Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, May 30, 2011

Review 404: Ilusi Sebuah Cinta by Diya Elora




Ilusi Sebuah Cinta
Penulis: Diya Elora
Cetakan pertama 2009
648 mukasurat
9789838939027
RM30.90
Terbitan Creative Enterprise


"Dalam pencarian ini, dia lelah menahan rasa"


Aqil Sulaiman adalah teraju utama cerita ini. Seorang anak muda kampung yang jatuh cinta pada gadis jelita di kampung itu, Sherry. Rupa Leman yang tidak cukup kacak membuat Sherry tidak menyambut cinta Leman malah mempergunakan Timah untuk mempermain-mainkan perasaan Leman. Leman menyangka cintanya disambut Sherry lalu teruja bertukar warkah. Timah yang sering membalas warkahnya turut teruja kerana mereka bakal ditunangkan. Timah mengkhabarkan berita gembira kepada keluarganya kerana ada juga jejaka kampung yang sudi meminang Timah yang kulitnya hitam dan tidak berapa cerdik itu.


Di hari pertunangan, permainan Sherry terbongkar tetapi pertunangan terpaksa diteruskan demi menjaga maruah dua keluarga. Setelah majlis selesai, Aqil Sulaiman membawa diri ke kota membawa hati yang luka.


Di kota dia bertemu dengan Suharni yang memikat hati. Gadis Indonesia itu memberi tindak balas positif pada kata hatinya namun akhirnya Leman terluka lagi apabila Suharni meninggalkannya kerana jatuh cinta pada jejaka lain.


Peluang bekerja dengan Mr Chan yang memiliki bengkel besar membolehkan Leman menunjukkan potensi sebenarnya dalam pekerjaan sebegini. Dia lebih selesa dikenali sebagai Aqil kini. Keikhlasan Aqil berjaya menambat kepercayaan Mr Chan dan anak gadisnya yang jelita, Miss Chan. Aqil bercinta dengan Miss Chan namun, janji ikatan pertunangan dengan Timah tetap memburunya. Demi melunaskan tanggungjawab, Aqil rela kembali ke kampung untuk menikahi Timah walaupun 3 tahun sudah berlalu.


Kepulangan Aqil ke kampung dengan bengkelnya yang semakin gah di tengah-tengah kampung telah mencuri perhatian ramai orang termasuklah Sherry yang semakin 'glamour'. Aqil kini adalah jejaka kacak yang berkereta mewah. Sherry tidak mengenali Aqil sehinggalah sepupu Aqil memperkenalkannya kepada Sherry. Sherry terasa sangat menyesal kerana melepaskan Aqil kepada Timah dahulu.


Timah gembira menyambut kepulangan tunangannya yang kembali untuk melunaskan janji. Namun hasutan Sherry telah menyebabkan Timah merasakan dirinya terlalu hodoh untuk jejaka kacak dan kaya seperti Aqil. Timah melarikan diri di hari pernikahan mereka dan meninggalkan nota agar Sherry menggantikan tempatnya sebagai pengantin perempuan.


Sherry memang tidak sabar-sabar mahu menunaikan permintaan Timah, malah sudah siap berpakaian pengantin. Tetapi Aqil menolak dan tidak mahu beristerikan Sherry. Dia amat kecewa dengan tindakan Timah kerana dia sudah bersedia untuk menjadi suami yang terbaik untuk Timah.


Dua tahun berlalu dan Sherry tidak pernah berputus asa untuk memikat Aqil. Aqil pula tidak pernah terkesan dengan godaan Sherry. Dia sabar menanti Timah untuk memberikan penjelasan. Kemunculan Halimaton mencuit sanubari Aqil. Perkenalan mereka membibitkan kemesraan lalu membawa ke ikatan pertunangan. Sherry terbakar dengan tindakan Aqil dan Aton lalu merancang agar ditangkap khalwat bersama Aqil tetapi gagal. Malah dia membakar kedai Aton untuk menunjukkan kemarahannya. Tindakannya tidak mendatangkan apa-apa faedah kerana Aqil tetap tidak mahu memperisterikannya.


Di saat akad nikah dilafazkan, Aqil keliru dengan nama Norbaya Abdullah. Dia mahu menikahi Halimaton dan bukannya Norbaya Abdullah. Aton mengakui itu nama sebenarnya. Malah dia pernah dikenali dengan nama Timah. Timah menghilangkan diri kerana dia mahu merubah diri agar setanding Aqil yang sudah berubah. Dia mahu Aqil jatuh cinta pada dirinya dan bukannya menerimanya hanya kerana terpaksa.


Aqil tidak dapat menerima hakikat dia sudah ditipu. Cerita diakhiri dengan Aqil meninggalkan kampung sekali lagi kerana kecewa dengan wanita.


Pada pendapat aku, cerita ini mempunyai kronologi cerita yang sangat menarik, tetapi sayang seribu kali sayang, cara penyampaiannya sangat tidak kemas dan pembacaan menjadi tersekat-sekat. Tiada emosi dalam penceritaan sedangkan kalau kita perhatikan perjalanan kisah ini ada banyak situasi yang boleh dibina dengan emosi yang pelbagai. Penamat di penghujung cerita membuat aku rasa letih membaca buku yang lebih 600 muka surat ini. Aqil Sulaiman boleh berubah dari segi mental dan fizikal tetapi dia tidak boleh menerima hakikat yang Timah juga boleh berubah dari segi fizikal dan mental. Aqil Sulaiman dengan mudahnya boleh memaafkan Sherry yang membakar kedai Aton dan merancang untuk ditangkap khalwat dengannya tetapi tidak dapat memaafkan Aton yang merahsiakan bahawa dirinya sebenarnya adalah Timah yang telah kembali sebagai seorang wanita yang lebih menarik. Aqil merasakan dirinya mangsa permainan wanita dan terus mengucapkan selamat tinggal kepada cinta.


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Cinta... hadirnya membawa seribu kenangan yang tak mampu dilupakan... perginya mengguris sekeping hati yang mendambakan ketulusan kasih dan kepercayaan. Aqel Suleiman setulus namanya, cintanya hadir bersulamkan cacian, perginya emrantau merubah kehidupan dan mencari sinar kebahagiaan... Akhirnya dia kembali mengubah status dan pandangan.


Namun, takdir terus mempermainkannya, sekali lagi hatinya dikecewakan oleh gadis yang setia menati untuk disatukan setelah dia cukup bersedia berdepan dengan kenyataan menerima gadis yang bukan pujaan. Adakah pangkat, rupa dan status menjadi ukuran dalam mencari cinta yang abadi? kehadiran Halimatun membawa sinar kebahagiaan dalam hidupnya....


Mampukah cinta yang bersulam pendustaan dilestarikan...

Review 403: Selamat Malam Kekasih by Aina Emir



Selamat Malam Kekasih
Penulis: Aina Emir
Editor : Shana
Terbitan KarnaDya Solutions
RM23.90
Sabah/Sarawak: RM26.90
9789675367885
568 mukasurat


"kumencintaimu lebih dari apapun
meskipun tiada seorang pun yang tahu"


Maya Kamilla dari keluarga yang kaya raya. Walaupun bergelar balu, bapanya masih mahu dia bersuami semula dengan lelaki yang kaya dan setaraf dengan mereka. Pilihan terbaik untuk Maya adalah Izz Al Din, adik kepada arwah suaminya (Farhan) yang baru putus tunang. Ibu mertuanya juga mengalu-alukan Maya terus menjadi menantunya.


Bapa Maya mahu menambahkan kekayaan keluarga seperti yang dijanjikan ibu Izz Al Din, sedangkan Izz Al Din sekeluarga yang terpaksa mendapatkan semula Maya sebagai menantu jika mahu kekayaan terus kekal menjadi milik mereka. Farhan telah mengaturkan segala-galanya dengan penuh teliti sebelum meninggal dunia.


Maya dan ibu tirinya meragui keikhlasan cinta Izz Al Din, lagipun Maya lebih tertarik kepada Misyal yang dua tahun lebih muda darinya. Maya cuba menyembunyikan perasaannya kerana sedar cinta mereka tak akan direstui. Misyal awal-awal lagi sudah terpesona dengan kecantikan Maya yang keanak-anakan.


Bapa Maya menerima Misyal bekerja di syarikatnya kerana yakin dengan kebolehan Misyal. Misyal dan Maya selesa bekerjasama dan perasaan hati semakin kukuh walaupun mereka mengelak untuk berbincang mengenainya. Tempat peranginan milik Maya yang jauh dalam hutan memaut hati Misyal tetapi Izz Al Din tak putus-putus mengomel kerana Nissan Skyline nya yang comot dan tergores ketika perjalanan ke sana. Mungkin keindahan Kamillaville sendiri tidak dapat mengubati sakit hati Izz.


Pencarian di Indonesia banyak memberi peluang kepada Misyal dan Maya untuk saling meluah rasa. Misyal semakin berani melamar dan memaksa Maya membuat keputusan untuk memilih di antara dirinya dan Izz. Maya akhirnya nekad mendapatkan abangnya di Brunei untuk mewalikan nikahnya. Kehadiran Maya tidak disenangi ibu Misyal yang teringin bermenantukan Liyana, anak bekas kekasihnya.


Ada dua kejutan yang disembunyikan dengan baik oleh penulis, iaitu rahsia keluarga Izz Al Din yang kehilangan kekayaan gara-gara wasiat Farhan. Wasiat yang menjadikan Maya sudah cukup kaya-raya walaupun tidak berkahwin dengan Izz. Kejutan kedua adalah sebab sebenar mengapa ibu Misyal benci sangat dengan Maya. Mungkin kita akan menyangka ibu Misyal mahu bermenantukan anak dara dan bukannya mak janda. Kelembutan Maya memikat hati adik beradik Misyal dan bapa mertuanya tetapi tidak berjaya melembutkan hati ibu Misyal. Liyana tu kalau senonoh tak apalah juga.


sure fine whatever
rinn




blurb/alongside multiply/sinopsis


Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah dia ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya. Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.


Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup 'mata' untuk diletakkan dalam senarai calonnya.


Izz al Din tidak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana dengan niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?


Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamillla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban.


Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu? Ke manakah arah yg ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?


Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.

Review 402: Seteguh Kasih Aina Najihah by Dina Najat


Seteguh Kasih Aina Najihah by Dina Najat
Terbitan Kaki Novel
RM19.00
565 mukasurat


"Sebuah kisah perjuangan... Sebuah cinta yang menuntut pengorbanan... Sebuah masa silam yang terpaksa dibongkar... Bersama menyelusuri liku derita, Mendengar rintihan jiwa, Mengesat titis air mata seorang Aina Najihah..."


Kisah ini disampaikan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Setiap kejadian disampaikan dengan teratur dan mudah diikuti. Kisah yg tak banyak yang boleh saya komen kerana sejujurnya saya lebih suka Takdir Cinta dari Dina Najat. Kisah seteguh kasih aina najihah ni ada sweet nya terutama kisah Ameer-Najihah yang mengekalkan batas2 dalam agama Islam walaupun saling menyintai. Khairul-Najihah juga ada menariknya walaupun watak Khairul lebih agresif berbanding Ameer. Khairul mengingatkan saya kepada Razak (Takdir Cinta) yang mulanya sangat menjengkelkan namun kemudian kelembutan hati seorg perempuan juga turut melembutkan hatinya. Antara Razak dan Khairul saya lebih suka Khairul namun antara Khairul-Najihah dgn Suraya-Zafran(Takdir Cinta), saya lebih suka Suraya-Zafran. Najihah dan Suraya lebih kurang sama orangnya.. mulanya kedua2 seperti 'drifters' membiarkan takdir membawa jalan hidup mereka, namun pada satu point, diorang mula menentukan perjalanan hidup yg mereka mahu.


Kisah pencarian Najihah utk mengetahui siapa ibunya cuma kelihatan penting di awal cerita, selepas saja pertemuan dgn ibunya, Najihah seperti sudah tak kisah kalau tak bertemu ibunya lagi. Penglibatan semula Najihah dalam dunia perhotelan menemukan dia kembali dgn boss yang menjengkelkan dan menyakitkan hati. walaupun kelihatan sudah insaf namun sikap sinis nya masih kuat. Tak sangka pulak watak Ameer Mulhim dimatikan, ingat ker akan diadun konflik baru setelah Wan Insyirah bercerai dgn suaminya.


Saya paling suka penceritaan semasa pertemuan antara Najihah dgn ibunya. Menyentuh emosi. Saya suka watak Mia yang menyakitkan hati, namun dia muncul sekejap jer sepanjang Najihah di Medan. Scene kematian Ameer Mulhim tidak mengundang air mata seperti scene pertemuan Najihah dgn ibunya. Apa2pun pastinya novel ini mengubat kerinduan peminat2 Dina Najat utk membaca buah tangan terbarunya. :)


sure fine whateverr
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Sebuah kisah percintaan...


Menanti kalimah cinta daripada Ameer Mulhim bagai menunggu bulan jatuh ke riba. Akhirnya Aina Najihah benar-benar terluka. Namun adakah lukanya akan terus berdarah? Bagaimana pula dgn sijejaka yg mengagumi wanita ini dlm diam? Sanggupkah si jejaka meluahkannya?


Sebuah kisah perjuangan...


Pengorbanannya pd Hotel Mawar Biru tidak dihargai. Ada manusia yg tdk boleh melihat diri org lain senang. Tanpa menilai kredibiliti seorg Ketua Pegawai Pmasaran, dia dipcat dan dimalukan di hdpan rakan2 sekerja. Adakah dia akn berundur?


Sebuah masa silam yg terpaksa dibongkar...


Benarkah Aina Najihah anak yatim piatu? Jika benar, siapa si comel yang berpelesiran di Pasar benut 20 thn yg lalu? Atau mungkinkah dia telah di'yatimpiatu'kan sebelum menjadi penghuni tetap Asrama Anak-Anak Yatim Darul Fikriyah?


Bersama menyelusuri derita, mengesat titis air mata seorg Aina Najihah...


Hidup ini ada manis dan ada pahit. Kematian, perpisahan dan pengkhianatan telah menghiris hati seorg Aina Najihah. Namun adakalanya dia masih boleh bergelak ketawa dan tersenyum mesra bila bunga2 cinta berputik semula dan sahabat setia mula mengenali erti kejujuran.


Tapi, bagaimana harus dilalui hidup ini jika gelombang yg memukul terlalu kuat? terlalu mengujinya! Dia tiada ibu bapa apalagi sanak saudara utk berkongsi segala kekusutan. Agaknya pada siapa Aina najihah berharap?

Review 401: Cinta Lukisan Jiwa by Dina Najat


Cinta Lukisan Jiwa by Dina Najat
terbitan Kaki Novel Enterprise
RM18.00
480 mukasurat


"Bila rindu membeku, bayang kasihmu memburu langkahku..."

Saya tertarik dgn pantun pada permulaan kisah ini. Saya amat suka cara penceritaan kisah Diyan ketika dia di kampung. tetapi apabila kisahnya di bandar bermula saya merasakan rentak pembacaan saya kurang berkobar-kobar. Watak negatif seperti Ray dan Nadia memang menjengkelkan dan berjaya membuat saya menyampah tapi setelah kesucian
Diyan diragut oleh Roy saya tidak dapat merasa impak kesedihan yg dialami oleh Diyan. Macam, ermm tak kisah jer.. tak rasa nak gi mengadu kat sapa2, pegi sepital ker pegi balai polis ka. even watak yang sepatutnya besimpati seperti Riezman pon seolah-olah tak kisah jer. Riezman lebih pentingkan maruah adiknya, Roy daripada maruah Diyan yg dicintainya. Kenapa Diyan terlalu mudah percaya pada Riezman
yg pernah mencuri diarinya, yg adiknya meragut kehormatannya hingga tak kisah bermalam di rumah Riezman. Rasanya kasih Fadhil jauh lebih kuat buat Diyan berbanding dengan Riezman.

Diyan yang baru keguguran terus boleh pegi mencari pakciknya. melawat pakciknya di hospital. orang yg dianggap sbg ayahnya sendiri ditinggalkan sendirian kat hospital di KL yang pakciknya tak biasa dan Diyan balik ke kampung mcm tu saja? Peh tu bila pakcik dia dah discharge dah terkontang kanting tak tau nk pi mana.

saya terharu dengan keakraban Saodah dgn Diyan. Mulianya ikatan persahabatan buat Diyan sehingga dia sanggup kehilangan segala-galanya asalkan Saodah kekal sebagai sahabatnya. They share a beautiful friendship.

Saya agak suka dengan 'pembalasan' yg diterima oleh ibu saudara Diyan, seorang kejam dan kuat cemburu memkhinzir buta. walaupun agak tragik tetapi berbaloi la dengan apa yang telah dilakukannya kepada Diyan.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Diyan sudah bosan dipandang rendah oleh orang kamung. Benteng kesabarannya kian rapuh tatkala cinta Effendi semakin jauh. Apatah lagi keputusan STPM tidak membanggakan.

Sakit di badan usah dikira, sakit lagi di hati apabila impian berkecai akibat dengki manusia. Nekad mahu mengubah nasib diri, bumi KL dijejaki. Tidak terduga olehnya, penghijrahan itu membawanya ke banglo milik Datin Najwa Atilah, chef masakan yang terkenal di Malaysia. Di situ dia terpaksa 'berkenalan' dengan penghuni banglo itu. Antaranya Roy si pelumba motor haram yang licik, dan nadia peguam muda yang
memandangnya hanya sebelah mata. semua ini membuatkan Diyan lemas!

Tetapi kehadiran Sabrina bt. Riezman benar-benar menyerika hidup Diyan dan telah mengembalikan semula nostalgia silamnya.

Diyan - "Rina tak ubah seperti aku ketika kecil, kami tandus kasih sayang seorang bonda, bezanya aku tidak buta. Tapi Rina buta kedua dua belah mata."

Rupanya diri Diyan diperhatikan oleh seseorang. Ikrar Dr Riezman yang juga ayah Rina seakan luntur tatkala berhadapan dengan Diyan. Kepercayaannya kepada wanita telah goyah cuba dibangunkan semula, namun curiganya mengatasi rasa cinta.

Dr Riezman - "Mencintai Emylda merupakan satu kesilapan dan mencintai Diyan pula bagai mengulangi kesilapan yang sama. Diyan. Emylda ~ tiada beza"

Benarkan Diyan sama seperti Emylda, bekas isteri Dr Riezman yang telah berlaku curang? Jika benar, mengapa Fadhil dan Dr Riezman, 2 orang lelaki yang sama hebat dan kuat semangat berusaha memburu cintanya? Rupa Diyankah atau peribadinya? Atau mungkin hatinya yang masih putih belum ternoda dengan hipokrasi dunia?

Hipokrasi dunia?

'Cinta Lukisan Jiwa' ada jawapannya.

DINA NAJAT (atau nama sebenarnya Siti Fauziah SH Ali); karya pertama beliau 'Takdir Cinta' telah tersenarai lebih 10 minggu dalam carta Novel Melayu bestseller, kini muncul dengan karya kedua 'Cinta Lukisan Jiwa' yang lebih menggegarkan emosi.

Review 400: Takdir Cinta by Dina Najat


Takdir Cinta
Penulis: Dina Najat
Editor: Jazzila
Terbitan Nylea Publishing
RM22.90
645 mukasurat

"Andai rindu itu satu hukuman, akulah yang paling menderita..."

nasib baik baca 2nd book (by dina najat) dulu yg Cinta Lukisan Hati tu.. the first book jauh lebih baik. so tak lah rasa keciwa dgn penulis. :) i look forward to more books by dina najat.

Kalau diikutkan dari segi resipi cerita, 'Cinta Lukisan Jiwa' lebih menarik, tetapi mungkin adalah masalah dari segi penyampaian sbb bagi saya, saya tak dapat menyalurkan rasa simpati kepada 'Diyan' dalam kisah itu. manakala dalam 'Takdir Cinta' ada kekuatan tersendiri dari segi penyampaian and i like it.

Selepas membaca buku ini saya tak sangka ini adalah penulis yang sama utk kisah 'cinta lukisan jiwa'. Takdir cinta ada kekuatan cerita cinta walaupun kisahnya biasa tetapi menarik dibaca. Lama dah tak baca buku yang membuat saya tak senang duduk dan sekali sekala bangun menyepak dan menendang nendang angin. Scene2 cemas
diceritakan dengan baik walaupun tak sabar, saya terpaksa membaca dgn cermat supaya tak mengganggu pemahaman cerita.

Cerita ini mengisahkan Suraya yang melanjutkan pelajaran ke U atas ikhsan pak longnya, so dia terpaksa ikut cakap mak dia dan bertunang dgn anak paklong dia, Razak. Mereka akan kawin sebaik saja Su grad.

Di U, su bertemu dgn Zafran yang syok kat dia, Su pun bekenan tapi dia menahan diri dari menerima cinta zafran kerana mengenangkan dirinya tunangan orang. Zafrah ikhlas meluahkan perasaan walaupun Su tak layan. dia sentiasa mencuba.

Hinggga peristiwa Razak cuba memperkosa Su kerana tak tahan menunggu, su terpaksa membuka rahsia kpd Zafran lalu mulai detik itu Zafran meragui keikhlasan su. Razak menyebarkan fitnah tentang Su lantas pertunangan mereka dibubarkan.. ingat ker dah settle bab razak and Su dpt bersama dgn Zafran, rupanya ada lagi! Ibu dan adik
Su terpaksa berpindah keluar dari rumah sewa paklong dan menumpang di rumah kawan.

Su makin berani dgn Zafran setelah kembali solo, percintaan terjalin tetapi dicemburui Netti yang turut ada hati pada Zafran. Su diperangkap dan difitnah, sekali lagi zafran meragui su. Su kembali ke kampung kerana ibunya sakit. rupa2nya pertunangannya dgn razak disambung semula kerana razak tak dapat hidup tenang bila memikirkan su bukan lagi miliknya. Ibu dan adiknya berpindah semula ke rumah
paklong, belanja perubatan ibunya ditanggung paklong dengan syarat, Su kawin dengan Razak. Demi ibu, su akur. Kematian ibunya menjadikan su mengelak mengenai isu perkahwinan. Pembelajarannya terpaksa ditangguh. Semasa hayat ibunya, su memberontak hanya dalam hati dgn keputusan ibunya utk menerima razak, setelah kematian ibunya, su
semakin berani tapi jadi mangsa perangkap razak pulak. RAzak dah tak sabar nak berbini lalu memerangkap su supaya ditangkap basah. Maruah su tercalar dan terpaksa kawin ngan razak.

Razak berubah menjadi lelaki bertanggungjawab. kehendak ayahnya utk mengambil alih harta su ditentang keras oleh Razak. kasihnya pada su menggunung. Tetapi razak terlalu cemburu hingga ke tahap mengurung su dalam rumah dan tak membenarkannya keluar rumah. nasib la berbini cantik. Sekali lagi pembelajaran su tertangguh. Sikap lama Razak yg suka berhutang membawa padah sehingga dia dibunuh.

Cikgu adiknya, Suhana rupa2nya abg tiri mereka, ayah mereka amat menyesal meninggalkan suraya, suhana dan ibu mereka.

Su meninggalkan kampung halaman setelah rahsia pakatan menfitnahnya terbongkar. Dia pergi mencari adiknya di KL, membawa kepada pertemuan dgn bapa kandungnya (tempat suhana tinggal, suhana pon tak tau tu bapa mereka). RAsa sakit hati masih menebal di hati dua beradik itu lalu mereka meninggalkan rumah itu. Saat itu dia bertemu
semula dgn Zafran yg masih mnyintainya.

I would love to read part mak zafran merayu Suraya utk menerima zafran sebagai suami tetapi tak dak pulak! sedap2 ja mencaci orang padan muka.. rupa2nya suraya tu anak org kaya. Pembalasan yg diterima Netti memang setimpal. Padan muka, tu la jahat sangat.. tapi sadis jugak la part kena toreh2 tu.. eee tapi tak leh nk kesian.. jahat sangat.

sure fine whatever
rinn

Sinopsis belakang buku:

Suraya - "Ingin aku hadiahkan hatiku untukmu namun apa dayaku. Kemiskinan memaksa aku memperdagangkan sebuah kebebasan lantas ditelan ketentan bahawa dialah teman hidupku. Jikalau ini dikatakan pengorbnan, aku rela... demi seorang ibu yg telah lama menderita!"

Zafran Amir - "Sejak minggu orientasi itu, kau tak mudah dilupa. Puas dibuang namamu jauh-jauh, namun segalanya sia-sia. Sayangnya, fitnah dan dendam seakan meranap segala. Biarku lelah memperjuangkan cinta, namun melihat kau pergi dari hati, sesekali tidak!"

Razak - "Suraya, aku tak kenal erti kalah kerana itu aku takkan mengalah. Sejak kecil kau kukenali, sebelum lelaki itu hadir. Mana mungkin kau aku lepaskan setelah harta dan maruah aku pertaruhkan. Aku bukan Zafran Amir yang terlalu hebat di matamu. Tapi percayalah... tika dan waktu akan menjadi bukti betapa aku menyayangimu."

Dua jiwa saling merindu, namun mampukah mereka bersatu?

Review 399: Rahsia Hatiku by Maria Alina


Rahsia Hatiku by Maria Alina
Terbian Alaf 21 Sdn. Bhd.
RM 19.90
556 mukasurat
Editor: Rubiah Aksah
cetakan 1: Tahun 2007

"Singgahlah berjeda di ruang hati ini untuk menatap namamu terpahat di situ"

ha.. kalau nak baca penangan orang lama dalam dunia penulisan, baca la buku ni. Ceritanya padat dan tidak membosankan. tidak terasa terlalu pantas walaupun banyak peristiwa menimpa Iman dalam perjalanan hidupnya dari remaja hinggalah menempuh alam kerjaya.

Saya geram dgn Badrul yg betul2 salahkan Iman walaupun dia yang mulanya beralih arah. Walaupun dia cuba lupakan sarah tapi bila sarah ada diorang mcm pasangan kekasih. Geram jugak ngan Iman yg tak dengar ckp Is supaya jgn lagi jumpa Badrul sbb dia jeles. Iman saja cari pasai la pulak. Salah sangka Is telah menyebabkan bertahun-tahun dalam hidup mereka tersia begitu saja. Rasa macam agak biasa dgn citer yang ada linestory seperti ini. Mungkin baru2 ini saya byk baca buku yang genre begini secara berturut turut menjadikan saya kurang terkesan dengan cerita ini. Bercinta dgn orang lain, kawin dgn orang lain. Berlaku salah faham, berpisah, bertemu semula setelah anak besar, memburu cinta isteri, kasih bertaut kembali.

Kisah ini tentang Iman yg kehilangan ibubapanya pada usia muda. Neneknya membuang dia skeluarga kerana berkahwin tanpa izinnya. Iman menanggung harapan ibu bapanya utk mendapatkan tempatnya di sisi neneknya yang layak digelar harimau. cintanya pada rakan sekampungnya, badrul tidak bertepuk sebelah tangan dan dia bahagia dgn cinta itu. Dgn bantuan makciknya Iman masuk ke rumah neneknya sbg seorang pembantu rumah. dia bertemu Iskandar yg sombong dan bongkak, namun perkenalan dgn iman mengubah Iskandar sedikit demi sedikit. Walaupun Sarah pernah singgah di hati Iskandar, Iman tetap ada kelainannya. Kekasaran nenek terhadap Iman menyebabkan dia masuk hospital, tapi peristiwa itu lah menjadi titik tolak tumpahnya kasih nenek buat Iman yg sudah menyesali sikapnya dulu.

Badrul resah bila rindunya berpindah kepada insan lain yang sangat2 mengingatkannya kpd Iman. dia serba salah, namun dia tetap mahu berpegang pada janji dan meletakkan Iman di tempat teratas dalam hatinya tetapi rindu terhadap Siti Sarah tetap memburu. Bila dah kantoi dengan Iman, Badrul lagi huru hara dan bila dia nampak Iman dgn Iskandar dia jadi sangat marah kerana baginya dia cukup setia pada Iman sedang kan Iman ada lelaki lain. Iman kecewa lalu menerima cadangan nenek dan makciknya utk menerima Iskandar sbg suami (nikah gantung sbb dia nak abiskan study dulu) Iskandar sanggup menunggu hingga Iman dapat menerimanya dan memegang tanggungjwb sbg isteri. Ikatan jarak jauh mereka teruji apabila Salina memasang perangkap buat Iskandar. Iman mula meragui keikhlasan Iskandar. Hubungan Badrul-Iman melukakan hati Iskandar hingga membawa salah faham. Iskandar pergi setelah mengasari isterinya sendiri. WAlaupun terbukti Iman masih suci, dia tetap nanar melihat Badrul di sisi Iman.

Iskandar kembali kepada Salina dan Iman menerima kehadiran insan baru dlm hidupnya, Zarul. Iskandar tak terima Zarul sbb sangka Zarul tu anak Iman dgn Badrul. Hingga semasa kematian neneknya pun dia tidak kembali, merajuk sakan. Tapi bila dia tengok gambar Zarul lima tahun kemudian, terbukti anak itu miripnya. Rancangan jahat Salina terbongkar dan Iskandar kembali utk menyatukan keluarganya dan dia tak akan lepaskan Iman kpd mana2 lelaki walaupun lelaki itu telah berjaya mencuri hati Zarul.

sure fine whatever
Rinn

Sinopsis belakang buku:

Aku takut untuk berhadapan dgn impian dan janji-janji itu. Mampukah aku merealisasikannya sedangkan aku dalam persimpangan? Antara keinginan hati untuk menyatukan kembali sebuah keluarga yang kecundang dan menyahut panggilan cinta yang terbina sejak dari dulu lagi.

Alif Iskandar... kau hadir ketika aku mengharungi kepahitan dan dugaan maha besar. Nenek yang terlalu ingin kudampingi menilaiku setaraf dengan sampah terbuang. Dptkah aku memaut sekeping hatinya yang keras bersalut kebencian itu?

Badrul... aku menyukai dirimu. Dambaan cintaku terhadapmu bagaikan bintang-bintang berkelipan di dada langit. Namun, Siti Sarah lebih berhak ke atas dirimu. Aku terpinggir lagi...

Kamil... kau menagih kasih ketika aku masih bergelar isteri. Namun, aku tahu batas-batasku sepanjang memegang status itu. Wajarkah aku menerimamu dalam keadaan hati dan jiwaku masih dimiliki insan bergelar suami walaupun dia meninggalkanku?

MAMPUKAH Iman Najwa mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Antara kasih sayang cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan.. merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya.

Sinopsis di website alaf21:

Novel yang penuh suka duka seorang gadis yang ingin mengembalikan hubungan kekeluargaan yang keruh ini pasti menyayatkan hati anda. Iman Najwa cuba meraih kasih sayang nenek yang menilainya setaraf dengan sampah terbuang. Dia turut berhadapan dengan kemelut cinta tiga jejaka. Antara Alif Iskandar, Badrul dan Kamil merupakan jejaka yang paling rapat dengannya.

Antara kasih sayang, cinta dan persahabatan; antara ego, cemburu dan dendam; juga antara kesetiaan, kecurangan dan pengorbanan... merupakan permainan sandiwara dalam hidupnya. Mampukah dia mengotakan janji dan impiannya menjadi suatu kenyataan? Dapatkah dia memaut sekeping hati nenek yang keras bersalut kebencian itu. Siapakah jejaka yang bertuah bertakhta di hatinya?

Wednesday, May 25, 2011

Review 398: Quartet by Saidatul Saffaa



Quartet
Penulis Saidatul Saffaa
Editor: Harni Abu Khair
cetakan pertama April 2011
Terbitan Jemari Seni
RM20.00
Sabah/Sarawak RM23.00
471 mukasurat


Quartet. Empat lelaki yang mencuri hati Misa. Kenapa aku rasa seperti ada tiga sahaja? Bilal, Ustaz Mustaqim dan Irfan sahaja yang aku rasa cukup di'highlight'. Yang seorang lagi siapa ya? Aku terlepas pandang ke? Semasa mula nak menaip 'review' ni barulah aku teringat muka surat pertama yang Aina suruh tengok facebook dia tu. Fadhil.


Misa adalah gadis Malaysia yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Pertemuan pertama antara Bilal dan Misa menimbulkan rasa sakit hati buat Misa kerana baginya Bilal seorang yang tidak mengenang budi. Pertemuan berikutnya membuat Misa terpotong jari sendiri. Sakit hati sudah bercampur sakit jari. Blog menjadi pengaman antara mereka. Misa mula memahami situasi sebenar dan Bilal sebenarnya menepati ciri-ciri lelaki Islamik idaman. Lagipun ibunya teringin bermenantukan lelaki ala-ala Samy Yusuf yang bersuara merdu. Satu 'blog entry' oleh Bilal di harijadi Misa telah membuat Misa dibuai perasaan dan mula meletakkan harapan tinggi untuk hidup bersama Bilal. Sampai termimpi-mimpi. Tetapi di saat Bilal menghulurkan kad Walimatul Urus, Misa patah hati dan 'frust' sendiri. Kenapa? Rupa-rupanya Misa perasan sendiri. Tetapi Misa seperti menyalahkan Bilal yang tidak tahu apa-apa itu. Misa yang salah tafsir.


Ustaz Mustaqim pula merupakan tenaga pengajar di sekolah yang sama dengan Maksu Bib kesayangannya. Disebabkan terlalu taksub dengan watak Ustaz Din (novel Jaja & Din), Ustaz Mustaqim berjaya mencuri hati Misa. Misa jatuh hati tapi Ustaz Mustaqim tidak tahu. Di mata Misa, Ustaz Mustaqim adalah lelaki Islam yang sempurna. Misa amat kecewa apabila mendapati Ustaz tu merokok di khalayak ramai. Teguran Misa telah mencabar ego Ustaz Mustaqim dan terserlahlah sifat baran dalam dirinya. Misa patah hati dan 'frust' sendiri lagi.


Perkenalan dengan Irfan sudah lama bermula tetapi mereka hanya mesra di alam maya sebagai sahabat. Perubahan Misa dari tidak bertudung sehingga bertudung menjadikan Misa mula menyekat persahabatan dan pergaulannya dengan lelaki, termasuk Irfan. Kemesraan persahabatan dengan Irfan sudah mula mengusik hatinya. Misa tidak mahu tersalah tafsir lagi. Yer lah dah dua kali dia syok sendiri dan jadi minah perasan, takkan kali ini dia nak biarkan dirinya berada dalam situasi yang sama? Misa cuba mendapatkan kepastian mengenai perasaan sebenar Irfan melalui Wafaa. Irfan merasakan dia tidak cukup baik untuk wanita sebaik Misa. Dia meletakkan 4 tahun sebagai tempoh untuk memperbaiki diri tetapi belum cukup tempoh tu pun, Irfan sudah pergi mencari Misa :)


Aku tak faham sikit dengan sikap Misa yang seperti bencikan kemunculan Irfan. Adakah dia marah sebab Irfan minta dia tunggu 4 tahun tapi datang awal? Ada rasa macam Misa pulak mengada-ngada. heh heh. Tiba giliran Misa pula meletakkan tempoh sehingga dia menamatkan pengajian dan Irfan tidak menunggu lama selepas itu. Dia terus datang menuntut janji. :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis/alongside


Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.


Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang tanpa gelap malam.


Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya 'Yusuf' menolak cinta 'Zulaikha' walaupun jarinya terluka.


Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?


Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


Quartet
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.

Review 397: Spanar Rindu Skru by Emma Maizura




Spanar Rindu Skru
Emma Maizura
Editor: Mazuen Yahaya
Harga: RM 19.90
sabah/sarawak: 22.90
ISBN: 978-983-124-558-3
512 mukasurat


"Pejamkan matamu kala rinndu
pasti kau rasa hati kita bersatu"


Reen adalah gadis lasak yang gemarkan automotif. Tindakan ayahnya membenarkan nenek dan datuknya membesarkannya membuatkan Reen semakin sebati dalam dunia permotoran kerana datuknya, Haji Rahim, memiliki bengkel memperbaiki motorsikal. Di situ jugaklah Reen mengenali Amin sejak kecil. Mereka akrab sebagai sahabat. Namun keakraban mereka tidak disenangi bapa Reen. Mula-mula tu ingat ker sebab Amin tu miskin dan mat motor tapi rupanya ada sejarah silam yang menggores hati bapa Amin sehingga menentang habis-habisan persahabatan yang dikhuatiri akan mekar menjadi bibit-bibit cinta sayang.


Perpisahan mereka akhirnya terjadi dan mereka meningkat dewasa dalam suasana berbeza namun kedua-duanya masih tidak dapat lari dari dunia automotif yang menjadi kegilaan mereka. Tanpa sedar mereka bekerja di bawah management yang sama cuma cawangan yang berbeza.


Kekerapan ber'online' akhirnya menemukan mereka kembali sebagai Minah spanar dan Mat Skru. Tanpa sedar, Spanar lebih banyak bercerita berbanding Skru yang lebih banyak mendengar. Aku rasa cara perbualan online mereka agak janggal dengan membahasakan diri masing2 sebagai 'skru' dan 'spanar'.


Bapa Reen nekad mahu dia bertunang dengan jejaka pilihan bapanya, Razin yang merupakan anak kepada rakan perniagaannya. Kebetulan Razin pula sudah jatuh cinta dengan Reen. Reen cuba menerima Razin tetapi kehadiran Razin tidak terkesan di hati. Dia masih terkenangkan Amin. Amin juga digoda Wafa yang juga gemarkan motor tetapi Amin tidak jatuh hati pada Wafa. Sikap bapa Wafa yang mengawal dengan siapa Wafa berkawan merimaskan Amin. Kita yang baca ni pun rasa rimas. Semua orang dia syak tak baik.


Temujanji yang sering tertunggak dengan pengurus cawangan Bangi membuatkan Reen menerjah ke pejabat Amin dan mengejutkan kerena mereka bertemu semula tanpa dijangka. Pertemuan yang membungakan kembali kemesraan antara mereka. Sejak itu Amin selalu dapat amaran supaya menjauhkan diri dari Reen. Razin yang biasanya kelihatan gentleman, terus tersembul perwatakan angkuhnya.


Ayah Reen, Datuk Yussof nekad menyegerakan perkahwinan anaknya. Reen bertindak melarikan diri di hari perkahwinan dan makin marahlah Datuk Yussof tu apabila Reen ditemui di rumah Amin. Kemalangan yang menimpa Reen telah meragut banyak kelebihan dari dirinya. Razin terus menjauh tetapi Amin cuba mendekat. MAsa ni dah nampak cinta atas dasar apa yang membezakan Razin dan Amin. Razin menyintai kecantikan semata-mata tetapi Amin menyintai Azreen dari jiwanya.


Masa nilah terbongkar kisah ayah Reen ni dulu sebenarnya syokkan ibu Amin tetapi ibu Amin kahwin dengan orang lain. So dia anti lah sangat-sangat dengan Amin. Tapi bila tiba masa yang sebegini barulah dia insaf, dia lah punca Reen jadi begitu. Amin redha menerima Reen sebagai isteri tapi takdir Tuhan membawa mereka ke alam lain yang lebih hakiki.


Tak ada scene yang sedih sangat walaupun banyak tragedi menimpa. Penulis bertindak berani meletakkan ending yang sedih untuk kisah ini.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis

Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin;

“Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali…”

Review 396: Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri


Doa Untuk Aku by Bahruddin Bekri
Terbitan PTS Syok
Tahun 2008
RM22.90
Sabah / sarawak RM25.90
isbn: 9789833654543
440 mukasurat.



"doa ibu...
doa adalah senjata...
doa musafir..."


Idea kisah ini sangat menarik dan deliverynya sangat mencuit hati dan mengundang tawa. (byknya dan dalam satu perkataan!)


Adly seorang yg beragama Islam, membesar di sebuah perkampungan iban bersama ibunya, seorg mualaf. Mereka bersolat dan membaca ayat2 berdasarkan buku yang bertulisan roman. Mereka tak pandai baca jawi. Diorang tak der tempat utk mendalami Islam kerana tempat tinggal diorang jauh di pedalaman. Skolah pun tak der subjek Islam. hanya Azly dan Kassim saja yg beragama Islam dan Si kassim tu pun lebih kurang sama ja ngan Adly.


Adly sangat yakin dengan power of doa. Dia yakin yg dia berjaya masuk universiti kerana berkat doa ibunya yg tercinta. Namun, pada suatu hari, ibunya meninggal dunia. Harapannya utk lulus cemerlang musnah kerana dia sudah tiada sapa2 lagi utk mendoakan dia. Memori masa kecil dan kajian oleh Adly telah membuatkan dia nekad utk memburu orang2 yang mustajab doanya. Dia akan mengumpulkan 40 doa utk dirinya dan akan berjaya dalam peperiksaannya.


Kita dibawa menyusuri perjalanan hidup adly sbg pelajar bersama kumpulan Amin Bin Damit yang diketuai oleh Amin bin Damit (duh! - gila kosa betul budak nih! haha). SEcara tak sengaja mereka 'bermusuh' dengan Geng Nama Indah yg perasan ganas dan mengong. hehe.


Banyak insiden yang membuat tawa kita meletus tanpa kawalan. sangat-sangat menghiburkan.


Bagi saya, watak Adly dan Kassim yang seperti bodoh-bodoh cerdik tu mungkin disebabkan cara mereka dibesarkan dan sangat saya senangi tetapi apabila mendapati watak2 lain dalam cerita ini juga bersikap sama seperti Adly, cerita ni terasa kurang real. Dunia dlm novel ini agak pelik dan lebih kepada dunia komik yang kelakar.


Kalau novel ini dibaca sebagai hiburan berbentuk komedi dan berpengajaran, memang sangat bagus. Kalau nak relate dengan reality, ermmm agak sukar kerana D.U.A ini penuh dengan orang yg lawak komedi. yang membaca tentunya terhibur dan ketawa terbahak terbahak :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


"menarik juga cadangan kau. Mungkin dapat membantu aku menghadapi peperiksaan akhir. Masalahnya, di mana kita mahu mencari 40 doa itu?" soal Adly.


"Aku ada. Aku doakan kau sebanyak 40 kali. Nanti dpatlah kau menghadapi peperiksaan akhir dgn cemerlang," jawab kassim kembali. Dia tersenyum.


"Kau doakan aku sebanyak 40 kali? Hmm... begitu sahaja?


"Aku keliru. Adakah maksud 40 doa itu adalah 40 kali doa daripada org yg sama ataupun 40 kali dodoakan oleh org yg berlainan?" Adly kembali menyoal. Fikirannya kembali kusut.


"Err... aku pun tak pasti. Rasanya dua2 sekali. 40 kali doa daripada 40 org yang berlainan. Nanti kita tanyalah sesiapa. Tentu ada org yg lebih arif fasal hal ini," cadangan Kassim lg.


Adly membesar bersama keyakinan hidupnya dirahmati dgn adanya doa dpd ibunya. Kematian ibunya membuatkan Adly kehilangan 'senjata'. apa yg dpt menggantikan doa ibunya? Lalu bermula pncarian Adly mencari 40 doa.


RM22.90
sabah sarawak RM25.90
isbn 9789833654543


Adly yang sangat percaya doa ibunya adalah senjata dia menempuh kehidupan. Doa ibu yang mujarab membuatkan dia dapat masuk universiti. Apabila ibunya meninggal dunia, dia hampir berputus asa. Kemudian, dia mendapat tahu ada beberapa golongan yang makbul doanya. Bermula pencarian Adly untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 40 doa daripada setiap golongan supaya dia lulus cemerlang peperiksaan.

Review 395: Dunia Ini Sederhana Kecil by Bahruddin Bekri


Dunia Ini Sederhana Kecil by Bahruddin Bekri
Terbitan PTS One
2008
RM23.90
436 mukasurat
isbn: 9789833654321

Dari rupa covernya yg oren mungkin tak ramai yang nak capai dan baca isinya. TAjuknya menarik dan membuat kita berfikir di mana letaknya sederhana kecil dalam kecilnya dunia ini.


Permulaan ceritanya agak biasa, tambahan pulak pembukaan kisah ini menceritakan persamaan antara bas dan cinta. Sesuatu yang dh banyak kali saya baca kat emel. Benda2 yang Syamir cerita utk memancing perhatian si gadis agak selalu kita dengar tapi respond si gadis itu saya rasakan menarik :)


Seratus muka surat pertama agak sukar menarik perhatian saya tapi bila menginjak dari muka surat 100 saya dah mula merasai tarikan kisah ini. Syamir, bagi yang tak mengenalinya mungkin menganggap dia seorg yang sukar didekati, tapi tak sangka lah pulak mamat ni kaki kelentong jugak orangnya dan idea spontannya membuatkan kita tersembur ketawa. TAwa pertama saya pecah tatkala Syamir terserempak dengan pontianak berotot-otot. haha.. unforgettable lah benda2 mcm nih. Watak Jid, lelaki yg percaya dirinya berjiwa wanita, tapi badannya berotot-otot sbb tersalah medication. Jid mengingatkan saya pada mamat sasa dlm iklan Kit Kat yang terjerit2 biler labah2 melata kat dada dia. Byk insan-insan yang biasa tapi unik dalam kisah ini.


Sebenarnya ada dua kisah berasingan yang berjalan serentak dalam kisah ini. Usaha Syamir mencari kerja yg halal telah mencantum dua kisah ini menjadi satu dlm keadaan yang tak tersangka :) Kesian jugak membayangkan Syamir yang terpaksa menjadi jurujual kicap kesihatan yg berharga RM30.00! Kisah kedua saya rasakan suram dan mengelirukan, ada unsur2 misteri. Kisah ini menjadi menarik apabila Syamir terjebak dlam kisah kedua. Kekayaan yang Syamir impikan seperti tercampak gedebuk di depan mata namun ia menuntut Syamir utk mengaplikasikan segala idea kelentongnya, malah dia bijak menggunakan rakan2 sekeliling utk menjamin kejayaan. Suatu kisah yang kita takkan dpt predict apa akhirnya :) Tahniah buat Che Din!


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata perempuan berlesung pipit, "Cinta itu umpama menunggu bas. Kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. Sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. Sebab itu saya masih menggunakan kereta."


Kata Riduan pula, "aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."


Kata ibu, "Hidup manusia ini seperti roda. Kadangkala di atas kadangkala di bawah. Tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? Sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah."


Lelaki gempal kata, "Hidup manusia juga seperti tingkap. aAabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang."


Kata lelaki muka berminyak pula, "Pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih. Begitu juga dengan hidup."

Review 394: Tautan Kasih by Ryana Adrina


Tautan Kasih by Ryana Adrina
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2007
RM 17.00
444 mukasurat
ISBN : 978-983-124-307-7


"Wajahmu masih kutatap meskipun telah terlindung di balik tirai semalam"


Dah banyak hari habis baca buku nih.. sebenarnya selang seli baca ngan buku nak exam.. tension gak asyik baca buku yang penuh dgn prosedur saja, sekali sekali tu ngelat lah jugak!


Ini kisah cinta yang terputus setelah zaman persekolahan berlalu. Masing2 meneruskan hidup hingga melangkau kedewasaan. Athirah dan Irfan tak pernah merancang utk bertemu semula, namun takdir seperti memberi peluang kepada mereka namun permainan takdir membuat hati mereka celaru. Macam mana ya?


Irfan sudah berkahwin dan sudah bercerai. Penceraiannya menjadi perhatian media kerana bekas isterinya, Syazwani adalah seorg celebrity.Dia sudah jelak dengan perubahan isterinya sejak bergelak pelakon hingga mensia2kan dirinya dan anak2. Kesabaran ada batasnya.


Athirah pulak seorg wartawan yg sudah bertunang dengan Danish. Danish terasa dipersiakan kerana Athirah sentiasa mengejar tuntutan tugasnya yg tidak menentu. Pelik pulak biler seorang wartawan seperti Ati tak berminat nak tengok mcm mana rupanya bekas suami Syazwani yang Aznan kata hensem tu. Kalau tak, awallah sikit Athirah berkemungkinan bertemu Irfan.


Segalanya menjadi permulaan semula buat mereka apabila terserempak dalam satu pertemuan yg tak disangka. Namun ketika itu Irfan sudah pun menyuarakan nekad hatinya utk bertunang dengan Zuriana, pekerjanya yang iras-iras Athirah. Bagaimana dia nak membetulkan keadaan itu. Mengecewakan Zuriana dan merawat luka Ati yang kecewa dgn Danish yg mencari kasih lain utk melayan hati yg sunyi?


Athirah ragu2 menerima Irfan, namun segalanya seperti menjuruskan dirinya ke arah Irfan apabila anak2 yang dikenali dan dikasihinya rupa2nya adalah milik Irfan. namun Zuriana tidak akan berdiam diri. Dia akan sebarkan yg seorang wartawan telah merampas tunangannya! berita panas lagi.


Kisah yang tidak mendatar, ada saja peristiwa yang membuatkan kita ingin tahu apa akhirnya buat Athirah dan Irfan. Takdir seperti mahukan mereka bersama tetapi permainan takdir telah membuatkan jalan ke pelamin mereka bersimpang siur, penuh roundabout dan traffic light. eh.. macam jalan kat shah alam.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis belakang buku:


Entah mengapa... Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi namun hati menidakkan. Ada yg disayangi tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yg tinggal pada dirinya? dia sedar, dia harus memberi peluang kpd hatinya utk menerima dan memberi tapi dia tidak pandai mengungkapkan kalimah cinta seperti kata seorg temannya;


"Kau harus pandai mengambil hati dan mencintai seorg lelaki andainya kau ingin mencintai mereka. Kau tak seperti gadis2 lain yg ternyata asyik meladeni hati dan perasaan dengan lelaki pujaan. Kau seperti tak pernah teruja punya seorg teman lelaki..."


Ah... lelaki! Perlukah dicari? Atau si dia akan datang dgn sendiri?


Indah nama yg diberi tidak seindah lingkaran hidup yg dilalui. Itulah Irfan Iskandar. Hidupnya dihujani tohmahan. Namun dia sedar, sekemas-kemas perancangan manusia, ALLAH jua yg berkuasa menentukan segala-galanya.


Athirah & Irfan - kasih mereka pernah bertaut, tapi sayang seribu kali sayang... pertemuan kedua hanya berlaku di saat masing-masing hampir memulakan kehidupan baru.


"Haruskan mereka sekali lagi tunduk mengikut telunjuk takdir, menerima sahaja apa yg ada di depan mata? Atau membiarkan sahaja hati terus memendam rasa kecewa?"

Sinopsis di website alaf 21:


Hasilan nukilan Ryana ini pasti mencuit pintu hati anda dengan jalan ceritanya tersendiri. Athirah merasakan hidupnya kosong. Ada yang menyayangi, namun hati menidakkan. Ada yang disayangi, tapi si dia menghilangkan diri. Lantas, apa lagi yang tinggal pada dirinya. Dia sedar, dia harus memberi peluang kepada hatinya untuk menerima dan memberi, tapi dia tidak pandai mengungkap kalimah cinta.


Sebenarnya, ada jejaka yang amat mencintai Athirah, iaitu Irfan. Namun, kehadiran Farah Marlissa dan Farah Hayana menyegarkan kisah cinta mereka. Apa pula yang berlaku dengan kehadiran semula Syazwani dan Danish? Siapa mereka di hati Athirah dan Irfan.

Review 393: Usikan Rindu by Qaira Qasidah


Usikan Rindu by Qaira Qasidah
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
2008
RM 18.00
480 mukasurat
ISBN : 978-983-124-340-


"Tak tersiram rasa resah bila wajahmu terbayang di mana-mana"


Masa mula2 capai buku ni dan tengok nama penulis yang saya tak familiar, saya just baca ja buku ni dengan niat nak mengisi masa santai. Seronok pulak biler kiter tak expect citer begini boleh jadi menarik dan menghiburkan :) Sebagai penulis baru Qaira Qasidah menggunakan pendekatan cinta sebegini utk menarik perhatian pembaca dan saya rasa ianya berkesan dan sekiranya buku keduanya keluar nanti sudah tentu pembaca-pembaca yang pernah menikmati kisah ini akan membeli karya keduanya.


Kisah ini berkisar konflik alam rumah tangga Syed Khalid yg beristeri dua. Mungkin kita rasakan tipikal kisah suami beristeri dua. tapi yg ni lain. Syed Khalid sudah lama menyintai Normala. Namun pinangannya ditolak kerana bapa tiri Normala mahu mengahwinkan dia dengan seorang lelaki kaya dan tua di kampung mereka. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Syed Khalid mengahwini Sharifah Junaidah. Perkahwinan itu tidak mampu memadamkan nama Normala dari jiwanya. Dia bertindak melarikan Normala lalu mengahwininya. Perkahwinan keduanya direstui keluarga kerana mereka tahu Syed Khalid berkahwin dgn Sharifah Junaidah semata2 kerana sepupunya itu mengandung anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan lelaki lain.


Kisah ini menjadi menarik setelah kematian Syed Khalid beberapa tahun kemudian dan wasiatnya dibacakan. Keluarga Sharifah Junaidah terkejut dengan kehadiran nama Dayang Suhana dalam wasiat Syed Khalid. Siapa Dayang Suhana? Besar mana jasanya sehingga Syed Khalid mewasiatkan sebahagian besar share resort Cenderawasih kepada Dayang Suhana? malah Normala memberi kuasa kepada Dayang Suhana utk mewakilinya di pejabat Syed Adam, anak sulung Syed Khalid yang angkuh.


Separuh dari buku ini tidak menampakkan sebarang bibit2 perdamaian antara Dayang Suhana dan Syed Adam. Syed Aqil jugak tak tau macam mana nak mendamaikan Dayang Suhana dengan abgnya Syed Adam. Syed Aqil membantu Dayang Suhana dalam diam. Namun Adam dpt menghidu sesuatu. Dia mengekori mereka sehingga ke Karambunai. Namun siapa sangka sekelip mata dia dan Dayang Suhana menjadi mangsa penculik yg mencari wang dgn cara mudah. Permusuhan mereka menjadikan mereka sukar bekerjasama utk melarikan diri. Namun mereka akhirnya terpaksa seiring sejalan dalam belantara yang khabarnya ada manusia yang makan manusia. Bukan heroinnya saja pengsan sebab tekejut. heronya pun pengsan jugak sbb terkejut. hehe..


Saya suka dengan cara Johan dan keluarganya menerima pembalasan setelah menolak Sharifah Haslinda dari mengahwini Johan. nasib baik ada lelaki yang baik seperti Aliff. :)


Romance adventure yang ringan dan menghiburkan.


sure fine whatever
rinn


KERANA kasih yang mendalam, Syed Khaled sanggup melarikan Normala daripada dipaksa berkahwin dengan lelaki tua. Mereka sanggup menempuh perjalanan yang panjang semata-mata untuk membuktikan cinta mereka cinta sejati. Mungkin jodoh telah tersurat, Normala dan Syed Khaled berjaya diijab-kabulkan. Dalam manisnya mengecap bahagia, Normala dikejutkan dengan berita yang benar-benar mencabar emosi wanitanya. Dia kini bergelar madu!


Bagi Syed Khaled, walaupun ada dua suri dalam hatinya, nama Normala tetap bertakhta di tempat paling atas. Tiada siapa pun yang dapat memisahkan mereka kecuali maut. Normala adalah cinta pertama yang akan dikenang sampai bila-bila. Tanpa Normala, hidupnya ibarat malam tanpa siang. Tiada arah tujuan dan tiada sebarang harapan.


Sayangnya, panas yang disangka berpanjangan bertukar gerhana sekelip mata. Berita kematian Syed Khaled bagai langit menimpa kepala. Apatah lagi kebenaran yang selama ini tersimpan rapi terbongkar satu demi satu. Anak-anak yang diharap menjadi penyambung kasih antara dua keluarga kini bertelagah. Semuanya gara-gara harta. Madu yang selama ini begitu dingin, mula menunjukkan taringnya. Normala sedih bukan kepalang.


Tapi, sampai bila dia dapat bertahan jika hatinya sering terusik? Dan, mampukah wasiat itu mendekatkan kembali jurang yang semakin luas? Baginya, duka di hati siapalah yang tahu...



4

Saturday, May 14, 2011

Review 392: L.U.V.E by Pingu Toha


L.U.V.E by Pingu Toha
Editor: Noor Suraya binti Adnan Sallehudin
Terbitan Jemari Seni
cetakan pertama: 2008
RM16.50
325 mukasurat
ISBN: 9789675118081

"The Love. The Other Girl. The Old Flame. The Other Guy."


RAsa macam baca kisah cinta muzikal. Aduka Hadi & Hasya menambahkan sentuhan ala-ala theatre dalam kisah ini. Bagi saya kisah ini menghiburkan dan tidak membosankan. Kisah ni bagi saya bukanlah romantik komedi; romantik: ya, komedi: ermm mungkin sikit, penyampaian Pingu menjadikan kita rasa isu hati ini sangat serius. Cerita ini menjadi cute, secute nama penulis dan cover bukunya. Mungkin sebab pendekatan penyampaian pingu ala2 luahan hati menjadikan kisah ini menarik. Memang terasa kisah cinta ni penuh warna warni dan 325 mukasurat memang sudah lebih dari cukup untuk novel ini :) i feel colorful lah lepas baca kisah ni.. banyak betul ya warna pink dalam hidup Uth dan Lana. Ermm sisipan lukisan komik dalam novel ini langsung tak membantu penceritaan tapi membuatkan novel ini kelihatan lebih cute ;)


Uth dan Lana sudah jatuh cinta tapi tak sorang pun mahu melafazkannya demi menjaga hati sahabat baik yang menaruh hati pada insan yg sama. Uth tak dapat meluahkan rasa kerana Keri lebih menyintai Lana. Lana tak sampai hati melukakan hati Vee yang sungguh2 mahukan Uth. Lalu hati mereka terluka. LOVE! menemukan mereka dalam cinta Aduka Hadi & Hasya. Cinta yg cuba ditolak terus berkembang tanpa kawalan. Yg pasti, ada hati2 yang terluka walau apa pun keputusan Uth & Lana.


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis belakang buku:


Siapa yang harus dipilih?


Untuk sekian waktu, Uthman Huzir, si pekerja di kedai buku sukar menentukan pilihannya! Sama ada untuk memilih The Love atau The Other Girl ataupun The Old Flame. Semuanya membelit Uthman Huzir, dan memutarkan hidupnya 360 darjah secara total. Apa yang berlaku, bukan pintanya!


Dia hanya mendambakan The Love, sepenuh cinta. Namun keadaan semakin sulit, masih ada The Other Girl dan The Old Flame... dan dirinya sendiri. Dilemanya berterusan, The Other Girl mengejar dia; The Old Flame inginkan dia kembali; The Other Guy mahukan The Love. Lalu bagaimana?
Namun untuk ‘I love you’? Jawapan yang pasti untuk The Love. Tapi....


Benarkah penulis lelaki menyembunyikan rasa cinta dalam tulisan mereka? Pernyataan itu tentunya salah sekiranya anda membaca romantis-komedi L.U.V.E dari hati seorang Pingu Toha!

Review 391: M.A.I.D by Suri Ryana


M.A.I.D
Penulis: Suri Ryana
Editor: Jabatan Editorial KNE
Terbitan Kaki Novel Enterprise
RM26.00
Sabah/Sarawak: RM29.00
753 mukasurat


"Ya Allah Noorul... takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
Haih... habislah kau kalau macam ni.
Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat Noorul"


Tebalnya novel nih! lebih 700 muka surat tuuuu. Memang seronok melayan kisah Noorul yang terpaksa bekerja sbg maid. Tak terasa ketebalan novel ni sehinggalah sampai ke part diorang saling meluahkan perasaan ketika berada di kampung Noorul. Lepas pada tu rasanya diorang ni pagi petang siang malam asyik dok meluah perasaan ailebiu ailebiu saja sampai aku rasa macam ulang baca page yang sama pulak.


kisah nyer cenggini... Noorul dah menganggur sejak kilang kicap tutup. So dia berusaha mencari kerja lain. Dia terpanggil utk bekerja sbg maid sebab gajinya RM1200, dapatlah dia menghantar duit lebih kepada ibu di kampung. Dia hanya bertugas di siang hari dengan majikannya, Harris. Noorul berusaha mengelak bertemu Harris sebab masa first day dia dah terlanggar bos dia masa kat lif, kemudian pada hari yang sama dia tertuang sos kat baju bos dia semasa kat pasar malam. So utk mengelak dia dipecat, dia berusaha menyembunyikan diri dari Harris.


Haikal berkenan dengan Noorul tetapi Noorul hanya menerimanya sebagai kawan. Iman, kawan baik Noorul yang berkenan dgn haikal yang lebih mesra berbanding Harris yang kelihatan sombong. Rahsia Noorul pecah juga akhirnya sehingga Harris nekad mahu memberhentikan Noorul. Namun memandangkan susah nak mendapatkan maid tempatan dan boleh dipercayai spt Noorul, Noorul diterima semula sbg maid. Sejak itu Harris kerap terserempak dengan Noorul di rumahnya.


Ibu Asyraf berkenan untuk bermenantukan Noorul tapi Asyraf sudah ada kekasih hati dan meminta Noorul memberitahu ibunya yang Noorul sudah ada pilihan hati dan enggan bertunang dengan Asyraf. Noorul enggan kerana dia yang akan dipersalahkan, bukannya Asyraf. Asyraf akhirnya tertangkap basah dan menuduh Noorul sbg dalangnya. Dia nekad mahu membalas dendam terhadap Noorul.


Setelah Noorul dan Harris semakin selesa bekerjasama, mereka telah dituduh bersekedudukan dan berita itu telah mencacatkan reputasi perniagaan keluarga Harris. Demi menjaga maruah keluarga Noorul dan Harris dikahwinkan. Ayah Harris memang no hal dengan Noorul sbg menantunya, tapi ibu Harris lebih berkenankan Elisa yang lebih moden dan bergaya berbanding Noorul.


Zaura, adik Harris memang sukakan Noorul. Dia pun tak berkenan dengan Elisa tu. Tapi peristiwa Noorul dan Harris dipaksa berkahwin tu Zaura tak tau, dia sangka mereka berkahwin dengan restu keluarga.


Harris memang berkenan kat Noorul tapi selepas Haikal bagitau yang dia penah meluah perasaan kepada Noorul tapi Noorul menyatakan yang dia sudah ada lelaki lain di hatinya. hal itu membaut Harris rasa kecewa. Tapi segala salah faham terlerai setelah Noorul mengakui Harris lah lelaki yang bertakhta di hatinya. Terlalu banyak sesi meluah perasaan selepas scene confession tu membuatkan aku rasa cerita ini mula meleret. Tapi masa ni dah muka surat 500 lebih so sudah menghampiri hujung2 cerita. Aku suka ending untuk Iman dan Haikal :)


sure fine whatever
rinn



sinopsis/alongside/sinopsis


Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kpd Harris Tan Sri Hamdan. sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).


Daripada berbalas-balas nota berkaitan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.


Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?


Serabutnya Noorul Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sbg menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengaru-birukan hidupnya.


apakah perisai Noorul utk menghadapi pancaroba ini? 'Kuali'? 'Sudip'?

Review 390: Pilihan Mama by Umie Nadzimah


Pilihan Mama
Penulis: Umie Nadzimah
Editor: Jabatan Editorial KNE
412 muka surat
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM21.00
9789675067693


"Restumu... mengiringi bahagia hingga ke hujung nyawa..."


Kisah Muhammad Aiman yang mencari cinta tapi tidak berjumpa. Jadi terpaksalah ibunya campurtangan setelah ada cubaan memerangkap Aiman dan akhirnya dia ditunangkan dengan gadis pilihan mamanya. Selepas bergelar tunangan orang barulah hatinya terpaut dengan kesopanan dan kecantikan Adila. Nak ikut pilihan hati atau nak teruskan dengan hasrat mama yg telah mengikat janji? Dia seorang anak yang dibesarkan ibu tunggal, takkan tergamak dia menghancurkan hati wanita yg telah bersusah payah membesarkannya. Dia redha menerima Aishah sebagai isteri. Hadiah paling manis buat dirinya apabila mendapati Aishah dan Adila ada orang yang sama. Dia merasakan mama sangat memahami kehendak dirinya dan memilih menantu mengikut citarasa anaknya.


Mereka hidup bahagia dan diberkati dengan kelahiran sepasang anak kembar yang menjadi penyeri hidup. Dugaan hebat menimpa Aiman setelah Aishah terlibat dalam sebuah kemalangan yang telah meragut nyawanya. Aiman hilang arah dan mendedikasikan seluruh hidupnya untuk bekerja dan bekerja sehingga terlupa dengan kehadiran anak kembarnya. Nasib baik mama dan ibu mertuanya sangat prihatin. Kehadiran Doktor Mia, sahabat baik Aishah telah merawat kedukaan anak-anak yang kehilangan kasih sayang itu. Demi anak-anak, mama dan ibu mertuanya meminta Aiman berkahwin dengan Doktor Mia. Dengan berat hati Aiman sekali lagi menerima pilihan mamanya.


Kisah Aiman dan Aishah kelihatan lebih mudah dan lebih manis berbanding kisah Aiman dengan Doktor Mia. Tapi mainan emosi lebih banyak dalam hubungan Aiman-Mia Khadijah. Watak anak-anak aiman banyak membantu dalam menyemarakkan suasana hiba dan menyentuh hati.


Mereka kekok untuk bersama kerana Doktor Mia lebih selesa bersama anak-anak Aiman. Mia menerima Aiman kerana Aishah tidak pernah jemu membantunya ketika dia sedang sakit malah disebabkan Aishahlah dia terus hidup pada hari ini.


Perasaan kasih kepada Doktor Mia wujud dari rasa hormat. Mia Khadijah seorang yang berdikari, bertimbang rasa dan penyabar. Aiman sendiri kagum dengan Doktor Mia yang dapat menenangkan anak-anaknya yang menangis hanya dengan satu pelukan yang penuh kasih sayang. Ketika itu Aiman tidak tahu yang jantung yang sedang berdegup di dada Doktor Mia adalah milik Aishah.


Aku suka dengan cara penulis mengakhirkan cerita bukan hanya dengan menumpukan kepada Mia Khadijah dan Muhammad Aiman, malah watak-watak sampingan di sekeliling watak-watak ini juga ada penutupnya tanpa kita tertanya-tanya apa terjadi kepada mereka. Jarang-jarang kita dapat baca pengakhiran yang disimpulkan dengan sangat baik di akhir cerita. :)


Cerita heart transplant macam ni aku penah tonton dalam cerita "Return To Me" lakonan David Duchovny dan juga cerita korea yang bertajuk "Stairways to Heaven".


sure fine whatever
rinn


blurb/alongside/sinopsis


Mama mengharapkan impiannya yang satu, memiliki menantu perempuan dan seterusnya cuc-cucu untuk segera kutunaikan. Puas berusaha, gadis idaman masih belum ditemui... payahnya untuk merasai cinta pertama. Susahnya untuk memiliki kasih sejati.


Lelah menanti, mama membuat keputusan sendiri. Pilihannya mesti dituruti. Dalam dilema, bidadari cintaku di depan mata, namun diri telah terikat dengan suatu janji... Haruskah aku membuat keputusan sendiri? Aku pasrah... segalanya terserah!


Mama... bijaknya memerhati, pandainya merasai. Adanya dia, semua dapat kumiliki... Pilihannya tepat sekali.


Namun bahtera rumah tangga mesti diuji. Tegarkah aku menghadapinya sendiri? Dengan kenangan demi kenangan yang mengulit hati? catatan diari hidup seorang lelaki bernama Muhammad Aiman... di mana kebahagiaan bersandarkan kepada PILIHAN MAMA. Bagaimanakah kesudahannya?

Friday, May 13, 2011

Review 389: Rindu Saliha by Anita Abdullah


Rindu Saliha
Penulis: Anita Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM17.00
446 mukasurat


"Nilai sebuah rasa bukan hanya sekadar memiliki jasadnya, tetapi nilai itu lebih berharga andai dapat memenangi hatinya dengan penuh keikhlasan"


sebuah buku yang penuh dengan ketenangan, tak kira la dari segi scenery yang diceritakan, cara penulisan dan jugak watak2 dalam cerita ini. Gaya bahasa yang digunakan oleh Anita Abdullah adalah sangat berhati-hati. slow but very steady, kira setiap cerita ada perkembangan la, tak der la statik jer. kalau penggemar novel melayu mesti jadikan ni sbg koleksi.


walau bagaimanapun ada sedikit kekeliruan.. cotohnya watak Firdaus Zamawi, beberapa kali nama nya macam keliru dengan nama Danial. ntah dari mana datangnya. terdapat beberapa kali muncul kekeliruan ini hingga ke akhir2 cerita pun ada jugak. mungkin penulis pada mulanya nak nama kan watak ini sbg danial tapi kemudian tukar kepada Firdaus Zamawi.


Nama Intan Nur Saliha pon ada sedikit kekeliruan dengan nama Intan Nur Ashiki Saliha. Tengku Firdaus yang ada syarikat TF ada kekeliruan dgn nama syarikat TJ mungkin salah taip jer yg tu.


Ada satu-satu scene yg diceritakan dari perspektif beberapa orang yg berbeza, kadang2 menarik, kadang2 mengelirukan.


Sure fine whatever


terbitan Kaki Novel Enterprise
Sinopsis belakang buku:


Saliha seorang gadis yang memiliki banyak keistimewaan. Dia menghadapi dugaan dalam percintaan. Namun begitu gadis ini tetap tabah dan yakin setiap kejadian ada hikmahnya. Dia lebih banyak mengadu dan berserah terhadap yang Maha Pencipta dan mempunyai prinsip tersendiri dalam hidupnya. Semakin hatinya terluka semakin hamir dirinya dengan Tuhan. Dia memperindahkan lagi dirinya dengan akhlak yang mulia sesuai dengan fitrah sebagai perempuan.


Walaupun dilukai oleh kekasih pertama yang curang ketika berjauhan darinya namun di hatinya tidak pernah berdendam dengan jejaka tersebut. Dr. Saif Hilfi dalam diam memujanya. Haikal, kekasih pertamanya masih mengharap kasihnya walaupun telah memiliki seorang gadis yang hebat. Juga, Tengku Fikri yang pada awalnya berniat jahat padanya telah bertukar menyintainya. Dia tidak pernah melatah. Malah, dia tidak pernah emosional dalam membuat keputusan. Tanpa diduganya Firdaus Zamawi anak rakan kongsi umminya di Marina Resort yang juga dianggap sebagai sahabat turut menaruh perasaan terhadapnya. Firdaus Zamani berniat untuk menjadikan Saliha sebagai isteri untuk menggantikan tempat tunangnya, Dina yang telah meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.


Dalam keresahan jiwanya, rindu Saliha tetap satu... Lelaki itu terlalu istimewa buat dirinya walaupun dugaan terpaksa ditempuhi demi memiliki cinta yang sejati... Tertunaikah harapan di hati Saliha kerana Allah telah menetapkan jodoh setiap insan yang diciptakanNYA.

Review 388: Villa Maya by Zakaria Ali


Terbitan Berita Publishing
Villa Maya by Zakaria Ali
174 muka surat
RM7.90


gaya penulisan yang serius! :) but still i can read and understand tu kira ok la :) kali pertama rasanya baca cerita dari pandangan orang ketiga. cerita ini diceritakan oleh seorang bernama Tareeq son of Mydeen. Dia menceritakan segala gala yang dilihatnya berkisar 4 orang watak utama iaitu J, Henriette, Felix Eboue dan Sharifah Fawziyah, tak ketinggalan watak jahat, Syed Nira Hitam (bapa kpd Sharifah Fawziyah)

selain dari itu penulis banyak menggunakan 'cakap pindah' daripada cakap ajuk yg biasa digunakan dalam novel.

masalah pertama adalah J, seorang doktor dari Paris (arwah bapanya duta di sana) dia mengalami masalah menyemadikan mayat bapanya terutamanya setelah berkonfilk dengan Syed Nira Hitam. And then masalah kedua ke mana nak buang kokain dan ganja yang ditemui dalam apartment yg disewanya di Villa Maya.. ditambah pulak dengan konflik hbungan Felix dan Henriette yg retak menanti belah, manakala Sharifah Fawziyah pulak ada affair ngan Felix while J makin rapat dengan Henriette. pencerita selalu serba salah biler lapan mata ni
bertembung, terus rasa panas saja kawasan keliling. Syed Nira tak suka anaknya dgn felix sbb felix tu jejaka negro. dia nak anak dia kawin ngan keturunan syed jugak.

Terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd.
sinopsis belakang buku:

"Kehadiran J menyulitkan ketiga-tiga pihak yang terperangkap dalam jaringan asmara tiga segi. Kalau tadi berdiam, kini masing-masing saling menanti siapakah akan berkata sepatah dua. Tidak sesiapa mahu memulakan. Henriette de Crecy menghala muka ke meja felix eboue yang duduk membelakanginya. Muka Sharifah Fawziah pula bertentangan dengan Henriette de Crecy. Felix Eboue duduk di tengah antara dua perempuan ini. Dan jarak antara Henriette de Crecy dan Felix Eboue selang satu Meja, di dalam ruang makan restoranku yang agak sempit tetapi terasa menjadi semakin sempit."

Villa maya: novel kedua Zakaria Ali selepas Empangan, mengisahkan suatu pertembungan budaya atau mungkin sekali penodaan tradisi.

Review 387: Ilusi Semurni Hati by Norzailina Nordin


Ilusi Semurni Hati
Penulis: Norzailina Nordin
Terbitan Berita Publishing Sdn. bhd
159 mukasurat

masa belegar-legar kat library ternampak la buku ni, yg menarik perhatian bukan kulit buku tapi nama penulisnya, Norzailina Nordin. I've read one of her books, Arca Kasih. Buku ni terbitan Berita Publishing Sdn. Bhd. back in 1995.

Rasa macam baca summary sebuah kisah cinta sahaja.. semua nya macam diringkaskan dalam satu buku setebal 159 mukasurat ini. Rasanya kalau dikupas dengan lebih terperinci mungkin kisah ini akan lebih menarik.

tergelak jugak biler tengok di hujung2 bab ada lakaran gambar2 yg bersesuaian dgn cerita.. macam komik. macam baca buku Lima Penyiasat! :)

Mengisahkan Intan Rafika seorang jurugambar bertemu dengan Haziq, seorang guru di sebuah kampung. Rafika nak amik gambar sekitar empangan berdekatan dgn rumah Haziq. kawasan tu sunyi sbb pernah menjadi crime scene pembunuhan seorang gadis yang pernah dikenali Haziq. Timbul sedikit misteri tentang haziq dan kisah itu. Rasa mcm Rafika dan haziq jatuh cinta semata2 sbb paras rupa masing2 yg menarik. kehadiran haziq semasa rafika menjalankan tugasannya di hutan berdekatan memesrakan lagi hubungan mereka tapi masing2 tak mengakui.

Tiga hari Fika meninggalkan kampung itu menjadikan mereka saling merindu dan Fika kembali setelah menolak hasrat Rudi utk meminangnya dan nekad dia lebih perlukan Haziq dan ternyata dia tak bertepuk sebelah tangan.

"Ada dua perkara yang paling penting dalam hidup Rafika kini. Pertama Haziq. Dan kedua, Haziq."

Sure fine whatever


Sinopsis belakang buku:

Tuntutan tugas sebagai jurugambar membawa Intan Rafika ke sebuah kawasan pedalaman di utara tanah air. Semasa dalam tugas, dia bertemu seorang guru bernama Haziq yang kacak tampan tetapi sombong dan terlalu tegas.

Sanggupkah dia meninggalkan buah hatinya di Kuala Lumpur demi menyahut cinta guru muda itu...?

Review 386: Terlepas Daripada Belenggu by Othman Che Chin


Terlepas Daripada Belenggu
Penulis: Othman Che Chin
Terbitan Utusan Publications
296 muka surat


buku terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. buku ni merupakan pemenang hadiah sastera Utusan Melayu-Public Bank 1999.


ni set-set cerita yang baca masa zaman2 sekolah dulu. kisah dan teladan, juga ada kisah kegigihan remaja yg patut menjadi contoh. remaja yang tak dapat lari dari rasa jatuh cinta. Ni kisah masyarakat kampung melayu yang mungkin masih berlaku di negara kita.


secara ringkas mengisahkan Razman yg sedang menunggu result STPM, masa balik ke kampung dia bertembung (literally) dgn 'N' dan menyelamatkan gadis itu dari terjatuh ke dlm sungai. Razman tinggal dgn pak longnya. Razman berjaya merancang dan membina jalan alternatif di kampungnya dgn bantuan orang2 kampung. dalam yg membantu ada juga yg cemburu dgn keupayaannya. Ada juga menyelitkan kisah lintah darat seperti Lebai Malik yang memeras wang penduduk kampung dgn memberi pinjaman kpd orang kampung yg miskin dengan menggadaikan geran2 tanah. pinjam baru rm400, sandarkan geran, kalau tak dapat bayar geran tu dapat terus kat Lebai Malik. Ramai yg menjadi mangsanya termasuk pak long Razman yg perlukan duit utk mengubat mak longnya yang sakit apendiks tapi enggan ke hospital. 'N' yg Razman jumpa tu rupa2nya anak lebai Malik yg licik tu. Razman dan Noraishah saling meluahkan perasaan tapi lebai Malik la jadi penghalang.


Bagaimana pun bila lebai malik terperangkap dlm pengedaran candu Razman membantu dan berjaya melembutkan hati lebai malik. tapi tiba2 ada orang mengupah seseorang menembak lebai malik.. jeng jeng jeng..


Razman mmg remaja gigih dan Noraisah bertuah mendpt cintanya and orang kampung siap offer lagi nanti lepas Razman habis belajar, diorang razman balik kampung dan akan dicalonkan sbg wakil rakyat di situ.


SEkejap jer baca dah abih buku nih. pembacaan mudah yg sangat sesuai utk budak2 sekolah. orang tak sekolah dah mcm den ni pon sesuai gak la :)


sure fine whatever
Rinn
tarikh entry di AlongSide @ multiply: 22 Mac 2011

Sinopsis Belakang buku:


Merdeka membawa erti songsang kepada mereka: - Kesenangan hidup dijamin oleh pemerintah! Enam tahun merdeka, rakyat di desa masih bergulat mahu bebas daripada belitan kemiskinan. Tahun 1963, negeri di utara tanah air diancam penyeludupan candu dan senjata api dari negara jiran. Kampung-kampung tetap jauh, tidak terhidu nafas pembangunan.


Razman kembali untuk bercuti dan kedaifan kerabat sendiri menyentuh sanubari inteleknya. Razman - remaja ideal yang bijak, terpelajar, matang, santun berbudi, hangat dengan bergelora cinta - berusaha menghadapi segala tantangan dan halanga untuk membebaskan seluruh warga desa agar terlepas daripada belenggu, belenggu kemunduran.

Wednesday, May 11, 2011

Review 385: 566 Hari Mencari Cinta by Ilya Abdullah



566 hari Mencari Cinta
Penulis: Ilya Abdullah
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Editor: Jabatan Editorial KNE
409 mukasurat
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21.00
9789675067709


"Kerana satu perjanjian, aku mencari cinta.
Dan kerana perjanjian itu, aku menemui cinta."


566 Hari Mencari Cinta menawarkan kelainan dalam menghayati kisah cinta seorang wanita yang mencari kemewahan semata-mata. Firdayu mungkin sama dengan kebanyakan 'villain' perempuan dalam novel-novel melayu yang palsu cintanya dan kejam hatinya. Kecantikannya dapat memikat banyak lelaki dari pelbagai lapisan kehidupan; yang miskin, yang sederhana dan yang kaya raya. Tetapi Firdayu akan mengukur tahap kekayaan seseorang yang ingin dijadikan teman lelakinya.


Cabaran nenek yang dibencinya supaya mencari suami dalam tempoh 566 hari disambut Firdayu dengan penuh bangga kerana dia dijanjikan keseluruhan harta milik nenek sekiranya berjaya mencari cinta dalam tempoh tersebut. Huzair adalah pilihan utamanya kerana dia ada semua ciri yang Firdayu cari.


Kid mengambil masa untuk menyerlah dalam kisah ini. Pada pendapat aku perwatakan Kid tidak sesuai dengan namanya ringkasnya 'Kid'. Gaya 'nerd' Kid membuat dia kurang terserlah tetapi semakin jauh pembacaan Kid semakin menyerlah sebagai seorang yang sangat penting dan berpengaruh dalam hidup Firdayu.


Hanya kaki putar belit dan si mata keranjang seperti Firdayu sahaja yang dapat memerangkap Firdayu; iaitu neneknya sendiri. Segala tipu muslihat Firdayu ada dalam koceknya. ;) Rupa-rupanya nenek Firdayu tu pun lebih kurang juga ligatnya masa muda-muda dulu. Bukan senang Firdayu nak meruntuhkan egonya untuk mengucapkan terima kasih kepada neneknya yang telah membuat dia terperangkap dalam cinta sebenar :)


sure fine whatever
rinn


blurb/rinns/sinopsis


Firdayu: "Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta!"


Kid: "Semua orang menggelarkannya 'poison ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku"


Ruzair: "Aku cuba bermain dgn 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memiliki dia"


566 hari... tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkah untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama, dicampak ke tepi.

Review 384: Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya


Panggil Aku Dahlia by Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni Publishing
Tahun 2008
RM21.00
542 mukasurat
ISBN: 978-967-5118-09-8


Sudah tentulah ni antara novel yang saya tertunggu-tunggu utk tahun 2008 ni. Akhirnya lahir juga setelah berhempas pulas di 'labour room'. Tahniah buat Kaksu :) sudah tentu peminat2 kaksu dah berpusu-pusu ke kedai2 buku utk mendapatkan hasil karya penulis kesayangan ramai ni.


Secara keseluruhan, kisah ini memang padat dan menarik. Wadi-Dahlia sentiasa hadir dalam interaksi yang segar dan memikat tumpuan pembaca. Mereka dilahirkan utk bermusuhan dan itulah yang mereka lakukan semasa di bangku sekolah. Part sarbat berudu tu memang meng'uwek'kan, haha. Ganas jugak aksi2 serangan balas Wadi-Dahlia ni masa zaman sekolah.


Setelah sekian lama Dahlia pergi, kini dia kembali. Wadi dan Dahlia sudah tidak seperti dulu lagi. Akal menjadikan mereka tidak samseng seperti dulu, tapi Dahlia sentiasa sangsi dengan kehadiran Wadi yang masih kelihatan nakal di matanya. Namun Wadi kelihatan sgt serius meluahkan perasaannya, setiap kali Dahlia cuba membuat Wadi pergi dari hidupnya, Wadi semakin menjadi sebahagian dari hidupnya. Masalahnya adakah Wadi masih membawa misi serangan terbesar ke atas Dahlia? Masih kreatif dan inovatif lagikah Dahlia utk merangka serangan balas terhadap Wadi? Dlm usia 24thn mereka adalah 'rival' dalam business teh di Cameron Highlands. Bapa Wadi mahu menguasai segala2nya, manakala bapa Dahlia akan cukup bersyukur sekiranya mereka dpt bertahan di dalam business ini.


Sedikit sebanyak kisah ini mengingatkan saya kepada Tanah Andriyana, jatuh cinta pada musuh keluarga. Tapi part yg lain tu tak derlah sama. yang ini lebih segar lebih romantis, lebih mencuit hati.


Misteri yg dibawa pergi Lorrinda Anilov Orbida membuat kita tertanya-tanya apa sebenarnya berlaku. Berjayakah seorg arkeologist (Dahlia) mengorek rahsia aib yg berkubur dalam keluarganya? Bagi yang pernah membaca karya2 kaksu sebelum ni tentunya berdebar-debar melayari kisah ini kerana adanya watak Farhan yang mungkin berjaya merebut Dahlia dari Wadi. Memang terasa evolusi perasaan seorg Dahlia yg memusuhi Wadi kepada Dahlia yang semakin menyenangi Wadi. Kehadiran Neem dan Mia Zara menyerikan lagi kisah ini.


Dlm novel ni banyak kali gak menggunakan ayat "Wadi ni la." comel! Memang byk perbuatan Wadi yg tak disangka2 membuatkan Dahlia selalu mengeluarkan kata2 "Wadi ni la".


Penerangan lukisan karya Dahlia tu membuatkan saya teringat subjek lukisan saya yang selalu dpt warna merah dulu.. yer la.. masa sketch lukisan tu nampak macam orang, biler bubuh water color semua, jadi pokok lah pulak. Memang kerastangan bab2 melukis nih.


2nd Review by Rinn

Tajuk Novel: Panggil Aku Dahlia
Penulis: Noor Suraya
Penerbit: Jemari Seni Publishing
Tahun 2008
ISBN: 978-967-5118-09-6


Ceritanya: Cerita benci jadi cinta. Musuh jadi kekasih. Memang saya suka genre yang begini. Yang paling saya suka dlm novel ni, bukan sebelah pihak menjadi mangsa dalam kisah ini. Ada sesetengah kisah, bila menceritakan genre ini, watak heroin selalu terkena dan sentiasa geram dan tertekan. Lain pulak dengan Wadi dan Dahlia. Ada saja serangan balas antara mereka. mereka seperti pahlawan ke medan perang. setiap kali menjejakkan kaki ke perkarangan sekolah, mereka hadir dengan strategi, dengan persiapan untuk serangan balas yg hebat. hehe.. mcm citer perang pulak.


Cerita ini tidak terasa kosong. Ada ilmu disisipkan mengenai sejarah arkeologi malaysia terutama di perak dan johor. Dahlia penah cuba memboring kan Wadi dengan cerita2 lama ini. owh, dan kenali jugak jenis2 teh :)


Permusuhan berpunca dari perusahaan teh yang asalnya satu menjadi dua. Datuk Ma'rof dan Megat Qais meneraju Sykt Teh Sutra dan Syarikat Teh Timor. Datuk Ma'rof mahu memiliki segalanya dari Megat Qais. Even Lorrinda, ibu Dahlia pun dia nak jugak.


Misterinya: Misteri kisah ini melibatkan kes kematian. Kematian Lorrinda, adakah bunuh diri atau dibunuh? kelihatannya dia seperti membunuh diri dengan meminum susu beracun. Dahlia menjumpai ibunya dlm keadaan yg menyayat hati. Lalu dia dihantar ke Australia utk menyambung hidup. Di sana dia menjadi lebih dewasa, menjadi seorg wanita. Misteri Lorrinda dibiarkan sepi. Dahlia juga tak merancang utk kembali, namun panggilan dari bapanya tidak dapat ditolak. Dia kembali dan misteri Lorrinda bakal dibongkar. Dahlia tahu ibunya menjadi mangsa tapi keadaannya telah disalahfaham, sehingga suami sendiri meminggirkan dirinya.


Deliverynya: hmm apa kelayakan saya utk komen cara penulisan seseorg penulis. Namun dari mata saya yang hampir kosong ilmu penulisan (tengok cara saya tulis review pun tau kan?), cara penyampaian Noor Suraya menyerap ke dalam perasaan. membuat kita rasa friendly dgn Dahlia. Bersama-sama dia menghadapi Wadi dan kehidupannya di kawasan tanah tinggi tu. Keresahan Dahlia menjadi keresahan kita.


Penulisnya: Noor Suraya? Dia tahu apa yang nak disampaikan. Teratur bahasa & ceritanya dengan luahan rasa yang membuat kita terangkap dalam ceritanya.


NOvel ini mengingatkan saya kepada: abe dan amek di kg kuala boh. ekspedisi memancing dgn abe laiyin (kitorang yg ikut dia basah dari ujung rambut sampai ujung kaki, abe layin tu ujung kain yg dia pakai jer basah). Saya juga teringatkan bunga2 di Hotel Equitorial Cameron Highlands.


Wadi Hannan - masa sekolah dia ni budak lelaki yg nakal. Dia paling suka mengacau Dahlia. Kalau Dahlia tak datang sekolah, dia jadi tak keruan. Pernah gurauannya menyebabkan gadis itu mendpt parut seumur hidup di bhg bawah wajahnya. Dia panik sehingga pernah berkata pada dirinya sekiranya tak dak orang nak kawin ngan Dahlia disebabkan parut tu, dialah yg akan menjadi lelaki yg mengahwini Dahlia. Di usia 24 tahun dia bertemu semula dengan Dahlia. Parut itu masih di situ dan Dahlia tidak berusaha utk menyembunyikannya. Namun Dahlia yg biasa2 saja tu tak payah buat apa2 utk membuat Wadi jatuh cinta padanya. Tengok Dahlia menguap pun Wadi dah jatuh cinta tergolek-golek. Sabo jer aku.


Dahlia - dia bencikan Wadi hannan yang sentiasa membuat hidupnya kucar kacir. Parut angkara Wadi dijadikan peringatan mengenai lelaki jim-alif-ha-ta tu. harta yg tergadai menjadikan Dahlia kecewa dgn diri sendiri yang tak berusaha menyelamatkan harta keluarganya. Wadi muncul dengan lamaran yg mengejutkan, dia bukan saja menawarkan diri sbg suami, malah harta dahlia yg tergadai sanggup djadikan mahar. Ikutkan hati mati, ikutkan rasa, binasa. jadi nak ikut yang mana satu? Hatinya dijentik cemburu bila terserempak Wadi dengan gadis lain. Kenapa pulak macam tu? Wadi melamar dirinya tapi masih mendampingi wanita lain. Cemburu tandanya sayang? Saya dapati Dahlia yang kembali selepas ke Australia lebih matang berbanding Dahlia zaman sekolah yang cepat melenting. Dia seorg yg pemaaf dan sanggup melupakan, mengabaikan kenangan lalu kerana lebih mementingkan masa hadapan. Ciri ini dalam Dahlia menjadikan Wadi seorg yang bernasib baik di dalam cinta namun ada syarat Dahlia yg wajib Wadi penuhi.


Farhan, Neem, Mia Zara, King Shah - watak-watak sampingan yang menyeri dan memantapkan lagi kisah ini. Ibu Farhan berkenan kat Dahlia. Neem dihantar bersama Farhan dgn misi utk menyatukan Dahlia dan Farhan. Namun hati mereka telah dicuri oleh org lain. Lagipun Neem lebih sibuk memasak daripada menjalankan amanat ibunya. Mia Zara adalah partner in crime si Dahlia, manakala King Shah pulak perancang strategi Wadi. Tak sangka la pulak Shah Botak bekenan kat Neem! :)


Cameron highlands menjadi medan 'pertempuran' mereka. Namun pertemuan kali ini semakin hari semakin mendamaikan. Mereka mungkin menjadi pelerai permusuhan yg diwarisi turun temurun. Namun bapa Wadi makin tamak. Dia tak mahu keluarga Dahlia survive di Cameron Highlands. Malah dia tak kisah sekiranya Wadi mengahwini Dahlia utk mengikis harta bendanya. Idea kahwin tu memang Wadi suka, tapi bab kikis tu, dia ada agenda tersendiri. Dia mahu mengahwinkan Teh Timor dan Teh Sutra dlm ikatan abadi. Dia takkan biarkan Dahlia sengsara. Ibunya kesiankan gadis sebaik Dahlia menjadi mangsa Wadi. Dia suka Dahlia jadi menantunya tapi dia tak mahu Dahlia menjadi mangsa Wadi yg terkenal dgn romeonya. Sejuk hatinya melihat keikhlasan Dahlia melayan bapanya. dia mahu anak yg seperti itu dan dia tak pernah mendapat semua itu dari Wadi.


sure fine whatever
Rinn



sinopsis belakang buku:


“Ayah diserang strok, Dahlia! Ayah tiba-tiba jadi teringat padamu. Kamu tu cekal macam Opah Orkid!” puji ayah tiba-tiba.


Padahal dulu, bukankah aku telah disuruh pergi? Bukankah selepas peristiwa menyayat hati itu, aku bagaikan sudah menjadi anak perempuan orang lain, ayah?


Itulah asalnya kenapa Dahlia, pembantu kurator di Muzium Orang Asli Canberra pulang ke Malaysia. Dahlia sang archaeologist yang tidak tahu apa-apa tentang kebun teh, dan tidak ingin ambil tahu apa-apa tentang teh itu terpaksa berdepan dengan Teh Timor yang sudah menambun masalahnya!


Keadaan kian kusut pabila dia bertemu semula dengan si licik Wadi. Musuh tradisinya itu sanggup buat apa sahaja untuk merampas kebun Teh Timor demi memperluas ladang Teh Sutra miliknya.


Lalu apa pula muslihat Wadi? Tatkala tiba-tiba sahaja dia sanggup menyerahkan ladang teh miliknya sebagai mahar? Perlukah Dahlia menerima dia, demi mendapatkan kembali tanah milik datuk ayahnya?


Novel kelapan NOOR SURAYA mengajak anda membantu Putri Dahlia Megat Qais menguruskan Syarikat Teh Timor di Tanah Rata. Silalah nasihati dia, yakinilah dia bahawa tawaran Wadi Hannan itu cumalah satu pesona, dan usahlah terpesona!