Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, November 30, 2009

Pesta Buku Alaf 21


PESTA BUKU ALAF 21 Ke-7 ... Datang beramai-ramai ke Premis Alaf 21 pada 4,5 & 6 Disember 2009! (Jumaat , Sabtu , dan Ahad)
9.00 pagi - 6.00 petang / DISKAUN SEHINGGA 30%


ALAF 21 SDN BHD - Lot 12 Persiaran Kemajuan 16/16, Seksyen 16, 40200 Shah Alam Selangor.
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-55118820 / 882

JADUAL KEHADIRAN PENULIS PADA PESTA BUKU ALAF 21

JUMAAT - Murni Aqila
SABTU - Aisya Sofea / Ramlee Awang Murshid / Bikash Nur Idris / Wana Amani
AHAD - Erin Zehana / Hani Fazuha

Jemari Seni di Danga City Mall



Salam all, ni saya ada dapat buletin dari Jemari Seni. Those yang kat JB boleh la gi jumpa Penulis2 JS kat Danga city Mall Khamis ni :)


Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidiladha,
Istimewa buat pembaca-pembaca Jemari Seni di Johor, khususnya Johor Bahru, jemputlah datang ke Danga City Mall pada hari Khamis ini, 3 Disember 2009 untuk bertemu mata dan beramah mesra dengan Noor Suraya, Imaen, Nazurah Aisyah dan Syud, bersempena Popular Mega Bookfair yang berlangsung dari 28 November hingga 6 Disember 2009.
Berikut aktiviti Jemari Seni:


3 Disember 2009-Khamis
MASA : 11.00am – 1.30pm
ACARA Sesi Tandatangan
CATATAN 1. Imaen 2. Nazurah Aishah 3. Noor Suraya 4. Syud


2.00pm – 3.30pm
Bengkel Menulis Novel Kanak-Kanak
Fasilitator:
1. Noor Suraya (Munsyi Dewan Bahasa)
2. Mohd Rosdi (Editor Kanan, SiriAdiwarna Jemari Seni Publishing)


5.00pm – 6.30pm
Resensi Buku
Oleh: Mohamad HM (Munsyi Dewan)
Pensyarah, IPGM, Kampus Perguruan Perempuan Melayu Melaka
Novel:
1. Rahsia Hati Sofia – NAZURAH AISHAH
2. Pelangi – SYUD


Kami di JS sudah tak sabar untuk berjumpa orang-orang Johor, dan makan laksa johor juga. Insya-Allah, kita jumpa di Danga City Mall Khamis 3 Disember 2009 ya!


Salam mesra,
Kak Ajah

Wednesday, November 18, 2009

Novel Terkini di Pasaran



Tajuk: Rindu & Air Mata di Ktzi'ot
Penulis: Ashadi Zain & Moh Dat Molok
RM 16.00
RM 18 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-48-8;
978-983-3892-48-8;
Tarikh Terbit: 13 November 2009 ;
336 mukasurat


"Sebuah kisah cinta yang menyembunyikan airmata..."


Ibrahim Pasha yang tika dewasanya, dijemput pula hatinya kepada seorang gadis Yahudi, di Ktzi’ot, Anastasya Yenti, meski berlainan agama, hati mereka tetap menyatu, sehinggalah pada satu saat sesuatu terjadi di Ktzi’ot, tanah Palestin yang sering bermandi darah. Pasha perlu memilih antara cinta dan negara.

--------------




Tajuk: Ya Fattah; Cinta Sakti
Penulis: Noorfadzillah
Penerbit: BUku Prima
RM17.90
Sabah/Sarawak RM20.90


“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”


Sinopsis/Blurb:


"Kerana mimpi yang Fattah alami adalah mainan syaitan laknatullah. Menanam rasa dendam, putus asa dan duka yang berpanjangan. Fattah adalah manusia biasa dlm ujian-Nya. Manusia yang masih banyak kelemahan dan sentiasa memohon kepada Allah. Godaan syaitan itu terus datang tidak kira dlm bentuk apa pun. Bahkan di dalam mimpi kita sekalipun." -Fattah


Fattah duduk di birai jendelanya memandang bulan penuh yang begitu damai pada fikirannya. Namun hanya resah yang terbit di hatinya. Semuanya bermula dengan kehadiran gadis yang sudah dua kali dilihatnya. Hanya kerdipan dan tautan mata saja yg bisa berbicara namun tiada kata yang bisa mengungkapnya.


"Pasti orang tuamu bangga memiliki anak seperti kamu. Kamu bukan saja pintar dan memiliki wajah tampan tapi juga seorg muslim yg rajin beramal ibadah. Nggak seperti aku hanya menjadi beban org tua. Malah aku juga nggak pernah sujud sholat dan utk berdoa bg org tuaku. Aku benar2 jauh dari agama." - Karina


"Karina, aku bukan ahli silap mata apalagi pengamal ilmu hitam. Ilmu yg aku miliki adalah ilmu dari maha suci Allah. Hanya dia yg aku sembah dan junjung. Peganganku ialah agama Islam. Syahadahku tetap percaya kepada keesaan Allah dan Nabi Muhammad SAW sebagai Rasul-Nya." - Fattah


................................
Terus terang saya seorang peminat filem2 bergenre thriller, sains fiksyen dan seram. Tercetusnya idea karya ini kerana ingin menguji sejauh mana bakat penulisan dlm diri saya. Kemudian terfikir utk mencipta satu watak bernama Fattah yang mempunyai keistimewaan kuasa telekinetik dan minda. Seorg lelaki yg cukup sempurna pada fizikalnya, berakhlak dan bijak. Menyuntik novel ini menjadi novel berunsur Islami. Mengekalkan kisah cinta antara watak. Mencipta pelbagai konflik. Akhirnya lahirlah YA FATTAH: CINTA SAKTI. Semoga novel ini memberi kepuasan kpd peminat novel.


~Noorfadzillah~




nota penulis:

“Aku menyintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.”


Di atas adalah sebaris ayat yang akan dijadikan tagline cover novel saya nanti. Novel ke-2 ini saya hasilkan dalam waktu dua bulan lebih saja. Bergenre thriller islamic dan saya menggabungkan pertemuan dua insan dari dua negara.


Watak Fattah~ berasal Malaysia seorang lelaki yang mempunyai kelebihan telekinetis dan kuasa minda. Seorang lelaki yang berakhlak tinggi, bijak dan perwatakan menarik malah beriman. Orang tua kandungnya dibunuh ketika berusia 5thn kerana ingin memiliki kuasa kelebihan di dalam dirinya. DIi akhirnya ditemui oleh sepasang suami isteri yang lain pada suatu malam di tepi jalan. Sehinggalah dia dewasa dan berhadapan dengan pelbagai konflik


Watak Karina~ gadis bercampuran Jawa & Jerman berasal dari Indonesia. Seorang gadis yang menawan dan tidak ada cacat cela fizikalnya. Limpahan kemewahannya dari orang tua menghanyutkan pegangan hidupnya. Dia tidak pernah diajar menjadi seorang muslimah yang sebenar-benarnya. Kekayaan ayahnya mendapat panahan mata seseorang. Ayahnya mati di dalam sebuah kemalangan hasil dari sabotaj orang upahan. Mamanya, Nyonya Ellen Kartini koma. Seseorang ingin menghancurkan keluarganya.


Lantas bagaimana Fattah dan Karina saling mengenali? Bagaimana dua insan ini menghadapi rangkaian konflik dari pembunuhan orang tua mereka? Bagaimana cinta berputik antara dua insan yang berlainanan warganegara? Mereka berdua diburu oleh pemburu yang sama. Pembunuhan yang saling berkait. Hambatan cinta dua insan semakin terasa.



Dapatkan novel ini yang akan ada di pasaran bulan Dec 2009 berjudul YA FATTAH:Cinta Sakti yang bakal diterbitkan oleh penerbit Buku Prima



---------------------------




Tajuk : Puteri Cinta
Penulis: Kreisya Reisya
Harga : RM17.00
448 mukasurat


Sinopsis:
SEMUSIM telah berlalu, Kristal terus berlari me ninggalkan kenangan cinta yang tidak kesampaian. Walaupun kasihnya terhadap Farish sedalam lautan, dia tahu hanya perpisahan jalan terbaik buat mereka. Duka lara ini tidak mudah untuk diungkapkan, saat senyum dan tangis menyatu. Namun, Kristal tidak mahu berpaling ke belakang lagi.


Persahabatan yang dihulur Melur mengisi separuh kesepian Kristal. Mereka sering berkongsi cerita dan mencurah rasa. Persamaan jiwa wanita keduanya saling memahami. Biarpun sering dipandang sinis oleh segelintir teman dan keluarga, Kristal dan Melur bahagia dengan takdir yang tertulis buat mereka. Malah, Kristal percaya bahawa jodoh pertemuan itu adalah rahsia Yang Maha Pencipta. Hanya DIA yang mengerti betapa berat usikan dan sindiran yang diterima lantaran usia yang semakin ditelan masa.


Menemukan keindahan warna-warna cinta sememangnya satu perjalanan yang jauh dan panjang. Semakin jauh Kristal berlari, semakin dekat rindu itu datang. Sehinggalah pada suatu pertemuan yang tidak diduga, cinta Farish kembali menggugah jiwanya.


-----------------------




Tajuk : Kuserahkan Kasih
Penulis: Fida Rohani
RM17.00
448 mukasurat


Sinopsis:
BERADA dalam pelukan suami, serasa dunia ini telah dimiliki. Itu yang dirasakan Jasmin sepanjang hidup bersama Farid. Namun, dunianya bergoncang dengan kehadiran Azura sebagai isteri kedua. Ke rana sakit hati suami menduakan kasih, dia bertindak ‘menunduk kan’ Farid supaya tidak lupa jalan pulang.


Tempias orang ketiga turut dirasai Intan Fariha, seorang wartawan majalah. Setiap hari dia melihat deraian air mata isteri-isteri yang dimadukan. Namun, dia sendiri terseksa kerana berkongsi kasih suami dengan dua wanita lain. Badai dan gelora yang melanda di hati hanya dia yang tahu. Terbukti, kata-kata di hujung penanya tentang poligami tidak semudah yang dilakarkan. Manis pada insan lain, tapi tidak di pihaknya...


Sanggupkah Intan Fariha membiarkan dirinya terus terluka sedangkan kebahagiaan itu boleh dimiliki tanpa lelaki bernama suami? Keputusan di tangannya. Atau tunggu saja bila akhirnya ijab kabul yang terpateri berkecai dengan lafaz talak!

------------------




Semilir Cinta
Qismina Quraisyya
RM18.90
ISBN: 978-967-5234-85-9
544mukasurat
Tarikh Terbit: 15 Nov 2009

Mengisahkan pergolakan jiwa seorang gadis bernama Maryam selepas diselamatkan oleh Delaila, tuan punya sebuah kelab hiburan. Atas budi baik Delaila, Maryam diterima bekerja sebagai pembantu rumah dengan keluarga tersebut. Suatu hari, Maryam mengenali Akbar, adik ipar Delaila. Maryam mengesyaki Akbar lah lelaki yang memperkosanya pada malam tersebut. Keadaan menjadi sukar apabila tunang Akbar, Tihani melarikan diri pada malam pernikahan dan ini membuatkan Delaila meminta jasa baik Maryam, bagi menggantikan tempat Tihani dengan sejumlah bayaran wang. Maryam terpaksa menerima memandangkan dia memerlukan wang. Perkahwinan tersebut menjadi masalah pada Maryam kerana Akbar mahu mengekalkan perkahwinan mereka sedangkan Maryam tidak bersedia menjadi seorang isteri. Dapatkah Maryam memegang tanggung jawab sebagai seorang isteri? Adakah perkahwinan Maryam dan Akbar menjadi bahagia sedangkan mereka masih lagi bergelumang dengan dosa?

-----------------------




KU BERSERAH
UMMI ARIZA
RM 17.90
ISBN: 978-967-5234-85-9
464 mukasurat
Tarikh Terbit: 14 Okt 2009

Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh Safiyah dan Fahrin. Berat hati menerima keputusan keluarga namun atas desakan dan tidak mahu menyakiti hati keluarga, mereka bersetuju menerimanya. Safiyah berasa amat tertekan dengan kemahuan keluarganya . Amylia, kekasih Fahrin adalah satu-satunya wanita yang diimpikan menjadi suri hidupnya terpaksa berkorban dengan membenarkannya berkahwin walaupun tidak merelakannya.

--------------------------



KEJORAKU BERSATU
AZRA ARYRIESA
RM 19.90
ISBN: 978-967-5234-89-7
656 muka surat
Tarikh Terbit: 1 Nov 2009



Nina, seorang gadis bersikap kasar seperti lelaki dan mempunyai bengkel kenderaannya sendiri. Nina mencintai Datuk Rashdan, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan jauh lebih tua dari ayahnya sendiri. Bagi Nina, cintanya terhadap Datuk Rashdan takkan mampu digugah oleh sesiapa pun.

Tengku Anuar, seorang pemuda yang bekerja di luar negara merupakan anak kepada Tengku Adnan, sahabat baik kepada Datuk Nasir, ayah Nina. Pertemuan pertamanya dengan Nina telah menerbitkan rasa cintanya terhadap gadis itu. Dalam diam, Tengku Anuar menyimpan hasrat untuk mengahwini Nina.

Kemalangan jalan raya yang berlaku pada Datuk Nasir dan Shahrul telah menyebabkan Nina terpaksa mengambil alih tugas ayah dan abangnya di syarikat keluarga mereka. Sekaligus merapatkan hubungannya dengan Tengku Anuar hingga menimbulkan harapan pada kedua-dua buah keluarga untuk menyatukan mereka. Datuk Rashdan kematian isteri dan anak perempuan tunggalnya suatu masa dulu menganggap Nina seperti anaknya sendiri dan ingin menjadikan Nina sebagai anak angkatnya.

Masih kekalkah cinta Nina pada Datuk Rashdan?


----------------



Tajuk : Blog Priasetia
Penulis : Anuar Kamaruddin
Penerbit : NB Kara

-----------------------



Tajuk : Ranting Cinta Si Plato
Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara
Panas siang masih lagi berbahang, walau sepertiga malam sudah menutup tabir siang. Di salah sebuah warung mamak di Sri Petaling, Muaz bertemu dengan Kyrel. Mereka berdua melabuhkan punggung di kerusi yang disusun di bawah pokok bila siangnya dijadikan tempat memarkir kereta.


“Abang tak boleh tuduh saya macam tu sekali. Abang tak boleh cakap saya berzina. Abang ada bukti ke?”Mata mencerlung lelaki itu ditatap oleh Muaz dengan cara yang sama.
“Kyrel. Abang bukan menuduh. Tetapi Suwita beritahu sendiri dengan abang. Kamu tidur dengan dia..”Sengaja Muaz berkata begitu. Mahu melihat lelaki tegar dan tidak pernah sedar diri itu akan mengaku atau tidak.


“Suwita? Mana abang tahu nama dia Suwita?”Mendadak wajah Kyrel berubah. Kelihat sedikit gelisah. Mungkin sekarang baru berasakan kata-kata Muaz itu ada kebenarannya.
“Kau fikir abang bohongkan kau atau menuduh yang bukan-bukan terhadap kau. Perempuan itu perempuan yang tidak tahu malu. Perempuan yang tidak ada maruah diri.”Suara Muaz sedikit tinggi. Radang hati yang disimpan dari tadi apabila melihat keegoan Kyrel. Akhirnya musnah.


“Saya hanya berkawan dengan dia..”Lemah sahaja suara Kyrel. Mata Muaz merayap di wajah Kyrel. Sudah hampir tiga puluh tahun tapi akalnya masih belum penuh. Masih belum dapat berfikir yang mana baik yang mana buruk.


“Berkawan sampai bawa ke katil? Ke tempat tidur?”Benar kata orang, sekuat-kuat lelaki mudah sahaja diperdaya atau dilemahkan hanya dengan rengekan atau godaan seorang wanita.


“Saya bukan orang yang macam tu..”
“Kamu memang boleh perdayakan abang, boleh kau bohongkan abang sesuka hati kau. Tapi kau jangan lupa Kyrel. Tuhan melihat apa yang kau lakukan. Apa yang kau buat..”Diam. Tidak ada keluar apa-apa bunyi daripada mulut lelaki yang bertubuh 6 kaki itu. Mata Muaz merayap di wajah adik iparnya itu. Mungkin ketampanan lelaki ini yang menyebabkan Dian pantas sahaja jatuh hati. Tanpa sempat mengkaji hati budinya tanpa sempat meneliti sedalam-dalamnya kesan berkahwin awal.


“Kau dah ada isteri, sudah ada anak. Kalau kau rasa cinta kau terhadap isteri sudah tidak ada lagi. Lepaskan supaya hati Dian hanya retak sekali. Bukannya berkali-kali..”
“Tidak bang, tidak. Saya masih cintakan Dian..”


Lelaki haloba! Perempuan itu dikejar, perempuan ini masih mahu disimpannya. Kalau sepanjang hidup lelaki itu masih haloba. Sampai bila-bila pun bagi Muaz lelaki ini tidak bahagia

-----------------------




9 NYAWA
Harga: RM19.90
Halaman: 518
Penulis: Ramlee Awang Murshid
ISBN: 978-983-124-487-6


Sinopsis:


INTAN SURYANI
Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah ‘nyawa’ yang diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri yang terbujur kaku.


HAKIM
Si buta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dengan penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih ‘celik’. Dia bisa mendengar suara mereka yang berada di sempadan, antara hidup dan mati. Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkai sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yang tidak disangka-sangka ter ungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

-----------------------------



Tajuk : Kasih Pun Bersatu
Penulis : Izza Aripin
Penerbit : Kaki Novel
RM24.00
Sabah /Sarawak:RM27.00

"Aku hanya mahukan mata yang tak menangis, bibir yang tak menipu, dan api cinta yang tak padam"


Lanjutan...dan Mimpi Pun Bersatu menyingkap kisah Ayrin dan Zarul yang menyulam cinta dalam penafian. Kasih yang disulam semenjak zaman remaja disangka cinta monyet. Ayrin yang terkesan dengan penolakan Zarul, membawa diri ke Princeton, menyerahkan hatinya untuk dicintai oleh Zaffran.

Saat kasih semakin mekar, Zarul muncul menuntut janji, merampas segala kebahagiaan. Dendam Ayrin terhadap Zarul hampir mengundang pertumpahan darah dua pewaris. Dalam konflik yang tidak berkesudahan, muncul Ellie si penggoda yang meresahkan Ayrin. Dek terikat dengan sumpah setia mengembalikan keagungan keturunan, muncul Laira gadis misteri yang mencurigakan Zaffran.

Antara dendam dan cemburu yang semakin membara, Ayrin dan Zarul terpisah beribu-ribu batu. Namun perpisahan itu mematerikan kasih mereka buat selama-lamanya. Sejarah lama sudah kembali berulang, seolah-olah menjadi legasi al-Muttaqi.

Ketika cinta yang bersemi berada di kemuncaknya, tragedi menimpa merompak kebahagiaan. Ayrin lupa siapa dirinya. Zarul hanyut dalam delusi. Lalu bagaimanakah Zaffran dan Laira mahu menyatukan kasih Zarul dan Ayrin sehingga kembali bersatu....

-------------------------------




Tajuk : Sangkar Cinta
Penulis : Diana Derin
Penerbit : Kaki Novel
RM16.00
Sabah /Sarawak: RM19.00
Dek telah termakan budi dengan Dato’ No’man yang memeliharanya sebagai anak kandung, Reza rela menggantikan dirinya mengahwini Azril apabila kakak tirinya, Zumera bertindak melarikan diri pada hari perkahwinannya. Azril yang beranggapan Reza sebagai ‘pemain simpanan’ telah menetapkan peraturan; bahawa mereka akan berlakon sebagai pasangan suami isteri di hadapan Dato’ No’man hingga tiba waktu yang sesuai untuk berpisah. Reza yang pasrah menerima sahaja ketetapan peraturan itu.

Azwan yang baru pulang ke tanah air usai menamatkan pengajian di luar negara patah hati menerima berita perkahwinan Reza. Dia menjeruk rasa dengan memerap di rumah hingga menimbulkan keresahan di hati ibunya. Mujurlah Reza memberikannya secebis semangat, pemangkin untuknya bangun semula, menjalani hidup ini. Sekali bah, sekali pantai berubah. Azril mula menyayangi isterinya kerana kelembutan dan kesopanan Reza meladeni kerenahnya.



Badai takdir mula melanda apabila Zumera muncul semula untuk menghancurkan rumah tangga Reza. Zumera yang mendendami Reza sejak ayahnya mengahwini ibu Reza tega menggunakan cara kotor untuk mendapatkan semula Azril. Dia sanggup berbuat apa sahaja asalkan hati Reza hancur kerana dia cemburukan gadis itu akibat ayahnya yang lebih menyayangi Reza berbanding dirinya, anak kandung Dato’ No’man.
Bagaimana kesudahan pancaroba yang harus ditanggung oleh Reza? Bagaimana pula dengan nasib Zumera, wanita cantik berhati busuk itu? Dapatkah dia merebut semula cinta Azril? Berjayakah dia menghancurkan hati Reza? SANGKAR CINTA bakal meleraikan segala persoalan yang ada….

Monday, November 16, 2009

Review 45: Bahtera Cinta by Iffa Irdina



Bahtera Cinta
Penulis: Iffa Irdina
Penerbit: nylea publishing
Cetakan Pertama 2007
isbn: 9789833686209
RM21.90
554 mukasurat


"Rindu dan benci ini bersatu... Lalu membawa aku jauh darimu"


Aku rasa sakit hati sepanjang membaca kisah ini. haha.. adui la.. emosional betul aku biler baca citer hero yg jahat dpt heroin yg baik. Tapi tanyalah sapa2 pun yg dah baca citer ni mesti diorang suka bebenor citer ni. Ramai yg merekemen bukku ni utk dibaca sbb best. Heronya yg romantis berubah menjadi baik dan mendapat heroinnya.


Aku sangat2 suka dengan character Ridwana dalam cerita ini. Seorang yg sangat mesra dan mudah disukai oleh golongan yg lebih berusia dan dia sentiasa menjadi menantu idaman. Koman2 ada 3 mak-mak yang nak dia jadi menantu.


Memang banyak calon di awal cerita ini yg mungkin menjadi bakal suami Ridwana. Memang buat aku terteka-teka, siapa yg bertuah. Fairul yg telah 2 tahun menduda, Adiputra suka bercumbu dengan wanita2 jelita, Azmin duda yg pendiam atau Saiful jejaka yg sekian lama dicintai tetapi kemudian meninggalkannya bila terpikat dgn wanita lain yg lebih jelita.


Fairul ditolak dengan alasan menceraikan isterinya kerana ibu mertuanya tak pernah menyukai wanita itu walaupun isterinya sgt baik. Ridwana tidak yakin Fairul akan dapat mempertahankan rumahtangganya sekiranya tiba2 ibu mertuanya sudah tidak suka akan dirinya.


Adiputra dibencinya kerana dia adalah jenis lelaki yg tidur dgn semua perempuan yg menyerah diri padanya. Entah berapa perempuan yg dah mengandungkan anak dia dan dipaksa menggugurkannya.


Azmin terlalu pendiam dan Danish, anak tunggal Azmin adalah pemikat hati Ridwana.


Saiful, memang awal2 kena reject sebab sudah beberapa kali diberi peluang kedua oleh Ridwana tetapi sentiasa melukakan hati gadis itu walaupun mereka sudah hampir2 berkahwin. Bila dah eksidan dan lumpuh baru la sibuk nak Wana balik.


sapa yg dpt Wana? tentulah yg paling hensem dan romantis, iaitu Adi. Adi adalah lawan Wana yg gemar berdebat. mereka berdebat mengenai wanita kerana Wana membela wanita2 yg menjadi mangsa Adi. Adi hanya suka menyakat Wana. Semasa Wana tidur kat rumah Adi sbb temankan ibu Adi, Adi nak sakat Wana masa Wana tengah tidur, tapi apabila dia melihat Wana sedang tidur dan tidak bertudung, dia terus jatuh cinta dan nak kawin dgn Wana. Nampak sangat cinta nafsu.


Wana pulak macam dah tak boleh lari dari Adi. Walaupun kata tak suka tapi dia seperti sentiasa memberi peluang pada Adi. Adi sudah mula berhenti keluar malam dan dah tinggalkan semua perempuan lain demi Wana. Bila dia bosan akhirnya syarat Wana dilanggarnya dan Wana sudah tak mau jumpa dia selepas terserempak dgn Adi yg sedang berpelukan dgn wanita lain. Adi yakin dia tak salah sbb dia buat camtu cuma nak menguji Wana.


Lepas Wana berpatah arang dgn dia Adi benar2 berubah dah berbaik2 dgn ayah Wana serta mendalami Islam di kampung Wana sendiri.


Nak tau cemana sukarnya Adi nak mendapatkan Wana semula, kena lah baca citer ni. Geram punya pasai, sekejap jer aku baca buku ni dah abis. Rasa tak sabar nak baca hingga ke muka surat terakhir. hehe.


sure fine whatever
rinn






sinopsis/blurb


Kita dipertemukan ketika hati ini terluka parah. Kau datang bersama sekeping hati lalu menawarkan janji setia walaupun aku tidak pernah percaya. Hati ini terlalu sakit dan pedih. Tapi pujuk dan rayumu membuat aku kalah. Namun di saat aku cuba mencorak bahagia dan menganyam buih2 di lautan, bahtera cinta kita dilambung badai. Aku tidak tega membiarkan bahtera cinta kita ini tenggelam namun apalah dayaku... Kisah silammu yg hitam membuat aku kehilangan diriku. Aku redha melangkah pergi tetapi rindu ini seakan merantai kuat kaki ku. Syg, berikan aku fatwa... agar cukup kuat alasan utk aku terus setia mempertahankan bahtera cinta kita ini...

Review 44: Yang Tak Terluah by Puteri Andalas






Yang Tak Terluah
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675067228
RM17.00
Sabah / Sarawak: RM20.00
378 mukasurat


'Luahkan sebelum terlambat...
Luahkan sebelum mata tertutup rapat'


Kisah heavy ini entah mengapa tidak terasa terlalu berat, tetapi tidak menghampakan. Mungkin kerana ianya padat dan tidak meleret-leret. Ending nya yg memuaskan hati juga membuatkan saya senang dengan karya ini.


Sebelum 'Cinta Seindah Madah', saya tak derlah teruja sangat nak baca karya Puteri Andalas, tapi kalau ada memang la saya akan baca.


'Cinta Seindah Madah' cukup menarik dengan caranya tersendiri, tambahan pulak watak anak2 kecil yg menarik hati.


Dalam 'Yang Tak Terluah' ini, kisah Manisah memang kedengaran hiba. Tetapi pekahwinannya dgn Mahdi yg ketika itu sudah kudung sebelah tangan dan kedua-dua kaki sebenarnya membahagiakan dia yang tidak menaruh harapan tinggi dlm hidupnya. Dia redha bersuamikan Mahdi demi kesihatan ibunya. Mereka tiada tempat berlindung.


Semasa masih sempurna, Mahdi pernah cuba memerangkap Manisah agar tertangkap basah bersamanya supaya ibunya (Normah) tidak dapat menghalang hasratnya utk memperisterikan Manisah yg sudah dihalau Normah kerana Manisah adalah anak kepada ibu tiri yang dibenci Normah.


Perkahwinan Manisah dgn Mahdi mengubah pekerti Normah terhadap Manisah dan ibunya Munah. Tetapi apabila Mahdi mati dalam kejadian ribut, Normah menyalahkan Manisah kerana memujuk Mahdi berpindah, dan setelah berpindah kebetulan pulak Mahdi mati dgn ibu mertuanya setelah ditimpa pokok jering.


Manisah membawa diri bersama kandungan yg baru bertitik dalam rahimnya. Sepucuk surat dari lelaki yg diyakini bapa saudaranya telah membawa Manisah ke Kampung Setia di mana kesemua rahsia hidup ibunya tersingkap di situ. Manisah seperti melakonkan semula nasib ibunya ketika terpaksa mengahwini Mahdi dan kini situasi serupa berulang lagi. Sayang pada Cikgu Senah membuat dia menerima cucu cikgu senah sbg suami. Antara Anang dan Jimi, siapa yg menjadi bakal suaminya?


Yang pastinya Manis tidak perlu memilih kerana lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya dan ibu lelaki itu saling tak tumpah wajah ibunya, Munah yg telah meninggal dunia tu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yg tidak lagi sempurna.


Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yg diberi, menjadi isteri Mahdi yang kudung tangan, kudung kaki.


Menjaga Mahdi bagaikan menjaga seorg bayi. Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. dia belajar mengasihi suami. Tetapi tidak lama... takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yg menyayat hati.


Hidupnya terumbang ambing kembali.


Normah, mertuanya menyalahkan dirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bagaikan anjing kurap menunggu mati.


Dia pergi. Langkahnya jauh, membawa diri. Mencari ahli keluarga yg masih ada. Setelah ditemui lain pula yg terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali. Pertemuannya dengan cikgu Senah, Pakcik Azizul, Anang Johari, Jimi Johan dan Peguam Hamdan, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali.


Ikuti kisah Manisah yg terbuang di sebuah kampung - Kampung Setia tempat kelahiran dia dan ibunya...

Review 43: Sakti Cinta by Anita Aruszi




Sakti Cinta
Penulis: Anita Aruszi
Terbitan iBook
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789832748601
Harga: RM23.90
755 mukasurat


"Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu.
Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut"


Misteri besar dalam karya Anita Aruszi kali ini adalah persoalan hati dan cinta terlarang yg mekar berbunga di hati Diazey dan Dina Azura. Memandangkan saya pernah membaca karya2 penulis ini sebelum ini, saya sekadar mengagak cerita ini happy ending dan tentulah ada pertalian lain yg tersembunyi di antara Diazey dan Dina Azura dan mereka sebenarnya bukan adik beradik.


Laluan utk mengetahui kebenaran itu bukannya singkat dalam kisah ini, banyak lapisan misteri yang disingkap Penulis dengan baik dan teratur membuatkan kita takkan lepas novel ini hingga ke helaian terakhir.


Bukan hanya soal hati yang perasaan dimainkan penulis ini. Seperti karyanya yg saya dah baca sebelum ini, sentuhan thriller tetap diberikan melengkapkan trademark Anita Aruszi yang menjadi punca cerita2nya menarik perhatian saya. Tahniah buat penulis ini kerana berjaya menvariasikan ceritanya dengan baik sekali.


Chemistry yg wujud antara Diaz dan Dina membuatkan kita mahu menyingkap kisah sebenar mereka. Diaz awal2 lagi sudah maklum mengenai status sebenar Dina dalam keluarga kecil mereka. Disebabkan itu dia sebenarnya berusaha keras utk merahsiakan apa yg dirasanya dari pengetahuan Dina. Rahsia itu menjadi beban pada Diaz apabila cinta berbunga di hatinya buat Dina.


Sikap Diaz membuatkan Dina merasakan Diaz tak sayangkan dia sebagai adik. Dia juga mempersoalkan hatinya sendiri yang jatuh cinta dgn abang sendiri.


Diaz menghilang dari hidup Dina sbg hukuman pada diri sendiri yang ada niat tak baik pada Dina dan 15 tahun kemudian, dia muncul semula dan kedua2 mereka sedar perasaan 'cinta tak terucap' masih dan semakin mekar dalam jiwa mereka.


Diaz sebenarnya tak buat apa2 utk membongkar perkara sebenar kpd Dina kerana dia lebih bimbangkan perasaan ibunya sekiranya Dina pergi setelah mengetahui kisah sebenarnya.


Dina terkejut apabila suatu hari dia berdiri di hadapan sebuah pusara yang jelas tertera namanya di batu nisan. Peristiwa itu menjadi lembaran pertama buat Dina untuk menyingkap rahsia sebenar kewujudannya dalam keluarga Hisyam, Zuraini dan Diazey.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut... Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih byk bercakap dgn mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tak pernah muncul lagi.


"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula di gegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

Tuesday, November 10, 2009

Review 42: Puisi Untuk Nadina




Puisi Untuk Nadina
Penulis: Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok!
Cetakan Pertama 2009
RM16.90
Sabah/Sarawak: RM18.90
386 mukasurat


"Tuhan, berikan aku cinta yang tidak perlu aku memilih antara dua keindahan dan terima kasih kerana KAU berikan aku dia cinta yang tidak perlu aku pilih"


Kali ini Bahruddin Bekri lebih banyak menceritakan soal hati dan perasaan hero dan heroin kisahnya. Dalam novelnya sebelum ini yg saya dah baca (Dunia Ini Sederhana Kecil & Doa Utk Aku), BB lebih baca menceritakan kisah hero novelnya.


Cara penceritaan berbaur komedi masih dikekalkan dan sudah menjadi trademark BB apabila berkarya. Lawak selambanya pasti menyebabkan tawa yg tak disangka-sangka tercetus.


Borhan adalah anak yg baik dan bertanggungjwb dlm keluarganya. Demi membantu ibu dan memastikan pelajaran adiknya terjamin, dia nekad melakukan apa saja kerja. Daripada tukang cabut bulu itik, despatch, pelayan kedai makan dan mekanik sambilan. Semua dia buat demi mendapatkan pendapatan yg halal.


Perkenalan dengn Nadina bukanlah bermula dengan baik, namun apa saja yg berlaku membuahkan pergaduhan antara mereka.


Nadina adalah anak org kaya yg akan dapat apa saja yg diingininya. Keputusannya utk menjadi model telah menyebabkan bapanya menarik balik semua elaun yg pernah diberikan padanya dan membiarkan Nadina mencari duit sendiri dgn menjadi model. Yg kelakar tu jadi model pakai kostum pisang, haha.. ngan model botol jamu. edeh bleh pengsan aku gelak.


Nadina yg mulanya suka bergaduh dgn Borhan akhirnya jatuh cinta dengan kesabaran Borhan. Keadaan Nadina yang mabuk kepayang sorang2 menyebabkan sahabat baiknya, Sehah menyangka Nadina sudah terkena ubat guna-guna si Borhan yg sebelum ini asyik bergaduh jer ngan Nadina.


Bila Sehah confront Borhan, barulah dia tau Nadina syok kat dia dan Borhan pulak mcm mabuk kepayang nak cari idea cemana nak luah perasaan kat Nadina. Di samping Nadina, Borhan juga mempunyai misi besar dengan Komando Iqwan Daniel utk menangkap pencuri motorsikal yg berleluasa di kawasan kolej. Yg dahsyat tu tajuk operasi diorang Operasi Burger Berdarah. haha... edeh ni nak pengsan 2nd round.


Kumpulan Muzik YUMILU yg selalu muncul dengan lagu2 puitis tu pun buat aku tergelak jer.. diorang tu selalu follow Borhan sebab nak pujuk Borhan masuk kumpulan diorang kerana terpikat dengan puisi 'buntut itik' nukilan Borhan. ha haha haha haha



sure fine whatever
rinn


Sinopsis/Blurb


Nadina
"Apa awak cakap? Saya tidak sekolah? Awaklah yang tidak ke sekolah. Naik motor buruk, nampak sangat... nampak sangat tidak naik motor baharu."


Borhan
"Cik adik, saya masih bersedih. Jadi jangan cabar saya. Saya tahu saya tidak naik motor baharu, tetapi saya tetap punya hati dan perasaan."


Borhan bukan lelaki kacak. Berambut afro, tidak berpelajaran tinggi dan tidak berduit. Pendek kata, dia bukan lelaki idaman perempuan.


Nadina pula gadis cantik, pintar dan kaya. Pendek kata, dia punya pakej lengkap sebagai perempuan idaman lelaki.


Mereka bertemu, bergaduh dan akhirnya terhasillah puisi utk Nadina.

Cinta Datang Lagi!




Penulis: Bikash Nur Idris
Tajuk: Cinta Datang Lagi
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama 2009


"Tak mungkin kuingkari suara hati yang membisik namamu"


Ha yang ni akan datang dari karya Bikash Nur Idris. aku ingat ker 'Bukan pilihan hati' saja.. ni ada juga karya terbaru bikash dengan Alaf yang akan muncul tak lama lagi. :) thanks kak ju'a for the info. hehe..


A good reason to smile :)
Sekarang ni aku memang tak online sangat.
bagi those yang selalu tegur kat gtalk, sorila yer.. memang semua tu dah kena 'disabled' haha..
apa2 contact aku kat emel saja lah ye. tak bleh nak hora dah.
Updates aku memang seminggu sekali jer.. tu pun guna prepaid broadband yang slow giler tu. nak upload gambar review pun berjam jam. edeh.. sakit gak hati... nasib baik aku ni penyabar orgnya.. hehe perasan! Kira ok la bleh gak online daripada tak boleh langsung walaupun slow giler.


sure fine whatever
rinn

Sunday, November 8, 2009

Review 41: Detektif Bertudung Hitam




Detektif Bertudung Hitam
Penulis Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok!
Cetakan PErtama 2009
isbn: 9789833654772
RM17.90
Sabah/Sarawak: RM19.90
298 mukasurat


Ini bukan kisah cinta, tapi kisah gadis yg pemalu dgn rakan2nya yg juga pemalu dari kelas menghilangkan rasa malu teknik Ponorogo (org Ponorogo sendiri tak tau tu teknik apa, haha)


Memang cerita yg sentiasa mengundang tawa. Az-Zahra memang pemalu sejak kali pertama menjejakkan kaki di bangku sekolah. Setelah dewasa dia cuba mencari pekerjaan utk menampung perbelanjaan keluarganya dan ayahnya perlu dibedah segera.


Dia sanggup bekerja apa saja tetapi masalahnya dia selalu gagal temuduga kerana terlalu malu. Ketika memulakan kelas teknik Ponorogo tu dia telah diterima bekerja di sebuah syarikat penyiasatan kerana dia sanggup menerima berapa saja gaji yang ditawarkan.


Dia sangka dia kerja kerani, tetapi dia buat multi-tasking rupanya. Dia juga buat kerja-kerja penyamaran dan siasatan, dan kawan2nya yg pemalu yg lain tu pun selalu membantunya. diorang siap nyamar jadi budak skolah ngan penjual mas cotek. hehe.


Kes pembunuhan yang sedang disiasatnya menjadi pendorong utk dia menjadi penyiasat berdedikasi kerana ketuanya menawarkan ganjaran RM50,000.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Ini saya tempah kad bisnes untuk awak."


"Encik Zabidi letak nama jawatan saya 'Penyiasat Persendirian'? Saya hanya kerani, encik salah tempah," persoal Zahra.


"Tak ada yg salah. Memang saya sengaja letak jawatan awak sebagai 'Penyiasat Persendirian' kerana bekerja di syarikat penyiasat membuatkan awak jadi penyiasat. Takkan saya hendak letak kerani pula? Kerani buat apa ada kad bisnes? Secara tak langsung, awak dapat mempromosikan syarikan ini. Jadi, jangan simpan sahaja kad itu, berikan kepada orang. Faham!" terang Encik Zabidi panjanglebar.


"Faham!" jawab Zahra keras. Tidak semena-mena dia menjadi penyiasat pula. Hati Zahra bergetar memikirkan dunia baru yg perlu ditempuhinya.


Zahra gadis pemalu yg selalu tampil bertudung hitam. Gadis pemalu yg mendpat kerja sbg kerani di syarikat penyiasatan kerana sanggup bekerja dgn gaji yg rendah. Gadis pemalu yg memerlukan wang bagi membiayai kos pembedahan ayahnya. Menyiasat kes pembunuhan? Ganjaran RM50,000? Mampukah Zahra yangpemalu ini menyelesaikan kes itu?

Review 40: Cinta Semanis Epal



Cinta Semanis Epal
Penulis: Nor Rafishah Md Hassan
Cetakan pertama 2009
Terbitan Fajar Pakeer
isbn: 9789833880560
RM8.90
sabah/sarawak: RM11.90
134 mukasurat


Tekejut jugak biler aku baca ruangan catatan penulis. (Yam pun ada inform aku) Penulis ini berhajat menjadikan karya kecil ini sebagai karya terakhirnya. Uish janganla...


Watak hero heroin kisah ini adalah Yuji dan Helena, tetapi mereka menaruh hati pada Shazlina dan Kamal. Cinta Yuji tidak pernah dibalas Shazlina yg setia pada Kamal dan Helena pula menyintai Kamal dalam diam. beberapa kali dia berharap dia seberani Yuji tetapi dia tidak berdaya.


Peristiwa Yuji dibelasah Kamal memaksa Helena bertindak sbg hero penyelamat Yuji kerana dia tak mahu Kamal terus-terusan memblasah kamal yg sudah K.O dan perbuatan kamal mungkin akan menjadikannya lelaki berimej buruk pula nanti.


Yuji berjanji akan menghadiahkan Helena epal manis dari ladang keluarganya di Jepun. Dalam bermulut manis Yuji sentiasa membuat Helena naik angin. Bila Yuji tak der dalam kelas, helena tercari2 dan biler helena tak der dalam kelas, Yuji pulak tercari-cari. Tetapi Yuji masih yakin dia menyintai Shazrina dan Helena pun yakin dia masih menyintai Kamal. Tapi peristiwa Kamal dan Shazrina ditangkap basah sehingga dipaksa berkahwin meluluhkan hati mereka tetapi Yuji masih mampu tersenyum kerana kalau Shazrina tak ada, Helena kan masih ada :) tapi nak ker Helena kat Yuji yg keje nyer menyakat jer tu.


sure fine whatever
rinn





sinopsis/blurb:


Aku cintakan engkau. Namun sebelah mata pun kau tidak memandang aku. Apa kurangnya aku berbanding dia? Ketahuilah kemanisan cintaku tiada tandingannya
-Yuji Iskandar


Yuji bagaikan jelmaan jembalang yg sentiasa menggugat ketenangan, Kamal adalah putera idaman dan emak umpama bidadari syurga yg dipuja sentiasa. Namun apabila sang putera menjadi pertanda jiwa, apabila bidadari melakukan dosa, si jembalang itulah yg menjadi penghibur lara
-Helena

Review 39: Sesaat Cinta Berputik by Sofieza Isqandar



Sesaat Cinta Berputik
Penulis: Sofieza Isqandar
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789833880577
harga: RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90
120 mukasurat


Dalam naskah kecil ini Sofieza Isqandar mengenengah cerita yg agak berat. Rasanya kalau ruangan lebih luas diberikan, ceritakan ini akan jadi lebih menarik.


Kisahnya tentang Hafiz, seorg jejaka kampung yg mendapat kerja sbg pemandu dlm sebuah keluarga yg kaya raya. Dato' Jamali menyenangi anak muda yg sopan santun dan baik budi itu. Hafiz bekerja utk menyara ibu dan adik2 di kampung. Tetapi Datin Tiasa memang tak suka Hafiz yg dipandang rendah kerana berbeza darjat.


Fasha anak tunggal keluarga itu. Seorg gadis cantik manis tetapi terlalu bebas pergaulannya hingga mengandung anak luar nikah. Dato' Jamali nekad menikahkan Fasha dgn Hafiz dgn harapan Fasha akan berubah kerana pengaruh Hafiz. Datin Tiasa cuba menentang tetapi Dato' Jamali tetap berkeras.


Saya rasa Dato' Jamali tu terlalu lambat la nak berkeras dgn Fasha. dah besar panjang, dah mengandung baru sibuk nak buat muka garang.


Fasha cuba mengugut Hafiz agar menarik diri tetapi terkantoi dengan Dato' Jamali. Hati Fasha yg keras akhirnya cair setelah mendengar alunan suara Hafiz melagukan surah2 suci Al Quran. Hadiah baju kurung dan tudung menjadi titik permulaan perubahan Fasha hingga mengejutkan ibu dan bapanya, namun takdir Tuhan telah meragut nyawa bayi dalam kandungannya namun cinta Hafiz tetap menunggunya dgn penuh setia.


Dato' Jamali memang sangat gembira dgn perubahan Fasha tapi Datin Tiasa tu masih tak berkenan dengan Hafiz yg dipanggilnya 'ustaz' tu.


sure fine whatever
rinn





sinopsis/blurb


Cinta itu lahir saat mentari pagi mula menyinari alam. Tetapi tragedi datang mengundang. namun cinta itu tetap tidak mahu dilepaskan.


Hafiz sedar dirinya budak kampung yg kolot. dia tahu dirinya tidak setanding utk berdiri di sebelah Fasha. Dia budak miskin yg datang ke rumah besar itu utk mencari rezeki demi emak dan adik2nya di kampung.


Bila mata hati terbuka, cinta pun bersemi. Taraf dan darjat ditolak ke tepi. Namun bolehkah cinta berbeza darjat berputik jadi satu?

Review 38: On Cinta by Sarnia Yahya




On Cinta
Penulis: Sarnia Yahya
(Mini Novela)
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan pertama: 2009
RM8.90
Sabah/SArawak: RM11.90
129 mukasurat


Akhirnya dpt jugak baca Mini novela baru dari Fajar Pakeer ni. Saiz buku nya memang mini. Lebih kecil dari novel biasa dan besar sedikit dari buku utang tiga 5 tu. hehe. kat dlm tu siap ada penanda buku saiz penanda buku biasa fajar pakeer.


On Cinta adalah kisah cinta ringan dan romantik komedi. Bukan kisah baru, tetapi mampu membuat kita ketawa dan senyum simpul. Kalau kisah mcm ni dlm buku yg saiz macam ni, baca banyak kali pun tak kisah, cepat habis :)


Rasanya nama Sarnia Yahya saja sudah cukup utk menarik perhatian pembaca utk mencapai novel mini ini :)


Kisahnya tentang Fatini yg masih muda tetapi sudah dipinang orang. Dia tak sampai hati melukakan hati ibu bapanya. Dia bersetuju menerima pinangan itu dengan syarat dia tak akan bertemu tunangannya sehinggalah hari mereka dinikahkan.


Pertunangannya dilanda dugaan dengan kemunculan Fahmi, boss barunya yg sentiasa mengusik hati kecilnya. Dia berusaha utk tidak jatuh hati pada Fahmi yang juga telah bertunang. Sekali sekala dia jeles jugak kat tunangan Fahmi. Untung dpt Fahmi yg kacak dan baik hati.


Tak der masalah utk kita meneka siapa tunang FAtini dan siapa tunang Fahmi. Perjalanan kisahnya yg dihiasi interaksi mencuit hati antara Fatini dan Fahmi menjadikan kisah ini manis. :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Bagi Fatini dia terlalu muda utk merasai cinta. Dan cinta belum lagi menyapa hatinya. Apa yg diinginkan adalah menumpukan sepenuhnya kepada kerjaya dan pelajaran. Kerana sayangkan kedua org tua, tanpa rela dia setuju bertunang dgn pilihan org tua dan mengenakan beberapa syarat yg dirasakan begitu bodoh sekali.


Cinta tak mengenal rupa, tinggi mahupun darjat. Kehadiran Fahmi membuat hidup Fatini tidak ketahuan. disedari lelaki itu sudah bertunang tetapi masih ada hati untuk memikat dirinya. Bila diri sudah tersepit antara fahmi dan tunangannya, mula dirasakan bertapa bodohnya dia kerana tidak mahu mengenali tungan sendiri.


Patutkah dia menerima Fahmi dan menolak tunangnya? Tetapi Fahmi sudadh bertunang. apa yg perlu dilakukan sekarang?

Review 37: Syurga Di Hati by Fatin Nabila




Syurga Di Hati
Penulis: Fatin Nabila
Terbitan alaf21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244319
RM19.90
500 mukasurat


"Kaulah ratu hati yang bertakhta di sanubari ini"


Antara penulis favourite aku :) Penulis yang sering mengalunkan kisah2 tipikal novel melayu tapi aku sukakan sentuhan karyanya yg ada nada segar. Namun novelnya kali ini aku rasa ada kekurangannya tapi tak pasti di mana.


Kisah Erin dan Ariff yg bermula dengan salah faham dan benci membenci juga agak kurang chemistry nya. Terasa seperti karya ini seperti karya pertamanya pulak.


Dalam cerita ini teraju utamanya adalah Erin dan Ariff yg bertemu dlm suasana amarah, namun kemudian satu 'kebetulan' telah menemukan dan memesrakan mereka. Cinta hadir dan mereka mahu menghalakan perhubungan mereka namun mendapat tentangan dari keluarga Erin kerana perbezaan darjat dan juga usia mereka yg masih muda utk melayari hidup rumah tangga.


AWal2 lagi aku geram dgn watak Erin yg seperti tidak bersungguh menyanggah wasangka Shak terhadap hubungan mereka. Dia juga tidak menceritakan tembelang sebenar Shak kepada keluarganya utk membuktikan Shak bukan sebaik yg keluarganya sangka. Kalau betulpun nak jaga nama baik Shak, dia patut menceritakan perkara itu demi masa depannya supaya tak terpaksa berkahwin dgn lelaki lidah bercabang mcm Shak.


Amanat nenek akhirnya menjadikan Erin isteri kepada Ariff. Ibu Erin menjadi racun dlm rumah tangga Ariff sehingga mereka sering berbalah sehingga membawa kepada perpisahan. Ariff tiba2 menghilangkan diri, malah berhenti kerja. Erin yg sedang berbadan dua dilanda tekanan emosi tapi ibunya sentiasa di sisi mendamaikan hidupnya walaupun pelajaran terganggu dan terhenti.


Berita Erin mengandung menyebabkan Arif keluar dari penyembunyian dan masih cuba memendam rahsia punca kehilangannya dari pengetahuan Erin. Tapi Erin makin membencinya. Dia mahu mengembalikan cinta dlm hati Erin tetapi rahsia yg dipegangnya terlalu besar utk dipecahkan dan mungkin akan menghancurkan keluarga Erin.


Perubahan perwatakan Shak dari jahat menjadi baik tu seperti tiba2 jer.. macam tak meyakinkan pulak perubahan watak dia. Tapi memang dia betul2 jadi baik dan akhirnya menerima hakikat Erin bukan utknya. Dia mula mengalihkan kasihnya kepada Lynn, kakak Erin yg baik hati. Sahabat baik Ariff pulak berjaya mencuri hati abg Erin yg keras hati dan sombong tu. Lepas syok kat kawan Ariff tu barula perangai abg Erin tu ok sikit, kalau tak, keje nak join mak dia menyakitkan hati Arif jer.. aduih.


Kalau korang berminat nak baca novel2 dia sebelum ni aku suggest baca Dakapan Rindu & Bahagia Kasihmu. Novel dia dengan Tintarona yg paling popular sekali adalah Bukan Terlarang (dia guna nama Nur Hazma)



sure fine whatever
rinn




sinopsis/blurb:


Akibat mabuk bercinta Erin dan Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dgn ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing2 yg masih terlalu mentah dlm melayari bahtera rumahtangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara2 remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.


Berbulan lamanya Ariff menghilang tanpa pesan. Tiada isteri yg menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yg sarat mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan dgn caci maki mertuanya bila dituduh suami yg tidak bertanggungjwb dan mementingkan diri.


Sbg lelaki, Ariff mempunyai dua pilihan. Mengenepikan maruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumahtangga yg bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yg terlalu banyak likunya.

Review 36: Aku Bukan Billy Milligan




Aku Bukan Billy Milligan
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan pertama: 2009
isbn: 9789675229084


"Dendam itu membuat dia sering gelisah"


soalan pertama yg org akan tanya adalah SAPA BILLY MILLIGAN??? hehe.. aku pun tanya soklan yg sama. Kalau nak tau kena la baca novel ni atau pun buat mcm kak ima, search jer kat internet :) Oklah, billy milligan tu sorang lelaki yg disahkan ada multiple personality ada personaliti yg baik dan ada yg jahat (sehingga membunuh dan merogol)


Masa di awal cerita, seolah2 dibayangkan Yazirlah Billy Milligan yg dirujuk dlm novel ini tapi saya dapat rasakan presence Adam lebih kuat dan ternyata takdir mereka yg kelihatan tak akan bertembung akhirnya bertemu dan mewujudkan suasana yg menarik dlm cerita ini.


Laura adalah anak miskin. Ibunya pernah berkahwin dgn org kaya, tetapi ditinggalkan suami begitu saya setelah beranak 3. Membuatkan ibunya tak suka org kaya. Kenapa nama Laura? hehe.. mak dia suka tengok citer omputeh Little house on the prairie so dia namakan ler anak pompuan dia Laura. Laura kita akan sangat kenal dan boleh relate peribadinya dgn heroin2 NB yg lain. Dia sangat selamba dan banyak tersenyum dlm menghadapi hidup.


Dia tahu kasihnya dgn Yazir, anak org kaya yg sygkan ibunya dan tak akan menolak permintaan ibunya dan Laura tahu ibu Yazir tak pernah suka dia berkawan dgn Yazir. Then percintaan mereka terputus setelah Yazir terpaksa berkahwin dgn wanita pilihan ibunya. Bagi saya yazir ni lelaki yang pandai dan romantis bercinta tapi tak pandai mempertahankan cintanya.


Masa mak Yazir bagi duit riburiban kat Laura tu ingat ker laura nak kejar bagi balik, tapi Laura siap bukak syarikat sendiri ha.. puas hati!


Adam pulak, lelaki yg tak punya apa2. Dia dan arwah ibunya dihina kerana bapanya banduan. Dia mahu membina nama sendiri supaya dipandang tinggi dia menjadi pemain saham yg berjaya di usia yg sgt muda. Perkahwinan dgn Rozita tidak memberi erti padanya. Dia sudah lupa Tuhan dan dia sudah lupa gelak tawa. Hidupnya kosong walapun terisi dgn isteri seorg lawyer yg cantik dan harta yg melimpah ruah.


Hajat utk membeli Teratak Alam utk dia dan isterinya telah menemukan dia dgn agen hartanah yg selamba, Laura. Namun Teratak Alam tidak berjaya menguja kan hati Rozita. Malah mereka merancang utk bercerai dan Rozita pun mcm dah ada calon lain utk menggantikan Adam yg dibenci ibunya kerana dari keturunan banduan walaupun kaya.


Hajat Adam utk menjual semula Teratak Alam telah menemukan semula Laura dgn Adam. Hubungan bisness bertukar menjadi akrab dan Adam mula bergantung dgn Laura utk membuat keputusan berkaitan Teratak Alam yg kemudiannya tak jadi dijual. Laura cuba utk tidak salah faham keakraban mereka kerana dia tak mahu gigit jari di kemudian hari kerana dia dan ibunya pernah patah hati disebabkan lelaki kaya.


Adam tertarik pada Laura tapi sukar mengakuinya. Dia yg dulu berwajah serius, sudah mula ketawa sikit2 (seketeri dia kata gelak macam kereta rosak) haha..


Laura serba salah biler Adam makin rapat dengannya, malah ikut dia balik kampung menyungkur di laut mencari geragau. ibu Laura berkenan gak kat Adam tapi kemudian kureng sikit biler taw Adam tu kaya raya. Lawak pulak biler Laura menolak cinta Adam dgn alasan ibu dia tak suka lelaki kaya, tapi biler Adam tanya mak Laura mak laura menidakkan malah menerima pinangan Adam. Nasib baik Laura tak pengsan.


Tapi Adam tu kadang2 gatal terlebih la.. tak der apa2 lagi dia dan nak belai nak cium minah tu mcm teddy bear.


btw KUCC!!! dlm novel ni ada resipi Ayam masak kicap with tapai. hehe...
ko dah try ker popia pisang yg dlm 'CHINTA' tu? huhu...

sure fine whatever
rinn


sinopsis / blurb



Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dpt membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati spt Warren Buffet!


Namun Adam silap percaturan. Setelah kekayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya.


Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa2 saja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yg sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari byk perkara. Terutama bagaimana mahu mengharga kehidupan dan berkasih sayang!

Review 35: Cinta Kau dan Aku



Cinta kau dan aku


Kisah yg menarik. Tapi aku terfikir jugak, ada ker lelaki nak amik perempuan berumur 20thn sebagai driver di syarikatnya? Kalau lelaki berumur 20 thn pun belum tentu syarikat tu nak ambil bkerja. Sebelum berusia 18 thn Farisha sudah biasa bekerja sbg model di Kuala Lumpur dan dlm masa 3 bulan tu dia sudah mahir dgn jalan2 di Kuala Lumpur, sbb tulah dia mintak jadi driver walaupun dia ada kelulusan yg cemerlang dlm stpm. Sikap lemah lembut dia berubah menjadi kasar setelah kematian bapa tersayang.


Pada usia 20 thn dia datang ke kL dengan niat nekad mahu jadi driver dan Farish menerima permohonan Farisya.


Kalau pembaca boleh membaca tanpa memikirkan logic dan menganggap ini fiksyen fantasi yg membuai perasaan, rasanya tak der masalah utk menerima yg seorang gadis comel berusia 20thn yg suka berpakaian spt lelaki bekerja sbg pemandu kepada seorang lelaki tampan berusia 30-an yg berkerjaya dan kaya.


buat aku teringat pada cerita hindustan lagi. aduih aku dah tak ingat biler last time aku tengok citer hindi. Aku layan jugak citer2 hindi hehe.


Farisya ada watak yg ada kelembutan dalam karekter keras nya. Berlagak macho tapi hakikatnya dia mabuk darah dan menggeletar biler dengar guruh sampai kena peluk baru ok. Nampaknya Siti Rosmizah memang suka hujan. Aku rasa dalam novel ni lebih banyak hujan berbanding Andai itu Takdirnya :). Ha hero dan heroin kali ni juga cantik dan hensem macam AIT dan berkulit putih. Susah jugak baca dua buku penulis yg sama secara berturutan, mesti nak compare characters, penceritaan dan cerita kedua2 buku tu.


Hubungan boss-driver menjadi semakin akrab dan peristiwa ibu Farisya dibedah membuatkan ibunya berhasrat menyatukan Farisya dgn Farish. Farisya tidak mahu bersuamikan bossnya lalu memujuk sahabat baiknya supaya berkahwin olok2 dgnnya. Tetapi perancangan ibu Farisya dan Farish lebih rapi dan membuatkan Farisya terkejut beruk semasa upacara membatal air sembahyang. Dia yg merancang nak kawin olok2 dengan Zack akhirnya terkawin betul2 dengan bossnya, Farish.


Perkahwinan mereka membahagiakan dan kita dapat mengesan 2 titik yg bakal menggegarkan rumah tangga mereka iaitu Farah (adik Farish) dan Suraya (bekas tunang Farish). Diorg tu datang bersama-sama kuarga Farish dari UK utk berkenalan dgn Farisya. Tapi memang obvious giler la cara Farah tu menyorong-nyorong Suraya kat Farish. Aduih... org rabun pun boleh nampak motif Farah dan Suraya utk tidak mahu pulang ke UK dan berhajat utk menimba ilmu pekerjaan di syarikat FF milik Farish dan nk tinggal serumah pulak tu dengan Farish dan Farisya. haaa nama syarikat FF! hehe... Penulis gemar menggunakan nama syarikat 2huruf, sama macam AIT :) Aku suka la biler Risya refer Farah dan Suraya sbg 'Dua serigala jadian' dan respond mak yam "serigala pun makan epal?" haha. Bagi aku cerita ini lebih seimbang dan buat kita tergelak-gelak berbanding AIT yg sedih semendang. owh Farisya sempat mengusik dua serigala jadian tu dengan katak yg ditangkap special utk diorang. Dan angkara Farisya dan katak specialnya itu menjadikan Suraya dan Farah berganda-ganda dendamkan Farisya. Farisya mesti disingkirkan dari keluarga ini. Farisya menyatakan rancangan Suraya dan Farah kepada Farish tetapi Farish hanya ketawa kerana menganggap isterinya hanya berprasangka dan dia percaya Suraya sudah berubah dan ikhlas menjadi sahabatnya.


Aku tak dapat terima la hakikat family Farish sanggup bawa Suraya bekas tunang Farish yg meninggalkan dia di hari pernikahan kerana ikut lelaki lain. Sekarang dia kembali dan menyesal kerana lelaki mat salleh tu dah tinggalkan dia. Tapi nk buat cemana, Suraya sgt rapat dgn family tu dah macam anak sendiri.



Kehadiran Farah dan Suraya berjaya menggegarkan rumahtangga Farisya sehingga memunculkan wajah baran Farish dan mencederakan Farisha secara fizikal dan mental. Farish ni pun jenis cemburu buta jugak nampaknya, sama ler mcm Syed Aizril tu. Farisha diceraikan melalui satu nota ringkas dan Farish membawa diri ke UK.


Farisya keguguran dan kemudian sambung belajar dan buat modelling secara sambilan. cikgu Zul yg dah lama syok kat Farisya cuba memikatnya semula. keyakinan dia pada Farisya jauh lebih tinggi daripada Farish. Kepulangan Farish menemukan mereka semula, rupanya cikgu zul ngan Farish tu kawan balik dan Farish tersentuh dgn keyakinan tinggi pada Farisya yg dikatakan diceraikan kerana curang. Patutla farah tu marah benar ngan Farisya, rupa2nya dia pnah bertunang ngn cikgu zul. Kesian Farish dah jadi mamat gila bayang biler tengok wajah bekas isterinya terpampang di majalah.


Dayus la Farish tu bila dah pelempang Farisha masa membela zack yg teruk diblasah Farish. Mgkin sbb Farish geram Farisha akhirnya nak kawin ngan Cikgu Zul, sebenarnya cikgu zul tu ada leukimia, so Farisya kawin dgn dia tu sbb simpati la kot. lagi pun cikgu zul tu berjuta kali lebih baik dari Farish. Tapi best la part Farisha pelempang Farah dgn suraya. hehe. and oh, Farish decide utk kawin dgn Suraya pada tarikh yg sama Farisya nak kawin ngan Cikgu zul.


alamak takkan nak citer semua... bleh ah gi cari kat kedai2 buku berhampiran ya? hehe. Part Farisya mabuk darah tu mcm tak konsistent, memula tu macam tengok jari berdarah sbb kena kaca masa basuh pinggan pun boleh pitam n then tengok wayang citer org berdarah2 pun dia dah mabuk darah, tapi masa nak last2 tu ada gak scene dia berdarah dan tengok darah, tak pulak nak pitam2.


sure fine whatever
rinn

Review 34: Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah




Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2008
isbn: 9789833669653
Harga RM19.90


"Cintamu sesegar embun nan pagi
Semakin resah menanti terbit mentari
Hangatnya yg membakar mengeringkan
Segala keindahan yg penuh kepalsuan"


Secara keseluruhan novel ini membawa kisah sedih. Kalau ada kegembiraan pun agak kurang menyerlah kerana bagi saya kekejaman Syed Aizril tu sangat melampau sehingga sukar dilupakan, tapi berulang kali Aleya tu memaafkan suaminya. Aku plak yg jadi geram.


Rasanya banyak air dlm citer nih.. hehe air mata campur air hujan, so universe 'Andai Itu TakdirNya' adalah sangat banyak air. :)


Kekuatan novel ini adalah pada scene2 sedih yg mencengkam perasaan dan meraih simpati pembaca pada watak Aleya yg teraniaya.

Nama2 company dlm novel ni semua guna 2 hurup saja, contoh macam, AA, SA, FA, RR.


yg penting aku (dan sesiapa saja) memang geram dengan kekejaman Syed Aizril hingga membuat aku rasa dia lelaki jahat yg tk sepatutnya mendapat kasih sejati dari sesiapapun. Dia mencederakan Aleya secara fizikal dan dengan niat membunuh. Dia paling dendam dgn Aleya kerana memalukan dia tentang assignment masa belajar dulu dan juga kerana Aleya dirasakan telah memerangkap dia sehingga mereka dipaksa berkahwin demi menjaga nama baik keluarga dan reputasi syarikat. Syed Aizril dan keluarga terus merancang mengahwinkan dia dgn sepupunya Lin kerana diorang semua benci Aleya. DAri hari pertama berkahwin Aleya sudah membiarkan diri didera malah dia dirogol dan dibuang di tepi jalan dan kemudian dia ngandung. masa dia sarat ngandung tu la dia kena sepak terajang ngan Syed Aizril.Syed Aizril telah melafazkan taklik bahawa sebaik saja dia menikah dgn Lin, talak satu jatuh.


Kemalangan yg menimpa Syed Azril sebelum pernikahannya dgn Lin telah menginsafkan Syed Aizril dan merayu Aleya kembali sbg isterinya. Aleya keberatan, tetapi apabila mengetahui dia ada ketumbuhan otak, dia kembali kpd keluarga Zril yg sudah mahu menerimanya dgn hati terbuka. Masa tu Aleya sudah melahirkan Dania dan Danish tapi Danish meninggal dunia kerana jantung berlubang. Dia tak mahu Dania keseorgan bila dia mati nanti.


Syed Aizril makin sembuh sejak dijaga Aleya dan kasih mereka semakin kuat. Namun baran Syed Aizril masih ada dan conflict timbul. Disebabkan conflict itu Syed Aizril mempergunakan Lin utk diperisterikan. Mana pergi kesemua keinsafan dia selama ini. n then biler dia rayu Aleya kembali lepas Aleya dibedah sbb ketumbuhan otak tu memang dah tak ada simpati dah utk watak Syed aizril ni sbb mcm dah insaf seperti mula2 tadi tapi walaupun cerita ini happy ending, bila menutup buku ini, rasa puas tu tak ada sangat sebab saya seperti merasakan bila2 masa saja Syed Azril akan datang barannya dan Aleya akan makan hati. baran Syed Azril masih ada, masa dia marah Lin tu kan dia cekik Lin mcm dia cekik Aleya dulu. Nanti bila2 kalau dia salah faham dgn Aleya lagi, tak mustahil dia akan cekik Aleya lagi. Watak Lin yg dimatikan di hujung cerita terasa agak drastik.


Mcm citer hindustan pun ada gak citer ni :) mesti org yg suka citer jiwang-sedih seronok layan kisah air mata macam ni... masa hero heroin yg hensem dan cantik jelita sedih mesti ada kilat sabung menyabung dan hujan lebat menyimbah bumi dan mereka basah dlm air mata dan dalam hujan.



Tapi ada beberapa scene yg seperti boleh dipersoalkan lah, contoh macam peristiwa Syed Azril dimalukan Aleya di taman pasai assignment diorang (masa tu blum hantar lagi) tu dikatakan berlaku sebulan sebelum mereka balik ke Malaysia dan masa Aleya pulang ke Malaysia tu ada disebut Aleya mengenali Syed Aizril dari semester pertama sehingga hari konvokesyen. Dlm tempoh sebulan tu lah, Zril present paper kat lecturer, exam terakhir dan konvo, sempat ke? Kadang2 benda2 kecil mcm ni (biasanya dlm movie or tvseries dipanggil 'nitpick') selalu terlepas pandang.


tak sampai 2 minggu lepas pembedahan otak Aleya sudah bleh jalan balik rumah.


kegeraman pada kisah ini mengingatkan aku pada kegeraman aku membaca kisah Kasih Untukmu karya Arn Faisal. Mungkin kalau korang suka AIT, korang akan suka Kasih Utkmu :) sempat lagi rekemen buku. huhu... rasanya aku kurang suka kisah lelaki yg mendera isteri secara fizikal kot. hmmm...


Syed Aizril spt tak berusaha menyenangkan hati isterinya dgn menjauhi satu2nya punca sakit hati Aleya iaitu Lin. Dia terus melayan kerenah Lin walaupun sudah byk kali Lin tu buat hal.


Sepanjang tempoh dia berbaik dgn Aleya dia tk berusaha langsung merapatkan semula Aleya dgn ibunya di kampung. Aleya dibuang keluarga lepas ditangkap basah dgn Syed Aizril. Scene2 intim diceritakan dengan berhemah dlm novel ini. yer la.. kebelakangan ni kan novel2 melayu makin berani menceritakan scene2 intim dgn terperinci.


Lepas ni mari kita baca Cinta Kau dan Aku pulak ye? hehe

sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Jangan salah faham, Puan Sri. Kemaafan yg diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yg pernah dibuat pada saya."


"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."


Andai itu takdirNya, dia akan menempuhinya dgn tabah dan sabar. Apa yg penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan dania akan terbela.


"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yg penuh dgn onak dan duri ini, aku tidak pernah pasrah dlm hidupku. Andai itu takdirNya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu utk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil"


----------
Umpama mimpi dlm mimpi, itulah perkataan yg tepat hingga tercetusnya ilham saya ini. Saya tertanya sendiri adakah saya seorang yg suka berimaginasi hingga terbawa dlm mimpi? Rasanya tidak, kerjaya sbg seorg peguam yg segalanya mementingkan fakta telah membataskan pemikiran saya utk keluar dari lingkungan profesion saya ini. Pelik tapi benar, selama tiga malam berturut-turut saya bermimpi satu kisah yg sama. Bermula dgn pengenalan certia pada mlm pertama diikut dgn babak klimaks pada malam kedua dan penutup pada malam terakhirnya. Pelik, kan? Bukan mudah menjadi seorg penulis, satu bidang yg begitu berlawanan dgn apa yg saya praktikkan sekarang. Dgn sokongan dan galakan suami, keluarga dan rakan2 saya akhirnya melihat dari satu sudut yg positif, segala yg terjadi atas kehendak yg Maha Esa, mungkin mimpi itu bukan satu mainan tidur utk saya tetapi satu anugerah dari Nya.
~siti rosmizah~

Review 33: Cinta Jati Klasik by Samsiah Mohd Nor



Cinta Jati Klasik
Penulis : Samsiah Mohd Nor
Cetakan Pertama 2003
Terbitan Khalysa Publishing
RM29.90
9789834971424
823 mukasurat


Bagi tahap pembaca macam aku ni, kisah ini dalam kategori heavy dan penyampaian penulis pun dalam nada serius dan sesekali bersastera. Terasa seperti membaca naskhah 80-an dan bukannya tahun 2000. Memang berat, mungkin seberat novel yg setebal lebih 800 muka surat ni :)


Kisah Kasmira sebenarnya bermula sejak sebelum kelahirannya. Dia dari keluarga terbilang di kampung. Suatu kejadian mengaibkan dalam keluarga telah membuangkan ayahnya entah ke mana. Ibunya kecewa dgn keluarga yg tidak percayakan kebenaran, lalu membawa diri keluar dari rumah pusaka. Ibu yg diharap datang memujuk tidak muncul sehinggalah anaknya Kasmira, yg lahir tanpa pengetahuan suaminya, sudah besar panjang dan sudah bekerja.


Andak Basirah meneruskan hidup di rumah pusaka bersama ibu yg semakin tua, seolah-olah tiada apa yg berlaku dan Karimah (ibu Kasmira) yang bersalah kerana menjauhkan diri. Aku tak sangka rahsia itu terlalu aib dan semuanya berpunca dari Andak sendiri. Hipokritnya wanita itu. Segala kesalahan anak beranaknya dirahsiakan dan keburukan Karimah dan Kasmira digembar gemburkan. Anak2nya berbulan tak balik rumah, Kasmira yg selalu menjengah disuruh balik lagi kerap. Susah la jadi org yg selalu nampak salah orang lain saja. Patutla Karimah jadi keras hati sehingga tak pedulikan lagi ibu dan andak di rumah pusaka.


Taufik menjadi penawar duka Karimah apabila Taufik berkenankan Kasmira. Karimah sayangkan Taufik yg bakal menjadi menantunya. Namun ibu Taufik ada memendam perasaan dendam pada Karimah yg dikatakan merampas Kamal darinya. Taufik tersepit antara kehendak seorg ibu dan seorg kekasih. Lalu dia memilih kasih ibu dan Kasmira dilepaskan tanpa penerangan yg tepat.


Perpisahan itu menjadikan Kasmira lebih kuat dan nekad. Tawaran Pak Mus telah membawa dia ke Indonesia dan meluaskan perniagaan. Kalau dulu dia bekerja sepenuh masa dan berniaga barang2 kraf hutan secara sampingan, sekarang dia menambah perniagaan perabot pulak. Dia menyuburkan sumber rezeki sahabatnya Nordin, jejaka yg setia bekerja di kampung dan menjaga ibunya, Jarah dan juga menjengah2 ibu Kasmira. Urusan kerja itu kemudian menjadi urusan hati apabila dia semakin mengenali Zaroff.


Nordin memang sorg yg setia. Hatinya dari kecil sudah terpaut pada Noriah tetapi Noriah sudah bebas bergaul di kota. Anak tunang yg dikandung terpaksa diusung dgn rasa malu. Andak sendiri takmau terimanya. Apabila tunangnya datang utk bertanggungjawab, dia sudah tidak mahu menerima kerana tak terbayang hidupnya bersama lelaki yg sanggup memusnahkan masa depan seorg gadis. Lalu Noriah sendiri yg melamar Nordin. Nordin dan Jarah menerima dgn hati yg terbuka. Sepatutnya Jarah yg menolak menantu yg sudah ditebuk tupai tapi sebaliknya yg terjadi, Noriah ditolak ibu sendiri dan kini menumpang kasih ibu Nordin dan ibu saudaranya, Karimah yg selama ini dianggap mereng. Mesti termakan cerita ibunya, Andak Basirah tu.


Bukan tiada anak Andak yg baik. Razak tu sangat prihatin dan bapa yg penyayang. Namun isteri pilihan andak tu yang membuat onar sehingga bercerai berai. Dayuslah Razak kalau isteri curang tidak dilepaskan. Dpt husband mithali yg baik giler macam tu si Dilah tu boleh curang dengan lelaki lain, suami org pulak tu. Adusss.


Kehadiran Pak Mus utk merapatkan hubungan Zaroff dengan ibu Kasmirah telah membuka semula rahsia yg telah lama terpendam. Mustafa Kamal itulah Pak Mus dan dia jugalah Kamal. Bapa kepada Kasmira. Balasan Allah pada anak sulung Basirah telah menginsafkan dia. Merayu-rayu dia agar Karimah kembali ke rumah pusaka utk mengampunkan dosa Rahman. Tetapi Karimah tu terlalu degil, sedegil nenek, sedegil Kasmira, sedegil Noriah. Lalu tinggallah mereka dengan kedegilan masing2. Salah seorg dari mereka mesti membuang ego dan mengalah. Akhirnya Nenek Zaharah mengalah, Karimah dijejak dan rupa2nya Karimah masih menunggu ibunya itu datang memujuk, bukannya orang lain. Semudah itu segala2nya terlerai. Pertemuan Karimah dgn ibunya, nenek Zaharah tu memang sangat2 hiba dan menyentuh perasaan. Tangkap nangis beb.


Perkahwinan Zaroff dgn Kasmira memang membahagiakan. Majlis gilang gemilang mereka telah menyatukan sebuah keluarga yg hampir musnah. Lega aku bila Kasmira tak pilih Taufik walaupun mak dia sudah mintak maaf. Tapi cerita diorang selepas kahwin dan sedang menunggu kelahiran cahaya mata tu jadi derita lah pulak. adui... Walaupun cerita sudah ditutup, watak Kasmira masih berharap, so membuat aku rasa cerita ini belum ada akhirnya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Kasmira...

Dirinya terperangkap dalam lipatan sejarah silam dan permainan masa lampau. bukan dia yg bermain, malangnya dia yg terjerat. Justeru silam, masa depannya menjadi linglung. Mampukah dia mengembalikan kegemilangan yg pernah menjadi milik keluarga atau masa akan merubahnya?

Review 32: Donia by Lamia Aimal



Terbitan Creative Enterprise Sdn. bhd
Donia by Lamia Aimal


Antara novel terawal yang aku baca masa mula2 stat suka bacanovel dulu. Kalau ikut rekod posting yg pernah aku post kan review ni dulu adalah sekitar awal tahun 2007 la masa aku baca novel ni. whoa dah lama.. dah lebih dua tahun! Novel ni aku beli di Kinokuniya atas saranan cik Diana dari kuala lipis :) thanks diana! Diana ni memang penggemar citer kawin paksa.


ni review nya ya.. aku paste jer dari review aku yg lama dulu.


Ayat2 penulis ni teratur, almost impossibly perfect utk dikatakan bahasa pertuturan. Agak tidak realistik la bahasa dia, tapi i like the storyline.

Donia telah berjaya mengumpul peminat setia Lamia Aimal. Memang antara buku yang menjadi pilihan sepanjang zaman. Kisah cinta genre ini sekarang sering mendapat sambutan di kalangan pembaca-pembaca di malaysia. Kira kisah cinta selepas kawin la.. i also like storyline yg macam ni. Mungkin ni antara buku2 terawal yg menggunakan genre ini. boleh dibaca berterus terusan, sedar2 dah abis. Cerita dia tak boring, ada saja yang berlaku dalam hidup Lisa dan Harris ni. Ada cinta, ada harapan, ada adventure, ada kejutan.. a good package utk satu buku.

seorang gadis yang baik dan bersopan santun, nurlisa terpaksa memutuskan hbungan kasih dengan kekasihnya kerana terpaksa menerima keputusan ibu bapanya utk mengahwinkan dia dengan Haris hasil dari wasiat yg diturunkan kepada Haris. Haris membina syarat tersendiri dengan Nurlisa dan menerima perkahwinan itu. masing-masing mula menympan rasa cinta. tak sangka pulak ada watak abang Nurlisa yang keja mcm spy tu.. menarik la jugak.

sure fine whatever
Rinn