Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, March 25, 2009

Jom Cari Novel Baru!

Banyaknya novel baru bulan mac dan akan datang bulan April! boleh la cari masa pesta buku.. pergghh senget la bahu galas beg.




































Sunday, March 15, 2009

Tukar Siaran Dari Mata Arisa?




Saya ada hantar emel kat rtm utk mintak tukar siaran Dari Mata Arisa sbb betul2 masa kerja saya yg busy pukul 11.30 - 12.30 tgh tu. kalau masa lunch break tu lain la kan. Saya dapat reply suruh tengok VOD secara streaming kat web rtm. well paham2 jer la kalau keja gomen, byk web yg kena block. macam mana lah nak tengok. lagi pun tak kan la nak curi masa kerja utk tengok. Lagi pun streaming video tu hanya siarkan episod yg latest jer, tak derpun episod2 yang sebelum2 tu.


so pada those yang nak mintak tukar siaran Dari Mata Arisa, please, please emel ke alamat2 emel di bawah, tak yah emel salah satu, send saja kat ketiga-tiga emel address tu utk minta tukar siaran ke lepas waktu pejabat la senang sikit, tak der la rasa bersalah kalau nak cilok2 tengok pun. haha.




kerjasama anda amat2 dihargai ;) hehe
sure fine whatever
rinn

Wednesday, March 4, 2009

Review 10: Belaian Jiwa by Eka Fahara


Belaian Jiwa
Penulis: Eka Fahara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan pertama: Tahun 2007

"Ku tak jemu menanti mentari turun beradu tujuh hari seminggu asal kau di sisi ku"
Ganti diri aku dan penceritaan orang ketiga yang diguna berselang seli dalam perenggan dan bab yang sama membuatkan pembacaan terasa janggal tetapi tidak mengelirukan. Dua buku E.F sebelum ni membuat saya rasa detik2 menarik muncul di akhir2 cerita, tapi dalam Belaian Jiwa, perjalanan hidup Fizi & Eisya dalam cinta rahsia menarik utk diikuti. Bagi saya Fizi & Eisya ni lebih jiwang la :)
.

Biler ada mention iras wajah2 hero & heroin citer ni dgn Ary Wibowo dan Nasha Aziz, imaginasi saya agak terhad. Imaginasi tu! Apa2pun dua2 tu memang sama cantik dan sama padan ;)
Eisya dan Fizi saling jatuh cinta tetapi awal2 lagi Tengku Amnah sudah menentang kerana Eisya tidak tentu keturunannya dan sebatang kara. Fizi dan Eisya meneruskan cinta rahsia dan berkahwin dengan restu adik beradik Fizi.
.
Tengku Amnah tu memang control betul Fizi sbb takut terjebak dalam cinta Eisya. Sampai nak cakap di telefon dgn org yang kuar dgn Fizi. Aku pun penah jadi tukang konfirm betul ker tunangannya berada dengan aku dan bukan dgn org lain. Aduss kesian pulak kat budak tu.
.
Berita gembira kedatangan ahli baru dalam perkahwinan rahsia mereka dicemari pengumuman pertunangan Fizi dgn Dalila. Eisya kecewa dan Fizi termangu dgn pertunangan yg tidak diketahuinya itu. Ini memaksa Fizi utk mengumumkan perkahwinan mereka yg sudah melewati usia satu tahun. Fizi menerima kejutan lagi apabila Zahri, sahabat baiknya, mengenali Eisya dan kemesraan mereka membuatkan Fizi cemburu. Zahri pernah bercerita yg dia pernah ditinggalkan tunangnya semalam sebelum perkahwinan mereka. Adakah org itu Eisya? Makin sesak nafas Zahri.
.
Kehilangan kandungan Eisya memberi sedikit sentuhan duka dalam kisah ini namun restu Tengku Amnah adalah pelengkap ending kisah ini. A pleasant read :)
.
sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:
Indahnya cinta yg membelai jiwa tatkala kau berada di sisi. Manisnya madah bila dicita tatkala kau ucapkannya. namun, sering pula aku resah bila ada saja penghalangnya. Pedih dan sedih dihina hanya aku yg merasainya. Rasa sakit kerana dibohongi hanya aku yg mengerti. Terkapai-kapai kukelemasan utk merungkaikan suatu kejujuran. Hanya ALLAH yg tahu betapa parahnya aku menanggung. Maka, perlu lagikah aku merahsiakan gelodak hati ini?
.
Syed Danial Hafizi... di manakah harus kuletakkan harga diri ini bila Tengku Amnah mempersoalkan keikhlasan hatiku? Persoalan yg terus memburu dan mengacau damai kasih tika cinta suci kita telah kukuh tersemat di sanubari. Ah... aku tak sanggup menghadapi perpisahan ini.
.
Zahri... kasih sayangku terhadapmu hanyalah syg seorg adik terhadap abg. Aku tidak mahu meneruskan perkahwinan ini kerana aku belum bersedia ke arah itu. Walaupun pahit dan penuh duka, aku nekad menoktahkan hubungan ini. Maafkan aku...
.
Adim... sikap ambil beratmu membuatkan aku terharu. Bergetar jiwa ini bila panahan matamu menikam jantungku. Namun bila mendari siapa diri ini, rasa bersalah bercambah di hati.
.
Alisya rimas mendambakan cintanya. Antara 3 lelaki itu, yg manakah harus dia menyemai kasih? Di saat cinta bersemi, perhatian lelaki itu amat dinantikan. Lantaran, dia berasa damai menumpang teduh di bawah payung kasih yg menjadi hak mutlaknya.
.
RM19.90
503 mukasurat
ISBN: 978-983-124-313-8