Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, January 31, 2010

Karangkraf: Promo Poster & Magazine






Novel Baru di Pasaran :)


Tajuk : 143
Penulis : Pingu Toha
Terbitan : Jemari Seni
Harga : RM20 (Sem) & RM 23 (S&S)
Tarikh Terbit : 5 Feb 2010




Berapa lama untuk kita jatuh cinta?

Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?

Berapa lama untuk kita kenal cinta?

Perlukah empat bulan?

Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...

dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?

Dan ini cerita tentang...

The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.

The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.


Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.


1

Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa

Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.


4

Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Kéri.


3

Ke masa depan, dalam tiga hari…

Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.

* * *

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya


--------------------



boleh dapat di karnival karang kraf ;)

Aku Mahu Kamu
Penulis Aleya Aneesa
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
500 mukasurat
isbn: 9789831245064
RM19.90
Sabah Sarawak: RM22.90


"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."


sinopsis/Blurb:


Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.


Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.


Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.


------------------
ni novel yg menggantikan Cinta Si Kucing Parsi dlm trinovel alaf.




Salju Cinta
Penulis:Nuriz Aida
Terbitan Alaf 21
Cetakan pertama 2010


"Hangatnya kasihmu membawaku jauh ke dalam mimpimu

sinopsis/blurb


Bagi Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan. Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yg penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yg tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.


Kemunculan Ilyana yang sarat dgn rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, dia sanggup lakukan apa sahaja walaupun terbaksa korbankan nyawa.


Fauzan lelaki durjana yg telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yg dimiliki dijadikan umpan utk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yg cantik dan jelita dtg menagih kasihnya, hanya Ilyana yg ingin diburu.


Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendiri meladeni kesedihan ini!


"Biar jarak dan masa jadi halangan, jia ada jodoh..."

Wednesday, January 27, 2010

Mini Novela Terbaru Fajar Pakeer



Sudi Jadi Cintaku
Mini Novela Fajar Pakeer
Penulis: Marwati Wahab (a.k.a Aleya Aneesa)
Terbitan fajar Pakeer


Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yang tinggal untuknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yang Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sayangnya kepada Farihah hanya sayang sebagai sahabat.



Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yang merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas, saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith kian sedar yang dia mahukan Farihah untuk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!



Tapi Farihah... Adakah masih mengharapkannya?

------------------------------------------------


Aku Punya cinta
Penulis: Dinaz Salsabila
Penerbit Fajar Pakeer
Mini Novela Fajar Pakeer


Nabihah, impiannya mahu memajukan diri dan keluarga. Namun, nasib tidak menyebelahi hanya kerana opahnya. Pinangan Roslan terpaksa diterima walaupun dia punya cinta sendiri. Reda dengan segala kehendak, doa tidak pernah terputus agar dua keping hati dicantum dan tidak jemu dia menunggu kepulangan Roslan.


Roslan, sukanya kepada Nabihah semenjak mereka kecil lagi. Namun setelah melangkah ke luar, dunia sekangkang keranya, dia mula berubah. Hatinya mula ditambat seseorang. Bagaimana dengan Nabihah?


Iman Hasbullah, dia sentiasa bersama Nabihah. Sentiasa menyejukkan hati itu ketika panas dan sentiasa menemani di kala sepi. Rasa senang bersama gadis itu tidak dapat digambarkan. Namun, hanya kerana satu perkara, dia harus berundur. Masa berlalu namun suara hatinya tetap tidak berubah, malah tidak mampu diubah lagi.

Friday, January 22, 2010

Review 64: Jaja & Din by Noor Suraya


Jaja & Din
Penulis: Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118272
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
482 mukasurat


Antara novel yg dinobatkan sebagai cerita terbest 2009! Tapi aku dah masuk 2010 barulah baca. huhu... Aku tengok kat entry kengkawan, ramai jugak yg mengangkat cerita ini di ranking yg atas2 dlm senarai top 10 diorang. Memang patut pun!


Ada la budak2 muda aku rekemen baca buku ni, biler tengok blurb ada sebut 'ustaz', respond dia "ala... citer ustaz ke?" Hmm never judge a book until you read it to the last sentence.


Di awal cerita kisah ini saya rasakan agak lambat dan walaupun penuh dengan 'teaser' yg ditaburkan si Jaja di sepanjang ceritanya. Aduih, saja jer nak buat org rimas menunggu dia bercerita sampai habis. huhu... terserlah kenakalan Jaja dalam cara dia bercerita begitu. apa2pun penghujung cerita menjadikan keseluruhan cerita menjadi indah dan menarik walaupun air mata sedang bercucuran. huhu... Tangkap nangis la ujung2 tu.


Jaja ni sbenarnya jatuh cinta pandang pertama dgn Ustaz Din. Menarik betul cara Jaja menyiasat latar belakang Din hanya dengan bantuan sekeping gambar iklan. Walaupun makan tahun jugaklah dia nak jumpa Din tu, dia tetap tak berputus asa, sehingga dia sanggup meminta emak, ayah dan uncle Aqmarnya utk pinangkan Din utk dia. Apa jadi kalau anak perempuan org kaya meminang ustaz sekolah agama yg nekad mahu hidup secara sgt sederhana dan sanggup pergi berjuang fi-sabilillah hingga ke Afghanistan demi kerana ALLAH? Tersentuh aku part Jaja terfikir walaupun dia sudah lama melupakan ALLAH tapi ALLAh tak pernah melupakan dia. Tak rugi menatap setiap muka surat naskhah ini. Noor Suraya membawa kita menatap kisah ria seorang Jaja, hiba, penuh emosi dan menangis bersama-samanya. Betullah! Kenali Jaja dan pasti anda akan mengenali Din (nota dari Kaksu yg interfrem sepanjang citer Jaja & Din nih).


Tergelak aku masa Jaja suarakan hasrat hati kat parents dia nak pinang Din tu, dia siap pakai pantun lagi kalau mak ayah dia takmo pinangkan:
Tanam pinang rapat-rapat
biar mudah puyuh berlari
kalau kupinang pinang tak dapat
kupujuk pujuk ku bawak lari.
(Jaja nak bawak lari Din gi kawin kat Siam)


Sejujurnya, saya lebih suka tajuk asalnya, "Jaja Menantu Che Pa" walaupun Che Pa tak der la dialog sgt dlm citer nih. hehe.


Blurb yg ada soalan ala-ala SPM tu menarik la... tapi mcm khususkan cerita utk perempuan lah pulak sbb ayatnya kan "Sekiranya ANDA tiba2 bertemu LELAKI yg membuat jantung anda...."


Part Jaja qada solat lama2 tu buat aku teringat masa muda2 dulu, aku pun sibuk qada solat mcm tu jugak. siap buat jadual ikut waktu semayang. mana yg dah qada siap pangkah. Tapi yg paling byk qada semayang subuh ngan maghrib. haha! taubat! tapi ngelat!


Kalau pengaruh citer ni kuat, nanti ramai la perempuan2 gi minang lelaki yg dia bekenan. ;)


sinopsis/blurb:


Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dgn lelaki yg membuat jantung anda berlari setara dgn kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tidak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda?


A. katakan: lupakan sahaja, itu hanya logamaya
B. rahsiakan perasaan anda dlm diari merah jambu
C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia
D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar.


Jaja telah memilik jawapan C


cinta telah membuat aku tidak lut lagi dgn segala 'peraturan hati' yg selama ini aku junjung!

Implikasinya:
"Alahai anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu!"
"Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja?"


Inilah cerita Jaja yg meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sbg suami. Tegarkah Jaja seorg media planner memilih hidup ala-ala 'zuhud' macam Din nanti?


rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana sini tanpa perlu berhenti di mana-mana 'lampu isyarat'...

Novel Baru Alaf, PTS, & Buku Prima



Punya Cinta Ramadhan
Penulis: Ibnu Ahmad al Kurauwi
Penerbit: PTS


Pada setiap yang berlaku, Tuhan ada sebabnya. Pada setiap sebab yang manusia fahami, Tuhan ada hikmahnya. Itu kisah yang terpapar dalam novel ini, sebuah novel yang sarat dengan makna sederhana, perjuangan dan pengorbanan.

Bermula kisahnya pada saat Ramadan, lelaki sederhana yang masih basah matanya dengan kematian ayahnya, dijemput ke kota bagi menjadi imam di sebuah surau yang lesu.

-----------

----------


Tajuk : 86,400 Detik
Penulis : Dyza Ainun
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
isbn: 9789675489129
Tarikh terbit : 31 January 2010


"Detik tidak pernah menipu. Ia adalah suara benar yang sentiasa berbicara di lurah hati kita. Biarlah detik terus berdetik bersama relung2 ingatan yg tak mungkin hilang dari maya. Sehingga tiba untuk ia berhenti berdetik."




Benarlah malam Pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bantal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaannya. Pelamin, sekadar menjadi replika untuk tatapan tetamu
-Irna Muliati


Bencinya aku pada semua lelaki. Namun, wajah doktor muda itu menjenguk di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dengan kebencian terhadap seorang lelaki yang telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara?
-Najwa Raihana-


Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dengan impian untuk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walau saya tahu, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan ditelan kegelapan
-Doktor Ezani-


Kau apa ada? Anak seorang pekebun? Tergila-gilakan Syad,konon! Hey, Yana lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dengan anak datuk tersohor macam Engku Irsyad tu!
-Syakilla-
-------------
Aku ingin berkongsi segalanya bersama sesiapa sahaja yg mungkin meminati buah karyaku. Ingin menjuadahi mereka dgn kepuasan, ketenangan, kebahagiaan malah apa saja. Biar bibir mereka bisa tersenyum, mata mereka bisa meniti atas setiap kalam yg kucatatkan dan hati mereka puas menghayati setiap baris ucapanku. Kalau aku mampu memperhebatkan setiap karyaku, hanya Allah saja yg bisa membimbing dan mengatur aku utk melangkah lebih hebat lagi. Insya-Allah...~Dyza Ainun~
----------
-----------




Seindah Sakura
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liza Zahira


Sinopsis: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.
Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...
---------------


--------------


Cinta Si Kucing Parsi
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Marwilis Hj Yusof

Sinopsis: MENEMPUHI alam perkahwinan menjadi impian setiap insan. Tidak kira sama ada teruna, dara, duda ataupun janda. Begitulah halnya dengan Pak Johari. Selaku bomoh jodoh yang terhebat, khidmatnya sering mendapat perhatian ramai. Biarpun dia boleh memilih di antara wanita yang datang berubat dengannya untuk dijadikan pengganti arwah isterinya, namun dia sama sekali tidak berbuat demikian. Sedangkan ramai yang datang mendapatkan khidmatnya kini bergelar ‘kucing Parsi’. Istilah yang merujuk kepada pengantin baru yang saling membelai dan dibelai.

Pada masa yang sama, penduduk kampung dikecohkan dengan kepulangan Leha, janda muda yang dahulunya menjadi kekasih seorang pemuda kampung bernama Jali. Sejak kepulangan Leha, Jali tidak sekalipun mengendahkannya. Terhina dengan sikap dingin Jali, Leha membuat percaturan untuk bernikah dengan orang lain. Namun, takdir tidak menyebelahinya.
Atas rasa bertanggungjawab kerana tidak memberitahu yang pilihan Leha iaitu Imam Dahlan sebenarnya telah mempunyai orang lain, Pak Johari cuba melamar Leha. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Ada juga yang cuba memiliki Leha dan melaga-lagakan Pak Johari dengan Jali. Biarpun akhirnya Leha berjaya disunting, persoalannya siapakah yang berjaya menjadi ‘kucing Parsi’ Leha? Adakah Pak Johari ataupun Jali?

-------------


Dia Di Hati
Harga: RM16.00
Halaman: 448
Penulis : Hasreeyati Ramli

Sinopsis: HARLINA seorang gadis yang tegas ketika bekerja. Bagaimana pun, sejak Ryan Iskandar mengetuai syarikat tempat dia bertugas, Harlina sering dibuli. Lama-kelamaan, lelaki itu mula jatuh cinta setelah mengenali hati budi Harlina. Namun, gadis itu bagaikan mawar berduri. Cantik dipandang, tetapi sukar didekati. Cinta yang mekar di hati Ryan Iskandar hanya dipandang sepi.

Kehadiran Eddie Firhan telah menawan hati Harlina yang sekeras kerikil. Belaian cinta lelaki itu menyebabkan dia rasa sangat dihargai. Tanpa disedarinya, Eddie Firhan mempunyai muslihat tertentu.

Ryan Iskandar yang mengetahui tentang kejahatan lelaki itu bertindak menyelamatkan Harlina. Dia sanggup menggadai nyawa demi Harlina biarpun huluran cintanya tidak disambut.

Thursday, January 21, 2010

PTS: Karnival Buku & ICT Kedah



macam tak percaya jer aku tengok promo ni kat website PTS. Diorang buat Karnival buku kat KULIM!!! Huhu.. apa lagi Fai, jom seraaaaaaaang. haha... Rasa mcm nak balik kampung lah! la la la la...


Karnival Buku & ICT Kedah
Tarikh: 3 Feb - 7 Feb 2010
Masa: 10.30 a.m - 8.30pm
Tempat: DEWAN BANDARAN KULIM
(Tepi Stesen Bas Kulim)

Diskaun Hebat Sehingga 70%

(dari website PTS)


PTS juga ada menyiarkan promo utk jualan buku pts secara online di www.bookcafe.com.my yang menawarkan diskaun hingga 25%. tinggi tuuuuu diskaun dia.. so sapa2 yang berminat beli buku baru pada harga murah, jgn lupa ke bookcafe ya?

Review 63: Bila Sena Kembali Berbunga by Amaruszati Noor Rahim







Bila Sena Kembali Berbunga
Penulis : Amaruszati Noor Rahim
Cetakan ketujuh: 2004
Terbitan: Creative Enterprise
RM15.90
isbn: 9838932086
288 mukasurat


"Biar mereka menikmati keindahannya"
"Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebuah impian utk melihat sena kembali berbunga..."
"Aku cuba membahagiakan semua org api aku tak mahu org lain bahagia di atas penderitaanku"


Cerita ini ada mengingatkan aku pada novel kompilasi penulis ini yg pernah aku baca. Masa mula2 sajalah. Yang lain tu tak der la sama. Antara buku lama yg paling ramai rekemen suruh baca. Aku ingat ka sad ending sbb ada sambungan. Selepas dpt beli buku 2nd part, barulah aku baca novel ni :)


WAtak Datin Salmah tu memang watak klasik mak-mak yg cari menantu ntah hapa2 utk anak dia. Datin Salmah jelas hanya memandang harta dan darjat sehingga si Ay yang seksi giler dan suka berkawan dgn mcm2 lelaki tu yg dia pilih utk dijadikan menantu. Zek tolak mentah2 kerana sejak zaman sekolah lagi dia berkenan sangat dengan Fika yg baginya jauh lebih layak menjadi isterinya. Memang sebu rasanya biler berhadapan dgn Datin Salmah yg pandai melawan kata. Memang terkelu lidah. Dia akan buat apa yg dia nak sampai Zek ditunangkan jugak walaupun jelas menolak. Rasanya kalau Zek buat stail ustaz2 ajak dia jemaah masa tengah shooting mesti Ay tu lari bersepah tinggalkan dia. hehe.


Fika tak mahu meletakkan harapan tinggi pada Zek yg menjadi harapan dlm keluarganya yg kaya berbanding dirinya yg miskin harta. Tetapi rasa hatinya tidak dapat ditolak kerana dia sudah lama jatuh hati pada Zek. Masa dan jarak yg memisahkan mereka tidak dapat melusuhkan perasaan masing2. huhu... memang kes chenta sejati lah ni.


Jaafar dan Amir cuba menyunting Fika tetapi Fika ada sebab2 sendiri utk menolak kedua2 lelaki tersebut. Diorang tu perangai macam org zaman batu. Belajar tinggi2 tapi tidak penyabar. Suka mengongkong dan bongkak. Memang patut pun Fika reject. Belum dpt lagi amik fika jadi bini, dah nampak perangai tak elok. Lepas tu marah2 pulak biler kena reject. apa ra...


Zek nekad memasang perangkap utk membuka tembelang Ay kerana tak mahu kawin. Akhirnya perangai buruk Ay terserlah biler kena tangkap basah, siap ada reporter lagi. Memang malu habis la. Masa tu barulah Datin Salmah sedar dan segan pulak dengan Fika. Kenalah Zek menjejak Fika hingga ke bawah pohon sena utk memujuk hati sang kekasih... huhu... asyik!


tak sabar nak baca 2nd book. Macam tebai jer... aduih...


sinopsis/blurb


Bersama sena yg masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dlm pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan, merealisasikan sebia impian utk melihat sena kembali berbunga...

Tuesday, January 19, 2010

Review 62: Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad

ni adalah part 1 untuk citer vamphra yg aku dah post tadi.
aku baca buku ni sekitar Jun 2009 kalau tak silap. ni review nya yg aku penah post :)





Rahsia Agenda Alam Hitam: Kelahiran Mufrad by Zehann Ur Rakhie
Terbitan Pekan Ilmu Publications
Cetakan Pertama 2005


Aku lambatnya nak start enjin baca novel ni.. hehe sbb aku ni takut sikit citer2 seram.. tambah2 pulak covernya Ya Allah mcm dok tengok ja muka aku... lagi la aku seram. aku ni dah la jenis baca then suka jugak belek2 cover depan. Surprisingly aku baca tak bleh stop la.. haha.. Intersting juga cara penulis menceritakan kisah Raja Bersiung yg dlm pelarian lalu membuat perjanjian dgn jin ifrit dan menjadi raja alam hitam.


Kisah ni banyak berkisar keturunan Raja Bersiung, Mas Gurana yg boleh bertukar jadi harimau jadian memburu mangsanya utk mencapai tiwikarma. Dia terpikat dgn Sari yang mempunyai ciri2 wanita yg akan memanjangkan lagi keturunannya. Kampung kat tempat Sari tu turut dilanda musibah kehadiran manusia berkepala anjing yang memburu 44 anak2 dara utk melengkapkan misi menjadi muda perkasa selama2nya. teringat la pulak citer sumpahan orang minyak..


Sari turut menjadi sasaran tapi Mas Gurana menyelamatkannya utk dirinya sendiri. Sari diculik dan dia mahu Sari menyerah diri dgn rela. Demi menyelamatkan kampungnya Sari terpaksa bersetuju tapi Mas Gurana seperti menunggu masa datang bulannya utk memastikan anak yg lahir nanti sempurna sbg keturunan Raja Alam Hitam. Sari dpt menghidu hasrat Mas Gurana lalu mengaburi deria bau Mas Gurana dgn bau-bauan yg kuat. Sari hanya diselamatkan setelah segala2nya terlambat. Mas Gurana pula dibunuh keturunannya sendiri, Juan Kilaninta, yg mahu mengambil alih takhta manakala Sari melahirkan anak Mas Gurana, bernama Massurya Syah. Hampir lengkaplah ramalan bahawa akan lahir keturunan Raja Bersiung yang akan menjadi penentang Alam Hitam. errr Sari tu ada keturunan Hindi... so Massurya syah tu ada keturunan hindustan jugak la ek? hehe..


Paling tak sangka aku betul2 tersentuh part Massurya Syah diazankan dan kematian Sari. Start dari situlah aku rasa citer ni sangat2 sangat menarik tapi, masa tu dah nak abis lah pulak. Kena baca 2nd book lah. hehe


Kisah ini berakhir dengan mulanya perjalanan anak muda bernama Massurya Syah. silap banyak la Juan Kilaninta tu tak bunuh Massurya Syah awal2 sbb tengok budak tu mcm set budak lembik tak melawan. Ada gak hantu lam citer ni.. Melor tu lepas mati jadi hantu lah pulok... aduih.. sereeeeeeeeeeemmm..


Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi baca la sendiri baru thrill habisss...


sure fine whatever
rinn




Sinopsis belakang buku:

Tengah malam akhir kurun ke 15, sebuah kapal dari tanah Jawa telah masuk berlabuh di pelabuhan negeri Kedah. Dari kapal itu muncul sesusuk tubuh lelaki yg melompat tinggi dan mendarat kemas di jeti. Tiada siapa pun yg menyedari kehadiran lelaki itu dan malapetaka yg dibawanya.


Di tengah istana legap dia berdiri, menyeru rintih dunia yg sepi. tiada insan yg sanggup lagi... berpaling diri yg terus merugi, serta dendam yg berapi api.


"Oleh itu anak2ku, curilah dia satu demi satu akan wajah yg tertipu, helahnya terselindung dibalik waktu, dunia samar jadi saksiku."
-Lembaran dari Kitab Hitam


"Kita tidak akan selamanya kalah dan mereka tidak akan selamanya menang."
- Laksamana


RM25.90
isbn: 9789832567738
653 mukasurat

Review 61: Rahsia Agenda Alam Hitam II: Vamprha



Rahsia Agenda Alam Hitam II: Vamprha
Penulis: Zehann ur Rakhie
Cetakan Pertama: 2008
isbn: 9789675106354
595 mukasurat
Terbitan Pekan Ilmu Publications


Kalau dalam part 1 dulu kita menunggu saat kelahiran Massurya yg dari keturunan Alam Hitam tetapi beliaulah yg diramal bakal menjadi pemusnah kuasa besar itu. SEbelum baca buku ni make sure korang baca 1st part dulu. Memang best.


Dalam sambungan ni, first part tu terasa mcm baca buku translate lah sbb banyak menyebut nama tempat dan nama watak2 inggeris.


kisah ini membawa kita mengikuti Pengembaraan Massurya ke Eropah dan Tanah India, demi menjejak dan menghapuskan kuasa alam hitam. Jenis pengembaraan yg putting together missing pieces, penuh dengan halangan yg melangkau imaginasi.


satu2nya part sayu adalah cerita Rappu tentang Kiram dan rusanya. huhu... nangis beb.


Part lakonan yang menjadi pembunuhan betul tu mengingatkan aku pada cerita "Interview With The Vampire". Lepas scene tu aku terus tak tengok citer tu sampai habis, sebab memang ngeri dan geli.


Bagi yg meminati kisah2 mistik dan fantasi tentu tak susah nak menggambarkan pengembaraan klasik ini. Terasa macam menonton wayang pun ada jugak.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Pencarian Massurya Syah telah membawa dirinya mengembara ke benua-benua asing. Dia mengharungi peristiwa-peristiwa aneh dan berhadapan dengan ancaman yang tak putus. Kembara telah melangkaui sempadan antara realiti dan alam tersembunyi.


Wahai saudaraku ketahuilah, pemegang rahsia ke7 itu tertakluk pada prilaku. apabila kuasa dan ilmu menyatu, hanya iman jadi penentu, antara Dia dan aku, antara Khalik dan dewa palsu. Empunya diri akan mengenal urusannya akan yg hak pulang ke asal bagai roh kembali ke Sang Penciptanya.


"Kesamaran yg paling nyata adalah pandangan ke permukaan semata. Kita tidak akan mengetahuinya secara pasti sehingga kita terjun ke dalamnya danmenyelam ke dasar lubuk" - Massurya Syah

Februari ini: Wasilah Cinta Weera


Tajuk: Wasilah Cinta Weera
Penulis: Rose Harissa
RM 20 / RM 23 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-70-9,
Tarikh Terbit: 15 February 2010


Sebuah kisah yang sarat makna kasih sayang sesama manusia. Ia menawarkan keharuan ikhlasnya perhubungan antara Weera dan Ray, dua sahabat yang disalah erti hubungan hanya kerana mereka lelaki. Namun pada mereka setiap manusia boleh berbicara soal keteguhan hati, kasih dan keikhlasan asalkan ia kerana Allah.


Ujian Tuhan akhirnya menyentuh Weera. Fitnah tidak malu-malu menghambur namun Weera tetap teguh kerana dia percaya ujian mendatangkan kebahagian untuk sesiapa yang mengertikannya.

Pengertiannya, menitis lembut pada kata Wasilah Cinta Weera.

Sunday, January 17, 2010

Kasih Antara Kita by Norisah A. Bakar



Kasih Antara Kita
Penulis: Norisah A. Bakar
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2008
584 mukasurat
isbn: 9789838938845
RM26.90


"Cinta datang tanpa disedari, perasaan cinta itu sukar utk digambarkan"


Bagi yg mengikuti karya-karya Norisah A. Bakar tentu tak ketinggalan memiliki novel Kasih Antara Kita ni. Sedikit sebanyak memberi kita peluang menjengok kisah hidup di Singapura.


Kisah manis yang mampu membuat kita tersenyum. Kisah ini adalah tentang Nur Asyikin yg menyintai Zulkarnain tetapi zulkarnain seperti tidak mahu ada ikatan perasaan antara mereka. Dia menjauhi Syikin dan pergi ke luar negara. Syikin faham dengan isyarat2 Zulkarnain, dia membuang segala perasaan yg pernah ada untuk Zulkarnain.


Zulkarnain mula menyimpan rindu buat Syikin dan mula menyulam kasih dengan Syikin tetapi Syikin sudah tidak menghiraukan dirinya. Syikin kelihatan lebih terpaut dengan Ahmad Zakuan! siapa Ahmad Zakuan? Doktor? Majistret? Lawyer? Well, dia cleaner kat pejabat Syikin. Perhatian Ahmad Zakuan kepada seorang remaja yg penah rosak perangainya sedikit sebanyak menaikkan daya penarik Ahmad Zakuan di mata Syikin. Syikin tidak dapat menolak perasaannya kepada lelaki itu. Namun hati ibu patut dijaga. AWal-awal lagi mak dia dah warning supaya jgn berkawan dgn Ahmad Zakuan kerana bimbang persahabatan akan bertukar menjadi kasih sayang. Jika anak2nya yg lain berjaya dijodohkan dengan lelaki berharta, Syikin juga mesti mendapat jodoh yg setaraf.


Kesian Syikin. Musibah yg menimpa tambah2 selepas kematian ayahnya menjadikan ibunya tertekan dan bantuan Ahmad Zakuan sekeluarga membuka mata ibu Syikin.


Kisah Nur Suhaila, Nur Suraya dan Nur Amira menambah variasi kepada kisah ini tapi saya paling tertunggu-tunggu nasib Ahmad Zakuan dan Syikin lah ;) Syikin dituduh awek yg syok kat Ahmad Zakuan kerana hartanya membuatkan Syikin tertanya-tanya, siapa Ahmad Zakuan yg selalu bawak van cleaner tu sebenarnya.


Watak Mohsin memberi impak yg tersendiri walaupun pada awalnya seperti tempelan yg menyakitkan mata saja. Tapi biler tengok overall, Mohsin ni baik sangat cuma nasib berbisness tk menyebelahi dirinya dan memang pun sikapnya meletakkan isteri dan anaknya dlm bahaya.




sinopsis/blurb:


Perasaan cinta bukan rasa mutlak yang boleh membawa ke mahligai perkahwinan. Nur Asyikin punya hati terhadap Zulkarnain. Namun cinta mulis yang diidamkan oleh Nur Asyikin ditolak oleh jejaka itu. Tetapi selepas berjauhan dan tinggal di Australia, rasa menyesal dan cinta mula berputik di hati Zulkarnain. Timbul perasaan untuk mengait benih-benih cinta yang telah diabaikannya selama ini. apakah daya, hembusan angin yg lembut tidak dapat menyampaikan hatinya itu. Cinta dan hasrat hati Zulkarnain terkubur jauh kerana jarak antara benua yg telah memisahkannya. Nur Asyikin pula berdepan dgn pelbagai dugaan hati dan juga kehidupannya seharian. Bagaimanapun, roh cinta kemudiannya hadir dalam dirinya.


Ahmad Zakuan lelaki yg kurang dipandang ramai kerana statusnya hadir dlm hidup Nur Asyikin. Sayangnya, pelbagai dilema timbul menghalang penyatuan hati antara mereka berdua. Ahmad Zakuan cuba melamar Nur Asyikin. Cuma mampukah dirinya diterima oleh gadis yg menjadi dambaannya itu? Hanya jodoh, keadaan dan kekuatan cinta antara mereka yg mampu menyatukan kedua-duanya di jenjang pelamin. Doakanlah penyatuan mereka itu.

Review 60: Percayalah... by Ruby Hazri


Disebabkan baru review Percayalah... Akhirnya, ni aku postkan review Percayalah yang pernah aku post sekitar tahun 2007 kalau tak silap. :) Memang cerita yg aku tak sangka yang aku akan suka sangat-sangat ;)


Percayalah... by Ruby Hazri
Terbitan Jemari Seni

Ada beberapa suara dan emails yg mencadangkan saya baca buku ni, so
tak pikir panjang saya pun beli la... perghh memang tak rugi.. cara
penceritaan satu persatu oleh Ruby Hazry menjadikan kita akrab dgn
watak2 dalam buku ni. citer berentak sentimental jiwang mcm ni memang
ralit la bila baca.. disulam pulak dgn pantun2 jiwang.. aduih..
membuai kalbu betul! sabar menanti sambungan nya :)

mengisahkan cinta terpendam antara Danial dan Atiqah. Mereka dari
latar yg berbeza tapi cinta menyatukan mereka. Danial hidup dalam
kesesatan agama, manakala Atiqah menjadi petunjuk ke jalan yg benar.
salah sangka dan kurang komunikasi menjadikan mereka jauh, tapi kalau
dah jodoh tidak ke mana. Ruby hazry managed to make this a sweet love
story :)

pengalaman di Jerman byk dikongsi di sini dn juga kelihatannya
(betulla yam) Ruby Hazry berpengalaman bekerja di jabatan kerajaan,
den pon orang gomen jugak! :) lepas baca buku ni baru saya jengah blog
ruby hazry, siap ada gambar2 lagi di mana scene2 dalam buku ini
berlaku.. sgt2 membantu kita menghayati kisah ini.

sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:

Mana mungkin lagi untuk ombak perasaan ini mampu menghempas pantai
hatimu, Atiqah... kalau sudah ada benteng di situ?
~ Danial Wolfgang

Mengapa Danial, kau tetap tidak pernah jemu-jemu memerhati kamar
hatiku ini dalam remang-remang cahaya lampu oren itu?
~ Nur Atiqah

Perjalanan hidupnya tidak seindah yang diharapkan. Dia hilang kasih
dan terpinggir dari sayang seorang ayah. Dia lupa akan jati dirinya
sebagai Danial wolfgang. Dia rasa terpenjara dalam kehidupan
ciptaannya sehinggalah dia bertemu... Nurnya.

Nur Atiqah, gadis melayu yg hadir di tengah-tengah kelompok budaya yg
berbeza. Datang dengan harapan utk melunaskan satu cita-cita. Namun
tanpa disedari dia juga tidak boleh menolak sebuah perasaan yg hadir
dalam diam.

Stuttgart... di situ hati mereka ditemukan; pada saat putih salji yang
jatuh menjadi saksi. Namun, rasa yang bertunas itu tersimpan
dalam-dalam. Benarkah daun-daun mapel belum berhenti berguguran?

Masihkah ada waktu untuk mereka merasai hadirnya musim bunga?
Sedangkan mereka masih jua menyendiri dan membawa jauh-jauh satu rasa
itu. Duka lara tiba lebih awal sebelum segalanya terjadi. mampukah
badai meleraikan pautan hati seteguh gunung salju itu? Mungkinkah,
kisah mereka bagaikan sungai-sungai yang pasti bersatu di muara?

RM21.00
590 mukasurat

Review 59: Percayalah... Akhirnya



Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan: Jemari Seni Publishing
isbn: 9789675118234
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
626 mukasurat


Dah lama aku habis baca buku ni. Lepastu aku terlupa yg aku belum review. haha.. so aku baca lagi sekali lah. Jenuh jugak ngorek notes citer ni yg ntah kat mana dah aku selit.


Memang those yang dah baca Percayalah... akan merasa tak sabar-sabar nak baca sambungan kisah cinta Atiqah-Danial yang sangat membuai perasaan.


Sebenarnya ada beberapa org juga la yg mcm marah2 dengan Ika dalam cerita ni. Aku dah baca and aku tak nampak pulak kenapa nak salah kan Atiqah. Takdir Allah seperti melorongkan jalan Atiqah direct kepada Danial semula walaupun ianya mengambil masa yang panjang.


Bayangkan kalau Khairil tiada dan Atiqah bertemu jodoh dgn org lain, tentu sampai bila-bila Atiqah tidak akan bertemu Danial semula. Doa Khairil dimakbul Allah dan Atiqah diamanahkan kepadanya dan dikembalikan kepada cinta sejatinya.


Tak banyak scene yg aku memberi rasa hiba/sedih, kecuali part akhir2, masa Atiqah-Khairil tu memang sangat menyentuh perasaan.


Aku tak ingat sapa yg cakap citer tak byk tentang Danial, tapi aku rasa kisah Danial memang ada di sepanjang perjalanan cerita dan tak terasa 'kehilangannya'. Kisah tidak tergesa-gesa tapi agak heavy. Tidak sesuai dgn selera org yg suka citer muda mudi riang ria yg penuh dengan scene bercinta semendang sampai bila-bila.


Walaupun endingnya mengecewakan seorg lelaki yg sangat baik, tetapi bagi saya ianya happy ending kerana hero buat Ika tetap Danial ;). Cerita ini seperti menceritakan perbezaan gentleman seorg lelaki Eropah dan gentleman seorg lelaki Melayu. Dalam kisah ini saya dpt rasakan kasih seorg lelaki Eropah membuai perasaan Ika manakala kasih seorg lelaki Melayu menyentuh perasaannya. Tetapi cintanya sudah terpatri kejap kepada seorg lelaki sahaja.




sinopsis/blurb


Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang dipermukaan, berolak dan bergelora di dasarnya.


Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...


Aku sanggup memungut sisa kasihmu yg sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak utk memiliki hatinya ~ Khairil


Salji datang lagi...
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yg pasrah
mengenang mentara cindur yg hilang


Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.


Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah


-----------------
Percayalah... Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.

Thursday, January 14, 2010

Karnival KarangKraf 2010


Karnival KarangKraf
Alaf Dua Puluh Satu


Tarikh: 29 Januari 2010 - 1 Februari 2010
Masa: 9.00 pagi hingga 7.00 malam
Tempat: Lot 2, Jalan Sepana 15/3, 40200 Shah Alam Selangor
Diskaun hebat 30%


Nak Jumpa Penulis????
Sabtu (30 Jan 2010):
Ramlee Awang Murshid
Aisya Sofea
Aleya Aneesa
Norzailina Nordin
Bikash Nur Idris
Elin Nadia
Ayu Emelda


Ahad (31 Jan 2010):
Elin Nadia
Ayu Emelda

Wednesday, January 13, 2010

Review 58: Cahaya Cinta by Izra Noh





Cahaya Cinta
Penulis: Izra Noh
Penerbit Intens Idea
Cetakan Pertama 2007
RM19.00
isbn: 9789834345006
441 mukasurat


"Kisah cinta silam yang trajis akibat terlalu menurut hati sehingga membelakangkan keluarga mewujudkan perasaan inferior di hati Ellynna..."


Aku dpt buku ni dari salah seorg penjual buku 2nd hand online. Tak der expect apa2 dari buku ni, cuma sekadar nak cuba baca buku penulis baru. Lagi pun saya blum penah baca buku penulis Intens yg lain selain FAuziah Ashari.


Jenis buku yg kiter tak sangka kiter akan enjoy. Membawa tema kawin paksa jugak so rasanya kalau those yang minat genre ni memang gerenti akan sukalah buku ni.


Cerita ini sedikit sebanyak mengandungi aura ombak rindu tapi ceritanya completely different lah. Perkahwinan antara 2 orang yg saling membenci dan berdendam.


Ellynna adalah watak wanita yg ada kekuatan tersendiri tetapi kekuatan itu dibina sejak kecil demi melindungi kelemahan diri yg boleh menjatuhkan dirinya dengan mudah. Dia ni trauma masa kecil dan kehadiran papanya boleh meragut segala kekuatan yg dibinanya dgn sekelip mata. Dia ni ngeri dgn teddy bear. Kira dia selalu dpt nightmare lah tentang teddy bear nih. Well aku pun penah mimpi ngeri pasai teddy bear. Aku ni jenis bermimpi tapi tak ingat mimpi apa. Tapi mimpi teddy bear tu aku ingat jelas sekali. eh... ni citer lain daaa.. haha.


Ellynna dan Haziq bertemu masa sesi interview kerja, tapi diorg betul2 start gaduh masa Haziq gi ngamuk kat abg Ellynna, Aiman sbb awek Haziq tu mcm syok kat Aiman, Haziq tu jeles, dia gi cepuk Aiman tu. Memang jenis baran Haziq ni. Ellynna ni pantang org kacau abg dia memang dia nak protect. So gaduh la dia ngan Haziq tu.


Haziq tak dapat balas kat Aiman, so dia tak sabar nak sakitkan hati Aiman through Ellynna. Peluang datang apabila bapa Ellynna yg lama hilang lepas dipenjarakan muncul semula dengan satu proposal yg sangat menarik.


Ibu Ellynna, Jannah pernah hampir berkahwin dgn bapa Haziq kerana wasiat. Diorang sepupu. Kalau diorang kawin, barulah harta keluarga akan dibahagi2kan. Lebih kurang camtu lah. So Haziq amik peluang tu utk berkahwin dgn Ellynna. Masa tu Aiman dah gi luar negara. Ellynna jadi helpless biler berdepan dengan trauma dari masa lampaunya, ayahnya sendiri. Kesian Ellynna tu, trauma betul dia dengan lebah. Berwalikan ayahnya, dia menjadi isteri Haziq. Haziq memang betul2 balas dendam la masa tu. Kesian Ellynna. Kewarasan Haziq akhirnya datang juga, dia mula menimbang segala2nya yg dia dah buat. Tapi misteri Ellynna masih lagi membuat Haziq tertanya-tanya.


Tak rugi baca buku ni :) thanks Azie.


sinopsis/blurb:


Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yg papanya ciptakan sejak usianya tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar utk menempuhi hari2 yg mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina keyakinan diri yg tercicir. Dia menjadi seorg yg tabah dan tidak gentar pada sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan abangnya kembali melanjutkan pelajaran ke luar negara.


Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bosnya yg berperangai seperti papanya hadir dlm hidupnya. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu begitu sahaja. Dia semakin benci pada Haziq dan tambah tertekan bila wajah papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.


Ketakutan serta keresahannya kembali menghantui diri kerana papanya. Lalu, dia sanggup menjadikan dirinya berada di sangkar emas Haziq. Betapa sukarnya utk Ellynna menjalani hidup yg penuh ranjau. dapatkah dia menaruh setitis harapan pada perkahwinan yg tidak dirancang ini? Mungkinkah dia mengecap kebahagiaan sepanjang perkahwinannya dgn Haziq? Dan, wujudkah rasa cinta di hati Haziq utk nya?


Suatu hari, dia terkedu apabila berhadapan dua lelaki ini yg rupa2nya punya byk rencana utk memusnahkan hidupnya.

Banyak Nyer Novel Baru Januari 2010!!!

---------------------




Tajuk : Pergilah Air Mata
Penulis : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM28 ( Sem) & RM31 ( S&S)

Noktah bahagia yang menjadi anganku, ternyata cuma titik mula derita yang tidak bertepi.
Sumpah bukan ini yang aku mahu.
Sumpah juga, aku tidak mahu membuat kau terseksa.
Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu.
Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya.
Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini?
Mungkinkah kita sama-sama berkongsi rasa?
Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut?
Atau mungkinkah segala yang berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri?
Mungkin..kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang.
Bencimu padaku setinggi awan yang menyapu langit
... SABRINA


Memang aku benci.
Memang aku tidak rela dengan takdir ini.
Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yang paling ku benci ini?
Mengapa hati ini penasaran setiap kali kau menagih perpisahan yang pernah aku janjikan?
Cintakah ini, apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu?
Sayangkah ini, apabila hatiku digaru resah tiap kali aku cuba lari darimu?
Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia.
Lalu, apa yang sebenarnya yang berlaku antara kita?
Bagaimana cara untuk aku hapuskan wajahmu yang terus menemani mimpiku?
Di mana noktahnya mainan perasaan ini
... BADRUL

--------------------



Kita Hanya di Seberang jalan
Penulis: Bahruddin Bekri
RM 19.90 / RM 21.90 (Sabah & Sarawak),
978-967-5406-16-4;
Tarikh Terbit: 15 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 448 halaman


Kisah seorang lelaki bernama Rusdan yang terpaksa bekerja di kedai pisang milik sepupunya bersama kaum kerabat yang lain. Masalah timbul kerana kedai pisang itu dibina tanpa lesen dan PBT hendak merobohkannya, selain mempunyai beberapa pesaing. Di seberang jalan kedai itu, ada sebuah rumah teres yang didiami seorang wanita, dan Rusdan sering melihatnya. Dia juga sering memerhatikan wanita itu ketika wanita itu berbelanja di kedai pisang. Entah bagaimana, wanita itu bermurah hati membantunya. Dia kehairanan dan cuba menyiasat sebab utama wanita itu membantunya di kedai itu. Akhirnya terbongkarlah rahsia, di seberang jalan.


------------



Tajuk : Rumput Masih Hijau

Penulis : Iman Xara

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 25 Jan. 2010)




tidak pernah malam itu berpanjangan

tidak juga siang itu hadir tanpa penghujung





Satu demi satu lelaki yang dia kenal selepas Ikram tidak pernah diizinkan bertamu di hati, sehinggalah Naim menjadi ‘tawanan’ kalbunya. Sejak awal, kenapa tidak Adam Ashraf yang menjadi pilihan? Kenapa Doktor Safuan sentiasa dipandangnya sepi tanpa rasa? Bukankah mudah memilih yang masih bujang, daripada memilih ‘bekas’ orang? Apatah lagi untuk memikul tanggungjawab sebagai ‘ibu segera’!

Perempuan berhati konkrit ke dia, untuk tidak memahami kerlingan Safuan mahupun senyuman Adam. Kenapa hanya lelaki beranak satu itu yang dia suka?

Malu, kan sesudah berkata ‘ya’ pada pinangan ibu si dia, sedangkan si dia pandang sebelah mata kepadanya pun tidak. Tiada sesiapakah yang simpati pada perempuan yatim piatu sepertinya ini tatkala pilu melanda bertimpa-timpa?

Wafa, bukankah rumput itu hijau di mana-mana, kenapa harus memandang pada padang yang sudah dimiliki orang lain?

* * * *


Bacalah rahsia rasa sanubari Wafa daripada pena IMAN XARA dan tanya pada hati sendiri... benarkah Rumput Masih Hijau di mana-mana?

--------------------------




-----------------------------------





Tajuk : Nama Atas Kertas
Harga : RM2o (Sem) /RM 23 (S&S)
mulai 10 Jan

Sebuah karya thriller yang penuh dengan teka-teki daripada:

NASRON SIRA RAHIM...


Engkau tidak dapat melihat aku,

tapi aku sentiasa wujud;

Engkau boleh bersembunyi di mana saja,

tapi aku akan tetap menjumpaimu;

Engkau boleh menentang aku sehabis upaya,

tapi kau tidak akan dapat mengalahkan aku;

Siapakah aku?


Apa tip yang ada?

“Pada setiap jasad itu, dia meninggalkan satu puzzle

dan mencabar sesiapa saja termasuk ANDA, untuk menyelesaikannya…”

TAWARAN
Buah fikiran anda diperlukan!

Sekiranya anda memiliki IQ yang cukup, otak anda sangat diperlukan untuk menolong Faiz dan Hanim membongkar misteri teka-teki ini! Pembunuh yang sadis itu harus diberkas dengan kadar segera, sebelum ramai yang menjadi mangsanya. BacalahNama Atas Kertas sebagai petunjuk: dan selesaikannya.

-------------------------------




Tajuk : Cinta 365 hari
Penulis: Norzailina Nordin
Harga: RM19.90
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-492-0

Sinopsis:
KATA orang, cinta tidak mengenal siapa. Cinta itu perkara biasa bagi makhluk yang bergelar manusia. Mahu bercinta, ingin dicintai – itu sudah pasti! Persis ombak dan pantai yang tidak ingin berpisah walau sesaat. Itulah CINTA!

Cinta yang mendalam pada Erynn membutakan matanya. Kali pertama bertemu, Darren Ho sudah jatuh hati. Perwatakan Erynn yang agak lurus mencuit hatinya. Kelembutan sifat Erynn meruntun jiwanya. Keikhlasan gadis itu menawan sanubari. Namun, latar belakang mereka yang jauh berbeza, apatah lagi perbezaan agama yang dianuti menjadi halangan besar buat mereka meneruskan hubungan.

Madam Ho sama sekali tidak mahu melepaskan Darren kepada Erynn. Maka, dia membuat muslihat untuk memisahkan mereka. Bagi mempertahankan nama keluarga Ho, Madam Ho memaksa Darren mengahwini Tania, gadis sebangsanya. Darren serba salah. Antara ibu dan kekasih, yang mana patut didahulukan? Mempertahankan cintanya atau terus menjadi anak yang patuh? Gila! Memang gila dibuatnya.

Yang pasti, dia tidak pernah berhenti membilang hari... bilakah cintanya dan Erynn bakal bersatu.

----------------------



Sinopsis:



Best Friends Forever (BFF)… merupakan ungkapan yang sering diucapkan dua orang teman baik, juga merupakan sepupu berwajah seiras. Serupa tapi tak sama. Inaz dan Fiya atau Shafinaz dan Lutfiya Zahra, yang sering mendapat gelaran ‘kembar’; ke mana-mana sahaja, mereka selalu berdua. Saling menyayangi, saling menolong dan saling bergantung.


Pun begitu, mereka bagaikan sedang dalam satu pertandingan untuk merebut sebuah trofi. Tanpa disedari, perasaan cemburu terbit di sanubari, masing-masing berentap untuk berada di depan.


Inaz, suka yang rancak dan kecoh, sedang mencari seseorang yang baik budi, menambat hati. Suka kepada yang bertubuh ‘tegap’… asal tidak mengingatkan kepada ayahnya. Dia juga sensitif dan pernah berdepan dengan tekanan. Mampukah Inaz mencari apa yang diimpikan?


Fiya pula, seorang yang pintar, suka kepada ‘nature’, minat aktiviti lasak, sayang kepada haiwan, sudah pun mendapat teman dan kini berada di depan. Mungkin kerana itu, Fiya dan Inaz bagaikan sedang bercakaran.


Munawarah dan Melissa, teman baik yang cuba jadi orang tengah, penasihat… mungkin juga pembelot?


Pertemuan Inaz, Fiya, Muna dan Mel… dengan empat orang jejaka di atas gunung legenda, membawa satu perubahan hidup dan mewujudkan pelbagai soalan dan teka-teki.


Novel ini akan temukan pembaca dengan pelbagai karakter yang berbeza kerjaya, mendekatkan kita kepada wira-wira negara, yang mungkin sebelum ini tak pernah kita kenali. Merasai apa yang dirasai oleh seorang anak angkat yang cuba mencari identiti diri. Siapakah agaknya yang menjadi burung rajawali, penuh perasaan tinggi diri, yang akhirnya terpaksa lakukan transformasi?


Sukarkah untuk menerima kekalahan dan payahkah untuk meluahkan perasaan? Sama-samalah menyelami dan menghayati kisah suka duka kehidupan mereka yang bergelar insan, yang disusun indah dalam novel Terbanglah Sayang.

----------------------------------



Sejauh mana pun mereka membawa diri, Najla dan Amal tidak mudah melupakan segala yang pernah menjadi milik mereka. Bukan mudah juga untuk mereka merelakan perpisahan. Bukan juga mudah melupakan kepergian.


Amal tahu dirinya hanya gagak di rimba dan Hakim umpama merak kayangan. Sudah ditakdirkan Hakim itu tidak untuknya. Namun bukan salahnya apabila kasih setia tercipta untuk lelaki itu. Najla sedar cintanya kepada Anas Salihin tidak pernah pudar walau jarak dan waktu memisahkan mereka. Namun, Najla tidak sanggup untuk terus berharap apabila terbukti cinta itu tidak berpihak untuknya.


Apakah benar Amal dan Hakim tidak berhak untuk bersama hanya kerana dunia mereka berbeza? Dan, selama mana pula Najla dan Anas Salihin terdaya menyembunyikan rahsia hati? Selama mana mereka rela berteman rindu sedang di hati ada cinta menemani?


--------------



Kerana cinta, Asiah lalai dengan tuntutan agama, membuatkan dia melarikan diri mengikut kekasih hatinya, Ah Sim. Perlarian tanpa hala tuju itu akhirnya menjebakkan diri ke dalam kancah maksiat. Kematian kekasihnya menyebabkan Asiah mengalami tekanan jiwa.


Rafiza, Rufila dan Rafidi dibesarkan penuh kasih oleh Encik Abu Bakar dan Bidan Suriati. Kasih sayang mereka langsung tiada belah bahagi. Apa yang diperolehi oleh Lia Asmara dan Nia Astika, akan diperolehi juga oleh mereka bertiga.


Tahun berganjak, Rafiza melarikan diri bersama pemandu teksi demi hidup bebas sehingga tanpa sedar berlaku sesuatu yang langsung tidak diduganya. Rufila sanggup korbankan kasihnya buat Nazril Shah demi kebahagiaan Nia Astika. Rafidi tetap tidak mahu mengalah dalam mengejar cinta gadis impiannya.


Kerana rindu itu adalah cinta yang harus terus melekat di hati, apakah Rafiza yang lari akan pulang ke pangkuan keluarga? Mungkinkah Rufila akan turut bahagia dengan keputusannya? Bolehkah Rafidi berjaya merebut hati gadis igauannya? Tidakkah ada rindu dalam hati, menghambat semula pertemuan?

--------------------




Di sebuah kawasan tanah tinggi, tinggal seorang perempuan bersama anak-anaknya. Castle of Flowers, jadi hunian Puteri Dahlia bersama puterinya serta tiga puteri tirinya; Puteri Lavender, Puteri Everlasting dan Puteri Rose. Puteri Dahlia begitu benci dan dendam kepada semua anak-anak tirinya. Semuanya gara-gara kasih sayang suami dirampas oleh madunya.


Puteri Lavender, Puteri Everlasting dan Puteri Rose terpaksa bersabar dengan olah bonda dan adik tiri mereka. Semuanya demi mengenang jasa Puteri Dahlia kerana telah memelihara mereka. Biarpun kejam, Puteri Dahlialah yang membesarkan dan menjaga mereka selama ini.


Namun begitu, akhirnya Puteri Lavender memecah tradisi. Membantah kekejaman wanita itu. Keberaniannya menimbulkan berbagai bencana untuk mereka bertiga. Tindakannya melarikan diri menemukannya dengan Tengku Luthfibillah, Calvin Ng dan Raja Parameswara.


Akan hilangkah benci Puteri Dahlia ke atas mereka nanti atau selamanya kembar bertiga itu harus jadi mangsa dendamnya? Atau mungkinkah hadirnya Tengku Luthfibillah, Calvin Ng dan Raja Parameswara bakal menganyam cinta dan bahagia di hati Puteri LER?

-------------------



Nyanyi sunyi
Penulis: Maskiah Masrom
RM 20.50 / RM 23.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-67-9;
9789833892679
Tarikh Terbit: 15 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 648 halaman


Cempaka, pencinta sastera, bahasa dan budaya Melayu yang jatuh cinta kepada Dr. Arjuna.

Imran Baihaqi, ustaz hafiz al-Quran yang meminati kesusasteraan Melayu dan jatuh cinta pada Cempaka.

Lukmanulhakim, wartawan muda yang meminati kisah-kisah romantis dan mencintai Cempaka.

Dr. Arjuna, pensyarah bahasa dan kesusasteraan dari Indonesia yang sudah beristeri tetapi jatuh cinta pada Cempaka.

Siapakah akan menjadi pilihan Cempaka?

----------------------




Kasih Seharum Manisah
Penulis: A. Razak Adam
RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-59-4;
9789833892594
Tarikh Terbit: 15 January 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 400 halaman



Usahlah bersedih hati. Dunia ini memang begitu sifatnya. Ketajaman akal kekadang tidak mampu merobah yang sudah tertulis….

Tidak ada kisah cinta yang biasa. Setiap kisah cinta adalah istimewa. Kelvin, lelaki mualaf yang menjadi cinta pertama Manisah. Halangan keluarga membawa harum kasih Manisah ke sudut derita dalam kisahnya. Pada saat itu, muncul Soefjan, lelaki yang punya kunci untuk harumnya kasih Manisah.

Lalu bagaimana harum kasih Manisah? Terus hilang dibawa angin atau terus harum mewangi.

-------------------





Tajuk : Aku Kan Novelis
Penulis : Nurul Syahida
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM17.90
Tarikh Terbit : 15 Jan 2010




Buat Iza, cintanya pada Hisham hanya akan menjadi indah jika si pemuda melafazkan kata-kata itu terdahulu kepadanya. Seorang perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yang sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yang dimahukan dalam seorang wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yang sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yang disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.


Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat-sahabatnya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sebagai seorang novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dalam bentuk seorang pemuda dengan rambut yang lebih merah dari api.








Tajuk : Cinta Untukmu
Penulis : Siti Nur Dhuha
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM22.90
Tarikh Terbit : 1 Jan 2010


Syahiman lelaki berwajah tampan cuba menyembunyikan kelebihannya itu dengan berpenampilan selekeh semata-mata untuk mendapatkan cinta sejati. Dia mahu mencari wanita yang benar-benar dapat menerima kekurangan dirinya. Akhirnya cintanya diterima Fazira. Fazira menghina paras rupa, kekurangan dan kerjaya Syahiman yang tidak menjamin masa depan. Akibat penghinaan itu, Syahiman membawa diri jauh dari Fazira, Tiara dan Haizul. Hidupnya telah berubah serta-merta. Kini dia adalah seorang lelaki tampan dan hidup mewah.


Tiara yang turut menaruh hati pada Syahiman terseksa kerana terpaksa memendam cinta dan perasaan dengan tabah. Tiara sanggup bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Syahiman.


Fazira pula kian berubah dan menaruh dendam yang tidak berkesudahan kerana marah cintanya ditolah Haizul. Fazira nekad untuk memburu setiap insan yang mengecewakannya.

Tajuk : Andainya Kukembali
Penulis : Mia Khaidina
RM 17.90
Penerbit : Buku Prima
Tarikh Terbit : 12 Disember
Halaman : 432 hlm


Azlin meninggalkan Marc Darcy selepas lapan tahun bercinta kerana lelaki itu tidak mahu memeluk Islam. Walaupun sudah berusaha mendekatkan lelaki itu dengan Islam, Azlin gagal mengIslamkan dia. Azlin pulang ke Malaysia, memulakan hidup baru dengan memilih kerjaya baru iaitu wartawan. Dia jatuh hati pada rakan siber tetapi tidak percaya pada pertemuan di alam tidak nyata. Azlin akhirnya memilih Amri untuk mengakhiri sindiran orang keliling terhadap dirinya yang masih bujang pada usia lewat. Bagaimanapun, hidup bersama Amri tidak seindah dijangka.

Thursday, January 7, 2010

Review 57: Emosi by Norhayati Berahim



Emosi
Penulis: Norhayati Berahim
Penerbit: Creative Enterprise
Cetakan Pertama 1999
isbn: 9838933651
RM17.90
300 mukasurat


"Kau biarkan rinduku jatuh berguguran"


Nama Azali dan Alia kedengaran sangat familiar. Rasanya aku dah penah baca novel NB yang menggunakan nama2 ini. Yang pasti kisahnya memang tidak sama langsung dengan kisah2nya yg lain.


Dalam 'Emosi' ini, Alia dan Azali adalah sepupu yang pernah membesar bersama dan Alia trauma semasa dgn Azli di waktu kecilnya kerana ayah Azli suka mendera Alia dan Azli ni sekadar menurut tindakan bapanya. Masa tu dia masih kecil dan nakal.


Ibu saudaranya tak tahan dengan penderaan yg diterima Alia lalu menghantar Alia utk tinggal bersama atuk dan neneknya.


Azli dibesarkan di luar negara oleh ibunya. Azli ni kira jadi manusia la biler mak dia yang didik. Alhamdulillah.


Kepulangan Azli ke kampung dan ke rumah atok dan nenek menggugat ketenangan Alia. Luka lama berdarah kembali. Azli tak menyangka Alia menyimpan dendam zaman kanak2 mereka hingga kini. Lebih menyulitkan keadaan apabila Azli jatuh cinta pada Alia, gadis yang tenang dan baik hati. Haaa cemana ya nak ngorat orang mcm Alia tu?


Azli ni pun satu, masa dah sure nak dapat Alia tu, baru la sibuk nak berkawan dengan Rosiah tu. Dah tau dia tu ada rekod buruk bab2 merosakkan pertunangan orang, yang dok berkawan jugak sapa suruh. Aduih. Part ni memang rasa nak sekeh kepala Azli ngan nozel pam minyak kedai dia tu. eeeee geram aku.


sure fine whatever
rinn



sinopsis/blurb:


Usah ditanya pada sebuah kelukaan, kelak parutnya akan kembali berdarah. Biarlah kemaafan itu menjadi dendam yang terindah.

Monday, January 4, 2010

Review 55: Street Vendetta by Mazni Aznita


Street Vendetta
Penulis : Mazni Aznita (Anita Aruszi)
Penerbit: Buku Prima
Cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789675234538
RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
631 mukasurat


"Cinta harus dikejar atau akan hilang di gugus-gugus waktu.
Love is always a beautiful thing in hour hearts. Sweet and sour!"


Saya ada la baca lebih kurang 4 buah buku dah dari karya penulis ini. Ini lah kali pertama rasanya cerita cinta thriller penulis ini berbaur dengan elemen2 komedi yg mencuit hati. Sebelum ini karya2nya lebih bernada serius. Suntikan elemen komedi tu ternyata berjaya menceriakan lagi kisah ini.


Heroin citer ni, Bella, bukanlah stereotype gadis2 yg sentiasa diangkat sebagai heroin novel. Dia adalah gadis biasa tapi suka bergaya. Biar papa asal bergaya. Sanggup berhutang asalkan gengsi terjaga. Pertemuannya dgn Kojie tercetus semasa Kojie ditugaskan menarik kereta Bella yg dah berbulan tak dibayar. Nekad betul Bella tu mempertahankan keta dia sampai bawak lari gi Cherating. Terbawak lari sekali ngan Kojie pulak tu. haha.. memang lawak citer ni.


Tujuan asal ke Cherating adalah utk mengejar cinta lama. Kojie yg sudah mula terpaut dgn Bella kreko tu frust la. Lagi satu yg lawak tu part, nenek yg tumpang keta diorang tu... huhu... serem la nenek tu. Ingat ker dia melarang Bella mengaji sbb 'panas' dgn ayat2 suci yg dibaca Bella. Tapi rupa2nya Bella tu ngaji tak betul, makhraj, idgham semua tak kena. haha...


Cerita sebenar bermula apabila Bella dan Kojie terpisah. Bella mula menyedari perasaannya namun dia terkejut apabila bertemu dgn Kojie versi smart bergaya dgn pakaian pejabat. Kojie ke tu? atau orang lain? Kenapa Kojie tak kenal dia? Kenapa orang panggil dia Fakruzi? Tiba2 saja dia diberitahu Kojie telah meninggal dunia dlm sebuah kemalangan ngeri. Bella tak penah menyangka kehadirannya bakal membongkar rahsia yang paling besar dalam keluarga Dato' Abdullah, pemilik Trans-Corporation, bapa Fakruzi.


sure fine whatever
Rinn




sinopsis/blurb:


Mungkin inilah takdir aku! Sampai bila-bila pun aku takkan berjaya memperolehi cinta yg aku harap-harapkan, bisik Kojie sambil menarik nafas panjang. - Kojie


Lidah Anabela serta-merta kelu seribu bahasa. Tatapan mata Fakruzi membuatkan dia berada dlm keadaan serba salah dan bingung. This is totally a mess, Bella. Takkan dalam sekelip mata Fakruzi boleh menyukainya! - Anabella


"Maafkan aku Kojie kerana hanya baru sekarang, aku cuba utk mengenali siapa kau sebenarnya. Baru sekarang aku cuba untuk menggali semula wajah yg hilang dari ingatanku."-Anabella


Tidak! Dia mungkin hilang dirinya, tapi dia tidak boleh kehilangan Annabela. Meskipun dia tidak ingat siapa Anabella sebelumnya, dia tidak ingat tentang pengalaman yg ditempuhinya bersama Anabela ke Cherating seperti yg diceritakan gadis itu padanya dulu namun ada sesuatu yang dia benar2 pasti. Sesuatu yg memberi kekuatan dlm dirinya. dia pasti - Fakruzi.


"Itu sajakah yg kau nak ckp pada aku? Setelah selama ini kau permainkan aku mcm org bodoh. Kau tahu aku merindui kau, tapi kau hanya berpeluk tubuh. Kau biarkan aku tertanya-tanya dan macam org gila memikirkan siapa kau dan siapa Fakruzi." - anabella.


-------
Saya bermula dgn novel bergenre percintaan dan misteri. Dan entah sejak bila saya mula menulis tentang genre yg sedikit berbeza. Jika ditanya di mana permulaannya, saya sendiri tidak tahu menjawabnya. Jika ditanya apa yg membuahkan idea? Maka jawapannya adalah anda yg telah membaca blog dan karya2 terdahulu saya. Di situlah kekuatan dan keazaman saya bermula dan tercetusnya ilham utk Street Vendetta. Kisah Bella dan Kojie digarap dgn watak2 mereka yg berada dekat dlm kehidupan saya sendiri dan mungkin juga kehidupan anda!
~Mazni Aznita~