penuh pekerti senyumnya penuh erti."Simpanlah andai awak rasa mahu menyimpannya. Buanglah andai awak rasa mahu membuangnya."


Apa jawab hati aku pada saat ini?

-----------


Tulisan Noor Azzahra buat yg mahu mentafsir cinta dari sudut yg lain. Benarkah lelaki tidak halus hatinya dlm menzahirkan cinta? Bolehkah cinta datang utk kali keduanya? Tanyalah kepada Bidadari Hujan, biarlah dia yg menjawab semua persoalan anda itu!

Wednesday, April 14, 2010

Review 124: Layang-layang Bertali Kaca by Norhayati Berahim


Layang-layang Bertali Kaca
Penulis: Norhayati Berahim
Cetakan pertama 2010
Terbitan NB Kara
922 mukasurat
RM29.90
sabah/sarawak RM32.90
9789675229145


"sakit tangan digerit kaca sakit lagi hati yang terluka"


922 mukasurat!!! huarghhhh... tapi tak tau kenapa ni antara buku terawal yg dibeli dari pesta buku yg baru lalu yg aku capai dan baca. Aku amik masa less than 3 days untuk habiskan. selang seli dgn keja2 masa weekend dan sibuk2 ngemas sbb mak aku tiba2 jer decide nak datang malam ahad tu! lintang pukang aku kemas rumah.


Kisah yg panjang ini bermula dari zaman kanak2 si hero dgn heroin. Permulaan yang menjadi perpisahan dan masa akhirnya menemukan mereka semula atas rancangan yg sangat sempurna oleh si heroin walaupun duapuluh tahun telah berlalu ;) I like!


Bagi aku kisah zaman kanak2 Manja, hingga remaja dan menempuh alam dewasa itu sangat relevan dengan evolusi Manja. Dia dari seorg yg sgt naif menjadi seorg yg sgt tabah. Dia tak mahu terkena sumpahan nama, "Manja". Dia mencari peluang utk lari dari tipikal kehidupan gadis kaya raya yg spoiled. Dia bertemu jalan yg dicari dan pengalaman banyak mengajar dia menjadi wanita yg lebih bijak.


tapi macam pelik pulak Manja yg membesar dalam pendidikan di Malaysia tak terdedah langsung dgn basic keagamaan. Mungkin private class la kot. kan bapak dia kaya gilerrrr.


Kebetulan2 yg wujud dlm cerita ni seperti sangat terancang. Semua yg terlibat saling kait mengait dalam universe kecil novel ini. Macam tak der orang lain nak terserempak. Balik2 orang tu jumpa orang ni, kenai orang sana yang adik beradik dgn orang sini. LEbih kurang macam tu lah.


BAgi yang merancang nak baca novel ni, boleh skip part bawah ni sbb nak cerita la sikit ttg kisah ni.


Kisah ini tentang Manja, anak Tengku Shariman yang tidak manja seperti namanya. Dia dididik dgn penuh disiplin yg keras oleh Tengku Shariman. Segala tindak tanduknya diperhatikan. Dia tidak bebas seperti anak2 kecil yg lain. Manja bijak bermain janji dgn bapanya sehingga Tengku Shariman terlepas kata, dan pantang baginya jika janji tidak ditepati. Perancangan Manja menjadi lalu terlepaslah dia dari sangkar Tengku Shariman dan dia terbang bebas di Kota London. Di sana kita mungkin menyangka dia akan jadi remaja rosak, tetapi sahabat2 pilihannya membawa dia ke jalan yg diredhai Allah. Berkat bimbingan Zakiah dan tunjuk ajar Sariyanti, Manja menjadi wanita solehah yg sudah pandai memasak :) Perubahannya memberi kejutan pada Tengku Shariman, namun perubahan itu sedikit demi sedikit terjangkit pada Tengku Shariman. Hidupnya makin positif dan aman.


Masa kat London tu pengalaman bersama Ku Sam dan Jimmy membuat Manja serik dgn lelaki yg lebih cintakan darjat dan kekayaannya. Dia nekad takkan memilih lelaki yg begitu. Dia mahu lelaki yg jatuh cinta dengan dirinya tanpa mengetahui bahawa dia adalah waris tunggal Tengku Shariman.


Azmin berpindah ke bandar atas tugas bapanya sbg pegawai Daerah. Di desa dia rapat dgn anak2 desa dan Ain Jamilah telah memikat hatinya. Hobi bermain layang2 menemukan dia dengan adik kecil yg comel bernama Manja. Manja seronok main layang2 di situ kerana Azmin dan ibunya tidak memandang statusnya. Mereka melayannya dng baik. masa tu manja baru 8 thn. Kemudian mereka terpisah.


Setelah bertahun2 berlalu, Ain dah berkahwin. Walaupun cinta monyet, Azmin mcm frust la. Azmin mendedikasikan hidupnya kepada ibu yg menjadi mangsa suami yg gila berbini dua tiga. Adiknya Johan juga ada perangai bapanya. Hanya Azmin yg bertahan dgn kerenah ibu yg dulunya penyayang, sekarang jadi pemarah dan bengis. Semua org gaji yg dibayar lari lintang pukang selepas dibaling pinggan mangkuk, tapi... pada suatu hari, datang seorg gadis yg sangat manis, menawarkan diri utk menjadi orang gaji di rumah itu. Tanpa sedar satu cahaya kecil sudah mula memercik di suatu sudut di rumah itu... dan cinta suci bakal memenuhi sanubari Azmin dan ibunya.






sinopsis blurb:


Manja, si anak kecil Tengku Shariman yang dikurung dalam sangkar emas sering bermimpi dapat bermain layang2 sepuas hati. Apabila dia mendapat peluang dgn bantuan Pak Jusuh, pemandunya, kesempatan itu digunakan sepenuh hati.


Sesekali dia melihat layang2 itu mundur dan sesekali maju. Kadangkala dia terkejar-kejar dan kadangkala dia cuma berdiri tegak. Ketika itu barulah Manja tahu, mengendalikan layang2 bukan lah mudah.


Tidak bijak menganggar, layang2 akan menjunam. Tidak pandai memegang tali, layang2 akan mati. Hidup bagi Manja, seperti layang2. Memerlukan kebijaksanaan, memerlukan kesabaran.


Bagi Manja, bermain layang2 adalah satu kebebasan yg hakiki. Di padang itu dia boleh berlari, terbang bebas sepuasnya. Dan di situlah dia bertemu cinta sejati.

Review 123: Andainya Kukembali by Mia Khaidina



Andainya Kukembali
Penulis : Mia Khaidina
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
9789675234941
423 mukasurat


"Apabila cinta tidak ada kekuatan untuk tumbuh sendiri, tidak salah menanam cinta, membajanya utk ia mekar dan bertunas."


Azlin adalah satu watak yg sangat kuat dan bertunjang kukuh. Cinta pada Marc tidak membutakan cintanya pada Allah. 8 tahun dia setia pada Marc dan cuba menarik Marc ke arah Islam, namun Marc tak dapat membezakan budaya dan agama dlm masyarakat Islam. Maka tinggalah Marc dgn tanggapan sehalanya dan Azlin membawa hati yg kecewa balik ke Malaysia.


Sebagai wanita berkerjaya yg menghampiri usia 30 tahun, dia berasa tersindir dgn kata2 org sekelilingnya kerana belum berumah tangga. Kehadiran Amri mnarik perhatiannya, namun semakin mengenali lelaki itu semakin terserlah sifat cemburu butanya. Azlin jadi tawar hati terhadap Amri yg mula mengongkong hidupnya dan sangat tidak gemarkan kerjaya kewartawanannya.


Di saat dia ingin menjauhi Amri, ibu dan ayahnya semakin terpikat dgn sifat sopan santun Amri dan mahu Amri sbg menantu. Azlin tersepit dalam membuat keputusan. Umur yg semakin bertambah, harapan keluarga, semuanya membuat Azlin menerima Amri walaupun tiada cinta. Ada yg berkata lebih baik berkahwin dgn lelaki yg menyintainya daripada berkahwin dgn lelaki yg dicintainya. Azlin mahu menyintai Amri.


Ketiadaan Azlin membuat Marc semakin menghampiri Islam. Scene pengislaman Marc tu buat aku menangis. Sangat menyentuh perasaan.


Setelah memiliki Azlin, Amri semakin berkuasa dan dikuasai cemburu. Azlin tidak kelihatan sebagai watak yg lemah walaupun dia didera Amri. Penulis berjaya menyerlahkan kekuatan Azlin melalui sikap dan pendiriannya. Azlin seorg wanita yg rasional dan berhati-hati. Tapi bila dia tak report polis tu, aku jadi geram lah pulak. Memang dia nak menjaga air muka ibu bapanya, takkan baru 2 bulan kawin dah nak bercerai berai. Amri tu dah boleh dikira peguam yg ada masalah mental. EGO. Sentiasa merasa dirinya tak bersalah dan meletakkan semua kesalahan pada Azlin walaupun jelas dia yg sentiasa GAGAL mengawal perasaan marah.


Bila Azlin sudah tidak sempurna, Amri mudah saja menceraikannya. Masa tu barulah ibu dan bapa Azlin mengerti, menantu yg baik tidak semestinya menjadi suami yg baik. Marc pula? Allah telah memberi Azlin yg sangat sempurna yg setia padanya selama 8 tahun, tetapi dia terlalu keras hati. SEkarang Azlin masih Azlin dan Marc mahu kembali padanya. Tapi mahukah Azlin?


Novel ini mengandungi bait2 kata yg memberi kesan pada jiwa aku (fuhh jiwa tu...). Memorable dan menyentuh perasaan. Bagi yang menghayati kisah Marc, kisah Azlin, anda pasti tersentuh dgn ayat ini, "Kalau itu takdirnya, itulah milikku. Kerana Allah pernah memberi Azlin yg sempurna padaku dulu. Tapi aku membuangnya jauh. Justeru andainya perlu kembali ketika ini dlm keadaan kau yg sebegini, Aku sangat redha."


Amri dan Marc kedua-duanya Islam dan kedua-duanya menyintai Azlin. Tetapi persepsi cinta mereka sangat berbeza. Adusss.. kisah yg membuat aku menangis lagi...


sinopsis/blurb


Cinta itu manis utk dikenang tapi cinta itu lebih manis bila kita dapat menikmatinya dan menghabiskan usia dgn dia dan kita benar-benar cinta. Percayalah kataku Marc adalah sebahagian daripada perjalanan engkau mencari cinta yg luhur. Antara cinta pada Marc dan cinta pada Allah, aku sangat berbangga mengenali kau Lin, yg mampu meninggalkan cinta pada Marc utk Nya. Azli mengangguk lewat kata2 itu, ya masakan dia perlu menjadi murtad semata-mata utk bersama Marc? Nauzubillah min zalik... aku impikan syurga!


Begitulah menjadi manusia bernama perempuan Lin, kalau belum kahwin sibuk ditanya bila hendak kahwin, bila sudah kahwin, sibuk ditanya bila hendak dapat anak, lepas tu bila nk dpt menantu.


"Kadangkala Allah menguji kita dgn menemukan kita dgn org lain sebelum kita bertemu dgn jodoh yg sebenar. supaya kita lebih menghargai kebesaran-Nya" - Anita


"Marc, kenapa baru kini mencari?" Marc senyum.
Debar di dada surut perlahan-lahan. Suara Azlin masuk ke jantungnya.
Marc terhidu-hidu bau pertemua lalu yg penuh rindu.
"Marc, jujurnya aku tidak perlu simpati," tubir mata Azlin panas tiba-tiba. Aduh... air mata janganlah engkau menitis!


--------
Setinggi mana pembangunan, sehebat mana pendidikan, persepsi wanita yg berkahwin lewat sebagai 'tidak laku' sukar dikikis di kalangan sebahagian masyarakat. Justeru, ada wanita memilih jalan singkat, berkahwin atas dasar memadam stigma sosial dan bukan utk membahagiakan diri sendiri. ANDAINYA KUKEMBALI adalah kisah kekuatan seorg perempuan yg ingin membuat pilihan terbaik dlm hidupnya namun tewas dgn stigma sosial masyarakat.


~Mia Khaidina / Hafizah Iszahanid~

Review 122: Kala Hujan Menitis by Mia Khaidina



Kala Hujan Menitis
Penulis: Mia Khaidina
9789833669912
RM17.90
Sabah/Sarawak: RM20.90
453 muka surat
Terbitan Buku Prima


"Bebaskah mereka mencari bahagia? Bisakah cinta lama bercantum semula?"


Nadia, gadis polos yg percaya maruahnya luluh di tanah asing, sedangkan itu semua hanya mainan Dani utk merebut Nadia dari Khairi (Kay). Dani sengaja buat Nadia percaya yg dia telah ternoda namun Nadia tanpa sedar menjadi taruhan mainan perniagaan ayah Dani. Nad terlepas ke tangan Datuk Borhan. Ada kanser prostat tapi ada hati nak berbini dua.


Nadia menyangka dia terlalu kotor utk insan sebaik Khairil dan sebab itu lah pertunangan mereka diputuskan dgn alasan dia telah menjadi mangsa rogol dan Dani adalah penyelamatnya. Sayang betul dia tak tau aktiviti sebenar Khairil yang jauh lebih kotor dari dirinya. Nadia masih suci cuma sendiri tidak tahu kenyataan itu.


Khairil mmg frust dgn keputusan Nadia. Dia sungguh2 cintakan nadia, tapi terpaksa dilepaskan. Setelah kembali ke Malaysia Khairil nekad mahu meninggalkan dunia penuh noda, tapi di sini dia tak dapat pekerjaan lalu terjebak semula dlm noda.


Nadia seperti sengaja menjebakkan dirinya dalam dosa bila berhubungan dgn Dani sdgkan dia masih isteri Datuk Borhan. Mungkin kerana dia percaya dia telah tidak suci lagi, tapi sebenarnya itu semua tipu muslihat Dani.


Walaupun Khairil dan Nadia sama2 berdosa tapi rasa mcm Khairil tak layak utk Nadia, tapi kalau dah jodoh tak ke mana. Khairil terlibat jadi anak ikan simpanan sorang Datin yg kebetulannya madu kepada Nadia. Datuk tu bertaubat la jugak tapi Datin Aisy tu terus kesesatan. Siap perangkap Khairil supaya tertangkap basah dgn dia, so tht Khairil tak dapat Nadia. Dia tak segan ker dgn anak2, nak kawin jugak2 dgn Khairil yg muda belia tu. Ending dia aku suka biler Khairil tak appear kat pejabat Kadi sedangkan Datin sekeluarga dah berpeluh2 tunggu dia :)


sinopsis/blurb:

Tapi bagaimana kalau Nadia tahu? Bagaimana kalau Nadia tahu aku lelaki kotor yg berdosa? Apakah aku layak untuk bersamanya lagi dalam keadaan begini? Apakah dia sudi utk bersama aku? apakah aku ini ditakdirkan untuk hidup bergelumang dosa sepanjang usia?


Khairil bahagia melihat Nadia gembira. Dia senang sekali melihat Nadia ketawa dan senyum manja. entah mengapa setiap kali melihat kerdipan sinar matanya, Khairil seakan-akan terawang-awang di udara. Dan tatkala merenung sinar mata itu, Khairil tahu dia harus berubah diri. Berhijrah ke ruang yg lebih diredhai. Ya, dia mahu berubah. Dia mahu berhijrah.


Khairil melangkah longlai ke kamarnya. Hatinya berbaur rasa. Entahlah... waktu begini dia tidak tahu apa yg harus dibuat. Aish bagai racun berbisa. Nadia pula madu bergula. Dia sukakan Nadia dan dia tidak mahu Nadia tahu ttg sejarah hitamnya. Dia tidak mahu Nadia rasa dihukum kerana memilihnya. dan yg penting dia takut Nadia akan lari meninggalkannya bagai dulu kerana sejarah hidupnya yg berbalam.


"Saya juga pernah berdosa dan saya tahu seksanya mengurung jiwa dlm sangkar emas penuh noda. Saya perlukan lelaki jujur yg luhur hatinya dan tunduk di bawah kekuasaanNYA saya tidak perlukan lelaki hipokrit. Saya perlukan suami yg boleh membimbing dunia akhirat.


Saya mahu jadi muslimah sejati, saya mahu jadi kekasih ALLAH. Saya mahu sujud kepadaNYA sebelum dipanggil pergi."


"Saya tidak mahu sendirian kala hujan menitis."

---------
Gaya hidup mengagungkan kebendaan, hedonisme dan gejala sosial yg meruncing antara yg cuba disampaikan dalam novel ini . Utk keluar dari kehitaman hidup itu bukan mudah tanpa kesungguhan dan ilmu tetapi ia juga bukan sangat mustahil. Kisah ini berkisar mengenai perjuangan dua insan berwatak gelap, Nadia dan Khairil yg terjerumus dlm dunia kemaksiatan Bermula dengan putusnya pertunangan yg mengikat mereka berdua, masing2 membawa diri.
~Mia Khaidina~

Sunday, April 4, 2010

Penulis Novel di PBAKL 2010

Tak der la amik gambar semua penulis. SEgan lah pulak. tapi ni lah saja yg sempat aku snap. Kamera pun tak bawak bateri backup, charger pulak tertinggai kat kampung. adusssss.


Kalau aku tersilap orang, sila bagi tau ye? aku pun ada jugak yg tak kenal sangat, ramai betul adik2 penulis yang baru2!