Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog
Showing posts with label Liza Zahira. Show all posts
Showing posts with label Liza Zahira. Show all posts

Tuesday, March 30, 2010

Review 107: Bahtera Kasih by Liza Zahira


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Bahtera Kasih by Liza Zahira
RM19.90
542 mukasurat


"Cinta adalah pelayaran yang tak perlukan pelabuhan"


Kali pertama baca hasil karya Liza Zahira. Novel ini mungkin dapat mememenuhi citarasa pembaca pelbagai genre, ada romantis, adventure dan juga thriller. Dan secara kebetulan, semua yang mendebarkan berlaku selepas tercetusnya bencana tsunami. Takdir telah memutarbelitkan hidup Carra Lina, ichlas dan Ryan Syahputra. Memang susah nak menjangka lengkok, simpang siur cerita ini dan mampu menyegarkan rasa curious pembaca sepanjang membaca buku ini.


kesilapan-kesilapan kecil tapi ketara sedikit sebanyak merosakkan mood curious semasa pembacaan. contohnya semasa Jenna, Ryan dan Carra Lina yang tersadai atas sebuah bot, ntah dari mana datangnya wata, Najlah (ibu carra lina) yg tiba2 terlibat dalam perbualan yg sepatutnya melibatkan Jenna dan Carra Lina. Satu lagi masa ada menyebut 'salai daun kelapa' sepatutnya 'salai daun pisang'.


serba sedikit tentang cerita ini. Mengisahkan Carra Lina yang degil sanggup pergi berlayar bersama Ichlas tanpa pengetahuan ibu bapanya, tapi pandai menjaga kehormatan diri. SEkembali dari cruise itu Ichlas terperangkap dalam tsunami dan Lina sanggup berbegas ke Acheh utk mencari Ichlas. Ichlas terperangkap dlm kapal lanun dan terpaksa menjadi salah seorang drp mereka.


Ryan pulak bekas seorang pembunuh upahan yang sudah kembali ke pangkal jalan, bapanya menjadi korban tsunami kerana enggan mendengar nasihat datuk nenek keturunan mereka.


Lina yang diculik bertemu Ichlas di atas kapal lanun, mereka dan seorang lagi lanun paksa, telah melarikan diri tapi bot abih minyak. Ichlas menyerah kepada lanun manakala Lina mengikut Minardi yg baru dikenalinya terjun ke dlm laut. Lina tak nak menjadi mangsa ketua lanun yg memang dah lama tak jumpa pompuan.


Bermulalah episod pengenalan antara Ryan dan Lina. Dlm kemesraan yg makin terjalin, Ryan kehilangan ibunya dan mereka akhirnya ditemui pasukan penyelamat tapi ibu Lina kureng bekenan ngan Ryan. Lina teruji bila bapanya tiba2 menjadi mangsa bunuh dan ibunya menyusul kerana kemurungan dan depression. masa tu pulak dia baru tahu yg dia anak angkat dan Ryan pulak tahu sapa bapa sebenar Lina.. banyak nyer nak citer!! rasanya lebih baik baca sendiri lah :)


sure fine whatever
Rinn


terbitan Alaf21 sendirian berhad
sinopsis belakang buku:


Carra Lina suatu nama milik seraut wajah yang memikat hati lelaki. Suaranya yang lunak dan manja mampu menggugat sesiapa yang mendengarnya. Inilah gadis yang sering didambakan oleh Ichlas dan dipuja oleh Ryan dalam diam.

Namun, dia keliru untuk menitipkan kasihnya antara mereka. Halangan daripada keluarga tidak mengizinkannya mengecapi kebahagiaan bersama Ichlas, seorang kasanova.

Kini, pilihan Carra Lina cuma kepada Ryan yang pernah menyelamatkannya. Tapi bagaimana pula dengan jejaka itu? Dapatkah dia memberikan harapan untuk mendapatkan sebuah kebahagiaan demi cintanya pada Carra Lina?

"Aku cinta padamu." Kenapa pengakuan itu sukar dilafazkan oleh Ryan? Sedangkan Carra Lina menanti dan terus menanti. Dia jadi sangsi dengan perasaan sebenar lelaki itu. Benarlah kata pepatan "cinta tidak selalu bersama jodoh, tapi jodoh selalu bersama cinta." Carra Lina pasrah.

Review 106: Kau Tetap Di Hati by Liza Zahira


Kau Tetap Di Hati by Liza Zahira
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.
Tahun 2008
RM19.90
512 mukasurat
978 983 124 394 7


"Dalam hati tiada sepi andai dikau hadir dalam memori"


Nama penulis ini terpahat dalam ingatan saya kerana masih lagi mengagumi karya beliau dalam 'Bahtera Kasih'. Fiksyen dan Fakta yang diadunnya sangat menarik. :)


Dalam 'Kau Tetap Di Hati' watak utamanya ialah Sophia. Saya suka dengan separuh pertama kisah ini, liku2 perjalanan hidup Sophia di Auckland bersama keluarga kakaknya yg mempergunakan tenaganya utk kepentingan sendiri. Disangkanya New Zealand akan membawa sinar baru dlm hidupnya tetapi dia terpaksa kembali ke Malaysia bersama 3 orang anak2 kakaknya dan menggalas tanggungjawab menyampaikan berita yang paling sedih utk disampaikan kepada keluarganya.


Perasaan cintanya pada Benjamin sudah lama berbunga sejak pertemuan di New Zealand namun, disebabkan tiada kepastian, Sophia pasrah menerima menantu pilihan ibunya, Nasmizan. Dia sudah nekad utk tidak lagi melukakan hati orang tuanya. Benjamin kesal tak sudah kerana langkahnya yg terlalu berhati-hati sehingga terlambat.


Ada plot yang seperti tidak dimanipulasi dengan sepenuhnya utk membina tarikan cerita contohnya seperti kedatangan bapa kandung anak2 kakak Sophia yang mahu membalas dendam pada Sophia dan juga kematian suaminya Nasmizan yg dikatakan berpunca dari dirinya sehingga menyebabkan Nas terkena kejutan elektrik.


kedua-duanya seperti terawat oleh perjalanan masa. Masa baca tu macam excited jugak tahu apa tindakan Ahmed ke atas Sophia. Takkanla datang jauh2 dari New Zealand sekadar nak menunjukkan muka garang dan kemudian menghilang kerana takut dgn tindakan mahkamah. Ibu Sophia yg menyalahkan dia atas kematian Nas, menantu kesayangannya, pun akhirnya dpt menerima hakikat yg itu takdir Ilahi dan menerima Ben sbg menantu. Tak sangka lah pulak Benjamin sanggup menunggu lama sehingga mendapat restu ibu mertuanya sebelum menyentuh isterinya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Terperangkap di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.

Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Demi masa depan depan tiga orang anak saudara, dia menerima Nasmizan, rakan lama yang akirnya menjadi suami.

Malangnya, musibah menimpa. Suami yang baru dinikahi menemui ajal di tangannya. Fitnah telah merosakkan segala harapan, apatah lagi dia dituduh bersubahat membunuh oleh ibu kandung sendiri. Segala dugaan terpaksa ditempuh sendirian hinggalah Benjamin, lelaki yang pernah singgah di hatinya muncul kembali. Tapi, bukan mudah untuk mendapat restu daripada seorang ibu lantaran kasih terhadap menantu yang telah tiada masih begitu utuh.

Sophia Basir... berpijaklah di bumi nyata! Di usia muda ini, mustahil terus-terusan mahu menjadi lilin, sedangkan diri sendiri berhak mengecap bahagia. Bukankah hidup mesti diteruskan?

Review 105: Cinta Rahsia


nak imbas balik review2 yang pernah aku post tentang novel2 karya Liza Zahira. Baru aku perasan yg aku belum pernah baca karya beliau yg pertama. hmm nanti kena cari lah :)

Cinta Rahsia by Liza Zahira
Terbitan Alaf 21
Cetakan 1 Tahun 2005
Cetakan 2 Tahun 2006
RM 19.90
528 mukasurat
ISBN : 983-124-213-0

"Cinta tak perlu dicari kerana ia tersisip di lipatan hati"


Walaupun ini karya awal Liza zahira, saya baru berpeluang membacanya. Sebelum ini saya dah pernah baca Bahtera Kasih dan Kau Tetap Di Hati. Bagi saya, novel-novelnya yang terkini lebih menyerlah dan mantap penyampaiannya.


Saya tak pandai nak mengulas plot atau bahasa, yg saya dpt rasa cerita ini seperti tergesa-gesa. Banyak insiden disumbat di hujung2 cerita hingga membuat saya terkebil-kebil.


"Sebab dan Akibat" agak longgar namun cukup utk buat kita rasa terkejut dengan insiden-insiden yg berlaku.


Sejujurnya saya lebih suka Bahtera Kasih yang lebih kemas dan thrill. apa-apa pun, nampaknya Liza zahira memang dari awal lagi suka mempersembahkan kisah cinta yg disulam dengan unsur-unsur thriller yang mendebarkan.


sinopsis yg tercatat kat belakang buku ni dah lebih dari cukup utk memberitahu kita tentang latar kisah ini.


sure fine whatever
rinn


Sinopsis : CINTA RAHSIA


Ayu Kartika terperangkap antara cinta dan cita-cita. Dalam membina kerjaya, dia telah bertemu Adam Zabidi, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Global Creative Communication, sebuah syarikat pengiklanan dan penerbitan milik bumiputra.


Adam yang sudah bertunang dengan gadis pilihan ibunya Farah Aina, terpaut hati pada Ayu. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Adam telah membatalkan majlis tersebut. Dia telah menjejaki Ayu di Cherating. Salbiah, tidak dapat menerima keputusan anaknya itu Dia telah mengalami tekanan perasaan. Malang tidak berbau, dalam perjalanan pulang, Adam ditimpa kemalangan yang menyebabkan dia lumpuh.


Dr. Zabidi bersepakat dengan Ayu untuk membantu memulihkan Adam. Takdir telah menemukannya dengan Maisarah dan Daniel Hakimi, saintis muda dari Florida. Daniel telah membantu memulihkan Adam. Adik Adam, Hairil pula muncul dan menambah lagi kerumitan. Pada masa yang sama, Farah Aina cuba berbaik dengan Hairil, bekas kekasihnya. Kay yang hamil anak luar nikah hasil hubungannya dengan Hairil menaruh harapan pada Adam untuk menjadi bapa kepada anaknya. Kemuncak kisah ini berlaku apabila Farah Aina akhirnya dibunuh oleh Hairil. Lelaki itu pula dijatuhkan hukuman mati.


Tetapi dendam Farah Aina tidak berakhir di situ kerana Kay pun memusuhi Ayu hingga mendorong dia merancang untuk membunuh gadis itu. Terbukakah hijab yang menghalang hubungan Ayu dan Daniel?

Review 104: Seindah Sakura by Liza Zahira


Seindah Sakura
Penulis Liza Zahira
Terbitan Alaf 21
Tahun 2010
RM19.90


"Sejujurnya aku tak bisa bersembunyi di sebalik perasaan ini"


Ntah pukul brapa baru aku bleh tido lepas baca buku ni... sedangkan dah beberapa jam abiskan dah citer tu. geram ada, sakit hati ada, kelakar ada. Semua rencah perasaan ada terbaur dalam karya ini.


Kisah ni bagi aku dalam kategori kisah yang heavy lah. Bagi yg gemarkan kisah yg sarat dengan konflik, memang ini adalah pilihan yang tepat. Bagi saya dalam novel kelima ini Liza Zahira menampilkan pengisahan yang kemas dan lebih menarik berbanding sebelum ini, tambah2 pula and sulaman rentak komedi yg tak disangka2 walaupun tak banyak tetapi tetap membuat kita ketawa. Sebab before this kalau baca karya2 LZ memang kisahnya cintanya serius.


Rasa banyak nak cerita, tapi aku cuba ringkaskan. Shakira disangka pelajar bermasalah oleh gurunya, Airil. Tetapi kematian Moyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil kerana buruk sangka pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.


(awas banyak spoiler di hadapan, kalau nak baca novel ni dan memelihara elemen2 kejutan ketika membaca, boleh stop baca kat sini :)


Then ibu Shakira, Rosmah, yg lama menghilang telah muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun anak datuk tu, Anida membencinya, kerana rumah buruknya telah hangus terbakar.


Anida tu jeles dgn kemesraan antara Airil dgn Shakira lalu membuat fitnah dan perangkap agar Airil terus membenci Shakira.


Aku geram jugak biler Airil tu mcm mudah sangat percaya dengan fitnah budak 16thn sedangkan satu rumah tahu Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. siap maki hamun terang terangan.


Ketegasan Airil telah mencampakkan Syakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Syakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Perasan la Airil tu. Lepas tu bleh plak frust n bawa diri ke London sambung belajar.


Dengan ihsan Datuk Walid, Syakira berjaya meneruskan pelajaran dan amik SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila pandangan org tua tu dah kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid utk membawa pulang ibunya yg HIV positif utk dirawat secara rapi di rumah, Syakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun takkan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.


Syakira tentula tak mau tapi ibunya melihat itu sebagai peluang utknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yg membelenggu Shakira sejak lahir. Syakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yg datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yg kononnya mahu membantu (mcm kisah benar yg pernah saya baca di akhbar/majalah) dan kemudian dia juga hampir2 dilacurkan. semua tu berlaku dlm tempoh kurang 2 hari kalau tak silap. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan 'pakcik' seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat2 tersebut, lalu dptlah dia berbini baru yg baginya seiras dgn arwah isteri pertamanya dulu.


Scene nak gi pejabat kadi tu unexpectedly kelakar lah, bermula dari pagi2 tu lagi Shakira lambat bangun, dia bersiap dlm masa 6minit ja dan sah2 la tak mandi. Masa dlm keta dgn org2 tua tu, dia siap tido berdengkur sampai pak imam tegur kata kat datuk tu biasa la, budak2 memang macam tu. haha malu jer, tau pun kawin dgn budak2. Lepas tu pulak berpeluh2 tunggu tok kadi sbb letrik tarak, Shakira masuk dlm keta ekon terus 'harum' semacam satu keta bau org takmandi + bau peluh fresh. haha.


SElepas 4 tahun ijazah, Syakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh tu dia rapat dgn Putera Haziq yg sungguh2 menyintai dia, siap curi2 gi rumah Syakira dan melamar Syakira melalui DAtuk Walid yg disangka ayah kpd Syakira. tu pun lawak jugak. Sebenarnya masa tu Datuk Walid sdg menguruskan urusan penceraian diorang, mgkin sbb rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Syakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ni ada agenda yg baik dan positif utk Syakira. Dia bukannya org tua miang, cuma cara penceritaan mula2 tu mcm nak buat kita percaya Datuk tu teringin bini muda belia. Saya rasa kagum jugak dgn innocent nya si Syakira tu masih lagi mempertahankan maruah diri walaupun beberapa kali dia terdedah pada bahaya itu. Selepas berkahwin ngan Datuk Walid dulu dia jadi seorg gadis yg sudah berani bercakap sinis. Dan lepas bercerai dan sebahagian harta dapat la diserahkan pada Syakira tanpa perlu dipersoalkan sesiapa akan haknya itu.


Tapi tindakan ni buat aku rasa Datuk Walid lebih pentingkan kebajikan dan masa depan Syakira dan seperti melupakan anak kandungnya sendiri, Anida, yg lebih memerlukan bimbingan kerana sikapnya yg bongkak tu.


Aku suka la part interaksi Shakira dgn Ghani yg perasan bagus tu. Shakira tampak sangat yakin berdepan dengan situasi dlm syarikat tu. Bagi aku cerita ini ada pergerakan cerita yg pantas dan tidak membosankan tetapi kehadiran Roni dalam hidup Shakira kelihatan seperti anti-klimaks sedikit. Kalau la Airil yang muncul masa tu dan endingnya di situ, rasanya aku akan sangat gembira. haha.. ciss mementingkan kegembiraan sendiri!


Apa2pun citer ni happy ending :) yg org jahat mendapat balasan setimpal.