Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, February 27, 2012

Review 658: Kasih Seimbas Pandang



Kasih Seimbas Pandang
Penulis: zuraidah Othman
Publisher, Ahadiat Akashah The Writer Sdn. Bhd., 1997. ISBN, 9839216430


Kisah yang kelihatan sangat cute di akhirnya walaupun Fikah terpaksa menempuh jalan sukar menuju bahagia angkara bapanya yang mahu menikahkan dia dengan seorang lelaki tua yang kaya raya.


penderaan fizikal dan mental menjadikan fikah berani utk melarikan diri. Peristiwa itu menemukan semua dia dengan Aziq yang sudah lama tidak bertemu.


Pertemuan mereka kali ini bakal merungkai banyak salah faham yang tumbuh antara mereka gara-gara fitnah si Hamdan.


Hamdan tu memang pandai ambil peluang, dia memutarbelitkan fakta sehingga membuat Fikah dan Aziq putus harapan.


Aziq tidak mahu ibunya membina tanggapan salah terhadap pilihan hatinya kali ini. Fikah dibawa ke rumahnya sebagai pembantu rumah. Pergaulan harian Fikah dan ibu Aziq menjadikan mereka lebih akrab. Kejujuran Fikah terserlah dan memikat hati ibu Aziq.


Kehadiran Amalina bersama kisahnya yg berbadan dua membuat Fikah patah hati lagi dengan Aziq sehingga sanggup pulang semula ke rumah yang menjadi tempat dia didera mental dan fizikal.


Ending yang sangat cute :)

sure fine whateverr
rinn

meRinnTis Blurb/sinopsis


BIARPUN CUMA SEIMBAS PANDANG, NAMUN, AKU PASTI KASIH YANG LAHIR... MAMPU MENJADIKAN KITA INSAN... PENUH KECINTAAN DAN KAYA PERASAAN!


----------

Review 657: Makkah Al Mukarramah Kelebihan dan Sejarah



Makkah al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah
Penulis: Abd. Basit Abd. Rahman
Terbitan Telaga Biru
RM30.00
Sabah/Sarawak: RM32.00
228 mukasurat
9789675102073


"Info lengkap bergambar di dalam!"


Aku mula terpikat dengan buku terbitan Telaga Biru setelah membaca "101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Al Quran, Khasiat& Kaifiat Beramal" yg kak ima beli. aku tolong baca :) Kagum kan bila apa saja yang kita gundahkan ada doa penawar dalam al-Quran untuk kita panjatkan hajat dan rintihan kita kepada Allah S.W.T


Buku Makkah al Mukarramah ni aku nampak ketika nak bubuh minyak kereta di Petronas. Covernya menarik dan warna hijau memang mudah menangkap mata aku. Jeles juga bila sering mendengar cerita-cerita perjalanan kawan-kawan ke kota Mekah. tempat yang dilawati, Kaabah yang ditatap secara live. Buku ini membawa kita mengenali Kaabah dengan lebih dekat. Asal usul Kaabah diceritakan dengan terperinci.


Amat sesuai dimiliki mereka2 yang berhajat hendak ke Mekah kerana apabila kita kenali asal usulnya serta sejarah para nabi dan sahabat di sana akan membawa kita menghayati tempat yang kita jejaki dengan lebih mendalam.

meRinnTis blurb/sinopsis


Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan bersejarah, kelebihan, pembangunan dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang ibadah tawaf dan sa'i, syarat memasuki Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil struktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembangan Masjidilharam, cara penyusunan saf di keliling Kaabah, lokasi ibadah haji (al-Masya'ir seperti Arafah, Mina dan Mudzalifah, serta masjid-masjid dan tempat-tempat bersejarah di Makkah. Semua gambar foto, artifak dan lukisan bersejarah dalam bentuk warna warni yang menarik. Semua fakta lengkap dengan dalil daripada al-Quran dan hadis sahih.

-----------
Dr. Abdul Basit Hj. Abdul Rahman atau Abu Anas Madani lahir di Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan. Mendapat ijazah B.A (Syariah), M.A. (Syariah) dan Ph.D (Syariah) dari Universiti Islam Madinah. Beliau merupakan Musyrif (Penasihat) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan di samping menjadi penceramah jemputan. Beliau juga Panel Penasihat Dakwah, Kerajaan Negeri Kelantan tahun 1428-1429H di samping pensyarah separuh masa di kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). Beliau juga membimbing jemaah haji VIP melalui pakej Dar al-Eiman. Beliau pernah menjadi ahli panel forum "al-Kulliyyah" TV3 serta program "Jejak Rasul".

Review 656: Bening Merah Jingga


Bening Merah Jingga
Penulis : Nazurah Aishah
Editor: Norzuzilawati Sulaiman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama Julai 2011
RM20.00
RM23.00 Sabah/sarawak
513 mukasurat
9789675118630

Kisah Ellina, seorang anak angkat yang diragui status sahnya. Ibu Ellina meninggal dunia ketika sedang menyusu dirinya. Hajah Maisarah menerima Ellina dengan penuh kasih sayang tetapi Haji Idris tidak pernah membuka hatinya untuk menerima Ellina malah melarang isterinya menyusukan Ellina. Ehsan anak kandung mereka jatuh hati pada adik angkatnya. Dia tahu ibunya bukan ibu susuan Ellina, so dia mahu Ellina menjadi isterinya. Ellina banyak mengalah dalam menghadapi kerenah Haji Idris malah dia pernah cuba menerima Raizal sebagai tunangan tetapi pertunangan itu membuat Ehsan kecewa dan bergaduh dengan Raizal. Ellina tidak dapat mencari keserasian dengan Raizal malah dia rasa terkongkong dengan pelbagai protokol ketika bersama raizal. Semua itu membuatkan Ellina nekad utk memulangkan cincin pertunangan. Tindakan Ellina membuat Haji Idris dan adik beradiknya bertambah benci pada Ellina.

Kepulangan Ehsan dari luarnegara membuat haji Idris resah. Dia bimbang cinta antara ehsan dan ellinna membara semula. Sampai bila2 dia takkan terima Ellina yang tidak tentu keturunan itu. Awal-awal lagi ellina mengalah dan membuat keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri. Haji Idris ni tak pernah hargai pengorbanan Ellina malah hasrat Ellina berpindah tu pun diberi komen yang sinis dan negatif. Kononnya senanglah ellina nak berfoya-foya bila jauh dari keluarga. adoi sakitnya hatiku. Ehsan seorang lelaki yang kuat cemburu. Ellina bercakap di telefon pun dia boleh jeles sedangkan dia tak tau dengan siapa Ellina bercakap. Hajatnya ditentang bulat-bulat oleh Haji Idris. Diungkit ungkit pula tentang status kewangan Ehsan yang tak menentu. Baru keja dah sibuk nak kawin. Ellina mengalah dengan Haji Idris. Dia tahu ayahnya mahukan menantu dari keturunan baik2, malah Islam sendiri menyarankan memilih isteri yang dari keturunan baik2. Status sahnya membuatkan dia tiada dalam senarai calon Haji Idris untuk dijadikan menantu. Elly berjanji tidak akan berkahwin dengan Ehsan selagi dia tak dapat mencari bukti bahawa dia zuriat yang sah.

Pencarian Ellina membawanya ke Kota Bharu dan perkenalan dengan Shahrul. Shahrul mulanya kelihatan sangat baik tapi rupa2nya kaki menipu dan perabih harta orang. adussss sungguh tak tahu malu mamat tu. Dah tu suka pulak meletakkan kesalahan pada orang lain. Kehadirannya ke rumah seorg ahli Parlimen merungkaikan sedikit demi sedikit mengenai kedudukan Ellina. Ellina yakin itulah lelaki yang menjadi suami ibunya tetapi lelaki itu menidakkan yang dia pernah bernikah dengan Melissa.

Risau pulak bila Ellina ni kelihatan melayan saja kerenah Shahrul yang cakap besar tetapi kosong tu. Gila tak malu Shahrul tu, siap suruh Ellina juai laptop utk dapatkan duit dari Ellina. Katanya nak ke UAE untuk bekerja.

Penolakan Ellina membuat Ehsan merajuk dan cepat2 mencari pengganti untuk menyakitkan hati Ellina. Aqilah dipinang dengan restu tidak berbelah bagi dari Haji Idris. Hantaran 21ribu Haji Idris sanggup support asalkan calon isteri Ehsan bukannya Ellina. Dia tak bising-bising pulak bab baru bekerja dan duit pun tak cukup lagi nak bagi makan anak bini. Tindakan Ehsan buat aku rasa memang patut pun Ellina cuba lupakan Ehsan tu.

Aku lemas dengan Hj Idris, Ehsan dan Shahrul. Lambatnya Hannan nak timbul.

Setelah separuh buku barulah watak Hannan dan si comel Faye Nasuha difokuskan dan menjadi penyeri cerita dan penyeri hidup Ellina. Hannan kehilangan isteri dan Faye menjadi penawar. Dia tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dan mahu memberikan yang terbaik kepada Ellina yang sudah di book nya sebagai mummy baru Faye. Masalahnya Ellina rela jadi mummy Faye tapi bo layan Hannan. Watak Hannan lebih kepada pemujuk dan penyejuk hati. Si Ehsan pulak jenis hendak dipujuk dan dimanja-manjakan, kuat merajuk dan kuat cemburu pula tu. aduih...

Dah la Ellina pening memikirkan kesahihan bapa kandung dia, Hannan pulak menyelit dengan menjadikan Faye sebagai umpan utk menarik perhatiannya. Tapi sedikit sebanyak perkara ni menjauhkan dia dari memikirkan Ehsan dan Shahrul. Terharu betul dengan penerimaan famili Hannan. Mereka tidak banyak songeh. Sangat menyenangkan hati. Ada hikmahnya Elly berpisah dengan Ehsan. Banyak rasa sakit hati hilang dengan kehadiran Hannan sekeluarga. Hannan membuat kita rasa gembira untuk Ellina :) Hannan saaaaaaaaaaangat sweet :)

Penamat yang mana Nazurah nak bawa Ellina? hmm... aku seronok pulak bila Aqilah kena tangkap basah dengan orang lain. Padan muka Haji Idris dan Ehsan tu. Rasa macam selalu jugak terbaca kisah anak yang dibintikan dengan Abdullah kerana tidak berayah akan mendapat ayah angkat bernama Abdullah atau kebetulan nama Ayah betul dia memang Abdullah.

sure fine whatever
rinn
meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:

novelcinta@multiply.com
"Astagfirullah, selama ini abang anggap budak itu anak luar nikah ke?" Hajah Maisarah berhenti mengetil pucuk kesum dan berpaling ke arah suaminya Haji Idris.

"Habis itu kalau bukan anak luar nikah, nak panggil anak apa? anak haram?"

Benarkah Elinna dilahirkan tanpa ayah?
Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.

Jadi dengan siapalah lagi Elly akan bahagia kalau bukan dgn Ehsan, mama?

Tetapi bagai mana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yg sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yg sudah berjanji mahu susah senang bersama?

Andai benar cinta
cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak, janganlah biarkan dia menantimu
dengan sia-sia!