Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 19, 2007

Review 1: Kisah Kasih by Kreisya Reisya




First buku yg pinjam dari kaksu. ekcili beli utk dia for birthday, peh tu pinjam baca pulak. bukan buruk siku kan? kan? kan? Buku ni dicadangkan oleh Yam and Amy. Thanks guys. i enjoy reading this one. citer tak berat, bahasa santai and interesting. tersenyum senyum la baca buku ni. jangan sekali kali baca last page sbb you people will confuse sapa sebenarnya yang dapat Farah tu. kisah macam cinderella. paling kelakar biler Farah mengikut cadangan Syah E, sapa yang kahwin ngan dia kena bawak kasut dia yang tertanggal sebelah semasa lari dari satu majlis. pening mak ayah dia. this one is in my A list. sure fine whatever Rinn sinopsis belakang buku: Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search Of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya. Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamaran itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri. Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.



Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya? Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta. Harga : RM 11.90 Halaman :348 ISBN : 983-124-029-4

Review 2: Pergilah Sepi by Fauziah Ashari




terbaca sbb kaksu pesan tolong beli sebab kat kulim dah abih stock.susah jugak nak dapat buku ni. thanks Diana sbb tolong belikan.sebelum pass to kak su, gue rasmi dulu lah! i like reading buku2 ygtak tebal macam nih.. tak meleret leret. senang nak paham.




.


kisah dua fiq yang menarik - Afiqah dgn Syafiq. takdir menemukanjodoh mereka dgn cara yg mengaib kan. Syafiq cuba menjadi suami yg baik tapiAfiqah tetap rasa teraniaya.. tapi lama kelamaan dia makin suka dgn keluargasuaminya. tapi dia ni keras hati sukar nak memaafkan syafiq.Citer ni sebenarnya simple tapi cara penulisan Fauziah Ashaari memang menarik walaupun ini novel pertamanya.This one is in my A List.


.


sure fine whatever


Rinn


.


sinopsis belakang buku:




.


Andai jodoh bukan suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiqdalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan itu bagaikan satu pelarian bilaterjadinya peristiwa yang mengaibkan.Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerimabegitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq,bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.




.


Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya upaya mencorak kehidupan barunya.Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqah namun jauh disudut hati,Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertama.Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauhdari mata. Sayangnya, kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka dihati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salahsangka? PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah dihati, kesepian terus berlalu pergi.




.


RM 12.00368 muka surat

Review 3: Angin Dingin Dari Utara by Siti Hazneza




Buku ni kaksu yg recommend dan bagi pinjam.


.


Tengok kulit mcm biasajer, penulis pon i'm not familiar sangat. tapi orang ckp never judge a book by its cover. well this is A MUST READ.


.


Siti Hazneza memaparkancerita yg sarat dengan kisah drama berat tapi menarik. pembaca santailike me pon boleh enjoy her writing. tahniah sbb lahir novel ygseperti ini.character2 utama yg menarik! Amin, Nashrique dan tentulah Namir Al Haque.




.


awal2 dah buat pembaca tertanya tanya dan ada perasaan ingintahu. may be masa membaca dah dapat meneka and tht feeling masamembaca is really good! And when the truth is revealed, membuatkanpembaca tersengih sengih. ia tidak berakhir di situ, ada saja yang berlaku dan menduga ketabahan watak2 utama.




This one is in my A List


.


sure fine whatever


Rinn

Sunday, March 18, 2007

Salam Perkenalan


Salam perkenalan dari saya yg baru nak cuba2 blog kat sini. well, sebab utama bina blog ni adalah kerana kat opis page yahoo 360 dah kena banned so, terpaksa cari saluran lain and saya tengok ramai blogger yg pilih blog yg macam ni. sekarang ni may be terkial kial sikit la.. tapi i'll try update selalu seperti blog yahoo 360 saya dulu. sayang la blog tu.. may be once a month baru boleh update, masa tu baru terluang masa utk balik kampung and surf internet puas-puas :).

Masa mula2 buat blog dulu memang niat utk saja2 wat review novel, just for fun, ni kira macam therapy la jugak setelah penat bekerja, ada juga 'medium' utk meluah rasa. tu saja buat masa ni.. terima kasih.

sure fine whatever
Rinn