Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Saturday, January 28, 2012

Tuesday, January 24, 2012

Review 655: Biarkan Ia Berlalu by Sha Ibrahim



Biarkan Ia Berlalu
Penulis: Sha Ibrahim
Terbitan Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Oktober 2011
RM37.00
Sabah/Sarawak RM40.00
9789675067860
1140 mukasurat


"Tak, Nadia tak akan berhenti selagi apa yang Nadia nak tak tercapai! Saat Nadia tahu siapa yg bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada arwah ayah dan keluarga kita, Nadia berjanji pada diri Nadia sendiri, Nadia tak akan berhenti selagi Nadia tak buat mereka yang bertanggungjawab itu merana! Itu janji Nadia!"


Gila tebal. Tu yang pertama aku sebut bila tengok buku ni. Memang tebal. Memang bukan buku pertama yang akan aku capai memandangkan ketebalannya akan mengganggu 'gaya bebas' yang sering aku amalkan semasa membaca. tak boleh baca semasa agak letih atau mengantuk kerana kalau tangan terkulai buku ni akan tersembam ke muka, jadi la muka berbuku.


tapi bila dah mula baca buku ni memang susah nak berenti. Kronologi cerita tidak membosankan walaupun saiz nya sangat tebal. Misi Nadia untuk membalas dendam atas kehancuran keluarganya dan kematian bapa kesayangannya menjadi tumpuan utama cerita.


Suatu masa dahulu Nadia menjadi mangsa fitnah sehingga dia kehilangan cinta Johan. Dia menghilangkan diri ke United Kingdom dengan perancangan teliti dan nekad utk membalas dendam. Setelah 5 tahun, dia pulang untuk melengkapkan perancangannya dan menamatkan kisah dukanya dengan 'happy ending'.


Kalau kita baca blurb pun Friends Corporation digambarkan sebagai sebuah empayar baru yang berjaya menggugah keteguhan Perkasa Holdings milik bapa Johan. Sebuah syarikat yang menjadi empayar dalam tempoh 5 tahun yg diterajui 3 gadis berusia bawah 30 tahun adalah sangat-sangat mengkagumkan. Macam mustahil pun ada juga. Tambahan pula melihatkan sikap gadis bertiga tu yang keanak-anakan dan ala-ala kanak2 ribena.


Nadia muncul di Friends Corporation akhirnya setelah 5 tahun bekerja di belakang tabir. Tetapi bukan sebagai big boss. Dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai Setiausaha kepada akauntan di situ iaitu Syafiq a.k.a Lion King. Nadia dan Syafiq memang sangat sepadan kerana sikap mereka yang garang, banyak songeh, panas baran dan pantang mengalah. Cara mereka bekerja adalah seperti berperang tetapi kerjasama mereka menghasilkan keputusan yang membanggakan. Persamaan itu menjadikan mereka semakin selesa antara satu sama lain. Memang sepanjang masa la gelakkan Syafiq yg kuat kompelin dan marah2kan Nadia sedangkan Nadia tulah sebenarnya big boss di situ.


Nadia sering terjebak dalam situasi yang menjadikan dia kelihatan seperti seorang gadis liar yang jahat. Sahabat baiknya, Tiara dan Baby memang faham benar dengan sikap Nadia. Kalau Nadia kata "Jangan risau" maksudnya ada la benda besar yang dia akan buat dan menyebabkan orang lain sakit jantung.


Kisah-kisah di sekeliling Nadia juga menarik dan melengkapkan lagi kisah ini. Aku suka citer ni tapi kurang senang dengan watak-watak utama cerita ini yang bebas berpegang tangan dan berpelukan dgn best friend yang bukan muhrim.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis


Nadia... kepulangannya ke tanah air setelah 5 tahun berada di United Kingdom hanya dengan satu tujuan. Membalas dendam! Disebabkan dendam jugalah Friends Corporation berdiri megah di tanah kelahirannya. Namun tiada siapa yang menyedari bahawa dialah pemilik sebenar empayar itu.


Identiti palsu sebagai graduan luar negara yang menganggur membuka peluang untuknya merealisasikan dendamnya. Namun perkenalannya dengan Syafiq telah membuai jiwa wanitanya. Lelaki itu mula membuka semula pintu hatinya untuk menerima cinta setelah dikecewakan 5 tahun dahulu.


Mampukah Nadia meneruskan lakonannya nanti? Adakah dia mampu membalas dendam dan mengembalikan maruah keluarganya semula? Dapatkah Syafiq menerima diri Nadia seadanya?


Biarkan Ia Berlalu... padat dengan kisah dendam, kekeluargaan, percintaan dan persahabatan.

Review 672: Hati Yang Luka by Norhayati Berahim


Terbitan NHF Media
Hati Yang Luka by Norhayati Berahim


"Letakkan cintaku dalam hatimu. Hanya dengan itu dapat kau selam luka hatiku yang kian parah..."


Tebal jugak buku ni, tak sangka dpt habiskan dlm masa sehari. jalan
cerita yang tidak membosankan. i like penulisan norhayati berahim but
i HATE RAOF! eeeeeeeeeee geramnya rasa macam nak tenyeh2 jer lelaki
macam tu. Widad terlalu baik utk lelaki yg macam Raof. hehe ter
emosional pulak.


ekcili watak widad mengingatkan saya pada watak Ana dalam 'Nota cinta
buatmu'. husband dia dlm nota cinta buatmu perangai macam Raof la!
sepatutnya i baca 'hati yg luka' dulu , lepas tu baru baca nota cinta
buat mu, baru terubat sikit kot sakit hati. hehe.. i lebih prefer Nota
cinta buat mu sebab dia tinggalkan husband dia yg suka menyakitkan
hati tu walaupun isterinya baik sangat2.


tapi norhayati berahim memang best! i look forward to reading more of
her books.


sure fine whateverr
-----------------------------


2nd Review:


Hati Yang Luka by Norhayati Berahim


satu-satunya buku terbitan NHF Media yang saya pernah baca. Buku by
Norhayati Berahim, of course la excited nak baca. seperti biasa NB
berjaya menyemai rasa benci pembaca kepada watak lelaki yang
berfikiran seperti Raof. memang banyak kali rasa macam nak tenyeh2 jer
Raof tu.


Raof ni memang menyintai Widad yang prnah menjadi tunangannya sbb
parents dia memang berkenan dgn widad, anak orang gaji diorang la.
Raof ni ego giler babas, mementing status, menjadikan dia tak dapat
menerima Widad.


Akhirnya masa dia dituduh berkasar dengan kekasihnya dan masuk
mahkamah. Atas saranan keluarga Raof berkahwin dengan Widad untuk
menunjukkan dia lelaki yg bertanggungjawab dan bukannya bengis atau
kejam so tht Widad ni boleh testify dalam mahkamah menyokong keadaan
Raof. Sepanjang perkahwinan Raof banyak memerli, menyakitkan hati
Widad, kita yg baca ni pon rasa sakit hati sangatttttttttt dengan Raof
ni, macam la dia tu perfect sangat. Widad tu dah sebaik baik manusia
dah, ada saja dia nak komplen. eeeeeeeeeee geram geram geram!!


Bila widad tak der dah macam orang gila RAof tu, padan muka.


sure fine whatever

Sunday, January 15, 2012

Review 654: Menunggu Hujan by Adileah


Menunggu Hujan
Penulis: Adileah
Terbitan Jemari Seni
Cetakan pertama Mac 2011
RM19.00
Sabah /Sarawak: RM22.00
447 mukasurat


Ada rentak yang menarik dalam kisah kali ini. Perjalanan kisah Hafiz dan Malisa ada kelainan walaupun tergolong dalam cerita yang klise. Tak pernah lagi lah aku baca cerita yang si heroin ditakut-takutkan dengan seekor ular yang besar! giler ngeri. kalau bab sogok duit yang banyak tu biasalah :)


Bagi yang pernah membaca 'Pada Angin Aku Berpesan' mungkin akan tersasar meneka jalan cerita 'Menunggu Hujan' :) Cerita Malisa-Hafiz terasa manisnya walaupun mak Hafiz tu betul nekad menentang siap hantar ular tuuuu. giler ngeri kalau dpt mak mertua macamtu. Bayangkan, balik keja, masuk bilik tengok2 kat tengah katil ada ular besar melingkar. huhu... Cinta, cinta jugak, tapi kalau mak mertua macam ni... fikir 2juta kali.


Cerita yang tidak membosankan. Walaupun ceritanya serius dengan laras bahasa yang mudah, terasa keinginan mengetahui jalan cerita seterusnya berjaya dikekalkan penulis dengan adanya kejutan-kejutan di dalam penceritaan.


Malisa adalah lulusan ijazah tetapi bekerja sementara sebagai penjaga Cik Puan, wanita kaya yg lumpuh separuh badan. Keceriaan Malisa telah mengembalikan semangat Cik Puan. Kehadiran cucu ke 50 Cik Puan (Hafiz) telah membuat Malisa kurang selesa.


Hafiz. Kenapa masih nak menguji Cherry sedangkan dia sudah ada tunang? Habis punah Cik Puan gara-gara Cherry yang tak pandai nak menjaga kebajikan orang tua tu. Hafiz tu nampak kejam pulak sbb suka-suka hati saja suruh Cherry yg dah sah-sah tak berkaliber utk menjaga org tua tu. Kesiankan Cik Puan lah. Cherry tu memang tak bleh nak tolong dah. Gila eksyen dan perasan bagus.


Tunang Hafiz tu, Dayang Suhaila, cerdik banyakla dari Cherry. Walaupun dia 'jaga' Cik Puan, tapi bukan dia yang buat semua kerja :)


Hafiz terpikat dengan Malisa walaupun Malisa tak layan dia sangat. Sikap Hafiz membuatkan ramai orang salah sangka dengan hubungan mereka. Mak Hafiz of course la tak berkenan dengan Malisa yang dari keluarga yang tak lah sekaya raya dia.


Malisa mengundur diri dan membawa diri ke KL. Hafiz berjaya menjejaknya walaupun hajat hatinya ditentang ibu sendiri. Hafiz tu cakap jer nak protect Malisa, tapi macam-macam ibu dan tunang dia dapat buat kat Malisa dan keluarga. Memang rasa tak selamatlah Malisa tu.


Demi keselamatan diri sendiri dan keluarga, Malisa menyambung pelajaran keluar negara.


Pemergian Malisa menukarkan Hariz menjadi lelaki yang berbeza, lebih agresif dan garang. Ibu Hariz barulah menyesal dengan perbuatannya. Dia bukan saja memusnahkan hidup Hariz malah Dayang Suhaila pun sendiri tersiksa setelah menjadi isteri Hariz. Lepas dah jadi baru nak menyesal. Tindakan hariz utk meneruskan perkahwinan tu terasa seperti mempermainkan ikatan perkahwinan. Dia tak berniat utk membimbing bakal isterinya, niatnya lebih kepada untuk membalas dendam. Tak boleh, tak boleh.


Sebagai suami Hariz sepatutnya membimbing isterinya tambahan pula sikapnya yg berubah menjadi lebih tegas tu digeruni isterinya. Hariz ada 'upper hand' utk mengawal isterinya.


Apa2pun aku suka dengan balasan yg menimpa isteri Hariz :) Itulah balasan terbaik kerana mempermainkan hidup Malisa. Kepulangan Malisa membawa sinar harapan kepada Hariz namun Hariz membiarkan Malisa salah sangka. Kalau citer straight fwd memang dah bleh settle dah diorang ni.


apa2pun, memang ending yang manis dan mencuit hati. Lawakla part Malisa lari nyorok bawah katil tu. haha. Nasib baik Cik Puan tu nak bagi hint kat Hariz.

sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb / sinopsis
Kata dia, “ Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “ Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau saying boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti disimpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Dalam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh daripadanya.

Dunia bagaikan berhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya…rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia dating padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

Review 653: 55 Petua Seronok Bekerja



55 Petua Seronok Bekerja
Penulis: Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
Terbitan PTS Millenia
Cetakan pertama 2007
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
isbn: 9789833372096
176 mukasurat




"Kita tidak perlu gelisah di tempat kerja. Bergembiralah!"


Aku bukan jenis yang suka baca buku motivasi. Tapi aku sangat seronok membaca buku ini. Membuat aku rasa mahu pergi kerja dengan perasaan seronok dan menggembirakan orang yang bekerja dengan kita.


Tips dan kisah-kisah yang diselitkan dalam buku ini sangat mengesankan dan membuatkan kita tersenyum senang. Tidak semestinya tersenyum kerana lucunya tetapi kisahnya mengundang senyuman. Tidak terhad kepada kisah Islamik sahaja, turut diceritakan eksperimen-eksperimen barat mengenai 'human behavior' ini.


Keseronokan adalah sesuatu yang 'berjangkit' sebenarnya. Apabila kita kelihatan gembira dan menggembirakan, orang sekeliling kita akan turut tersenyum dan terhibur hatinya.


Apabila kita menggembirakan orang di sebelah kita, orang itu akan terdorong utk menggembirakan orang yang berikutnya. Kuncinya, kita mestilah berfikiran positif, berkelakuan positif, jaga hati sendiri dan hati sahabat-sahabat kita. Jangan mementingkan diri sendiri. Ikhlaskan hati. Imarah kan hati dengan alunan zikir dan selawat. Kawan-kawan suka, Allah pun suka.


sure fine whatever
Rinn


Kandungan buku ini adalah seperti di bawah (dipetik dari website PTS.com.my)

Prakata

Bahagian 1 : Jadilah Seorang yang Seronok
Petua 1 : Ketawa Pengikat Kemesraan Bersama
Petua 2 : Ketawalah, Kita akan Relaks
Petua 3 : Apabila Kita Seronok, Kita Menyeronokkan Orang Lain
Petua 4 : Relaks.. Jangan terlalu Serius!
Petua 5 : Ringankan Tangan Kita: Pasti Ia Berbaloi

Bahagian 2 : Mudah Tetapi Seronok
Petua 6 : Bantulah Orang Lain Kita Pasti Seronok
Petua 7 : Amalkan Sentuhan Keinsanan
Petua 8 : Makan Bersama, Seronok Bersama
Petua 9 : Main Permainan Zaman Kanak-kanak
Petua 10 : Letakkan Benda Asing di Pejabat Kita
Petua 11 : Buat Perkara yang Tidak Diduga
Petua 12 : Dapatkan Kedamaian, Lakukan Sesuatu!
Petua 13 : Dengarkan Loceng Tanpa Minda

Bahagian 3 : Seronok Sebagai Motivasi
Petua 14 : Jadikan Seronok sebagai Ganjaran
Petua 15 : Cuti Mengejut bagi Prestasi yang Memberangsangkan
Petua 16 : Bonus-Berikan Secara Kreatif!
Petua 17 : Galakkan Orang Lain Memberi Ganjaran
Petua 18 : Tidak Seronok? Tingkatkan Motivasi Kita!

Bahagian 4 : Komunikasi Seronok di Mana-mana
Petua 19 : Komunikasi yang Seronok!!
Petua 20 : Luahkan Penghargaan Kita
Petua 21 : Hiasi Wajah dengan Senyuman
Petua 22 : Kelakarkan Mesej yang Sukar

Bahagian 5 : Rancang Sesuatu yang Seronok
Petua 23 : Kerja Betul-betul, Main Betul-betul
Petua 24 : Anjurkan Pertandingan Ketawa Petua 25 : Gores dan Menang!
Petua 26 : Rancang Percutian yang Menyeronokkan
Petua 27 : Jadikan Pejabat Umpama Syurga

Bahagian 6 : Saya Suka Mesyuarat
Petua 28 : Mesyuarat: Kenapa Perlu Bosan?
Petua 29 : Mesyuarat yang Gamat: Kenapa Tidak?
Petua 30 : Berseronok Memberikan Pendapat
Petua 31 : Carilah Kata Sepakat Bersama
Petua 32 : Gunakan Enam Topi yang Sebenar
Petua 33 : Lagi Idea Seronok Mesyuarat

Bahagian 7 : Majikan yang Seronok
Petua 34 : Jangan Drastik: Buat Perubahan
Perlahan-lahan
Petua 35 : Pilih Pekerja yang Menyeronokkan
Petua 36 : Wajibkan Akujanji Ceria
Petua 37 : Adakan Sambutan Pekerja Baru
Petua 38 : Berikan Kebebasan Bersuara!
Petua 39 : Kemudikan Bahtera Bersama-sama Petua 40 : Adakan ?Hari Kasual?

Bahagian 8 : Permainan yang Menyeronokkan
Petua 41 : Jadikan Kerja Satu Permainan!
Petua 42 : Guli Siapa paling Banyak?
Petua 43 : Buat Kotak Permainan Pejabat
Petua 44 : Letakkan Tanda Rehat di Atas Meja
Petua 45 : Ulang Tahun Hari Lahir
yang Menyeronokkan
Petua 46 : Mari Menjadi Juara
Petua 47 : Formula Satu Sudah Bermula
Petua 48 : Adakan Kuiz Minda!
Petua 49 : Menyunting Bintang di Langit
Petua 50 : Hari Tema Bulanan
Petua 51 : Korbankan Lembu Itu

Bahagian 9 : Hati Damai yang Seronok
Petua 52 : Carilah Rahmat di Pejabat
Petua 53 : Ingat Mati! Kita akan Berkualiti
Petua 54 : Ukhuwah untuk Pasukan yang Gagah
Petua 55 : Belailah Jiwa dengan Tazkirah

Penutup
Bahan Cadangan & Rujukan
Biodata Penulis




meRinnTis blurb:


Buku ini adalah himpunan idea-idea bagaimana rasa seronok di tempat kerja.


Seronok bekerja bukan bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja kita. Kerja kita adalah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja. Tetapi, bagaimanakah hendak menjadikan semua ini seronok?


Buku ini mengandungi 55 petua ringkas sebagai panduan bagi menghilangkan stres di tempat kerja.

Review 652: aku, dia & .com by Daisy Zahra


aku dia & .com
Penulis: Daisy Zahra
Terbitan Kaki Novel enterprise
RM21.00
sabah/sarawak: RM24.00
590 muka surat
9789675067808


"Kalau dah suka, katakan saja!"


Karya yang santai, ringan dan tidak memberatkan kepala untuk mengikuti kisahnya. Amat sesuai bagi yang nak melarikan diri dari kisah drama heavy dan konflik. Tema cinta online yang dibawakan mungkin kedengaran tipikal kerana semakin ramai penulis membawa kisah begini. Tapi Daisy Zahra ada ending terbaik untuk watak Lida untuk memilih insan terbaik buatnya :)


cover belakang dan depan t-shirt tu membuatkan novel ini kelihatan berlainan. eye-catchy :)


Lida & Fazura bersahabat baik dan merupakan teman sebilik. Lida sering berhubung secara online dengan 'Takuya' yang juga merupakan pelajar di UiTM Kedah. Mereka di kampus yang sama tetapi Lida tidak pernah mendedahkan cerita sebenar kepada Takuya. suatu hari, ketika berada di cafe dia terdengar nama 'takuya' dilaungkan. Maka dapatlah dia melihat wajah 'Takuya' yang menyahut panggilan makcik cafe tu. Mamat tu namanya Rizal. Setelah berpeluang berkenal-kenalan, Rizal kelihatan lebih tertarik kepada Fazura. Lida tidak terkilan kerana dia bukannya ada apa-apa dengan Takuya. Rizal yang sering ditemani Hakimi turut membuatkan mereka semua saling mengenali. Hakimi banyak memberi perhatian kepada Lida membuatkan dia tak senang duduk.


Lida mula rasa tak sedap hati apabila 'Takuya' masih lagi menghulurkan salam kasih kepadanya walaupun Rizal sebenarnya sudah steady dgn Fazura.

Yutaka hanyalah watak tempelan untuk menimbulkan tanda-tanda soalan di kepala pembaca.


Hakimi yang sering mengiringi Rizal akhirnya mencuri perhatian Lida tapi entah kenapa tiba-tiba Hakimi mula menjauhkan diri. Lida kecewa kerana ketika rindu Lida terhadap hakimi sudah semakin menggunung. Hati Lida makin terluka apabila Hakimi mula mendampingi Syif, budak junior tak sedo diri, yang sejak awal perkenalan lagi sudah mula mencari sengketa dengan Lida. Aku suka la cara senior yang tegur kekurang ajaran Syifa masa dalam kedai tu. Mulutnya yg tak terkawal dan suka menuduh orang tak tentu pasal tu memang buat aku rasa geram.


Ketika berjauh hati dengan Hakimi, Lida cuba mengalih perhatian terhadap Luqman. Luqman ni dah lama cuba menjejak Lida setelah satu peristiwa menimpa mereka berdua satu masa dahulu. Bagi Lida itu hanya memori yang telah ditinggalkan tetapi bagi Luqman, itu adalah memori yang mahu dikejarnya sampai dapat. Terbaek lah Luqman ni!


Kalau nak banding antara Hakimi dan Luqman, Hakimi ni jenis cepat berprasangka. Dia suka buat kesimpulan sendiri tanpa bertanya walaupun pada awal cerita watak Hakimi kelihatan sangat gentleman dan manis. Luqman pulak, dia ni bukan jenis yang melulu. Dia lebih matang dan sabar. :)


Jadi siapa sebenarnya Takuya kalau bukan Rizal?


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


Kerana minat berchatting, Angelberry yang menuntut di UiTM Sungai Petani berkenalan degan lelaki yg menggunakan nickname Takuya. Masing-masing saling berhubung melalui e-mel sehinggalah pada suatu hari, Angelberry mendapat tahu Takuya sedang menjalinkan hubungan dengan Fazura, iaitu kawan baiknya sendiri.


Angelberry reda menerima keadaan tersebut tetapi yang membuatkan dia tidak berpuas hati, kenapa Takuya kacau dia lagi? Nak ambil berat? Takkan dua2 pun Si Takuya nak rembat? Malas untuk melayan, muncul pula An-nur dan Yutaka di alam maya yang mencuri perhatian Angelberry.


Dan di UiTM, kehadiran Luqman bagaikan penawar di saat Mohamad Hakimi mula berpaling kepada yg lain.


Yutaka... siapa pula lelaki itu? Di antara Luqman dan Mohamad Hakimi, siapa yang berjaya menawan hati keras milik Angelberry? Itulah... kalau dah suka katakan saja!

Review 651: Kau Yang Aku Sayang by Liza Nur


Kau Yang Aku Sayang
Penulis: Liza Nur
Cetakan pertama 2008
Terbitan Creative Enterprise
RM19.90
360 mukasurat
9789838938914


"Andai cinta itu milikku, pasti akan jadi milikku jua..."


Akhirnya dapat juga baca novel pertama Liza Nur. Sejak membaca 'Bukan Salahku' karya penulis ini bersama Buku Prima, aku berminat untuk mengikuti setiap novel beliau. Tinggal novel terbaru Liza Nur saja yang aku belum sempat baca iaitu Roti cicah susu kalau tak salah tajuknya.


Kau Yang Aku Sayang yang membawa latar cerita seorang artis popular dan krew-krew belakang tabir adalah jenis kisah yang jarang-jarang aku baca. Kali terakhir yang aku baca berlatar cerita artis begini rasanya cerita 26 Episod Gosip :) Karya pertama yang tidak menghampakan. Liza Nur bermula dengan baik dengan karya ini dan semoga akan terus berkarya dengan gaya tersendiri ini :)

Kisah ini tentang Suraya dan Alif yang merupakan sahabat karib sejak kecil. Alif yang montel dan berkaca mata tebal power giler menyimpan cita-cita untuk menjadi penyanyi terkenal manakala cita-cita Suraya adalah jauh lebih besar iaitu nak jadi seperti matahari yg menyinari hidup orang lain. Well, nampaknya org yg mempunyai cita-cita yang lebih spesifik lebih mudah mencapainya berbanding Suraya yang hidupnya masih lagi struggle ketika Alif sudah popular dan glamor.


Perjalanan hidup Alif dan Suraya sebenarnya tidak mudah setelah kedua-duanya terpisah. Mungkin masing-masing menyangka dirinya lah yang paling menderita sedangkan kisah sebenarnya menunjukkan penderitaan yang sama tahapnya cuma ujian Allah itu berbeza untuk mereka.


Kalau Suraya struggle untuk survive dalam hidup untuk mendapatkan segulung ijazah, Alif pula struggle bertarung nyawa dengan kanser hingga membawanya jauh dari Malaysia dan jauh dari Suraya.


Suraya hanya mampu melihat dari jauh. Alif diminati dari jauh. Tidak lagi seperti waktu kecil dahulu. Alif sudah kacak bergaya dan didampingi Tisya yang glamor dan jelita. Suraya seperti multifunction human, kadang-kadang dia menghantar pizza, kadang-kadang dia maskot menghiburkan pelanggan, kadang-kadang pula dia pelajar yang nekad mahu berjaya dalam pelajaran.


Suatu insiden telah menemukan mereka semula tetapi Alif tidak pasti adakah itu Aiya yang pernah akrab dengannya. Dia cuba mengorek rahsia namun Suraya sering melarikan diri. Huluran kasih Aziq disangka dapat mengubat hatinya yang berduka namun tanpa disangka dia sendiri melukakan hati Nori, teman serumahnya yang mengambil berat tentang dirinya. Dia menyalahkan Aziq kerana merahsiakan sejarah perhubungan Aziq dengan Nori. Walau bagaimanapun Aziqlah yang membawanya ke dunia belakang tadbir pembikinan video clip dan tanpa disangka artis untuk video clip kali ini adalah Alif. Alif cuba membangkitkan kenangan lama dengan berkaca mata tebal dan berpakaian biasa. :)


Scene Suraya naik angin bila orang tengok semacam dia pakai pyjama tweety tu lawak la :) comel!


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


Memori semalam kekadang hadir, kekadang meminggir, sesekali mengusik rasa mengocak-ngocak jiwa menjadikan hati tertanya-tanya telah berakhirlah sejarah kita yg bertahun tersimpan kemas dalam lipatan kenangan? Lalu bagaimana dengan janji2 lalu, akan terbiar lenyapkah ditelan waktu?


Dan andaiya ada kebetulan dalam hidup kita yang memungkinkan aku menemui dirimu di mana-mana, aku bersedia dengan segala kemungkinannya. Aku akur dengan takdir Tuhan andai engkau telah pun berteman. Aku rela asalkan pencarianku ini telah temui penamatnya. Dan andai waktu itu engkaut elah pun berteman biarlah janji-janji lalu lenyap ditelan waktu...

Review 650: Ku Berserah by Ummi Ariza


Ku Berserah
Penulis: Ummi Ariza
Editor: Mohd Ali Haji Mohd Noor
Terbitan Buku Prima
RM19.90
9789675234859
455 mukasurat


"Usah bicara soal cinta
Kala hatiku terhiris derita..."

Safiyah- seorang gadis yang manis dan baik. Tidak melawan cakap ibu bapa.

Fahrin
- bercadang berkahwin 1 thn sahaja dgn safi
-apa yg difikirkan kalangan penulis yang menggunakan plot begini? setuju kahwin demi menjaga hati dan perasaan ibu bapa sendiri tetapi setahun kemudian bercerai. Tak terfikirkah tindakan bercerai itu akan melukakan lebih banyak hati, berkali ganda lebih banyak dari sebelum berkahwin. Bukan saja melukakan keluarga bekas isteri, malah memutuskan silaturrahim ramai orang.

Amylia
- fahrin berkasih dengan amylia, seorg model cantik

Datuk Fahmi & Datin Nurin
- ibu bapa kepada fahrin

En. Sharif & Pn. Rahmah
- ibu bapa kepada Safi

Safuan & Fazira
- abg dan kakak ipar kpd safi (sweet couple)

keluarga Datuk Fahmi dan keluarga En Sharif berhajat menyatukan anak-anak mereka untuk mengeratkan lagi hubungan mereka. Datuk Fahmi dan Datin Nurin tu mungkin bimbangkan Fahrin yang lebih cenderung untuk memilih Amylia sebagai isteri sedangkan Amylia tu bukanlah wanita yang ada ciri-ciri untuk dijadikan isteri. En. Sharif dan Puan Rahmah pula seperti tahu-tahu sahaja umur mereka tidak panjang dan mahu memastikan Safiah terjaga setelah ketiadaan mereka nanti.

Badrul
- kawan Fahrin. jatuh hati pada safi sebelum mengetahui Safi bakal isteri fahrin

Jo
- dendam dengan Amylia. Membalas dendam dengan memerangkap Abg Amylia supaya berhutang. Amylia jadi galang ganti. Berjaya memerangkap Amylia dan menggunakan Amylia untuk kepuasan diri sendiri.

Rafidah
- best friend Safiyah

Kisah selepas keluarga safi meninggal dunia dalam sebuah tragedi menyerlahkan kelebihan penulis melakarkan suasana hiba dan sedih.

Watak Bad kelihatan baik dan mungkin merupakan calon terbaik untuk mengubati hati Safi tetapi di saat dia meluahkan perasaan cinta kepada Safi yang masih berstatus isteri orang, terus merudum markah dia yang tinggi, malah kelihatan sama saja teruknya seperti Fahrin apabila memutar belitkan cerita Amylia dan Johan yang sudah insaf. Pemfitnah tahap Bad tu adalah seperti orang yang memakan daging saudaranya sendiri.


Aku suka Rafidah... tapi kenapa dia dengan Bad??? Tapi parents Bad tu (Mak Uteh & Pak uteh) memang terbaek!!!!


Aku suka cara penulis mencipta watak ibu bapa yang baik-baik belaka. (jangan lupa baca doa kpd ibu bapa untuk hari ini ya kawan-kawan)


Tapi ada scene yang tak sesuai orang-orang bawah umur membaca nya terutamanya yang melibatkan Jo dan Amylia.


sure fine whatever
rinn


meRinnTis blurb/sinopsis belakang buku:


"Papa nak sangat aku menikahi kau... sebenarnya aku telah pun mempunyai pilihan sendiri. Cukuplah kalau aku beritahu padamu yang perkahwinan ini hanya untuk mengaburi mata kedua orang tua kita dan aku telah putuskan perkahwinan ini hanya bertahan selama setahun." - Fahrin Daniel


"Bad sanggup tunggu... lepas segalanya berakhir antara Safi dan Fahrin, Bad sedia mengambil Safi sebagai isteri." - Badrul


"Kau nak bebas ya... kau nak bersama dgn buah hati kau si Bad tak guna itu. Jangan korang ingat hidup korang akan bahagia. Aku pun dah tak sanggup hidup dengan perempuan curang macam kau!" - Fahrin Daniel


Semakin kuat dia membenci lelaki itu semakin kuat cintanya untuk Fahrin. Safiyah sendiri tidak mengerti akan perasaannya. - Safiyah.


"Tolonglah jangan buat abg macam ni... abang cintakan Safi. Abang ikhlas cintakan Safi... berilah abang peluang membuktikannya." - Fahrin Daniel


"Maafkan dia? Dan lupakan semua yang terjadi? Bukan mudah Fida... dia hancurkan hatiku, bukan itu saja dia remukkan hati ini sekali. Kerana dia, aku jadi begini dan kerana dia juga aku hilang kehidupan aku selama setahun." - Safiyah


-----------
"Ku Berserah" menyingkap kehidupan yang ada dlm diri kita. Sedar atau tidak, kita selalunya tidak mengambil berat akan orang di sekeliling kita. Apabila kita kehilangannya barulah kita sedar kelalaian kita. Dalam novel ini, kita akan memahami bagaimana untuk menghargai sesuatu yang kita miliki dan memeliharanya agar tidak terlepas dari genggaman. Sesungguhnya Tuhan menguji sejauhmana kita terus berdiri menghadapi dugaan dengan penuh sabar.
~Ummi Ariza~

Review 649: Kerana Sebuah Janji by Nozi Danisha


Kerana Sebuah Janji
Nozi Danisya
Kaki Novel Enterprise
cetakan pertama disember 2011
RM18
sabah / sarawak: RM21
9789675067884



Datuk Hisyamudin berasa bersalah apabila satu kemalangan yang melibatkan dirinya dan ibu bapa Dahlia telah meragut nyawa dua insan yg dikasihi Dahlia. Dalam umur semuda 17thn Dahlia sudah yatim piatu. Wasiat bapa Dahlia digalas penuh ikhlas oleh Datuk Hisyamudin utk memelihara Dahlia sebaiknya.


Kehadiran Dahlia mengundang rasa benci Dani terhadap gadis itu. Dia yakin Dahlia datang bersama agenda untuk mengikis hati keluarganya. Datuk Hisyammudin meninggal dunia ketika Dahlia masih menuntuk di kolej. Wasiat Datuk Hisyammudin telah memerangkap Dahlia dan Dani. Untuk menjamin agar Dahlia tidak ditinggalkan Dani setelah dinikahi, Datuk Hisyammudin mewasiatkan 30% dari hartanya kepada anak yang bakal dilahirkan Dahlia setelah mereka berkahwin nanti. Rasanya Datuk Hisyamudin tahu Juliana bukan set2 yang sesuai dibuat menantu. Dia lebih senang dengan Dahlia yang baik dan bersopan santun.


Dani memang sygkan Juliana tetapi Juliana lebih sayangkan kerjayanya sebagai pramugari. Dia hanya mahu terikat sbg kekasih Dani dan bukannya sbg isteri dan ibu kepada anak-anak Dani. Dia belum bersedia. Sikap Juliana itu mungkin mendorong Dani untuk menerima wasiat ayahnya. Dahlia pulak sudah terlajak kata berjanji dengan arwah Datuk Hisyamudin jadi dia sekadar mengotakan janjinya kepada orang yang telah berjasa kepadanya.


Ikatan mereka rasmi sebagai suami isteri setelah Dahlia sudi dan Dani menerima syarat Dahlia supaya berjanji agar tidak jatuh cinta padanya. Dahlia redha sekiranya Dani mahu memperisterikan kekasihnya yg sudah saling mengenali lebih 7 tahun. Setelah menjadi suami isteri Dani serta merta memungkiri janjinya untuk tidak jatuh cinta. Dahlia adalah isteri yang cukup sempurna untuknya tetapi hatinya tersiksa apabila tidak dapat melafazkannya pada Dahlia kerana sebuah janji...


Dani ni jenis lelaki yang sentiasa rasa apa yg difikirnya adalah betul saja. Dia tak der nak bagi peluang orang explain. Tau nak maaaaaaaaaaarah saja. Angkara fitnah Juliana, Dani mengasari Dahlia hingga keguguran. Tindakan itu melukakan hati Dahlia lalu melarikan diri dari hospital. Ketiadaan Dahlia membuat Dani rindu tetapi dia tak tahu mana nak cari.


watak-watak 2nd hero yg berpotensi untuk berpasangan dalam kisah ini dua2 tak bleh pakai. Dua2 gelojoh semacam dan sewenang2nya meluahkan perasaan cinta kepada isteri orang. Terus rasa kagum dan hormat pada Adam dan Azam hilang. Mereka membiarkan perasaan menguasai diri. Diorang sepatutnya menghormati keputusan Dahlia yang sah-sah masih isteri orang.


Aku suka watak Mursyid. Dia penenang terbaik buat pemarah seperti Dani. Dia sentiasa rasional dalam berkata-kata dan aku sangat suka cara dia membidas kata-kata fitnah dari Juliana. Namun kata-kata fitnah itu diterima Dani hingga membuat dia gagal mengawal rasa marah. Mursyid tu lebih percaya kepada Dahlia, dia yakin dahlia seorang wanita yang baik. Dahlia kecewa apabila Mursyid dan Adam yang datang mencarinya, bukan Dani. Sedangkan Dani menderita menanggung rindu dan tidak dapat meluahkan perasaannya kepada Dahlia kerana terlanjur kata berjanji kepada dahlia sebelum mereka berkahwin dulu. walaupun Dani tu cepat marah, tapi dia seorang yang sangat slow dalam mengambil tindakan untuk mengambil hati Dahlia. Part marah jer cepat.


sejujurnya aku lebih suka kisah ini berbanding 'akulah cinderella'.


sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis


Dahlia:
Luka di hati ini sangat dalam kau toreh. Sukar sekali untuk menyembuhkannya. Akan kubawa rajuk ini sejauh-jauhnya, jika ini yang kau mahukan.


Dani:
Andainya aku dapat memutarkan kembali detik-detik hitam itu, pasti kesilapan serupa tak akan aku ulangan. Sejujurnya aku sangat kesal.


Kerana budi dan janjinya kepada ayah Dani, Dahlia terperangkap. Kerana ekonomi syarikatnya yang meruncing dan juga wasiat ayahnya, Dani telah bersetuju dengan syarat Dahlia. Kedua-dua telah berjanji tanpa berfikir panjang. Dani dan Dahli berjahwin kerana sebuah janji. Namun, belum setahun jagung usia perkahwinan mereka, fitnah telah membuatkan Dani hilang pertimbangan lalu tega mengasari isterinya. Dahlia pergi membawa rajuk di hati. Selama berjauhan mereka mengalami konflik jiwa akibat merindu. Oleh kerana masing-masing terikat dengan janji, maka perasaan itu menjadi salah faham dan berlarutan. Apakah janji-janji yang telah dibuat sehingga merantai jiwa mereka dari berkasih sayang?