Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Puteri Andalas. Show all posts
Showing posts with label Puteri Andalas. Show all posts

Tuesday, June 15, 2010

Review 146: Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas


Cinta Seindah Madah by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama 2008
RM24.00
741 mukasurat
isbn 9789675067044

"Seumpama bayang-bayangku sendiri... ingatan kepadamu kasih... tetap mengekori ke mana sahaja aku pergi"


Ni lah buku Puteri Andalas yg paling aku enjoy baca :) (Yang Tak Terluah pun best gak) Aku suka cara P.A mengolah scene2 biasa menjadi menyentuh hati dan menghibakan. Especially scene Intan dpt hadiah kura2 dari Rashlan yg hospitalized tanpa pengetahuan ayahnya. Sayunya hati mengenangkan Intan yang sanggup memonopoli ayahnya utk dirinya seorang sehingga Rashlan terbiar, nasib baik ada orang gaji dan jiran yg sanggup tolong hantar Rashlan ke hospital. Emak ngan ayahnya bleh teralpa mengenai birthday nya tapi Rashlan awal2 lagi dah tinggal hadiah utk Intan walaupun dia sangat2 tidak sihat. Byk kali jugak la aku terkelip-kelip tahan air mata.


Kisah janda dan suami orang yg terjatuh hati antara satu sama lain, mungkin kurang 'enak' kedengarannya, tapi setelah membaca kisah ini barulah kita dapat merenangi perasaan Sharina dan Reshidi bagaimana mereka tak dapat menghalang perasaan kasih dari berbunga. Ini lebih kepada kisah cinta terpadam dan tak terlafaz. Namun kalau sudah jodoh, tak ke mana. Lari ke hujung dunia pun bertemu juga.


family Sharina siap nak padankan dia dgn Taufik tapi Sharina bijak membaca perasaan adiknya, lalu dia sendiri memasang perangkap agar cinta Taufik tertumpah buat Shazmin :) lain yg diumpan, lain yang tertangkap. Tapi tak per, dapat jugak mak Sharina tu menantu pilihan hati :) Bali menjadi tempat cinta makin subur di hati, walaupun Sharina dan Reshidi bukannya berada di sana bersama-sama.


Saya suka dengan cara Puteri Andalas menggarap watak kanak2 dalam kisah ini iaitu Rashlan dan Atim. Dialog yg dilafazkan watak memang menggambarkan watak2 ini dalam lingkungan usia pra sekolah. Bukannya apa, kadang2 tu kita baca penulis menggambarkan watak kanak2 tapi dialognya lebih menggambarkan kata2 remaja atau org yg lebih dewasa. Rashlan dan Atim memang pasangan sahabat yg sangat memorable dalam kisah ini dan menjadikan Cinta Seindah Madah lebih 'cute'.


Kalau nak tahu bagaimana Sumi Diah, mertua Reshidi sendiri boleh merisik Sharina utk menantunya, kenalah baca buku ni ye? ;)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:




Luahan Sharina...


"Aku mencintai Asnawi...
Bagaikan aku memiliki pelangi
Tanpa aku sedari
pelangi mengundang tsunami di hati.


Mengenali Reshidi,
rasa kasih menjelma kembali
Digagahi hati cuba menafi
Kerana Reshidi masih beristeri


Onak melilit hidupku
Duri merodok hatiku


Namun kerana kejora hati
'Atim' amanah Ilahi
Aku bangun menggagahi diri
Tekad di hati
Cahaya akan kuburu dan kucari
Bukan lagi pelangi atau tsunami..."


Berjayakah Sharina?

Review 145: Tanpamu di Sisi by Puteri Andalas


Tanpamu Di Sisi by Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
RM18.00
500 mukasurat


"Andai cinta itu bukan milik ku... aku relakan engkau pergi. Namun jika engkau sememangnya sudah ditakdirkan untukku... Jangan biarkan aku ditinggal sepi!"

Sepertimana kegagalan Irma menghayati novel 'bule gila' pemberian Acik Niah, begitu jugak lah aku semasa membaca novel nih. ntah la kenapa rasa mcam ada yang tak faham, tapi penceritaan tak derlah rumit. hmm mungkin keadaan emosi dan kepala hotak aku ni agak senget pada masa itu. haha.. kak ima pun boleh nampak keadaan aku pada masa tu.. apa2pun, novel ini berjaya aku habiskan dengan jayanya dan aku ulang baca 2 kali kerana mahu menghayati kisah ini.

Irma adalah seorang yang sangat sangat sangat cantik dan baik. Dia tidak perlu berusaha utk kelihatan seperti seorang model kerana dia memang dan sediakala terlalu cantik. Perfect buat jejaka hensem giler seperti Syed Herizal. Yang tak sengaja tercuri bunga kawannya utk dihadiahkan kepada Irma yang jelita menawan hatinya.

walaupun mempunyai peluang utk menggoda Herizal, Irma tak pernah lupa asal usul keluarganya yg mempunyai sejarah hitam. Dia cuba menjauhkan diri tetapi Syed Herizal sudah sukar utk melepaskannya.

Sejujurnya saya lebih berminat utk menghayati kisah Mastura-Hanif, tapi tak banyak kisah mereka. Mastura memutuskan hubungan dengan lelaki yang paling disayanginya kerana satu tragedi yang menimpa anak saudara Hanif. Dia merasakan kecuaiannya telah menyebabkan anak kecil itu meninggal dunia. Hanif ditinggalkan walaupun Hanif kembali dan merayu keluarga Mastura menyambung ikatan kerana terlalu cintakan Mastura. Mastura tetap menolak. Rahsia itu disimpan kejap dalam hatinya dari pengetahuan sesiapa jua termasuk sahabatnya, Irma. Namun, kepulangan Hanif dari Jepun membuat Mastura dalam dilema. Cinta Hanif masih utknya dan Mastura tidak pernah memadamkan cintanya pada Hanif, tapi rasa bersalahnya tidak dapat dipadamkan dari jiwanya. Hanif tidak pernah melupakan hasratnya utk memiliki Mastura, malah keluarganya juga setuju dgn pilihan hatinya. Segalanya terletak di tangan Mastura.

Tak sangka gadis ceria dan nakal spt Mastura mempunyai sejarah cinta seperti itu. hah.. citer Irma-Harry dah jadi citer Mastura-Hanif lah pulak.

Pemergian Irma ke Indonesia tak disangka2 menjadi titik tolak terbongkarnya kisah lama dan rupa2nya hubungan kekeluargaannya dgn harry sangat dekat tetapi masih adakah cinta harry buatnya apabila mengetahui rahsia yang tersirat?

sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:

Aku dagang merempat yg menjauhi lelaki. Rahsia besar keluarga tak mungkin kukongsi. Nasibku berubah sejak mengenali teman bernama Mastura. Semata-mata kerana budi Mastura, aku menyangguupi tugas berat. Memperaga pakaian tradsional di majlis tahunan pejabat di dada pentas. Tanpa kuduga kemunculanku di catwalk mencuri hati seorg jejaka bertaraf mulia. Aku tersedar akhirnya aku bukan malaikat dan terpaksa menerima satu hakikat. Manusia biasa sepertiku mempunyai hati yg kepingin bercinta dan dicinta. Kelopak kasih terbuka disirami belaian kata mesra dan gurau sendanya. Namun aku tidak alpa ada segunung rasa yg amat kugeruni. Apa akan terjadi andainya kisah hitam keluargaku diketahui? Mahukah keluarga Syed Herizal menerima diriku nanti? Sendat dgn rasa serba salah aku lari ke Jakarta. Mencari Achik Niah yg menyimpan segala rahsia.

Jika anda mahu mengetahui rahsiaku ini, ekorilah langkahku ke mana sahaja aku pergi membawa sekeping hati menyusuri laluan yg penuh onak dan duri. mengejar cinta murni yang tersemat di hati nurani.

Irma Julita.

Review 144: Jalinan Kasih by Puteri Andalas


Jalinan Kasih by Puteri Andalas
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM12.00
300 mukasurat


"Kasih Tak Boleh Diusir
Benci Tak boleh Diundang"

cara penceritaan yang sangat mudah dan tak berbelit belit. sangat straight forward dan ada peningkatan kisah dalam setiap bab. setiap konflik dan persoalan yang ditimbulkan dalam buku ini ada penyelesaian dan akhirannya. This is quite good for a 300 pgs punya citer, kira tak tebal sangat la tapi mampu ditamatkan setiap konflik
dengan baik dan tak der la kita menutup buku ni dengan perasaan tak puas hati.

Kisah utama adalah tentang Rosalina, gadis cina yg berkahwin dgn Hadi walaupun ditentang keluarganya. Keluarga hadi gembira menerimanya. Cerita dimulakan setelah beberapa tahun mereka berkahwin dan sudah timbul rasa bosan dan dinginnya hubungan suami-isteri mereka. pemergian Rosalina ke Kanada mewujudkan minatnya terhadap jejaka handsome, Rodney yang turut menyukai Rosalina. Hadi juga teruji dengan kehadiran Zetty yg tanpa segan silu menggodanya. Cinta di hati mereka masih ada dan kembali teguh especially bila mengetahui Rosalina sdg mengandung. Rosalina kembali menghayati hidupnya sebagai Muslimah dan mahu anak dalam kandungannya membesar
dalam suasana Islam, mendengar ayat2 suci al Quran. Perubahan Rosalina turut menimbulkan rasa insaf pd Hadi yang sebelum ini tidak mementingkan agama.

Kelahiran Aliff rupa2nya turut mencatatkan pemergian Hadi yg terlibat dlm kemalangan jln raya. Kemudian diikuti pulak dgn kematian ayah kandungnya. Peristiwa2 ini merapatkan semula hubungan Lynn dgn ibu kandungnya, adiknya serta ibu mertuanya yg patah hati dgn sikap suaminya yg bermain kayu tiga dgn pembantu rumah mereka.

Tak sangka langsung kehadiran Mak Kiah dlm cerita ini ada motifnya tersendiri. rupa2nya adik Lynn adalah anak kandung Mak Kiah yg pernah berkahwin dengan adik kepada bapa Hadi (err paham tak? hehe).

Mula2 tu saya ingat ker bapa Hadi tu suami mak kiah jugak! Penulis bijak mengaburi mata pembaca supaya tak dapat meneka hal ini.

Rosalina semasa menjanda mula memahami yg Aliff dahagakan perhatian seorang bapa. Rodney kembali mencarinya dan melamarnya, pada masa yg sama Dr Hilmi yg menyambut kelahiran Aliff turut mengharapkan cintanya. so nak pilih sapa? kalau cinta, rasanya Rosalina lebih menyintai Rodney (tapi ada masalah dari segi geografi, rodney duduk
jauhhhhhh), tapi kalau Dr Hilmi tu dia kena belajar menyintainya.


sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:

Cinta tidak mengenal bangsa. Mengimbau kembali lorong berduri yang
pernah disusuri. Rosalina rela meninggalkan agama asal demi kasihnya
pada Hadi. Agung sungguh perasaan yang bernama cinta, meskipun
terpaksa buang emak, buang saudara namun perkahwinan penuh kerikil
ini tetap diteruskan.

Tiada siapa mengimpikan perpisahan. Trauma kehilangan Hadi di saat
Rosalina berjuang melahirkan Aliff diterimanya sebagai ketentuan
takdir yang ingin menguji keimanannya. Pun, hidup perlu diteruskan.
Berdiri atas kasih sejati seorang Islam, Rosalina akur dengan
tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya.

Kehadiran semula Rodney, pemuda kanada yang pernah singgah di hati
bagaikan mencabar ketakwaannya. Saat diri berada dalam kekeliruan,
ketulusan Dr. Hilmi yang ingin mengisi ruang bahagia bersamanya
menambah resah di dada. Tidak sanggup dibelenggu kenangan lalu,
hatinya terbuka menerima pengganti. Apatah lagi menatap bening mata
Aliff yang rindukan belaian seorang ayah, membuatkan Rosalina
terpaksa memilih antara dua.

JALINAN KASIH. keunikan sejarah cinta dua insan dalam lingkaran
kehidupan sosial masa kini. sesungguhnya, cinta bersifat universal.
Abadinya kasih suci, tidak membatasi konflik keluarga, keturunan,
budaya malah antara dua benua sekalipun. Hanya kekuatan dan
keyakinan diri dapat mengatasi segala rintangan yang melanda.

Review 143: Andainya Kutahu by Puteri Andalas





Andainya Kutahu
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Khalysa Publications & Distributors
ISBN : 983-40714-4-2
cetakan 2004
514 muka surat
Harga : RM 19.90

Buku ni dah jarang2 nampak di rak2 kat kedai2 buku. Antara buku yg ada peminatnya tersendiri, termasuk la Uda yg dok rekemen buku ni kat aku.

Sali dan Sunny yakin mereka adalah adik beradik tiri seibu. Mereka tidak dapat menidakkan perasaan cinta yg wujud di hati mereka.

Sali cuba utk menerima lelaki lain dalam hidupnya namun bayangan Sunny tidak pernah luput dari jiwanya.

Cerita ini lebih banyak menceritakan tentang Sali dgn lelaki yg ingin menyuntingnya sbg pasangan hidup. Sali sentiasa bersikap jinak2 merpati. Mudah didekati tetapi sukar ditawan. Tugasnya sbg guru menyerlahkan lagi budi pekertinya yg baik. Cikgu Dhel adalah seorg lelaki yg sangat baik dan sifatnya itu mencuit perasaan Sali namun dia sedikit kecewa bila mengetahui yg cikgu Dhel sudah berumah tangga tetapi sedang di ambang kemusnahan. Kejadian isterinya dipanah kilat mengikat semula cikgu Dhel kepada isterinya. Ingat ka cikgu Dhel tu nak tinggalkan jer wife tapi dia jaga wife sampai sembuh. Baik la cikgu Dhel tu.

Sali amat memahami keadaan cikgu Dhel. dia jadi resah apabila dia mula menjadi perhatian cikgu Zul yang bermata keranjang. Teman sekampungnya tu menggunakan keakraban ibunya dgn nenek Sali utk merisik Sali. Di samping itu, sahabat baiknya Adib turut merekemenkan Sali kpd abgnya yg sudah lama kematian isteri, Jeff. Jeff tu hensem giler tapi Sali tak jatuh hati lah pulak. Walaupun dia cuba rapat dgn Jeff, dia sentiasa tak dapat menolak ajakan Sunny. Atas alasan sayang antara adik beradik mereka bertemu melepaskan rindu.

Nenek Sali sebenarnya tak suka mak Sali tu, Jenny, sorang wanita berketurunan Cina yg masuk Islam setelah berkahwin dgn bapa Sali. Nenek Sali ni berjaya menghancurkan rumah tangga Jenny dan mengambil Sali. Tinggallah Jenny bersama Sunny.

Kejadian kemalangan yg menimpa Sali memaksa Jenny memunculkan diri dan menyelamatkan Sali yg kehilangan byk darah. Kemunculannya tidak disenangi nenek Sali. Jenny terpaksa pergi tanpa mendedahkan identitinya sbg penderma darah kpd Sali.

Kunjungan nenek Sali ke Mekah telah membuka matanya tentang kehidupan sebenar Jenny yg tidak pernah meninggalkan Islam. Pertemuan mereka di Tanah suci menjadi titik penyatuan semula keluarga mereka.

Pertemuan itu juga menjadi titik kegembiraan Sunny dan Sali bila mengetahui bahawa Sunny tu rupanya anak kepada Lenny, kakak Jenny. dia menjaga Sunny spt anaknya sendiri hingga Sunny sendiri tidak tahu yg dia rupa2nya anak saudara kpd Jenny. Kali ni nenek tidak membantah lagi kerana dia mahu Sali bahagia.

sinopsis/blurb
Ibunya murtad!
Sali Aida malu lantas menidakkan kehadiran wanita yang melahirkannya ke dunia. Padanya kasih nenek adalah segala-galanya namun bukan untuk selama-lamanya. Kedewasan menyedarkan dia ada luang kosong dalam hidupnya. Sunny muncul di tengah -tengah kekosongan itu. Kehadiran Sunny untuk menyatukan dia dan ibu menyingkap nostalgia manis masa lalu. Tanpa diduga kehadiran Sunny menyemai cinta melakar rindu.

Lain misi lain pula terjadi. Mereka hanyut membina impian yang tidak berkesampaian terdampar kelemasan dilambung ombak cinta yang nyata berkesempadanan...

" Ya...Allah tabahkanlah hati hambaMu ini. Jauhkan dari kesesatan. Dorongkan aku hambaMU yang lemah ini ke jalan yang Kau redhai." Semoga Sunny juga tabah menerima perpisahan yang menyakitkan ini...

Seandainya kutahu kau memang milikku...
Seandainya kutahu begitu luhur hati ibu...
Taklah seberat ini beban penderitaan yang kugalas di bahu...

Sure fine whatever

Monday, November 16, 2009

Review 44: Yang Tak Terluah by Puteri Andalas






Yang Tak Terluah
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675067228
RM17.00
Sabah / Sarawak: RM20.00
378 mukasurat


'Luahkan sebelum terlambat...
Luahkan sebelum mata tertutup rapat'


Kisah heavy ini entah mengapa tidak terasa terlalu berat, tetapi tidak menghampakan. Mungkin kerana ianya padat dan tidak meleret-leret. Ending nya yg memuaskan hati juga membuatkan saya senang dengan karya ini.


Sebelum 'Cinta Seindah Madah', saya tak derlah teruja sangat nak baca karya Puteri Andalas, tapi kalau ada memang la saya akan baca.


'Cinta Seindah Madah' cukup menarik dengan caranya tersendiri, tambahan pulak watak anak2 kecil yg menarik hati.


Dalam 'Yang Tak Terluah' ini, kisah Manisah memang kedengaran hiba. Tetapi pekahwinannya dgn Mahdi yg ketika itu sudah kudung sebelah tangan dan kedua-dua kaki sebenarnya membahagiakan dia yang tidak menaruh harapan tinggi dlm hidupnya. Dia redha bersuamikan Mahdi demi kesihatan ibunya. Mereka tiada tempat berlindung.


Semasa masih sempurna, Mahdi pernah cuba memerangkap Manisah agar tertangkap basah bersamanya supaya ibunya (Normah) tidak dapat menghalang hasratnya utk memperisterikan Manisah yg sudah dihalau Normah kerana Manisah adalah anak kepada ibu tiri yang dibenci Normah.


Perkahwinan Manisah dgn Mahdi mengubah pekerti Normah terhadap Manisah dan ibunya Munah. Tetapi apabila Mahdi mati dalam kejadian ribut, Normah menyalahkan Manisah kerana memujuk Mahdi berpindah, dan setelah berpindah kebetulan pulak Mahdi mati dgn ibu mertuanya setelah ditimpa pokok jering.


Manisah membawa diri bersama kandungan yg baru bertitik dalam rahimnya. Sepucuk surat dari lelaki yg diyakini bapa saudaranya telah membawa Manisah ke Kampung Setia di mana kesemua rahsia hidup ibunya tersingkap di situ. Manisah seperti melakonkan semula nasib ibunya ketika terpaksa mengahwini Mahdi dan kini situasi serupa berulang lagi. Sayang pada Cikgu Senah membuat dia menerima cucu cikgu senah sbg suami. Antara Anang dan Jimi, siapa yg menjadi bakal suaminya?


Yang pastinya Manis tidak perlu memilih kerana lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya dan ibu lelaki itu saling tak tumpah wajah ibunya, Munah yg telah meninggal dunia tu.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yg tidak lagi sempurna.


Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yg diberi, menjadi isteri Mahdi yang kudung tangan, kudung kaki.


Menjaga Mahdi bagaikan menjaga seorg bayi. Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. dia belajar mengasihi suami. Tetapi tidak lama... takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yg menyayat hati.


Hidupnya terumbang ambing kembali.


Normah, mertuanya menyalahkan dirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bagaikan anjing kurap menunggu mati.


Dia pergi. Langkahnya jauh, membawa diri. Mencari ahli keluarga yg masih ada. Setelah ditemui lain pula yg terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali. Pertemuannya dengan cikgu Senah, Pakcik Azizul, Anang Johari, Jimi Johan dan Peguam Hamdan, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali.


Ikuti kisah Manisah yg terbuang di sebuah kampung - Kampung Setia tempat kelahiran dia dan ibunya...