Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, October 30, 2011

Review 544: Aku Bukan Mistress by Acik Lana



Aku Bukan Mistress
Penulis: Acik Lana
Penerbit: Kaki Novel
Editor: Jabatan Editorial KNE
Cetakan pertama sept 2011
671 mukasurat
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
9789675067846


"Marahlah sepuas hatimu, caci makilah selagi kau terdaya, hinalah aku selagi kau mampu. Tapi kenapa aku tak pernah mampu untuk membencimu?"


Satu kisah yang membawa rentak berbeza dalam koleksi bahan bacaan aku. Aku jarang-jarang rasa nak baca kisah berat, tambahan pula kisah insan-insan yang bergelumang dosa dan cuba mencari jalan pulang. Bukannya apa, kadang-kadang pengakhiran untuk pemegang watak-watak begini agak memilukan. Jarang-jarang diorang diberi happy ending. Mungkin juga aku lebih terpengaruh kepada kisah-kisah 'heavy' begini dalam buku-buku lama. Tetapi Acik Lana menjanjikan sesuatu yang berbeza dalam kisah ini. Di bawah label Kaki Novel terasa novel ini ada kelainan kerana bukan dilagukan dalam irama santai tetapi tidak pula disampaikan dalam nada yang berat dan dramatik. Boleh dikatakan penulis berjaya mengimbangi penceritaannya dengan gaya bahasa yang menyenangkan. Memang terfikir-fikir bagaimana penulis akan menamatkan kisah yang begini, bukannya apa, kebanyakan penulis cerita-cerita begini ada tendensi atau kecenderungan memberi penamat yang mengejutkan ;)


Dua tahun lalu Mikail membeli Mya dari bapa ayam dengan harga RM50,000. Bermula dari saat itu dia menjadi milik Mikail tanpa sebarang ikatan perkahwinan. Mungkin Mikail tidak mahu berkongsi Mya dengan sesiapa. Bagi Mya itu adalah satu jalan keluar yang terbaik buatnya daripada dipaksa melayani ramai lelaki. Kisah silamnya yang menyedihkan turut membuat dia menjadi pasrah dengan ketentuan baru ini. Tanpa sedar Mikail menjadi 'overprotective' terhadap Mya. Adam, sahabat baik Mikail turut menyimpan perasaan terhadap Mya dan turut menyimpan hasrat merampas Mya dari Mikail. Dia berazam akan menyambar Mya sebaik saja Mikail bosan dan melepaskan Mya dari 'kurungan'. Namun apa yang ditunggu-tunggunya tidak langsung menunjukkan bibit-bibit akan menjadi nyata. Dalam hubungan yang tidak banyak komunikasi berkesan antara Mikail dan Mya itu tercetus perasaan halus antara mereka. Mikail tidak dapat mencari keburukan Mya kerana gadis itu bukan saja dikurniakan kecantikan malah berpewatakan baik dan pandai memasak :)


Mya mula memberontak setelah Adam menambah cemar pada dirinya, namun dia tidak pernah mengadu kepada Mikail siapa punya angkara kerana dia tidak mahu Mikail kehilangan kawan kerananya. Mikail menyimpan dendam terhadap si pembuat onar yang dirahsiakan Mya. Kedatangan ibu Mikail ke rumah mereka membuat Mya sedar yang Mikail sudah semakin pandai bergurau dengannya. Sikap Mikail itu juga membuat Mya semakin berani menunjuk protes. Kematian nenek Mya telah membawa perubahan besar dalam diri Mya. Dia mahu bertaubat dan hasratnya dinyatakan kepada Mikail. Walaupun keberatan, Mikail menerima tetapi Mya tidak boleh meninggalkan rumah itu.


Mikail berperang dengan perasaan sendiri. Cerita-cerita buruk tentang Mya yang didengari dari sepupu Mya membuat Mikail berprasangka tetapi dia tidak sanggup melepaskan Mya, tambahan pula kemunculan bekas teman lelaki Mya, Shamil, kelihatan sangat berminat untuk mendapatkan Mya kembali malah sudah menghantar rombongan meminang tanpa persetujuan Mya. Mikail mula mengatur strategi drastik untuk memastikan Mya terus menjadi miliknya :)


Konflik yang tercetus dalam cerita ini dikendalikan dengan baik oleh penulis dan penyelesaian konflik itu juga sangat baik dan berjaya 'memutihkan' watak Mikail dan Mya sedikit demi sedikit. Diorang tak derla terus jadi baik dan alim. Walaupun tidak lagi tidur bersama, diorang masih lagi tinggal serumah.


BAgi aku kisah ini diberikan ending yang sangat sempurna dan menyenangkan, cuma aku agak kurang senang dengan latar cerita watak utama yang sudah hidup bergelumang dosa tanpa ikatan yang sah, mungkin ada pembaca yang akan merasa sedikit kurang senang dengan kisah ini. Aku rasa banyak lagi tema yang lebih baik dan menyenangkan yang penulis ini boleh ketengahkan dengan gaya penulisan yang beliau ada. Apa-apapun, penulis sudah berjaya menyampaikan ceritanya dengan baik sekali. Tahniah. Oh lagi satu, 'definitely NOT for bacaan budak-budak ya?!


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Dua tahun menghambakan diri di dalam penjara yg dibina oleh Mikail dgn bertemankan dosa, Mya mula mencari arah hidupnya. Kehadiran Adam yg kejam, Shamil yg menagih janji silam, Suzanne yang menyakitkan hati dan Datin Adiba yg sinis membuatkan hidup Mya semakin sempit. Sikap Mikail yang semakin aneh dari sehari ke sehari membuatkan Mya keliru. Dlm resah ada debar, dlm benci ada rindu, dalam marah ada tenang... Mikail mendera hati dan perasaannya.


Sampai kemuncaknya, Mya tekad. Dia mahu menoktahkan semua catatan noda dan dosa dalam diari hidupnya sebagai seorg perempuan simpanan, tapi bagaimana? Kaki ingin berlari menjauhi Mikail, tapi hati mengikat janji secara sembunyi.


Mengapa membina harapan jika penghujungnya tidak seindah impiah? Dan... cukupkah tempoh dua tahun untuk memastikan debaran di hati mereka melagukan rentak yg sama?

Review 543: Bila Cinta by Suria Fatin



Bila Cinta
Penulis : Suria Fatin
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
cetakan pertama Ogos 2011
307 mukasurat
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM20.00


"Apabila pandang bertukar sayang... siang terbayang malam termimpi, bila ingatan sering terbayang, cinta kan membara sehangat api."


secara keseluruhan terasa seperti membaca kisah cerita kahwin paksa atau kisah cinta selepas kahwin dalam versi pandangan orang lain pula. Mungkin kerjaya dan background tempat saja berbeza. Cuma uniknya heroin tu seorang pereka fesyen, pemilik butik yang sangat minat dengan komik :) Malah komik-komik itulah menjadi pencetus idea kreatifnya dalam menghasilkan ciptaan untuk butiknya.


Kronologi cerita ini ada susunannya tetapi kurang impak dalam penyampaian. Terasa penceritaan terlalu biasa-biasa sehingga tak terkesan klimaks ceritanya di mana. Hafez dan Fatin kelihatan lebih serasi sebagai kawan dan agak janggal sebagai suami isteri. Rasanya cerita ini perlu banyak diperkemaskan dan diedit sebelum diterbitkan supaya impak cerita lebih terasa untuk menyerlahkan kekuatan sebenar cerita. Penulis mempunyai koleksi dialog segar yang menarik tetapi jalinan cerita membuatkan dialog-dialog ini tidak menyerlah.


Kisah ini tentang Fatin seorang gadis berpewatakan comel. Dia hampir-hampir menerima cinta Azlan tetapi dipaksa menerima Hafez sebagai suami. Ibu Fatin memang sudah lama kenal dengan Hafez dan keluarganya. Fatin pun sering cemburu dengan perhatian ibunya terhadap Hafez. Masa zaman sekolah dahulu dia memang ada menyimpan perasaan pada Hafez, namun setelah dewasa dan memiliki perniagaan sendiri, dia membuka hatinya untuk orang lain. Namun Hafez yang ditinggalkan Marni mengundang simpati ibu Fatin kerana bimbang Hafez akan terus menjauhkan diri dari perempuan kerana kecewa tambahan pula ibu kandungnya dulu meninggalkannya kepada nenek dan nenek tidak mampu menjaga dua cucu, lalu diserahkan kepada keluarga angkat.


Kisah ini menumpukan kepada perjalanan hidup Fatin dan Hafez yang membawa kepada berseminya cinta antara mereka. Paling aku tak boleh lupa adalah nama watak antagonis citer ini iaitu Marni. Nama penuh dia Marnieva. Kalau tersilap sebut adala bunyi dekat-dekat seperti nama kedai buku yang aku selalu jugak pegi :)


Konflik sebenar baru bermula ketika mereka mula meluahkan perasaan antara satu sama lain.Cinta mereka mula diuji. Marni mengalami kemalangan yang meragut daya ingatannya. Entah mengapa dia menganggap Hafez adalah suaminya Namun Fatin dan Hafez sangat yakin yang segala-gala ini akan berakhir apabila Marni ingat semula.


Terasa cerita ini ditamatkan sebelum waktunya. Seperti ada lagi yang perlu diceritakan.


sure fine whatever
Rinn


Kebetulan pula Azlan dan Hafez adalah adik beradik kandung.





blurb/sinopsis belakang buku


Fatin;


Hidup cukup indah kalau kita bijak menghias pandangan kita. Ahli sihir? Huh, mamat tu? Entah la. Cinta??? Hmmm... aku pernah dengarla orang kata, kalau kita suka dekat seseorang itu... luahkan! Kalau tidak... kita mungkin akan terlepas. Tapikan, macam mana kalau kena tolak? Tolong la... walaupun tak pernah kena, tapi dengar pun dah cukup menyeramkan! Atas sebab tu aku rasa cukup gembira menerima kata cinta Azlan.


(Wahai ahli sihir dunia kegelapan! Cintakah aku pada kau? Kalau betul, bila?)


Hafez Azfar;


Bukan cinta tak pernah memahat. Malah serik pernah terpaku. Tapi kenapa la dengan budak seorg ni kata cinta seperti hilang sebutan? Dia yg tak ubah seperti kafein! Tapi tula... macam aku pernah cakap, mungkin masa bertingkah dan takdir di tempat lain. Maafkan Hafez, Azlan... Fatin, kalau benar aku menjadi penghalang.


(Aku telah jatuh cinta padamu, Fatin. Tapi tolong jangan tanya sejak Bila. Aku sendiri tak pasti.)


Haikal Azlan;


Perempuan? Cinta? Aku langsung tak dapat terima definisi yang mereka semua bagi. Maaf mungkin aku sukar untuk terima. Tapi cukup la perit jalan yg aku tempuh semua sebab dia. Dia yang sepatutnya melindung bukan melepaskan. Tapi aku dah jumpa seseorang secara tidak sedar mengalih persepsi aku. Fatin, terima kasih. Tapi mungkin ke aku yg terlewat atau semuanya memang langsung tak bermula?


(Bila semua ini akan tamat? Ataupun semua ini adalah satu tanda cinta baru bermula?)

Review 542: Blues Amni: Oh Kerja!



Blues Amni: Oh Kerja!
PenuliS: Rose Harissa
Editor: Nor Adilah Riduan
Terbitan PTS Syok!
Cetakan Pertama 2011
311 mukasurat
9786975783630
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00


Amni ni jelas amat tertekan dengan kerjanya. Hidupnya penuh dengan 'pressure' kerja, seolah-olah tiada sudut ketenangan langsung dalam ruangan hidupnya. Hidupnya adalah untuk kerja yang membuat dia merasa tertekan. Walaupun begitu dia tabah menempuh hari-hari berdepan dengan bos yang sangat tidak bertimbang rasa. Tekanan semakin terasa apabila rakan satu tempat kerja yang menjadi peneman telah berhenti kerja tiba-tiba lalu digantikan dengan orang memberi tambahan tekanan perasaan kepada Amni. Memang kita turut merasa kerimasan Amni berada dalam situasi begitu.


Antara Adam dan Bern (yang mewarnai hidup Amni yang serba tertekan itu), Adam pada mulanya lebih menyerlah sebagai bakal hero berkarisma, akhirnya sedikit malap apabila Bern yang kelihatan berdarah campuran dan bernama pelik itu rupa-rupanya seorang jejaka yang mementingkan agama Islam dalam pekerjaan dan kehidupan hariannya. Bern kelihatan sangat 'cool' berbanding Adam yang lebih suka mencabar dan menyindir Amni apabila berbicara. Tetapi ntah mengapa terasa Amni lebih tertarik kepada Adam. Sepatutnya dalam hidupnya yang serba tertekan tu, lebih elok la kalau memilih Bern yang 'cool' dan tenang tu. Adam tu kelihatan seperti elemen penambah takat tekanan dalam hidup Amni saja :) Tetapi ibu dan ayah Adam yang bergelar Puan Sri dan Tan Sri tu sangat 'sporting' dan baik hati. Cepat saja diorang berkenan kepada Amni yang kelam kelibut tu.


Pengalaman kerja yang dikutip sepanjang 4 tahun bekerja membuat Amni cekap di tempat kerja. Walaupun gajinya seciput, skop kerja sangat meluas, dari serendah-rendah kerja hingga ke setinggi-tinggi kerja dalam ranking syarikat kecil itu dibuatnya. Walaupun sering merungut, dia kekal dalam pekerjaannya dan dalam diam bosnya menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap dirinya, tetapi sikap kedekut bossnya itu mungkin akan menyebabkan dia kehilangan pekerja sebaik Amni. SEjauh mana Amni dapat bertahan? Amni sangat kuat. Ketika dia diuji dengan tugasannya yang bertimpa-timpa, cek lebih RM10,000 hasil titik peluhnya menjadi penawar duka. Macam mana boleh jadi macam tu? hmmm... bacalah kalau nak tengok macam mana cara Amni si pereka besi ni bekerja sambil melayan kerenah klien-klien yang 'macam-macam ada'.


Mungkin tidak susah untuk pembaca-pembaca yang bekerja dan mengalami sendiri situasi yang sama seperti Amni. Mungkin kita akan turut terkenang pengalaman-pengalaman kita mengadap klien yang macam-macam songehnya. Ada yang mudah dan ada yang sangat susah. Nampaknya Blues Amni ni adalah kisah bersiri seperti menonton drama bersiri di televisyen. Satu buku mewakili satu episod. Episod akan datang bertajuk Blues Amni: Oh Propa! Entah sapa pulak la yang akan menambahkan lagi tekanan perasaan Amni. Kita tunggu dan lihat :)


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:

Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja akibat rasa sengsara.


Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan lagi kesengsaraan Amni dengan:

* Mr Phua - Bos yang suka mengarah-ngarah dan melulu marah serta mata duitan
* Mun Heng - Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru yg pentingkan diri sendiri.
* Adam (merangkap anak Tan Sri) - Arkitek muda pemilik Adam J Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.

Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya, melayani klien yg heboh dan cerewet. Amni sering diminta bos supaya melawat tapak projek, bertemu klien secara langsung!


semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!


Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaraan dalam pekerjaan yg dialami Amni.


Apa ya? Dapatkan kisah Blues Amni: Oh Kerja!

Review 541: Prince Charming by Ratu Bulan



Prince Charming
Editor: Suri Mohd Adam / Sari Hermawati
Penulis: Ratu Bulan
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan 1: 2010
496 mukasurat
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
9789673650163


"Dia memang tak romantik, tetapi bila dia jadi romantik, orang lain pun boleh jadi angau"


Ni kisah budak sekolah yang ala-ala cerita-cerita highschool amerika yang ada team football dan ramai gadis di sekolah tergila-gilakan mereka. Bila membaca versi Malaysia cerita team bola sepak sekolah yang digilai ramai gadis, terasa seperti budak-budak sekolah ni lebih pentingkan bolasepak dan cinta sahaja. Memang menarik kisah misteri Carta Prince Charming tu, tapi bagi pompuan pangkat mak-mak macam aku ni rasa risau pulak memikirkan anak-anak pergi sekolah, ini lah antara kerjanya dan kegilaannya. Umur 17 tahun ke bawah dah serius mencari cinta. Kalau latar cerita dan latar usia dinaikkan ke peringkat pelajar kolej atau universiti, mungkin lebih selesalah aku membacanya (kot). :)


Watak paling intersting dan unik dalam cerita ini adalah Nazrul. Memang aku tak pernah lagi membaca kisah santai menceritakan watak komplikated seperti Nazrul. Mungkin cara penceritaan yang santai membuatkan Nazrul dan masalah 'split personality'nya tidak terasa sesuatu yang serius atau membahayakan. Lawak juga membayangkan Nazrul yang sedang terlena dalam mesyuarat boleh tiba-tiba panggung kepala dan memberi maklumat berkaitan apa yang dibincangkan. Hehe... mesti lawak muka Nurul pada masa itu :D Nazrul ni tak boleh ingat nama sekolah tapi dia boleh ingat nama Pengetua sekolah. Sekolah Haji Mansur, Sekolah Haji Harun. haha... lawak giler.


kisah ini bermula dengan kejadian Nurul mengoyak carta prince charming yang menjadi pujaan gadis-gadis sekolahnya. Dia seperti terkena sumpahan carta apabila hampir-hampir terlibat dalam kemalangan ngeri, namun dia diselamatkan oleh seseorang yang memakai sweater pasukan bola sepak. Dia mula tercari-cari siapakah penyelamatnya sedangkan sebelum ini dia langsung tidak berminat dengan pasukan bola sepak sekolahnya. Sofea telah memasukkan nama Nurul dalam senarai calon temuduga sebagai pengurus pasukan bola sepak sekolah. Kejayaan Nurul mengejutkan Nazrul dari lena membuatkan budak-budak team bola sepak sangat kagum dan teruja. :)


Nazrul ni ada 'sleep disorder' yang serius. Dia boleh terlena di mana-mana saja pada bila-bila masa. Rasa macam tak sesuai pula meletakkan dia sebagai penjaga gol. Memang pernah dia terlena di pintu gol. Sabar jer aku.


Rezza dan Fiq adalah prince charming yang sentiasa mendapat tempat di hati gadis-gadis sekolah. Nurul pun terpikat juga tapi siarannya sering terganggu dengan kehadiran Nazrul yang sering memaksa Nurul menukar tumpuan.


Kehadiran 'Nazrin' dalam diri Nazrul membuat Nurul rasa lebih selesa. Baginya 'Nazrin' baik dan gentleman. Nazrul lebih suka mencari gaduh dan berbalah dengan dia. Ada dua misteri yang Nurul (dan pembaca) nak tahu, siapakah pembuat Carta Prince Charming dan siapakah Nazrin yang sebenarnya dalam hidup Nazrul. Dua jiwa dalam satu badan? hmmm...


Cerita remaja ini diakhiri dengan Nurul dilamar sebagai kekasih hati seorang Prince Charming yang berjaya mencuri hatinya setelah mereka berdua ditabal sebagai pasangan ideal dalam sebuah 'annual dinner' kampus. Ni membuat kita terfikir lagi ala-ala seperti 'prom night' sekolah dalam filem-filem remaja highschool Amerika. Walaupun ada kisah cinta budak sekolah, tetapi tak ada adegan yang tak sesuai dibaca oleh budak-budak. Terima kasih penulis :)


Bagi aku kalau cerita melibatkan watak-watak budak sekolah ni lebih baiklah elakkan kisah cinta-cinta sebab budak-budak sekarang ni memang dah betul-betul ikut budaya barat. Jalan peluk-peluk, pegang tangan, bergurau-gurau manja, malah bercium di tempat public pun ada. Siapa penah ternampak? Kalau mencari terbitan Fajar Pakeer, bagila anak-anak sekolah tu baca kisah-kisah FP Junior. hehe. Aku rasa tindakan Fajar Pakeer memberi peluang kepada penulis-penulis yang sudah ada nama popular menulis dalam genre 'FP Junior' adalah sangat bagus kerana menarik perhatian budak-budak sekolah membaca buku yang lebih sesuai dengan umur mereka.


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Dia hidup bukan kerana cinta. Dia hidup kerana kehadiran Prince Charming yang menyelamatkannya. Semua gara-gara dia mengoyak carta Prince Charming - carta misteri yang tiada sesiapa tahu dari mana datangnya. Yang pasti memang dia langsung tidak percaya dgn sumpahan yang dikatakan berkaitan dengan carta Prince Charming.




"Sumpahan Puteri? Kau ingat ini cerita dongeng ke? Puteri apa yang nak sumpah aku nie? Puteri bunian? Puteri Lindungan bulan?"




Desakan daripada Sofea membawanya ke Kelab Bola Sepak. Di situlah Prince Charming berkumpul. Tetapi hanya seorang sahjaa prince charming yang dicarinya. Namun untuk mencari Prince Charming bukannya mudah namun dia yakin antara mereka pasti salah seorangnya, pasti salah seorang adalah penyelamatnya.




Orang tu pun satu! Dah selamatkan nyawa orang, tak reti-reti ke nak munculkan diri? Bukan ke lagi senang kalau datang berdiri depan aku dan cakap, "sayalah yg selamatkan awak daripada kena langgar semalam." Finish! Tak adalah nak panjangkan cerita sampai beratus muka surat semata-mata nak cari prince charming!




Antara Rezza, Fiq, Nazrul, Hayrul dan Najmi, siapakah prince charming yang sebenar? Atau bukan dalam kalangan mereka. Ada apa dengan Carta Prince Charming? Siapa yg membuatnya? apakah misteri di sebaliknya? Benarkah sumpahan itu benar?

Review 540: Kau Curi Hatiku by Iman Xara


Kau Curi Hatiku
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni
Editor: Mohd Rosdi b. Mohd Zin
518 muka surat
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789675118524


Aku tak tahu kenapa 'cover' novel ini mengingatkan aku kepada negara Jepun. Mungkin bebunga ala-ala sakura tu kot. Lagipun aku tengah seronok melayan 'Nodame Cantabile', mungkin sebab itulah terpengaruh sikit dengan elemen-elemen kejepunan nih. haha. Apa-apapun, cerita ini memang tak ada kaitan langsung dengan kejepunan atau sakura. Tapi 'cover' dia aku suka :)


ARissa dan Zamil. Gabungan nama mereka saja sudah buat telinga aku rasa bingit. Memang pantang berjumpa, mereka akan berperang dan mengeluarkan kata-kata yang menusuk dan menghiris perasaan. Kedua-duanya mempunyai koleksi perbendaharaan kata yang tajam dan sinis. Zamil ni jenis lahir-lahir jer dah kurang asam dan baran. Arissa pula pantang orang kurang asam dengan dia, dia akan jadi seorang yang kurang asam juga. Kalau orang buat baik dengan dia, dia jadi baik la. Urusan kerja memaksa mereka saling berinteraksi tanpa boleh mengelak satu sama lain.


Zamil telah tersalah tafsir perasaan Ain terhadap dirinya membuatkan dia rasa 'frust'. Mungkin kata-kata Ain meminta dia berbaik-baik dengan Arissa membuat Zamil membuang egonya dan cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan Arissa dan kawan-kawan lain di pejabat. Aku memang tak sedap hati dengan Zamil ni, walaupun dia mula berubah, sikap panas barannya tu seperti gunung berapi pendam. Sekali dia meletup, habis la semua jadi abu.


Arissa pernah bercinta dengan Firdaus tetapi hasrat mereka terhalang apabila Pakcik Arissa berkahwin dengan adik Firdaus. Keluarga Firdaus tidak mahu menjadi buah mulut orang apabila keluarga mereka jadi keluarga 69. Ibu Firdaus sendiri meminta Arissa agar menjauhkan diri dari Firdaus. Firdaus dan Arissa terpaksa berpisah dan mengorbankan perasaan masing-masing. Firdaus akhirnya memilih Nurin sebagai isteri kerana Nurin banyak mengingatkan dia kepada Arissa.


Arissa terpujuk dengan perubahan Zamil tetapi ianya tidak disenangi ibu bapa Arissa yang pernah terlihat cara Zamil menyindir Arissa ketika berkunjung ke rumah mereka bersama sahabat-sahabat lain. Masa tu diorang ni masih lagi bermusuhan. Zamil mencuba nasib menghulur kasih kepada Arissa (dengan bantuan kawan baik ARissa, Zulfa). Zamil tahu bukan senang untuk mencuri hati gadis yang selama ini dicerca siang malam. Dia perlu membuktikan kepada Arissa bahawa dia ikhlas dan tidak main-main. Watak Zamil juga perlu membuktikan kepada pembaca yang dia akan menjadi suami yang baik buat heroin kita :)


Kesungguhan Zamil turut dizahirkan dalam akuan bertulis demi membuktikan hajat hatinya bukan main-main. Masa tiga tahun digunakan Zamil sebaik mungkin untuk memenangi hati Arissa dan akhirnya hajatnya tercapai walaupun ibu Arissa agak bimbang dengan pilihan hati Arissa. Tidak banyak kisah alam percintaan dan pertunangan mereka diceritakan penulis. Mungkin kerana penulis mahu terus membawa kita menghayati kisah hidup mereka sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, langkauan tiga tahun itu membuat pembaca belum cukup yakin pada Zamil.


WAtak Ayie walaupun tak selalu timbul, peranannya utk menambah perisa benci dan sakit hati memang sangat kuat. Aku rasa dia nilah berperanan besar mengapi-apikan Zamil dan menggalakkan Zamil berprasangka hingga merekacipta fitnah yang keterlaluan terhadap Arissa. Malah setelah Zamil dan Arissa berkahwin pun Ayie mempersoalkan ketelusan Arissa meluluskan wang syarikat untuk kegunaan Zamil ketika menjalankan tugas. Memang teringin jer nak baca watak ayie ni kena sepak dengan tapak tangan atau sepak dengan kaki.


Kelahiran Alif Rayyan menghiburkan hati Arissa dan Zamil namun gerimis-gerimis yang ditakuti pembaca sudah mula merintikkan cecair asidnya di tasik yang tenang. Jeng jeng jeng... Alam perkahwinan membawa mereka meniti jalan yang penuh liku, menduga hati dan perasaan, menguji cinta dan keikhlasan. Yang pastinya, menjadi isteri dan ibu membuat Arissa menjadi matang dan rasional dalam menghadapi dugaan. Cara dia decide untuk berpantang di rumah mertuanya setelah melahirkan anak kedua menunjukkan usahanya untuk menjernihkan keadaan yang semakin keruh. Perjalanan kisah yang mengajar Arissa dan Zamil tentang hati dan perasaan walaupun cara pengajaran yang diterima mereka adalah berbeza di hujungnya...


Kisah selepas perkahwinan memberi peluang kepada Iman Xara untuk membawa rentak cerita ke arah yang lebih beremosi dan drama, memerah air mata pembaca.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Seteguh manakah hati seorg isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?


Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti ajing dengan kucig tidak boleh berdekat. Seorg bermulut laser dan seorg lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata org, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan sua itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dgn Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dgn Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu jadinya.

Kau Curi Hatiku

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu utk ada fahami, dgn membaca Kau Curi Hatiku.

Review 539: Meniti Bahagia by Zihasra Aziz


Meniti Bahagia by Zihasra Aziz
terbitan buku Prima sdn. bhd
RM16.90
360 mukasurat


Kisah yang bermula dgn cinta monyet zaman sekolah. Zailinna Afira seorang pencinta setia. 4 tahun dia bertahan dgn rasa cinta yang tak luak buat Fazrul Azhan namun lelaki itu kesunyian dan menerima cinta Eliza, anak orang kaya yg menghiburkan. Cinta Zailinna dibuang jauh. Namun apabila bertemu semula, hatinya mula goyah tetapi dia terpaksa berkahwin dgn Eliza kerana keputusan telah dibuat.



Zailinna Afira kecewa namun onar yg dicipta kembarnya Zailissa Irma membuat dia tersepit, terpaksa menerima perkahwinan dgn Addy Zafril tunangan adik kembarnya demi utk menutup malu dua keluarga yang femos.



Konflik cerita ini hanya dipanjangkan dengan keengganan Addy Zafril utk mengakui kasihnya pada Zailinna AFira yg sebenarnya sudah berbunga way before dia mengetahui siapa Zailinna Afira sebenarnya. Kerana bencikan keluarga Datuk Zaidi (bapa Zailina dan zailissa) dia melayan Zailinna AFira dgn dingin malah menganggap wanita itu seorang yang lemah. Tanpa pengetahuannya Zailinna Afira adalah seorang yang sangat arif dalam selok belok perniagaan menggunakan kebijaksanaannya utk menggoyahkan perniagaan Addy sehingga syarikat itu hampir tutup. Apa agaknya reaksi Addy yer apabila bertentang mata dgn saingannya yang tiba2 mahu menghulur bantuan?



kepulangan Zailissa Irma membuatkan saya tak sabar nak teruskan bacaan kerana nak tau macam mana Zihasra Aziz nak mengacau lagi adunan konflik dalam kisah ini. Tapi agak kecewa kerana tiba2 jer Zailissa rujuk balik dgn Izmir. aduih..



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:



Kenyataan seringkali tidak sehebat impian. Begitulah terjadi pada Zailinna Afira. Kasihnya yang luhur terhadap Fazrul Azhan dipersiakan. Penantiannya selama 4 tahun dicurangi lelaki itu. Janji yg dimeterai u tk hidup bersama hancur berkecai.


semenjak detik itu, Zailinna Afira tawar hati utk bercinta lagi. Namun begitu dia agak berajaya dalam bidang perniagaan. Zailinna Afira telah menubuhkan Mewah Holdings dan kini perniagaannya semakin maju.


Zailinna Afira mempunya saudara kembar tidak seiras bernama Zailissa Irma. Walaupun mereka kembar tetapi mempunyai perangai dan sikap yang berbeza dari segi pelajara, pekerjaan dan percintaan. Adiknya ini lebih cenderung dalam kehidupan sosial.

Kejayaan Zailinna Afira menyebabkan Datuk Zaidi menghantar Zailissa Irma ke luar negara belajar dlm bidang perniagaan. Setahun di luar negara Zailissa Irma telah berkawin dengan Izmir walaupun dia sudah pun bertunang dgn Addy Zafril, iaitu anak kepada datuk Johan yang merupakan sahabat Karib datuk Zaidi.

Addy Zafril kecewa dgn berita itu. Begitu juga dgn keluarga Datuk Zaidi, utk mempertahankan hbungan silaturrahim dgn Datuk Johan sekeluarga, Datuk Zaidi mencadangkan Zailinna Afira menggantikan tempat Zailissa Irma.

mahukah Zailinna Afira menjadi pak turut? apa pula kata Addy Zafril mengai cadangan orang tuanya itu? Dan dapatkah Zailissa Irma menerima Addy Zafril sebagai abang iparnya?

Review 538: Selaut Kasih by Azilawati Mat Angsar


Selaut Kasih by Azilawati Mat Angsar
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM14.00
415 mukasurat


"Sisipkan Rinduku Dalam Hatimu"

Terkagum jugak bila melihat catatan ulang cetak buku ini, dari 2003 hingga 2005 sudah 7 kali diulang cetak! sepanjang pembacaan saya tercari-cari jugak apa yang memikat hati pembaca utk meraih buku ini? err tak jumpa la pulak.. walaupun kisah ini bukan taste saya tetapi nampaknya ramai pembaca yang lain berfikiran sebaliknya.

Perjalanan cerita ini agak stabil, kisah cinta Najihah-Jeffry pun slow and steady. Dua2 tahu perasaan masing-masing tetapi masih bertangguh-tangguh. sulaman flashback dalam novel ini agak mengganggu pembacaan saya sebab macam mengelirukan kerana bercampur campur dengan cerita semasa. Kadang2 konfius plak ni flashback ke?

Najihah seorang gadis yg perfect utk dijadikan isteri. Jeffry berjaya meraih cintanya, walaupun lambat, tapi dia berjaya memperisterikan Najihah. Tiada halangan. Jeffry menyalahkan diri sendiri apabila isterinya diperkosa Faiz dan kandungan Najihah disyakki milik Faiz, tapi Jeffry redha.. terkilan jugak saya Faiz yang tak derlah cerdik sangat tu tak tertangkap walaupun Jeffry tu seorang peguam.

Najihah merasa dirinya sudah kotor utk disentuhi lelaki sebaik Jeffry, dia membuat Jeffry berjanji menikahi Sharlini, wanita yang amat mencintai Jeffry. Jeffry terpaksa akur dan perkahwinan itu menjadikan seorang wanita yang lebih baik. Dalam ego Sharlini tersimpan juga sedikit rasa kagum terhadap Najihah. Namun lama kelamaan Sharlini rasa tergugat dgn kesabaran dan ketulusan Najihah.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kasih sayang antara Najihah dan Jeffry ibarat bulan dan bintang. Kebahagiaan rumahtangga mereka umpama laut yang tenang. janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh. Cinta mereka tidak pernah surut.

Namun, ombak resah akhirnya mendamparkan mereka di pantai dugaan. Najihah diperkosa oleh Faiz, lelaki pendendam yang cintanya ditolak oleh Najihah. Tragedi hitam itu menyebabkan Najihah jadi paranoid. Apatah lagi bila dia disahkan mengandung. tapi anak siapa?

Sebagai suami, Jeffry berusaha memahami perubahan Najihah yang jadi pendiam dan langsung tidak mahu disentuh. Tapi ego lelakinya sering bertingkah dgn keadaan Najihah dan kemahuan kelakiannya.

Demi kebaikan bersama, Najihah memaksa Jeffry menikahi Sharlini sebagai isteri kedua. Konflik rumah tangga mereka semakin kalut, bila sharini bertindak merampas Jeffry sebagai 'haknya seorg' kerana kononnya Jeffry adalah bekas kekasihnya yang 'dirampas' oleh Najihah.

Bagi Jeffry, dalam hatinya cuma ada Najihah...

Review 537: Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman


Dame Zoete Sarah by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009


"Si manis Sarah"


Semanis tajuknya, kisah thriller ini juga terasa manis. Bukan senang nak cari kisah thriller romantis yg memikat pembaca santai seperti ini.


Thriller kedua dari Khairyn Othman ni terasa lebih 'on the move' dan semuanya terbayang dalam gerak pantas seolah-olah menonton wayang jer rasanya. Memang exciting.


Sarah Adam adalah seorang wartawan. Saya tak pasti kenapa Rod memilih Sarah dalam ramai2 manusia kat dunia ni utk membongkar kes dadah yg amat besar. Sarah tiba2 menjadi tumpuan sindekit dadah yg besar dan juga pihak berkuasa kerana dia disyakki sbg pengedar dan pembunuh.


Sarah Adam tak menyerah diri kerana dia tak bersalah. Dengan menggunakan contact nya di kalangan org Indonesia di Johor, dia berjaya meloloskan diri ke Belanda untuk merungkaikan klu yg berada di tangannya.


Salim. (Yg mengingatkan Sarah kpd Harun Salim Bachik, Saleem Iklim dan S.M Salim) Seorg polis berkaliber yg mengimpikan model sbg isterinya, memburu Sarah. Dia berjaya menjejak Sarah di Belanda. Dia pasti dia hanya menjalankan tugas tetapi dia tahu juga yg dia tak akan membiarkan Sarah berada dalam bahaya. Sarah penah gelar dia ni hero datang lambat. hehe


Bayangan model idamannya melayang entah ke mana, diganti dgn bayangan Sarah, gadis yg sukar senyum dan degil. Kalau hati sudah suka, sarah pun sarah lah!


Salim tu suka perasan, sikit2 mesti nak sebut dia hensem la, macho la... haha sabo jer aku.


Sentuhan komedi dalam kisah ini juga sangat menghiburkan... belum sampai bab 10, saya sudah ketawa dan menangis.


Ada juga Nisa dan Dr Taufik dari novel Zahrah de Tigris dalam novel ni :) AFter 4 years diorang dah ada 2 org anak dan Nisa tengah pregnant anak ke3. Comel jer :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:


dame zoete Sarah ialah si manis Sarah

Sarah Adam, anak yatim lagi sebatang kara; wartawan yang dedikasi; sahabat yang budiman... walaupun Sarah Adam ada seribu peran, yang pasti dia cumalah seorang gadis yang ada hati dan perasaan.

Terperangkap di tengah-tengah kemelut sindiket dadah antarabangsa, Sarah Adam dituduh terlibat sebagai pengedar, juga didakwa menjadi pembunuh sehingga membuat gadis yang manis pabila tersenyum ini, menjadi pelarian serta terpaksa menyamar untuk melintas laut ke negeri kincir angin.

Keadaannya bertambah sulit apabila dia bukan sahaja diburu oleh pasukan keselamatan negara, kumpulan penjahat malah dia diburu oleh jiwanya sendiri! Keadaan menjadi semakin rumit, apabila setiap orang yang dia kenal dan dia jumpa, mati dibunuh. Kenapa?

Jomlah bantu Sarah Adam untuk membersihkan namanya, jomlah bantu Sarah Adam meloloskan diri daripada ‘Encik Selamat’, Interpol yang kerek!

“Sarah, ke mana pun kau pergi, aku akan cari kau. Ke mana pun kau lari, aku akan kejar. Jangan lupa tu.” ~ Salim

------------------------

Genre yang berbeza daripada KHAIRYN OTHMAN kali ini, pasti membuat anda terhibur sekali gus berdebar bagaikan menaiki roda Ferris, melantun di awang-awangan – pucat tanpa boleh berkata-kata.

Review 536: Zahrah de Tigris by Khairyn Othman


Zahrah de Tigris by Khairyn Othman
Terbitan Jemari Seni
RM20.00

Sejauh mana sekuntum bunga mekar yg menghuni bumi yang dihujani peluru2 tak bermata mampu bertahan? Mungkin Nisa mendapat berkat doa2 orang yang mengasihinya.. kedegilannya memang set2 nak kena luku lapanbelas kali. Tapi kerana kedegilan itulah dia bertahan di tanah asing yang pastinya bukan 'hujan emas'. Dia sanggup berhujan batu di negara orang kerana sayangnya pada manusia seagama dan sayangnya pada Yg MAha Esa. Pd mulanya Nisa spt dimotivasi oleh gaji setinggi 12,000 sebulan utk mendarat di tanah Iraq sbg guru.

Di Lembah Tigris dia menabur budi, memendam rindu pada keluarga. Nisa seorang srikandi dgn caranya yg tersendiri. Di Lembah Tigris ini juga hatinya terpaut, tetapi kata cinta tidak diluahkan, tak mungkin kerana cinta ini cinta terlarang. Tetapi Dr Patrick Devereux spt tak paham2 istilah cinta terlarang. Nisa rasa seperti sudah jauh benar dia berlari dari lelaki itu tetapi tup2 dah ada kat sebelah. Doktor dari Perancis ni memang romantis dan jiwang-jiwang, kalau hati sudah suka...

Kisah perang sebegini kalau disajikan dalam bentuk rencana, berita, dokumentari... hmm terus terang saya katakan saya hanya baca tajuk besar saja. (Dulu)Sudah banyak penderitaan peperangan yang saya baca dan tengok dalam media2 masa yg terdpat di negara kita, dan ianya seperti tiada penghujung. Byk kali juga air mata simpati saya mengalir melihat wanita dan anak2 kecil malang di sana.. hingga kini, realiti begini seakan tiada penghujung. mungkin saya sudah bosan dgn berita2 sebegitu..

Latar belakang kisah begini mungkin kurang menarik perhatian pembaca novel cinta santai tetapi (setelah membaca ZdT) kisah cinta Nisa juga sangat menarik. Khairyn berjaya menyulam kisah cinta dan kisah perang di Iraq dgn baik. Kedua-duanya menjadikan saya tak sabar2 nk tahu apa penghujungnya buat Nisa, berbaloikah perjuangannya? Dpt kah Nisa membenihkan kefahaman Islam ke dlm jiwa Dr Patrick yg tidak percaya kewujudan tuhan. Cintanya yg mendalam kepada Nisa tidak dapat juga mengubah fahaman ateis nya. Kecewanya saya dgn takdir yg menimpa Dr. Patrick, namun tragedi itu perlu utk memungkinkan Nisa bertemu dan hidup bersama cinta sejatinya. :) terima kasih Khairyn for the happy ending!

Ntah berapa kali saya melafazkan syukur kpd Allah kerana di Malaysia tiada anak2 yang mati ditembak ketika berebut gula-gula. Tidak perlu berkumpul di bilik bawah tanah utk menyambut Israk Mikraj yg kemudiannya menjadi bilik dipenuhi mayat kerana dibom. nak mengungkapkan ayat2 ini semula pun sudah membuat air mata saya bergenang.

Dalam novel ni juga ada entry nisa dalam blognya yg diselang seli dgn cerita oleh 3rd party. Ada sesetengah part waktu atau masa yang dipaparkan di blog Nisa tu mengelirukan... kalau pukul 13.00 am tu pukul berapa? pagi ke? malam ke? siang ke? *garu pala* Ermm kadang2 tu rasa mcm baca buku translate pulak :)

errr.. awat review ni panjang sangat ye?? hehe

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis Belakang Buku:

Zahrah de Tigris… adalah Khairunnisa Si Kembang Tigris…

Anak gadis dari Malaysia yang menuntut di Tanah Ratu ini, memang degil orangnya. Dilarang makin keras, dirayu pula makin tegar. Dia berkelana bersendirian mencari sebuah cinta. Cinta yang paling hakiki: cinta Rabbul Izzati.

Nisa pasrah menerokai sebuah kota yang pernah menjadi puncak peradaban Islam suatu waktu dulu. Kota Baghdad yang pernah terkenal dari masyrik ke maghrib itu sedang berantakan: dihamburi mortar dan peluru. Cerita pilu, Kota Negeri Seribu Satu Malam itu menjadi Kota Ngeri Seribu Satu Malam.

Menjadi guru dan jurubahasa, membuatnya mudah memahami budaya orang-orang di Lembah Tigris. Begitu sudah di situ lain pula ujiannya; dia terpaksa keraskan jiwa, kuatkan semangat tetapi perlahan-lahan hati perempuannya diketuk jua. Namun cinta mereka tak mungkin bersatu kerana Doktor Patrick Devereux, seorang ateis.

Review 535: Belaianmu by Suhaniza Sulaiman


Belaianmu by Suhaniza Sulaiman
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd
RM20.90
411 mukasurat

"Begitu cepatkah hatinya berubah?"

ermm macam mana nak mula ye? err.. kisah cinta selepas kawin yang saya suka!! edehla.. mcm terbayang bayang muka kak ima dgn muka diana lipis tergelak berdekah dekah kat aku.. huh.. nasib aar. dua makcik tu memang suka bebenor kisah cinta selepas kawin. well, kalau sapa yang suka genre cerita begitu, rasanya akan enjoy citer 'belaianmu' ni.

Irfan seorang lelaki yang sering gagal bercinta. PErkahwinan dgn Nur Eisya adalah satu pengalaman bahagia buatnya tetapi kehadiran Shahril Azwan meragut segala-galanya. Nur Eisya terpaksa dilepaskan lalu bermulalah mukasurat baru dalam diari hidup Irfan sbg lelaki yang pemarah dan suka memainkan hati perempuan.

Dia suatu sudut diari kehidupan yang lain wujud sofia, seorang gadis innocent yg kekampungan. Dia hidup tersiksa dgn ibu tirinya. Dia dipaksa mengahwini seorang lelaki tua utk melunaskan hutang. Semasa melarikan diri dia bertembung dgn Kudin yg turut berniat jahat. Nekad Sofia melarikan diri dgn bantuan pakcik Yusuf. Zaida, anak saudara ibu tiri sofia menjadi galang gantinya.

SEbaik menjejak KL Sofia sudah terperangkap dan hampir2 diragut kehormatannya tetapi diselamatkan oleh bapa Irfan. ibu bapa Irfan melayan sofia seperti anak sendiri sehingga menjadikan Sofia segan dgn pasangan berhati mulia tu, jauh lebih baik budi pekertinya berbanding Irfan yg sentiasa melemparkan kata2 menyakitkan hati kpdnya. Ibu dan bapa Irfan mahu Irfan kembali spt dulu, mereka merancang utk memaksa Irfan menerima Sofia sbg isteri kerana mereka yakin kesabaran dan budi pekerti Sofia akan dapat mengubah Irfan. Irfan cuba mencari helah tetapi bapanya lebih bijak merancang atau lebih tepat mengugut.

nampaknya perjalanan hidup 'menyiksakan' sentiasa mengekori Sofia ke mana-mana. Tetapi kesabarannya mencuit hati Irfan yang masih lagi tebal dendamnya terhadap perempuan. Kebenciannya yang tebal terhadap Nur Eisya meranapkan sayangnya pada Sofia yang makin mekar.

kisah2 cinta sampingan dlm novel ini juga menarik namun tidak menutup kekuatan kisah utamanya iaitu 'sofia-irfan'. Saya amat sedih dengan perjalanan cinta Ustaz Hj Sufian walaupun kisahnya kurang dari 10 mukasurat. Saya terhibur dgn kisah cinta Asri yg sungguh2 mahukan Norsaadah janda kematian suami yang lima tahun lebih tua darinya! Adah tahu status dirinya dan menolak Asri mentah2 tapi Asri tu siap bawak mak ayah dia jumpa mak ayah Adah dan merancang 'kawin paksa' (lagi) yang Norsaadah takkan dpt mengelak. Adah terpaksa berkata 'ya' bila mak dan ayahnya memberi jelingan maut kpdnya di hadapan tok kadi. kembang kempis idung Asri macam terowong keretapi keluar masuk.

Nur Eisya dan Shahril Azwan saling menyinta dan bahagia dgn anak2 mereka tetapi mereka terkilan kerana Irfan tak dapat memaafkan mereka. Yer la buat affair ngan bini orang sampai beranak. Sapa tak marah, kan? Banyak lagi persoalan yg terjawab dalam kisah ni :) selamat membaca!

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Sekali sekala... tidak terfikirkah olehmu tentang hati seorang isteri? Tentang impian dan cintanya. Tentang kesetiaan dan harapan hari-hari mendaatangnya. Seorang isteri, impiannya tak banyak. Pengorbanannya juga bukan sedikit. Lalu payahkah untuk kau merealisasikannya? Sedang isterimu rela untuk meredah walau apa jua halangan... lembah dan onak. Salahmu... bila keegoan yang kau junjung, telah jatuh berderai tanpa ada yang sudi menyambutnya. Silapmu jua... bila kasih yang kau semai, akhirnya berlalu sebelum hadirnya musim rindu. Dan kesilapan, ambillah ikhtibar untuk kau jadikan pengajaran. Semoga kau sedar sebelum kelukaan merebak menjadi parah...

Review 534: Kalung by Zahida Zarkasi




Kalung by Zahida Zarkasi

Editor: Talia Danny


Terbitan KarnaDya Solutions


RM16.00


380 muka surat


"Penantian yang menyeksakan... Namun kebenaran lebih menyakitkan"

SEkali sekala beralih ke novel thriller menarik juga. terima kasih AMY atas cadangan novel Kalung by Zahida Zarkasi. Sungguh2 betul makcik tu mempromosikan buku ni kat saya :) tapi saya terkilan sikit sbb amy terrrrrrrlepas citer part yang sepatutnya dia tak cakap.. aduih.. memang spoil. hehe.. tapi apa2pun citer ni memang saspen. Persoalan utama dalam citer ni "did he or didn't he?" dia yang bunuh ke? atau bukan dia? Nia, watak utama cerita ini amat yakin yang Aries bukan pembunuh seperti yang disangka seluruh penduduk kampungnya. Sbg pembaca kita turut tidak ketinggalan utk berfikir, siapa yang benar? Ada masanya kita rasa ARies tak mungkin seorang pembunuh.. ada juga masanya kita merasakan dia ni mungkin juga seorang pembunuh. susah juga kalau jadi juri dalam situasi yang macam ni.

Cerita ini dimulai dgn penghijrahan Nia bersama adiknya Irfan ke kampung yg ditinggalkan ibunya bertahun-tahun yang lalu. Ibunya nekad menyuruh Nia meninggalkan pembelajarannya dan pergi ke kg dgn serta merta. Misteri pertama. Mengapa? SEtelah sekian lama di kampung, ibu bapanya tak sampai2 sedangkan mereka sudah berjanji. Nia dan Irfan tersiksa dgn layanan Mak Longnya yg kejam mengalahkan mak tiri. benci sungguh dia pada ibu Nia.

Kemunculan ARies, kebaikannya terhadap Nia memang menghairankan sedangkan seluruh penduduk kampung amat takutkan Aries. Pada mulanya Nia yang tak berapa tahu cerita layan ajer Aries tu, tapi bila terlalu banyak cerita yg didengarinya, dia menjadi takut dan lari hingga tak cukup tanah bila terserempak dgn Aries. Kalung misteri yang dijumpainya bersama selonggok kayu api yang dihantar ke rumah maklongnya membingungkan Nia.

memang mendebarkan... tragedi yg menimpa Nia memang bertalu-talu. Pemergian Irfan, tragedi ngeri ibu bapanya, keraguannya terhadap keikhlasan Firham... semuanya menyakitkan, hanya cinta Aries yang menguatkan semangat Nia... tapi benarkan Aries pembunuh?

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kenapa aku dipulaukan hanya kerana aku menyebelahi dia?
Kenapa aku dihina hanya kerana aku mempercayai dia?
Kenapa aku dibenci hanya kerana aku mencintai dia?
Sampai bilakah semua dugaan ini akan berhenti?
Sehingga saat maut menjemputnyakah?
Sedangkan kebahagiaan itu hanya dia yang memilikinya...

Gila! Sakitnya hati dilabel sebagai perempuan gila. Gilakan aku kerana sanggup mengorbankan segalanya demi dia?

Sampai bilakah kegilaan ini akan berhenti? Sampai bilakah aku mampu bertahan dengan semua ini?

Sehari? Seminggu? Sebulan? Setahun?

Sedangkan dia makin menjauh... Tanpa sebarang berita... Perginya pada hari yang sama saat aku kehilangan kalung... Hadiah pemberiannya...

...................

"Kalung bukan merupakan novel cinta, tetapi sebuah cerita yang berunsur thriller. Penuh dengan detik2 saspens. Pelbagai peristiwa tragis, misteri dan menyedihkan sentiasa menimpa watak utama, Nia. Novel ini akan membuat anda mahu menyelak setiap muka surat dari mula hingga akhir. Memang mendebarkan!" - Aina Emir, novelis "bestseller"-

Review 533: Pemburu Mimpi by Saleha Hussin





pemburu mimpi by Saleha Hussin
terbitan dewan bahasa dan pustaka
1250 mukasurat
rm47.00

"Seorang wanita perlu ada impian. Jangan biarkan diri seperti alas kaki. Dipijak-pijak, kemudian ditinggalkan"

Covernya berpucukkan JPM. bunga2 ungu dalam kemalapan yang disinari kilauan sebutir permata.

saya benar2 tk sangka sebaik saja memulakan pembacaan buku ni saya betul2 melekat dengan jalan cerita dan susur galur yg membawa saya ke dalam kemelut keluarga yg dipaparkan. satu novel yang mempunyai warna2 kisah kehidupan yang berbeza. Lima anak gadis yang dilahirkan Hendon disingkirkan oleh bapa mereka yg mahukan zuriat lelaki lalu berkahwin lain. Hamimah yg sudah berusia 10 thn ketika itu masih ingat bagaimana lelaki itu memperlakukan ibu nya, malah dia sendiri pergi bersama ibu dan adik2nya bersama lelehan darah di pinggir bibirnya. Hamimah pergi bersama dendam. Luka yg Johan tinggalkan bukan sedikit.

Johan mdpt apa yg diingininya, anak2 lelaki. Berbelas tahun berlalu tiada satupun anak lelakinya yang meringankan beban hidupnya. Dada akhbar menjadi penyampai berita kejayaan anak sulungnya Hamimah yg kini bergelar Doktor Falsafah dan juga kejayaan anak2nya yg lain. RAsa bangga dan bersalah berbaur dlm jiwanya. Geramnya saya pada watak NAtijah, isteri Johan. Masa mudanya dia tu lazer sungguh mencerca Hendon dan anak2nya. DAn setelah 16 tahun berlalu, bila Hamimah berjaya, diungkit2 pulak "mentang2 dah berkelulusan tinggi, depa lupa ayah kandung sendiri"

Kisah ini lebih bertumpu kepada 3 gadis adik beradik, Hamimah, Hayati dan Halina. Haliza dan Hadidah masih lagi belajar. Hamimah seorang pensyarah yg cenderung dalam bidang politik, tetapi status solonya menyukarkan dia 'naik' dalam bidang ini. Siapakah lelaki yg hendak dijadikan suami? dia seakan sudah tidak percaya kepada lelaki.

Hayati seorang yang berkarier dalam dunia yang dipenuhi lelaki. Keupayaan menyaingi lelaki menjadikan dirinya yakin dan sentiasa mendahului mereka. Dia takkan tersungkur di kaki mereka. Namun Ariff tak pernah berputus asa. Lagi kerap Hayati menghilangkan diri, lagi galak Ariff mencari. HAyati bukan seperti wanita2 lain yg pernah Ariff dampingi. Ariff seperti mahu menjinakkan Hayati tapi nampaknya ARiff yg menjinakkan dirinya sendiri. Hayati takut pada ariff kerana dia satu2nya lelaki yang boleh menyebabkan otaknya tak berfungsi.

Halina pulak selepas grad dari universiti of wales terus nak kawin.. so terpaksalah mncari ayah kandung utk mewalikannya.. sesuatu yang amat tidak diingini oleh Hamimah dan Haryati.

semua ni baru ringkasan seperempat dari buku setebal 1250 muka surat ini. Bukan senang nak cari novel yang tebal tetapi padat seperti ini. adalagi kisah dr hamimah melamar dr md zain, hayati disindir ibu ariff hingga terpaksa melarikan diri dari ariff bersama satu nyawa baru dalam rahimnya, halina hanyut dalam ajaran sesat dan mempunyai pandangan sendiri dan selalu buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan kakak-kakaknya... Halina hilang diri dalam ketaksuban terhadap suami, rela dimadukan, Dr Hamimah tak sangka satu keterpaksaan membuahkan kebahagiaan dlm hidupnya. Permainan takdir antara Hayati dan Ariff lebih hebat dan mengejutkan. for me kisah ni ada nilai2 suspens yg tersendiri. cuma mungkin saya slow sikit part2 kisah politik tapi saya suka kisah Hayati-Ariff dan kisah Halina-Hanif sangat tidak disangka-sangka. I don't mind reading this again. :)

sure fine whatever
rinn
4 bintang

sinopsis belakang buku:


"kita boleh hormat dia, Lina, tapi jangan minta lebih daripada itu. Akak tak mahu buat dosa pada dia. Biarlah dia pergi dik. Lagipun ... kita cuma anak perempuan. Kita bukan boleh menyambung zuriatnya. Kita tak boleh mengusung mayatnya ke kubur. Biarlah kita dengan hidup kita di sini. Selama ini pun , beginilah mak membesarkan kita semua. Biarlah dia dgn hidupnya di sana. Kita tak perlukan sesiapa..."

Kata-kata Dr Hamimah yang terakhir itu sungguh muktamad buat bapanya, Johan. Hatinya hancur luluh. Semua harapannya sudah musnah. Dia menangis dalam kesepian, tetapi apa kan daya, segala-galanya telah berlaku. Dia tidak berdaya memusingkan masa itu. dialah yang merncang semua ini. Tidak boleh disalahkan kepada takdir Tuhan. Tuhan hanya melorongkan permintaannya. Dia berusaha, bersusah payah untuk mendapat anak lelaki. Tuhan sudah pun memenuhi hajatnya.

Si anakkah yang bersalah kerana mengetepikan bapanya, atau si bapakah yang bersalah kerana pernah mengetepikan anak-anaknya? Sebagai pembaca, anda diminta menjadi pengadilnya. Pastikan anda membaca novel yang mengisahkan perjuangan wanita ini untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar adil.