Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, September 23, 2012

Review 700: Jatuh Cinta Lagi by Rehal Nuharis

Jatuh Cinta Lagi

Penulis: Rehal Nuharis
Mini Novella
Terbitan Fajar Pakeer
RM8.90
Sabah/Sarawak: RM11.90



Kisah cinta kedua. Sekali terluka jangan serik untuk membiarkan cinta kedua mengubatinya.



Baru di tingkatan 6, An Nur Sudah putus tunang dengan sahabat sepermainannya, Razif. Pertunangan itu diaturkan oleh atuk-atuk diorang. Razif menyedari tiada cinta untuk sahabatnya itu lalu pertunangan mereka diputuskan. An Nur kecewa kerana sekian lama dia menyemai perasaan kasih buat Razif. An Nur membuat keputusan utk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 di sekolah lain.



Kehadiran Adzim mencuri perhatinya tetapi dibuat tak endah kerana ada peristiwa antara mereka yang membuat An Nur untuk mengangkat muka memandang Adzim, lagipun sahabat baik An Nur turut menyimpan perasaan kasih terhadap Adzim. Adzim juga pernah kecewa bercinta. Amboi diorang ni... baru tingkatan 6 dah mula mencari cinta kedua untuk mengubat hati.



Penceritaan penulis menggunakan nada dewasa untuk melagukan kisah ini membuatkan kisah ini terasa matang dan serius walaupun watak-watak utamanya adalah remaja di tingkatan 6. Kalau baca sinopsisnya memang tak sangka langsung ini kisah alam persekolahan. Kisah yang pendek diceritakan dengan baik dan tidak meleret.



sure fine whatever

rinn



Blurb/Sinopsis



Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan ADzim membuatkan mereka berkongsi rasa yg sama. Masing2 kecewa dgn cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru, Razif kembali untuk

menagih kesetiaannya.



dlm kekalutan yg singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yg dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata utk Dilla kini mula faham yg Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur. Apakah An Nuur akan jatuh cinta lg kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dgn Izan? Atau sebaliknya?



"Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak."

Review 699: Gaun Cinta by Puteri Imaneisya

Gaun Cinta

Penulis: Puteri Imaneisya
Mini Novella
Terbitan Fajar Pakeer
RM8.90
Sabah/Sarawak RM11.90


Kisah gadis burger flipper yang ala2 macho dengan jejaka fashion
designer yang ala-ala lembut.



Mirzan Hanni lebih banyak mengusik berbanding Fazral yang lebih banyak
diam dan senyum. Hari demi hari 'wak dan nyah' ini semakin serasi
sehingga Kathy yg belajar memanik dengan Rafzal pun dalam diam
membakar cemburu Mirzan Hanni


Mirzan Hanni terhutang budi dengan Rafzal apabila Rafzal
menyelamatkannya dari menjadi mangsa 5 lelaki samseng. Ternyata Rafzal
lelaki yang kuat dan sungguh2 mempertahankan Mirzan Hanni. Ketika
hubungan mereka semakin baik, Rafzal menghilangkan diri. Membuatkan
Mirzan Hanni resah dan tercari-cari.

Apabila Rafzal muncul kembali bersama gaun biru yang bakal mengubah
masa depannya, Mirzan Hanni gabra, namun apahal pulak sampai nak kena
pakai gaun tu dan ber cat walk depan panel Milan Fashion Campus Italy!
Mirzan Hanni nak pengsan! Tapi sanggupkah dia pakai benda biru yang
direka khas untuknya itu demi masa depan Rafzal?

:)


Penulis mengangkat hero yang jarang2 menjadi pilihan penulis lain.
Mungkin tanggapan overdose Mirzan Hanni membuatkan kita rasa Rafzal tu
lembut. Banyak juga teknik flashback digunakan penulis, namun kurang
kemas kerana kadang2 kita macam tersesat dalam scene. Apa2pun jalan
ceritanya berbeza dan ada manisnya.


sure fine whatever
rinn




Blurb/sinopsis

Lembut sangatkah anak muda bernama Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedakahkan gelaranya nyah kepadanya? Fazral tetap selamba tak terkutil langsung dengan gaya minah sengal daripada Mirzan Hanni, seolah baru kenal manusia.


Itu komen pertamanya, namun tanpa mereka sedar, pertemuan tidak sengaja dlm persepsi berbeza itu telah mengheret mereka kepada satu perhubungan yang tak mampu mereka tolak.


Bagaimana pula kelembutan itu berjaya buat emosi brutal Mirzan Hanni gundah gulana? Dan apakah kaitan sehelai gaun dalam hidupnya? Biarkan gaun ini jadi lambang dan saksi cinta kita.

Review 698: Kau Pemilik Hati by Ayumi Syafiqah

Kau Pemilik Hati

Penulis Ayumi Syafiqah
Terbitan Kaki Novel SB
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00


"Biar berkali-kali hati ini diketuk, tak mungkin ku menyahut kerana kaulah pemiliknya yang azali".


Penulis memilih melagukan kisah kahwin paksa. Kisah dan jalan cerita yang sangat tipikal dengan rentak dan kronologi cerita yang predictible. Penulis baru ini mempunyai gaya bercerita yang menyenangkan walaupun terserlah gaya penulis yang masih mentah.

Perkisahan tentang Qarissa dan Zafril cukup manis tanpa perlu bercerita berlebih-lebihan. Penulis ini ada sentuhan yang baik untuk scene-scene sedih. Ending yang baik diberikan bukan saja untuk hero dan heroin, malah untuk watak sampingan yang berkait dengan heroin. Semua ada their happy endings.



Ayumi Syafiqah patut mencuba genre selain dari kahwin paksa untuk menampakkan skill menyusun kronologi cerita.


Orang paling bertuah dalam kisah ini adalah Izwar sebab dia dapat perempuan yang paling baik dalam cerita ini iaitu, Salma. :)



Perkahwinan paksa antara Qarissa Puteri dan Zafril. Selepas jatuh cinta pada Zafril, perkara pertama yang ditakutinya adalah takut ditinggalkan (sekiranya suaminya tahu keburukan lalu).



Semasa Qarissa menghilangkan diri, Zafril macam orang gila mencari. Tapi bila dah jumpa setelah letih mencari, sempat lagi Zafri dapat idea untuk menguji dan menduga hati Qarissa.



sure fine whatever
Rinn

Sinopsis:






Sejak pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi wanita yang lebih baik.





Bagi Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta mengatasi segala-galanya.





“Saya tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik mungkin….” – Zafrril.





Bagi Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima dengan hati yang separuh rela.





Baru saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus reda.





“Risa mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.





Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?





Thursday, September 13, 2012

Review 697: Siri Merah Cinta Kita 5- Tolonglah... Jangan Hukum Dia

 

Tolonglah... Jangan Hukum Dia

(Siri 5 Merah Cinta Kita)
RM18.00
Terbitan Buku Prima
224 mukasurat



Cerita sekitar dunia remaja di alam sekolah menengah yang dikongsikan dengan nada ceria dan dekat dengan jiwa remaja. :)



Page 6 - 40

Tolonglah... Jangan Hukum Dia

Penulis: Hazrul Hafiizi



"Biarpun dia tidak jujur padaku, aku tidak sanggup melihat dia dihukum"



Kisah 4 sekawan yang mulanya akrab berubah menjadi 2 kumpulan rival. Fira menyimpan impian tinggi untuk berlayar di tengah lautan menaiki kapal di Bandar Tanjung Pelepas. Jenny dan Ai Ling mentertawakan impian Fira kerana Pelabuhan situ hanya ada kapal kargo yang tak angkut orang.



Meena menyokong cita-cita Fira. Inilah yang memecahkan mereka kpd 2 kumpulan kecil. Jenny mencabar Fira untuk bertanding dengannya demi mencapai impian Fira.



Pertandingan yang dikatakan pelik itu tidak dijelaskan membuatkan aku rasa ting tong sedikit bila membacanya.



Pertandingan pelik itu menjadi famous di sekolah mereka. Yang pastinya, pertandingan itu telah mengeruhkan lagi hubungan mereka berempat.



Aku rasa ni pertandingan 'sapa naik kapal kargo dulu dia menang'. :D



Peti merah misteri yang ditemui Fira tak jauh dari kapal kontena yang pecah di pantai di situ lebih menarik dari pertandingan pelik. Aku pun pelik.



Meena dan Fira tidak mengembalikan peti merah tu sebaliknya menyembunyikannya di celah2 batu. Kalau diorang kembalikan peti merah tu, kan senang2 jer dapat naik kapal kargo kalau jumpa manager situ.



Jenny telah berjaya memperdayakan Meena dan mendapatkan peti merah tu utk digunakan bagi menjadi pemenang pertandingan pelik yang aku pun pelik tu.



Walupun kendian cite ni melibatkan plis dan peguam, aku masih tak berapa clear mengenai pertandingan pelik yg mereka cipta sendiri itu. *garu pala*



mungkin remaja faham kot. Aku kan remaja purbakala mesolitik.





Page 41 - 78

Aqila Bukan Ratu Drama

Penulis: Nurul Syahida



Aku suka cerita ni. Bila aku cerita semula pada anak buah aku yang tak skolah lagi tu pun berdekah-dekah dia gelak.



Aqila. Dia bertekad tak akan mengalami masalah jerawat seperti Kak Ashfa. Tapi pada suatu hari, ketika dalam bas, dia tak dapt seat. So terpaksa la berdiri masa bas brek mengejut, Aqila tersembam dan pipinya tergesel dengan pipi kak Ashfa!!! Mau tak macam orang gila dia lari balik rumah.



Aqila tu terlampau takutkan jerawat hingga segala mcm krim dan ubat disapu ke muka. Asal sebijik jer jerawat dah naik ruam satu muka!



"Kenapa bas ini brek mengejut? Mukanya yang penuh jerawat batu itu melekap ke pipiku!"





Page 79 - 116

Dekatlah Jangan Menjauh

Penulis: Lynn Dayana



"Jangan dekat-dekat, walaupun kita berjiran!"



Aisya gembira sebab jiran barunya ad aanak sebaya dirinya. Boleh dapat kawan baru, namun pertemuan pertama mereka sudah bertelingkah. Disangka anak jirannya tu perempuan, tapi lelaki rupanya. Aidan = sombong.



Curiosity Aisya dianggap perlakuan ala-ala stalker oleh Aidan. Aidan ni jenis tak sayang mulut juga. Sinis sehingga Aisya terrrrrrrrrrsembur air ke arah Aidan :) kerana tak dapat menahan marah. Pergaduhan mereka terbawa-bawa hingga ke status fb.



Pertelingkahan mereka bertukar rentak apabila papa Aidan kemalangan di Adelaide dan mama Aidan terpaksa menyusul segera. Aidan yang bakal menghadapi peperiksaan besar terpaksa ditinggalkan dalam jagaan jiran mereka, iaitu, ibu bapa Aisya!



Aidan sudah tidak banyak bicara seperti dulu untuk diajak bergaduh. Mukanya yg sedih mengundang simpati Aisya. Perbualan mereka berubah menjadi aman dan menyenangkan.



Barulah Aisya tahu rupa2nya Aidan pernah mempunyai adik perempuan tetapi Nor Aishah telah meninggal dunia akibat demam panas. Aisya banyak mengingatkan Aidan kepada Nur Aishah.



Kepulangan ibu bapa Aidan mengeratkan lagi silaturrahim dua keluarga. Sekarang Aisya ada 2 abang yang sangat protektif yg memantau geraklaku hariannya. Aisya dah mula rasa terkongkong pulak sebab dah ada tukang repot :)



pg 117 - 175

Sekarang Aku Kisah

Penulis: Aleya Aneesa



"Mei Hwa si pandai yang dibenci kawan-kawan. Sombong, tidak mahu bergaul.Ada sesiapa ambil kisah?"



Sikap Mei Hwa yg kurang bergaul membuat dia kelihatan sombong di mata rakan-rakannya. Ada yang seperti dengki dengan keupayaannya untuk score A dalam semua subjek tanpa masalah.



Siti hajar mencabarnya; belajar tapi tak aktif sukan pun tak guna...

Mei Hwa ni jenis muka tak ada perasaan. Makin geramlah Siti Hajar.



Haryani menyimpan hajat untuk mendapatkan bantuan Mei Hwa dalam pelajarannya, tetapi sikap sombong Mei Hwa membuat dia memendamkan saja hasrat hati.



Cita-cita menjadi Doktor sejak kecil menjadikan Mei Hwa objective-oriented. Dia tak pedulikan apa jadi di kiri kanannya, janji dia score dlm semua subjek.



Mei Hwa cuba blend in setelah ditegur ibunya mengenai sikapnya yang jarang bertegur sapa dengan kawan2. Baru dia perasan bahawa wakil sukan, wakil perbahasan dan wakil pertandingan melukis adalah orang2 yang lebih dikenali di kalangan murid2 dan cikgu2 berbanding dirinya yg scorer dlm subjects tetapi low profile. Ada guru dan murid yg menyangka dia pelajar baru! Walaupun namanya famous, rupanya tidak dikenali sehingga ada guru pegi bagi ucapan tahniah kepada Mei Hua yang lain! "Sekarang aku kisah!" yer la... org lain2 penat2 belajar dan score, org lain pulak yang dpt pujian. So apa tindakan Mei Hwa utk menunjukkan dia 'kisah'? kena baca lah...





pg 176 - 217

Da... Hostel?

Penulis: Bikash Nur Idris



"Huh! Tinggal di sekolah asrama? Oh, tidak? Macam dalam hutan..."



Farhah dilimpahi kemewahan sejak kecil. Walaupun baru berusia 15 thn, dia sudah pandai shopping jenama2 terkenal di butik dgn kawan baiknya, Jiha.



Keputusan ibu bapanya nak hantar dia ke sekolah berasrama penuh membuatkan Farhah memberontak, namun keputusan muktamad. Malah dia hanya dibenarkan bawa telefon biasa dan blackberrynya di tarik balik.



Ibu bapanya mahu dia berubah dan berharap kehidupan di asrama dapat mendidik Farhah. Tau-tau saja Farhah sudah tercampak di ASPURI Hutan Beranang. Apalagi... berenang air mata di beranang lah jawapnya :)



Sebaik sahaja masuk asrama, Farhah terus mengumpul maklumat dan memasang strategi agar dia segera disingkirkan dari asrama.



Afna dan Fina cuba berbaik dgn Farhah tetapi perbualan telefon antara Farhah dan Jiha membuatkan Afna dan Fina berkecil hati dengan kata2 kasar Farhah. Sekelip mata dia kehilangan 2 rakan asrama yang baik hati. Farhah sendiri menerima 'tamparan' apabila terrrdengar melalui talian telefon yang terlupa Jiha matikan. Jiha, sahabat yang dianggap paling baik telah mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati dan mentertawakan nasib Farhah yang tercampak di Hutan Beranang.



Strategi yang telah dilaksana menyebabkan Farhah tertangkap dan betul2 bakal disingkirkan, tetapi Farhah sudah tawar hati untuk balik. Dia mahu berubah di Hutan Beranang dan saksikanlah pula strategi Farhah untuk terus berada di Hutan Beranang dan tidak dibuang sekolah :)



sure fine whatever
rinn

Review 696: Pearl... Piah by Zuraidah Othman

Pearl... Piah

Penulis : Zuraidah Othman
Editor: Fitrah Aman
Terbitan: Novel house
117 mukasurat
RM8.90


"Nama kau Piah, kan?"
"Bukan... Pearl!"
"Mata sepet hidung kemek, Pearl konon! Pirrah!"


Kisah ini penuh dengan aura peperangan antara Pearl dan Norman. Kisah perang mulut mereka terasa sangat ringkas tetapi menyentuh hati. Salah faham antara mereka menyukarkan Norman untuk meluahkan perasaan terpendam, tambahan pula ada rahsia besar yang cuba disembunyikan Norman sekian lama.

Kehadiran semula Aswad menggandakan lagi kebencian Pearl kepada Norman. Aswad tu kreatif bebenor mereka cerita hingga mengeruhkan lagi keadaan. Jika nyawa Pearl adalah sebuah bantal buchuk that che can't live without, nyawa Norman pula adalah ubat yang disimpan dalam tin gula-gula yang telah dicampakkan oleh Pearl ke dalam longkang.

Ending yang sedih yang mungkin juga akan membuat kita membenci Pearl walaupun Pearl sekadar membalas perbuatan Norman menyembunyikan bantal busuknya.


sure fine whatever
Rinn

Review 695: Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia

Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia


Teribitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

Diselenggarakan oleh: Othman Puteh & Aripin Said

RM39.90



Hanya dengan harga RM39.90 u get a great compilation of cerita rakyat. Aku suka kisah-kisah dalam buku ini. Banyak yang membangkitkan nostalgia zaman kecil dahulu.



Cerita ini lebih sesuai dibaca sendiri terutamanya those yang 7 tahun ke atas. Kalau nak cerita kepada budak2 3-4thn mungkin akan susah sikit nak faham sebab gaya bahasanya yg lebih matang dan dewasa. Unless kalau pencerita mengolah semula bahasa mengikut kefahaman yang bersesuaian dengan kanak-kanak peringkat umur tersebut. You can see the excitement in their eyes menghayati kisah-kisah dalam buku ini :)



Aku pernah guna cerita-cerita di sini untuk bercerita kepada anak-anak sekitar 2-4 thn dengan cara membaca terus dari buku, tapi diorang tak faham. Kita kena faham cerita tersebut sebelum menyampaikan semula kepada anak2 ini dalam versi yang mudah mereka fahami yang sesuai yang perbendaharaan kata anak-anak sekitar umur tersebut.



Kadang-kadang yang ada yang suka beli loose copy yg satu buku satu cerita nipis, mungkin patut beli this book. Kita dapat 366 buah cerita dalam sebuah buku, for me, this is a priceless collection :) Kalau tak minat membaca pun, boleh ja baca satu cerita sehari dan by the end of the year, dah abis dah semua story :)



sure fine whatever

rinn





blurb/sinopsis belakang buku



Berseronoklah menikmati cerita binatang, jenaka, pari-pari, lagenda mitos, hantu dan asal usul, sambil belajar mengenai budaya dan tradisi masyarakat bumiputera Malaysia.



Antologi terbesar cerita rakyat Malaysia:

Bacaan harian selama setahun; 1 cerita 1 hari dengan tambahan 1 cerita bulanan



Bacaan warisan yg bermanfaat untuk setiap kanak-kanak:

Dibaca sendiri atau dengan bantuan ibu bapa.



Cerita dibahagikan kepada 2 kategori:

Kategori negeri - cerita rakyat setiap negeri, termasuk Sabah dan Sarawak

Kategori nasional - cerita rakyat yang telah diakui sbg milik rakyat Malaysia seluruhnya.



Menggunakan bahawa yg terkawal:

Pemilihan kata berdasarkan senarai perkataan Buku Panduan Bahasa Melayu KBSR

Beberapa perkataan di luar senarai sengaja ditambah dengan maksud meningkatkan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menggunakan Bahasa Melayu moden dengan mengekalkan gaya klasik.



Cerita disusun sempena hari tertentu antaranya hari Guru, hari Ibu dan Hari Kebangsaan.



Setiap cerita mempunyai nilai murni yg disarankan oleh Falsafah Pendidikan Negara dan disertai ilustrasi berwarna warni.



Antara cerita menarik:

Pelanduk Berani Negeri Terbilang * Raja Bongsu Pinang Beribut

Udang Galah Bongkok * Puteri Naga Menjadi Pulau

Kerana Tebu Sebatang * Buntat Teloh * Labah-labah Buncit

Pengorbanan Kansiduon * Gergasi Pindah Negeri * Kuda Hijau

Bujang Terboyai * Perang Kayangan * Subang * Budak Membina Negeri

DAN BANYAK LAGI


Review 694: Sunan Musafir by Ramlee Awang Murshid


Sunan Musafir
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan Grup Buku Karang Kraf Alaf 21
Editor: Mazuen Yahya
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00


Bukunya tak derlah tebal sangat tapi harganya mencecah RM22. Rasa mcm mahal pulak. Tapi mengenangkan ini siri terakhir dalam dwi trilogi Bagaikan Puteri, beli jer lah. Tengok2 kat dalamnya ada poskad special :)


Aku happy sangat2 dengan kemunculan semula Ratna yang membuatkan aku sangat puashati dengan penutup kisah panjang ini. Aku memang lebih suka Ratna berbanding Haryani walaupun Haryani yang muncul dahulu sebelum Ratna.


Kisah ini bersambung setelah Sunan separuh abad umurnya. dia membawa diri ke Pinggir Hulu Melaka bersama keluarganya. Andika merupakan satu-satunya darah daging Sunan yang sudah melewati usia remaja, namun tidak banyak keistimewaan Sunan yang diwarisi Andika, malah Andika sendiri tidak tau siapa sebenarnya ayahnya yang lebih dikenali sebagai Kiyai Kelana itu.

Mushaf kisah Laksamana Sunan menarik minat Andika dan Gadul untuk mengenali siapakan pahlawan misteri itu. Gadul tu mmg spesis tak sayang mulut. Cakap lepas.

Pertemuan dengan Yang Suri ketika Andika dan Gadul dibenarkan ayahnya berdagang ke hulu melaka telah membuahkan rasa cinta di hati muda anak teruna Sunan. Kegagalannya membayar cukai menyebabkan Andika ditangkap dan diseksa Panglima Deris. Saifudin datang menuntut anaknya untuk ditukarkan dgn senaskah AlQuran namun ditolak lalu ditawarkan agar mengalahkan Harimau berantai. Harimau Berantai menerima dengan angkuh, manakala Kiai Kelana sabar dan sudi menerima tawaran itu. Yang Suri nekad menawarkan diri sebagai galang ganti sekiranya Kiai Kelanan gagal muncul di hari perhitungan. Part ni ada style citer kungfu cina nyer jalan cerita. Panglima Deris cepat menerima kerana dia memang dah berkenan dgn Yang Suri yg cantik jelita.


Setelah persetujuan dicapai, Andika dibawa pulang. Yang Suri menyusul namun Kiai Kelana (sunan) mengarahkannya pulang dengan segera. Dia tak merestui hubungan Andika dengan Yang Suri. Deria Sunan pastinya dpt merasakan sesuatu yang tidak kena dengan Yang Suri yang polos dan comel itu.


Kiai Kelana melayarkan kisah Laksamana Sunan kepada Andika (dan Gadul) agar resah Andika memikirkan Yang Suri menjadi surut. ternyata kisah laksamana sunan membuat Andika teruja. Gadul tu over teruja. Bila Kiai Kelana nak berenti solat, Gadul terlebih kecewa ala-ala seperti perserta 'who wants to be a millionnaire' yang terpaksa menunggu iklan habis untuk mengetahui jawapannya betul atau tidak. :)


RAM banyak bermain dengan flashback dalam kisah ini. Bagi yang kurang gemarkan gerakkan cerita ke belakang sekali sekala, mungkin ada cepat berdecit. Namun bagi saya susunan flashback nya kemas dan cukup mendebarkan membuat kita tertanya-tanya di manakah Ratna? Adakah dia ibu kepada Andika?


Bagaimanakah cara Sunan membuat 'comeback' sebagai pahlawan semasa bertarung dengan Harimau Berantai? Saksikanlah sendiri penamat dwi trilogi hebat ini :)


sure fine whatever
rinn


blurb/ sinopsis belakang buku:

Allah menciptakan cinta, justeru cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.


Tahun 1511 merupakan detik keindahan, cabaran serta air mata. Pengembaraan Saifudin serta sahabat2nya ternyata bukan satu perjalanan yg mudah.

Fikiran Saifudin agak terganggu apabila mendengar khabar bahawa isterinya masih hidup. Namun, benarkah Sang dewi itu isterinya, Ratna mantan Ratu Sulaman? atau sekadar jelmaan?


Pada tahun 1531 - Saifudin yg sudah berusia memutuskan untuk bermukim di pinggir Hulu melaka. Dia mengisi hari tuanya dgn menghambakan diri kpd Allah dan meninggalkan dunia pertarungan. Bagaimanapun, kejahatan seolah-olah mengejarnya sampai ke hujung nyawa. Bejayakah Saifudin menewaskan mereka?


Ramlee AWang Murshid dalam karya terkini Sunan Musafir, lebih byk bermain dengan ruang dan waktu lebih menitik beratkan cinta dan air mata. Mengutamakan perjuangan dan kesabaran. Yakinilah pada ketika diri merasakan tidak mempunyai sesiapa, Allah itu mencukupi segala-galanya.


Wednesday, September 5, 2012

Review 693: 7 Hari Mencintaiku by Siti Rosmizah

7 Hari Mencintaiku

Penulis: Siti Rosmizah
Terbitan SR Publication
RM32.90
Sabah/Sarawak: RM35.90
1048 mukasurat


"Silap aku juga, kerna jatuh cinta
Insan sepertimu, seanggun bidadari
Seharusnya aku, cerminkan diriku
Sebelum tirai kamar aku buka
untuk mengintaimu...'


Kalau tengok tagline buku ini yg dipetik dari lirik lagu popular, ini bukanlah cerita hero yg suka mengendap ye? :) Tebal ya Rabbi bukunya! Kerana saranan Udaidza, aku baca juga novel ini. and guess what, memang tak terasa ketebalannya bila sudah mula membacanya. Walaupun tebal, ceritanya tidak meleret dan SR berjaya memberi campuran emosi yang pelbagai sepanjang membaca 7HM.


Aku tau ramai yang stail baca langkau-langkau kalau buku tebal ni terutamanya sepertiga pertama dan sepertiga terakhir. Rasanya baik jgn buat mcm tu utk buku ni sebab sepertiga pertama Mia Adriana sangat berbeza dengan Mia Adriana di sepertiga terakhir buku ini. Seolah-olah membaca dua buku yang berbeza. Macam mana boleh berlaku transformasi hebat pada Mia Adriana ini? Kenalah baca keseluruhannya.


Awalnya memang kita sangat benci dan geram dengan Mia Adriana yang sombong dan bongkak walaupun kekayaannya sudah lenyap. Tambahan pulak lawannya adalah mak mertua yang sama aja jenis lancang mulutnya, memang berdentum dentum diorang berbalah :) Nasib baiklah bapa mertuanya sangat baik hati, mungkin sebab mengenangkan Mia Adriana tu anak kepada sahabat baiknya.


sepertiga terakhir buku ini akan membuat pembaca menangis tak henti-henti mengikut Mia Adriana meniti kembali hidupnya sebelum kesedaran mengetuk dulu. Dia memohon maaf bersungguh-sungguh hingga kita yg membacanya turut merasakan tinggi sungguh darjah keinsafan Mia Adriana ketika ini.


Part2 awal tu memanglah kesian sangat kat Khuzairi yang baik hati tu, tapi diakhir-akhir cerita geram pulak dekat dia sbb wataknya sudah berputus asa walaupun masih ada cinta.


Sebelum ini aku dah pernah baca dua buku SR dan yang ini aku rasanya the best. Walaupun elemen 'hindustan' ini masih wujud tetapi ianya tidak keterlaluan. :)


Rasanya tajuk 7 Hari Mencintaiku tercetus dari scene Mia Adriana merayu utk kembali bersama Khuzairi dan anak mereka untuk 7 hari kerana Khuzairi bakal menikahi calon menantu hantu pilihan ibu tirinya yg tersayang. Walaupun Khuzairi reject hasrat Mia Adriana tu, tetapi bapa mertua Mia Adriana telah mencetuskan peluang untuk Mia Adriana memeluk kembali anak yang dirinduinya. :) Mia Adriana berjanji akan pergi selepas pernikahan suaminya.


sure fine whatever
rinn


SINOPSIS/blurb belakang buku

Khuzairi dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorg perindu yg setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.


"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzaiiri kau dengar sini. Kau tu budak kampung yg tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwind gn anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dgn akulah! Kau nak aku bawa cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So... apa kata kau berambus sekarang! Kau pegi balik jaga kambing2 kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu utk terus menahan makian dan hinaan yg dilemparkan oleh gadis ini. Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

"Ya, aku juga manusia biasa. Aku ada hati dan perasaan tapi aku tidak mampu utk berbuat apa2 demi satu amanah aku harus menelannya. Demi satu amanah aku harus terus bersabar"

Amanah? Amanah siapa yg digenggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?


Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagai putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi belum terpadam lagi buatnya.

Monday, September 3, 2012

Review 692: Biar Cinta Bertaburan by Yusnida Tajudin


Biar Cinta Bertaburan

Penulis: Yusnida Tajudin
Terbitan: Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak RM22.00
458 mukasurat


"Cinta dan kebahagiaan, dapatkah ia berjalan seiringan?
Atau sekadar hanya mampu terbiar bertaburan?"



Aku memang gemar mengumpul nota mengenai panduan doa dan tips keagamaan dari novel-novel yang aku baca. Panduan doa dan tip2 keagamaan memang sangat berguna dalam kisah ini tetapi penceritaan keintiman Ayesha dan Emeer aku rasa lebih dari sepatutnya. Rasanya terlalu banyak kali ditekankan bertapa hensemnya Emeer dan bertapa cantiknya Ayesha. Disebabkan cerita ini dikisahkan dengan penggunaan 'aku' bagi merujuk kepada Ayesha, kadang2 terasa macam Ayesha tu suka perasan dirinya cantik ;) tapi memang dia cantik pon, kalau tak, tak derlah lelaki sehensem Emeer tu jatuh cinta tahap ultrabatman kat dia.



Kisah bos-setiausaha yang bermula dari atas dasar kerja berubah kepada hubungan hati. Tema yang tipikal tapi terasa lega juga setelah beberapa kali asyik ulang baca kisah kahwin paksa saja dari penulis yang berbeza-beza.



Emeer dan Ayesha lebih banyak memendam perasaan sebenar di awal cerita kerana status Emeer yang sudah bergelar tunangan orang. Tahun-tahun yang berlalu menjadikan mereka lebih akrab tanpa melibatkan soal hati. Setelah 3 tahun, Emeer sudah mula menzahirkan perasaannya melalui tingkah laku dan percakapan. Ayesha tidak mahu salah sangka dengan signals yang dihantar Emeer dan cuba berlagak seperti biasa. Namun hatinya semakin terusik dengan perhatian yang diberikan Emeer.



Kunjungan Emeer ke kampung mengeratkan lagi perasaan mereka. Emeer semakin selesa sementara Ayesha semakin serba salah. Dia tidak mahu menjadi punca putusnya pertunangan antara Emeer dan Lyana Arisa yg baik hati tu.



Walaupun kisah ini tidak panjang atau terlalu tebal, terasa cerita sedikit meleret di pertengahannya tetapi rentak berubah setelah sesuatu yang tidak dijangka terjadi di antara Emeer dan Ayesha. Memang unexpected. Jarang ada penulis yang membiarkan watak-watak utamanya hanyut dalam tuntutan nafsu sebelum ada sebarang ikatan. Nasib baiklah Emeer sanggup bertanggungjawab tetapi Ayesha pula yang keberatan. Setelah mendapat restu keluarga Emeer barulah Ayesha berubah fikiran tambahan pula selepas kejadian Emeer ditikam Rashdan yang turut menyimpan perasaan terhadap sahabatnya sendiri, Ayesha. Ayesha mahu merawat sendiri Emeer lalu memohon dia dinikahkan dengan Emeer. Orang yang punya sengih paling panjang tentulah Emeer walaupun cedera berdarah-darah.



Entah kenapa aku kurang puas hati dengan cara penerimaan keluarga Emeer terhadap ketelanjuran antara Ayesha dan Emeer. Ia adalah satu dosa yang sangat besar tetapi semua org kelihatan tiada masalah dengan kejadian itu. Malah Emeer pulak sangat happy dan kedua-dua mereka tiada rasa bersalah, malah Emeer siap boleh berjenaka mengenai kejadian itu. Atau adakah aku yang terlalu primitif dalam bab2 mcm ni di zaman sekarang?


Kisah selepas kahwin bergerak pantas pula berbanding pertengahan cerita. Dugaan masih ada walaupun mereka sedang menunggu kelahiran anak pertama. Ini menjadikan ending cerita perfect dan tidak terasa tergesa-gesa. :)



sure fine whatever
Rinn

sinopsis dari website KN
Sinopsis:




Emeer Zafran, seorang bos yang tegas, mulut lepas dan sangat dedikasi terhadap tugas. Walaupun mempunyai wajah yang tampan tetapi beliau sering dijauhi oleh pekerja-pekerjanya kerana sikap panas baran beliau. Jauh berbeza dengan Ayesha Sorfina, pembantu peribadi Emeer yang kecil molek, penyabar, happy go lucky dan disenangi oleh semua rakan sekerja. Namun dalam kelembutan sikap Ayesha terselit satu prinsip diri yang sukar dimengertikan.




Hubungan antara majikan dan pekerja akhirnya bertukar menjadi intim apabila kedua-duanya mula jatuh hati sesama sendiri. Di sebalik sikap panas baran Emeer, ada sifat kelembutan yang hanya boleh dilihat oleh orang tertentu. Sikap mengambil berat dan pelindung yang hanya boleh dinilai oleh Ayesha. Namun, yang menjadi persoalannya, haruskah perhubungan itu terus dijalinkan sedangkan Emeer Zafran telah pun mengikat tali pertunangan dengan Lyana Arissa, anak kepada seorang ahli perniagaan terkenal?



Pergolakan demi pergolakan berlaku dalam menyelami cinta yang tersulam. Adakah kisah mereka akan berakhir dengan kebahagiaan? Atau adakah ia sekadar sebuah rasa yang harus berkubur sahaja? Antara prinsip, cinta, orang ketiga dan kebahagiaan, dapatkah ia berlari seiringan? Atau sekadar hanya mampu dibiar bertaburan?