Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, November 24, 2011

Review 581: Yes Boss! by Areila Sahimi



Yes Boss!
Penulis: Areila Sahimi
Editor: Jabatan Editorial KNE
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
Terbitan Kaki Novel Enterprise
457 mukasurat
9789675067815


"Bos memang macam tu?
Apa sahaja yang dia katakan, kita wajib jawab, "yes boss!"


Edeh kelat mata aku pagi ni. Padan muka sapa suruh stat baca lepas isyak. haha. Mungkin pemilihan hari membaca yang sesuai membuat aku boleh baca novel ni sehingga abis sekali hadap jer. Memang boleh dikelaskan dalam senarai buku yang bila dah stat susah nak berenti. Bagi yang biasa dengan gaya penulisan Areila Sahimi, tentunya maklum dengan cerita romantik komedi yang diselang-seli lawak iklan yang menjadi trademark beliau. Walau bagaimanapun AS sudah bijak mengimbangi lawak iklannya supaya tidak terlalu banyak sampai buleh buat buku panduan iklan pulak :)


Ada rasa yang sangat-sangat puas hati selepas membaca karya ini. Bagi yang meminati kisah ringan dan menghiburkan, karya ini memang pilihan berbaek!!! Jalinan ceritanya kemas walaupun temanya biasa-biasa dan romantik komedi.


Penulisan scene sedihnya amat menjadi kali ni. Menyentuh perasaan. Ada scene yang membuat aku ketawa terbahak-bahak dan ada scene buat aku tangkap leleh. Paling lawak part Ilham buat speech mengenai anjakan paradigma dan azam untuk berubah seperti seekor beluncas yang miang kepada seekor rama-rama yang cantik. Memang tak bleh pakai la cakap mamat lidah bercabang tu. Rasanya masa dia buat speech tu saja dia baik, abis saja speech tu terus jadi ulat bulu balik.


Aryana ni kira jenis yang pandang rupa jugak la. Kalau tak, tak derla dia jatuh hati dengan Ilham. Selalunya kalau perangai k.o, reject! heh heh. tapi Ilham tu bernasib baik, ada gak minah yang baik hati nak kat dia. Tapi tula... kesian Aryana yang rasanya menghimpun dosa tolong menipu untuk Ilham.


Kalau diukur dari cerita-cerita dalam novel ni, kerja Aryana ni memang khas mengurus girlfriends si Ilham saja. Ilham plak, keja mengurus projek syarikat tu adala kot 5%, yang lain2 tu keja mengayat awek jer jadi priority. Ada ka masa terlantar kat hospital pun sempat lagi dia mengorat misi.


Aryana yang penyabar akhirnya meletus juga takat didihnya apabila Melina muncul dengan agenda tersembunyi. Yana-Ilham bertelingkah buat kali pertama sehingga Yana membawa diri ke kampung dan menjadi penjahit kain felt. Kehadiran pengusaha ikan keli berjaya di kampung Yana membuat Ilham tak senang duduk. hmmm macam mana ya Ilham nak tackle Aryana yang dah tau semua trick Ilham dalam nak mengorat perempuan?


hmmm kan bagus citer macam ni, tak citer scene intim lebih-lebih pun ceritanya sudah cukup menarik dan menghiburkan :) Tetiba rasa nak tengok balik citer "Yes Boss!" lakonan Shahrukh Khan dengan Juhi Chawla tu... lagu dia pun best2. hehe. Yaaa jom korek kotak CD di pagi Ahad!


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Aryana... dia tak pernah terfikir yang dia akan menjadi pembantu peribadi kepada lelaki yang menjengkelkan, berlagak bagus dan poyo (tapi boleh tahan kacak jugaklah). Tugas hakiki seorang pembantu peribadi tidaklah susah mana pun, tapi dia yg mendapat bos seperti Ilham Irfan: selalu buat dia pening kepala. Setiap langkah boss... kena turut. Setiap rentak boss... kena ikut. Semua kena "Yes, boss!"


Dan dia pun sama sekali tidak pernah menyangka yang hatinya akan terpaut pada lelaki itu dan seterusnya membuatkan dia sering terluka.


Ilham... dia perlukan Aryana untuk tolong cover line bila dia tiada di pejabat dan tolong pastikan setiap temu janji dia dengan semua 'teman tapi mesranya' itu tidak bertindih di antara satu sama lain. Sebabnya? Dia selalu lupa dengan girlfriend yang mana satu dia patut keluar. Kerja-kerja pejabat yang lain, Aryana yang bijak tu sudah tahu apa yang dia patut buat. Seronoknya hidup bila ada pembantu naif seperti Aryana yang tak pernah membantah. Cakaplah apa saja, Aryana pasti akan mengatakan, "Yes, boss!"


Dan bila Aryana tiada, hidup dia jadi tak keruan. Saat tersedar dia perlukan Aryana lebih daripada seorg boss yang memerlukan seorang pembantu peribadi, ada pula halangan yang menanti. Ah! masakan dia perlu mengalah kepada tauke kolam ikan keli tu!

Review 580: Alahai Jijah! by Dihsar Ludba Hafiqa



Alahai Jijah!
Penulis: Dihsar Ludba Hafiqa
Terbitan JS Adiwarna Sdn Bhd
Editor: Syuhada bt Sharif
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00
250 mukasurat
9789670201092


"Abang Abu, bagi cendol dua!"


Walaupun disampaikan dalam bentuk komedi, ada pengajaran yang mahu penulis sampaikan terutama sikap Mak Gayah dan Yam yang amat-amat kejam melayan Jijah. Sampai 'turn' Mak Gayah pulak ditimpa malang, si Jijah lah yang setia menanti. Kesian Jijah.


Kisah Jijah bukannya kisah komedi walaupun ada nada jenaka dalam keseluruhan penceritaan ini. Kisah Jijah adalah kisah anak kecil yang dirundung kesedihan setelah kematian bapanya, dia dilayan bagai hamba di rumah sendiri. Tetapi sikapnya yang selamba membuat dia menempuh segala-galanya segembira mungkin. Dah dapat mak tiri kejam macam mak cik Gayah tu pun Jijah boleh aja berloyar buruk dan berkurang asam. Memang berani tahap giga si Jijah ni.


Watak nenek Jijah tu sangat lawak. Dan Comel. haha. Tapi bila fikir balik macam nenek tak berapa nak betul pun ada jugak, tapi comel. Terasa seperti menonton kisah ini dalam bentuk cerita kartun atau komik.


Jijah ni adalah anak montel berumur 10 tahun. Dia bukanlah contoh terbaik untuk anak-anak 10 tahun. walaupun rajin, dia ni kaki kelentong dan tak sayang mulut. Mungkin untuk menyelamatkan diri jugak. Yang buat kisah ini kelihatan lebih kartun, watak-watak lain dalam cerita ini pun dah jadi set-set umur 10 tahun gayanya termasuklah abg Abu, makcik gayah, yam, borhan, abg Ayob dan lain2 tu. kadang-kadang dah tak nampak dewasa, semuanya nampak sepuluh tahun jer umurnya. hehe. Kalau anda boleh berimaginasi yang beranimasi memang akan enjoy baca kisah Jijah ni :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku




"Tengah buat apa tu? Dah siap kemas rumah belum? Tak nampak macam istana pun rumah kita ni."
"Istana apanya makcik? Kalau rumah dah diperbuat daripada kayu, kayu juga. Tak ada maknanya boleh jadi istana. Ini kira okey apa."


"Yalah. Yalah. dah, dah. Kau pergi masuk dapur. Sekejap lagi org kaya tu nak datang. Nanti kalau mereka nampak muka kau, terus tak jadi nak masuk rumah kita. Maklumlah, orang hodoh memang tempatnya di dapur."
"Amboi! Sedapnya menghina."
"Apa kau cakap?"


apakah benar kesudahan hidup seorang budak sepuluh tahun ini akan sentiasa didera oleh ibu dan kakak tirinya? Mungkinkah ada seseorang yang akan muncul dan mengoyak muka surat terakhir itu dan menulisnya semula supaya kesudahannya akan berakhir dengan kegembiraan?


Jangan harap.
Terlalu klise.

--------------------------
DIHSAR LUDBA HAFIQA graduan tempatan ini hanya gemar membaca hanya novel-novel inggeris. Keputusan Bahasa Melayunya pun atas pagar sahaja. Namun dia berjaya menyudahkan sebuah novel dlm bahasa ibundanya sendiri dgn jaya dan bergayanya; 'mustahil' adalah perkataan hanya untuk 'orang yang kalah'.

Review 579: Kaca Jendela Ainnur by Diya Nordin



Kaca Jendela Ainnur
Penulis: Diya Nordin
Editor: Ainunl Muaiyanah & Noor Suraya bt. Adnan Sallehudin
Terbitan Jemari Seni Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00
cetakan pertama Januari 2011
415 mukasurat
9789675118517


Walaupun Ainnur bukan adik beradik aku, aku beriya-iya nangis untuk dia. Untuk kesengsaraan yg dia rasa sebagai anak yang dipinggirkan. Over betui aku nih.


Terasa setiap helai novel ini mengundang air mata. Kisah tangkap nangis yang menelan seluruh tumpuan aku. Tak sesuai dibaca di pejabat kerana nanti orang fikir kita nangis sebab bos bagi banyak kerja.


Sepanjang hidupnya, Ainnur berusaha menonjolkan potensi diri kepada ibunya (Syuhairah) yang tidak pernah memberi perhatian kepadanya. Syuhairah meletakkan kesalahan kepada kelahiran Ainnur apabila dia dibuang keluarga dan terpisah dari suaminya, Amir Iskandar. Cepat betul Syuhairah menyalahkan anaknya untuk kesilapan yang berpunca dari dirinya sendiri. Benci terhadap Ainnur terasa tidak logik kerana yang kahwin senyap-senyap di luar negara adalah dia, yang mengamalkan gaya hidup bebas walaupun sudah berkahwin sehingga suami sendiri mempertikaikan kandungannya adalah dia, bukannya salah si anak yang bernama Ainnur Shahirah itu. Entah apa logik yang digunakan Syuhairah sehingga membenci anak sendiri tahap melampau.


Nasib baiklah Syuhairah berkahwin dengan Luqmannul Hakim. Luqman mencurah kasih seorang ayah terhadap Ainnur. Bagi aku Luqmanlah hero cerita ini yang membela hidup Ainnur dari terus dicela dan dicaci ibu sendiri. Ainnur mendapat motivasi untuk terus cuba meraih kasih ibunya. Dari kanak-kanak menginjak remaja lalu dewasa dalam keadaan masih hampa mendapat apa-apa dari segala usaha yang disemai lebih 20 tahun buat Syuhairah. Dia menolak untuk menjadi doktor kerana mahu menjadi graduan undang-undang supaya suatu hari nanti dia boleh bersembang-sembang dengan ibunya tentang sesuatu yang ibunya minati. (Eh, apa ni, taip review pun rasanya nak nangis nih. Adus.)


Ainnur berusaha jadi terbaik supaya bila hari penyampaian hadiah, ibunya akan bangga melihatnya di pentas. Dia menjadi ahli debat untuk menarik perhatian ibunya. Malah dia rela melepaskan Faizal sebagai tunangan (pilihan Luqman) kerana Syuhairah mahu melihat Ain (adik Ainnur, anak Luqman) bahagia kerana Ain syok kat Faizal dalam diam.


Dia dikejutkan dengan kehadiran Fatin Ili yang membahasakan dirinya Umi. Rupa-rupanya itulah ibu tirinya, isteri kepada Amir Iskandar. Malah dia punya adik yang sangat comel bernama Ainun Qasidah. Walaupun tidak pedulikan oleh ibu kandung dan bapa kandung, ibu tiri dan bapa tiri Ainnur pula yang pengasih dan bertimbang rasa. Ainnur sanggup menderma sum-sum tulang untuk Qasidah walaupun syaratnya dia mesti menjauhi keluarga ayah kandungnya.


Takdir membawanya ke dakapan Tok Mama dan Tok Baba nun di Langkawi. Tok Baba sudah memaafkan Syuhairah tetapi hati Syuhairah tetap beku untuk menerima Ainnur. Zhafran, dua pupu (pupu-pupu?) kepada Ainnur mula memberi perhatian. Mungkin kasihankan nasib Ainnur?


Kemalangan yang menimpa Syuhairah membuat tembok kesabaran Ainnur lebur. Dia mahu pergi tanpa jejak demi kebahagiaan semua orang. Tetapi bahagiakah orang-orang yang dia tinggalkan? Zhafran ada misi untuk membawa kembali Ainnur tetapi Ainnur sudah menjadi keras. Sukar dilentur. Mengingatkan aku kepada Syuhairah juga yang amat keras apabila sudah nekad. Kalau Zhafran ayat Ainnur awal-awal sebelum pegi oversea kan senang? Ni dah jauh, dah berubah, dah garang, baru nak cari. :) Tapi Zhafran tak mudah putus harapan kerana pom-pom girl nya adalah Tok Mama dan Tok Baba. Chaiyo! Chaiyo!


Nangis lagi bila Ainnur tegur bacaan Al-Quran ibunya... Tak susah meneka endingnya tetapi cara Diya Nordin membawa kita dalam kisah ini amat berbeza. Tahniah buat penulis dan editor. :)


sure fine whatever
rinn





blurb/sinopsis belakang buku:


Masa itu adalah makhluk Allah yang tak pernah henti berdetik


Seumur hidupnya, dia hanya mahu memenangi hati Syuhairah, mama yang sangat dia rindu walau wujudnya di depan mata. Dari kecil dia sering tertanya-tanya, kenapa dia bagaikan halimunan pada mata mama!


Ainnur Shahirah tidak pernah kenal siapa ayahnya. Sangkanya, apabila bertemu ayah, kurang-kurang dia punya kasih seorang bapa. Tapi dia salah. Ayah seperti mama. Tidak pernah menerimanya sebagai anak.


Dia menjadi daki dalam keluarga. Dia sedar duduk dirinya. Dia akhirnya pasrah, kasih mereka bukan untuknya. Dia harus pergi agar mama dan ayah bahagia dengan keluarga sendiri.


Kata Zhafran, "Ainnur bukan sekadar kejam pada Tok Mama dan Tok Baba. Tapi juga Uncle Luqman. Salah ke mereka hingga turut terhukum?"


Apa yang Zhafran tahu?


Semuanya dia yang tanggung. Rasa pedih, terluka. Semuanya ditelan sendiri. Dia sudah sehabis daya mencuba. Dia pergi pun atas kehendak mereka, jadi apakah dia yang kejam?


----------------
DIYA NORDIN memeta watak Ainnur Shahirah dengan baik sekali. Kaca Jendela Ainnur membawa anda memahami hati seorang perempuan yg tabah. Benarkah hati perempuan itu hening bak kaca?

Wednesday, November 23, 2011

Review 578: Terpenjara Di Kamar Sutera by Kamsiah Abu


Terpenjara di Kamar Sutera
by Kamsiah Abu
Terbitan Tintarona
RM19.00
401 mukasurat
Cetakan pertama tahun 2008


"Bila hati mula berbicara, tiada kata mengungkap rasa"


Buku baru Kamsiah Abu. Pastinya peminat2 novel "Menggamit Syurga Firdaus" ternanti-nanti kedatangan novel baru dari penulis ini. Sebaik saja berpeluang membaca buku ni, memang saya tak lepaskan. Hmm nampaknya Kamsiah Abu cuba mengekalkan genre yang sama utk karya kedua ini. Masih lagi mempertaruhkan isu berkaitan kawin paksa. Saya rasa sinopsis belakang buku memang sudah menceritakan perjalanan kisah ini. Ia tak melunturkan niat saya utk membaca buku ini kerana kisah sebegini kadang2 ada kejutan dan tarikan yang baik utk terus membaca. Satu persatu muka surat yang saya selak tidak memberi impak yang sama seperti saya baca Menggamit Syurga Firdaus beberapa minggu yang lalu. Penceritaan terlalu mendatar hingga tak terasa naik turun kisah ini, kadang2 rasa macam tergesa-gesa pun ada jugak. Sebab dan alasan utk Azmira dan Badrul berkahwin adalah terlalu tipikal. Tindakan Azmira melarikan diri sebaik saja sah diakadnikahkan dengan Badrul membuat saya terfikir, kalau nak lari, lari la sebelum diakad nikah. mana2 yg dia buat tetap akan melukakan hati ibunya. Azmira ada sebab kukuh utk melarikan diri sebelum diakad nikah, dia ada boyfriend yang amat menyayanginya, Razif.


Tipikal kisah ini kelihatan lagi bila Badrul yang jatuh cinta pandang pertama dgn Azmira bertindak merahsiakan perkahwinan mereka. Kalau dia betul2 cintakan Azmira, kenapa nak rahsiakan dari keluarga? tambah2 pula Azmira bekerja dgn nya. Chemistry antara Azmira-Badrul almost zero, tak terasa jiwang pulak dgn diorang nyer interactions. Penyampaian mengenai betapa cintanya Badrul pada Azmira tak menyentuh hati saya hingga saya merasakan tak kisah kalau Azmira bertemu jodoh dgn orang lain. Badrul bernasib baik kerana rupa2nya Razif tu pakcik Azmira. Well tht is something very very very unexpected. Saya sangkakan mungkin mak Azmira pernah berkahwin dan melahirkan Razif, tapi tekaan saya tak tepat.


Satu2nya perkara menarik yg saya rasakan dalam kisah ini adalah misteri Jamilah (ibu Azmira) dalam keluarga Razif. Kisah Azmira-Badrul saya rasa sedikit membosankan. Apa2pun, bagi pengumpul kisah cinta selepas kawin, mungkin you want to read this and hayatilah sendiri. Menarik juga kalau ada penulis yang mahu melahirkan novel2 kisah kawin paksa sahaja. Selain dari Kamsiah Abu, saya rasa Ayu Emelda juga menghasilkan karya pertama dan kedua yang berkisarkan kisah kawin paksa iaitu "Lagu Rindu" dan "Kasih Dania" yang kedua2nya diterbitkan oleh Alaf 21. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu karya ketiga Kamsiah Abu & Ayu Emelda :)


SErba sedikit tentang Terpenjara Di Kamar Sutera. Azmira bahagia dengan cinta Razif dan yakin dgn kesetiaannya. Pertemuan dgn Badrul menggoncang emosinya. Kehadiran Badrul yg tiba2 membuatkan mereka tertangkap dlm keadaan penuh curiga walaupun Badrul sekadar ingin menolong. (ahem2 tolong basuh tangan Azmira kat singki sbb tekena air panas) Keadaan yg menimbulkan curiga itu memaksa mereka dinikahkan kerana tiba2 saja Badrul mahu bertanggungjawab dan menutup malu keluarga Azmira. Azmira melarikan diri sebaik saja dinikahkan. Pencarian Badrul terhenti apabila Azmira muncul ditempat kerjanya. Pelarian Azmira berakhir tetapi dia tidak dapat menolak cinta Razif yang sudah lama dibaja. Badrul bijak menggunakan peluang manakala Razif sudah mahu menjadikan Azmira suri hidupnya dan memperkenalkannya kepada keluarganya. Azmira yang seiras anak mereka yang hilang, Ros membuat keluarga Razif tertarik dgn nya, namun persoalan tetap timbul, adakah azmira mempunyai hubungan darah dgn Ros tetapi nama ibu Azmira adalah Jamilah. Kehadiran ibu Azmira semasa majlis konvokesyen Azmira bakal membuka misteri keluarga itu.


sure fine whatever
rinn



sinopsis di belakang buku:


Azmira jadi bingung. Semakin dia lari daripada cinta semakin dia dihimpit gejolak rasa. Bukti cinta Badrul yang bertaburan dikutip satu persatu. Semakin jelas pula wajah sebenar cinta mereka.



sinopsis di blog penulis:

SINOPSIS : TERPENJARA DI KAMAR SUTERA.


Dalam mengejar cita-citanya, Azmira telah diketemukan dengan Razif, lelaki yang penuh dengan cinta dan kasih sayang yang suci. Ketika kasihnya baru mula berputik, harapan Azmira untuk terus bahgia bersama Razif kecundang kerana dek fitnah yang telah mencemari maruah dirinya. Dalam keterpaksaan Azmira perlu menerima Badrul, lelaki yang langsung tidak pernah dikenalinya.


Gelora dan badai yang menjerok derita di hati Azmira bertambah parah apabila Razif terus-terusan meraih cinta Azmira. Keikhlasan dan kejujuran Razif telah benar-benar menduga kesetiaan dan keimanan Azmira sebagai seorang isteri kepada lelaki yang mencintainya sepenuh jiwa dan raga. Azmira bagaikan tersepit antara tanggung jawab, cinta dan kasih sayang, menjadikan perkahwinan yang dibina secara rahsia semakin goyah.


“Perkahwinan kita ini ibarat sebuah rumah kaca dan semua orang di sekeliling kita ada batu di tangan mereka. Bila-bila masa sahaja rumah kaca itu boleh dipecahkan!… apa yang kita ada untuk mempertahankan rumah kaca itu?…” ungkapan yang amat menyiksakan Azmira.


Kedudukan dan kekayaan keluarga Badrul banyak memberi kekangan kepada usahanya untuk membina bahgia bersama Azmira. Akibat kesilapan yang telah dilakukan oleh ayahnya, patutkah kini Badrul pula yang terpaksa membayarnya? Mengapa Badrul dan Azmira perlu menjadi mangsa keadaan yang bukan silap mereka?


Namun… siapakah kita untuk menolak takdir ALLAH? Dapatkah Badrul dan Azmira mempertahankan perkahwinan mereka yang diibaratkan sebuah rumah kaca? Berjayakah Razif memilikki cinta Azmira? Hanya TDKS yang dapat menjelaskannya….


Selamat membaca!....

Review 577: Menggamit Syurga Firdaus by Kamsiah Abu


Menggamit Syurga Firdaus by Kamsiah Abu
Terbitan Tintarona Publications Sdn. bhd
RM26.00
635 muka surat

"kutemani tidurmu dengan rinduku, kurawat lukamu dgn cintaku."


hmm patutla citer ni jadi rebutan ramai dan kebanyakan blog review yang saya kunjungi memberi rating yang agak tinggi utk kisah ini. Kisah cinta selepas kawin! Memang menarik. macam kerap lah pulak saya baca kisah genre ini, sebelum ni saya baca 'bukan terlarang' juga terbitan tintarona. menarik juga kisahnya.. tapi 'Bukan Terlarang' lebih banyak 'blushing scenes' berbanding "Menggamit Syurga Firdaus" yang lebih bertapis penceritaannya.

Cerita ini tentang Tasya yg sudah menganyam mimpi melayari hidup bahagia dgn Zaimir tetapi cemburu butanya telah menyebabkan kematian Zaimir dan rasa bersalah itu terpahat dalam hatinya. Empat tahun berselang belum dapat mengikis Zaimir dari hatinya. Tasya akur menerima jodoh yang ditetapkan oleh ibu bapanya kerana tidak mahu menyusahkan lagi hati mereka yang telah merawat luka hatinya. Mohd Firdaus menjadi insan misteri dalam hidup Tasya. Misteri terjawab apabila mendapati Firdaus dan Michael Tan yang sering mengusiknya adalah rupa2nya orang yang sama. Tasya terkilan dan cuba menangguhkan perkahwinan. firdaus setuju menangguhkan perkahwinan tetapi pernikahan tetap dijalankan pada hari yang telah dipersetujui. Tasya rasa seperti tertipu tetapi akur dgn kehendak orang tuanya.

Terlalu sukar mencari keburukan Firdaus kerana dia adalah lelaki yang baik buat Tasya. Kehadiran Iskandar yang mirip Zaimir menerbitkan kerinduan Tasya buat Zaimir. Tetapi rindunya buat Firdaus mekar tiap kali berjauhan. Iskandar cuba memancing perhatian Tasya dgn menggunakan nama Zaimir utk menggoncang rumah tangga Tasya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Natasha dan Zaimir setia membajai cinta pertama. Segalanya bagaikan sempurna. malang sekali cinta mereka kecundang dek badai takdir yang melanda. Kaish yang membunga terlerai diragut tragedi hiba.

natasha berkelana meneruskan kehidupan. Hatinya tawar untuk menerima sebrg cinta lain. Baginya, Zaimir tiada taranya. Cinta Zaimir terlalu agung sehingga tiada siapa yg mampu menandingi. Tetapi haruskan dia menyisihkan setiap cinta yg hadir?

natasha bertambah keliru apabila jodohnya dgn Firdaus - lelaki yg tidak pernah dikenali sama sekali - diaturkan oleh kedua-dua orang tuanya. Tiada daya lg Natasha menolaknya.

Delima hati yg resah bertambah kusut apabila sekali lagi Natasha diuji dgn kehadiran lelaki yang persis Zaimir. Iskandar jejaka kacak yg sudah beristeri seakan sengaja pula mencuri peluang. sesekali natasha terbuai oleh kenangan silam yg sering bertandang, apatah lagi dalam terpaksa dia juga harus berdampingan dgn Iskandar.

Perjalanan cinta Firdaus memburu mahligai kasih bersama natasha bertambah rencam apabila dia sering diujidgn pelbagai dugaan. Teka teki di sebalik jalinan cinta Firdaus dan Natasha mengundang pelbagai prasangka kawan... juga lawan! Pengertian cinta Firdaus hanya mampu ditafsir Natasha, kerana jawapan kepada syurga idaman ada ditangannya.

Review 576: Masihkah Ada Cinta by Daniella Daniel


Masihkah Ada Cinta by Daniella Daniel
Terbitan Karisma Publications Sdn. Bhd
RM10.90
310 mukasurat


"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula... Andai mati punca perpisahan, biarlah hidup membawa erti yang nyata..."

banyak nyer cikgu cikgu dalam buku ni.. kebetulan pulak baca masa sambutan hari guru.. dlm ni ada cikgu yang baik, ada cikgu yang tak baik.

Watak Johar adalah seorg yg baik dan patuh kpd bapanya.. tapi tindakan dia menerima Lisa walaupun dia tahu Lisa tu seorg perempuan yg tidak baik membuat saya agak sukar memproses kebenaran ni.. kalau dilihat tahap hubungan antara Johar dgn bapanya, bapa Johar ni seorang yang sporting dn mempunyai hubungan yg baik dgn Johar, masakan Johar tidak mengadu langsung dgn bapanya tentang keburukan Lisa. Kalau keburukan Lisa tu dia dengar dari orang lain, mungkin jugak la Johar tak mengadu, tapi Johar telah melihat dgn mata kepalanya sendiri Lisa berkucupan dgn lelaki lain beberapa hari sebelum hari pernikahan mereka.

Kalau niat Johar menikahi Lisa semata-mata memenuhi keinginan bapanya dan mahu menutup malu keluarga Lisa, mungkinlah kot, tapi baik pujuk keluarga Lisa menerima lelaki pilihan Lisa daripada terus saja menerima Lisa sbg isteri sedangkan Johar sendiri tidak berminat utk membimbing Lisa supaya tidak terus menjalin hubungan sulit dgn teman lelakinya.

kisah ini lebih menumpukan kepada perjalanan cinta Johar. Lisa cuba memikat Johar dgn menggunakan ilmu hitam menyebabkan Johar melengahkan hasrat meminang Reyna, gadis idamannya lalu hubungan itu terputus terus dan Johar membawa diri ke England setelah menceraikan Lisa. Di sana dia bertemu Indra. Mereka berkahwin tapi Indra dan baby mereka meninggal dunia. Lepas bertahun tahun di rantau orang Johar kembali dan Reyna masih setia menanti cintanya.

kisah Johar selepas ke England macam laju jer cara penceritaannya berbanding sebelum dia menceraikan Lisa.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Johar yang terjebak dalam perkahwinan paksa dgn gadis pilihan ayah terus-terusan dicengkam kegelisahan walaupun hati tatkala itu mencintai gadis lain yg telah berjaya menambat hatinya. Impian bersama gadis itu musnah apabila Lisa menuntut hak sbg isteri. Kesungguhan lisa utk menambat hati suaminya dgn cara kotor tetap tidak mampu menawan hati Johar. Takdir penentu segalanya lalu Lisa telah diceraikan.

Secara kebetulan Johar telah menyambung pelajarannya ke England dgn harapan akan pulang sesudah berjaya. Pertemuan dgn Indra pula telah mengubat hatinya yg luka. Namun kebahagiaan itu diragut oleh takdir Tuhan yg Esa. Johar kembali ke tanahair dgn hati yg hampa lagi manakala Reyna menanti kepulangan cintanya yg hilang di tengah jalan. Namun masihkah ada cinta di hati Johar?

Review 575: Fantasia Romantika by Rio Hermawan


Fantasia Romantika
Penulis: Rio Hermawan
Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 12.00
305 mukasurat

"Sejak bila dirimu datang bertandang ke lubuk hatiku?"

Aku keliru lah.. haha.. mcm tercari-cari apa fokus citer ni? hmm ArdMad? buku macam catatan atau coretan ArdMad dalam buku hariannya. Bahasanya seperti tidak tersusun tetapi ideanya ada. Mungkin buku menumpukan cerita tentang kehebatan insan biasa seperti ArdMad.

Dia bercita-cita tinggi, amat tinggi, nak jadi businessman tapi selalu dtg kerja lewat. Namun hubungan baik dgn bossnya menjadikan dia pilihan utk dinaikkan pangkat dari pengurus (????). ArdMad menyelamatkan hubungan cinta bossnya dan juga menemukan tunangan makwe boss dia dengan cinta hatinya yg telah lama terpisah. Panjang betul catatan pada dinding gua tu. ArdMad dan Senorita, tak 'nampak' pulak perasaan cinta antara mereka, cuma ArdMad tu biasala, termiang lebih pulak biler bersama Ita. Bagi saya, kalau nak habiskan buku ni.. kena mempunyai tahap kesabaran dan keinginan membaca yang tinggi, kalau tak, belum tentu anda boleh habiskan. PHewww! eh.. saya baca habis tau! hehe.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

ArdMad, impiannya ibarat angan-angan Mat Jenin. Dengan kapcai buruk yang selalu meragam, ArdMad sering datang kerja lambat. Namun, di sebalik kekalutannya, ArdMad seorang pekerja yang jujur. Semua tugas dilakukan tanpa berkira. Dari seorang pekerja am, dia dilantik sebagai pengurus sebuah stesen minyak. 'Eh, datang lambat pun dapat naik pangkat?' Dia sendiri kurang percaya, apa lagi kawan-kawan yang lain. Tapi itulah rezeki namanya!

Sejak jadi pengurus, ArdMad makin sibuk. Senorita teman wanitanya yang comel, solid dan putih melepak meleleh air mata bila dating terpaksa cancelled. Namun sikap Ardmad yang pandai memujuk menjadikan gadis itu rindu serindunya. Tapi yang musykilnya, benarkah ArdMad cintakan Senorita?

Inilah persoalan yang menendang-nendang fikiran Senorita. ArdMad yang selamba selalu kata suka padanya tapi jadi kelu bila ditanya, 'kapan mahu masuk meminang?' Bukannya dia tak sudi. Tapi cita-citanya untuk menjadi seorang 'boss' belum kesampaian.

'Sayang, kita kahwin bulan 12, tapi... lima tahun lagi boleh?' Itulah janji manis ArdMad. Dan Senorita terpaksa memujuk hatinya sendiri.

Review 574: Rindu Di Aspal Mimpi by Radzemah Bolhassan


Rindu di Aspal Mimpi
by Radzemah Bolhassan
Terbitan Tintarona Publications
RM15.50
335 mukasurat

"seberkas rahsia yang diikat kejap terburai oleh sebuah kejujuran"

Plot dan kisah dlm novel ini mempunyai aturan yang baik, cuma penyampaiannya agak longgar dan tidak mengesankan. Tajuknya amat menarik. Saya gagal berkongsi rasa dgn Rosa berkaitan bebanan emosi yang ditanggungnya. Walaupun kasihkan Azmi dia seperti consider jugak perasaan En Akmal. Watak Hafsam tidak dieksploitasi dgn lebih kerana saya rasa watak itu mempunyai latar kisah yang pelbagai dan mampu diolah menjadi hidangan kisah yg menarik tambahan pulak konflik dia dgn bapanya tu membuat saya tertanya2 sehinggalah terburainya kisah kehadiran dan kepergian Marlia dlm keluarga itu. Tetapi kisah ini lebih bertumpu kepada perjalanan hidup Rosa. WAtak Haman mahu dijadikan watak yang menjengkelkan tapi tak cukup menjengkelkan, sepatutnya paduan Haman-Suraya boleh membancuh lebih banyak pergolakan emosi dalam kisah ini.

Byk watak yg saya terlupa dalam kisah ini tetapi watak Hafsam agak mengesankan.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Bagaikan ada rahsia peribadi yg mengheret Hafsam dan ayahnya berkonflik dlm senyap. Rosa yg baru tamat drpd pengajiannya pulang ke kampung dan seolah menjadi pengamat yg jujur. Cuba merungkai kemelut 2 beranak itu. Tetapi semakin hari semakin payah dimengertikan. SEdangkan dirinya juga dibumbui gelodak di hati.

Sandaran kasih Rosa kepada jejaka idaman juga lebur kerana sikap dingin Azmi. Lebih membakar benci di hati apabila secara tidak sengaja Rosa terserempak dgn Azmi bersama seorg gadis. Akibat sedikit salah faham ikatan kasih menjadi rapuh.

Rosa berkelana, mencari hidup yg baru. Berhijrah ke kota dgn harapan akan menemui ketenangan di jiwa. Sebaliknya konflik jua yg mengiringi diri. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila abgnya Hamam cuba mempengaruhi aturan hidupnya. Dia menjadi buntu.

Pertemua keluarga di rumah abangnya Hamam membuka sejarah hubungan Hafsam dgn bapanya. Hatta Kematian adik tersayang Marlia, Hafsam disisih dan dipersalahkan. Begitu juga dgn konflik hubungan intim Rosa.

Wajah-Wajah Penulis 2011

Tahun ni aku tak banyak snap gambar berbanding tahun2 sebelum ini :) tapi ni adalah juga wajah-wajah penulis yang sempat aku capture here and there. antara eventsnya adalah Pesta buku PWTC dan pesta buku selangor 2011. Kalau ada wajah-wajah penulis yang korang teringin nak tengok rupa diorang boleh la click pada tag 'kenali penulis' aku ada letak di sebelah kanan blog ni "wajah kesayangan hamba". SELAMAT BERKENALAN! nanti kalau terserempak ngan diorang ni boleh la minta TANDATANGAN :) Klik gambar untuk terus ke laman web penulis. Ada jugakla penulis yang aku tak dapat cari websitenya. kalau sapa-sapa tau, boleh tinggal pada ruangan comments untuk aku update pada gambar :)












































































LAGI GAMBAR-GAMBAR PENULIS DI LINK BERIKUT :
KENALI PENULIS KESAYANGAN ANDA
PENULIS NOVEL DI PBAKL (PWTC) 2010