Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Friday, July 6, 2012

Review 687: Cinta Perisa Dia by Lynn Dayana



Cinta Perisa Dia
Penulis: Lynn Dayana
Editor: Mazuen Yahaya
Terbitan : Alaf 21
533 muka surat


Kisahnya menarik dan terbyg ala2 pencarian gadis melayu ketika misi pencarian menantu idaman bonda di tv9. Kisah silam Ayumi dan kehadiran Lana menyuntik elemen thriller ke dalam kisah pencarian cinta yang menarik ini. Walaupun suntikan thriller itu hanya di hujung2 cerita, tetapi cukup mendebarkan sama seperti debaran menunggu keputusan Hadif Imran membuat pilihan.


8 calon yg shortlisted setiap sorg dari bckground yg berbeza, namun Hadif lebih tertarik kpd Ayumi yg penuh misteri namun gadis itu kelihatan seperti tidak mahu dirinya terpilih.


Ayumi adalah gadis misteri yg sentiasa berhati-hati kerana dia seorg pelarian. Tapi kenapa dia meletakkan diri di tengah2 spotlight dgn menghadirkan diri di set penggambaran mencari menantu bonda itu? Tarikan rumah anak yatim bonda itu terlalu menggamit jiwanya sehingga dia lupa kedudukannya. 

Ayumi seorg bijak, degil dan tegas. Terasa tindakan Ayumi kurang berhati-hati dalam keadaan dirinya dlm pelarian. Rancangan tv9 tu terlalu berprofil tinggi tambahan pula Hadif Imran adalah penyanyi popular yg kacak bergaya. Ayumi bakal menjadi buruan kisah silam yg cuba dijauhinya. Apa-apa pun, rancangan Mencari Menantu Bonda tu lah yang menjadikan kisah ini tambah menarik :)


sure fine whatever
Rinn


meRinnTis blurb/Sinopsis
Cinta itu mana boleh dipaksa. Ditolak, pasti jatuh. Dibuang, pasti sakit. Bagi Hadif Imran, cinta boleh ditangguh sehingga satu detik yang pasti. Dia sudah dewasa, biar dia yang menentukannya. Perisa vanila, coklat atau strawberi... itu haknya.

Bagi bonda, dia mahu menantu. Bonda impikan cinta berperisa iman, bersalut takwa dan dihiasi kasih sayang untuk anaknya. Hadif jadi risau bila bonda sudah naik angin! Bagaimana kalau yang dipilih bonda berwajah ratu, berlesung pipit, tetapi sengau? Atau pandai mengaji, mahir memasak, tetapi rongak giginya? Hadif buntu, bonda naik hantu! Cinta berperisa apa agaknya di akhir cerita?

Rancangan Mencari Menantu bonda rancangkan bersama TV9. Hadif resah dan kecut perut melihat calon menantu bonda. Ada yang terlebih manja, ada yang garang menggoda dan ada yang bahaya untuk dimiliki! Ketar di kaki dilindungi dengan senyuman. Bonda merencana, Hadif susun strategi. Namun kalau sudah cinta... jodoh datang juga tanpa dipaksa.

Review 686: Cinta Tak Terucap by Imani Hatta



cinta.tak.terucap
Penulis: Imani Hatta
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
sabah/sarawak: rm23.00
575 mukasurat

kisah iman dan ammar adalah kisah yg sangat biasa dlm novel2 cinta melayu. watak2 sampingan banyak berperanan sebagai kepelbagaian rasa, spt Ben, erna dan amir yg muncul dgn rasa kelat, masam dan kadang2 pedas. siti khadijh membawa kisah sisi suram iman manakala keluarga ammar dan iman penuh dgn positive vibe yg bahagia.

iman dan ammar ditunangkan kerana bapa2 mereka merupakan sahabat baik dan sudah nekad utk berbesan. apabila kakak nya sudah berkahwin di luar negara, iman disandarkan harapan utk menerima ammar sbg tunangan dan seterusnya suami. iman terima walaupun keberatan kerana dia memang mengenali ammar dari jauh yg merupakan bos di tempat kerjanya yg turut terkenal dgn sikap mata keranjangnya.

setelah bertunang, iman terkejut kerana tarikh pertunangannya dipendekkan dan dlm masa 3 bln dia bakal mjadi isteri ammar mirza. dia taktau yg amar tu yg tak sbar nak kawin sbb jeles tengok rakan sekeja iman si amir tu yg jelas ada hati pada iman. sebelum iman dikebas org, baik dia ikat terus sbg isterinya.
tak sangka keluarga ammar menyimpan derita besar di sebalik kebahagiaan yg terpancar di wajah. kehilangan dua anak tersayang menjadian keluarga besar mereka tinggal hanya berempat.
ammar rasa bersalah dgn pemergiansaudara kembar membuat muram. kehadiran iman menceriakan hatinya. tapi dia tak mahu terburu buru melafaz cinta sdgkan perasaannya belum tentu terbaalas oleh iman yg terpaksa mengahwininya.

rumahtangga.yg dibina dicemburui.erna, amir dan ben hingga ada.di antara mereka cuba menghancurkannya dgn mengusik rasa cemburu ammar. sikap amar yg mudah mendengr dari tuduh melulu banyak menjaga keharmonian mereka yg semakin hari semakin selesa.

evolusi watak erna dari kelabu kepada hitam menjadikan rentak cerita lebih pelbagaai dn menarik

sure fine whatever 
rinn
note: jika nak copy sebahagian atau keseluruhan review ni, sila letak link atau credits ke blog ini terima kasih. )

meRinnTis blurb/sinopsis
Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.

SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

Review 685: keINDAHan Cinta IMAN by Zuraidah Othman



Keindahan Cinta Iman
penulis: Zuraidah Othman
Editor: Anida Daud
terbitan : NB Kara
553 muka surat
Rm22.90
Sabah/Sarawak : RM25.90

"Setiap masalah ada penyelesaiannya"

Kisah ini tentang bagaimana seorg wanita muda mengendalikan 4 jiwa anak muda remaja yg masing2 inginkan perhatian dan kasih sayang.

Kehadiran Peah Brutal dan pemergian ibu yang Indah cintai.menjadikan permulaan cerita agak rancak dengan konflik keluarga. Indah menjadi mangsa keadaan apabila cintanya dgn Shahim tidak direstui gara2 sejarah lalu kakak ipar Indah.

Demi harta perniagaan Indah bakal dikahwinkan dgn Badri Iman yg sudah ank 4. Kakak ipar dn abgnya dikaburi tamak haloba dgn harta. Indah yg byk terhutang budi dgn keluarga tu berada dlm keadaan trrsepit. Dia akhirnya menerima setelah berbincang dgn Badri Iman dan mengnggap hutang budi langsai lagipu nasib 4 'anak-anak' Badri Iman sangat menyentuh hatinya.

Anak pertama, Aisyah amat menguji kesabaran Iman. Aisyah mencemburui Iman yg menikahi jejaka idamannya. Aisyah sudah bijak mengatur strategi utk menyingkirkan Iman malah sanggup mengugut dan mempergunakan adik-adiknya utk merealisikan misinya.

Aisyah penuh dgn muslihat tetapi anak2nya yg lain amat menyenangi Iman. Zuraidah Othman berkongsi kisah konflik dalaman keluarga dalam suasana mendebarkan. Aisyah bagai anak.singa yg menyembunyikan taring dan giginya, menunggu dalam gelap utk menyerang Iman bila masanya perfect. seramlah si Aisyah ala ala minah psyco tu.


Kebaikan Iman berjaya melunturkan keangkuhan Peah Brutal, namun berjayakah Iman nak tackle remaja yg punya jiwa yg melonjak-lonjak utk memberontak?

sure fine whateverr
Rinn

note: (boleh share review saya tapi please letak link atau credit kepada blog ini. terima kasih)

MeRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:
Barulah saya tahu kenapa abang dan kakak ipar saya beria-ia sangat nak kahwinkan saya dengan awak. Awak tahu… saya akan ikut apa yang mereka suruh. Kalau itu yang dia orang kejarkan sangat, saya akan serahkan butik itu kepada mereka. Itu hadiah saya sebelum saya keluar dari rumah. Sekurang-kurangnya itu sebagai tanda terima kasih saya atas apa yang pernah saya terima dulu… Selepas ni, diorang takkan berani mengungkit lagi.”
Dia menangis lagi. Cepat-cepat air jernih itu dikesatnya.
“Awak ikhlas nak kahwin dengan saya?”
“Jangan sebut perkataan ikhlas di depan saya. Awak ikhlas sangat ke nak kahwin dengan saya? Kan awak nak kahwin dengan saya sebab nak carikan orang gaji untuk budak-budak tu!”