Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Monday, November 16, 2009
Review 44: Yang Tak Terluah by Puteri Andalas
Yang Tak Terluah
Penulis: Puteri Andalas
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675067228
RM17.00
Sabah / Sarawak: RM20.00
378 mukasurat
'Luahkan sebelum terlambat...
Luahkan sebelum mata tertutup rapat'
Kisah heavy ini entah mengapa tidak terasa terlalu berat, tetapi tidak menghampakan. Mungkin kerana ianya padat dan tidak meleret-leret. Ending nya yg memuaskan hati juga membuatkan saya senang dengan karya ini.
Sebelum 'Cinta Seindah Madah', saya tak derlah teruja sangat nak baca karya Puteri Andalas, tapi kalau ada memang la saya akan baca.
'Cinta Seindah Madah' cukup menarik dengan caranya tersendiri, tambahan pulak watak anak2 kecil yg menarik hati.
Dalam 'Yang Tak Terluah' ini, kisah Manisah memang kedengaran hiba. Tetapi pekahwinannya dgn Mahdi yg ketika itu sudah kudung sebelah tangan dan kedua-dua kaki sebenarnya membahagiakan dia yang tidak menaruh harapan tinggi dlm hidupnya. Dia redha bersuamikan Mahdi demi kesihatan ibunya. Mereka tiada tempat berlindung.
Semasa masih sempurna, Mahdi pernah cuba memerangkap Manisah agar tertangkap basah bersamanya supaya ibunya (Normah) tidak dapat menghalang hasratnya utk memperisterikan Manisah yg sudah dihalau Normah kerana Manisah adalah anak kepada ibu tiri yang dibenci Normah.
Perkahwinan Manisah dgn Mahdi mengubah pekerti Normah terhadap Manisah dan ibunya Munah. Tetapi apabila Mahdi mati dalam kejadian ribut, Normah menyalahkan Manisah kerana memujuk Mahdi berpindah, dan setelah berpindah kebetulan pulak Mahdi mati dgn ibu mertuanya setelah ditimpa pokok jering.
Manisah membawa diri bersama kandungan yg baru bertitik dalam rahimnya. Sepucuk surat dari lelaki yg diyakini bapa saudaranya telah membawa Manisah ke Kampung Setia di mana kesemua rahsia hidup ibunya tersingkap di situ. Manisah seperti melakonkan semula nasib ibunya ketika terpaksa mengahwini Mahdi dan kini situasi serupa berulang lagi. Sayang pada Cikgu Senah membuat dia menerima cucu cikgu senah sbg suami. Antara Anang dan Jimi, siapa yg menjadi bakal suaminya?
Yang pastinya Manis tidak perlu memilih kerana lelaki itu sudah jatuh cinta pandang pertama dengannya dan ibu lelaki itu saling tak tumpah wajah ibunya, Munah yg telah meninggal dunia tu.
sure fine whatever
rinn
sinopsis/blurb
Manisah tiada pilihan. Menolak, bererti keluar dari rumah, tempat berteduh, dia dan ibunya Munah. Menerima bererti seumur hidupnya terpaksa menjaga suami yg tidak lagi sempurna.
Munah melarang. Tidak sanggup melihat Manisah dijadikan korban. Namun tanpa pengetahuan Munah, Manisah menerima syarat yg diberi, menjadi isteri Mahdi yang kudung tangan, kudung kaki.
Menjaga Mahdi bagaikan menjaga seorg bayi. Sifat yang diwarisi menjadikan Manisah reda dan mudah mengasihi. dia belajar mengasihi suami. Tetapi tidak lama... takdir telah membawa ibunya dan Mahdi pergi dalam satu tragedi yg menyayat hati.
Hidupnya terumbang ambing kembali.
Normah, mertuanya menyalahkan dirinya atas kematian Mahdi. Manisah dihalau bagaikan anjing kurap menunggu mati.
Dia pergi. Langkahnya jauh, membawa diri. Mencari ahli keluarga yg masih ada. Setelah ditemui lain pula yg terjadi. Sejarah ibunya berulang kembali. Pertemuannya dengan cikgu Senah, Pakcik Azizul, Anang Johari, Jimi Johan dan Peguam Hamdan, menjadikan sejarah hitam ibunya berulang kembali.
Ikuti kisah Manisah yg terbuang di sebuah kampung - Kampung Setia tempat kelahiran dia dan ibunya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment