Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, April 27, 2011

Review 354: Aku Yang Kau Tinggalkan by Alina Haizar



Aku Yang Kau Tinggalkan
Penulis: Alina Haizar
Cetakan kedua Mac 2011
Editor: Jabatan Editorial KNE
759 mukasurat
RM25.00
Sabah/Sarawak RM28.00
9789675067655


"Cinta datang tanpa disedari...
walaupun ditinggalkan, cinta tetap bersemadi di dalam hati."


Teringat balik kisah ni pun dah cukup utk buat aku tersengih. hishh macam orang tak betul kan?


Kisah ini bermula di Italy. Nia ditugaskan menjadi pemandu pelancong kepada sekumpulan pelawat dari Malaysia. Pertemuan semula dgn Zaril Ikhwan mencetuskan flashback yang panjang. Haaaa flashback ni lah yang akan membuatkan kita melekat terus dengan cerita ini.


Zaril Ikhwan ni dulu pernah terlibat dalam sebuah kemalangan ngeri yang meragut pelbagai keupayaan dirinya termasuklah mindanya seperti sudah 'reset' kepada minda seorg kanak2. Neneknya risau bila emak dan ayahnya nak masukkan dia ke rumah kebajikan kerana tiada siapa pun yg dapat mengendalikan Zaril Ikhwan yg serba kekurangan itu. Neneknya yg kaya raya tu telah mengambil Zaril Ikhwan tinggal bersamanya dan dia mencari seorg calon cucu menantu yg boleh menjaga cucu kesayangannya dengan baik setelah dia meninggal dunia nanti.


Ani, adik Nia yang berenti sekolah selepas peperiksaan PMR menjadi pilihan. Ani seorg gadis yang cantik dan pandai menguruskan rumahtangga malah mahir di dapur. Calon beginilah yang terbaik utk Zaril Ikhwan. Tetapi di saat2 akhir Ani menarik diri kerana sudah lama jatuh hati dengan rakan sekampungnya. Dia menghilangkan diri sebelum majlis perkahwinan. Ibu Nia sudah pun mengambil wang hantaran utk menebus semula tanah mereka yg tergadai gara2 ayah Nia yang tidak bertimbangrasa. Kesihatan ibunya turut merosot dan ini membuat Nia terpaksa tampil sebagai pengganti dan meninggalkan kolej.


Keluarga Zaril Ikhwan menyangka Nia lah gadis kampung yg bodoh yang dicari neneknya utk menjaga Zaril Ikhwan. Zaril Ikhwan ni emosi tak stabil. Sekejap ok sekejap tak OK. Lepas pulak dia ni menikah ye? Berakal tu termasuk tak dalam syarat sah nikah bagi lelaki? Well, whatever it is, akhirnya berkahwinlah Nia dgn Zaril. Nia memang seorg yg penyabar walaupun menjadi mangsa sepak terajang Zaril yg kadang2 lupa diri. Aku ni jenis anti jugak cerita2 perempuan yg asyik kena belasah jer. Tapi dalam citer ni keadaan Zaril memang dia tak mampu mengawal tindakan luar sedarnya.


sikap prihatin Nia membuat Zaril amat memerlukan Nia dalam kehidupan sehariannya. Nia terbaca satu keratan akhbar berkaitan kaedah penyembuhan berkesan utk pengidap masalah seperti Zaril. Dia nekad menggunakan elaun bulanannya utk menjemput pakar yg dapat menyembuhkan Zaril secara terapi. Nia sendiri dilatih sbg pengamal terapi utk memudahkan dia merawat sendiri keadaan zaril. Walaupun lambat, perubahan Zaril makin ketara. Tapi sekali sekala angin Zaril mari, dia bertindak di luar kawalan juga. Kecederaan teruk yang menimpa Nia membuat Zaril Ikhwan bersetuju utk mengikut ibu bapanya ke Paris bagi mendapatkan rawatan dan pembedahan. Dia mahu hidup bahagia di samping Nia. Sepanjang peninggalan Zaril, Nia menjalani proses penyembuhan dari kecederaannya dan dia tak dapat menyusul Zaril secepat mungkin kerana ibunya pula meninggal dunia. Bulan kemudian dia menyusul Zaril di Paris dgn membawa khabar gembira namun kegembiraannya sirna apabila mendengar perancangan Zaril dan ibunya utk menawarkan harga yg tinggi utk dirinya agar meninggalkan Zaril. Zaril yg sudah termakan kata2 ibunya membiarkan Nia pergi.


Pertemuan semula di Turin membuat Nia merasakan Zaril sudah tidak mengenali siapa dirinya. Zaril sudah kembali ke keadaan asal sbg seorg ahli perniagaan yg kacak bergaya. Mana mungkin dia akan ingat kepada isterinya yg telah menjaganya semasa sakit dulu. Kehadiran Maximo yang sering menempel dengan Nia membuatkan Zaril cemburu dan mahu menarik perhatian Nia. Nia sengaja mahu Zaril salah sangka dan tidak mahu ada apa2 hubungan lagi dengan Zaril kerana perjanjian perkahwinan mereka telah memberikan hak kepada Zaril utk membawa satu2nya anak mereka pergi. Nia takkan membenarkan semua itu berlaku.


Bila fikir balik, aku rasa aku ni memang jenis suka cerita macam ni kot. Kisah pasangan yg dah kahwin and then terpisah dan kemudian bertemu semula beberapa tahun kemudian dgn persoalan-persoalan mengapa mereka terpisah sekian lama. Kedengaran tipikal tapi bila dan start baca novel ni memang tak boleh nak tinggal dah. Alina Haizar menyusun perjalanan cerita ini dalam rentak yg semakin menarik dan membuat kita menutupnya dgn senyuman lebar bila konflik2 itu diuraikan simpulannya dgn baik sekali :)


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril Ikhwan pula memerlukan seseorg untuk menjaga dirinya yg sakit.


Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dgn suaminya sendiri. Diam2 dia mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik saja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yg lara ke Turin utk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.


Takdir menentukan mereka bertemu semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yg terbuku di dalam hati masing2. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi utk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yg terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing2 yg sebenarnya telah ditinggalkan.


Apakah rahsia yg dipendamkan itu...?

Review 353: Seteguh Cinta by Durrah Fatiha


Seteguh Cinta by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. BHd
Cetakan pertama 2008
RM 19.90
500 mukasurat
978-983-124-399-2


"Meski berjauhan, bara kasih ini akan kubawa ke mana-mana"


Akhirnya berjaya juga membaca novel ni :) Mood membaca sedikit kureng kebelakangan ni, tapi bila mood dah mai balik, boleh la marathon baca buku.


Kisah cinta selepas kahwin. Sudah berbagai jalan yg penulis2 gunakan utk mengalunkan kisah ini. Walaupun banyak yang dibaca, setiap satu cuba mengetengahkan kelainan dan mencari variasi utk menampilkan chemistry pasangan yg dipaksa kawin.


Pendorong termeterainya ikatan akad nikah antara Nurin dan Adli adalah kerana permintaan seorg tunang dan seorg sahabat baik kerana keadaan dirinya yg sudah lumpuh. Hadi percaya hanya Adli dapat menjaga Nurin dengan baik. Dia tidak rela melepaskan Nurin kpd org lain selain Adli.


Bersama Hadi, Nurin sering menang dan terlebih manja tapi biler dengan Adli segalanya bertukar buat Nurin. Adli berjaya membuat Nurin yg degil berpindah rumah dan meneruskan hidup sbg suami isteri walaupun 'angin' mereka selalu bertembung. Mereka hanya berkongsi bilik apabila ada tetamu. Nurin terpaksa memasak dan kemudiannya berkongsi kenderaan. SEdikit demi sedikit secara tak langsung, Nurin sebenarnya sudah mula melakukan tugas-tugas seorg isteri sehingga terbiasa.


Tanpa mereka sedari ada insan mendendami Adli dan mensasarkan Nurin demi menjatuhkan Adli. Kasih mereka berbunga tatkala karier Adli menjunam. Kehadiran Alia menyerikan rumahtangga mereka dan Adli menjadi surirumah.


Sindiran org sekeliling dan mertua menekan perasaan Adli. Nurin turut tidak selesa. Keadaan ini memaksa Adli menerima tawaran ke Cape Town. Nurin keberatan mengikutnya kerana kerjayanya semakin mantap. Perpisahan itu menjadi kayu pengukur kasih sebenar di antara mereka. Kehadiran Zulaikha dan keberanian Idham sedikit mengocak kepercayaan di antara mereka namun, true love wins. :)


Azad ngan Ammar dari novel "Rindu di Kalbu" ke? teringat pulak kat Ain Syauqina :)


sure fine whatever
rinn

Sinopsis : SETEGUH CINTA


Mahligai bahagia yang diimpikan Nurin bertukar menjadi igauan apabila tunangnya, Hadi mengalami kemalangan. Akibat lumpuh, Hadi terpaksa melepaskan Nurin agar tidak melangkah ke gerbang pekahwinan dalam derita. Namun, demi kasih terhadap Nurin, dia menyarankan gadis itu mengahwini sahabatnya, Adli. Kerana sayangkan Hadi, Nurin terpaksa akur meskipun dengan berat hati.


Perkahwinan yang terbina bukan atas dasar kasih itu mengakibatkan pasangan muda itu sering berkrisis. Kesabaran Nurin semakin teruji apabila Adli berhenti kerja dan menjadi 'house husband'. Untuk mengelakkan rumah tangga berantakan, Adli mengambil keputusan untuk menerima jawatan di Cape Town, Afrika Selatan.


Perpisahan itu mula menggamit kesunyian di hati Nurin. Kejauhan mula menggamit kerinduan. Rasa sayang mula singgah di hati. Akhirnya, dia tunduk dengan desakan naluri cinta yang mula menjalar di sanubari. Dia mesti menjejaki Adli untuk menyulam kasih yang hampir terlerai. Biarlah dia beralah demi menyelamatkan perkahwinan ini.


Namun, bersediakah Nurin menerima kenyataan andai Adli tidak punyai perasaan sepertinya?

Review 352: Suratan Kasih by Durrah Fatiha


Suratan Kasih by Durrah Fatiha
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd 2007
Harga : RM 19.90
Halaman :512
ISBN : 978-983-124-318-3


"Aku tanpamu umpama pantai tiada berombak.
Kau tanpaku seperti langit tiada awannya."


Kisah cinta insan-insan dewasa dan matang yang serbasalah menerima cinta dalam usia melewati dewasa. Antara kasih sayang yang membara dengan suara2 sumbang manusia yang tak jemu-jemu berlegar dan tersebar. Dah makin ramai penulis yang mula mengenengahkan kisah2 cinta orang yang melewati usia 30-an. Dlm kisah ini heroin lebih berumur dari hero dan konflik ini dimanipulasi dgn baik utk menjadikan cerita menarik dan juga isu Hani yang sanggup dianggap janda demi menjaga kebajikan anak2 arwah kakaknya dan abg iparnya.


Hazman lebih kelihatan seperti watak yang berumur 20-an dari segi cara penulis menggarap watak (yg sepatutnya berusia pertengahan 30-an). Ataupun mungkin memang hazman macam sebab dah lama dimanjakan ibunya. Dia seperti tak serik pulak dgn Farah walaupun wanita itu pernah mengecewakannya.


Kisah ini tentang Nurul hanisah yang menggalas wasiat abg iparnya utk menjaga anak2 buahnya kerana tidak percayakan keluarga sendiri yang berdendam dengan anak2 itu kerana ibu bapa mereka berkahwin tanpa restu. Hani lebih dari mampu menyara anak2 yang digelarkan anak2nya tanpa prejudis kerana dia seorg wanita berkerjaya sehingga Hazman sendiri terkedu biler tahu bertapa jauhnya Hanisah ke hadapan dalam membina karier berbanding Hazman yang baru nak menapak dlm dunia kerjaya. Hazman menyimpul itu sebenarnya mengapa Hani menolak dirinya, dia tidak tahu yang Hani memegang rahsia yang lebih besar dari itu.


Menarik juga nak tau mcm mana mak hazman yang tak mahu menantu yang lebih berusia dari anaknya akhirnya menerima Hani dgn senang hati walaupun pelbagai fitnah dan salah faham menyelubungi hidup Hani.


Geram betul dgn Ahmad Zahar tu.. penipu besar, gatai pulak tu.. sabo jer aku.. bini dia pulak jenis tak percaya kat orang lain.. kelentong Zahar terbongkar dan sebab itu jugalah dia mula memahami betapa isterinya sanggup mempercayai dirinya walau apapun yg terjadi.


Kehadiran watak Fauzi memang tak nampak 'hitam' langsung di awal cerita. Memang la ahli keluarga Fauzan tu asyik nak menyusahkan idup Hani anak beranak saja.


Famila pulak seperti tidak memikirkan langsung pengorbanan wanita yang sebenarnya ibu saudara mereka yang memberikan kasih sayang tanpa berbelah bagi. Famila marah betul biler tau Hazman berkenan kan mamanya sbb dia dah lama menaruh hati kepada 'uncle Hazman'. Ada chance la Kamil ngorat Famila lagi sebab dia dah berjaya amik hati mama kpd Famila :)


Watak-watak Ammar Wajdi dan Ain Shauqina dalam novel pertama penulis ini "Rindu Di Kalbu" amat segar di ingatan saya sbb saya rasa nama couple ni sangat serasi dan menarik. Antara nama2 hero heroin yang paling saya suka :)


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Nurul Hanisah dlm dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sbg ibu kpd anak2 Fauzan. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dlm penentuan kebahagiaan hidupnya. Namun, benarkah cinta itu tidak mengenal usia?


"Hanya awak di hati saya, tak ada orang lain. Tapi tak bermakna kita perlu hidup bersama"


Hazman terlalu mendambakan cinta suci daripada wanita itu. Memujanya dgn penuh keikhlasan walaupun jarak usia sering menjadi perbalahan insan terdekat. Dia tidak mungkin akan membiarkan wanita itu terus menanti. Tidak cukup terzahirkah ketulusan hatinya?


"Kalau awak ada perasaan terhadap saya, bermakna perasaan itu adalah naluri berkasih sayang antara seorg lelaki dan wanita. Tak salah, hani."


Famila mengharapkan kebahagiaan mamanya. Namun baginya Hazman bukanlah lelaki yang sesuai hadir dlm hidup mereka. Dia buntu... perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorg wanita yg selama ini mencurah sepenuh kasih syg kpdnya?



Sinopsis di website Alaf 21 : SURATAN KASIH


Novel yang mengisahkan lelaki muda menyukai janda yang sudah mempunyai anak ini pasti mencuit hati anda bila membacanya. Nurul Hanisah dalam dilema antara perasaan cinta terhadap Hazman dan tanggungjawab sebagai ibu kepada anak-anak. Belahan hati dan kasih menjadi episod lara dalam penentuan kebahagiaan hidupnya.


Namun, anak-anak Nurul Hanisah pula tidak mengharapkan lelaki lain dalam hidup mama mereka, terutama lelaki yang muda. Familia adalah penentang dalam hubungan mereka. Namun, perlukah dia beralah demi kebahagiaan seorang wanita yang selama ini mencurah sepenuh kasih sayang kepadanya.

Review 351: Rindu di Kalbu by Durrah Fatiha


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Rindu Di Kalbu
Penulis: Durrah Fatiha
RM 17.00
432 muka surat

"Rindu akan menjadi bara selagi ia dipendam di dalam dada"


pestaim baca buku hero digambarkan bermisai berjambang. :) kisah cinta yg agak stereotype yg sering digambar dalam novel2. tapi saya agak suka dgn ceritanya. kisah Ain syauqina yang bekerja di sebuah syarikat. Azad sukakan Qina dan bertindak memikat hati ibu Qina supaya senang dia nak mendekati Qina. Ibu Qina sangat suka pada Azad. Qina masihlagi tak dapat melupakan cinta pertamanya Ammar Wajdi yang memusnahkan kepercayaannya kpd lelaki itu. Qina dan Ammar berpisah tapi qina tak dpt melupakan.


Ammar akhirnya muncul and of course with a twist, Ammar ni abg kepada Azad. Ammar jelas masih syok kat Qina, dia meluahkan perasaan dan memberi tempoh utk Qina buat keputusan tetapi semasa ketiadaan Ammar Qina bertunang dgn Azad.. Qina sangka itu hanya rombongan merisik tapi tiba2 jer terus bertunang.. apa nak cakap dgn Ammar? frust menonggeng la mamat tu, padan muka lambat sangat.. masihkah ada jodoh antara Ammar dan Azad?


sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:


Antara Ain Syauqina dan Ammar Wajdi, memang wujud keserasiannya. Sejak peristiwa terperangkap dalam lif, mereka sering mencipta pertemuan demi pertemuan. Kadangkala mereka akan menghabiskan cuti hujung minggu dengan membaca di taman bunga. Tapi, itu dulu. Sewaktu baru merasai manisnya saat bercinta. Kini, sejak kehadiran lelaki itu semula, batinnya sentiasa berkocak. Ketenteraman jiwanya pula seperti diragut. Dia keliru antara kasih Azad dan memori cinta Ammar. Mustahil dia melukakan Azad Hamdi, insan yang sudi memberi kehidupan pada jiwanya. Tanpa Azad, mungkin sukar baginya untuk melupakan kisah malam itu. Tapi patutkah aku menyalahkan dirinya saja? Atau, aku juga ada sahamnya? Walaupun dunianya sudah dikelilingi bunga-bunga cinta, sesekali rindu pada Ammar menjengah juga. Namun, jauh di sudut hati... Ain tahu dan sedar, bara itu masih menyala. Walaupun hampir reda tapi api cinta itu tidak pernah padam sepenuhnya. Mungkinkah kalau ditiup, akan bersemarak semula? Dia benar-benar buntu! Tidak sanggup rasanya meniti bahagia atas kelukaan orang lain. Dan... bagaimana aku harus mengharungi hidup sebumbung dengan lelaki itu, sedangkan dia bukan milikku? Semuanya terserah pada takdir. Kita hanya berhak merancang tapi hanya DIA penentu segalanya.

Review 350: Biar Rindu Berlalu by Sharifah Abu Salem

Aku ingat lagi bertapa susahnya aku nak menghabiskan cerita ni. Terasa mood membaca aku melayang entah ke mana. Selepas baca novel ni aku jadi takut pulak nak baca buku2Sharifah Abu Salem lagi. huhu...


Biar Rindu Berlalu
Penulis: Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Tahun 2007
RM19.90
584 mukasurat
isbn: 978-983-124-305-3


"Sanggupkah kau biarkan sekuntum bunga resah terdampar di tepian pantai kasih?"


Ada terasa seperti penyampaian kisah ini agak terburu-buru dan laju. Mungkin perubahan sikap tiba2 watak Nasrul yang mulanya tiada halangan perkahwinan kedua ibunya, tapi kemudian bila saat2 hari perkahwinan tiba dia lantang membantah. Memang geram dengan Nasrul nih. FAtiha yg asalnya tak membantah turut menjadi geram dan bertindak membantah juga ayahnya berkahwin dgn ibu Nasrul. Nasrul terlalu biadap.


Lagi sorg yg saya geram dlm citer ni adalah Tok Wan, mak mertua Khalil (bapa Fatiha). Dia nak Khalil setia kepada anaknya (isteri Khalil) yg telah meninggal dunia 5 tahun yg lalu. 2 anak Khalil dilarikan bila mengetahui Khalil bakal beristeri baru. Kalau Khalil tu nak madukan isterinya tu, kot la boleh buat macam tu. Ni pilihan Khalil adalah yg terbaik utknya. Biler last2 khalil tunjuk bini dia kat mak mertua dia, terus dia faham kenapa Samirah yg Khalil pilih dan dia tumpang gembira :)


Konflik Nasrul-Fatiha diburukkan dengan kehadiran Malina yg salah faham dengan hubungan mereka. Fatiha menerima dugaan besar sehingga hilang keupayaan berjalan. Dia benci dgn hakikat bahawa darah Nasrul mengalir dalam tubuhnya.


Khalil terpaksa mengikat perjanjian rahsia dgn Nasrul demi memenuhi hasratnya utk memperisterikan Samirah. Cinta yg mula berputik antara Nisha-Iskandar terbantut apabila mendapati mereka kini adik beradik tiri. Lagipun mereka melihat hubungan Nasrul-Fatiha seperti ada sesuatu, kalaulah Nasrul-Fatiha berkahwin, apa kata orang lain pulak bila Nisha-Iskandar juga berkahwin. Jadi, persoalannya rindu siapakah yg dibiarkan berlalu?


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Sering rindu datang tanpa diundang. Sering pula hati dipersalahkan apabila rindu begitu mendera. Namun, kerana rindu itu dua insan saling berjanji utk sehidup semati. Dan kerana rindu itu juga ada insan yang sanggup melupakan janji yang dimaterai.


Janji Khalil dgn Samirah utk membina istana bahagia, bagaikan Sirna kerana permusuhan anak-anak. Fatiha tidak mahu kasih ibu diganti dgn kasih wanita lain kerana merasakan cinta wanita itu tidak seagung cinta ibunya. Nasrul juga tidak sanggup org asing muncul dlm hidup ibunya.


Masing2 menafikan hak bahagia kedua org tua. Sengketa keduanya berpanjangan, saling membenci dan melukakan. Bagai api yg membakar, kedua-duanya saling menyakitkan. Marah dan dendam mewarnai setiap kata2.


Mengenalimu merupakan kenangan pahit dlm hidupku, namun ia juga adalah saat terindah yg tak mungkin dpt kutemui sampai bila2...

Di saat kemelut dn persengketaan kian bertandang, Fatiha bagai kehilangan kehidupan... apabila musibah datang menimpa. Nasrul didera rasa bersalah, Fatiha pula tidak mahu mengaku kalah. Dia cuba bangkit dari kehancuran yg sedang didepani. Tanpa disedari, rindu perlahan-lahan datang. Namun dia lebih rela rindu itu berlalu pergi. Dia tidak mahu rindu itu bertamu di dalam hati.


Kerinduan... ia indah, ia resah. Ia melukakan, ia juga membahagiakan.

Review 348: Tiada Lagi Mimpi by Sharifah Abu Salem

Trilogi Cinta, drama tv1 yang diadaptasi dari novel ni memanglah aku tak follow jalan ceritanya. Aku tengok pun rasanya dalam 3 episod saja, tupun tidak berturutan. Sekadar nak tengok saja. Tapi dengar-dengarnya, ramai gak yang frust dengan ending Trilogi cinta. Ada sambungan lagi kot :)


Tiada Lagi Mimpi
Penulis: Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
560 muka surat


"Mimpi indah tak semanis realiti walau betapa pahit pun ia"

Sambungan buku ketiga dari trilogi Tak Seindah Mimpi, Tak semanis Impian dan yg ketiga ni Tiada lagi Mimpi.

TAk seindah mimpi penuh dengan dugaan buat Norjinah dan Razif. Tak Semanis Impian hampir menggugat rumah tangga bahagia Norjinah dan Razif dgn kehadiran Norseha tetapi rahsia disimpan kemas oleh Razif, Badrul dan Seha tetapi dalam buku terakhir, Tiada Lagi Mimpi segala-gala nya mula terbongkar dan segalanya menjadi makin sulit dan serabut.

Walaupun sudah mula berfikiran waras, Norseha masih tidak boleh menolak perasaannya terhadap Razif. Tapi kesanggupan Badrul utk menerima seha walaupun dia sedang mengandung memaksa seha bersetuju menerima Badrul. Badrul kelihatan tidak tersentuh sangat dengan pengakuan Sharifah yasmin yg menyintai Badrul. walau bagaimanapun pengakuan itu membuat Badrul berfikir dua kali.

Typical, balasan yg diterima shahrul kerana kejahatannya mendapat balasan di dunia. Dia insaf dan cuba memujuk badrul melepaskan seha supaya dia dpt menebus dosanya. Badrul sangka Seha sukakan Shahrul sbb semasa cintanya ditolak oleh Razif, seha pergi mencari Shahrul, bukan Badrul. Seha tak berfikir panjang utk membuat keputusan. Dia makin sayang dan menghormati Badrul malah kalau betul Badrul lepaskan dia pun, dia takkan menerima shahrul utk selama lamanya.

Tak semanis Impian still the best di antara ketiga-tiga buku ni :)

Rimas jugak menunggu bgamaina agaknya cara Norjinah akak menyingkap segala-galanya. Pd pandangan bibik Razif dan Seha bercinta, seha mengandung dan badrul jadi pak sanggup, pada pandangan norjinah pulak Seha dan Badrul terlanjur sebelum berkahwin dan berpura-pura di hadapannya, tapi kehadiran kad ucapan tahniah atas kelahiran bayinya menyedarkan norjinah yg seha dan pengirim kad cinta misteri kepada Razif adalah orang yg sama. Ji yg selama ini cuba menolak prasangka terhadap suaminya tak dapat lagi mengawal diri dari membuat kesimpulan sendiri.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kemunculan semula Norseha memerangkap kembali Razif di dalam dilema. Kehadirannya sungguh menyeksa, sungguh mendera. Razif tidak mampu menanganinya sendirian. Mujurlah, Badrul tampil menawarkan pengorbanan demi menjaga maruah keluarga.

Prasangka Norjinah terhadap kejujuran suami, tanda tanya dan teka-teki yang menyelubungi akhirnya terbongkar jua. Kenyataan itu juga membunuh seluruh kepercayaan dan cintanya kepada Razif. Dia berasa kebahagiaan yang dinikmati selama ini terbina dari kepalsuan dan pura-pura. Dunia Norjinah seakan berakhir di situ sahaja.

Norseha... permulaan sebuah sengketa. Rumah tangga kakak sendiri goyah gara-gara kehadirannya. Bukan godaan dan tagihan cintanya yang membuatkan semua berprasangka. Tetapi, Razif dan Norjinah saling berahsia kerana dirinya. Persoalan hanya terjawab apabila realiti terbongkar di depan mata. Namun, siapakah yang harus dipersalahkan apabila rahsia bukan lagi menjadi rahsia?

Siapakah pula yang harus mengalah apabila kepahitan bukan lagi mimpi melainkan kenyataan yang sukar ditelan? Dapatkah Razif dan Norjinah mempertahankan kebahagiaan? Dan, timbulkah keinsafan Norseha apabila diri sehina sampah terbuang yang terbiar di jalanan?

TIADA LAGI MIMPI membongkar episod luka sebuah keluarga, gara-gara kemungkaran dua insan yang tidak mengenal dosa dan pahala...

Review 347: Tak Semanis Impian by Sharifah Abu Salem


Tak Semanis Impian by Sharifah Abu Salem
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 19.90
576 mukasurat


"Mimpi yang tak menjadi nyata, umpama burung tanpa sayapnya."


Rasanya sambungan buku "Tak Seindah Mimpi" ni better la. Buku kedua ni starts 3 years after "Tak Seindah Mimpi". Norseha tu betul gilo la.. aduih.. memang geram la dengan dia sepanjang baca buku kedua nih. Dia ni psyco betui, dan terlalu banyak membuat spekulasi sendiri lepas tu geram kat orang tu geram kat orang ni macam betul la tekaan yg dia buat tu sedangkan semua tekaan dia tak berasas langsung, semuanya berdasarkan kreativiti daya imaginasi dia sendiri.


Razif jadi mangsa dalam buku ni. mangsa sexual harrasment pulak tu. RAsanya dia sepatutnya berterus terang dengan Norjinah, lepastu mesti Norjinah setuju Seha dihantar balik semula ke kampung. Seha memang tak der persamaan langsung dengan Ji, marah orang gaji orang tak tentu pasal.. eeee geramnya.. perasan pulak tu. Shahrul yg jahat tu menggunakan SEha utk membalas dendam kpd Ji yg dikatakan merampas kasih sayang Razif dari Salmi dan menyebabkan kematian Salmi. Bila Shahrul enggan bertanggungjawab, Badrul (yg frust dgn Ji) sanggup memperisterikan Seha. Rasanya Badrul memenuhi ciri2 lelaki idaman Seha, tinggi, tegap, hensem, mungkin kureng sikit romantis.


Perlakuan dan sifat2 Norseha memang menjadi kan kita sama berdebar dgn RAzif sbb taktau apa yg dia akan buat, lepas satu, satu, lepas satu, satu. Tapi last2 tu kesian jugak la kat dia


Dalam buku ni Razif dgn Norjinah memang romantis giler.. macam belangkas!


Kalau mengikut perkiraan saya, Norjinah telah dua kali menolak tawaran ke universiti.. first masa lepas dia amik stpm, 2nd masa ending tu dia ditawarkan tempat di usm. dalam buku tak semanis impian ni jelas dia menolak tawaran USM tapi later dpt pulak offer dari UM. ada ka orang tolak tawaran berpeluang mendapat tawaran lagi? *garu pala*


Sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?


“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”


NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.


“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”



RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”


Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Review 346: Tak Seindah Mimpi by Sharifah Abu Salem


Novel Tak Seindah Mimpi ni merupakan pengubat rasa kecewa aku dengan novel2 Sharifah Abu Salem yang aku baca selepas Pesona Rindu :) walaupun bagi aku ceritanya tak setanding Pesona Rindu tapi ianya cukup menarik tambahan pula dengan kehadiran sambungang kedua dan ketiga novel ini :)

Terbitan alaf 21 Sendirian Berhad
Tak Seindah Mimpi by Sharifah Abu Salem
RM 24.00
655 muka surat


bila dah abih baca beberapa buku SAS ni i can see SAS very patient dalam men develop watak2. kalau kisah2 cinta antara watak2 rekaan SAS mengambil masa yg panjang utk bersemi. Kadang2 terasa macam diorang ni tak der perasaan antara satu sama lain.

Tak Seindah Impian memaparkan kisah 3 watak utama, Norjinah, Razif dan Salmi.

Norjinah seorang gadis muda, mentah dan baru mengenali hidup. Dia memang tertarik dengan Razif tapi tak layan perasaan tu dan lebih menumpukan perhatian kpd tugasnya sbg pembantu rumah.

Razif mungkin tertarik dgn Norjinah juga sejak awal pertemuan tetapi kerana ikatan dgn Salmi dia menolak perasaan itu jauh2 dan hanya menumpukan rasa kasih kepada Salmi seorang. Razif seorang suami yg sangat prihatin, bertimbang rasa, penyabar.

Salmi pulak seorang yg mementingkan diri sendiri, tak pernah menghargai kasih sayang Razif. dia hanya sedar segala2nya setelah dia mengalami kemalangan dan lumpuh. Razif sanggup mengutip dia kembali ke rumah besar bersama-sama anak2 mereka dan cuba memulakan hidup baru. Tapi penerimaan anak2 mereka terhadap ibu yg tak pernah mempedulikan mereka ni memang mengecewakan Salmi. Mereka lbih rapat dgn Norjinah yg dipanggil ibu. Salmi cuba menolak perasaan cemburunya dan cuba menerima Norjinah seadanya tapi sekali sekali perasaan cemburu mengetuk hati wanitanya.

Bila terkenangkan kebaikan Razif yang tiada tandingnya Salmi mula bersikap terbuka dan tidak mahu terus terusan membebankan Razif. Dia meminta Razif mengahwini Norjinah dan meminang Norjinah utk Razif. Norjinah tekejut dan terus lari dari rumah. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana, Norjinah dan Razif semakin bahagia tapi Salmi makin tenat diburu rasa cemburu walaupun Norjinah tak pernah memburuk-burukkan Salmi malah sanggup mencuba merawat kaki salmi dgn teknik mengurut. Utk mengurangkan rasa cemburunya Salmi meminta Razif membawa Norjinah tinggal di rumah lain, Norjinah keberatan kerana terpaksa berpisah dgn anak2. Konflik yang dimainkan dalam cerita ini mungkin kedengaran biasa tapi garapan Sharifah Abu Salem memang menarik walaupun agak perlahan.

Lepas ni nak baca Tak Semanis Impian, sambungan kisah Tak Seindah Mimpi.

sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:

Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Review 345: Gerimis Di Hati by Sharifah Abu Salem


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Gerimis Di Hati by Sharifah Abu Salem
"Daripada Novelis Tak Seindah Mimpi"
RM 15.00
408 muka surat


Cerita ni ada konflik yang tersendiri. Cara penceritaan Sharifah Abu Salem menjadikan scene2 meluncur dgn lancar dan dihuraikan satu persatu di hadapan pembaca tanpa menimbulkan sebarang debaran. Cara penceritaan menjadikan jalan cerita mudah berlalu dan mudah diteka what's coming up next. Bahasa yang digunakan sangat mudah juga dan soothing(menyamankan? *garu pala*) Penulis seperti tidak terburu-buru menceritakan satu persatu, tapi yg saya kurang puas hati cara cerita ni ditamatkan agak abrupt. Tengku Farid pi question Sharifah Yasmin yg berkasar dgn Emily hingga hampir2 menyebabkan gadis itu terbunuh dan semudah itu pertunangan diputuskan dan tiba2 saja Sharifah Yasmin yang
tegar dan angkuh sejak dari awal cerita tiba2 saja dpt menerima kenyataan yg Tengku Farid bukan miliknya sedangkan sebelum ni dia bermati-matian mahukan Tengku Farid yang jelas takmo kat dia. May be dia terharu dengan pengorbanan Emily yg langsung tak menceritakan siapakah yang telah menghentaknya hingga koma? Watak2 Tengku Farid dan Sharifah Emily tak jiwang la.. hehe.. may be sebab sama2 paham diorang tak boleh bercinta kot. Tapi kalau dah jodoh tak ke mana..

Sure fine whatever
Rinn

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:

Gerimis di hati bermula apabila Emily datang ke Malaysia untuk menemui ayahnya, Syed Mukri yang sedang nazak. Kedatangan Emily telah menimbulkan kekecohan kerana selama ini Tengku Habibah, isteri pertama ayahnya tidak mengetahui bahawa Syed Mukri pernah berkahwin lagi dengan wanita Inggeris. Rahsia kewujudan Emily hanya terbongkar apabila Syed Mukri menamakan Emily sebagai salah seorang penerima harta pusaka.

Sharifah Yasmin. kakak Emily tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia mempunyai adik yang bakal mewarisi kekayaan ayahnya. Apatah lagi, melihatkan kemesraan Tengku Farid, sepupunya dengan Emily semakin menambah sakit di hati. Dia bertindak cuba memisahkan kedua mereka asalkan cintanya pada Tengku Farid berbalas.

Berjayakah Sharifah Yasmin melakukannya? Bagaimanakah Tengku Farid melalui kehidupan tanpa Emily? Mampukah Tengku Farid melakukan pengorbanan atau Tengku Farid Sendiri yang terpaksa menjadi korban?

Dengan garapan bahasa yang indah, lembut dan bersahaja, GERIMIS DI HATI pasti meruntun perasaan anda. Sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang pengorbanan!

Review 344: Masihkah Ada Kasih by Sharifah Abu Salem


Selepas baca Pesona Rindu, terasa agak susah nak mencari novel Sharifah Abu Salem yang betul2 aku suka. Ceritanya yang lain terasa biasa pulak kalau nak compare dengan Pesona Rindu.


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Masihkah Ada Kasih by Sharifah Abu Salem
RM 12.90
276 muka surat


"Anak yang dipisahkan itu diajar untuk membenci dan melupakan ibunya. Bolehkah?"


I don't have problem with the storyline, memang genre yg macam ni menarik minat saya tapi ada perkara2 yg saya tak dapat terima. Kenapa Manisah memilih utk tinggal di rumah Johan sedangkan Johan masih berulang alik ke situ, Manisah seorang yang baik, solat, mengaji mengapa cari nahas, macam sengaja jer nak bagi kena tangkap basah dan dituduh bersekedudukan. dia menolak utk tinggal bersama mertuanya, Datuk Mohsein. Bagi saya pergaulan Johan dan Manisah agak keterlaluan walaupun sekadar utk menenangkan satu sama lain, kadang2 rasa mcm terlalu kerap. kedua2 mereka digambarkan orang yg baik2 tapi cara perlakuan mereka macam watak2 dalam novel inggeris.


Kisah dalam buku ini bermula selepas Manisah dan Firdaus bercerai, anaknya Syafiq tenat di hospital mengalami masalah jantung berlubang dan dibedah. Firdaus melarikan Syafiq (yg dlm penjagaan Manisah) setelah membayar rm32,000 utk kos perubatan syafiq.


Manisah tak berpeluang langsung bertemu Syafiq lagi. Firdaus sanggup berpindah utk melarikan Syafiq dari Manisah. Bapanya, Datuk Mohsin pon ak suka dgn tindakan firdaus dan menyebelahi bekas isteri anaknya.


Berlaku court case tapi berpihak kepada Firdaus kerana Manisah tiada pendapatan tetap, memaksanya menerima tawaran kerja dari Johan dan bantuan guaman utk mencuba lagi mendapatkan hak penjagaan ke atas anaknya. Tapi kes dia ditangkap khalwat dan dituduh bersekedudukan dgn Johan menyebabkan kekalahan kedua dlm menuntut hak penjagaan. Manisah ditimpa masalah emosi dan hampir gila setelah Firdaus mengasari dan menolaknya hingga terhantuk di longkang. Firdaus mendapat perintah mahkamah utk membawa Syafiq melawat Manisah, jika manisah mati selepas pembedahan, firdauslah pembunuhnya. Lawatan seharian Syafiq menguatkan manisah dan dia ingin terus hidup tapi Firdaus dgn tipu dayanya memaksa Manisah sign dokumen menyatakan dia hanya boleh jumpa Syafiq setelah syafiq berusia 18 tahun. Syarat itu diletakkan supaya Manisah dpt jumpa Syafiq sehingga Manisah sembuh sepenuhnya.


Utk menunggu 18 tahun adalah menyiksakan jadi Manisah menerima pelawaan Johan utk bekerja di New york dan menerima Johan sebagai suaminya. Takdir menentukan yg Firdaus tertangkap kerana disyaki membunuh isteri keduanya bersama teman lelaki barunya. Syafiq kembali kepada ibunya di New York dgn bantuan Datuk Mohsein.


Kisah2 semasa dalam novel ini diselang seli dengan nostalgia kisah percintaan dan perkahwinan Firdaus-Manisah tidak mengganggu jalan cerita malah mengukuhkan lagi pemahaman kita. Memang jahat la firdaus ni sanggup menggadaikan isteri demi mendapatkan kontrak yg besar. dah tau isteri baru dia tak suka Syafiq, saja jer bawak syafiq balik asalkan Manisah tak dapat anak itu.


Johan dulu pernah rekemen Firdaus kpd manisah menganggap manisah tanggungjwabnya mungkin kerana rasa bersalah. tapi lama kelamaan dia jatuh cinta lagi pun perkahwinannya juga pernah gagal dan dia sendiri pernah menempuh suka duka menuntut hak ke atas anaknya Surina yg dikebumikan sbg seorang Kristian.


sure fine whatever
Rinn


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis Belakang buku:


Di manakah maruah dan harga diri seorang suami yang sanggup memperdagangkan isterinya semata-mata untuk mendapatkan sesuatu projek perniagaan?


Begitulah paparan hidup seorang tokoh korporat, Firdaus Dato' Mohsein yang mengenepikan soal agama dalam hidupnya. Atas alasan ini, Manisah isterinya meminta cerai. Namun, konflik antara mereka semakin sukar bila keduanya berebutkan anak tunggal mereka, Syafiq.


Manisah tidak rela Firdaus membesarkan Syafiq. Dia tidak mahu kehidupan anaknya berkiblatkan barat. Jadi, dia berusaha untuk mempertahankan anaknya.


Jalan yang dilalui oleh Manisah semakin sukar bila Syafiq disahkan mengidap penyakit jantung berlubang. Manisah tidak mampu untuk membiayai perbelanjaan anaknya itu. Dan Firdaus menggunakan alasan ini untuk merampas Syafiq.


Sejak itu ibu dan anak ini terpisah jauh. Manisah sudah kering air mata untuk mencari Syafiq. Namun Firdaus tetap berdegil sedangkan Syafiq semakin tenat menanggung rindu.


Di manakah keadilan untuk ibu dan anak malang ini? Masihkah ada sisa waktu untuk mereka menyulam kasih? Hanya takdir yang menentukan!

Review 343: Pesona Rindu by Sharifah Abu Salem


Antara novel yang aku tak sangka aku akan suka ceritanya.


Pesona Rindu by Sharifah Abu Salem
RM 19.90
576 muka surat


Kali pertama baca hasil buah tangan Sharifah Abu Salem nih.. kalau tak silap ada terbaca yg ini adalah novelnya yang kelima. kali pertama juga membaca novel kisah hidup bermadu dari perspektif yg sebegini.


Masa nak mula baca tu macam malas sikit sbb mcm tak dapat terima lah pulak kisah watak utama bermadu. tapi biler dah mula tu, sekali pun tak lepas buku tu, sedar2 dah awal pagi dan baru perasan mata dah mengantuk :)


Sharifah abu saleem memang gifted writer, pandai bawak pembaca into the story, memang byk penceritaan memendam rasa, sedih, memang buleh nangis la kalau baca novel nih.


ada tiga watak utama dalm citer nih Najmah, Darina dan Fazlan. Tiga sahabat baik campur sorang lagi safuan, jadi empat la tapi safuan dan meninggal. Darina dan fazlan berkahwin pada usia muda, tiga bulan kemudian darina dpt offer blajar diluar negara.. dia mementingkan cita2 daripada suaminya yg baru dikahwini. Najmah bekeja dgn fazlan setelah dua tahun darina pergi, Najmah dan Fazlan berkahwin sbb najmah mmg dah lama syok kat fazlan tp bagi jalan kat Darina. Fazlan dpt rasa yg darina dah tak nak kat dia, so diorang kawin, memula ibubapa fazlan mcm tk dpt terima tapi biler najmah dah jadi menantu mereka, najmah lah org yg paling mereka sayang, tambah2 dengan kelahiran kimi. walaubgaimana pun mak bapa najmah tk dapat terima hakikat anak mereka bermadu.


cerita betul2 bermula bila Darina balik dari luar negara dan masih cintakan Fazlan. semua yg terlibat bersetuju merahsiakan perkahwinan fazlan-najmah, dan darina akan diberitahu apabila masanya sesuai. masalahnya masa yg sesuai tak pernah ada dan darina ni manjanya masyallah tambah2 dgn najmah. sering dikatakan darina ada lah separuh dari najmah dan najmah ada separuh dari darina. gitulah lebih kurang citer nyer.


tapi yg memusykilkan orang yg membaca ni, takkan sepanjang setahun darina bersama fazlan setelah kembali dari luar negara tak ada satu suara pun yg terdengar oleh darina tentang perkahwinan najmah-fazlan? macam tak logic lah pulak. tambah2 persandingan darina-fazlan diadakan dan ramai dijemput ke rumah. masa perkahwinan fazlan-najmah dulu diadakan di hotel. perkara ini terlalu besar utk dirahsiakan..


part yg really made me laugh biler bapak mertua fazlan (atau bapa darina) jatuh cinta dengan najmah! muaahahaha baru la ter gagaga weng weng tiu tiu si fazlan tu sampai nak pitam.. hehe.


sure fine whatever


RINDU bertandang ketika masing-masing didakap kesepian. Fazlan ditinggalkan Darina, isteri yang obsesi terhadap cinta, cita dan impian. Najmah pula memutuskan pertunangannya kerana tidak menyintai jejaka pilihan keluarga. Keputusan Najmah mengundang sengketa. Dia terpinggir dan kepulangannya tidak diharapkan.


Fazlan hadir memberi kedamaian. Persahabatan bertukar menjadi kekasih. Najmah menyangka yang dia hanya menghormati Fazlan sebagai majikan. Namun cinta di hatinya kian berputik biarpun dia tahu Fazlan adalah suami sahabat baiknya sendiri.


Selepas lima tahun di luar negara, Darina kembali semula. Ternyata cintanya terhadap Fazlan masih ada. Bagaimana harus Fazlan menerima Darina semula? Sedangkan dalam masa yang sama cintanya terbahagi dua untuk Najmah juga. Lalu Fazlan merahsiakan perkahwinan itu.


Najmah diburu rasa bersalah. Dia telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh Darina untuk menjaga Fazlan. Bagi Najmah, cintanya hadir hanya sementara. Tidak lebih dari sebuah pesona.


Fazlan dalam dilema, siapakah yang lebih dicintainya? Najmah ataupun Darina? Namun bagi Fazlan, dia tidak rela kehilangan kedua-duanya sekali.

Monday, April 18, 2011

Review 349: Demi Kasihmu by Amieza Anaz



Demi Kasihmu
Penulis: Amieza Anaz
Editor: Hjh Faridah Abd Malek
Terbitan NHF Media
cetakan pertama 2008
952 muka surat
RM24.90
9789833156306


"Kukutip sisa cinta menjadi simpulan kasih, kuharungi duri ranjau kasih kerana sesungguhnya aku wanita yang tercipta untuk mu..."


Entah berapa bulan aku tangguh baca novel ni. Pemiliknya dah confirm cerita ini sangat best, tapi memandangkan saiznya yg sangat tebal, aku jadi segan nak mulakan. Tapi bila dah start tu, masuk hari kedua aku dah selamat habis baca hingga ke muka surat terakhir. Memang berbaloi. Memang menarik kisah Luqman Hakimi dgn Alia Maisarah.


Luqman Hakimi adalah jejaka yg ada kerjaya sendiri dan dia menyintai Azilah, rakan baik Alia Maisarah. Azilah perlahan-lahan menjauhkan diri setelah dia mula jatuh hati dengan Suhaimi. Sejak itu Luqman Hakimi sering mengunjungi Alia Maisarah utk bertanya khabar berita berkaitan Azilah. Alia rimas dengan kehadiran Hakimi yg semakin lekat di hatinya. Dia tidak mahu berpikat dgn Hakimi tetapi Hakimi sendiri sudah lupa tujuan asal berjumpa Alia kerana dia semakin gemar menghabiskan masa di kedai makan milik atuk dan nenek alia.


Mereka dicekup ketika berdua-duaan membincangkan hal Azilah. Alia menerangkan hal sebenar kepada keluarganya dan mereka memahami situasi sebenar tetapi Luqman Hakimi beriya-iya pulak nak memperisterikan Alia lantaran peristiwa itu walaupun tanpa restu ibunya, Datin Junaidah. Alia mengambil masa yang lama utk menyatakan persetujuannya. Akhirnya mereka berkahwin dan mula hidup sbg suami isteri.


Kemunculan Azilah menggugat kepercayaan Alia terhadap Hakimi walaupun Hakimi melayannya dgn baik sekali. Azilah yg turut disokong oleh ibu Hakimi memberi tekanan kepada Alia hingga memaksa Alia menghilangkan diri. Alia percaya tumpuan Hakimi terhadapnya kurang setelah berkahwin dengan Azilah.


Pertemuan semula setelah beberapa tahun terpisah memberi kejutan kepada Alia. Hakimi yang pernah mengalami kemalangan serius turut tersiksa menanggung kecederaan perasaan akibat kehilangan isteri tersayang. Dia tak pernah pun berkahwin dgn Azilah. Datin Junaidah pun dah jadi baik dan mengajak Alia tinggal bersamanya supaya Hakimi cepat sembuh.


Hakimi terlalu kecewa utk menerima Alia dgn mudah. Malah terdapat jugak adik2 Hakimi yg turut memulaukan Alia kerana tindakannya meninggalkan Hakimi begitu saja. Macam lawak pulak tiba2 saja Rose jadi baik dgn Alia selepas terbaling gula kiub kat muka Alia. Razif ngan Munirah pulak dapat menerima Alia setelah Alia membantu anak mereka yg tercekik coklat.


Keengganan Alia berterus terang mengapa dia menghilangkan diri bertahun-tahun lamanya membuat Hakimi kecewa walaupun dia sudah mula dapat menerima Alia semula. Alia tu tak mahu Datin Junaidah dibenci anak2 sendiri kalau dia menceritakan bagaimana Datin Junaidah menghalau dia dulu. Rahsia itu sedikit pun tidak dibocorkan. Tindakannya melambat-lambatkan memberitahu Hakimi dan keluarganya tentang kewujudan Luqman Hafizi membuat hati Hakimi yg semakin sembuh luka semula.



Setiap watak dalam kisah ini seperti Datin Junaidah, Suhaimi dan Azilah, Rose dan Rashid, Razif dan Munirah; mereka bukanlah watak2 tempelan semata-mata. Mereka ada kisah tersendiri yang membina watak mereka. Tapi kadang2 bila diorang bercerita tentang kejadian sebenar tu, jadi macam karangan yang panjang lah pulak.


Ending yang sangat memuaskan hati :)


sure fine whatever
alongside






blurb/novelcinta/sinopsis belakang buku


Luqman Hakimi: Sesungguhnya mencintaimu membuatkan aku membuka ruang hati utk dilukai. Kututup segalanya dgn secebis kekuatan cuma. Tapi tegakah aku melepaskan rasa cinta yg menggunung demi menyaksikan kebahagiaanmu? Aku buntu namun demi rasa cinta ini, kulepaskan jua walaupun kau milikku abadi.


Jangan kau kata rapuh cintaku padamu kerana kau tidak mengerti demi siapa aku korbankannya. Aku wanita lemah, namun kekuatan cinta kubawa untuk mengharungi liku-liku hidup ini.


Maafkan aku Luqman Hakimi andai selama ini meragui cintamu. Percayalah tak mudah utk kurelakan perpisahan, namun aku pasrah pada ketentuan. Hanya doaku agar kau terus berbahagia agar pengorbananku tidak sia2.


Alia Maisarah: Mencintaimu membuatkan aku nanar. Cinta tak semestinya perlu diucap. Namun, segalanya sirna tatkala kau meninggalkanku. Saban waktu hati ini tertanya di manakah nilai cintamu padaku? Terlalu murahkah harga cinta ini di matamu? Lelah rasa jiwa ini merinduimu, mengharapkan kepulangan mu seperti menanti bulan berwarna biru.


Luqman Hakimi, Alia Maisarah. Dua jiwa satu hati. Takdir penentu segalanya. Namun mampukah mereka mengharungi ombak badai mahakarya cinta yg tercipta utk mereka?

Review 342: Jangan Ada Benci by Ana Wenta



Jangan Ada Benci
Penulis: Ana Wenta
Cetakan pertama 2009
400 mukasurat
RM20.90
9789838939010
Terbitan: Creative Enterprise


"Di sebalik kehilangan ini...
kuharapkan hadirnya sinar bahagia"


Kisah Farid dalam novel ini aku rasakan mendatar walaupun beberapa gadis datang dan pergi dalam hidup Farid. Kisah bermula dengan keadaan Farid yang tengah patah hati dengan Mastura. Sabrina hadir mengubat luka dan menjadikan Farid semakin mengenali masjid dan sejadah. Lepas belajar Sabrina memperkenalkan Farid kepada Murni dan kemudian Sabrina sekeluarga berhijrah ke Brunei.


Turut diselitkan kisah abg Farid yang berhutang dengan Along dan dilema cikgu Nora memilih utk menerima Leman atau Kassim. Tapi siapa pun yg dia pilih antara kedua tu, dia tetap jadi isteri kedua.


Farid melepaskan Murni menjadi tunangan Azman. Pada masa yg sama dia kelihatan seperti masih mengharapkan kehadiran Mastura atau Sabrina walaupun kedua-duanya sudah menjadi milik orang lain. Murni hadir semula ke dalam hidupnya setelah dia memberi syarat yg tak dapat ditunaikan Azman. Akhirnya mereka berkahwin. Lepas kawin baru Farid tahu yg Sabrina terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana bakal suaminya kemalangan.


sure fine whatever
alongside



blurb/alongside/sinopsis belakang buku


Di saat hati terasa akan kehilanganmu aku ibarat jam yang patah jarumnya. Hilang arah, hilang punca dalam menentukan waktu, masa seakan panjang tanpamu malam pula begitu sunyi kurasakan seolah-olah tiadanya siang. Hati diselubung awan nan lara lantaran hasrat tak kesampaian, lalu kututup hati ini buat insan yg bernama wanita.


Aku sebenarnya seorg insan yg lemah dalam menghadapi erti sebuah kehilangan. Tatkala kau hadir dalam hidupku aku seboleh mungkin cuba mengusir rasa itu pergi, saat rasa mula merajai hati... aku yg menanggung rasa itu. Tak kusangka mimpi kita serupa bilamana Tuhan satukan kita dgn ikatan suci utk kali ini, kau takkan ku lepaskan lagi.

Review 341: Sejernih Wajah Kekasih by Sri Anora


Terbitan Rhythm
Sejernih Wajah Kekasih by Sri Anora


"Kasihnya terbiar sepi..."


tak tau la kenapa biler baca buku ni sedih betul.. ceritanya memang predictable.. dari mula baca kita dah tau apa yg akan jadi next.. biler tau watak utama aishah sakit, kita dah tau what will happen next tapi Sri Anora pandai mengalunkan cerita melalui bahasa yang bisa menjadikan kita sedih hingga mengalirkan air mata. saapa2 yg teringin nak nangis tu baca la buku nih.


serba sedikit tentang cerita nih, kisah aisyah yang hampir2 dinodai tapi terselamat, sejak itu dia trauma. dia enggan menghadap mana2 lelaki, tetapi sejak seorang guru muda, hasman menyewa berdekatan rumahnya, hatinya terbuka utk menerima seorang lelaki dlm hidupnya. Dia mula bahagia tapi dia tak tahu ada orang lain yang turut menyimpan perasaan terhadap hasman..


sure fine whatever
Rinn nyer

Review 340: Saat Cinta Bersemi by Damya Hanna



Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Saat Cinta Bersemi by Damya Hanna
RM 18.00
496 muka surat


Masa start baca citer ni memang berkobar-kobar sikit, sebab tengok cover dan permulaan cerita memang best. ntah la kat mana along the way i get distracted easily, macam tak habiskan pon tak pa. kat mana silap ye? permulaannya kira kisah nur dhuha ni memang sedih manjang la tambah2 dia tinggal bersama abgnya badrul yg terlibat dgn aktiviti2 yg tak elok belaka, balik lambat sikit nur dhuha dah kena sepak terajang.


syamir ni plak membenci nur dhuha teramat sangat, peluang untuk mengenakan nur dhuha memang ditunggu-tunggu. rasanya olahan perasaan syamir ni tak diuraikan betul2, macam mana syamir boleh dikatakan menyayangi nur dhuha sudah lama, siap simpan gambar la apa segala tapi pada masa yg sama dia suka menyakiti nur dhuha dan biler membaca memang tak terbayang langsung ada perasaan sayang syamir kepada nur dhuha. cerita ni ditamatkan dengan terlalu mudah dan biler tutup buku ni i said to myself, "aik? tu aja?" rasanya sayatak dapat menghayati perasaan sayang yg ingin ditujukkan oleh watak syamir ni, all i can see i is hatred saja, kalau dlm citer lain kita baca citer yg benci2 sayang ni lain sikit cara penceritaannya, yg ni plak kira betul2 benci sampai nak memusnahkan nih peh tu last skali tiba2 senang saja kata
sayang dan happy ending. erkk macam mana tu?


sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.


Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

Review 339: Pelayaran Cinta by Sarimah Ayob


Terbitan Rhythm
Pelayaran Cinta by Sarimah Ayob
RM22.90


"Biar kupujuk hatimu yang lara"


dah lama dah baca buku ni masa yam first pinjam kat library dulu kan? kan? kan? masa tu baca sbb nak distract from tengok citer longkong ka hapa tu.. ngeri betul, amy ngan wanie la beriya melayan..


masa yg pinjam 2nd time ada jugak la flip through the pages terasa macam menarik jugak cerita nih. heroinnya polis, nama Alia. yg sedang menyiasat kes Natasya yg sering diugut. Natasya ni adik Zafri yg dendam dgn Alia sbb Alia penah tangkap dia dlm satu kes. kira zafri ngn alia ni anti each other lah


satu hari alia ngan zafri telah menerima panggilan telefon misteri dan akhirnya terperangkap dan di tangkap basah, then diorang kawin tanpa pengetahuan orang, kecuali beberapa orang saja la.. zafri makin hari
makin sayang tapi alia makin hari makin benci. macam mana tu? sekali lalu bila baca citer mcm situasi dia hampir2 sama dgn cerita 'pergilah sepi' by fauziah ashaari cuma watak2 dan cara penceritaan yang berbeza. apa2 pun i like the writing and the story.


this one is in my A list.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Perkahwinan yang berlaku kerana ditangkap khalwat memberi tamparan hebat kepada Alia, sorg pegawai polis yg dedikasi. Alia ditangkap bersama Zafri ketika menyiasat kes ugutan bunuh pelakon terkenal. Natasya Adila merupakan adik kandung Zafri. Disebabkan rasa malu dan takut, mereka merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan umum termasuklah ibu Zafri, Datin Marlina. Keadaan menjadi lebih rumit apabila Alia sememangnya membenci Zafri yg dianggapnya kaki perempuan dan bgitu juga Zafri yang mendendami Alia atas tindakan Alia sebelum ini dalam satu kes polis. Mampukah mereka melayari alam rumah tangga dgn aman dan membongkar penjenayah sebenar yg mengugut Natasya Adilla? Apakah Alia harus akur dgn hakikat sebenar bahawa telah hadir seorang lelaki yg akan melindungi dan mencintainya sepenuh hati?

Review 338: Bisikan Rindu by Mimie Afinie


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Bisikan Rindu by Mimie Afinie
RM 16.00
448 muka surat


"Ada getar di dalam dada bila kau menyeru namaku"


kisah percintaan yg agak biasa, boleh dikatakan stereotype, seorang gadis, Dina dicintai 2 lelaki.. shahrul, dina anggap sbg kawan dan seorang lagi, Ikhwan adalah kekasih. konflik timbul bila Ikhwan sering ber prasangka walaupun Dina sangat ikhlas dan setia. part Dr Johan yg gilakan Dina sampai bertindak di luar jangkaan tu mcm tak berapa nak logic utk seorang doktor berperangai sebegitu.. apa2 pun, ending
diletakkan di tempat yang sepatutnya, nasib baik.. tak la rasa sia2 membaca.


Mungkin kerana ini karya pertama, so ada yg rasa tak sempurna, tapi karya beliau yg selepas karya ini memang best best :)



sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Antara Shahrul dan Ikhwan kedua-duanya sama kacak, sama baik. Tapi jika di hati tiada rasa cinta, salah seorang harus berkorban. Jika mulut berkata sayang sedangkan hati berkata tidak, untuk apa sebuah percintaan?


Sekuat manapun cinta Shahrul kepada Dina, hatinya tetap milik Ikhwan. Kehadiran Ikhwan telah mengajar Dina erti sebuah rindu. Namun percintaan mereka sering diuji dengan salah faham dan kebetulan.


Akhirnya, Dina mengalah. Perginya bukan kerana kalah, tetapi pergi mencari harga diri yang dicampak oleh lelaki yang amat dicintai. Kerana cinta itu Dina sanggup tinggalkan Ikhwan dan segalanya.


Setelah agak lama menyepi, Dina nekad ingin kembali. Sayangnya kepulangan Dina dalam keadaan yang tidak terduga! Tiada kata maaf, tiada pelukan mesra. Yang ada hanya tangisan... Gembira atau duka?

Review 337: Setulus Janji by Aina Emir


Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Setulus Janji by Aina Emir
RM 18.00
464 muka surat


Buku ni suggested by Yam, one of the earliest book i ever read. cerita ni tak boring, kita boleh baca berterus terusan, tak leh berenti kena habiskan kalau tak nanti nak buat keja lain tak jadi pulak.


serba sedikit ttg citer ni kisah adik beradik Ilham dan Aiman yg sama2 menaruh hati pada Insyirah, adik angkat mereka. Insyirah mulanya rapat dgn Aiman tapi seolah olah ada menyimpan perasaan kepada Ilham yg semakin renggang dgnnya setelah meningkat dewasa. Insyirah serba salah bila Ilham berusaha mendekati dirinya sdg kan antara dia dan Aiman sudah ketahui keluarga hubungan mereka. ada perkahwinan, ada kematian, ada perpisahan, ada cahaya yg muncul..


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.


Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!


Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.


Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

Review 336: Izinkan Kubahagia by Leeya Myra


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Izinkan Kubahagia by Leeya Myra
RM 18.00
496 mukasurat

"Berilah sepi ini menemani rindu yang berlalu"


ending Mencari Cinta is a new beginning.


'Izinkan Kubahagia' memang jauh lebih baik dari 'Mencari Cinta'. Penulis lebih matang dan watak2 lebih kukuh dalam novel kedua ni. Emosi yang ingin dismpaikan kepada pembaca(sayala) berkesan dan saya berupaya utk simpati dengan watak2 dlm citer ni. rasanya mesej yg ingin disampaikan di dlm buku ni adalah, kita cuma akan menyedari apa yg kita ada adalah cinta setelah cinta itu dibebaskan pergi. Kadang2 cinta kedua lebih hebat dari cinta pertama... Sama juga macam Annesa dgn Faris dulu (dlm mencari cinta) Annessa tak dpt merasai cinta Faris, cuma setelah dia betul2 kehilangan baru ada rasa rindu & kasih. Isu yg sama di mainkan dalam buku ke dua ini, tetapi kali ini hasilnya lebih bagus dan meyakinkan.


Kisah berkisar 3 watak utama iaitu Zafir, Nadya dan Soraya. Zafir pernah frust dgn gurunya, Soraya yg berkahwin dgn pilihan hati, lalu memilih Nadya sbg tunangannya kerana nadya jelas menyintainya, 10 tahun dia setia pada Zafir. Zafir mengaku akan berusaha mengukuhkan hubungan mereka. Pertemuan semula dgn Soraya, ibu tunggal anak satu menyemarakkan semula cinta pertama zafir. Nadya menyedarinya, dia menahan rasa dan membiarkan Zafir memupuk cinta dgn Soraya yg masih keliru dgn perasaannya. Nadya memutuskan pertunangan yg berusia 3 tahun supaya Zafir senang membuat keputusan. Melihat Nadya dgn Armin menjadikan Zafir cemburu dan sedar dia rindu pd Nadia. Dia mula meragui perasaannya pada Soraya.


Soraya tak da masa nak fikirkan Zafir kerana isu perebutan hak penjagaan anaknya dgn bekas suaminya lebih penting. Dia sering diburu mimpi2 lalu di mana dia menjadi mangsa penderaan emosi dan seksual oleh suaminya sendiri yg lebih percaya fitnah orang dari percakapan isteri sendiri. Dia hilang hak penjagaan kerana kes khalwat dgn Zafir (diperangkap oleh Rahmat yg mahukan Zafir mengahwini Soraya).


Saya suka cara Soraya menangani keadaan ketika bersama bekas suaminya, Razlan, dan isteri baru Razlan, Juita walaupun dia sendiri amat sedih dgn kenangan lalunya. Watak2 Soraya dan Nadya sangat tenang dan byk menyembunyikan perasaan sebenar seperti marah, cemburu, rindu, sakit hati dan macam2 lagi, tapi tak keterlaluan sehingga kelihatan spt ego. Ego Nadya agak tinggi selepas dia ditimpa kemalangan sehingga salah satu kakinya bersimen. Dia cuba menguji kesungguhan Zafir yg sabar melayan kerenah Nadya.


lagi satu yang menarik, watak Annessa dari 'Mencari Cinta' muncul semula dlm buku ini, dia masih lagi menguruskan kedai bukunya JoAnn books corner. Agak terkilan sbb tak ada menyebut perkembangan hbungan Ann-Faris dlm buku ini. Yg pasti mereka belum berkahwin lagi. kalau tengok pada time frame Anneesa dan Faris berbaik semula pada penghujung tahun 2003 dan time frame dlm Izinkan Kubahagia adalah sekitar tahun 2004 & 2005. Nadya juga dikaitkan dengan Ilham Hazami yg pernah bertakhta di hati Ann sejak dia berusia 16 tahun. Nadya pon
penah syok kat Ilham jugak!


Zafir bukanlah watak lelaki yg boleh dibanggakan. Dia goyah dlm membuat keputusan, tidak yakin dengan perasaan sendiri. Hanya setelah dia yakin pada perasaan cintanya barulah dia menunjukkan kesungguhan. Itu pun dah nak last-last.


dalam bulan februari ni saja dah 3 buku yg saya baca ada menyebut KULIM!! huhu! wah bangga neh. dlm 'terima kasih kekasih' by Norhayati berahim, Mimpi kita serupa by Siti Hazneza and this book, izinkan kubahagia. :)


sure fine whatever
Rinn


terbitan Alaf21 sendirian berhad
sinopsis belakang buku:


Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi rupa-rupanyanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui Soraya, Nadya dan Zafir.


Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. sedangkan sepuluh tahun dahulu dia pernah menolak impian pemuda itu.


"Suka saya adalah suka lelaki kepada perempuan, lebih tepat cinta." Zafir meluahkan perasaannya.


"sayang saya pula adalah sayang seorang guru kepada muridnya!" Soraya tegas menolak lamaran cinta itu.


Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk dijabkabulkan sering tertangguh. "Antara saya dan cinta pertama awak, siapa yang lebih penting?" Kisah cinta mereka menjadi seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.


Sesak nafas Zafir. Perasaannya terbelah dua. Dia jadi keliru. Hatinya untuk siapa? Nadya tunangnya dan Soraya pula cinta pertamanya. Siapakah kunci kebahagiaannya?


Mereka terperangkap antara harapan, kenangan dan masa depan. Di manakah titik pertemuan mereka? Sedangkan cinta perta tidak semestinya cinta terakhir...


"Izinkan kubahagia..." bisik Nadya.
Bisikan yg sama terlafaz dalam hati Soraya dan Zafir.


sinopsis di website Alaf21:


Cerita dalam novel beliau ini sememangnya menarik. Setiap manusia mencari cinta dalam hidup mereka. Tapi, rupa-rupanya, cinta sahaja tidak cukup kalau tiada bahagia. Begitulah episod duka yang dilalui oleh Soraya, Nadya dan Zafir.


Soraya kecewa dalam perkahwinannya. Kehadiran Zafir ibarat peluang baginya menyandarkan harapan. Sedangkan sepuluh tahun dahulu, dia pernah menolak impian pemuda itu.


Nadya pula ingin bahagia di samping Zafir. Tiga tahun mereka bertunang, namun hasrat untuk diijabkabulkan sering tertangguh. Kisah cinta mereka seperti langit, kadangkala cerah, mendung dan cerah kembali.

Review 335: Mencari Cinta by Leeya Myra



Buku pertama karya Leeya Myra yang aku baca :) Lepas baca buku ni memang tercari-cari gak karya kedua beliau, 'Izinkan Kubahagia'. Lepas ni aku post review novel keduanya pulak ya? :)


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Mencari Cinta by Leeya Myra
RM 15.00
400 muka surat

This is a likable story. permulaannya agak biasa tapi biler dah hampir ke ending
ceritanya makin best! nasihat saya sebelum baca buku ni jgn sekali -kali baca sinopsis di belakang.. spoiler!!! citer akan jadi lebih mendebarkan kalau anda tak baca kulit belakang buku ini.


dahsyat jugak Annessa yang dicintai 3 lelaki serentak. Seorang adalah sahabat lama sejak sekolah dulu, berjumpa semula setelah reunion iaitu Rizman. seorang lagi adalah Faris yang jatuh cinta pandang pertama dengan Ann sbb dia beberapa kali terserempak dengan Ann semasa menaiki tren, bila tau Ann ni berjiran dengan saudaranya, terus dihantar rombongan meminang, Ann tak bagi kata putus dan Faris
sanggup menunggu hingga Ann buat keputusan. dan lelaki yang ketiga adalah Ilham, org yang Ann cinta sejak berusia 16 tahun, Ilham menghilang ke Jepun dan akhirnya kembali mahukan Ann semula tapi masalahnya Ilham dah berkahwin semasa di Jepun tetapi dlm proses penceraian.


agak curious jugak nak tau sapa yang Ann akan pilih kerana towards the end macam Ann boleh jadi kawin dgn sapa2 saja maybe rizman, faris atau Ilham.. anyway, i like ending yg diberi dlm cerita ini. the ending is a new beginning.


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


Bayangan kenangan manis zaman sekolah bersama Ilham, menjadikan Annessa seorang perindu. Dia setia menantikan lelaki itu. Namun lain yang diharap, lain pula yang datang. Faris tiba-tiba muncul melamarnya. Annessa menggantung kata; tidak menolak atau menerima.


Ilham kembali dari Jepun dengan status 'suami orang'. Annessa kecewa kerana penantiannya sia-sia. Lukanya bertambah parah bila diketahui, Sofia isteri Ilham adalah sahabatnya sendiri. Dia segera berundur dan berpaling pada Faris sebagai penyelamat.


Namun, setiap saat hatinya meronta. 'Jasadku di sini bersama Faris, tetapi jiwaku merantau jauh mengejar bayang Ilham'. Annessa yang tabah jadi sasar. Sekeping kad ucapan; 'Hidup Baik-baik' kiriman Ilham menimbulkan penyesalan. Jika mereka berterus terang tentang perasaan, pasti semua ini tidak akan terjadi!


Cinta itu duri. Cinta itu duka. Sofia terkorban dalam kemalangan. Ilham datang kembali merayu kasihnya. Tapi wajarkah cinta dijadikan alasan untuk bersikap keji? Itulah yang telah dilakukan oleh Annessa. 'Takkan saya langsung tak bernilai pada awak?' Air mata Faris menitis.


Bagi Annessa, soal cinta bukan sekadar hitam atau putih! Tidak juga betul atau salah! Cinta adalah sesuatu yang sukar dikawal. Ilham suatu mimpi dan Faris pula suatu realiti. Tapi mimpi itu juga yang dikejarnya. Dia mahu merebut cinta Ilham yang tidak pernah dimilikinya selama ini.

Saturday, April 16, 2011

Review 334: Sutera Kasih by Sirhan Ansari


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Sutera Kasih by Sirhan Ansari
RM 15.00
368 muka surat


"Dari jendela penantian, debunga cinta tetap mekar bila dibaja rasa rindu"


biler baca buku ni dah dpt rasa the writer adalah orang lama dalam bidang penulisan. ada nilai bahasa yg tinggi, dialog yg teratur cuma kadang2 perbualan berulang ulang dalam bab yg berlainan mengenai isu yg sama, some time i wonder if i kept flipping to the same page.


kisah wawa yang meminta suaminya berkahwin lain kerana dia tk dpat melahirkan anak akibat mengidap masalah buah pinggang, dia jugak mintak suaminya menceraikan dia dgn alasan tak nak membebankan suaminya.. isteri baru suamiinya baru mengetahui keadaannya dan bersungguh sungguh ingin membantu kerana dia tahu wawa adalah isteri yang baik.


romzi, kekasih lama wawa sungguh2 mahukan wawa kembali tetapi masih lagi dgn alasan tak mahu menyusahkan hidup romzi, wawa menolak.. keep on reading barulah tahu ke mana hala tuju wawa, kembali kepada bekas suaminya, kepada romzi atau kepada Ilahi?


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata pujangga Hamka, cinta manusia melalui beberapa pintu. Ada pintu kasih, pintu sayang dan pintu rindu. Tetapi cinta yang paling abadi ialah cinta yang melewati pintu simpati. Benarkah?


Nurul Azwa menoktahkan zaman remajanya dengan memilih Faris sebagai suami. Dalam melayari gelombang kasih, dugaan datang melanda. Sejak disahkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi dan tidak mampu memberikan zuriat, dia menarik diri. Jujur diakui, saat itu seakan lenyap semua harapan dan semangat. Namun, wanita cekal ini masih ada akal, ada perasaan dan juga iman. Dia menerima hitam putih kehidupan ini sebagai ketentuan yang telah tersurat. Hidup mesti diteruskan!


Faris memulakan kehidupan barunya dengan Syima. Kuasa ALLAH... Syima mengetahui kisah penderitaan Azwa apabila terbaca diari suaminya. Atas dasar kemanusiaan dan simpati, Syima nekad, wanita berhati luhur itu perlu dibantu. Tetapi... mereka tidak pernah bertemu, jauh sekali mengenali hati budi masing-masing. Hanya yang dia tahu... andai cinta itu satu pengorbanan, dia juga perlu berkorban meskipun ada hati yang teruji, ada hati yang terluka.


Perjalanan hidup ketiga insan ini masih jauh, pelbagai kemelut terus menanti. Dalam sabar Azwa, adakala terasa bahang derita. Dalam bahagia Syima, ada bersilih duka. Dan dalam tenang Faris, sesekali kesal datang melanda. Pun begitu, mereka terus berjuang untuk menikmati kebahagiaan. Dan setelah sekian lama berdoa... terleraikah kekusutan, termakbulkah impian? Yang pasti... diari duka silam ini perlu dinoktah, derita ini perlu ada penyudah!

Review 527: Kuseru Namamu by Ilani Mysara


Kuseru Namamu by Ilani Mysara
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
520 muka surat.


Sebuah Novel Klasik
"Pabila sinar menjadi sirna terbukalah mata hati menghadirkan dia di dalam diri"


sekali sekala membaca naskah novel purba memang sesuatu yang exciting. lagipun adventure2 yang ditempuh Dewi Sri Wali memang dahsyat. sekali sekala saya tergaru-garu kepala jugak memproses maksud tersirat.. al maklum la saya ni set2 minah blurr jugak kadang2 tu.


Di awal cerita kisah ini dialunkan oleh Pak Anjang Kadir kpd anak cucunya tapi di akhir citer ntah mana la pak anjang kadir dan cucu2nya pegi. Sepanjang pembacaan buku ni memang sekali sekala meremang jugak bulu roma saya. yer la masuk bab2 mistik tu seremmm jugak. Kronologi perjalanan Dewi Sri Wali yang mahu menghapuskan sumpah keturunannya memang teramat panjang sehingga menghabiskan seluruh usia remaja Puteri keramat itu.Yer la masa dia berangkat tu set2 umur sweet seventeen lah, biler dia kembali tengok2 anak menakan dia dah umur patploh tahun!


Dari negara langit dia turun merentas zaman, meniti kisah sebenar sumpahan kental keturunannya. Setiap perjalanannya dlm usaha mengumpul 7 helai rambut emas diiringi peristiwa2 mistik yg menuntut kebijaksanaan puteri terbilang itu.. amboi.. bahasa aku pun jadi skema tahap gaban tingkat 60 jer.


saya paling look forward to scene2 sedih, tapi tak der yang sedih sangat melainkan part yang melibatkan Siti Melor yang difitnah. bejurai2 air mato den. Selalunya kita baca citer pompuan yg kena rogol, ni terbalik pulak, lelaki yg jadi mangsa dlm pembunuhan bersiri ini.


siapa yg nak kawin dengan Dewi Sri Wali kena menjadi lelaki pilihannya dgn cara memisahkan tudung dari kepalanya.. sapa berani buat nak kena penendang buleh aar dgn Dewi garang ni. Namun di satu zaman wujud sorang putera yang disangka lawan yang mudah ditawannya, tapi putera ni panjang akal, dia menang dalam mengalah.


pastinya ni buah tangan istimewa dari Bonda. Terima kasih Ilani Mysara.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Apa ada pada nama? Kalau nama bukan segala-galanya, mengapa ada yang memilih darjat dan keturunan? Sesungguhnya, nama itu bukan sekadar dipertuturkan tapi mempertahankannya adalah satu tanggungjawab.


"Ini adalah cerita nenek moyang kamu. Tapi ingat, yang baik jadikan pedoman. Yang buruk buang jauh-jauh. Apa jua yang berlaku pada diri kita, jangan cepat mengikut hasutan. Padahnya hingga ke liang lahad. Setiap apa jua, mulakan dengan Bismillah."


Maka, tersingkaplah satu cerita dongeng tentang perjuangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang Dewi.


"Akan lahir satu keturunan di antara kamu. Seorang puteri bakal dikurniakan. Jagailah dia. Sesungguhnya ia ingin menebus satu nama yang tercemar. Tujuh sumpah akan dilaluinya. Airmata dan pengorbanan adalah syarat yang pasti ditempuhi. Setiap satu sumpah berakhir dengan sehelai rambut emas berjaya dicabut."


Sumpah begitu senang diucapkan. Janji terlampau mudah diluahkan. Tapi, hakikatnya di atnara mereka berdua telah menanti pelbagai dugaan tanpa dijemput. Mampukah mereka mempertahankannya?


Bacalah demi sebuah nama yang suci.

Thursday, April 14, 2011

Review 333: Seandainya... by Rys Areesa



Seandainya...
Penulis Rys Areesa
Editor: Jabatan Editorial KNE
896 mukasurat
Terbitan Kaki Novel
cetakan pertama Mac 2011
RM29.00
Sabah/sarawak: RM32.00
9789675967624


"Takdir memang sudah tertulis begitu,
suratan bukanlah lagi suatu kebetulan..."


Kisah ini diceritakan dalam bentuk sinematografi yg boleh kita bayangkan pergerakan dan suasana ceritanya. Gaya penceritaan ini membuat satu layar terbentuk dalam minda kita yg menunjukkan watak2 dalam kisah ini bergerak melakonkan cerita. Rasa macam sedang menonton drama pun ada juga. Tak der lah rasa macam hero heroin bercinta saja sepanjang masa. Perkembangan perasaan cinta antara dua hati dalam suasana bekerja disulam dengan baik dan tidak kelihatan janggal bila dibaca.


Dalam kerancakan Kaki Novel menerbitkan cerita-cerita cinta kontemporari dalam bahasa santai, 'Seandainya...' kelihatan berbeza dengan nada yg lebih serius dan gaya penceritaan yang lain dari yang lain.


Rasanya ramai pengikut cerita Wan Zaharris dan Areena secara online. Inilah masanya utk mengikuti apa kesudahan kisah mereka.


WZ dan Areena ni banyak main tarik tali lah. Bukan Areena saja yg tidak pasti dgn perasaan sebenar WZ malah kita pun rasa seperti dibiarkan menanti tanpa keputusan yg pasti. Areena lebih bertindak merahsiakan rasa hati dan bersikap selamba. Wan Zahari tu pulak bila sudah terlajak kata meluah perasaan, dia akan cover line dengan menyebut dia hanya bergurau.


Walaupun berada dalam ketidakpastian, Areena jadi kekasih yg setia. Rupa2nya WZ ada sebab yg kukuh utk menjadikan Areena begitu. Ibunya seorg yang sangat membenci org KL seperti Areena. Baginya orang KL pemusnah ikatan keluarga. Siapa yg sudah terikat dgn org KL akan meninggalkan keluarga selama-lamanya. Ketegasan seorg ibu membuatkan WZ cuba melupakan perasaannya terhadap Areena.


Cara Wan Zaharris menduga hati Areena dgn mewujudkan seorg kekasih yg dipanggil Husna kelihatan hampir sama dgn cara Zaharris Azman (kekasih lama Areena) menduga perasaan Areena dgn berpura-pura jatuh hati dengan wanita lain dan memuja-muja wanita itu di hadapan Areena. Kedua-dua lelaki itu seperti mahu menjatuhkan ego Areena yg sentiasa bersifat tenang.


Memang sayu bila memikirkan dilema Wan Zaharris. Nak ikut kehendak hati sendiri atau kehendak hati wanita yang paling penting dalam hidupny? Melepaskan Areena dan berkahwin dengan seseorg yg tinggal paling hampir dgn rumahnya di kampung? Bila dilihat dari sudut ini Wan Zaharris lebih jauh menderita berbanding Areena.


Pergerakan separuh kedua cerita membawa kita ke lembaran baru kisah Areena. Kehadiran Nabila yg bukanlah misteri mana tetapi wanita itu mencetuskan fenomena besar dalam hidup Areena bersama suaminya. Rentak cerita berubah ke nada thriller di hujung-hujung cerita membuatkan kita turut merasakan debarannya.


Shamsul Azhar yg bertahan sekian lama akhirnya mengalah dgn perasaan sendiri. Sebaik saja dia mengalah tu, aku merasakan dia terus hilang 'keistimewaan' dalam cerita ini. Sebelum detik itu Shamsul Azhar kelihatan lebih istimewa berbanding Wan Zaharris. Bila Shamsul Azhar mula mengalah, dia terus kelihatan tidak jauh berbeza dgn Zaharris Azman atau Wan Zaharris.


Bila anda mula membaca novel ini mungkin ada satu ending yg straight forward yang anda bayangkan. Tak kiralah apa yang anda bayangkan, ianya adalah sesuatu yang gerenti takkan berlaku di pengakhiran cerita ini.


sure fine whatever
alongside


blurb/alongside/sinopsis belakang buku:


"Tak semestinya kita dapat memiliki apa yg dipilih oleh hati kita sendiri dan... tak semestinya yg bukan pilihan hati kita itu tak baik utk kita. Mungkin ada hikmah di sebaliknya." - Wan Zaharris.


"Mencintai seseorg itu bukan hanya pada kata-kata. mencintai itu adalah suatu perasaan tanpa sebarang ungkapan. hanya yg benar2 benar ikhlas boleh memahaminya." - Areena.


Meskipun Nur Dhila Areena boleh memilih, bukankah memang hanya ada seorg sahaja kekasih yg abadi?