Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, June 24, 2012

Review 684: Kea Alyissa by Arasharrina

SURAT CINTA UNTUK KEA :)
Kea Alyissa
Penulis: Arasharrina
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM27.00
Sabah/Sarawak: RM30.00
isbn: 9789670448015
766 muka surat

"Kesungguhanmu menawanku...
Cinta itu adalah medan perjuangan untuk mereka yang sanggup berjuang!"

Mudah untuk jatuh cinta, tapi mudahkah utk mengekalkan perasaan cinta kalau ada dugaan datang menimpa? Haikal dan Kea jatuh cinta tetapi keteguhan perasaan itu teruji apabila Haikal disahkan mengidap brain cancer yg membawa maut. Kea yang merupakan doktor refferral kpd Haikal memang mengetahui mengenai perkara ini. Tetapi dia tak dapat menolak perasaan cinta yang mula mekar dalam hatinya.

Haikal tidak dapat lari dari berprasangka yang mungkin perasaan Kea untuknya hanyalah kerana belas kasihan. Tambahan pula bapa Kea meninggal dunia kerana penyakit yang sama. Mengetahui keadaan Haikal, ibu Kea berat hati untuk membenarkan pasangan kekasih itu berkahwin. Dia tahu bagaimana susahnya hidup dengan seorang yang ada masalah penyakit itu. Ia memerlukan ketabahan yang tinggi. Kea telah menyanggupinya dan dia sanggup melakukan apa saja utk menjadi isteri Haikal.


Rasanya kalau siapa pun jadi ibu kepada Kea memang berat hati sebab Kea tu dah la perangai ala-ala kanak-kanak Ribena yang kadang-kadang terasa tidak cocok dengan title doktor yang bakal disandangnya.


Brain cancer ni macam gunung berapi pendam dalam kepala. Ia boleh meletus bila-bila masa. Mungkin letusan kecil dan mungkin letusan besar. Keadaan itu menjadikan Haikal seorg yang tidak stabil emosinya sehingga kadang-kadang rasa nak sekeh saja kepala mamat ni.


Kehadiran watak Zarif menyuntik nada thriller dalam kisah ini. Penulis ada kelebihan mengolah penceritaan berentak thriller tetapi tidak dimanipulasi secara optimum. Penulis lebih menumpukan kepada kisah Haikal dan Kea. Walau bagaimanapun kemunculan Zarif cukup untuk memberi variasi kepada cerita ini.

Walaupun ianya kisah yang sedih kerana keadaan Haikal, namun suasana penceritaan penulis tidaklah dalam nada suram, ada diselitkan unsur komedi sebagai penghias cerita. Kelihatan penyakit Haikal bukanlah masalah besar bagi Kea. Mereka sepakat membina bahagia sementara menunggu jemputan Allah. Nampaknya Allah Maha Pemurah meminjamkan hari-hari extra untuk Haikal bersama dengan Kea. Kea membuat Haikal menyimpan impian untuk memiliki keluarga yang bahagia.


Kisah ini mengingatkan kita tentang maut. Ada yang tahu maut menunggu dekat saja. Ada yang tidak tahu bila maut akan tiba. Siapa yang lebih beruntung? Kalau yang sudah tau dia akan mati bila-bila masa, tentu tahap keimanan dan ingatannya kepada ALLAH lebih berbanding dengan orang yang tiba-tiba saja dijemput Allah tanpa sempat bertaubat. Kalau yang dah memang sakit dan tahu ajalnya akan tiba bila-bila masa, tentu akan spend lebih masa untuk beribadat kepada Allah. Kesakitan/penyakit adalah dugaan untuk menambah bonus kepada bekalan akhirat kita. Kita yang tidak diduga mungkin akan terlupa pada kepada Dia Yang Maha Besar kerana tidak ditimpa musibah atau penyakit. Bersyukurlah dengan bahagia yang dipinjamkan kepada kita. Kebahagian berganda buat Kea dan Haikal! :)


sure fine whatever
rinn
photos: credits to google search :)
1Dental.com; afaal.net; 13thfloorgifts.com; sleepapneamd.com; torticollistherapy.wordpress; heatherneckers.com

meRinnTis Blurb/Sinopsis
Benar kata orang, berdua biasanya lebih baik daripada seorg diri, Kea dan Haikal merupakan pelengkap di antara satu sama lain. Kea dtg sebagai pelangi bg menggantikan hujan Haikal, manakala Haikal pula datang sbg ombak utk menghilangkan pantai kesunyian Kea. Namun, dugaan tiba utk menguji keutuhan mahligai syurga yg sedang mereka bina. Dugaan yg tidak pernah sangka!

"Haikal menghidap kanser otak." - Doktor Yusoff

"Aku tak akan biarkan mereka bergembira di atas penderitaan aku!" - Zarif Zaquan

Tetapi bagi Kea, dia bukan hidup utk menyerah kepada takdir semata-mata.

"Jika I diberi peluang utk bertanyakan sesuatu kpd yang Maha Pencipta mengenai you, ianya adalah 'adakah you ditakdirkan utk I?' Jika DIA berkata ya, I akan mencintai you dgn sepenuh hati I. Tapi jika DIA berkata tidak, I akan terus menyintai you sehingga DIA setuju utk menyatukan kita berdua" - Kea Alyissa.

Adakah Yang Maha Pencipta akan menjawab 'ya' utk soalan Kea? Tercapaikah impian Kea dan Haikal utk hidup bahagia hingga ke syurga?

Tuesday, June 19, 2012

Review 683: Sutera Bidadari by Ramlee Awang Murshid

Sutera bidadari
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Editor: Rubiah Aksah
terbitan Alaf 21
RM22.00
sabah/sarawak: Rm25.00
547 mukasurat

"Hanya nama-MU sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini"

mengujakan dan mendebarkan sambungan kelima kisah laksamana sunan ini. hijab sang pencinta dan cinta sufi yg kurang mnyengat membuat aku bertagak tagak nak sambung sutera bidadari. namun setelah setahun terperam, aku buka juga naskah ini dan hasilnya, memang best edisi kali ini.

pengembaraan yg panjang dlm edisi kali ini tidak membosankan malah pengalaman membaca 4 edisi sebelum ini menimbulkan nostalgia yg mengujakan. sang dewi dan saifullah memang misteri kemunculan yg menimbulkan tanda tanya besar. bila luna terserempak dgn sang dewi di inderapuri, memang aku dpt mengagak siapakah dia dn terus takdpt lepaskan buku ni hingga ke mukasurat terakhir. Saifullah pula mempunyai aura dan langkah yang sangat mirip kepada Saifudin namun dia adalah lelaki abad 21 yang hidup mewah dalam keadaan misteri.

Pencarian raja roman a.k.a taghut memang penuh cbaran namun pengakhiran pertemuan saifudin dgn raja roman itu sunggah tak disangka hingga aku mengalirkan air mata.

RAM bijak meletakkan ending yg membuat aku pun tak sabar nak terbang ke Inderapuri utk bertemu Ratna yg dirindui. Berapa banyak wanita ayu muncul dlm perjalanan perjuangan LaksMana sunan, namun Ratna Cinta Sang Ratu tetap kukuh di hati.

sure fine whatever
rinn


meRinnTis Blurb & sinopsis


SAIFUDIN - Muncul semula dari Tasik Hulu Melaka setelah enam purnama dalam pengawasan dan rawatan Hang Tuah. Pengembaraan pun bermula ke Negeri ATas Angin utk memburu Taghut durjana. Pelayaran telah mengundang banyak pancaroba. Namun, dia tetap berazam dan bertawakal memburu musuh yg telah banyak menyesatkan manusia.

RAJA ROMAN - Setelah Sang Petala berlepas diri, Taghut terkapai-kapai hilang kesaktian. Lebih mendukacitakan apabila dia kematian permaisurinya... Sutera. Namun, dia masih berazam utk menghapuskan Laksamana Sunan sehingga ke hujung nyawa.

MAKHLUK SUMPAHAN - Sang Dewi muncul akibat sumpahan Maharani Pulau Utara sebelum kerajaan itu runtuh suatu waktu dahulu. Sang Dewi menyeru nama Saifudin menerusi lontaran suara naluri. Sang Dewi kerap memerangkap Saifudin dalam alam tidak berdinding.

SAIFULLAH - Pada abad ke 21 ini, dia memburu sisa kejahatan yang berlanjutan dr tahun 1511. Abid Kamal dan Shahril turut menyertainya kerana Saifullah mirip Saifudin yang pernah hidup pada tahun 1511.

RAMLEE AWANG MURSHID - Sutera Bidadari bukan hanya mempamerkan aksi lasak yg menguja pembacaan malah turut memanipulasikan emosi kerana karya kali ini menggabungkan kedua-dua elemen yg tidak terungkai sehinggalah ke noktah terakhir.

Review 682: Calon Jodoh Untuk Adik by Areila Sahimi


Calon Jodoh Untuk Adik
Penulis: Areila Sahimi
Penerbit: Kaki Novel Enterprise
RM19.00
sabah/sarawak: rm22
9789675067952

"Abang rekomen calon A,
Kak Ina suruh pilih Calon B.
 Disebabkan dua calon ini, Arissa pening.
 Yang mana satu dia patut undi?"

Azmer, Arina dan Arissa menjalani.hidup.tanpa.ibu bapa. Azmer memikul tanggungjawab sbg ketua keluarga demi kebaikan dua.adik kesayangannya. dia.telah berjaya memastikan Arina berkahwin dgn lelaki yg terbaik dan dikurniakan dua.cahaya mata yang comel. Azmer menyimpan rahsia duka yg besar namun berjaya disembunyikan dari pengetahuan Arina dan Arissa.

Sebelum menutup mata, dia mahu memastikan Arissa
 dijaga dgn baik oleh lelaki yg boleh diharap utk.membimbing Arissa yg masih kebudak-budakkan walaupun usianya sudah mencecah 23 thn.
Khairil Izlan a.k.a EE adalah dirasakan calon.terbaik utk menjaga dan membimbing Arissa, namun ditolak mentah-mentah oleh Arina dan Arissa yang masing-masing ada sebab tersendiri utk menyenarai hitam Ee yg gemar mengambil adik angkat di kalangan wanita. Lagipun Arina merasakan Fariz lebih stabil dan matang utk gadis seperti Arissa.

Ee terpaksa memikul tanggungjwb besar apabila impian Azmer menjadi wasiat. Azmer bijak mengatur strategi agar Ee menjaga Arissa sebagaimana Azmer melakukannya semasa hayatnya. Bukan mudah untuk mendekati Cik Arissa yg sudah berprasangka buruk terhadap dirnya, malah benteng terbesar yg menghalang misi Ee adalah si naga berapi yg bernama Arina.

Cerita cinta yg lahir dari sebuah kemesraan sbg kenalan dan sahabat. Cinta hnya disedari kewujudannya setelah sidia disunting jejaka lain. Plot yg agak tipikal diketengahkan namun pengkongsian kisah kekeluargaan yg sgt dekat dengan hati kita. Marah, benci, bergaduh takkan berjaya mencincang air.

sure fine whatever
Rinn

meRinnTis Blurb/Sinopsis:
'Mengangkat' Arissa yang sudah besar panjang itu utk menjadi adik adalah sesuatu yg langsung tidak masuk akal. Dia dan Arissa pun bukan boleh bertentang mata. Pendek kata, pantang berjumpa pasti meletus perang dunia!

Tanpa boleh berkata tidak, dia akur apabila itu adalha permintaan terakhir daripada Azmer yg perlu dituruti. Menjadi abang kepada Arissa bukanlah mudah. Budak tu bukan boleh ditegur. Pantang ditegur ada sahaja 'tembakan' peluru torpedo yg keluar dari mulutnya. Berbisa dan pedas. Sabar Ee... Bersabar itu separuh daripada iman.

Sumpah! hidup dia jadi tak tentu arah bila abang dah tak ada. Lupakan ajelah perkara dah lepas tu. Abang Ee taklah seteruk yang disangka. Abang Ee baik. Percayalah hati.

tetapi dia cuma perlukan abang aje dan tak mahu ada kakak yag lain. Cukuplah ada Kak Ina, tak perlu ada Kak Maisarah. Sakitnya hati bila Abg Ee bebaik baik semula dengan kak Maisarah kerana dia tahu sekarang ini hatinya sudah jatuh sayang pada Abg Ee.

Habis tu, Fariz macam mana? Takkan akibat sering putus cinta, ada hati nak 'madukan' mereka berdua? Abg Ee dan Fariz hidup bermadu? Oh! Hati Arissa sudah gila!


Sunday, June 3, 2012

Review 681: Dia Segalanya by Sha Ibrahim


Dia Segalanya
Penulis; Sha Ibrahim
terbitan kaki novel enterprise
RM37
sabah sarawak rm40
1112 mukasurat
9789675067976

"kala hati begitu mencintai... semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki
semakin kuingin terus menghampiri... semakin jauh dia melangkah pergi..."

lepas baca 2 buku sha ibrahim, terus dah stamped dlm kepala sha = tebal, sangat tebal. lebih 1000pages tuuuu

kisah kali ni terasa lebih heavy dari Biarkan Ia Berlalu. Konflik hubungan Faizul dan Suraya dibina dengan baik dan menyentuh hati. namun ada juga ketidak sesuaian perwatakan Suraya dengan perlakuannya. Dia digambarkan seorang yg menjaga solat dan aurat malah rajin bangun sepertiga malam untuk bersolat dan mengaji al-Quran tetapi dia bebas berpelukan dengan abg angkat dan bapa angkatnya yg bukan muhrim. Kalau korang boleh put aside that type of thinking, you will enjoy this book sampai ke akhirnya.

TAk sangka Sha berjaya membuat aku turut bersedih mengenangkan nasib Faizul dan Suraya. Tangkap nangis cara penutupnya dan ending yang terbaik utk Faizul dan Suraya. Dugaan cinta mereka memang kuat, namun kalau dah jodoh tidak ke mana :)

Terasa watak V, atau Reena itu ditamatkan dengan begitu mudah sekali dan tak sangka watak Jessi Messi memainkan peranan yang sangat penting di hujung cerita. She ain't messy at all :) Dia lah penyelamat kisah cinta ini yang membuat kita senyum kerana ada penamat yang 'happy ending' :)

sure fine whatever
rinn

meRinnTis blurb/Sinopsis:

Suraya hadir ke dalam keluarga Faizul sebagai anak angkat. Sementelah Datin Rafidah tidak dapat melahirkan anak selepas kelahiran kembar tak seirasnya, Faizal dan Faizul. Datuk Rashid pula mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada Suraya memandangkan beliau begitu kepingin anak perempuan dalam keluarganya. Begitu juga dengan Faizal. Dia amat menyayangi Suraya sebagai adik bongsunya.

Kecuali Faizul. Dia tidak dapat menerima kehadiran Suraya dalam keluarganya. Tidak pernah wujud kemesraan di antara dirinya dan Suraya hinggakan Suraya takut mendekatinya, apatah lagi berbual mesra dengannya. Hinggakan tangan Datuk Rashid naik ke pipinya semata-mata dia mengungkit asal usul Suraya.

Suraya tidak faham mengapa Faizul begitu dingin dengannya. Tambahan pula lelaki itu tidak pernah memanggilnya dengan panggilan adik sepertimana yang selalu digunakan oleh ahli keluarganya yang lain.

Tetapi ada sebab kenapa Faizul berkelakuan sedemikian. Demi mengekang perasaan sebenarnya terhadap Suraya, dia rela menyakiti hati gadis itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersimpan utuh jauh di sudut hatinya. Sesungguhnya Faizul menderita sendirian. Hinggalah rahsia tersebut pecah ke pengetahuan keluarganya.

Bagaimanakah penerimaan keluarganya terhadap rahsia tersebut?

Kala hati begitu mencintai… semakin kupasti dia tidak mungkin kumiliki. Semakin kuingin terus menghampiri… semakin jauh dia melangkah pergi….