Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, August 23, 2011

Review 502: Langsir Biji Remia by Noor Suraya



Langsir Biji Remia
Penulis: Noor Suraya
Terbitan JS Adiwarna
Editor Mohd Rosdi bin Mohd Zin
263 mukasurat
Cetakan Pertama 2011
RM17.00
sabah/sarawak RM19.00
9789670201139


"Duha, pandanglah mataku yang berbisik..."


Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah pinjamkan kepada kita. Allah boleh mengambil haknya itu pada bila-bila masa sahaja. Membaca kisah ini membuat kita muhasabah diri. Rasa rendah diri itu perlu supaya kita tidak menjadi riak. Riak dan takbur hanya milik ALLAH (yang maha besar) semata-mata.


Duha Hafa menyembunyikan kisah sedihnya di sebalik purdah hitam yang hanya menyerlahkan matanya yang sangat cantik. Umair sudah lama jatuh cinta pada Duha Hafa yang berdarah campuran Melayu-Gujerat. Dia akhirnya meluahkan perasaan hati yang minta disampaikan kepada Duha melalui kenalan rapatnya. Duha Hafa membuat keputusan utk menyingkap purdahnya supaya Umair dapat menatap kisah sebenar. Umair tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun cinta itu masih ada tetapi dia tidak lagi dapat memandang wajah itu dengan rasa cinta. Dia terlalu ingin terus jatuh cinta pada Duha Hafa tetapi wajah itu membuatkan dia tidak sanggup untuk memandang wajah itu dengan rasa cinta walaupun dia amat sayangkan Duha Hafa. Umair tidak mahu menjadi lelaki yang mempermainkan hati perempuan kerana setelah meluahkan hasrat utk mengikat Duha Hafa, barulah dia melihat wajah sebenar Duha Hafa. Dia cuba menyemai rasa cinta namun wajah campuran 'Melayu+Gujerat+kesan kebakaran' itu kini membuat dia mendapat mimpi ngeri. Sepasang mata yang sangat cantik itu pun sudah hilang keindahannya di mata Umair. (memang sengaja ayat mcm berulang ulang sebab aku geram dengan Umair yang menyintai wajah Duha Hafa berbanding budi pekerti Duha Hafa)


Umair.
Dia lelaki yang sangat baik. Cintanya dari zaman kanak-kanak terus mekar sehinggalah ke alam dewasa. Duha Hafa yang dikenalinya sangat cantik. Walaupun belajar di luar negara, cintanya buat Duha Hafa tidak pernah goyah. Comel sungguh cara Umair cuba menarik perhatian Duha Hafa yang sudah berpurdah itu. Apabila Duha Hafa akan berangkat mengerjakan umrah selama tiga minggu, Umair resah kerana bimbang Duha Hafa yang cantik jelita itu akan disambar jejaka lain. Sebab itulah dia segera meluahkan hasratnya. Umair adalah jejaka sempurna yang sering diketengahkan dalam novel-novel melayu. Jatuh cinta pada heroin yang cantik jelita. Walaupun dugaan melanda, dia akan memastikan gadis yang dicintainya diperisterikan. Tapi bagaimana kalau yang dahulunya cantik sudah tidak akan cantik lagi? Mampukah dia terus menyinta sepanjang hayat tanpa rasa jijik? Umair jenis yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya.Dia menceritakan keadaan perasaannya kepada Duha Hafa dan berjanji akan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru Duha Hafa. Umair sendiri benci dengan perasaannya ketika itu. Tetapi dia tidak dapat mengawal perasaannya.



Ahmad Muhsin.
Bakal peguam syariah yang cantik budi pekertinya. Hatinya terpaut pada Duha Hafa ketika sama-sama mengerjakan umrah. Duha Hafa terpaksa membuka hijabnya ketika beribadah di sana. Rasa terkejut ada tetapi hatinya tetap sejuk memandang wajah itu. Risikan pertamanya ditolak tetapi dia mencuba sekali lagi setelah mendapat tips 'teknik-teknik berbicara dengan berkesan dengan Duha Hafa' dari Tok Habsah ;)


Dua jejaka ini mempunyai dua persepsi perasaan yang berbeza terhadap rasa cinta dan kecantikan. Kedua-dua cinta Umair dan Ahmad Muhsin terhadap Duha Hafa adalah 'dari mata turun ke hati'.


Duha Hafa.
Kemalangan yang menimpanya membuat dia sedar betapa takburnya dia dengan kecantikan dahulu. Dia tak dapat lari dari perasaan rendah diri lalu menutup wajahnya dengan purdah. Dia tidak mahu menyusahkan ayahnya dengan pembedahan plastik (tambahan pula pembedahan pertama kurang berjaya). Lagipun keinsafan menyedarkan dia bahawa keadaan wajahnya yang sekarang ini menjadikan dia lebih baik dari dahulu dan terhindar dari rasa riak.


Cara Noor Suraya melayarkan kisah ini membuat Duha Hafa kelihatan sangat cantik dan indah orangnya walaupun kita sering diingatkan tentang keadaan wajah sebenar Duha Hafa. Hanya orang indah dan cantik peribadinya seperti Ahmad Muhsin dan keluarganya sahaja dapat melihat keindahan Duha Hafa. Mereka sekeluarga jatuh cinta dengan pekerti Duha Hafa sehingga kekurangan di wajahnya tidak langsung merubah perasaan mereka kepada dia. Rasa rendah diri membuat Duha Hafa menolak hasrat Ahmad Muhsin, dia tidak mahu Ahmad Muhsin memperisterikannya hanya kerana wasiat (atau mungkin kerana dia masih mengharap Umair yg berjanji untuk mencuba menerima dia seadanya?). Duha Hafa nak Ahmad Muhsin kata 'I love you' kot. haha... mampus. Jejaka pendiam dan pemalu macam Ahmad Muhsin nak buat macam tu? Gaya bahasa melayu yang tersusun indah membuat karya yang penuh pengisian ini sangat istimewa. (buat aku rasa segan pula dengan gaya penulisan aku yang macam ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ kena bom, bersepah, bersepai. Boleh nangis cikgu BM aku.)


Rasa terkilan Umair yang digambarkan di bab-bab akhir membuat aku rasa puas hati. Dia berkehendakkan isteri yang cantik, maka dapatlah dia seorang isteri yang sangat cantik. Anak-anak penyeri hidup pun tidak dapat menjadikan dia seorang suami yang bahagia. Kata-kata yang paling sesuai ketika itu untuk Umair adalah "ambik kau!"


Cinta Ain Najwa pada Adam sangat utuh. Dia gembira menyintai Adam tidak kira dalam keadaan apa sekalipun. Buat aku rasa nak baca semula Keranamu Ain dan Kebun Mimpi.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna, lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?


Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.


Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?


Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.


--------
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta cerita-ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1994) dan Hadiah Penghargaan Cerpen Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).


Review 501: Ibnu'l Haitam Pakar Optometris by Sulayman Fayyad


Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris
Penulis: Sulayman Fayyad
Penterjemah: Abdul Karim Mustafa
Siri Tokoh Cendekiawan Islam
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
RM10.00
9789836261007
50 muka surat

Aku nak berkongsi cerita tentang seorang lelaki hebat :)

Ibnu'l-Haitham lebih terkenal sebagai seorang jurutera yang bijak. Dia amat berminat akan ilmu fizik, matematik, perubatan, astronomi, falsafah, akhlak dan logik. Malah dia bekerja sebagai penulis akaun di jabatan perakaunan kerajaan Basrah. Namun kepintarannya dicemburui beberapa orang lalu mengenakan seorang Amir supaya meminta beliau membina sebuah istana yang amat mustahil untuk dibina oleh seorang jurutera dan ulama yang tidak memburu harta dan kedudukan seperti Ibnu'l Haitham. Ilmu adalah keutamaan hidupnya. Keadaan terdesak itu memaksa beliau melarikan diri ke kota Baghdad. Di sana dia mencari rezeki sebagai penulis yang menyalin buku-buku untuk pekedai-pekedai buku.

Setelah idea sfera planet dan bintangnya tidak dapat diterima di Baghdad, dia dicemuh malah bukunya itu dibakar. Dia melarikan diri ke Syria pula. Di sana dia bertemu dengan seorang putera yang istananya ada perpustakaan yg besar. Lautan ilmu di situ bagaikan syurga dunia buat dia. Beliau leka meringkaskan 30 kitab perubatan doktor Yunani (Galen). Usahanya itu dihargai putera dan dia dibayar elaun 100 dinar. Dia tidak menerima 100dinar kerana merasakan dia hanya memerlukan 4 dinar sebulan.

Peristiwa Mesir dilanda kemarau membuatkan dia mencadangkan agar Sungai Nil disalurkan ke tempat-tempat simpanan air. Idea itu menarik perhatian Khalifah al-Hakim di Mesir. Namun ideanya tidak setimpal dengan teknologi Mesir pada ketika itu. Kegagalan Ibnu'l Haitham melaksanakan ideanya membuat al-Hakim terasa tertipu. Beliau diarahkan bekerja di jabatan kerajaan sebagai akauntan sahaja. Dia disangkal dari menyandang gelaran ulama atas kegagalannya itu. Ibnu'l Haitam amat tertekan dengan tugasannya dan berpura-pura gila. Dia dilepaskan dari bertugas sebagai akauntan dan menjadi tahanan di rumah sendiri. Ketika berada dalam tahanan di bilik gelap itulah dia mendapat idea mengenai pantulan cahaya dan pembentukan imej terbalik yang kemudiannya digunakan sebagai teropong dan kamera. Sejak itu beliau sering bereksperimen dengan cahaya dan bayang-bayang. Tindakannya membuat orang menganggap dia gila. Dia tersenyum ketika bereksperimen kerana gembira dengan idea fenomena pembalikan cahaya dan optik yang sedang bercambah-cambah dalam pemikirannya, tapi orang yg memandang ingat dia gila pulak.

Selepas 500 tahun kematian beliau, kitabnya yg berjudul al-Manazir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ilmu optik dan matematik dalam kitab itu disambar ulama-ulama Barat.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris


Ibnu'l-Haitham merupakan seorang pakar optometris berketurunan Arab yang hidup lebih kurang 1000 tahun yang lalu. Beliau ialah orang yang pertama berpendapat bahawa cahaya bergerak pantas. Ibnu'l Haitham juga orang yang pertama mencipta kotak fotografi. Ideanya telah diambil di zaman pertengahan Eropah Moden. Kisah tokoh yang menjadi kebanggan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.



Review 500: Tangisan Bulan Madu 4 by Samsiah Mohd Nor


Tangisan Bulan Madu 4 by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Khalysa Publishing & Distributors
RM21.90
501 mukasurat

dalam 4 siri TBM ni buku yang ke4 ni lah yang paling saya suka. Watak2nya matang dan mempunyai kekuatan tersendiri. Watak2 baru juga byk menyumbang kepada jalan cerita dan membaurkan bermacam emosi dalam diri pembaca. nampak Amira yang baik hati tu tak abis2 dihempas gelombang hidup. Bekas isteri Baha menggunakan ilmu halus utk merebut semula Baha dari Amira. Kasih sayang Amira kpd Aliya, anak Baha bercambah dari hari ke hari. Takdir Tuhan dia tak mempunyai anak sendiri. Ibu mertuanya juga sangat baik hati dan sentiasa berpihak kepadanya. Rumahtangga Amira-Baha mula bergoncang hebat berikutan peristiwa kehilangan Aliya. Baha menyalahkan Amira kerana cuai.


Saodah yang putus tunang dlm TBM3 kini bertemu jodoh dgn lelaki yang sangat baik. Alhamdulillah. Saya suka la watak saodah ni, tapi dalam drama TBM kat tv2 tak der lah pulak watak Saodah. Sani pulak makin eksyen sejak berbinikan anak orang kaya. tak sangka yer. Tak kira berapa kerap musim bertukar, cinta Razlan tak pernah luntur. Ni lah ending yg paling best utk kronologi TBM :)

sure fine whatever
rinn

Sinopsis Belakang Buku:


Lautan mana tidak bergelora, bumi mana tidak ditimpa hujan? begitulah ibaratnya kehidupan Amira dan Bada. Kerukunan bahtera hidup mereka berdua mulai bergoncang akibat beberapa faktor. Amira yg sabar, baik hati dan suka mengalah turut merasakan gegarannya. Akhirnya dia memendam perasaan dan menganggap dirinya ibarat melukut di tepi gantang di mata Bada. Razlan yg sedari dulu menympan kasih padanya sentiasa memberi kekuatan dan membawa sinar ceria dlm hidupnya. Sementelah kenangan bersama arwah Bogatt tetap mekar malah tidak pernah mati.


Persoalannya apakah konflik yang mereka hadapi? Mampukah Amira bertahan? Mampukah Amira menelan segala getir kehidupan? Apakah kesudahan cinta kasih Razlan yg tidak pernah surut buat Amira? Sesungguhnya ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Allah SWT. Manusia merancang Tuhan yg menentukan.


Ikutilah kisah seterusnya Tangisan Bulan Madu 4 karya Samsiah Mohd Nor selepas Tangisan Bulan Madu (TBM), TBM2, dan TBM3 yg telah diulang cetak berkali-kali sejak 1990. TBM4 sarat dgn nilai-nilai kemanusiaan yg mampu meruntun hati pembaca. Ia merupakan satu hakikat kehidupan yg memberi ikhtibar dan pengajaran utk dijadikan renungan.



Review 499: Tangisan Bulan Madu 3 by Samsiah Mohd Nor


Tangisan Bulan Madu 3 by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Khalysa Publishing & Distributors
RM19.90
385 mukasurat
terbitan pertama tahun 2001


Berbeza rasanya membaca kisah ketiga TBM ini. saya rasa puas membaca TBM3. :) watak Amira saya rasa lebih mantap, malah Razlan juga lebih matang dalam kisah ini berbanding dalam TBM2 dia seperti lembap semacam. Razlan lebih berani, lebih sinis, lebih menyakitkan hati dan kelihatan seperti bukan orang sama dalam TBM2. Saya lebih suka watak Razlan yg ini.


kata2 sinis dari manusia2 seperti makcik Hindun menjadikan Amira panas. Statusnya menjadikan dia bahan umpatan terutamanya Makcik Hindun yg kecewa apabila pinangannya ditolak Amira. Azali kekasih lama Amira datang menagih kasihnya semula walaupun sudah beristeri dan anak berduyun.


saya suka dgn kisah adik Amira, Saodah yg diselitkan di sini. (Dlm drama TBM tak nampak pulak watak Saodah, Umairah ada ler.)


Razlan yg kecewa meneruskan pertunangan dgn Johana dan sering menangguhkan tarikh perkahwinan. Idayu (adik Razlan) dpt menghidu ketegangan antara Amira dan Razlan dan dapat meneka hati dua insan itu.


kehadiran Aliya menimbulkan simpati dan mencambahkan kasih sayangnya buat insan kecil itu. Membuatkan Amira bersyukur menerima Bada dalam hidupnya dan menerima insan sebaik Ajijah sbg mertuanya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Kemelut hidup Amira tidak berkesudahan. Pengalaman yang dihirup dan dugaan yang mendatang kian mematangkannya. Janji dan sumpah setianya pd Bogatt tidak pernah dilupakan. Baru sahaja hendak mengecap bahagia dgn seseorg, dia dikejutkan dgn berita yg meruntun jiwa dan memamah hatinya. Siapakah lelaki yang hadir dalam hidup Amira? Azali? Razlan? atau insan lain? dan apakah badai yg menimpanya? Semuanya terjawab dalam novel Tangisan Bulan Madu 3.


Nota dari Dr Othman Puteh
Dewan Sastera - Julai 2001

Samsiah Mohd Nor sekali gus sbg pendidik yg bertauliah masih tetap utuh, prihatin dan sedar akan tanggungjawab sosialnya utk memberi pilihan bacaan g baik dgn bahasa dan gaya bahasa yg indah, efektif dan menarik. Hal ini merupakan aset dan kreativiti yg wajar dimanfaatkan sebaik dan semaksimum mungkin... daripada membiarkan khalayak membaca berhadapan dgn karya picisan dan erotik yg berupaya mencederakan sahsiah dan jiwa pembaca.


Review 498: Tangisan Bulan Madu by Samsiah Mohd Nor


Tangisan Bulan Madu 2 by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors
RM12.90
190 mukasurat
cetakan pertama 1999


"Sebuah novel edisi terkini..."


Teruja betul nak baca sambungan TBM. memang seronok baca karya SMN yang ada sentuhan tersendiri. Kisah kesinambungan ini masih meletakkan Amira dalam nasib yang sama, digelangi kesedihan cinta yang tak kesampaian. Razlan seperti pasrah dan menyerah kalah saja. Tak berupaya mempertahankan cintanya buat Amira.


Setelah bertahun membawa diri ke Sabah, Amira kembali ke kampungnya. Ingatannya kepada Bogatt tidak pernah susut. Semasa di Sabah dia aktif berkarya lalu membawa perkenalan nya dgn R.Q Amir who turns out to be Razlan, org yang selalu mengutus puisi kepadanya tetapi tak pernah dibalas. Pertemuan dgn Razlan membuatkan Amira terkedu, dia seolah-olah melihat Bogatt di hadapan matanya. Bogatt yang puitis. Bogatt rupa2nya adik beradik tiri dgn Razlan. Status Amira membuatkan dia membataskan perhubungan dgn Razlan yg merupakan adik kepada arwah suaminya. Dia membiarkan suara hati Razlan tidak bersahut. Mereka saling membiarkan cinta berlalu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Bulan madunya tidak kesampaian. Bogatt lebih dahulu menemui Tuhan. Bertahun Amira cuba menyebak mimpi hiba itu. Namun semakin lama dan jauh dia pergi, kian kejap ingatannya terhadap Bogatt. Bogatt tidak pernah mati dalam hatinya. Kehadiran Razlan yg seiras Bogatt telah mengusik hati perempuannya! Siapa Razlan yg tidak dapat diterimanya itu? Mengapa setelah gadis lain mengisi kekosongan Razlan, Amira berasa kecewa?


Nota Lim Swee Tin
Penyair/Cerpenis

Samsiah mempunyai cara yang tersendiri dalam menyuguhkan tulisannya. Keseluruhan karyanya berjaya mengajak pembaca berkongsi pengalaman. Pembaca diajak menyelami seluruh wataknya lewat bahasa yang tersendiri. Karyanya tidak pernah berakhir begitu sahaja; kerana itu Samsiah merungkai masalah Tangisan Bulan Madu (TBM) yang begitu sinonim dengan dirinya, ke dalam Tangisan Bulan Madu 2. Tentu luar biasa sekali TBM sehingga dicetak 7 kali. Kehebatan penggarapan Samsiah nyata semakin terserlah dari sebuah novel ke sebuah novel.




Review 497: Tangisan Bulan Madu by Samsiah Mohd Nor


Tangisan Bulan Madu by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
RM11.90
182 muka surat

"Mereka berjerih ke pelamin, di sana mereka terpisah."

haa.. bertambah lagi koleksi buku SMN saya. Dlm pestabuku yang lalu saya beli lagi TIGA! huhu teruja pulak biler nampak nama SMN. TBM ni antara buku kegemaran Diana di Kuala LIpis sana nun sampai pesan utk beli kat pwtc tempoh hari. Tnpa membuang masa, saya terus baca buku ni. adeh la! *pegang pala* sedihnya.. byk la pulak citer sedih yang saya baca kebelakangan ni. Tagline di kulit buku ni sudah jelas menceritakan bukan senang pasangan ini nak mendapat restu keluarga utk bersama tetapi giler dah diijabkabulkan mereka terpaksa mengalah kepada ketentuan Ilahi yang maha Besar.

Bagaimanapun kesan positif buat Amira, dia mendapat kasih seorang mertua yang mulanya asyik melepaskan panahan jelingan sinis kpdnya. Mcm tak sabar lah pulak nak membaca sambungannya yang sudah mencecah Tangisan bulan madu 4. Dah cari2 kat booth creative tapi saya diberitahu Tangisan Bulan Madu 2 dan kehabisan stock. aduih.. lepas ni hunting TBM2 lah pulak. Diana! pinjam TBM 2&3 boleh? hehe.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Menganggur setelah memerah tenaga dan membuang usia utk mendapatkan segulung ijazah dari universiti adalah pengalaman yg menyakitkan. Amira tidak dapat memenuhi harapan keluarga, kekasihnya memutuskan cinta utk mengahwini gadis lain, percintaannya dgn Bogatt dihalangi oleh Pn. Marina yg memilih darjat. Setelah akhirnya Bogatt berjaya juga memimpin tangannya ke pelamin, mereka tidak sempat berbulan madu. Mengapa?


Review 496: Riana by Samsiah Mohd Nor


Riana by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
115 muka surat



"Riana tersenyum melihat tabir biru yang melambai-lambai disapa angin petang. Tabir yang selama ini menyimpan seribu rahsia cinta yang terpendam"



Nasib baik tak beli lagi buku ni, rupa2nya my sis dah penah beli masa dia skolah2 dulu. tapi dah lusuh benar buku ni hehe. takpa.. masih buleh dibaca. nipisnya buku ni, tak sampai 120 muka surat. tak puas baca, sekejap jer dah abis citernyer. cinta watak2 utama baru nak berputik, dah abis citer. The ending is a new beginning.



Mengisahkan seorg gadis si manis 17 yang sudah lama jatuh hati diam2 dengan abg sepupunya, Ronnie. Ronnie menganggapnya seperti adik tetapi layanan Riana menyentuh hati Ronnie yang sudah mempunyai kekasih hati. tapi kekasih hatinya tu kuat benor merajuknya. Ronnie terlintas membuat perbandingan di antara Amalia yang jauh lebih matang dari Riana dari segi umur tetapi kerenahnya seperti budak2, manakala Riana pula seorang yg matang dgn caranya yg tersendiri dan penyabar walaupun masih bergelut dgn SPM.



sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:



Menangguk api cinta di birai pelangi, adalah sama indahnya dengan mencintai Ronnie. Riana telah gugurkan sayap cintanya ke dalam sangkar hati Ronnie. Tetapi sayang, kerana di dalam sangkar itu sudah ada kuntuman lain yang lebih dulu hadir. Riana tidak peduli tetap bertekad untuk menyambar cinta Ronnie yang sudah pun berputik.




Review 495: Bulan Berbisik by Samsiah Mohd Nor


Bulan Berbisik by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
RM19.90
500 mukasurat

"Aku akan terus menanti hembusan angin malam membawa jawapan yang pasti"

SMN kembali dgn kata2 puitis yang 'makan dalam' "Simbahlah aku dengan kocakan air dari langit-MU yang tidak bertepi." Bagi yang menyanjung nilai bahasa penuh seni dan membuka minda tentang kisah masyarakat, buku ini adalah untuk santapan minda yang mahu berfikir. Anggunnya Khadijah yg dari keluarga yg membesarkannya utk menjadi isteri yang baik. Mulianya Andak Rabiah yang mendidik anak orang mengenal Tuhan sedangkan anak sendiri dia tiada. Ai Lee yang dahagakan ilmu ketuhanan bertemu apa yang dicarinya melalui Andak Rabiah. Syafika yang terbiar menjadi jamuan mata haruan bapanya. Dia suruh ibunya utk pergi jauh supaya tidak menjadi mangsa spt kakaknya. Khaled Irfan yg kecewa bila Batrisya kena reject dgn ibunya sbb nak dia kawin dgn calon pilihan ibunya.. Khaled Irfan mengambil jalan tengah, dicarinya gadis yang sesuai sebagai isteri(Khadijah), biar kalau dia tak dapat isteri idaman, ibunya pun takkan dapat menantu idaman. Khadijah isteri yang sempurna dan Khaled Irfan bahagia. Namun kemudian Aima Adawiyah hadir, Khaled Irfan seperti muda semula.. dah start kena miang keladi.

Khadijah 'mengintip' emel2 yang memekarkan hubungan Khaled/Aima.. cemburunya meluap tetapi ditahan, disembunyikan. lukanya mendalam, tetapi tanpa disedarinya Aima Adawiyah yang mencari sinar Islam menerusi kisah Rabiah Adawiyah memikat hatinya. Khadijah menjadi rindu utk menatap emel2 Aima. Namun cemburu tetap ada. SEnyuman dalam tidur Khaled menjadi belati tajam menembusi hati Khadijah. Kunjungan Khadijah ke Tanah Suci Mekah membuka lembaran baru buat Khadijah. Dia lebih waras lalu mahu dihentikan sandiwara Khaled. Enam pasang mata akhirnya bertemu di satu lokasi yang sama. Khadijah jadi petah, Khaled yg bijak laksana jadi bisu, jadi pengecut di hadapan isteri. Aima jadi kagum. Biar Khaled menilai diri... Mana nak cari isteri macam Khadijah tu. saja jalan2 cari pasal la khaled ni.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Andai malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta... tentang derita... tentang madu... tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bulan ciptaan-NYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri.

Kusedari... betapa selama ini aku tertipu dgn byg2 mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui... mengujiku adalah mainan-MU. Memberi juga adalah limpah kurnia-MU. Mengambil juga adalah hak-MU. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini.

Lalu Khadijah mencari Aima. Mahu dilamarnya. Namun, di mana? Aima Adawiyah mencari satu pengabdian tapi dia bertemu cinta. Cinta yang penrnah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru.

Di persimpangan, Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.

Ujar Khadijah... Jangan kau menangis perempuan... kerana lara itu. Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu.

Akur Aima... Aku menangis kerana lanjurku. Yg kucari cinta bermata tapi sayangnya bertemu cinta nan buta.

BULAN BERBISIK... sebuah cerita mencari diri yang hilang...


Review 494: Koqin Karemo by Samsiah Mohd Nor


Koqin Karemo by Samsiah Mohd Nor
RM4.90
130 mukasurat
Terbitan Creative Enterprise

Kisah cinta remaja STPM skolah. Pelik betul nama watak utama dalam
citer ni, 'koqin karemo'. Sikap dia pun pelik gak. Mak pak dia hantar
belajar skolah kat kg sebab kat bandar dia ni macam tak belajar.
Kehadirannya di sekolah baru menarik perhatian. Sikapnya memikat hati
beberapa pihak, dan turut juga mengundang rasa tk puas hati beberapa
pihak. Bila latar belakang keluarganya terbongkar, dia anak orang
kaya rupanya. Tetiba jer gadis yang amat membencinya (Julina) berubah
menjadi mesra. Koqin agak tersentuh dgn kehadiran gadis ini sebab
wajahnya seiras dengan x girlfrend dia. Rakan sekelasnya ARsila
menyimpan perasaan kat Koqin ni sehingga sanggup mempertahankan Koqin
bila dia dituduh melawan ketua pengawas. Persahabatan dgn ARsila dan
Ajak menjadikan Koqin lebih menitik beratkan pelajaran.

perhubungan Koqin dan Juliana dicemburui boipren Julina, merangkap
ketua pengawas yg memang dendam ngan koqin ni. Koqin kena blasah
teruk dan Julina pulak menjadi sangat caring kat koqin ni. Arsila
mula rasa cemburu. Koqin sudah mula memahami perasaan ARsila dan
hanya tersenyum dengan sikap Arsila yg resah, bila peperiksaan tamat
barulah koqin meluahkan perasaannya terhadap arsila.


Saya kurang suka dgn nama pendek yang diguna untuk Arsila, iaitu
Ars.. kalau in english, macam sensored jer bunyi nyer.. Wanita kat
cover tu siapa ye? tak nampak remaja seperti watak2 dalam citer ni
pon, takkan mak koqin kot :p :)

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Pada mulanya dia yakin, dia tidak akan betah hidup dalam keadaan yang
dianggapnya kolot dan merisikan di desa. Desa yang sepi dan kosong.
Namun ketenangan dan kedamaian yang ditemui akhirnya menjerat hati
dan perasaan cinta pada desa. Dan kini, dia terpaksa pula berperang
melawan perasaan yang begitu sukar untuk dimengertikan apabila
jiwanya mula terusik dengan dua hati gadis desa.


Review 493: Anggerik Kota by Samsiah Mohd Nor


Anggerik Kota by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
RM11.90
151 muka surat

"ingin kusudahi sebuah gubahan, tapi..."

SEkarang ni kalau nampak nama 'Samsiah Mohd Nor', mesti nak beli.. saja
nak melihat perkembangan gaya penulisannya dlm karya2 terdahulu :)

citer ni mengisahkan tentang Trisya, graduan perakaunan yang kaya raya.
Dia mencari-cari hala tuju hidupnya. Dia cuba bekerja dgn bapa
tunangnya.. dia juga mencuba bekerja dgn bapanya sendiri, namun
kepuasan yang dicari tidak dikecapi. Iklan perguruan menarik hatinya
lalu dia mencuba nasib. Arisal tunangnya sudah risau buah hatinya yg
cantik manis akan dikebas orang, tetapi keputusan Trisya sudah
muktamad, dia ingin menjadi seorang pendidik. Latihan perguruan
menekadkan lagi keputusan Trisya utk menymbang bakti sbg seorang guru.
Pertemuan dgn Baharom menyemarakkan lagi semangatnya. Pengalaman rakan2
membuka matanya tentang kehidupan sebenar.

Saat kasihnya mula memekar buat Baharom, mereka terpisah kerana Baharom
bertukar ke tanah kelahirannya, Terengganu utk membela nasib
keluarganya yg serba kekurangan. Usaha ayah trisya membuahkan kejayaan
kerana Trisya ditempatkan di sebuah sekolah di Wilayah Persekutuan,
tetapi Trisya sanggup bertukar dgn rakannya yg dapat bertukar ke Sabah.
Trisya memilih sabah utk membawa hati yang luka. Arisal frust dan
memutuskan pertunangan. Surat luahan perasaan dari Baharom bersama
janji utk menyertainya di Sabah membuahkan bibit2 bahagia buat Trisya.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Dia inginkan sebuah kehidupan bahagia. Bukan bahagia dilimpahi
kemewahan atau diuiliti kasih sayang sejati... tetapi kebahagian hakiki
demi sebuah pengorbanan yang suci.



Review 492: Helang Bebas Di Angkasa by Samsiah Mohd Nor


Helang Bebas Di Angkasa by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.
RM6.90
171 mukasurat

"Pelangi digapai buat mainan, cahayanya jatuh menimpa badan"

Buku SMN lagi! teruja nak baca.. bukannya apa lepas beberapa hari mengulit buku tebal2, nak gak baca buku nipis2 sekali sekala.

Randi Ayani seorang lepasan STPM yg sudah punya kekasih hati, Imran. Imran berhijrah ke kota utk meneruskan pelajaran sementara Randi Ayani yang mulanya enggan meninggalkan kampung halaman terpaksa bersekolah di ibu kota utk mengambil semula peperiksaan STPMnya. Sebenarnya dia terpaksa menyetujui cadangan ibu bapanya kerana risaukan sikap kakaknya yang curang di belakang suami yg sedang berada di luar negara. Dia mahu menghentikan sikap kakaknya yg membawa lelaki lain pulang ke rumah. Dia berharap dgn kehadirannya kakaknya akan berubah sikap. Simpati menggunung buat abg iparnya Iskandar, seorang lelaki yang baik dan setia.

Randi Ayani kecewa apabila melihat Imran yang Sejahratul berbual mesra dan hilang semua kepercayaannya kpd Imran. Iskandar cuba memujuk Randi Ayani dan kakaknya terkejut melihat mereka berpelukan. Kakaknya meluahkan kecurangan suaminya kpd ibu bapanya dan ini memaksa Randi Ayani membuka kisah kecurangan kakaknya yang lebih dahsyat.

Penceraian kakaknya membuatkan Randi Ayani dan Iskandar kekok tetapi perasaan cinta mereka makin berbunga.

sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:

Sebuah cinta boleh mewarnai seribu keindahan. Sejalur kasih mampu melilit segumpal kesetiaan. Kasihan lelaki itu... setianya tergugat oleh satu kecurangan. Lalu persoalannya... apakah yang dilakukan oleh para isteri pada saat suami mereka tiada di sisi?


Review 491: Sindora by Samsiah Mohd Nor


Sindora by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 1991
RM6.90
isbn: 967-9987-76-0
182 mukasurat


"Saling dibuai dan membuai ucapan kasih dua jejaka dia lebur dlm pilihan yang amat menyakitkan."


Bertambahla satu lagi koleksi buku Samsiah MOhd Nor dlm simpanan aku :)


Ada juga gadis yang sngat miskin yg lahir dlm keluarga yg daif diberi nama Sindora ye? hehe.. Sindora ni gadis yang gigih dan bekerja sambil belajar utk menampung keperluan diri dan keluarga di kampung. Dia mengajar tuisyen secara sambilan.


Dia menjadi rebutan jejaka kampus kerana kejelitaannya tetapi dia tidak bersedia utk bercinta, dia mahu menjadi insan yg berjaya dlm pelajaran. Dalam diam dia menyimpan perasaan cinta pada Abbot.


Dia tak menyangka Abbot pernah mengirimkan ucapan dan sajak cinta padanya tetapi guna nama samaran. Aduih la...


Kerana bosan menunggu Abbot, Sindora menerima huluran cinta dari Duke yang setia menanti dirinya dan mereka akan bertunang.


Kawan Sindora, Adlina kurang setuju dgn pilihan Sindora kerana Duke terkenal dengan sikap mata keranjangnya.


Keakraban Sindora dgn Duke membuatkan Abbot frust menonggeng. tula slow motion sangat. padan muka. dia meluahkan perasaan di saat Sindora sudah menyerahkan hati kepada orang lain. aduih la..


Bila buka semester baru Abbot barulah jadi lebih berani tapi sayang Sindora sudah jadi milik orang lain. Akibat salah faham apabila terjumpa Abbot bersama Sindora, Duke naik angin. Hilang seluruh kepercayaannya pada Sindora. lepas tu diorg putus tunang.


Abbot seperti ada peluang tapi beranikah sindora utk berkasih lagi?


sure fine whatever
rinn








sinopsis belakang buku:


Seperti dinding benteng Padang Kota, Sindora teguh menanti percikankasih Abbot, tetapi lemas dlm simbahan ombak cinta Duke. Suatu peristiwa menyebabkan dia terpaksa meninggalkan jejak2 kenangan di pantai asmara, membebat hati yang terus lara dgn ras kasih terhadap keduanya.



Review 490: Sejernih Lazuardi by Samsiah Mohd Nor


Sejernih Lazuardi by Samsiah Mohd Nor
Terbitan Citra Kurnia Enterprise
RM19.90
321 muka surat

"Kan kuindahkan dunia untuk sebuah pengabdian"

Bab satu, mata saya meluncur laju di baris-baris awal buku ini, "Angin tetap berpuput di mana-mana melemparkan desirnya di kg, di kota. Hububan bayu usik-usik air di danau, di tasik yang malu-malu macam gadis pingitan."

terus terkeluar perkatan ALAMAK! citer puitis ker ni? hehe. Bagi saya awalan mukhadimah macam ni menunjukkan penulis sangat peka dgn alam sekitar dan masyarakat. Dugaan saya tak jauh meleset tapi Samsiah Mohd Nor ada cara tersendiri utk menjadikan isu ini sangat menarik utk diikut sehingga ke helaian terakhir. Kisah Adibah, Sema dan Nek jah ini diwarnai jugak dgn watak2 antagonis seperti Muzafar, mail, khuzaimah dan Che Bayah menjadikan pembacaan saya lebih rancak dan penuh rasa ingin tahu. ermm cuma ada beberapa kesilapan editor meletakkan tanda 'pembuka kata' di tempat yg tak sepatutnya menjadikan pembacaan saya sedikit terganggu.

Persahabatan Adibah-Sema sangat indah dan perpisahan mereka menjadikan saya sebak hingga bila baca muka surat 300 ke atas, saya terpaksa berenti2, bukan sebab cerita tapi sebab tak tahan sebak.. huhu sensitip la pullek. setiap barisnya mengundang air mata hiba. Sebelum ni kalau nangis pun sebab sesuatu menimpa hero heroin, dugaan jiwa melanda hero heroin tapi dalam buku ini, semua itu tak perlu utk menyentuh hati pembaca.

Sejernih Lazuardi memberi pengajaran dari kisah yang sangat hampir dgn realiti, ada motivasi dan kisah masyarakat yg dekat dgn kita. I'm sure i've read each and every word n i finish reading before matahari terbenam. :)

Adibah seorang gadis yang terjerat dalam dunia setinggan tetapi mahu memajukan diri. Dia nekad membawa diri merantau lalu bertemu dgn Nek Jah dan Sema yg ikhlas memberi perlindungan kpdnya. Sema diajak berniaga lalu hidup mereka berubah dan tdk dikerah lg. Adibah cuba mendptkan bantuan ahli politik femes kat situ, Cik Bayah tetapi hampa, lalu membuat inisiatif sendiri utk mengumpulkan orang2 tua di sekitar kg itu supaya duduk sekali dan dapat melakukan aktiviti berfaedah. Ini berikutan kematian salah seorang warga tua di kampung itu yang tidak dihiraukan anak2nya. Sema dan Nek jah ada konflik sendiri, masalah perebutan tanah dgn Mail.

Keikhlasan Adibah disalahertikan oleh Che Bayah yg risaukan pengaruhnya di kampung itu berkurangan dan akan diambil alih oleh Adibah. Adibah balik semula ke pangkuan keluarganya utk mengelakkan pertelingkahan dgn Che Bayah walaupun berat hatinya utk meninggalkan sahabat dunia akhiratnya, Sema. Keluarganya turut berhijrah ke tempat lain utk membina hidup baru.

Pemergian Adibah memburukkan lagi imej Che Bayah sbg ahli politik kerana dia terlalu sibuk utk menumpukan perhatian seperti yang dilakukan oleh Adibah yg turut memanjakan mereka. che Bayah menyesal, tambah2 lagi apabila Sema pergi utk selamanya dan makin luluh lah hati2 warga tua di kampung itu. Ini memaksa Che Bayah utk mencari Adibah semula.

thanks lynn for suggesting this book :)

Sure fine whatever
Rinn

Catatan Belakang buku:

"Samsiah Mohd Nor mempunyai gaya bercerita yang amat luar biasa.

Novel terbaru karyanya ini sekali lagi membuktikan skil kreatifnya
yang tinggi"

- Dr LIM SWEE TIN
Penerima Anugerah
S.E.A Write Award, 2000



Review 489: Kopi Susu Sepatu Biru by Ruby Hazri


Kopi Susu Sepatu Biru by Ruby Hazri
RM21.00
570 MUKASURAT
Terbitan Jemari Seni

Antara buku yang saya tak sabar2 nak menunggu tarikh jualannya semasa awal Disember 2007 dulu. Nama Ruby Hazri sudah cukup untuk membuat saya suka dengan buku ini sebab saya amat tertarik dgn gaya penulisannya dalam "Percayalah..." masih ingat lagi kisah cinta di antara Atiqah dan Danial Wolfgang? *sighs*


Thanks kaksu sbb susah-susah aja dptkan buku dan tandatangan utk buku ini. Terbayang-bayang catatan tangan Kak Ruby yang dipetik dari isi buku ini yang patut dipegang sebagai motto hidup:
"orang yang paling kerap mendapat kesusahan adalah mereka yang memiliki lidah terlepas dan hati yang tertutup." (ahli sufi)


Novel ini berasal dari e-novel yang bertajuk "Mengapa Ada Rahsia?" oleh Ruby Hazri. dari citer jiwang sentimental dalam 'Percayalah...' Kak Ruby membawa pulak citer yang berbentuk romantik-komedi dalam karya terbarunya. Romantik-komedi memang saya suka... :) siap ada resepi laksa johor lagi ha di beberapa helaian terakhir novel ini.


Dah banyak kali saya baca sinopsis belakang buku ini yang tersiar di website Jemari Seni, sedikit sebanyak memberi background story mengenai medan perang yang wujud di antara Mat dan Emy. I kinda wish I know nothing semasa mula membaca buku ini sbb kalau dah ada spoiler tu dah kurang la sikit thrill semasa membaca. Ternyata masih banyak lagi yang menanti pembaca yang mengikuti novel ini.


i think ruby hazri ada sentuhan yg special utk menjadikan cerita biasa begitu special di mata saya.. seperti "percayalah..." jugak, saya baca citer tu tanpa expektasi yang tinggi and i end up liking it so much. same goes to KSSB ni. kak ruby knows how to make me jatuh sayang kat main characters and feel very close to them. cover buku ni, sekali tengok macam buku kisah budak2 lah pulak sebab wajah2 di cover tu mcm wajah budak lelaki dan budak pompuan. and kucing dlm pelukan budak pompuan tu mesti bobo kan? :)


Kisah ni tentang Mat dan kawan2 serta Emilia dan kawan2 yang saling berjiran tetapi sentiasa ada saja perkara yang mencetuskan peperangan di antara mereka. Sudah ada yang warning diorang, membenci biar berpada-pada, jangan lebih sebab benci boleh bertukar menjadi cinta..


bagi saya, paling kelakar part Emy pi makan ngan adik dia, dia terserempak ngan Mat ngan sorang makwe, beria dia nak ushar muka makwe tu sampai straw dikacau dalam pinggannya yg ada nasi dan lauk, and masa dia ngan Sofea gi rumah Zahim utk diperkenalkan dgn ibu bapa Zahim.. dia sakan dressing ngan kebaya merah sedangkan mak zahim pakai kaftan saja! haha.. lawak lawak. Hubungan antara Roslinda dan Emy memang tak disangka dan mengejutkan. Identiti MrLapok seolah-olah awal2 lagi sudah dapat diteka.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang benci itu biarlah berpada, jangan nanti benci berganti rindu pula!


Kata orang lagi jiran sepakat membawa berkat!


Inilah sebuah kisah... tentang jiran di sebelah rumah....


Rumah No. 11

Dia gadis kampung yang bekerja sebagai juruwang di sebuah bank di ibu kota. Wajahnya menarik, ramai yang tertarik. Dia hanya berbudi pada yang pandai berbahasa... tetapi pada jiran sebelah rumahnya, jauh panggang dari api.


Rumah No. 9

Dia lelaki yang punya gaya tidak mudah terpedaya. Setiap tahun menambah usia tanpa sempat mengira. Kadang-kadang selamba, kadang-kadang tak terduga. Prinsipnya jelas: orang sebelah rumah tidak harus diberi hati.


Pendapat mereka saling bertentangan, pergaduhan tiada garis sempadan, terjilid dalam pelbagai episod:


* Kereta Perdana vs Kereta Kancil
* Kucing si bujang mengemis makan di rumah si dara
* Sepatu biru gadis pencetus idea nakal si teruna
* Muzik si pemuda bukan selera si pemudi


Namun tiba-tiba ribut berhenti, hujan reda, pelangi sujud kaki langit... ada rasa yang mengocak perasaan. Ada cinta yang bertunas, ada kasih yang tumbuh dan ada sayang yang menjalar.


Kenapa? Siapa? Dan bagaimana?


Semuanya tersusun kemas dalam Kopi Susu Sepatu Biru. Selepas novel Percayalah... inilah buah tangan terbaru RUBY HAZRI dalam nada yang berbeza.


Wednesday, August 17, 2011

Review 488: 888 Fakta Pelik & Menarik by Nasron Sira Rahim



888 Fakta Pelik & Menarik
Penulis: Nasron Sira Rahim
Editor: Sity Normala Salim
Terbitan Alaf 21
RM15.00
Sabah/Sarawak: RM18.00
143 mukasurat
9789831246665


"Misteri keajaiban alam di hujung jari anda..."


Buku ni mengingatkan aku pada zaman2 aku student dulu... *mode nostalgia* aku ada hobi potong keratan akhbar muka surat depan Utusan Malaysia yang ada sisipkan fakta menarik. Memang tak fikir panjang bila tengok tajuk buku ni yang diterbit dan dijilidkan dalam bentuk buku yang dihiasi gambar-gambar berwarna yang menarik. Lepas beli tu baru aku perasan nama penulisnya iaitu Nasron Sira Rahim. Aku dah baca dua buah novel beliau iaitu Enigma dan Nama Atas Kertas :)


Fakta-fakta yang dikompilasikan dalam buku ini dibahagi mengikut kumpulan-kumpulan tertentu contohnya:
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Haiwan
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tumbuhan
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tokoh atau Manusia
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Sejarah
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Tubuh Badan Manusia
-Fakta Pelik dan Menarik Mengenai Bahasa dan Nombor
-Fakta Pelik dan Menarik di dalam al-Quran

ada sejumlah 16 kumpulan fakta yang dibahagikan dalam buku ini.


Fakta-fakta yang disusun secara bernombor ni membuatkan kepala tak pening membaca. Tambah-tambah bulan-bulan puasa ni buat aku rasa terhibur juga. Sekali-sekala terkeluar juga perkataan "oooh", "whoaa", "eh?" :) Sangat banyak perkara-perkara di dunia ini yang kita tidak tahu. Kadang-kadang aku baca kuat-kuat bagi anak buah dengar. Ternganga jugak diorang walaupun diorang tak berapa nak faham lagi apa yang aku cerita. :) Jenis buku yang aku akan capai selalu untuk baca.


Dalam 888 fakta tu yang aku perasan fakta di nombor 247 ada kesalahan. yang ni memang aku confirm fakta tu salah sbb aku ni penggemar siri Filem Star Wars. Gene Roddenberry adalah pencipta siri tv Star Trek, bukannya Star Wars. Star Wars tu creator dia adalah George Lucas. Selain Princess Lea & Han Solo, Amidala & Anakin, pasangan paling comel dalam Starwars adalah R2D2 & C3PO. haha. eh nak korek kotak dvd cari citer starwars. aku penah nak beli vacuum cleaner sebab bentuk dan saiz dia macam R2D2.


sure fine whatever
rinn

blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


888 Fakta Pelik & Menarik ialah buku kedua Nasron Sira Rahim selepas buku MISTERI DUNIA mendapat sambutan yang menggalakkan. Segala fakta yang dikumpul merupakan hasil pembacaannya melalui laman web, akhbar dan jurnal untuk dikongsi bersama pembaca.


Buku ini menghimpunkan pelbagai fakta pelik dan menarik mengenai haiwan, tumbuhan, tokoh, tempat, rahsia tarikh lahir, tulisan tangan dan banyak lagi topik yang pastinya akan membuka minda dan menambah pengetahuan am sedia ada.


Antara fakta pelik tapi menarik ialah:


-mentadak betina akan memakan kepala mentadak jantan yang menjadi psangannya selepas mengawan
-Ayam jantan dipercayai tidak dapat berkokok jika ttidak memanjangkan lehernya
-Tikus tidak boleh muntah. Sebab itulah racun tikus amat berkesan untuk membunuh haiwan tersebut
-Manusia pertama yang mencipta lampu, iaitu Thomas Edison dikatakan takut berada di dalam gelap.
-Kebanyakan ibu jari manusia biasa adalah sama panjang dengan hidungnya
-Lelaki dikatakan enam kali lebih berisiko untuk dipanah petir berbanding wanita


Review 487: Sesuci Kasih Norilna Alawi by Lily Haslina Nasir



Sesuci Kasih Norlina Alawi
Penulis: Lily Haslina Nasir
Editor: Wan Rohana Wan Abdul Manaf
Terbitan Alaf 21
Siri Hero Antara Kita
RM8.00
9789831242520
152 muka surat


"Permata hatiku...
Kalian akan mama pastikan
sejuk tenang dalam pelukan
redup kasih meniti kehidupan


Kali pertama aku membaca buku dalam Siri Hero Antara Kita terbitan Alaf 21 ini. Nama Norlina Alawi sebelum ni memang agak familiar pada aku. Mungkin aku ada terbaca paparan di dada-dada akhbar tentang kegigihan beliau mengambil anak-anak terbiar dan anak-anak yang mengidap AIDS/HIV.


Buku ini membawa kita menyelami kisah hidup Norlina Alawi dari zaman kanak-kanak sehinggalah tertubuhnya PERKIM yang menjadi teduhan insan-insan kecil yang terbiar. Norlina Alawi bukan sahaja menyediakan tempat berteduh, beliau juga tidak lokek menghulurkan kasih sayang serta memastikan anak-anaknya mendapat pendidikan secukupnya. Bacalah sendiri untuk menyelami sendiri hati Norlina Alawi dan pahit getir yang terpaksa ditempuhinya dalam menghulurkan kasih sayang kepada anak-anak kecil yang terbiar. Buat aku terfikir, alangkah susahnya nak berbuat baik. Ada saja yang memandang serong. Semasa buku ini ditulis, beliau sedang mengandung anak ketujuh. Aku ada jugaklah melayari internet untuk mengetahui status terkini anak-anak Norlina Alawi. Kalau tak silap, beliau mempunyai 7 anak kandung dan 43 anak angkat. Walaupun mereka hidup ramai-ramai seperti di asrama, mereka mendapat pelukan istimewa seorang ibu. Beliau banyak bercerita tentang anak-anaknya yang mempunyai kisah sendu masing-masing. Memang sangat menyentuh perasaan dan mengalirkan air mata.


AIDS/HIV semestinya membawa maut, tetapi Norlina Alawi mahu anak-anaknya menjalani hidup dan membesar seperti anak-anak yang lain. Beliau meraih kepercayaan ahli keluarga dengan membuktikan kemampuannya sehingga mereka turut sama menyokong tindakan beliau walaupun ianya bukan sesuatu yang mudah untuk dibuktikan. Sokongan dari suaminya adalah paling utama yang menjadikan segalanya mungkin walaupun mereka sekeluarga terpaksa kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Gaya penceritaan lebih kepada berkongsi pengalaman kelihatan lebih santai dan mesra malah memudahkan kita untuk turut sama menyelami hati ibu yang amat gigih ini. Saiz buku yang lebih lebar dan paparan muka surat berwarna bagai majalah ini membuat pembacaan menjadi lebih menarik.


sure fine whatever
rinn


blurb/novelcinta@multiply/sinopsis


"Anak-anak ini tiada sesiapa, mereka dihukum kerana dosa orang tua yang telah pergi. Jadi salahkah aku menghulur kasih sayang? Itu sahaja yang aku mampu. Aku cuma impikan mereka ini terus hidup seperti anak-anak aku yang lain.


Aku membayangkan, suatu hari kelak kalau usia kami sama-sama panjang, anak ini mampu terbang jauh, memacu langit, tanpa menghiraukan kekurangan diri. Doa yang aku rangkum setiap solat, moga mereka menjadikan kehinaan yang terpalit sebagai pasak kekuatan jiwa.


Percayalah... anak malang ini juga punya hati dan jiwa seperti kita. Mereka juga ada rasa yang mudah tercalar..."


Norlina Alawi


SESUCI KASIH NORLINA ALAWI merakamkan perjalanan getir Yang Dipertua PERNIM; pengasas rumah naungan yang melimpahkan kasih sayang untuk anak-anak yang kurang bernasib baik. Bukan untuk memuja, bukan untuk menyanjung namun sekadar menjadi teladan kepada kita. Mengajak kita bersama merenung, bahawa dalam hidup ini kebahagiaan tidak sekadar pada harta benda, tidak terletak pada wang ringgit.


Wanita tabah ini tidak mencari publisiti, tidak menagih perhatian.

Review 486: Aku Ada Kamu by Lily Haslina Nasir


Aku Ada Kamu by Lily Haslina Nasir
Terbitan NB Kara
Cetakan Pertama 2009
RM23.00
sabah/sarawak : RM26.00
isbn: 9789675229060
646 mukasurat
editor: Anida Daud


"Walau yang datang ramai beribu, hatinya lekat pada yang satu"


Bukan selalu baca novel yg heroinnyer gedik. biasanya rival heroin yg gedik. hehe.. Sofi Aidura ni jenis dah printed all over her with words like "nak buat camner lahir2 dah lawa dan seksi mcm ni".


Digambarkan Aidura ni pakwe keliling pinggang tapi tak der la rasa diorang tu mcm pakwe pun, sekadar kuar sekali dan mungkin si pakwe2 tu perasan biler dah dapat kuar dgn Dura, terus cap jadi makwe dia. Dura ni memang jenis tak tolak rezeki. Sikap dia yg mcm tu yg memerangkap dirinya sendiri. Dia sendiri seperti nak orang tu anggap dia special girlfriend dan jenuh jugak lari sana lari sini utk elak bertembung dgn steady boyfriend dia yg setia, Hisham.


Permulaan cerita kita diperkenalkan dgn Sofi Aidura dan keligatannya dan juga rakan2 serumah dia Suraya & Nora. Ntah naper aku asyik terbayang muka kaksu NB kara ngan Nora Ismail. hehe.


Bagi saya cerita ni jadi sangat menarik biler terbongkar rahsia saka dlm keluarga Aidura dan juga aktiviti si Sheila tu utk mendapatkan Hisham dgn menggunakan khidmat dukun, Nyai Menur. Siap ada mentera utk seru Hisham lagi ha. Macam real ja. Takut pulak aku nak baca, kang nanti tetiba jer ntah Hisham mana mai ketuk pintu rumah, kan susah! Err Kak Lily nampaknya makin berani dan galak bercerita adegan2 romen2tik. so sgt2 tak sesuai utk bacaan remaja. Aku rasa adegan2 ini tak adalah memberi signifikasi kepada jalan cerita.


Kat mana yer kak Lily cari info siap ngan mentera ni? aku rasa la.. dia gi interview Nyai Menur lah.


citer nyer tentang Sofi Aidura yang cantik jelita, jadi rebutan jejaka di kampus dan di luar kampus. Walaupun dia mesra jer ngan jejaka2 tu semua, hatinya sudah lama terpaut dgn Hisham yg sabar melayan kerenah keanak-anakannya. Aidura ni mcm ada kepentingan sendiri setiap kali berbaik dengan jejaka2 tu, contohnya seperti nak makan free dan nak dptkan nota assignment.


Mak Aidura kat kampung kelam kabut biler tiba2 jer ada orang masuk meminang tanpa pengetahuan Aidura. Jejaka yg hanya dianggap rakan biasa mahu memperisterikannya, sedangkan dia hanya nak seronok2 berkawan. Tak abis lagi tekejut dgn pinangan tu, Mak Aidura pening kepala dengan panggilan dari Kapten Khairul yg mahu merisik anak daranya dan nak tau bila nak boleh hantar rombongan meminang. Laris betul Sofi Aidura tu. Namun jodohnya sudah tersurat dgn Hisham yg nekad mahu memperisterikan Aidura setelah diserang denggi. Sheila yg dh lama syok kat Hisham tak dapat menerima hakikat dia tewas di tangan budak sekolah (Aidura belajar kat U dia panggil budak sekolah).


Terkedu aku bila pasir kubur, bunga kubur, kayu kubur, segala macam benda yg berasal dari kubur yg dikirimkan sbg hadiah perkahwinan Aidura & Hisham, telah digubah menjadi artwork oleh Hisham. haha. kelakar jer.


Perkahwinan mereka yg bahagia diduga dengan sapaan ilmu hitam kiriman Sheila. Hisham tak lut pulak dengan seru2 dan mantera2 sheila tu tapi Aidura kena teruk.


Kapten Khairul tu dok kejar Suraya sbb nak cari Aidura. Last2 diorang pulak yg terkawin ye. :)


cerita yang paling menarik dari kaklily setakat yg mana saya dah baca karya2 kak lily. (saya memang cuba kumpul karya2 LHN). cuma scene romance hisham-aidura saya rasa terlalu explicit penceritaannya dan melimitkan kesesuaian buku ni pada sesuatu had umur sahaja. tanpa babak asmara hisham-aidura pun saya dah rasa kisah ini ada kekuatannya. selain dari citer hantu, citer yg ada adegan asmara cam ni pun buat saya seram jugak. :) rata2 nampaknya ramai yang suka benar dgn cerita ni.


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


Kata orang, cinta suci itu hanya datang sekali sahaja. Tetapi cinta bagi Sofi Aidura persis menukar baju di dalam almari. Tidak suka yg ini, ambil yang itu, tidak suka yang itu, tukar yg lain. Namun di sudut hati, Hisyam seorg sahaja pujaan hati.


Tika inai masih merah di jari, pasangan ini mula diduga. Gara-gara Sheila yg mencintai Hisham dan tergila-gila.


Kerana cintakan Hisham, Sheila sanggup melakukan apa jua. Tapi yg pasti baik Hisham dan Sofi Aidura tidak akan menyerah begitu sahaja.


Cinta itu milik mereka dan mereka akan terus mempertahankannya.



Review 485: Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir


Moga Kau Mengerti by Lily Haslina Nasir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 19.90
544 mukasurat


"tak bisa kulupa dirimu tiap kali simpulan memori terurai kembali"

perghh sarat perasaan saya lepas baca buku ni. latar belakang buku ni memang saya dah tau sedikit sbb yam dah baca. saya elak baca sinopsis so saya agak tertanya-tanya siapakah bakal suami Adeena yang kejam tu, Dr Adib ker Kamali. At one point macam confirm jer Dr Adib tapi Kamali rupanya.. fuh tak sangka sungguh. Ngeri jugak mengenangkan ada lelaki yang mcm ni dalam dunia ni. Gangguan emosi yang membawa kepada naluri yang sangat-sangat kejam. kira macam turn jadi incredible hulk la, alter ego yang disembunyikan akhirnya terserlah. mesej sarat yang diselitkan dalam buku ini menjadikan keseluruhan cerita ada kelainan. Bagi saya Epilog Cinta juga sarat tapi kisah cintanya kurang mendayu-dayu macam "Moga Kau Mengerti" .

Kisah cinta yg membuai perasaan yg tiba2 dicarik-carik oleh orang yg paling diharapkan memang lah menyedihkan. Memang sarat rasa kasihan pada Adeena ni, cuma sikap berdiam diri dia menjadikan saya geram. Perasaan geram tu melebihi perasaan simpati, mungkin sebab tu saya tak sedih sangat. Setiap kali ada saja kealpaan Adeena dlm mematuhi arahan Kamali mesti terkeluar perkataan "hah mampus!" dari mulut saya.

Part yang betul2 menjadikan saya sedih sampai nak nangis adalah setelah Adeena masuk hospital lepas kena hentam teruk dgn Kamali. Kunjungan keluarga dan kawan2nya dan cara penceritaan keadaan Adeena masa tu memang menjadikan saya pilu. Penghujung cerita yg mampu membuat pembaca melepaskan nafas lega (saya la tu). Kehadiran Dr Adib yg merawat luka fizikal dan rohani Adeena menjadikan cerita ini lengkap di mata saya. Thank you Lily Haslina Nasir. Tahniah atas pendedahan realiti yang jarang2 ada orang nak ambil tahu, especialy makluk2 macam saya ni la.. buat hal sendiri saja.

Saya suka salabiah, kaya dengan madah2 cinta yang menarik :) sampai at one point saya tertanya tanya, mana salabiah ni? di manakah terselitnya babak antara Salabiah/Adeena di awal cerita sebab selepas Adeena kawin, Salabiah hanya muncul ketika Adeena dimasukkan ke hospital.

Singkaplah realiti sebenar kehidupan segelintir insan di dunia ini melalui "Moga Kau Mengerti".

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku dan di Website Alaf21:

NOVEL beliau bertajuk 'Moga Kau Mengerti' kini boleh didapati di kedai-kedai buku sekarang. Anda pasti teruja membacanya.

Perpisahan membuatkan Adeena Adalia sengsara menanggung rindu. Semakin disisih wajah dan nama Kamali dari ingatan, semakin memanggil-manggil kerinduan di jiwa. Sepuluh tahun berlalu, dia tidak pernah berputus asa menanti agar dipertemukan dengan lelaki itu.

Melayari lautan kehidupan yang sesekali bergelora mempertemukannya dengan Dr. Adib yang nyata kasihnya sebening air dari pergunungan. Dia cuba memujuk diri menerima huluran cinta itu. Namun, setiap ceruk hatinya hanya menyebut nama Kamali.

Kehadiran e-mel daripada Wani membuka jalan untuk Adeena menghubungi Kamali semula. Biarpun di persimpangan yang amat mengelirukan, hatinya memilih jejaka yang dikenali sejak di bangku sekolah. Sihir cinta yang dirasai amat luar biasa. Tetapi syurga yang dicari bersama Kamali rupa-rupanya neraka yang tiada penghujung.

Adeena masih tidak berhenti berdoa, masih mengharap agar Kamali mengerti. Cinta bukan untuk dipersenda. Namun, bercahayakah cinta di hati setelah dihancurluluhkan?

Review 484: Mencari Diri by Lily Haslina Nasir


Mencari Diri by Lily Haslina Nasir
Terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd
1995
RM12.90
194 mukasurat
ISBN 983-893-269-8


"Terlalu mahalkah harga pendirian lelaki itu"
"Inikah hasil cernaan fikiran gadis yang abang kagumi. Inikah dia wahana gadis yang menjunjung budaya Minang? Budaya yg mengangkat martabat wanita? Syg gadis itu tersilap perhitungan. Perkiraannya jelas menghumbankan wanita ke kelas ketiga!"


Kisah kolej yang seperti ni membuat saya teringatkan zaman2 saya belajar di kolej dulu. macam2 pengalaman ada.


Kisah ini tentang Yana dan Azmi. Ada cinta antara mereka namun isu 'gadis Minang' selalu menjadi punca pertengkaran antara mereka, dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya hingga kan bermasam muka. tapi bila berjauhan mereka mula merindu. walaupun mereka selalu bergaduh, mata spotlight Yana sudah memikat hati Azmi. Mata mereka boleh berbicara dalam bisu. rasanya kalau nak bahagia, diorang ni kena berbicara dgn mata jer.. kalau cakap jer, ada la benda yg nak digaduhkan :) hehe


Bila keangkuhan bertemu keegoan, alangkah sulitnya percintaan ini.


Tak puas rasanya baca kisah ni. Mungkin sebab rasa tak ada closure untuk Azmi dan Yana.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Terlalu berhargakah prinsip dan pendirian Azmi? Sehingga terputusnya jalinan perkenalan yang berputik dengan Dayana. Betapa pun prinsip dan pendirian yang dipertahankan turut menggigit jiwanya dek rindu yang mencengkam.




Review 483: Di Langit Cinta by Lily Haslina Nasir


Di Langit Cinta by Lily Haslina Nasir
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008
RM19.90
500 mukasurat
isbn: 978-983-124-388-6


"Bahagianya bersemayam di sebalik awan menyulam kasih kita"


Di Langit Cinta mempunyai susur galur cerita yang rancak dan tidak membosankan. Hero heroinnya dari latar yang tidak glamor atau kaya. Mereka adalah anak2 muda di sebuah kampung. Tak terasa nak tutup atau letak buku ini selagi tak baca sampai habis kerana semua kita nak tahu apa terjadi akhirnya dalam situasi kehidupan yg seperti ini. Lily Haslina seperti berkongsi pengalaman kewartawanannya dan menyingkap kisah gelap kelab2 malam dan kelab2 dangdoot.


Hani & Raiz adalah pasangan ideal yg sama cantik sama padan. Kalau nak bandingkan dengan couple2 lain ciptaan kak Lily Haslina, mereka ini paling hangat percintaannya. Byk scene yg bukannya hanya membuat Hani tersipu-sipu, saya pun tersipu-sipu jugak, hehe.


Cinta pandang pertama, Raiz tu nampak dari belakang jer si Hani tu, terus dah jatuh hati walaupun gadis itu digelar langsuir bawa keranda (Hani jln tengah panas sambil menggalas dua beg besar). hehe.. kata2 gurauan Raiz memang melucukan tapi kadang2 tu macam keterlaluan dan sinis.


Sebaik saja menyedari kelembutan Hani di sebalik kekasaran yg sentiasa dipamerkan, Raiz tak membuang masa utk meluahkan perasaan. Thanks to Dayang dgn Awang yg 'membantunya' melihat insan 'caring' dalam diri Hani. (Dayang ngan Awang tu sepasang angsa)


Seri Bunga mengumpulkan Hani & Acun dengan Zie, Jujun dan Nicky. Kumpulan Pang5 ni memang ada saja benda yang nak menggamatkan suasana. Kadang2 tak terasa pulak Seri Bunga tu tempat kerja. Macam alam persekolahan pun ada jugak, tambah2 dgn sikap Raiz (anak tokey seri bunga) yang macam Ketua Pengawas. Tapi saya rasa di usia belasan tahun, mungkin perangai begini agak biasa. Watak Hani dalam lingkungan 18thn so saya assume kawan2nya dalam kelompok usia yg hampir dengan Hani. Kelakar pulak scene Hani beria-ia main SNAP dgn geng pang5nya sebab nak menang gula2 getah yg byk utk adiknya, Maya. Tapi last2 tengah belakangnya yg kena SNAP dengan Raiz sebab curi tulang masa kerja.


Ini bukan kisah remaja riang ria semata-mata, Raiz terperangkap dgn keputusan ibunya utk menikahkan dia dgn sepupunya Meriam demi utk melangsaikan hutang. Meriam yg selalu mencari salah Hani membuatkan dia menjadi watak yg sangat kita benci. Hani membawa diri ke KL dan bekerja di kelab dangdoot. Di sini kisah ini telah beralih ke kisah gelap. Hani walaupun dia melayan pelanggan tapi dia tak pernah menyerah diri pada pelanggan2nya.


Raiz tidak bahagia dgn Meriam dan isterinya menyedari hakikat itu. Setelah mengandung perwatakan Meriam seperti berputar 360 darjah. Dia lebih byk berfikir yg baik yg buruk, siapa dia di antara Raiz dan Hani. Dia merelakan Raiz pergi mencari Hani, dia seperti memahami kesengsaraan Raiz. Entah kenapa saya agak kagum dgn evolusi watak Meriam. Dari watak yg kita benci jadi watak yang kita kesian & simpati. Pd masa yg sama tak derlah pulak benci pada Raiz dan Hani yg berkahwin secara rahsia di Bali. Scene Hani-Meriam kat hospital mengundang air mata, pertemuan mereka bukan utk bermusuh tapi berdamai. Terharu membayangkan Hani menyuap makanan kat Meriam dgn perasaan hiba. Seperti utk menamatkan konflik, Hani menderma darah B- kpd Meriam, tapi lepas melahirkan anak, Meriam meninggal dunia. Hani menghilangkan diri selepas kematian Meriam. Sedikit sebanyak rasa bersalah menyelubungi diri. Raiz (yg koma earlier) direstui utk mencari Hani dan sama2 menjaga Karina. Tapi nak cari kat mana?


Sebenarnya terlalu byk yang terjadi dalam kisah ini. Kena baca sendiri utk menghayati segala2nya.


Penulisnya: Lily Haslina Nasir, hmm pengalamannya sbg wartawan membuatkan penulisan kisah ini kelihatan sangat real. Kak Lily makin jiwang la. hehe.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.


"Cinta pertama dgn kau tapi malam pertama dgn Meriam!" Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!


Benarkah cuma dia yg setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi batinnya tersiksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.


Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap mlmnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu utk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yg pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba serbi tak mampu.


Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dlm episod kedua. Janji mereka utk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dgn ijab kabul tanpa restu keluarga.


Bagaimana dgn Meriam?




Review 482: Cinta Di Langit Hamra by Lily Haslina Nasir


Cinta Di Langit Hamra by Lily Haslina Nasir
Terbitan Dwiwangsa Publications & Distributors
Tahun 2002
RM13.90
230 mukasurat
isbn 9839459368


"Adilkah cinta andai sering bersanding di pelamin mimpi?"


saya tak ingat dah biler kali terakhir saya baca kisah tentang pramugari. kalau drama tu ada la tengok citer jepun sakura yang nak jadi pramugari tu. :)


susah juga ya jadi orang cantik ni, penuh dugaan dan sentiasa mudah difitnah. watak2 seperti Maizura dan Nurin memang menyakitkan hati dan berjaya menambah rencah ke dalam kisah Elya Nur & Azhan ni.


kisah ini kadang2 diceritakan ke depan dan ke belakang tanpa warning.. kadang2 saya mcm confuse, salah susun page ker. rasa baca mcm biasa tapi biler teliti balik flash back rupanya.


Kerana cinta Azhan mengahwini Merlisa di London tanpa izin keluarga. Dia membawa hati yang remuk redam dan kembali ke malaysia setelah 10 tahun di London. Di awan biru dia bertemu dgn Elya Nur yang menawan tetapi pertemuan itu mengukir siri2 pertemuan lain yang bagi Elya Nur membawa malang kepada dirinya. Dia hampir dibuang kerja sbg pramugari, dia berpisah dgn tunangnya, dia dicemuh kerana dianggap perempuan curang. Dia tidak berkesempatan utk meleraikan semua kemusykilan dan meneruskan hasrat menyambung pelajaran hingga ke menara gading. Masa remaja habis dikerah tenaga oleh ibunya yg seolah2 membezakan kasihnya dgn anak2 yang lain. Luluh semangat Elya Nur bila mengetahui dia anak luarnikah kerana ibunya pernah dicabul majikan yg berbangsa Inggeris.


Rindu Azhan terlerai apabila terserempak dgn Elya Nur di universiti yang sama.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:

Ya, kalau cerita hitam itu merantai seluruh pegangan dan kepercayaan, bagaimana terpateri pelamin cinta? Kalau benar dugaan menyatu cinta itu terlalu kuat menerjang, mengapa kita harus mengalah terlalu awal? Aku ini bukan Majnun, aku juga bukan Shah Jehan. Kalau benar masih ada ruang utk mencambah kasih sayang, biarlah aku tugukan arca cinta kita, di sanggar rindu yg kita dirikan.




Review 481: Lakaran Kasih by Laila Kamilia


Lakaran Kasih by Laila Kamilia
Terbitan Alaf 21
RM 14.00
390 mukasurat

"Kulukis memori dengan jemari waktu berwarnakan butir-butir air mata rindu"


Akhirnya!!! abis jugak!!


ada kesilapan cetakan ke, pada nama penulis dan tajuk buku dalam helaian2 muka surat buku ni? Ada kadang2 tu muncul nama LIZA ZAHIRA dn tajuK BAHTERA KASIH di beberapa muka surat dlm buku ini. LK byk gak share pengalaman camping dlm buku ni siap ada nota perkhemahan pengakap di akhir buku ini.


Laila Kamilia, saya jumpa orangnya dulu sebelum jumpa bukunya.. Perkara pertama yg saya suka tentang buku ini adalah tak tebal sangat dan keduanya jalan cerita yang ada twist and turns tapi tak mengelirukan, quite interesting. Dua perkara menjadikan saya senang dgn buku ini.. Pada pembukaan cerita kita sudah dimukhadimahkan dengan persoalan siapakah anak Nizar yg diserahkan kepada Habibah dan Zikri setelah kematian isterinya.


Kemudian pula kisah nostalgia cinta tak kesampaian Dzalia-Firwan yg diselang seli dengan kisah hubungan cinta tak terucap antara Dzalia-Zuhairee. Dzalia memilih utk berkahwin dgn lelaki yg melafazkan kata cinta kepadanya di khalayak ramai iaitu Firwan. Tinggaila Zuhairee tu frust menonggeng.. Part Zuhairee pegi jumpa Dzalia sebelum pernikahan dia tu mengingatkan saya kepada scene Kajol/Shahrukh dalam Kuch kuch hota hai lah.. huhu.. ish.. dah lama aku tak tengok citer hindustan.


Beberapa tahun bersama Firwan tak membawa bahagia keapda Dzalia menyebabkan dia menyesali tindakan berani dia semasa menolak Zuhairee yg merupakan pilihan keluarganya. Rupa2nya Firwan kawin dgn dia setelah berkomplot dgn Nina, isterinya sendiri iaitu bekas kawan baik Dzalia. Mereka nak kikis harta Dzalia utk merawat anak mereka yg sakit dan juga utk membantu perniagaan Nina. Nina dah 'ubatkan' Firwan supaya hilang kelakiannya. Dzalia akhirnya bercerai mati dgn Firwan yg mati bersama2 dgn Nina. Anak2 Firwan, dijaga oleh Dzalia dgn baik.


Peluang kedua ini digunakan sebaik mungkin oleh Zuhairee utk melafazkan cintanya dan memiliki Dzalia, tapi tetiba muncul pulak Elly yg merendah rendahkan martabat Dzalia dan mengaku dia tunangan Zuhairee.. Part lepas pertemuan semula Dzalia dgn Zuhairee yg dirancang kemas oleh kawan baik Dzalia dgn adik Zetty seronok dibaca. Tak sangko plak Zuhairee dapek jando berhias!


Perhubungan Zuhairee-Dzalia ni memang diharap2kan oleh kedua2 keluarga mereka, so byk pertemuan mereka ni dirancang keluarga, tapi tak dapat dihidu oleh kedua duanya. even masa nak kawin ni pun, diorang kena ugut ngan mak bapak Dzalia kata ada orang nak masuk meminang.. kalau tak tentu la lagi tebai buku ni. hehe.


RAsanya pengajaran dlm buku ni, jgn menolak pilihan keluarga, kalau tak pun, secara tak langsung mcm menyokong kawin atas pilihan keluarga. contohnya Hilmi ngan Sarah, memulanya tak serasi tapi kemudian bahagia, Dzarina dgn first husband dia, kawin ngan pilihan sendiri, end up ditinggalkan suami. Perkahwinan Dzalia sendiri dgn cinta pertamanya Firwan, tak bahagia jugak. Then ada watak 'Aisyah' memilih utk menerima pilihan keluarga.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Dzalia & Zuhairee, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan jatuh cinta. Dua insan yang sekadar menyimpan rahsia hati, sedang diri menanggung sakit tidak terperi. Betapa lemahnya manusia... semudah itu tewas dalam ujian hidup yang tidak seberapa.


Siapa sangka... setiap pertemuan mereka sebenarnya dirancang. Ikatan dua keluarga tidak memungkinkan mereka berpisah. Tapi... ingkarkan namanya jika janji yang terlafaz tidak terungkai? Apa perlunya dipateri ikatan jika tidak membawa sebarang erti? Ah, cukuplah derita yang menjerat diri. Biar dilunaskan ikrar yang menghambat memori.


Dzalia... pilihanmu cuma satu. Sedarlah, belum tentu tugu cinta yang kau impi menjadi realiti. Bebaskan dirimu dari belenggu cinta yang tidak pasti.


Zuhairee... jangan kau pandang enteng cinta yang bersemi... kerana diammu akan memudaratkan hati. Kebisuanmu pasti memakan diri.


Ah... biarkan! tiada perlunya ucapan cinta, pengakuan kasih jika tidak mampu memiliki. Tiada perlunya lafaz sayang sedang diri makin dijauhi. Argh... jujurkah dirimu wahai hati?


'Manusia yang pernah jatuh tetapi tidak pernah belajar sesuatu dari kesilapannya, malah jatuh lagi di tempat yang sama adalah manusia yang paling malang."


Sinopsis di website alaf 21


Dzalia dan Zuhairee, dua nama yang dijanjikan untuk bertemu dan jatuh cinta. Dua insan yang sekadar menyimpan rahsia hati, sedang diri menanggung sakit tidak terperi. Betapa lemahnya manusia... semudah itu tewas dalam ujian hidup yang tidak seberapa.


Siapa sangka... setiap pertemuan mereka sebenarnya dirancang. Ikatan dua keluarga tidak memungkinkan mereka berpisah. Tapi... ingkarkan namanya jika janji yang terlafaz tidak terungkai? Apa perlunya dipateri ikatan jika tidak membawa sebarang erti? Ah, cukuplah derita yang menjerat diri. Biar dilunaskan ikrar yang menghambat memori.


Dari sinopsis ini, apa yang terjadi hubungan kedua-dua teruna dan dara ini? Berpisah dan akhirnya bertemu? Adakah jodoh mereka membawa kebahagiaan?


Review 479: Saat Kau Hadir by Laila Kamilia


Saat Kau Hadir by Laila Kamilia
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008
RM18.00
484 mukasurat
isbn: 9789831244029

"Apa ertinya datang membawa harapan esok, jika janji semalam masih tak tertunai?"


Kisah ini mempunyai awalan cerita yang membuat kita mahu mengikut kisah ini dari mula hingga akhir. Pilihan permulaan yg bijak utk mengikat pembaca. Penulis juga menggunakan cara pengakhiran bab yang mempunyai ayat tergantung utk membuat pembaca tertanya, apa sebenarnya ini. maksudnya seperti masa tengah tengok 'who wants to be a millionaire' n then masa nak dengar soalan yg bernilai tertinggi, pengacara dgn muka serius berkata "soalan seterusnya.. selepas ini..." *iklan* Dalam bab berikutnya barulah disambungkan cerita yg membuatkan kita tertanya2 sebelumnya. Paling panik tu masa Eliana nak memilih antara Imran dan Amri. :) Tersenyum saya biler sampai part Zuhairee dan Dzalia anak beranak buat special appearance dalam citer ni :) Zuhairee dan Dzalia adalah hero dan heroin dari novel pertama Penulis ini dgn alaf21 bertajuk "Lakaran Kasih".


Eliana-Amri mempunyai sejarah pertemuan pertama yang romantis. Tahun2 yang berlalu dilalui dengan penuh harmoni. namun Eliana menjadi kekok dan keliru dengan perubahan Amri yg kadang2 seperti org yg tidak dikenalinya. He even smells differently. Kadang2 terfikir jugak Amri ni ada split personality ker? atau ada org lain yg nak jadi dia? Amri sendiri seperti tahu konflik dan misteri ini tapi teragak-agak utk menceritakan kebenaran kepada Eliana. Imran hadir dalam hidup Eliana dan sedar dia mungkin pilihan kedua. Dia tak pernah meletakkan harapan yang tinggi namun rasa cinta pada Eliana sudah lama terpupuk, sebelum mata bertentang mata.


Besarkah misteri yg disembunyikan Amri? Eliana dan Amri sama2 terlibat dalam kemalangan yg dahsyat namun, hanya eliana yg ditemui. Amri lenyap begitu sahaja. Ramai yang terfikir mungkinkah Eliana berhalusinasi? Betulkah Amri ada bersamanya semasa kemalangan. Amri dipercayai sudah mati. Namun Eliana makin terganggu dengan panggilan2 misteri dari Amri. Saya suka dgn pilihan Eliana di akhir cerita ini :)


sure fine whatever
rinn

SINOPSIS:


Bibit2 cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.


Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.


Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.


Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!


Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?


Review 478: Selamat Tinggal Memori by Shanika Latisha


Selamat Tinggal Memori by Shanika Latisha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2006
RM 16.00
416 mukasurat
ISBN : 978-983-124-233-5

"biar cuma aku cumbui bayangan semalam"


Pembukaan cerita berkaitan kejadian tembak menembak kat ERL tu dah menunjukkan citer ni bermain dlm genre thriller. hmm not my cup of tea kalau citer2 thriller nih tapi ni cita rasa masing2 lah. Lepas tamat baca buku nih saya terus pegi ke kulit buku utk melihat sinopsisnya. Rasanya dalam sinopsis seperti cuba mencuri perhatian pembaca atas cinta segitiga antara Adlan-Azlin-Najmil. Tapi sepanjang pembacaan saya, rasanya Adlan dan Azlin tiada rasa cinta, diorang seperti kawan2 saja. Seperti misleading pulak. Tapi mungkin lain orang baca, lain pulak tanggapannya dan mungkin betul ada wujud 'rasa' antara Adlan-Azlin yg tak dapat saya rasa.


Kisah ni tentang Adlan, sorang pengedar dadah yang cekap. Kematian Vincent menyebabkan Adlan tersingkir lalu menjadi pelarian dari pihak polis dan juga rakan pengedar yang mahu menghapuskan dia dari senarai wasiat Vincent.


Pertemuan dgn Gibran membuka mata Adlan tentang hinanya tugas seorg pengedar dadah yang memusnahkan kehidupan seorg anak muda spt Gibran. Kematian Gibran amat memilukan. Adlan membawa diri lagi. Kali ni dia bertemu Najmil. Anak muda yg gigih bekerja utk keluarganya. Namun abgnya, Nazrin sudah menjadi hamba dadah. Sekali lagi Adlan terpana dengan petunjuk2 yang hadir depan matanya. Dia rasa bertanggungjwb kepada keluarga itu lalu membantu mereka, namun Nazrin semakin teruk dan menyusahkan keluarga itu.


Kehadiran Adlan seperti menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung yg memang ada memandang serong kepada keluarga Najmil. Najmil seperti mengelak menerima cinta Azlin kerana sikap abg Azlin dan juga keadaan keluarganya yang mempunyai titik hitam.


Pelarian Adlan perlu ada penamatnya. Tapi ke manakah hala tujunya. terus berada di situ atau terus berlari dan berlari?


Sedih dan sendu la part Adlan melayan ibu Najmil tu. huhu...


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Setelah sekian lama dia lari dari memori silam yg menghimpit, akhirnya Adlan menemui sinar yg membawanya ke pangkal jalan.


Namun apabila Adlan bertemu dgn Najmil dan Azlin, sekali lagi dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dlam hidupnya.


Masa berlalu...


Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin. "Terima Kasih kerana menyelamatkan saya. Kalaulah tak ada abang tadi..."


Najmil pula diburu cemburu "Kita berdua di jalan yg berbeza, Azlin. Terlalu berbeza. Tolonglah... jangan merumitkan keadaan yg sedia ada."


Sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati. "Dia permata yg tidak patut dilepaskan".


Adlan harus merungkai semua belenggu yg sarat dlm kehidupannya. Dia tidak mahu Najmil terluka dan dia tidak mahu Azlin menagih kasih yg tidak akan menjadi mimpi indah.


"Kita berhak memilih yg terbaik utk hidup kita."


apakah yg terbaik utk hidup Adlan itu juga terbaik utk insan yg melintasi denai kehidupannya.?


sinopsis di website alaf:


Adlan yang diburu oleh geng-geng pengedar dadah sering dibayangi memori silam ketika terjebak dalam penagihan dadah. Sepanjang pelariannya dia tidak pernah tenteram. Akhirnya dengan Najmil dan Azlin sehingga dia mengharungi pelbagai suka duka yang membuka episod baru dalam hidupnya.


Ketulusan Adlan mencuri hati Azlin, namun Najmil pula diburu cemburu sedangkan Adlan mendambakan cinta sejati.


Apakah yang dilakukan oleh Adlan kerana cintanya amat membara terhadap Azlin. Perlukah dia melukai hati Najmil yang pernah menolongnya dahulu?


Review 477: Kasihku Abadi by Shanika Latisha


Kasihku Abadi
Penulis: Shanika Latisha
RM15.00
373 mukasurat
Terbitan Alaf 21


"Akan kusisip memori semalam selagi langit memayungi bumi..."

Nama Shanika Latisha dah byk kali saya dengar especially bila baca
atau tengok gambar bikash masa perjumpaan atau gathering.. sekali la
dgn Aleeya Aneesa. :) Akhirnya dapat la baca buku ni yg Yam peroleh
dari pesta buku alaf baru2 ni :) Buku ni punya kisah cinta yg ada
drama tersendiri, tiada halangan keluarga tetapi takdir mereka. Tema
yg cuba dibawa agak berat mungkin agak serius utk pembaca santai.
Walau bagaimanapun, kisah cinta lepas kasih antara Risyam dengan
Wana ada tarikan tersendiri seperti kisah2 cinta selepas kawin yang
lain.

Kisah ini tentang wana yg dah putus tunang dgn Haiqal, lelaki yg
kasihnya berubah ubah. keluarganya memilih Risyam yg dari keluarga
yang baik, jodoh yg tak mungkin ditolak. Risyam sangat memahami
keadaan Wana dan sanggup menunggu sehingga Wana dpt menerimanya
setulus hati. Mereka akhirnya hidup harmoni dan bahagia bersama anak
kembar mereka. Pemergian Risyam keluar negara atas tuntutan tugas
rupanya mengundang bibit2 tragedi dlm hidup mereka. Dia ditimpa
kemalangan dan mengalami kehilangan darah. hasil dari pemindahan
darah itu dia didapati HIV positif. Wana isteri yg tabah dan setia,
Haiqal cuba mendapatkan Wana semula walaupun dia sudah beristeri.
Wana dibomohkan dan mula mengabaikan suami dan anak2, walau
bagaimanapun dia berjaya diselamatkan. Of course citer ni berakhir
dgn kematian Risyam. Haiqal pulak mendapat rawatan jiwa dan akhirnya
menjadi lelaki yg dah bertaubat.. tapi tak der pulak citer if dia
kembali dengan Wana.

sinopsis belakang buku:

Wana yang pernah putus tunang menyerahkan soal jodoh pada
keluarganya. Antara rela dan terpaksa, dia menerima Risyam sebagai
suami. Rumahtangga mereka diserikan dengan sepasang anak kembar
Rayyan dan Rania. Ternyata, pilihan keluarga juga membuahkan cinta
dan bahagia.

Kegembiraan mereka 'dirampas' bila Risyam disahkan menghidap HIV
positif akibat pemindahan darah. Risyam yang amat kecewa menanggap
ini sebagai malapetaka. Namun, Wana dan seluruh keluarganya
memberikan sokongan moral agar Risyam tabah meneruskan hidup.

Konflik antara Wana dan Risyam terjadi dengan kemunculan haiqal,
bekas tunangan Wana. Lelaki itu cuba menggoda Wana agar kembali ke
pangkuannya. Dengan cara halus dia memporak perandakan rumah Risyam
dan Wana. Namun keimanan suami isteri ini yang sabar, berjaya
menangkis kejahatan manusia.

Dalam doa dan harapan, dapatkah mereka terus menyulam kasih.