Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, January 17, 2010

Review 59: Percayalah... Akhirnya



Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Terbitan: Jemari Seni Publishing
isbn: 9789675118234
RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
626 mukasurat


Dah lama aku habis baca buku ni. Lepastu aku terlupa yg aku belum review. haha.. so aku baca lagi sekali lah. Jenuh jugak ngorek notes citer ni yg ntah kat mana dah aku selit.


Memang those yang dah baca Percayalah... akan merasa tak sabar-sabar nak baca sambungan kisah cinta Atiqah-Danial yang sangat membuai perasaan.


Sebenarnya ada beberapa org juga la yg mcm marah2 dengan Ika dalam cerita ni. Aku dah baca and aku tak nampak pulak kenapa nak salah kan Atiqah. Takdir Allah seperti melorongkan jalan Atiqah direct kepada Danial semula walaupun ianya mengambil masa yang panjang.


Bayangkan kalau Khairil tiada dan Atiqah bertemu jodoh dgn org lain, tentu sampai bila-bila Atiqah tidak akan bertemu Danial semula. Doa Khairil dimakbul Allah dan Atiqah diamanahkan kepadanya dan dikembalikan kepada cinta sejatinya.


Tak banyak scene yg aku memberi rasa hiba/sedih, kecuali part akhir2, masa Atiqah-Khairil tu memang sangat menyentuh perasaan.


Aku tak ingat sapa yg cakap citer tak byk tentang Danial, tapi aku rasa kisah Danial memang ada di sepanjang perjalanan cerita dan tak terasa 'kehilangannya'. Kisah tidak tergesa-gesa tapi agak heavy. Tidak sesuai dgn selera org yg suka citer muda mudi riang ria yg penuh dengan scene bercinta semendang sampai bila-bila.


Walaupun endingnya mengecewakan seorg lelaki yg sangat baik, tetapi bagi saya ianya happy ending kerana hero buat Ika tetap Danial ;). Cerita ini seperti menceritakan perbezaan gentleman seorg lelaki Eropah dan gentleman seorg lelaki Melayu. Dalam kisah ini saya dpt rasakan kasih seorg lelaki Eropah membuai perasaan Ika manakala kasih seorg lelaki Melayu menyentuh perasaannya. Tetapi cintanya sudah terpatri kejap kepada seorg lelaki sahaja.




sinopsis/blurb


Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang dipermukaan, berolak dan bergelora di dasarnya.


Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki Melayu romantisnya tidak setanding lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi...


Aku sanggup memungut sisa kasihmu yg sirna, Atiqah. Izinkan dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak utk memiliki hatinya ~ Khairil


Salji datang lagi...
Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang
di padang harapan
Salji datang lagi...
Kala suramnya awan diri yg pasrah
mengenang mentara cindur yg hilang


Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati, kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada maknawi.


Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini? Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah


-----------------
Percayalah... Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi kisah Nur Atiqah.

1 comment:

  1. "Cerita ini seperti menceritakan perbezaan gentleman seorg lelaki Eropah dan gentleman seorg lelaki Melayu. Dalam kisah ini saya dpt rasakan kasih seorg lelaki Eropah membuai perasaan Ika manakala kasih seorg lelaki Melayu menyentuh perasaannya. Tetapi cintanya sudah terpatri kejap kepada seorg lelaki sahaja." hmm... makes sense. very true indeed. saye sokong!!! bru khatam bace kul 1 pgi tdi. so sgt teruja. dlm kepale penoh ngn danial je. XD

    ReplyDelete