Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, October 30, 2008

Chinta by Norhayati Berahim


Novel terbaru Norhayati Berahim bakal berada di pasaran! Waaaah.. produktif betul kak yati. tentu ramai tertunggu tunggu kemunculannya tambah2 tengok cover menarik hasil karya kreatif Rose Harissa a.k.a Nora Ismail :) waaaaaaaaaa bangga jadi kenalan ko Rose! hehe.


nantikan buku ini di pasaran Disember ini.. Rose suruh aku simpan sehari seringgit.. aku stat 1 November nih lah!

Thursday, October 23, 2008

Drama Dari Mata Arisa


Bikash bersama 'Arisa' dan 'Akif Zamani'



Dari Mata Arisa


(adaptasi novel Kau Sayangku oleh Bikash Nur Idris)





excited nya baca entry di blog bikash dan website Alaf 21 berkaitan drama terbaru di RTM 1 nih. Drama ini diangkat dari novel popular oleh bikash nur idris yg bertajuk kau sayangku. Ni memang antara novel favourite saya dari novelis favourite saya. Jangan lupa tayangan episode pertamanya akan bermula pada 3 November 2008 jam 9.00 malam di RTM1. Jumlah episodenya 40 dan setiap episode akan berlangsung selama 1 jam. Tajuk "Dari Mata Arisa" tu memang menarik dan lagu tema "Dari Kerana Mata" by R.Azmi tu sounds cute lah! tahniah buat Bikash Nur Idris. Teruskan berkarya :)



Bagi yang nak baca tentang drama ini boleh lah berkunjung ke link2 berikut. ada byk gambar2 menarik :)





sure fine whatever
Rinn

Wednesday, October 22, 2008

Review 8: Serasi di Hati by Nora Ismail


Serasi di Hati by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2008


"Derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"


Memang ada yang menarik mengenai cover buku ini. Agak menonjol bila dibariskan di rak bersama buku2 lain kat kedai. Penulis ini lebih dikenali sebagai Rose Harissa di kalangan peminat-peminatnya. Novel yang sebenarnya karya pertama beliau ini akhirnya terbit juga di bawah label NB Kara setelah lama terperam. Tu lah, peram2 akhirnya masak jugak tapi masih hijau ya! Evergreen gitu. Banyak jugak review2 positif yang saya tengok kat internet dan juga review2 tak formal dari rakan2 yg dah membaca novel yang glamer dengn gelaran 'novel epal hijau' ni.


Rata-rata memang diorang suka bangat sama novel nih. Boleh lawati blog penulis ini utk membaca komen2 menarik dari peminat2nya: http://roseharissa.blogspot.com



cover novel ini sangat menggambarkan 2 watak utama dalam kisah ini. Zarul dan Edrinaz. Mereka bukanlah sempurna, namun mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Memang awal2 saya dah beritahu Rose yang citer ni bukan dalam genre favourite saya, dia pun awal2 dah cakap "aku tulis buku ni bukan utk ko sorang baca". haha. Memang senang nak berterus terang dgn Rose ni. Apa2pun, saya sangat kagum dengan gaya penulisan beliau. Cerita yang biasa pun akan terasa istimewanya di tangannya.


Zarul, lelaki muda yang bekerja dengan Datin Zalina Asha yg mementingkan hawa nafsu daripada perasaan. Zarul terperangkap dan kini dia mula berfikir, ke mana hala tuju hidupnya. Mahukah dia begini selamanya?


Edrinaz, seorg gadis manja yang suka memanjakan suami kesayangannya, Shamsul Azman, dengan hadiah-hadiah dan wang ringgit. Namun Shamsul Azman hanya mengasihinya apabila mendapat sesuatu dari Edrinaz. Hanya Edrinaz yg memujuk. Edeh, susah la kalau mcm ni, mengharapkan pendapatan isteri dan tidak mahu berusaha utk memajukan diri.


Pertemuan Zarul-Edrinaz bakal mencetuskan perubahan besar dalam hidup mereka. Zarul bukan tercipta utk Zalina Asha dan Shamsul Azman tidak layak utk menerima kasih Edrinaz. Edrinaz mahu menjadi kakak yg menasihati Zarul agar kembali ke pangkal jalan. Zarul bersedia utk berubah namun dia tidak dapat menganggap Edrinaz sbg kakaknya. Hatinya sudah diselubungi perasaan cinta yg mendalam.


Godaan kekasih lama dan suntikan fitnah Zalina Asha membuatkan Shamsul Azman hilang pertimbangan. Edrinaz dilepaskan dengan satu lafaz yang menggegarkan seluruh hidupnya. Zarul tidak membuang masa utk mempamerkan prihatinnya yg tidak berbelah bagi buat Edrinaz yg sedang trauma kehilangan suami dan anak dlm kandungannya. Terkedu dia biler kali pertama menerima bunga dan coklat sbg tanda penghargaan dari Edrinaz. Edrinaz ni memang jenis suka bagi orang hadiah lah. Zarul tidak mahu kelihatan sbg adik lagi di mata Edrinaz, dia mahu menjadi lelaki yg mengusik perasaan Edrinaz. Kesian Edrinaz tu. Dia nak mimpikan Shamsul Azman tapi wajah Zarul yg menjelma ;)


Scene Zalina Asha langgar Zarul tu mengingatkan saya pada babak2 terakhir novel cinta mekar di hati oleh penulis ini yg masa Tengku Alis nak langgar anak Ady Rafizal tu. Mcm scene recycle lah pulak. walaupun baru eksiden Zarul nak jugak ikut Edrinaz jumpa mak dia, Zarul lebih pandai mengambil hati ibunya berbanding Shamsul Azman dulu.


Edrinaz sudah hampir dlm genggaman namun Shamsul Azman kembali merayu kasih bekas isterinya. Dia kelihatan seperti lelaki yang hilang haluan. Edrinaz kesiankan Shamsul Azman, sekian lama bersama membuatkan dia tidak boleh nak ignore saja lelaki tu. Delivery Rose dlm novel ni memang membuatkan kita berdebar2 biler nak find out sapa yang Edrinaz pilih. Ending nya ada macam ala2 citer movie muzikal pun ada jugak, jiwang gitu. :)


Thanks Rose for Serasi Di Hati. Aku lega sangat kerana tajuknya ditukar. hehe... and good luck with "Mulanya Satu Cinta" yang bakal terbit tak lama lagi. Ishhhhhh... macam tak sabar pulak nak tunggu nih. Weh... citer Ervan biler nak kuar? Best la ko nyer teaser kat blog ko tu.


ermm bagi yang cari buku ni di pasaran tapi tak jumpa2 tu, rebutlah peluang membeli buku ni secara online kat blog roseharissa.blogspot - Dapat penanda buku special yang siap tertera wajah 'Zarul'. Rose! kalau aku beli penanda buku saja boleh tak? hehe.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.
RM21.00610 mukasuratisbn: 978-967-5229-01-5



------------------------------------
Thanks Rose sebab sudi jengah sini dan emelkan full cover SDH. terharu!! tak sabar pulak nak tunggu buku ko.. tumpang gembira ni :)


and... terima kasih sudi bg aku baca lama dulu.


weh cemana hang bleh cari blog ni? hehe.. aku saja2 jer gatai tangan update sini.. geram sbb multiply aku dah kena blog. aku la ni sub kat yam ngan adik, minta tolong update kan. hehe.


"derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"



sinopsis serasi di hati


Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.


RM21.00

isbn: 9789675229015

Tuesday, October 21, 2008

Serasi Di Hati by Nora Ismail


Novel pertama nora ismail bersama NB Kara bakal berada di pasaran. :) penulis ini lebih dikenali sbg NORA di APO? dan Rose Harissa di Alaf 21. Novel ni akan berada di pasaran mulai November. nantikan kehadirannya :) jutaan tahniah buat Nora atas kelahiran novel ketiga peribadinya. Memang tertunggu2 novel nih sebab Nora pun macam excited tunggu novel ni muncul. gambar ni diperoleh dari website pn. Norhayati Berahim. utk maklumat lanjut boleh ke blogspot Norhayati Berahim & NB Kara. Lagi sekali tahniah buat penulis ;)


sure fine whatever

rinn

Monday, October 20, 2008

Review 5: aA+bB by Hlovate




aA+bB by Hlovate
Terbitan Jemari Seni


hoho ada lagi kisah cinta lepas kawin! kali ni seorang doktor and sorang lagi engineer! Kisah ini memang menarik apabila dilagukan oleh penulis yang ada gaya tersendiri seperti Hlovate. Bagi yang pernah jatuh cinta dgn 5 Tahun 5 Bulan pastinya takkan melepaskan peluang utk menghayati kisah yang sememangnya sudah ada pengikut2 setia utk genre sebegini.






Segala konflik, susur galur cerita memang ada mirip seperti kisah2 lain yang memutarkan kisah2 kawin paksa dan jatuh cinta selepas kawin seperti ini. Sudah tentunya cara penyampaian Hlovate mampu menjadikan kisah ini menarik dan menghiburkan untuk dibaca. Dah la Benz ngn Addin tu sama jer isipadu kekerasan kepala, sama2 ego, so sapa yang patut lafaz kan cinta terlebih dahulu? Di mata saya, Schubert's Serenade is still the best! :)





serba sedikit tentang aA+bB:Mengisahkan Addin, seorang yg baru bergelar doktor yang terpaksa menerima Benz sbg suami sbg memenuhi permintaan abg kembarnya yang sedang terlantar setelah kemalangan. Addin membenci Benz kerana kelancangan mulut lelaki itu merendah2kan maruahnya suatu masa dahulu tapi Benz mendakwa itu utk kebaikan dirinya supaya tak dikacau mamat2 lain. Berbagai cara yang Addin lakukan utk menjauhi Benz dan menyakitkan hati Benz tetapi kesemuanya menjadikan mereka lebih rapat dari rapat! ;) Tanpa sedar perkahwinan menjadikan mereka insan yang matang dan bersedia utk menerima 'orang baru' dlm hidup mereka.




ntah naper saya rasa Addin ngan Benz ni most of the time macam budak2 skolah dan bukannya seorang doktor dgn sorang engineer. apa2pun this is a cute love story :) thank you




sure fine whatever


rinn




sinopsis belakang buku:




cinta itu, jatuh dari langit atau jatuh dari hati? ~ Addin.
Inilah.. sebuah kisah perjalanan; perjalanan bersama masa; perjalanan cerita aA+bB. Semua orang belajar, semua orang membesar; tetapi tidak semua orang menjadi dewasa. Selagi hidup bersama masa, maka selagi itu juga yang hidup itu dewasa bersama usia.




Addin mengemukakan teorinya begini:




a. membesar dan belajar dgn pengetahuan serta pengalaman adalah suatu cabaran.


b. membesar dan belajar tentang hidup serta mengenal diri sendiri adalah suatu hakikat yang tidak dapat dielak




7 tahun selepas itu...Apa yang terjadi apabila doktor dipaksa berkahwin dgn jurutera, yang bukan pilihannya?




Apa yang terjadi kala sang kepala batu dan sang keras kepala itu harus tinggal sebumbung?




Cerita 'cinta' antara Addin dan Benz, tidak semudah A+B=Aman Bahagia. Ini kerana sejarah mereka bermula lebih awal dari itu. Mereka saling membenci, saling memendam dan saling membisu sejak zaman sekolah...




Siapa aku pada dia? A pal? A room-mate? A brother? Never a husband?-Benz




Setelah 5 Tahun 5 Bulan dan Gurindam Jiwa : Schubert's Serenade, Hlovate kembali mengasah penanya dgn trademark : gaya bahasa basah dan santai.


RM20.00
495 muka surat

Arkib Promosi PTS







Tajuk: Melakar Cinta firdausi

Pengarang: Nurul Aini K. Azhari, Aimi Nabihah Mohamad

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Harga: RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak)

isbn: 978-983-3892-38-9

Akan Terbit pada: 12 May 2009

304 mukasura

tsinopsis 1:Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T.Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit.sinopsis 2:Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi.Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu.Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit. Kehadiran e-mel yang tidak dijangka dari Naufal Mustaqim, rakan sekolah dahulu membangkit rasa rindu walaupun mereka hanya berhubung melalui dunia maya.Percintaan di antara Aima Insyirah dengan Naufal Mustaqim diuji dengan kehadiran Jeneral Ri’fail Zanki, Ketua Briged Ayyubi yang dalam diam menyimpan rasa terhadap Aima Insyirah. Percintaan mereka sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T ketika Aima Insyirah berjaya ditangkap oleh tentera Zionist semasa hendak menyelamatkan mangsa tebusan Palestin di markas tentera Zionis.Berpegang kepada Allah S.W.T, Aima Insyirah berjaya diselamatkan walaupun diseksa oleh tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Bak kata bidalan “sudah jodoh tidak akan ke mana”, akhirnya cinta Aima Insyirah dan Naufal Mustaqim berjaya disatukan dalam suasana meriah.



-----------------------


posted 25/3/2009
----------------------------





posted 16/6/2009















RM16.00 / RM RM18.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-46-4;
978-983-3892-46-4;
Tarikh Terbit: 19 June 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 320 halaman






Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.






Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta!






Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomata atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah?




Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?






---------
posted 9/4/2009








------
posted 1/4/2009










----------





posted 25/3/2009



























-------------------------------------





(posted 20/10/2008)





Ada 2 novel baru











Marung & 9 Perhentian ialah novel fantasi kanak-kanak.












Mengapa Aku Jadi Pengetua? pula genre remaja chit lit PTS











Dapatkan kedua-duanya di pasaran atau boleh juga beli secara online dengan http://www.jendelaku.com/





Wednesday, October 15, 2008

Jemputan Rumah Terbuka Norhayati Berahim


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada kakak-kakak, adik-adik, cik-cik, puan-puan dan tuan-tuan sekalian....Dengan mandat yang telah diberikan oleh editor Puan Norhayati Berahim daripada NBKara Sdn. Bhd.( melalui Cik Suraya Adnan) maka dengan ini iejay ingin menjemput anda semua yang sudi melapangkan masa anda ke Rumah Terbuka Penulis : Norhayati Berahim.


Tarikh : 1 November 2008 (Sabtu)

Masa : 3 - 6 petang

Tempat : Pejabat NBKara Sdn Bhd
D19-1B, Jalan Prima Saujana 2/E,
Seksyen 2, Taman Prima Saujana,
43000, Kajang, Selangor
(03-8736 4025 / 03-8736 4028)





Sekiranya anda berminat, sila sahkan kehadiran anda kepada iejay selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com. Sila nyatakan berapa jumlah comrade / batallion yang akan turut serta bersama-sama anda sekali bersama pengesahan kehadiran anda memandangkan tempat tidak terhad. maka anda bolehlah ajak sesi keluarga, rakan-rakan, adik/kakak ipar mahupun jiran tetangga anda yang berminat untuk hadir bersama-sama memeriahkan majlis yang julung-julung kalinya di adakan ini.





Kepada yang sememangnya failed area Kajang (seperti iejay sendiri...) pejabat NBKara terletak berdekatan dengan Giant Kajang dan tak jauh daripada Tesco Kajang. terdapat bas Intrakota dan bas mini yang melalui kawasan tersebut. Apapun di email akan datang setelah iejay dapat pengesahan kehadiran, iejay akan attached kan peta ke NBKara Sdn. Bhd.



p/s: Kalau ada sesiapa yang hendak letakkan jemputan ini di blog anda sendiri adalah dipersilakan. Tetapi sila pastikan pengesahan kehadiran di emailkan kepada iejay juga selewat-lewatnya pada 24 Oktober 2008 (Jumaat) di iejay@yahoo.com



Sunday, October 12, 2008

Arkib Promosi Alaf 21


3. SANJUNGAN KASIH by Aimi Husna
Harga: RM18.00
Halaman: 452
Penerbit: Alaf 21 Sdn. bhd.


ANISA, gadis lepasan SPM tidak pernah menduga, kasih Harris yang disanjung selama ini rupa-rupanya dusta belaka. Jiwanya tertekan dan hatinya dihimpit ke kesalan. Demi cinta kecundang, Anisa nekad berhijrah ke bandar untuk mencari kerja dan ketenangan.Kemunculan Hakimi mula mengundang rasa selesa di jiwa Anisa. Hakimi seorang yang cukup menitikberatkan pe lajaran dan masa depan. Baginya, usia muda tidak harus dipersiakan. Sejak itu, Anisa sedar bahawa cinta adalah penguat semangat dan bukannya pemusnah cita-cita.Saat jiwa diselubungi kecewa, muncul seorang lelaki dengan sebuah harapan. Namun, Anisa tidak pasti sama ada mem buka pintu hati menyambut bunga-bunga cinta itu atau bersedia menghadapi risiko dirinya dilukai. Apakah dia sudah serik untuk bercinta lagi? Cuma Anisa yang ada jawapannya.


-------------------











posted 9/4/2009










---------------------

posted 20/10/2008




novel terbaru kak Lily H sudah berada di pasaran. Cantikla covernya.. dreamy gitu :)

DI LANGIT CINTA by Lily Haslina Nasir Terbitan Alaf 21 Sdn. Berhad


Sinopsis:



Cinta tidak bererti memiliki. Tetapi cinta juga bukan bermaksud melukai. Bagi Hani, cintanya bersama Raiz rupanya hanya sebuah mimpi. Dia benar-benar kecewa bila ditinggalkan terkapai-kapai mencari haluan sendiri.



“Cinta pertama dengan kau tapi malam pertama dengan Meriam!” Sindiran itu bagai memetir di telinga Hani. Jiwanya hangus terbakar. Maruahnya terasa dipijak-pijak!Benarkah cuma dia yang setia sedangkan Raiz hanya bijak bermain kata-kata? Dia berusaha memujuk diri melupakan semuanya tentang Raiz. Tapi, batinnya terseksa menanggung rindu mengejar bayang lelaki itu.
Di langit sana... Raiz pula menangisi setiap malamnya di sisi Meriam. Dia menikahi sepupunya itu untuk melunaskan hutang emaknya. Hanya sekali dia menyentuh Meriam. Itulah yang pertama dan terakhir setelah beratus kali Meriam menyindirnya suami dayus dan serba-serbi tidak mampu.




Kasih mereka kasih terhalang, tapi rindu mereka tidak pernah terlarang. Hani dan Raiz dipertemukan semula dalam episod kedua. Janji mereka untuk hidup sebagai suami isteri akhirnya dimaterai dengan ijab kabul tanpa restu keluarga.
Bagaimana dengan Meriam?
RM19.90
512 mukasurat
ISBN: 978-983-124-388-6



petikan dari blog kak lily :) peluang mendapat cenderahati istimewa :)



Ada sesiapa dah baca DI LANGIT CINTA? Kalau betul sudah, apa kata cuba-cubalah luangkan masa tak sampai 5 minit (ni kalau menaip dgn tahap kelajuan sayalah) utk beri komen dan pendapat peribadi. Seramai 15 pembaca bertuah yg memberi komen bernas, akan terima cenderamata istimewa dari saya. Jangan bimbang, ni bukan kuiz. Yang penting kalau kalian membaca DI LANGIT CINTA, kalian cuma kirimkan pendapat. Utk setiap jawapan, tak semestinya jawab dlm ayat yg sempurna. Bila dah baca tentu kalian ada pendapat tersendiri bukan, jadi apa kata kongsi dgn saya. Saya lebih seronok kalau terima pendapat yg penuh dgn penjelasan.




1. APA YANG PALING ANDA SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA? 2. PERKARA YANG ANDA TIDAK SUKA TENTANG DI LANGIT CINTA? 3. BABAK DAN DIALOG YANG MANA YANG PALING ANDA INGATI DI DALAM DI LANGIT CINTA? 4. WATAK YANG PALING BERKESAN DI HATI ANDA? 5. KALAU ANDALAH PENULIS DI LANGIT CINTA, APA AGAKNYA PERUBAHAN JALAN CERITA YG ANDA LAKUKAN?





Senangkan?! Hantarkan emel pada saya roslily@gmail.com sebelum atau pada 5 Disember 2008. Saya akan pilih sendiri 15 pembaca bertuah akan menerima tanda ingatan yg istimewa dari saya! Em, kalau emel tu jangan lupa pula ya catatkan alamat, no telefon.. nanti kalau dah terpilih hadiah pulak tak boleh hantar.




--------------------


posted 12/10/2008







TAdi ronda2 kat website laila kamilia yang dah berangkat ke Berlin. wah, ada novel baru yang bakal terbit. Ini sinopsisnya. untuk maklumat lanjut, boleh ke website laila kamilia :) Selepas 'Lakaran Kasih' lahir pulak 'Saat Kau Hadir' :)




BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

Arkib Promosi Jendelaku dot com


masa belegar2 kat jendela dot com tadi, tengok ada cerpen baru dari kusyi hirdan.. boleh dapatkan di pasaran atau order terus dari jendelaku dot com :)

Himpunan 21 Cerpen - Menjemput Ida

Tajuk - 1. Perjalanan Terakhir,
2. Zuriat,
3. Cinta Sejati,
4. Semurni Janji,
5. Seindah Mimpi,
6. Kalau Aku Pulang,
7. Oh! Laili!,
8. Pasrah,
9. Tidak’kan Berhijrah,
10. Airmata Kakak,
11. Kehilangan,
12. Airmataku Jatuh Jua,
13. Itulah Suratannya,
14. Ramadan Terakhir,
15. Anakku Intan,
16. Kuingin Memegang Tanganmu,
17. Impianku, Impianmu,
18. Nasib Salmiah,
19. Menadah Mendung,
20.Menjemput Ida,
21.Belum Terlambat.
RM20.00

Tajuk : PERJALANAN TERAKHIR
ANGAH meninggal hari ini. Waktu diberitahu melalui telefon oleh pihak hospital, aku hanya berdiam diri. Sangkaku, aku cukup tabah untuk tidak menangis. Namun apabila sekujur tubuh kakunya diusung ke dalam rumah, aku dan adik gagal menahan airmata. Angah diletakkan di tempat baring yang telah kami siapkan untuknya. Dan emak berlagu sayu menatap sambil mengusap wajah Angah yang ditampan dengan pengikat kepala.Rasanya terlalu lama kami adik beradik menantikan saat ini. Terlalu kerap kami mendoakan kematian Angah, jika itu saja caranya.
Tiga hari lalu, aku dan Along bergegas ke kampung apabila emak menelefon tentang Angah yang tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas. Dia dikejarkan ke hospital dan seperti yang diduga Angah jadi begitu kerana pengambilan dadah yang berlebihan. Heboh sekampung tentang peristiwa itu.
"Zila malu, mak. Zila tak mahu pergi sekolah!" Adikku Zila menghempas beg sekolahnya. Nampak benar wajah bulatnya yang menyinga. Tudung kepalanya yang berwarna putih direntapnya. Matanya mula berkaca.
"Biarlah orang nak kata apapun. Pekakkan sajalah," perlahan emak bersuara.
Begitulah setiap kalinya. Emak pasti membela Angah dan kami semua diminta bersabar. Zila merenung wajahku meminta bantuan. Aku ingin mencadangkan agar Zila tinggal di asrama sahaja. Aku khuatir perkara ini akan mengganggu tumpuannya terhadap PMR yang bakal menjelang beberapa bulan lagi.
Ah, sejarah berulang lagi nampaknya. Jika dahulu aku yang mendengus begitu, kini adikku pula. Begitulah kami turun temurun. Dari Along, aku, kemudian Siti dan kini adikku pula. Angah juga yang tidak berubah.
Aku menyeka airmata yang beriringan dengan Surah Yassin yang kubaca. Ayat-ayat suci bergema dari anjung hingga ke tengah rumah apabila orang-orang masjid mula tiba. Mengikut perancangan, Angah akan dikebumikan selepas solat Zohor.
Kurus benar Angah. Seingat aku, sejak remaja tubuh Angah tidak pernah berisi. Mukanya sentiasa cengkung, tidak berwarna dan mata merahnya pula kuyu merenung ke tanah. Tiga puluh lima tahun usia Angah berlalu dengan sia-sia.
Bagai baru semalam Angah memimpin tanganku dan Siti menyeberangi jalan untuk ke sekolah. Angah menghantar kami hingga ke pagar dan mengingatkan kami supaya menunggunya di tempat yang sama tengah hari nanti. Sebelum pergi Angah melemparkan sekuntum senyuman, Angah memang seorang abang yang baik, berlawanan dengan Along yang kuat bermain waktu itu. Aku terasa dilindungi. Dilindungi oleh Angah.
"Selamat Hari Raya, Ngah!" Kucium tangan Angah yang enam tahun lebih tua daripadaku.
Cepat-cepat dia menarik tangannya. Dia terkejut apabila melihat wang RM50 yang kuselit ke telapak tanganya. "Duit raya," kataku.
"Eh, engkau pulak yang bagi duit pada Angah…"
"Tak apalah. Saya bekerja, Angah tidak…" Peristiwa empat tahun dahulu masih aku ingat. Masa itu Angah baru sahaja keluar dari Pusat Pemulihan. Wajah Angah sedikit bercahaya dan dia lebih banyak berdiam diri. Memang dahulu Angah merupakan anak muda yang pendiam, tapi khayalannya dengan dadah menjadikannya peramah dan merapu tidak tentu pasal. Keluar dari pusat Angah berjaya mengawal dirinya selama tiga bulan. Tapi selepas itu perangai lamanya datang kembali.
Emak menelefonku di Kuala Lumpur selang sehari. Topiknya tentu sahaja tentang Angah yang menyusahkan hatinya. Dia menyalahkan kawan-kawan Angah yang datang mengganggu dan menggoda Angah kembali. Hajat emak yang mahukan Angah mengikuti kursus pertanian yang dianjurkan oleh kerajaan nampaknya tidak kesampaian. Kadang-kala aku rimas dan terasa hati. Ketika kelahiran anak sulungku dulu, emak tidak dapat datang membantu dengan alasan Angah tidak ada yang menengok. Rasanya kasih sayang kami adik beradik terhadap Angah telah tiada tapi diganti dengan perasaan meluat dan benci sehinggakan anak-anakku tidak kubenarkan berdekatan dengannya.
"Kenapa Lang? Kau ingat Angah kau ada Aids ke? Kau buat macam tu, emak yang terasa tau!"
"Emak….mengapalah emak tak mahu faham-faham?"
"Dia abang kau, Lang. Abang kandung kau. Anak mak!!"
"Saya tahu, mak. Tapi dia juga penagih dadah mak. Badannya berkudis sana sini. Salahkah saya melindungi anak-anak saya, mak?"
Bergaduh dengan emak kerana Angah memang kebiasaan bagi kami. Emak kata kami tidak mengambil berat dan pentingkan diri sendiri. Emak bukan tidak tahu penderitaan yang kami alami sejak dulu lagi. Dicerca dan dikeji. Adik penagih dadah, adik pencuri dan terkadang disalahanggap bahawa kami juga seperti Angah.
Kami malu pada masyarakat sekeliling yang bagaikan sentiasa memandang jijik terhadap keluarga kami. Semuanya kerana Angah yang membawa noda. Sedangkan Angah sendiri terus khayal dengan dunia ciptaannya tanpa rasa bersalah sepicing pun. Jika Along menjelang remajanya menjadi ulat buku tidak bagi Angah. Dia inginkan kebebasan dan sering tidak pulang ke rumah.
"Apa kau buat tu, Along?"
"Along kunci dia dalam bilik ini mak. Biar dia tak boleh kemana-mana. Biar dia tak memalukan kita lagi!"
"Dia sakit, Long. Kita mesti tolong dia. Siapa lagi yang nak tolong dia kalau bukan kita, Long."
"Macam mana kita nak tolong dia kalau dia tak berubah, mak?"
"Dia nak berubah Long, tapi dia tak berdaya. Kalaulah ayah kau ada…"
"Kalau ayah ada, dia pun akan buat macam ni, mak!"
"Kau ingat Angah kau binatang?"
"Memang dia dah macam binatang, mak. Habis barang-barang dalam rumah ini dijualnya. Tak cukup dengan itu, dia mencuri lagi. Memang dia dah macam binatang yang perlu kita kurung…"
Pangg!! Emak menampar Along dan selepas peristiwa itu, Along tidak tinggal lagi dengan kami sebaliknya duduk menyewa dengan rakan-rakan bujangnya di pekan.
Kadang-kadang tidak adil rasanya apabila waku pembesaran kami dirosakkan hanya kerana Angah. Kedamaian bagai tidak ada lagi di rumah itu. Along juga sering hilang sabar dan selalu juga tangannya naik ke pipi Angah apabila didapatinya Angah menyelongkar dompetnya lagi. Emak meluru membela dan kesimpulannya kami yang tidak bertimbang rasa. Bukan sekali dua orang sekeliling datang mengadu tentang harta benda yang hilang tapi emak tetap tebalkan muka bergolok-bergadai membayar harga yang diminta.
Apabila aku dan Along sudah bekerja, mengubati Angah bagaikan tanggungjawab setiap bulan. Sama ada ikhlas atau terpaksa, tetap kami lakukan juga. Ke bomoh entah berapa kali. Hantar ke pondok untuk perubatan tradisional, dia melarikan diri. Puluhan ribu melayang sekelip mata. Cuma untuk menyayangi Angah secara fizikal tidak dapat kami lakukan.
Dahulu aku dan Siti menghitung hari untuk berhijrah ke tempat lain. Selepas SPM aku ke maktab tapi Siti adik kembarku terpaksa menyambung ke tingkatan enam. Dia menangis mengenangkan nasibnya.
"Sukalah Alang sekarang dapat keluar dari sini. Siti juga yang terpaksa menatap Angah hari-hari. Kenapalah Angah tidak mati saja…"
Telefon berdering dan aku mendengar suara Siti. Dia hampir tiba dan meminta kami menunggunya. Dari nada suara Siti, aku tahu dia menangis. Aku memberitahunya Angah kini sedang dimandikan.
"Siapa? Tanya emak...............