Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Friday, November 28, 2008

Semalam Yang Berlalu by Julia Jazmine

Tajuk Novel: Semalam Yang Berlalu
Penulis: Julia Jazmine
Penerbit: Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd
Tahun: 2008
Harga: RM16.00
ISBN: 978-967-5106-24-8


"Dia berharap langkahnya itu akan meninggalkan semua kenangan semalam. Kenangan yang ingin dilupakan"


sinopsis belakang buku:


Afira berhijrah ke Kuala Lumpur setelah mendapat tawaran kerja di sana. Di KL, dia menumpang di rumah Hani, temannya semasa di universiti. Afira jatuh hati kepada Mohd Aidil merangkap bosnya tanpa menyedari lelaki itu adalah sepupu kepada teman serumahnya. Namun perasaannya itu dipendam kerana lelaki itu sudah pun bertunang.


Pertemuannya secara tidak langsung dengan Annuar telah berjaya mencuri hati Afira. Namun Afira tidak segera menerima apabila Annuar menyatakan niat hatinya utk memperisterikannya. Disangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengah hari. Hubungan mesra Annuar dengan Afira putus di tengah jalan disebabkan oleh satu kejadian ngeri yang menimpa diri Afira.


Berjayakah Annuar meyakinkan cinta sucinya hanya utk Afira? Dapatkah Mohd Aidil mencari punca mengapa Afira ingin berhenti menjadi setiausahanya? Percayakan Hani dengan pengakuan Afira mengenai apa yg menimpa dirinya? Bagaimana pula penerimaan Opah Milah terhadap cucunya itu...?



catatan di blog Pekan Ilmu Publications:


"Dia memandang ke langit. Cuaca mulai mendung, awan hitam hampir menyelubungi seluruh langit tetapi dia masih tetap berdiri di situ. Kereta sewanya dipandang. Dari tempat dia berdiri, dapat dilihat beberapa buah kotak tersusun rapi di bahagian tempat duduk belakang..."


Haruskah percintaan berakhir dengan tragedi? Apakah kematian akan mewajarkan segala perngorbanan yang telah dilakukan selama ini. Memang dalam hidup, bukan semua yang kita idamkan akan tercapai. Seringkali halangan yang mendatang, memusnahkan segala impian yang ingin dicapai. Afira dan nafasnya yang mengensot pergi dalam titis air mata dan pelukan kasih sukma yang didambakan selama ini.


Apakah yang sebenarnya berlaku? Dapatkan jawapannya di dalam novel 'Semalam Yang Berlalu' - garapan Julia Jazmine.


(untuk membeli novel ini secara online, sila ke blog http://mekmulong.blogspot.com/ atau emelkan ke mekmulong@gmail.com)

Wednesday, November 12, 2008

Arkib Promosi NB Kara


Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Harga RM24.90-(Semenanjung) , RM27.90-(sabah sarawak)
isbn: 978 967 5229 02 2


"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"


Sinopsis:


Zahirnya dia lelaki yang sempurna ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya apda wanita.


Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkan dimiliki kasih Chinta?


Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya...

(nantikan kemunculan novel ini Disember 2008)