Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, May 5, 2011

Review 355: Sesuci Cinta by Aina Emir


oho Behzad! :)

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sesuci Cinta by Aina Emir
RM 17.00
496 muka surat


"wajahmu... mengapa ada di mana saja?"


Ni 2nd book tulisan aina emir yg i've read. i like this one better compared to setulus kasih. dalam buku ni penulis banyak menceritakan dengan terperinci pakaian yg dipakai oleh watak utama iaitu nuraina.. kadang2 mcm boleh digambarkan dengan jelas. lokasi2 pon digambar kan jugak dalam babak2 menjadikan nya lebih panjang tapi tak lah se vivid gambaran pakaian nuraina.


kisah nuraina pelajar sekolah agama yg masa sekolahnya ber cinta dengan Armand, tanpa diketahui armand, mak dia pi warning nuraina jgn rapat lagi dengan anaknya. Nuraina menghilangkan diri dan dpt lanjut pelajaran dlm bidang fesyen di london. Setelah lama solo, dia bertemu behzad yg hensem giler yg memang giler kat dia. nuraina pandai bertutur tiga bahasa dengan lancar, melayu, arab, english. semasa bercuti di spain, dia bertemu semula dengan Armand. then berkisar sekitar siapa yang aina pilih. bila dah pilih mula berteka teki betulkah pilihan yang dia buat. penulis mcm mempunyai banyak pengalaman di luar negara dan dikongsi dengan baik dalam buku ni.


I'm sure ramai kaki buku menjadikan buku ini their favourites.


sure fine whatever



sinopsis belakang buku:


Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.


Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.


Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.


Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.


Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?

No comments:

Post a Comment