Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Nora Ismail. Show all posts
Showing posts with label Nora Ismail. Show all posts

Wednesday, October 24, 2012

Buku 709: Hunky Avian Funky Arisa

ni cover depannya. Muka Arisa kat front cover ni ada iras2 Lily Haslina Nasir versi muda remaja :p

haaa tengok, kat back cover ni pun avian ngan arisa dok gaduh berebut banner isbn number. haha.

episode pertama ini ditamatkan di muka surat 196 dengan peperangan yang masih berterusan antara avian dan arisa.
 

Hunky Avian Funky Arisa
Penulis: Rose Harissa & Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Millenia
Editor pengurusan: Nur Hafidhzah Mohd Dahri
RM20.00
Sabah/Sarawak: 23.00
196 mukasurat

Buku ni bukanlah novel sangat. Ia adalah bahan berupa information yang disampaikan secara grafik/lukisan komik dan majalah.

Warna-warna dan lukisan komik ceria melambangkan warna warni dunia remaja yang semakin menempuh alam dewasa. Informasi perubahan-perubahan lelaki dan perempuan disampaikan secara riang ria oleh penulis2. Kalau ada parents yang rasa susah untuk menceritakan perihal perubahan fizikal seorang remaja, mungkin buku ini boleh membantu.

Informasi diselitkan dalam kisah hidup seharian 2 remaja Avian dan Arisa yang saling bermusuhan. Ada saja perkara yang hendak digaduhkan.

siap ada kontes dan hadiah2 menarik lagi. buku ini ada sambungan beberapa episod rasanya. Untuk mengikuti perkembangan Avian dan Arisa, kenalah beli next episod ya?

sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis:

Org kata budak lelaki suka bergaduh. Org ckp budak lelaki suka cari fasal. Org kata budak perempuan pula byk cakap. Asyik membebel, berleter, bergosip dan mengomel. Asalkan ada kerja rumah, kerja di dapur, mesti budak perempuan sahaja yg mesti belajar ke dapur. Budak perempuan sahaja yg mesti mengemas, membasuh, dan membuat segala kerja org gaji. Hei, habis budak lelaki buat apa? Tahu makan sahaja, ya? Sangat tidak adil rasanya! (Ini jeritan batin budak perempuan, okey?)

Tetapi sekiranya hal-hal kerja berat dan kerja kasar, mengapa mesti tolak kesemuanya kepada budak lelaki? Eh, ingat budak lelaki urat dawai dan bertulang besi! Budak lelaki juga ada waktu perlu berehat! Habis, budak perempuan buat apa? Asal kerja kasar, kerja yg mengeluarkan peluh, kerja yang berpanas, budak perempuan terkecuali. INI TIDAK ADIL! (Ha ini pula luahan perasaan budak lelaki, okey?)

Perempuan vs lelaki?
Betulkah banyak konflik?
Betulkah remaja selalu stress?
Sungguhkah remaja asyik moody?
Mengapa org dewasa selalu rasa mereka betul?
Kamikah yang salah ataupun kami yg tidak faham diri sendiri?

Friday, November 11, 2011

Review 550: Wasilah Cinta Weera by Rose Harissa


Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
Penerbit: PTS Litera
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789833893709


Rose Harissa mengajak kita menghayati cinta yang sudah tidak dapat ditafsir dengan betul di mata masyarakat kini. Dalam Weera mendidik Sari Ayu agar memahami Ray, watak Weera juga mendidik kita meluaskan persepsi cinta. Jika kita tidak betul-betul mengenali Weera dan Ray, mungkin kita juga akan menyalahertikan cinta mereka. Ayuhlah kenali mereka. Hayati cinta mereka yang sebenar-benarnya dan tiliklah dalam diri kita ke mana perginya cinta suci yang sangat universal itu dalam hidup kita. Saya paling suka dengan cara Rose Harissa melonjakkan watak Ray dalam suasana yang penuh emosi yang membuatkan saya juga menyintai cinta mereka.


Banyak betul kemunculan watak Ray yang membuat saya menangis dan menangis.


Kisah ini tentang Weera yg yakin dgn petunjuk yg diterimanya utk mengambil Sari Ayu sebagai isteri di saat-saat akhir kerana gadis itu ditinggalkan tunang ketika membilang hari ketibaan tarikh pernikahannya.


Ironinya tunangan Sari Ayu (Firdaus) memilih utk mengahwini bekas girlfriend Weera (Jasnita) tetapi menyebarkan cerita bahawa Weeralah yang merampas Sari Ayu darinya. Memang hampeh punya mamat.


Perkahwinan itu membawa Sari Ayu ke dunia Weera dan Ray. Entah berapa kali Ayu gagal mengerti kasih sayang Weera dan Ray walaupun Weera menumpahkan kasih sayang yang sangat bernilai buat Ayu. Firdaus dan Jasnita tak jemu-jemu menabur fitnah demi utk memutuskan ikatan perkahwinan Sari Ayu dan Weera.


Dugaan demi dugaan menjadikan Sari Ayu semakin mengerti cinta sebenar yang terjalin antara Weera dan Ray.


Mungkin pembaca agak kurang selesa dengan penggunaan perkataan 'cinta' bagi menerangkan hubungan Weera dan Ray tetapi penulis banyak mengambil contoh persahabatan zaman Rasulullah dan juga cinta keluarga dan membuatkan kita faham cinta ukhuwah yg utuh antara mereka.


Weera menganggap Ray seperti saudara sendiri, ayah sendiri. Dia adalah mangsa dera dan Ray adalah penyelamat dan pembentuk peribadinya yang mulia. Hanya kerana dia dan Ray bukan jejaka yg gemar berjubah, berkopiah, dia dilabel sbg gay.


Semasa dugaan memuncak buat Weera dan Ray, Sari Ayu tak dapat menolak keraguannya dengan kemesraan mereka. Saya tak sangka ibu bapa Sari Ayu sangat memahami kedudukan Weera dan Ray malah Sari Ayu tu kena marah sbb tak reti-reti. hehe. memang terharulah membaca scene2 yg penuh emosi dlm cerita ini.


tapi rasanya cerita ni tak sesuai budak2 baca. Ada adegan2 yg agak keterlaluan utk budak2 baca. Mcm adegan panas la. so, sorok yer dari budak2.

Review 548:Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail


Tuhan Lebih Tahu by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2009
RM23.90
sabah/sarawak: RM26.90
isbn 9789675229077
670 mukasurat


"Dugaan itu terlalu sukar untuk ditempuhinya"


Rina dan Hazry memang bersahabat baik. Mereka biasa bergurau senda, bertepuk tampar. Bagi yang melihat mungkin menyangka mereka bercinta, namun kedua-dua menidakkannya.


Hazry sudah mempunyai teman wanita yg amat dikasihinya, Elisha. Elisha tak pernah menyembunyikan rasa cemburunya terhadap keakraban Hazry-Rina. Hazry dan Elisha sering 'terlanjur' ketika bersama.


Sikap manja Hazry ketika bersama Rina memang merimaskan dan membuatkan Rina serbasalah, terutamanya apabila dia sudah mula menerima Azfarel sbg lelaki istimewa dlm hidupnya. Dia tak mahu Azfarel salah faham dgn kemesraan dia dan Hazry.


Hazry terasa spt hilang segala2nya apabila ayahnya yg penyayang meninggaldunia dan Elisha mahu putus utk mengejar cita2nya di luar negara. Kedatangan Rina ketika dia sedang berduka dan dipengaruhi extacy membuatkan dia tidak sedar lalu meragut kesucian sahabatnya sendiri.


Hazry sendiri tidak berapa ingat kejadian itu. Rina amat kecewa apabila Hazry membuat keputusan utk belajar di luar negara. seolah-olah lari dari tanggungjawab. Sempat juga Hazry menceritakan segala2nya kpd Elisha. ADuih dlm byk2 manusia dlm dunia ni, dia gi ngadu kat Elisha tu buat apa. geramnya rasa mcm nak sekeh2 jer Hazry tu.


Azfarel yg disangkanya akan meninggalkannya rupa2nya menjadi pembela nasibnya yg malang setelah disahkan mengandung. Hubungan kekeluargaan Azfarel mmg sgt akrab dan walaupun kurang senang, mereka tetap merestui Azfarel dan belajar menerima Rina dgn sebaik2nya. Rina yg trauma dan histeria di malam pertamanya terpaksa ditenangkan oleh ibu Azfarel. Kesian Azfarel terkulat2 jer bila semua org tengok dia semacam masa tu. hehe. mesti org ingat dia tu yg tak sabar2.


Namun keluarga Rina sendiri membuangnya kerana menyangka dia dan azfarel terlanjur dan menconteng arang di muka mereka.


Beberapa tahun berselang Rina bahagia bersama Azfarel dan anaknya, Ikhzal. Dia menyatakan kesediaan utk mengandung lagi dan Azfarel sgt gembira kerana sebelum ni Rina terlalu trauma utk mengandung lagi.


Hazry pulang dan sudah bertunang dgn Nafisa (adik tiri Elisha. aduih, tak dak orang lain ker nak dibuat tunang, dah la perangai pun lebih kurang).


Rina mendapat projek bersama syarikat milik keluarga Hazry, walaupun maklum mengenai itu, dia meneruskan kerja2nya dgn Hazry. Hazry spt tiada rasa bersalah dan Rina pula spt sudah hilang traumanya namun sentiasa berhati-hati ketika bersama Hazry. Tunang Hazry makin cemburu kerana Rina bukan saja lebih bijak menjalankan kerja, malah hazry & ibunya spt terpikat dengan kebaikan dan kebijakan Rina berbanding dirinya.


Azfarel disahkan ada ketumbuhan di otaknya dan menolak utk buat pembedahan kerana dia boleh sembuh tetapi akan lumpuh. Dia tidak mahu keadaannya membebankan, tambah2 anak kedua mereka bakal lahir.


Walaupun Hazry menyatakan dia tidak mencintai Fisa, ibu Hazry, seorg ibu penyayang yg mementingkan kasih sayang dlm keluarga, tidak pulak menolak apabila ibu Fisa datang memaksanya mempercepatkan perkahwinan Hazry dgn Fisa. Fisa dan ibunya dua2 perangai tak sesuai dibuat menantu dan besan. mcm mana la Hazry dgn ibunya boleh terima. RAsa mcm ada yg tak kena saja bila seorg ibu spt Pn. Haziah membiarkan anak kesayangannya merosakkan masa depan sendiri dgn mengahwini perempuan spt Fisa yg tak penah nya nak tunjuk perangai yg elok2 walaupun di depan Pn. Haziah. Kalau Fisa tu jenis bermuka-muka mungkinlah Pn. Haziah tertipu, tapi ini terang terangan.


Azfarel yakin umurnya tidak panjang atau mungkin dia akan lumpuh, tapi saya pelikla, kenapa dlm byk2 manusia kat dunia ni, dia memilih utk mengamanatkan anak2 dan isterinya kat Hazry tu. Rasanya Hazry bukanlah lelaki yg boleh diharap utk diserahkan harta yg paling penting dlm hidupnya. Dah la masa tu Hazry dah kawin. TAkkan nak bagi Rina jadi bini no.2 kot?


ERkkkkkkkkkkkkkk!! banyak nyer aku dah tercerita.. jadi utk cerita selanjutnya, cari lah novel ni. masih panas di pasaran. :) haa jangan sangka endingnya semudah itu ya? banyak lagi yang Nora nak cerita dalam novel ni... dan yg penting, aku suka aja dgn ending nya. terima kasih Nora Ismail :)


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


Diperkosa sahabat baiknya sendiri, Hazry, Rina seperti hilang arah. Ke mana diri hendak dibawa? Perlukah harga diri dijaja? Dalam resah dan gundah, syukur ada tangan yg datang menghulur. Azfarel lelaki budiman yg memang meminati Rina dari jauh menghulurkan pertolongan. Hati Rina berbelah bagi, apakah perlu diterima hati yg cuba berbudi? Sedangkan Hazry hilang entah ke mana. Bahagiakah hidupnya nanti dgn Azfarel? Dapatkah dia melupakan segala bayangan hitam? Namun akhirnya Rina sedar, dlm hidup bagaimana kita mencaturnya....

Review 547: Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa



Mulanya Satu Cinta by Rose Harissa
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
cetakan pertama Tahun 2008
RM18.00
496 mukasurat
isbn: 9789831244050


"Engkaukah yang datang mengulit mimpi dan mengusik lamunanku?"


Bacaan yang menghiburkan dan menjiwang kan. buat aku tersengih mcm orang tak betul. rasanya kalau aku baca sambil jalan lalu terlanggar tiang, aku akan terus tersengih sambil menggosok2 kepala. haha. begitulah sweetnya citer ni sampai leh kena kencing manis. Aku suka dengan penggunaan conflict tiba2 di hujung2 cerita. saat2 yang kita merasakan everything will end well sebab tinggal beberapa helai saja lagi, TIBA2 JER BANGGGGGGGGG!! abis.. luruh semangat. memang terketar-ketar tangan biler kita tengah seronok tiba2 jer ada batu penghalang antara Ezli dan Iryanie.


Cerita yang sangat biasa dan kita boleh cari banyak buku yang menggunakan plot begini, tapi di tangan Rose Harissa cerita ini menjadi sangat istimewa dan melihat semula buku ini setelah membacanya membuatkan kita tersenyum sorang2. jarang2 ada penulis yang mampu memberi impact ini kepada pembaca macam saya yg sememangnya suka sngat dengan kisah2 manis begini.


Kisah ni tentang Ezli, duda muda beranak satu. Afi anak kesayangan Ezli yang tak boleh berenggang, kalau berenggang mereka akan demam menanggung rindu. Ezli sangat garang dengan perempuan. Ibunya berhasrat utk menghabiskan usia tuanya di kampung, Ezli kelam kabut kerana hampir seluruh hidupnya bergantung kpd ibu. Ibunya bertindak mengambil seorang pengasuh sambilan. Dia berkenan sangat2 dgn Iryanie, pelajar UiTM yg terpaksa mengulang satu paper utk sepanjang semester tersebut. Dengan agenda tersembunyi ibu Ezli menggaji Iryanie yang kebetulan adalah orang yg sama melanggar kereta kesayangan Ezli beberapa hari sebelum bertemu mata semula dgn Ezli.


Kegarangan dan kesinisan Ezli membuatkan Iryanie takut2 berani, tapi inilah pekerjaan terbaik utk nya dan sangat bersesuaian dgn waktu kelasnya kerana dia tak mahu terus berhutang budi dengan bekas abg iparnya yg seperti mahu menjaga kebajikannya. Tentunya satu hari nanti Zamri mahukan balasan dari Iryanie yg sudah mula menjerat hati bapa Iryanie yg kesempitan wang.


Selepas mencuri hati ibu Ezli, Afi pun turun terpikat dengan sifat keibuan Iryanie. Banyak kali Ezli tersentak melihat kemesraan Iryanie-Afi. Bukan senang nak mencuri hati Ezli tapi Iryanie berjaya melakukannya tanpa disedari.


Khairina, bekas isteri Ezli tiba2 jer muncul mahukan Afi kembali kerana dia sudah tidak boleh mengandung lagi. Aku rasa Khairina ni lah watak antagonis ciptaan Rose Harissa yg paling meng-ngong sekali. bodoh sombong. Dah sah2 dia tak pernah care tentang Afi sejak dilahirkan. Malah terus mencari teman baru yg lebih kaya lalu meninggalkan Ezli terkial-kial menjaga Afi sambil belajar. Dgn gaya mcm orang zaman batu dia nak amik Afi macam tu saja. Yg geram tu siap siap blasah Iryanie tu. Tuntutan hadhanah yg dibuat Khairina tu aku rasa antara yang tindakan yang paling tak cerdik. Memang dalam apa cara sekalipun Khairina bukan seorang ibu yg baik. Afi sendiri takutkan Khairina yg garang dan ringan tangan tu, bukan ringan tangan tolong buat keja, tapi ringan tangan angkat penampar. Iryanie tu sempat la jugak merasa tangan Khairina tu sampai tergolek masuk dalam longkang. adusss kesian betul kat heroin yg sopan santun nih. Rose, biler la agaknya heroin ko yang ada blackbelt kaler biru and boleh bubuh penendang taekwando sikit kat antagonis2 citer ko.


Heran jugak kenapa Khairina tak menggunakan kebiasaan Ezli & Iryanie berdua2an kat rumah utk dijadikan isu dalam mahkamah. Malah boleh saja dia report kat pejabat agama n pegi tangkap basah Ezli & Iryanie. Memang mengong la Khairina tu.


Scene Iryanie membenarkan Khairina masuk rumah setelah berlakon seolah2 telah insaf dan merindui anaknya tu membuatkan aku teringat kepada cerita Snow White yg membenarkan ahli sihir masuk rumah. Memang Iryanie kena hantuk lagi lah dan Afi dilarikan. hmmmphh ni Iryanie ni classic Snow White lah tak serik2 berbuat baik. hehe.


eh, takleh citer banyak2. Selain di kedai2 buku, novel ni juga boleh dibeli terus dari penulis melalui blognya roseharissa.blogspot, siap dapat penanda buku cantik dan signature lagi :) sekian wasalam


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih ber­gelar pe­lajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.


Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.


Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.


Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya ‘mama’. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.


Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.


Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima ke­putusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?

Review 546: Cinta Mekar Di Hati


Cinta Mekar di Hati
by Rose Harissa
Terbitan alaf 21
RM19.90
566 muka surat.


“sayangmu mengalir rasa
Kaulah cinta terakhirku”


Nyesal pulak lambat baca buku ni, semuanya sbb prolog nya! Huh! Rasa macam baca muka surat terakhir saja.. arghhh.. saya tak tau mcm nk buat saya lupa apa yg saya dah terbaca. Penat jer ngelak baca kulit belakang buku nih. saya lebih byk abis kan masa membelek kulit hadapan buku ini. Hmm saya rasa tulisan tajuk tu ok dan cukup besar utk menangkap mata pembaca. Gambar pasangan sejoli duduk berdua-duaan siap pegang2 tangan tu menarik mata lah jugak. Tapi pada pendapat personal saya, saya lebih suka cover yg tak der gambar orang, kalau ada kawasan perairan, biarlah orang tu tengah menyelam baru amik gambar. Macam cover Berikan Cintamu. Kalau ada gambar orang pun kalau bleh muka dia tak nampakla so tht i can leave it to my imagination. Yg gambar bunga tu nampak mcm bunga lavender, saya rasa kurang sesuai dan selalunya bila sebut mekar, mesti la teringat bunga yang jenih kembang-kembang kan? Kan? Kan?


Prolog mcm menunjukkan citer ni set2 citer Kudamba Bahagia, Rahsia Hati, Bertakhta di Hati, dan lain-lain lagilah yg sewaktu dgnnya yg kisah percintaan yg mendapat peluang kedua bila mula2nya terpisah dan kemudian bertemu dan peluang utk bersama semula terbuka. Aduh.. nak baca tak baca, nak baca tak baca? Last2 saya baca jugak! Haha.. padan muka aku, never judge a book by its prolog. Haha.. bleh ker pakai pepatah tu? Dah la dekat2 tengah malam baru nak start, nak tido mata aku tak bleh lelap sebab hati meronta2 nak tau apa akhirnya buat Fasha ngan Ady Rafizal. Sudahnya pagi ni masuk opis macam zombie ha.. macam panda pun ada jugak. Hehe.


Awai pagi baru la aku tutup buku ni dgn senyuman puas! Nak terkucil pun ku tahan Jebat! Haha.. Kesemua konflik yang ditimbulkan oleh penulis dalam novel ini dilakarkan dengan baik dan ditutup dengan ending yang amat memuaskan hati. Saya tak peduli apa jadi pada Julia yg hampeh tu. Dia adalah di antara watak kecil dalam CMDH yang saya geram rasa macam nak tenyeh2 dgn bola tumit kaki kanan. Rupa2nya bukan Julia watak hitam utama dalam kisah ni.. kita ada Tengku Kamsiah dan Tengku Alis! (*clap clap clap!!!) ish.. saya memang suka la baca buku yang jenis2 nak bagi orang beleter sorang2 lepas tu baling buku jauh2. Peh tu kutip balik dan sambung baca.


RH improved a lot dlm 2nd book ni dan dapat lari dari bayangan buku pertamanya, Berikan Cintamu. Saya suka konsistensi watak dan character build. Dan saya sangat2 senang dengan watak Ady Rafizal. Memang terasa Ady Rafizal watak utama dlm citer ni dan bukannya Fasha. Emosi Ady Rafizal diceritakan dgn baik oleh Penulis kerana kadang2 biler ada penulis yang cuba menceritakan emosi watak2 lelaki, akan kelihatan seolah-olah lelaki tu tak lelaki (paham ke?) mcm citer tentang seseorang yg ada ciri2 feminin. hehe.. Emosi Ady Rafizal dilakarkan dgn baik tanpa mengganggu ciri-ciri Ady Rafizal sbg lelaki sejati yang romantis, penyayang dan setia. Saya lebih kesian dan simpati dengan Ady Rafizal lantaran peristiwa2 yg menimpa dirinya dalam kisah ini. Yer la sebelum ni kalau baca buku mesti mengutamakan luahan emosi wanita, betapa hebat pengorbanannya.. betapa hebat siksaan yang diterima. Tapi rupa2ya Ady Rafizal lebih2 tersiksa dari segi fizikal dan rohani. Dia bertemu Fasha semula dlm keadaan yang menimbulkan keraguan yg munasabah tetapi segalanya ditolak ke tepi kerana dia amat yakin dgn cinta Fasha.


Kereta wira diesel tu dah mcm saya kenal sangat2. Rose byk jugak menggabungkan pengalaman peribadinya ke dalam watak Ady Rafizal dan Fasha.


Tak tahu lah apa yang nak saya citer serba sedikit tentang cerita ini sebab rugi rasanya kalau tak baca sendiri. Dapatkan segera di pasaran! Harap2 RH akan melakarkan lebih banyak lagi kisah cinta yang sebelum ini kita anggap tipikal tapi sebenarnya mengandungi keistimewaan tersendiri. Terima kasih Rose Harissa for Cinta Mekar di Hati.


Sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Setiap cinta…pasti ada derita, pengorbanan, cemburu dan air mata. Cinta tidak hadir dengan kekayaan dan kebendaan…tetapi hadir dengan pengorbanan dan kesetiaan.


Ady Rafizal…cinta tidak pernah punya undang-undang, tetapi mengapa harus aku terhukum? Dalam derita, hanya bayangmu yang mampu kudakap. Namun, selagi aku bernafas dengan nama ALLAH, tidak pernah sekali aku berhenti merinduimu. Dan aku yakin, cinta akan mengembalikan kau kepadaku.


Fasha… cinta tidak pernah menyeksa tetapi sentiasa menguji. Sekali kau memberi cinta, tidak akan kubiarkan ia hilang ditelan waktu walau beribu batu kita terpisah. Sesungguhnya, kau adalah cinta dan nyawaku dalam hidup ini.


Fahrin… cinta itu sebuah pengorbanan, tetapi mengapa ia bukan noktah cintaku kepadamu? Kenapa semakin sukar aku miliki cintamu setelah menanggung derita ini? Cintaku indah tapi aku derita perasaan.


Tengku Alis Marina… cinta itu madu dan racun! Andai aku tidak memiliki madunya, biarlah aku jadi racunnya!


Cinta adalah satu-satunya bunga yang tumbuh mekar tanpa bantuan musim- Kahlil Gibran

Review 545: Berikan Cintamu by Rose Harissa


Berikan Cintamu
by Rose Harissa
(novel sulung Rose harissa)
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
512 mukasurat


"Tiada ucapan, tiada tulisan... yang ada hanya perasaan"


cerita cinta yang biasa tapi diolah dgn baik oleh penulis dgn memasukkan pergolakan dlm cinta, melibatkan kepercayaan, komunikasi, kawan yang makan kawan, kawan yang setia, seorang kekasih yang teguh cintanya hingga membutakan mata hatinya utk menerima cinta baru yang jauh lebih baik, orang sekeliling yang mudah menerima fitnah, keluarga yang penuh kasih sayang, keluarga yang penuh pergolakan, *apa lagi ek? (garu idung)* hmm hasad dengki, sakit hati, balas dendam, cemburu kata2 nasihat dari seseorang yg benar2 mengambil berat, siap disulam dengan tafsiran al-Quran dan petikan hadis. yg penting, ending dia besT!!! hehe


watak utama adalah Eza Nylea yg dah lama bercinta dgn Rizal. Dia amat setia pada Rizal tapi Rizal jarang2 bertemu dgnnya dgn alasan dia di Puchung, Eza di Johor. Semasa Rizal mungkir janji, Eza bertemu Azalan di Pantai Lido yg membawa kpd ikatan persahabatan yg akrab. Hati Azalan tercuit tapi Eza masih setia pada Rizal namun Azalan tetap sahabatnya. Di rumah Eza menghadapi Syella, manusia yg busuk hatinya, sanggup memburukkan Eza asalkan dia dipandang tinggi oleh orang lain dan Eza dipandang sehina-hinanya. mulanya cemuhan di belakang lama2 bersemuka hingga memaksa Eza meninggalkan rumah sewanya dan kembali ke pangkuan keluarga. Perkenalan dgn makwe abg Amirnya, Dayana, membawa Eza ke kuala lumpur, mendekatkan jaraknya dengan Rizal dan menjauhkan jaraknya dgn Azalan.


Amir dan Azalan bersahabat di luar negara. Kembalinya Azalan merapatkan kembali persahabatan mereka, tambah2 Azalan merupakan tempat Eza mengadu setiap kali Rizal mengecewakan dan mengabaikannya. Masalah di tempat kerja pon diadukan kepada Azalan yg setia mendengar. Rizal sering memberi alasan tidak bersedia utk menjadi tunangan orang, inikah pula suami.


Eza sudah ada perasaan pada Azalan tapi disembunyikan kerana dia terus meyakinkan dirinya bahawa Rizal adalah cinta hatinya walaupun dia tak pernah dihargai. Tak sangka watak syella muncul semula, kali ni di tempat kerja Eza. kali ni dia jadi talam dua muka, berbaik dngan Eza tapi di belakang menyebarkan fitnah dahsyat ke atas Eza. Eza dituduh bertukar pasangan, jahat dan sudah hilang kehormatan diri. Semuanya diadukan kepada Azalan tapi Rizal lebih percayakan Syella.


Kepercayaan Azalan pada Eza memang sgt tinggi, Syella yang bijak memutar kata tu pun tension kerana tak dapat mempengaruh Azalan supaya turut membenci Eza. Syella ni jeles kat Eza sbb dia lebih cantik dari Eza tapi orang lebih sukakan eza daripada dirinya. memang sakit hatila watak Syella ni, tu yang best baca tu. :)


Eza memang frust abih dgn Rizal dan nekad nak putuskan hubungan, masa dia nak luahkan perasaan kat Azalan, Azalan pulak dah bertemu kembali dengan cinta pertamanya dan berniat utk berkahwin tak lama lagi. Rizal yg sudah tahu citer sebenar pergi berjumpa ibu bapa Eza meminta kebenaran utk masuk meminang. Eza sudah bosan dgn Rizal, lagipun mak Rizal tak sukakan dia. Eza pasrah dan menyuruh ibu bapanya menerima saja pinangan sapa2, sepupunya yg gatal tu pun tak pa. dia dah tak kisah lagi sbb Azalan pon dah nak kawin ngan orang lain. Eza hampir pengsan bila melihat lelaki yg sedang melafazkan akad di hadapan bapanya...


sure fine whatever
Rinn



Sinopsis belakang buku:


Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya?


Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?


Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.


Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.


Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih.


"Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan"


sinopsis di website alaf:


Sebuah cerita yang pasti mencuit perasaan anda dengan gelagat orang bercinta. Eza Nylea terlalu mendambakan cintanya kepada Rizal sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya. Dia sahaja yang terlalu setia sebagai seorang kekasih, tetapi Rizal langsung tidak memahami perasaannya.


Justeru itu, ketika Eza memendam perasaan, hadirnya seorang sahabat yang baru dikenali bernama Azalan. Lelaki itulah yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan itu, akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.


Eza keliru. Antara Rizal dan Azalan... yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih. Pada masa yang sama Eza berhadapan dengan kerenah bekas rakan-rakan serumahnya semasa menuntut di universiti. Penganiayaan dan fitnah sudah menjadi kudis buatnya. Adakah Eza terus berdiam diri setelah pelbagai penyeksaan dilakukan oleh mereka sehingga dia hampir diragut kesuciannya?

Sunday, October 30, 2011

Review 542: Blues Amni: Oh Kerja!



Blues Amni: Oh Kerja!
PenuliS: Rose Harissa
Editor: Nor Adilah Riduan
Terbitan PTS Syok!
Cetakan Pertama 2011
311 mukasurat
9786975783630
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00


Amni ni jelas amat tertekan dengan kerjanya. Hidupnya penuh dengan 'pressure' kerja, seolah-olah tiada sudut ketenangan langsung dalam ruangan hidupnya. Hidupnya adalah untuk kerja yang membuat dia merasa tertekan. Walaupun begitu dia tabah menempuh hari-hari berdepan dengan bos yang sangat tidak bertimbang rasa. Tekanan semakin terasa apabila rakan satu tempat kerja yang menjadi peneman telah berhenti kerja tiba-tiba lalu digantikan dengan orang memberi tambahan tekanan perasaan kepada Amni. Memang kita turut merasa kerimasan Amni berada dalam situasi begitu.


Antara Adam dan Bern (yang mewarnai hidup Amni yang serba tertekan itu), Adam pada mulanya lebih menyerlah sebagai bakal hero berkarisma, akhirnya sedikit malap apabila Bern yang kelihatan berdarah campuran dan bernama pelik itu rupa-rupanya seorang jejaka yang mementingkan agama Islam dalam pekerjaan dan kehidupan hariannya. Bern kelihatan sangat 'cool' berbanding Adam yang lebih suka mencabar dan menyindir Amni apabila berbicara. Tetapi ntah mengapa terasa Amni lebih tertarik kepada Adam. Sepatutnya dalam hidupnya yang serba tertekan tu, lebih elok la kalau memilih Bern yang 'cool' dan tenang tu. Adam tu kelihatan seperti elemen penambah takat tekanan dalam hidup Amni saja :) Tetapi ibu dan ayah Adam yang bergelar Puan Sri dan Tan Sri tu sangat 'sporting' dan baik hati. Cepat saja diorang berkenan kepada Amni yang kelam kelibut tu.


Pengalaman kerja yang dikutip sepanjang 4 tahun bekerja membuat Amni cekap di tempat kerja. Walaupun gajinya seciput, skop kerja sangat meluas, dari serendah-rendah kerja hingga ke setinggi-tinggi kerja dalam ranking syarikat kecil itu dibuatnya. Walaupun sering merungut, dia kekal dalam pekerjaannya dan dalam diam bosnya menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya, tetapi sikap kedekut bossnya itu mungkin akan menyebabkan dia kehilangan pekerja sebaik Amni. SEjauh mana Amni dapat bertahan? Amni sangat kuat. Ketika dia diuji dengan tugasannya yang bertimpa-timpa, cek lebih RM10,000 hasil titik peluhnya menjadi penawar duka. Macam mana boleh jadi macam tu? hmmm... bacalah kalau nak tengok macam mana cara Amni si pereka besi ni bekerja sambil melayan kerenah klien-klien yang 'macam-macam ada'.


Mungkin tidak susah untuk pembaca-pembaca yang bekerja dan mengalami sendiri situasi yang sama seperti Amni. Mungkin kita akan turut terkenang pengalaman-pengalaman kita mengadap klien yang macam-macam songehnya. Ada yang mudah dan ada yang sangat susah. Nampaknya Blues Amni ni adalah kisah bersiri seperti menonton drama bersiri di televisyen. Satu buku mewakili satu episod. Episod akan datang bertajuk Blues Amni: Oh Propa! Entah sapa pulak la yang akan menambahkan lagi tekanan perasaan Amni. Kita tunggu dan lihat :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:

Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja akibat rasa sengsara.


Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan lagi kesengsaraan Amni dengan:

* Mr Phua - Bos yang suka mengarah-ngarah dan melulu marah serta mata duitan
* Mun Heng - Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru yg pentingkan diri sendiri.
* Adam (merangkap anak Tan Sri) - Arkitek muda pemilik Adam J Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.

Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya, melayani klien yg heboh dan cerewet. Amni sering diminta bos supaya melawat tapak projek, bertemu klien secara langsung!


semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!


Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaraan dalam pekerjaan yg dialami Amni.


Apa ya? Dapatkan kisah Blues Amni: Oh Kerja!

Monday, March 14, 2011

Review 312: ...dan cinta pun tersenyum by Nora Ismail



...dan cinta pun tersenyum.
Penulis Nora Ismail (a.k.a Rose Harissa)
Editor : Norhayati Berahim
Terbitan NBKara
630 mukasurat
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
http://novelnbkara.blogspot.com/


Ervan
Indonesia

Surihani
Malaysia

"Sedangkan dua negara bisa berdamai, inikan pula dua hati..."


Lepas pegi majlis pelancaran baru lah aku perabis novel ni :) Nora menyatukan dua hati berlainan negara dalam kisah cinta menyentuh hati ni. Karya ini menggabungkan dua bahasa dalam satu naskah. Ianya sesuatu yg baru bagi aku. Tetapi Nora berjaya membuat kita berupaya mengasingkan lenggok bahasa melayu malaysia dgn lenggok bahasa melayu indonesia apabila membaca dialog watak berlainan negara dalam novel ini. Kedua-dua bahasa itu diintegrasikan dengan baik dan dibantu dgn maksud perkataan indonesia di penghujung setiap bab bagi memudahkan pemahaman pembaca malaysia.


Ervan adalah model metroseksual kaya raya dari Indonesia yg terpaksa tinggal di Pulau Besar, Johor atas perintah ibu dan ayahnya. Mak dia org Malaysia dan ayahnya orang Betawi. Resort Prima Sakti dibina dengan namanya yg gah. Ervan menurut tetapi pada masa yg sama dia cuba memberontak dari jauh. Sikap Ervan membuat ramai pekerja resort yg pelik dgn sikapnya. Dah la tak tahan panas, dengan nyamuk pun dia nak gaduh.


Surihani adalah gadis pulau yg berpendidikan luar negara. Bertahun di luar negara tidak pernah mengikis kemelayuan dalam dirinya. Setiap kali Ervan berbicara dlm bahasa Inggeris Amerika, Surihani akan sentiasa membalasnya dalam bahasa melayu. Tapi bila Ervan cakap melayu Indonesia, kerap juga Surihani salah faham sehingga percuma saja Ervan menerima tamparan wanita dari Surihani. Entah berapa kali lah Ervan tu merajuk, haha. Mau Surihani tak bara, nak jalan balik rumah pun Ervan guna payung! Aduih.


Separuh pertama cerita ini adalah dirancakkan dengan serangan balas membalas dialog antara Surihani dan Ervan. Dialog2 mereka menjadi penyeri cerita membuat kita tergelak-gelak dengan kerenah pasangan ini. Tragedi yg dicetuskan penulis di tengah-tengah cerita adalah cukup mengejutkan buat aku sbb memang tak sangka langsunglah tragedi sehebat itu datang menduga sedangkan mereka sedang membilang detik tibanya hari bahagia.


Watak Akhil yang sejak kecil dipandang tinggi oleh Surihani berubah menjadi watak negatif setelah pinangannya ditolak. Akhil tu memang bila cakap jer mesti ada ayat2 fitnah, ayat2 spekulasi dan ayat2 nak melaga-lagakan orang. Tak pernah nak bersangka baik. Memang sakit hati betul lah dgn Akhil tu. Penulis seperti menunjukkan perbezaan antara cinta yg menguasai akal dgn cinta yang dipandu akal melalui watak Akhil. Cinta antara manusia bukanlah yg paling utama dalam hidup kita. Cintai Allah dahulu, barulah menyintai orang lain.


Di awal cerita Ervan yg memburu cinta Surihani tetapi di akhir cerita, Surihani yang memburu cinta Ervan. Macam mana boleh jadi macam tu? hmm...


Tisu kena claim dgn Nora nih.


sure fine whatever
rinn





blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Ervan... ini matahari pagi, bagus sbg vitamin D yg penting utk kekuatan tulang. Kamu tahu kenapa kamu tak tahan dgn cahaya matahari walaupun sedikit? Itu kerana kamu adalah org yg berambut keperangan asli dan kulit berwarna putih. Org yg paling tahan kena radiasi matahari adalah org yg berkulit gelap. Semakin gelap semakin terlindung dari sinar matahari. Tapi kamu, putih macam cicak! Manalah nak tahan dgn cahaya matahari!"


"What?" Ervan terpekik. "Kamu bilang aku seperti cecak?" Ervan merengus dgn mata terpelotot ke arah Surihani. Kalau tadi Surihani mengatanya sbg mannequin, sekarang sbg cicak pula! Eeii...! Ervan bergidik geli.


"Iya... cicak... ck... ck... ck..." balas Surihani sambil menggayakan bunyi cicak. Sengaja mahu menghangatkan hati Ervan. Tanpa mahu menunggu reaksi Ervan, Surihani meneruskan melangkah.


"Kurang ajar kamu! Dasar cewek jutek! Cuek!" maki Ervan dgn bengang.
..............

Aku mau pulih dari kesengsaraan ini. Yang kubutuhkan saat ini hanya cinta Tuhan bukan cinta darimu. Kerna secinta-cintanya manusia kepada manusia, kan nggak boleh cintanya lebih dari cinta kpd Allah? - Ervan


It's about love and hate. Never give up on someone you can't go a day without thinking about. Love like you've never been hurt. - Surihani.

Thursday, November 4, 2010

Review 250: Seperti Keju & Coklat by Rose Harissa



Seperti Keju & Coklat
Penulis: ROse Harissa
Terbitan PTS Litera
RM16.00
sabah/sarawak RM18.00
261 mukasurat


Cover buku yg kaler merah buat aku teringat kat kad raya cina. Memang merah ang ang! Walaupun beli online kat toko che rose tak der diskaun dan kena bayar postage, aku selalu mmg tak kisah sbb mesti ada sisipan menarik bersama novelnya. Kali ni Rose menyelitkan sekeping lukisan gambar si hero bersaiz poskad dan sekeping penanda buku yg comel ;) thanks Rose.


Ini memang kisah yg menyasarkan golongan awal 20-an dan remaja belasan tahun. Ceritanya lebih dekat dengan golongan2 ini. Walau bagaimanapun RH menyelitkan kisah pemuda yg pernah mengidap penyakit yg disalahertikan sbg kurang siuman. Safiy Aqil memang suka bersendiri, dia sendiri tidak menyedari yg dia sebenarnya memerlukan seseorg yg memahami dirinya.


Sara yg tersua-sua menggoda Aqil tidak pernah mendapat perhatian Aqil tetapi Raisya yg biasa2 tetapi comel itu yg menarik perhatiannya. Aqil sentiasa tersentuh dgn perhatian ikhlas dari Raisya sehingga mereka boleh bersahabat. Persahabatan mereka dicemburui Sara dan Rafa'e. Diorang yg beria mengorat tetapi sasaran mereka terpikat kat org lain pulak. Rakan2 sekitar juga heran bagaimana lelaki pelik spt Aqil boleh didekati Raisya, seorg perempuan sedangkan dgn lelaki pun Aqil sukar bersahabat.


Cerita ini mengajak kita memahami kehidupan seorg bekas pengidap sindrom asperger dan pemahaman yg tinggi amat mereka perlukan utk menerruskan hidup dgn lebih normal. bukannya dgn cara disisihkan dgn tanggapan2 yang salah.


RH turut menyelitkan kisah hiba Aqil yg menyentuh perasaan. tangkap nangis la jugak. Aku tak expect nak turut menangis masa baca novel ni tapi kisahnya memang akan membuat kita turut bersimpati dgn Aqil.


Raisya tu sebenarnya teruja dgn Aqil yg rupa2nya seseorg yg dikaguminya melalui bahan bacaannya. Lawak pulak part Raisya paksa Aqil sain buku dia :)


Watak Sara dan Rafa'e berjaya menambah asam geram cerita membuat aku rasa seronok dan cepat menghabiskan novel ni. Sara jadi watak yg akhirnya insaf dan sedar kesalahan diri tetapi Rafa'e spt tidak menyesal tapi puas hati sbb dia diadili di mahkamah dan dijatuhkan hukuman setimpal. And haruslah diingat bahawa aku adalah penggemar novel yg tidak terlalu tebal ya? hehe :)


Tajuknya mungkin menyebabkan org boleh keliru dgn siri Aku dia dan Coklat tu hehe... tajuk macam dekat2 pulak. Bahasa yg digunakan dalam buku2 pts termasuk buku ni adalah bahasa melayu standard.


Ending yg masa Aqil tukar status kat facebook dia tu comellah! sweet hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


"Kata orang, Aqil itu sering bercakap seorg diri semasa melakar rekaan..."


"Aqil itu pernah buat kerja gila, minum air dakwat lukisan semasa di tahun satu!"


"Sebenarnya... Aqil itu ada masalah mental..." Betulkah Safiy Aqil sakit mental? Alangkah ruginya, rupa kacak tetapi sakit mental pula!


Namun, semua persoalan yg berkumpul di otak Raisya terjawab setelah dia berada di satu ruangan kerja bersama Aqil.


Seperti keju dan coklat, betapa dua bahan berbeza boleh disatukan menjadi satu rasa hebat. Begitu juga dalam hal berkawan.


Aqil- "Berkat duduk satu ruangan kerja dgn awak dahulu, saya berasa punya kawan sejati. Berkat mengenal awak, saya juga dpt mengenal erti bahagia lagi."


Rupa2nya ada banyak rahsia yg disimpan oleh Aqil yg bukan sahaja mengejutkan Raisya tetapi seluruh Fakulti Alam Bina!

Wednesday, October 22, 2008

Review 8: Serasi di Hati by Nora Ismail


Serasi di Hati by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2008


"Derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"


Memang ada yang menarik mengenai cover buku ini. Agak menonjol bila dibariskan di rak bersama buku2 lain kat kedai. Penulis ini lebih dikenali sebagai Rose Harissa di kalangan peminat-peminatnya. Novel yang sebenarnya karya pertama beliau ini akhirnya terbit juga di bawah label NB Kara setelah lama terperam. Tu lah, peram2 akhirnya masak jugak tapi masih hijau ya! Evergreen gitu. Banyak jugak review2 positif yang saya tengok kat internet dan juga review2 tak formal dari rakan2 yg dah membaca novel yang glamer dengn gelaran 'novel epal hijau' ni.


Rata-rata memang diorang suka bangat sama novel nih. Boleh lawati blog penulis ini utk membaca komen2 menarik dari peminat2nya: http://roseharissa.blogspot.com



cover novel ini sangat menggambarkan 2 watak utama dalam kisah ini. Zarul dan Edrinaz. Mereka bukanlah sempurna, namun mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Memang awal2 saya dah beritahu Rose yang citer ni bukan dalam genre favourite saya, dia pun awal2 dah cakap "aku tulis buku ni bukan utk ko sorang baca". haha. Memang senang nak berterus terang dgn Rose ni. Apa2pun, saya sangat kagum dengan gaya penulisan beliau. Cerita yang biasa pun akan terasa istimewanya di tangannya.


Zarul, lelaki muda yang bekerja dengan Datin Zalina Asha yg mementingkan hawa nafsu daripada perasaan. Zarul terperangkap dan kini dia mula berfikir, ke mana hala tuju hidupnya. Mahukah dia begini selamanya?


Edrinaz, seorg gadis manja yang suka memanjakan suami kesayangannya, Shamsul Azman, dengan hadiah-hadiah dan wang ringgit. Namun Shamsul Azman hanya mengasihinya apabila mendapat sesuatu dari Edrinaz. Hanya Edrinaz yg memujuk. Edeh, susah la kalau mcm ni, mengharapkan pendapatan isteri dan tidak mahu berusaha utk memajukan diri.


Pertemuan Zarul-Edrinaz bakal mencetuskan perubahan besar dalam hidup mereka. Zarul bukan tercipta utk Zalina Asha dan Shamsul Azman tidak layak utk menerima kasih Edrinaz. Edrinaz mahu menjadi kakak yg menasihati Zarul agar kembali ke pangkal jalan. Zarul bersedia utk berubah namun dia tidak dapat menganggap Edrinaz sbg kakaknya. Hatinya sudah diselubungi perasaan cinta yg mendalam.


Godaan kekasih lama dan suntikan fitnah Zalina Asha membuatkan Shamsul Azman hilang pertimbangan. Edrinaz dilepaskan dengan satu lafaz yang menggegarkan seluruh hidupnya. Zarul tidak membuang masa utk mempamerkan prihatinnya yg tidak berbelah bagi buat Edrinaz yg sedang trauma kehilangan suami dan anak dlm kandungannya. Terkedu dia biler kali pertama menerima bunga dan coklat sbg tanda penghargaan dari Edrinaz. Edrinaz ni memang jenis suka bagi orang hadiah lah. Zarul tidak mahu kelihatan sbg adik lagi di mata Edrinaz, dia mahu menjadi lelaki yg mengusik perasaan Edrinaz. Kesian Edrinaz tu. Dia nak mimpikan Shamsul Azman tapi wajah Zarul yg menjelma ;)


Scene Zalina Asha langgar Zarul tu mengingatkan saya pada babak2 terakhir novel cinta mekar di hati oleh penulis ini yg masa Tengku Alis nak langgar anak Ady Rafizal tu. Mcm scene recycle lah pulak. walaupun baru eksiden Zarul nak jugak ikut Edrinaz jumpa mak dia, Zarul lebih pandai mengambil hati ibunya berbanding Shamsul Azman dulu.


Edrinaz sudah hampir dlm genggaman namun Shamsul Azman kembali merayu kasih bekas isterinya. Dia kelihatan seperti lelaki yang hilang haluan. Edrinaz kesiankan Shamsul Azman, sekian lama bersama membuatkan dia tidak boleh nak ignore saja lelaki tu. Delivery Rose dlm novel ni memang membuatkan kita berdebar2 biler nak find out sapa yang Edrinaz pilih. Ending nya ada macam ala2 citer movie muzikal pun ada jugak, jiwang gitu. :)


Thanks Rose for Serasi Di Hati. Aku lega sangat kerana tajuknya ditukar. hehe... and good luck with "Mulanya Satu Cinta" yang bakal terbit tak lama lagi. Ishhhhhh... macam tak sabar pulak nak tunggu nih. Weh... citer Ervan biler nak kuar? Best la ko nyer teaser kat blog ko tu.


ermm bagi yang cari buku ni di pasaran tapi tak jumpa2 tu, rebutlah peluang membeli buku ni secara online kat blog roseharissa.blogspot - Dapat penanda buku special yang siap tertera wajah 'Zarul'. Rose! kalau aku beli penanda buku saja boleh tak? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.
RM21.00610 mukasuratisbn: 978-967-5229-01-5



------------------------------------
Thanks Rose sebab sudi jengah sini dan emelkan full cover SDH. terharu!! tak sabar pulak nak tunggu buku ko.. tumpang gembira ni :)


and... terima kasih sudi bg aku baca lama dulu.


weh cemana hang bleh cari blog ni? hehe.. aku saja2 jer gatai tangan update sini.. geram sbb multiply aku dah kena blog. aku la ni sub kat yam ngan adik, minta tolong update kan. hehe.


"derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"



sinopsis serasi di hati


Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.


RM21.00

isbn: 9789675229015