Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, August 31, 2009

Terbaru dari Alaf 21, Buku Prima & KarnaDya

MAKNA CINTA
Penulis: Maria Alina
512 mukasurat
RM19.90
ISBN: 978-983-124-449-4


Sinopsis:


SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya. Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.


Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.


Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.


Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.

------------------------




GERIMIS RINDU
Penulis: Meen Zulaikha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-461-6
Harga: RM19.90

Sinopsis:

AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.

Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.

Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!




-------------------------------

Tajuk:Memori
Penulis: Naz Areesya Ameen
Penerbit:Buku Prima
Cetakan Pertama:2009
503 mukasurat
isbn:978-967-5234-68-2
harga : RM18.90
sabah /sarawak: 21.90


"Telaga cintaku telah kontang saat kau lontarkan sengsara ke dasarnya"

blurb/sinopsis:

Karya Terbaru Novelis Selumbar Kasih

Dia hanya berdoa agar suaminya itu bertemu dgn kebenaran suatu masa nanti. Dia rela menanti walaupun seribu tahun lagi. Kerana cintanya buat Zainuddin seluas lautan yg terbentang luas - Suhairah

Semakin dia berusaha utk melupakan Suhairah, semakin menggebu-gebu kerinduan di dadanya. Semakin dia berusaha utk membenci Suhairah, semakin dia rasa terseksa - Zainuddin


Abang mencintai Su, walaupun abg tidak pernah memiliki diri Su. Abang boleh jadi sesiapa sahaja utk Su. Dan abang akan sentiasa ada untuk Su di saat susah dan senang. Itu sudah cukup untuk buat abang bahagia - Haidar


"Dah terlambat bang. Kalau dulu, Su menanti. Su harap abg akan kembali. Su dahagakan kasih sayang abang. Tapi...abang tinggalkan Su. Abang jatuhkan hukum sebelum Su diadili " - Suhairah

------------------------
Dua org wanita yg begitu dekat dgn seseorg menjadikan bahu saya sebagai sandaran di saat mereka dilanda krisis rumahtangga membuat saya selalu berfikir. Kadang2 mentafsir dan mencongang tentang jumlah wanita senasib dgn mereka di luar sana. Kerana itu, terdetik di hati saya utk menulis kisah ini. cinta itu indah. Cinta tidak sesekali menjadikan kita lemah sehingga membenarkan diri kita diperhamba atau diseksa sesuka hati. Cinta perlu diletakkan pada tempatnya agar ianya terus bermakna dan berharga di mata setiap insan. cinta tercipta utk setiap makhluk di dunia. MEMORI adalah novel kedua saya setelah novel pertama saya berjudul SELUMBAR KASIH bersama Buku Prima, semoga anda terhibur membacanya ~Nas Areesya Ameen
------------------------

blurb/sinopsis dari website buku prima:

Dia telah berusaha menjadi seorang isteri yang sempurna untuk seorang suami. Dia tidak pernah merungut tatkala tanggungjawab rumahtangga terbeban di bahunya seorang, bahkan dia rela menjadi hamba untuk seumur hidupnya demi seorang lelaki bergelar suami. Haruskah dia menyerahkan kasihnya yang masih bersisa di dalam hati? Atau, dia harus memberi kepada yang lebih berhak memiliki?

---------------
Tajuk : Dimensi Cinta
Penulis : Nora Fuad
Penerbit KarnaDya
Cetakan Pertama: 2009

"Pahitnya menjadi ubat
Manisnya menjadi racun
Demi cinta kutelan keduanya"

Sinopsis:

Sukar membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrabnya dan unik nilai persahabatan antara Lukhman Hakim dan Zaid Harith yang terbina sejak kecil. Mempunyai hampir segalanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman milenium ini, kedua-duanya hanya perlu mencari cinta bagi melengkapkan jiwa Adam mereka.

Zaid Harith terlebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Nilai cinta Zaid ada pada VilaCinta impiannya. Lukhman sebaliknya menyimpan hati denganNur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Kedua-dua rakan baik itu jatuh cinta kepada gadis cantik bernamaNur Suraya itu. Gadis itu kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Dia menjadi keliru dalam menentukan pilihan hatinya.

Siapakah pilihan Nur Suraya? Adakah Lukhman? Atau Zaid? Atau Taufik, kekasih lamanya? Apa ada pada cinta? Cukupkah sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.

Tuesday, August 25, 2009

Program Jualan Buku @ PNM Edisi Merdeka


Program Jualan Buku @ PNM

Edisi Merdeka 52 Tahun



Tarikh: 29 - 30 Ogos 2009(Sabtu & Ahad)

Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang

Lokasi: Perpustakaan Negara Malaysia



Program Menarik:



1. Jualan Buku

2. Jualan buku terbitan PNM

3. Kempen Keahlian PNM

4. Kempen Kelab Membaca Sinar Pintar

5. Tayangan Wayang Patriotik

6. Pertukaran Buku

7. Buku Untuk Anda

8. Demonstrasi Seni Khat/Kaligrafi

9. Pemuliharaan Buku

10. Pameran Buku Kemerdekaan


Semua dijemput hadir



Novel baru Kaki Novel, Fajar Pakeer dan Alaf 21













Tajuk: Dengan Sepenuh Hati
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan pertama 2009
"Sekali jatuh cinta, selamanya kekal cinta"

Ashiqah sukakan Fahmy, seorang pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu jugalah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan lima yang juga merupakan adik tiri Fahmy.


Episod perlanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat berwarna merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sebagai alasan untuk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.


Persahabatan yang bermula dari zaman persekolahan, membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia kepada persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.


Sebenar-benarnya, siapakah yang paling layak, menerima cinta Ashiqah? Siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati




Tajuk: Rindu Untuk Dia
Penulis : Dhiya Zafira
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2009


Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong
Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa
Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa
Dari website Dhiya Zafira:


sneak peek 1:
Kata Amie,

Mimpi kita serupa. Menganyam rindu, kasih dan cinta ini bersatu agar di satu hari nanti kita mampu bersemayan di takhta singgahsana bahagia. Namun kini, aku tahu semua itu hanya mimpi belaka. Bila aku terjaga, aku sedar bahawa hidup ini tidak seindah yang dijangka. Bahagia yang didambakan ternyata bukan milik kita. Rindu yang belum berhenti sudah terpadam marak cintanya. Tegakah aku melepaskan sebuah cinta?

Kata Jad Imran,
Bertemumu menjadikan mimpi aku sempurna. Mencintaimu melengkapkan hidupku. Aku pantas mahu menjadi lelaki terbaik buatmu. Namun, kehilanganmu membuatkan aku rasa berdosa. Engkau menjadikan aku lelaki yang lara. Engkau pendusta. Engkau khianati cinta kita. Engkau musnahkan segala impian yang dibina bersama. Engkau...! Yang masih aku cinta. Selamanya.

Kata mereka,
Bila seseorang itu ketawa tidak semestinya mereka gembira. Mereka menangis bukanlah bererti jiwa lara. Pandanglah!Renungkanlah! Selami hati ini dan kau akan temui jawapannya. Kebenaran kadang kala tidak terlihat dek pandangan mata kasar. Ia seperti cinta...hanya dirasai dengan hati. dan cinta juga datang dengan lembut tanpa disedari.

p/s - ini bukan sinopsis / blurp novel yang sebenar
sneak peek 2:
Seminggu sebelum perkahwinan, mereka terpisah....5 tahun berlalu, mereka bertemu dalam keadaan yang tidak akan pernah mereka jangkakan....

Pertama kali menatap wajah Amie, Jad terpaksa akur, Amie tidak pernah hilang dalam ingatan. Walaupun Amie meninggalkannya bertahun dahulu namun dia tidak dapat menafikan bahawa Amie tetap agung dlaam hatinya. Namun Jad akur, sedalam mana dia mencintai wanita itu, dia tidak mempunyai hak itu lagi. Hak...yang telah diberikan kepada insan lain. Hak...yang diragut tanpa kerelaan.
Amie pergi membawa kisah duka yang berpanjangan. Menyimpan seribu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Mengusung dendam yang tidak berkesudahan. Lima tahun membawa diri ke ALhambra rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad Imran. RINDU UNTUK DIA kembali membawanya pulang.
Namun kepulangannya ternyata satu kesilapan. Ada insan yang memerhati dalam diam. Ada insan yang menyimpan dendam. Ada insan yang tidak senang akan kehadirannya. Ada insan yang mahu dia kekal memamah derita.
Bersama Jad, Amie meganyam impian. Di sisi Jad, Amie kembali menemui harapan. Berdua mereka tekad menempuhi dugaan yang datang namun mampukah mereka merampas semula kabahagian yang dinafikan?
p/s - ini bukan blurp novel yang sebenar

Sunday, August 23, 2009

Review 18: Biarlah YM Berbicara by Hanni Ramsul


Biarlah YM Berbicara
Penulis: Hanni Ramsul
Terbitan Kaki Novel
Cetakan Pertama: 2009
RM20.00
Sabah /Sarawak: RM23.00
582 mukasurat
isbn: 9789675067211


"Andai ada ingkar di hati, menepis wujud di sisi.Andai bibir kelu untuk dihujani bicara indah pada kemarau hati...Aku rela jemari menjadi pengganti menarikan irama indah cinta kita.Biarkan saja YM yg terus berbicara..."


Kisah manis! SEngih jer baca citer ni. TAk der lah konflik yg heavy sangat membuatkan kita tak pressure sangat semasa menghayati kisah ini. Biler baca blurb kat belakng novel ni, rasa macam citer serius tahap gaban, tapi biler baca, citernyer light and menyenangkan hati :)


Di permulaan kisah ini hubungan Diya dgn Charming dalam YM sudah mula erat dan sudah saling jatuh cinta. Di awal novel ni saya tak dapat rasa la keakraban Diya dgn Charming dan cara mereka bertukar-tukar bicara di ym seperti baru sangat kenal tapi kalau sampai tahap sudah terpaut tu mestilah dah lama ber ym tu. Dan bila dah tajuknya pun ada perkataan 'ym' maka banyak la lines ym dlm novel hingga terfikir, byk nyer masa free diorang ni nak berym masa keja sampai sempat jatuh cinta. Lepas dah feeling2 tu baru diorang stat berhubungan melalui telefon. Tak der plak scene menunjukkan diorang ni ber ym dari rumah sewa Diya tu. Masa kat kampung Diya baru ada online dari rumah.


Tetapi tarikan utama kisah ini adalah Diya dan bosnya Encik Firdaus. Watak-watak ini mempunyai chemistry yg bagus dan menarik hati. Kisah romantik komedi ringan ini tidak putus2 membuat kita tersenyum dengan telatah mereka. Firdaus, jejaka kota yg gentleman dan Diya, gadis desa yg terer panjat pokok.


Ramai sebenarnya yg bekenan kat Diya ni, tapi she decided to stay loyal to Charming yg tak pernah ditemuinya. Johan yg kecewa, menerima pilihan keluarganya. Abg Kamal pulak, masih berusaha memikat semula Diya yg sudah hilang kepercayaan terhadap dirinya sehingga Kamal tak perasan ada gadis manis lain yg cuba menarik perhatiannya.


Diya dalam dilema sama ada nak terus berjumpa Charming atau tidak kerana dia sudah semakin terpikat dengan bosnya En. Firdaus tu. Bila rahsia Charming terbongkar, Diya jadi terlalu malu utk menghadapi segala-galanya dan terus lari balik kampung.


Family Firdaus ngan Diya ni pun sempoi jer. Diya bersama ibu dan Atuknya, manakala Firdaus dgn parents nya dan adik2nya yg masing2 ada krekonya. Errr Atuk tu sebenarnya kucing. Sapa kawin ngan Diya terpaksa la bermadu dgn Atuk kesayangannya tu. haha.


Puan Junaidah dan Tuan RAshid tercengang jugak tengok bakal menantu perempuan diorang yg jelita tu lasak dan terer panjat pokok.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


ABANG KAMAL... Walaupun segunung cinta yg kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkah mu pada diri ini. Namun mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...


ENCIK FIRDAUS... Memandang wajahmu mengapa debar sering bertandang? cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yg tidak bertepi...


CHARMING... Siapapun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu.


AKU...Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yg satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini...

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan al Mubarak!









Nampaknya kita stat posa esok lah Sabtu 22 Ogos 2009. Jadi aku ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat berpuasa buat kawan2 semua yg sudi menjengah ke sini walaupun macam sunyi jer kat sini. hehe.
First day posa aku plan nak balik kampung lah dgn mak aku sekali. So kumpul ramai2 la kat rumah sbb dah cuti skolah ni. Adik2 aku 2 orang cikgu, so diorang bleh la balik. Skali-skala meriahkan rumah sebelum raya.
Tahun ni adik aku yg memang dok kat kampung nun, sibuk giler buat kuih. bukan kuih utk raya kitorang tapi dah amik tempahan sana sini dah. Aku kagum la dgn adik aku yg tu yg sentiasa bersungguh-sungguh menaikkan taraf ekonomi family dia. aku tau banyak dugaan menimpa dia setahun dua ni and she's a very very strong woman. Aku doakan semua yg terbaik utk kaksu suami isteri :) Aminnnn.
Lirik lagu yg berkumandang di telinga kalau masuk bulan ramadhan ni mesti lah lagu ni: Harapan Ramadhan :) nyanyian Raihan & Man Bai.
Ku mengharap kan ramadhan
kali ini penuh makna
agar dapat kulalui dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yg pantas berlalu
Hingga tak terasa
Ku berada di bulan ramadhan
Semula
Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dgn sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yg diperintahNya
Moga dapat kulenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti henti

Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan ramadhan...
Berlalu saja
Tuhan bimbinglah daku yg lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat ku lalui dengan sempurna
Ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna

Ku bermohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi Selangkah
Dengan rahmatMu Oh Tuhanku
Ku tempuh jua
--------------------
oklah... selamat menghayati ramadhan dlm erti kata sebenar dan byk bonus yg boleh kita kumpulkan utk bekalan akhirat kelak. Selamat mengumpul mata bonus ya!
sure fine whatever
rinn

Wednesday, August 19, 2009

Review 17: Chinta by Norhayati Berahim





Tajuk: Chinta
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan NB Kara
Cetakan PErtama: 2008
isbn: 9789675229022
RM24.90
Sabah/Sarawak: RM27.90
728 mukasurat


"Rahsia itu dipendamnya sehingga menyakitkan dirinya sendiri"


Tak kira berapa banyak kali Norhayati Berahim mengetengahkan tema kekeluargaan, ianya tetap mempunyai tarikan tersendiri.


Chinta hidup dlm keluarga serba sederhana, tetapi tanpa pengetahuannya, dia merupakan anak angkat, hanya anak saudara kepada Makcik Molek dan Pak Cik Kamal. Dia heran mengapa Pakcik Kamal selalu mencari salahnya. Kesalahan kecil tetapi hukuman sehingga ditampar, dibelasah. Rodin yg pemalas pulak ditatang, disayang.


masa chinta kecik, part dia kena sepak terajang ngan pakcik kamal buat aku nangis. huhu.. sedih siot!!! and bila dia dah keja pakcik kamal ngan chinta buat aku nangis juga especially part pakcik kamal tersentuh dgn ingatan chinta pada dia dan selalu berkirim duit pada dia walaupun dia tak penah mintak.


Kebencian yg dibalas dgn kasih sayang oleh Chinta memang menyentuh hati, terharu membacanya. Kasih sayang itu telah mencairkan hati batu Pakcik Kamal walaupun ianya mengambil masa bertahun-tahun. Chinta sangat sabar tetapi dia bukan jenis hanya berserah pada takdir, dia ada perjuangan dan pendirian sendiri membuatkan watak Chinta sangat kuat.
Chinta sayangkan Saiful dan ibu bapanya yg buta, namun harta dunia telah membutakan mata Saiful lalu Chinta disingkirkan dari hidupnya.


Raja Akid ada cerita tersendiri. Dia jejaka tampan yg ada konflik jiwa. Ibunya yg sedang asyik berasmaradona dengan lelaki lain telah terkantoi dek Akid. Akid yg masih muda terkesan dari segi emosi akibat peristiwa itu. Dia jadi benci dan jijik dgn perempuan, kecuali Jessi... dan sekarang, kecuali Jessi dan Chinta.


Pakcik Kamal menghembuskan nafas terakhir dgn rasa benci pada Rodin dan kasih sayang menggunung pada Chinta. Angkara Rodin menyebabkan rumah dan tanah (yg sepatutnya milik Chinta) tergadai. Raja Akid muncul menawarkan diri sbg penyelamat namun ada syaratnya, Chinta mesti jadi isteri Akid. Setelah menjadi isteri Akid barulah Chinta tahu yg Akid mempunyai masalah emosi yg amat serius. Rasa benci dan jijik yg tersemai dek perlakuan ibu yang curang membuat Akid kaku ketika memesrai Chinta. Bayangan kecurangan ibunya membuat Akid tidak pernah menghabiskan apa yg dimulakannya.


Chinta bimbang dgn keadaan Akid dan cuba mencari penyelesaian dgn bantuan doktor. Akid ni sekali pantang disebut tentang ibunya dia akan hilang kawalan dan jadi sangat pemarah. Namun Chinta cuba memecahkan kebuntuan itu. Rasanya citer ni sesuai la ada adegan 'blushing' tu sbb significant dgn jalan cerita. :p Yer lah, doctor's order.


Ending yg sangat memuaskan hati! Misteri kelahiran Chinta, kemunculan semula ibu bapa Chinta. Ibu dan bapa Saiful terjaga walaupun hubungan dgn Saiful telah putus. Walaupun akak abrupt semuanya dihimpun di betul2 hujung cerita, tapi ada kepuasanya membaca karya ini :)
p/s bagi siapa yg memiliki copy Chinta yg ada masalah binding, boleh kembalikan ke NB Kara ye? Sbb yg saya ni pun mcm tu jugak.


sure fine whatever

rinn


sinopsis/blurb:



Zahirnya dia lelaki yg sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada yg tahu dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yg menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yg bernama Raja Akid itu tidak penah percaya pada cinta. Bahkan dendam yg berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai suatu saat, gadis yg bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.
Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yg disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya... hanya Raja Akid sahaja yg boleh menjawabnya.



Sisipan MEGA Utusan Malaysia 19/8/2009
















Tuesday, August 18, 2009

Akan datang dari Fajar Pakeer dan PTS Litera





Tajuk: Lukisan Jiwa
Penulis: Madihah Adam
Harga: RM17.00
Sabah Sarawak : RM19.00
Isbn: 978-983-3892-49-5; 9789833892495
Tarikh Terbit: 9 September 2009 ;
392 mukasurat
Penerbit PTS Litera


Nur Cahaya mahu melukis jiwa dengan sederhana, namun manis. Namun hal yang sederhana itu, tidak mudah untuk melakukan semua itu pada saat hidupnya didatangkan ujian hidup yang mencurah bagaikan hujan.


Nur Cahaya tahu, selepas hujan, pasti Tuhan mendatangkan pelangi, namun, hujan itu tetap juga sampai ke petang. Lalu, mampukah Nur Cahaya terus menunggu, hingga hujan berhenti, ataupun tetap melukis jiwanya dalam hujan yang tidak kunjung reda.


Nur Cahaya, gadis cekal, mewarnai hidupnya dengan lukisan kanvas dalam jiwa. Menyendiri dalam mengenali kasih sayang bersama atuknya. Namun ayahnya yang dikasihi dipenjarakan kerana tuduhan mengedar ganja. Atuknya yang buta hilang kerana perebutan harta oleh ibu tirinya. Cahaya mengecapi amarah dan herdik ibu tiri, namun nasihat dan azimat atuk menjadi kekuatan. Cahaya mencipta warna warni bersama persahabatan dan dunia lukisannya. Tuhan sentiasa menguji seorang insan!. Hidupnya diwarnai kembali dengan kehadiran seorang lelaki misteri yang membantunya mengenali rasa cinta dan kasih sayang kepada Ilahi. Perkahwinan muda menguji rumahtangga. Cahaya dan Shafi’e membuktikan kesederhanaan adalah kebahagiaan. Allah memberikan dugaan…., ibu Shafi’e lantas menjadi penghalang mencipta restu. Keteguhan, keyakinan, dan hidup bermatlamat Tuhan menjadi dorongan Shafi’e kepada Cahaya. Cahaya sentiasa diuji, sehingga dia menjadi isteri yang mengetahui maut suami sendiri. Benih di alam rahim memberi bahagia, namun dia sedar, Allah lebih menyayangi Shafi’e...


Mampukah Cahaya mencipta bahagia? Mampukah Cahaya bersama puteri kesayangannya meneruskan hidup dengan dibayangi cinta suaminya? Aizul, lelaki yang menagih kembali hatinya…..Dia reda meski kenangan bersama suami menjadi kekuatan. Kepada Tuhan dirinya berserah...

------------------

Tajuk: Dari Mata Ke Hati
Penulis: Syima Syawal
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


“ Begitu mulut berkata benci,
Nun jauh di hati rindu menggebu”


Dia pernah jatuh cinta, malangnya cinta itu hanya kasih bersaudara. Ditutup pintu hati untuk insan yang bernama lelaki. Bukan dia berputus asa dan bukan jua ingin menolak takdir daripada Ilahi. Tetapi yang paling ditakuti adalah rasa kecewa.
Namun, pintu hatinya diketuk jua tatkala jejaka bernama Ghazi Harith Idhar, mengetarkan jiwanya. Sikap ambil berat dan huluran cinta yang benar-benar ikhlas membuai perasaan Zureen sehingga mereka membawa langkah ke jenjang pelamin.
Kasih itu teruji lagi bilamana suami yang dikasihi tidak hadir di hari persandingan. Lelaki itu juga terus hilang daripada pandangan mata. Bagaikan hilang sebahagian nyawanya, Zureen keresahan dan sinaran hidupnya sudah tidak berseri lagi. Akhirnya, di mahkamah jua mereka bertemu.
Tapi… mengapakah lelaki itu langsung tidak mengenalinya? Benarkah lelaki itu tidak mencintainya lagi?
---------------------

Tajuk: Cintai Aku Kekasih
Penulis Fateen Najwa
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


“Bunga-bunga rindu jangan dibiar layu...”


Setiap detik yang berlalu, Atilia dan Naufal terseksa, namun penyeksaan itu tidak akan serupa sama sekali. Atilia dengan kemelut yang melanda diri, bagaikan tiada kesudahan dan Naufal jadi bingung, tertanya-tanya dengan kedinginan isterinya.Atilia, cintailah abang seperti mana abang mencintai Ati. Atau kalau Ati tak boleh cintailah abang seperti Ati inginkan.Suri tidak pernah sangka akan mencintai lelaki yang akan menjadi abang iparnya. Hatinya sakit, jiwanya merana. Naufal yang dicintai sepenuh hati memilih Atilia berbanding dia. Namun dia ada Blueberry sebagai pengubat.Namun, mungkinkah cinta Buleberry juga untuknya? Adakah setiap sajak itu punya makna khas buatnya, atau sekali lagi dia mencintai orang yang salah?

Review 16: Ombak Bukan Biru by Fatimah Busu







Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Terbitan Semula: Pekan Ilmu Publications
Cetakan pertama 1977
Diulang Cetak 2008
RM18.90
isbn: 9789675106156
374 mukasurat



.
"Novel merentas Dekad"



.
Karya klasik yang cukup popular. Tak sangka pulak aku berjaya dpt dan membaca nya. Thanks to Pekan Ilmu Publications kerana menerbitkan semula karya ni yg asalnya diterbitkan pada tahun 1977 oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Ada jugak terbaca di beberapa ruangan yg menyatakan hasrat utk memiliki novel lama ini. Bagi yg tercari-cari, boleh la dah dapatkan di pasaran. Saya dapat copy ni dari kedai buku yg kat Pertama complex tu.




.


Memang novel ini telah merentas dekad dan ceritanya tidak terasa lama atau ketinggalan zaman. Kemodenan 70-an dan kekampungan org melayu 70-an masih ada juga yg mirip dengan zaman sekarang ini. Tidak terasa seperti zaman itu ketinggalan. Tapi part Imrah kena blasah teruk ngan bapak dia sbb kawin dengan Joe tu memang sadis la. Sian dia. Tapi nak buat macam mana, Imrah pilih selasih dan bukannya nasi lemak dan buah bidara. huhu...
.




Imrah, seorg guru muda yg cintakan Yamin, namun Yamin mencalarkan cintanya apabila keluar dengan Rubiah. Imrah mengaku dia typikal dan cemburu benar. Lalu Yamin dihumban ke longkang walau Yamin telah merayap keluar dari longkang dan merayu cintanya.
Perkenalan dengan cik Celine menerbangkan dia ke Pulau Pinang dan ke dakapan kasih Joe Lawrence. Imrah dikuasai cinta sehingga minda dan tubuhnya sakit apabila Joe tiada di sisi. Dia terlalu taksub dgn cinta Joe sehingga semuanya sanggup ditinggalkan.






.


Joe sanggup mengorbankan agamanya utk menjadi halal buat Imrah, namun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga Imrah. Imrah yg paling dikasihi telah menconteng arang ke muka keluarga terhormat apabila bercinta kasih dgn lelaki kristian. Imrah dihumban, Imrah dibalun, Imrah dicerca. Kini Imrah cuma ada Joe. Onar Imrah telah mencabut nyawa ayahnya. Dia kembali dan cuba menyulam Joe ke dalam keluarganya namun kakaknya yg mulut lazer sentiasa mencerca dan berprasangka buruk.


.


Kesian.


.


Endingnya seperti tergantung tapi terasa adil pulak pada Imrah kerana menurut kata hati yg jatuh kasih pada Joe. Setelah membuang keluarga, dia kehilangan Joe dan paling sedih, dia kehilangan Shahril yg menjadi penawar duka. Namun, Imrah adalah seorang wanita yg tidak jemu membina harapan, membina impian, membuat kita pun terfikir impiannya mungkin jadi nyata kerana Joe masih ada, cuma bukan di sini.
.



sure fine whatever
rinn
.


sinopsis blakang buku:

.

Imrah bangkit berdiri dlm satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih dlm lingkungan tradisi kampung yg bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh dengan amalan adat resm org2 tua, tetapi dgn menggunakan kekuatan yg luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yg diamalkan dikota-kota yg telah diresapi oleh unsur2 luar dgn kakinya yg sebelah lagi. Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah utk mencantumkan 2 impian kehidupan yg bercanggah ini adalah ombak2 yg menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorg perempuan, dia memulakan perjalanan baru yg bertolak dari satu soalan, 'Di manakah penyudahnya hidup seorg perempuan?'

Sunday, August 16, 2009

Review 15: Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi




Tiga Ceritera Dalam Sebuah Pelangi
Penulis: Syud, Hlovate, Noor Suraya
Terbitan Jemari Seni
Terbitan Pertama Tahun 2009
Harga: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
isbn: 9789675118241
630 mukasurat


Selepas Gurindam Jiwa dan Kebun Mimpi, lahirlah Tiga Ceritera yang ketiga dari Jemari Seni, Pelangi :)


Ceritera 1: Pelangi by Syud
“Dia seperti sesuatu yg berwarna warni tetapi tidak semua orang Nampak. Dia macam… pelangi.”


Selepas 'Tentang... Dhiya' dan 'Tas Merah Jambu' (Kebun Mimpi), aku dapat simpulkan yang karya ketiga ini Syud menunjukkan kematangan dalam watak-watak yang dilakarkannya. Manisnya tetap ada dan masih ada scene2 cheeky yg membuat kita tergelak senang. Konflik emosi dan kepercayaan diletakkan sbg isu dalam kisah cinta ini. Sesuatu yang biasa kita dengar dalam mana2 karya. Biasa, tapi Syud menanganinya dengan baik dan berjaya memanipulasi situasi perasaan watak2 utama dlm cerita ini utk membuat kita turut sama berdebar menanti pengakhiran kisah Iman-Usamah ini.


Saya meletakkan cerita ni dalam kisah cinta selepas kahwin. Iman dan Usamah belajar utk saling menerima kebaikan dan keburukan masing2, namun bila ada rahsia yang pada mulanya tak terluah, ianya membuatkan kepercayaan Iman pada Usamah goyah. Tambah2 Usamah sendiri tidak dapat membuktikan yg dia tidak bersalah. Usamah didakwa mempunyai anak lelaki bersama Syaz, makwe lamanya. Usamah sendiri tak penah ingat pernah intim sampai ke tahap itu bersama Syaz, tapi anak itu terlalu mirip wajahnya, malah ujian DNA juga positif! Hmm macam mana Usamah nak keluar dari kemelut yg mcm ni? Tak sangka Iman yg terlebih dahulu dpt memecah kebuntuan apabila terserempak dgn anak seiras Usamah itu, dan ternyata Usamah perlu dibela. Banyak lagi liku2 hidup Usamah-Iman yg interesting utk kita susuri tambah2 masa diorang mula2 kena kawin tu... macam set2 kawin paksa la. Aku mesti nak tergelak kalau teringat part diorang nak lawan pijak kaki tu. peh tu kantoi ngan mak mertua pulak. hehe.


Novel akan datang dari Syud: Untuk Awak Teja Aulia
---------------------------------

Ceritera 2: Ked's Story by Hlovate
“Cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu… masuk akal ke?”


Masa mula-mula baca Ceritera 2 ni aku macam blurr sbb rasa macam sepatah apa pun tak paham. ramp, deck, kickflip bla bla.. apokobondo aku tak paham. haha.. last aku cari permulaan ceritera 3 and sampai la last page ceritera 2 tu ada la dia tunjuk jenis-jenis deck dan juga bahagian2 penting skateboard. haaa baru aku ngerti sikit2. lepas tu baru la pembacaan aku lancar. sbb aku ni jenis kalau baca benda yg aku tak paham, memang jadi mengong mcm nyamuk kena spray ridset.


Membaca kisah budak2 skater ni buat aku rasa tua lah. Haha.. memang citer budak2 muda huha huha. Kisah cinta yg diselitkan adalah antara Ked dan Nawal. Ked suka kat Nawal tapi Nawal mempunyai perspektif sendiri terhadap jejaka2 skater yg dianggap romeo tapi Ked bukan lelaki yg macam tu, so dia cuba utk prove kan siapa dia pada Nawal supaya mendapat tempat istimewa di hati Nawal. Sesi-sesi dating Hadi-Diana menjadikan Ked dan Nawal semakin mengenali antara satu sama lain. Nawal hanya menyedari yg dia betul2 sayangkan Ked setelah mendapat berita mengejutkan dari Fudge, “dia dah tak ada”. Fudge tu pandai la wat gempak, aku pun tekejut, tambah2 Nawal tu tentu dah macam nak pengsan.

Kat akhir citer ni ada nota: Untuk mengetahui kesudahan kisah Ked dan Nawal serta kisah sebenar Minn dan AO, pastikan anda tidk ketinggalan mendapatkan Versus, projek Hlovate selepas ini.


------------------
Ceritera 3: Rumah Kecil di Ujung Padang
“Akukah kunang-kunang yg dilupai orang tika mentari menyinsing?”


Aku rasa Rumah Kecil di Ujung Padang ni mengembalikan Noor Suraya yg aku tunggu-tunggu. Hehe. Bukannya apa, rasa mcm dah lama tak baca cerita dia yg macam ni. Mengembalikan kenangan kepada buku-buku Noor Suraya dengan CESB yg aku suka.


Kisahnya tentang Durrah yang baru mengetahui dia sebenarnya anak angkat dan bapanya berada di Indonesia. Frust dgn abg keluarga angkatnya yg tak jadi kawin dengan dia, dia membawa diri ke Indonesia untuk bersama keluarga ayahnya. Mungkin dia terpikat pada jejaka doctor haiwan, Mas Heru yg dok kat Rumah Kecil di ujung padang tu sbb dia mengingatkan Durrah kepada Haiqal. Tapi Mas Heru tu plak syok kat adik tiri Durrah. Aduih.. kesian betui kat Durrah. Dia frust lagi, so dia lari balik Malaysia pulak. Huhu… nasib baik ada tempat nak lari pi lari mai. Kali ni macam dia dah tak bleh lari sbb dia nekad nak mintak mak dia pinangkan sorang jejaka yg dia bekenan utk dia sebelum jejaka tu kawin ngan orang lain… siap sabotaj baju kawin lagi ha. kalau frust, mana dia nak lari lagi. Hehe.


Novel akan datang dari Noor Suraya: Jaja & Din


blurb:


Tiga ceritera berwarna-warni dalam sebuah pelangi...


Ceritera I
PELANGI-SYUD


Iman bukan pelangi awak. Iman cuma Iman. Iman tak cantik macam pelangi... Tapi Iman tetap ada kat sini walau pelangi dah pergi...


Menjadi anak yatim piatu pada usia muda bukannya bermakna Iman Aisyah tidak berani hidup sendiri apalagi berdikari. Cuma kalau tiba-tiba ada yg melamar, apa salahnya kalau dia menerima, kan?


Ceritera II
KED'S STORY - HLOVATE


Khalid Faizal... Ked... Hadiah... Nawal
a lady... a romeo... a skater
Florida-Virginia... Malaysia-USA


Hadiah deck daripada gadis tak bernama membuat dia gelabah.
Macam mana budak perempuan FELDA tu tahu tentang skate?
FELDA Florida barangkali, sebab budak berbaju kurung tu kenal juga Bruce Walker!


Kalau nak diikutkan logik... cinta pandang pertama dan cinta antara benua tu... masuk akal ke?


Ceritera III
RUMAH KECIL DI UJUNG PADANG - NOOR SURAYA


Akukah kunang-kunang yg dilupai org tika mentari menyinsing?


"...papamu jadi bimbang kalau sapi-sapi itu mencintai aku lebih daripada dia," Kata doktor veterinar itu sambil tersenyum.
"Semua org bilang mas sangat pendiam."
"...tetapi tidak dgn gadis yg aku suka."


Gadis yang aku suka?


Durrah selalu melarikan diri jika hatinya tercalar. Masihkah dia perlu 'berlari' jika hatinya sudah tersangkut pada penghuni rumah kecil di hujung padang ini?

Review 14: Tirai Semalam by Adriana Zahra


Tirai Semalam
Penulis: Adriana Zahra
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2009
RM17.90
isbn: 9789675234217
407 mukasurat
.
"Kau datang tanpa dijangka, kini kau pergi tanpa diduga..."
.
Jauh perbezaan rasanya bila saya baca dua buku prima dalam jarak masa yg dekat sebegini. Selepas membaca Dalam Hati Ada Kasih, saya rasa berkobar-kobar nak baca satu lagi buku terbitan Buku Prima, so saya capai Tirai Semalam di rak. Berlainan sekali penghayatan saya.
Saya sedikit rimas dengan kronologi cerita yg berterabur. PEnceritaan tak ada masalah cuma saya agak bingung dengan timeframe yang dilatarkan utk setiap bab novel ini.
.
Bila masa present, bila masa past, bila flashback dan bila kejadian semasa. Berhempas pulas jugak saya cuba menghabiskan dan memahami cerita ini kerana ceritanya ada tarikan. Lagi satu yg membuat saya rimas, penggunaan bahasa inggeris yg terlalu banyak, dan kelihatan spt banyak betul kesalahan dalam ayat2nya. errr saya ni tak der la reti sgt bahasa inggeris tapi saya dapat rasakan ada ayat yg tidak kena. Saya rasa ini bukan kali pertama saya rasa begini apabila membaca ayat2 bahasa inggeris dalam novel2 terbitan Buku Prima. SAya tak pasti sama ada Buku PRima ada editor utk bahasa inggeris atau tidak spt Alaf 21, rasanya kalau tak ada, baik elakkan penggunaan bahasa inggeris yg terlalu banyak kesalahan bahasanya. Utk novel ini, saya rasakan kalau digunakan keseluruhan bahasa melayu mungkin lagi cantik dan menarik. Ia tidak memberi signifikasi kepada cerita. Bagi saya bahasa melayu yg digunakan penulis ini lebih mendalam dan penuh penghayatan berbanding bahasa inggeris.
.
Ady, Luqman, Poji, Royman, Yashu dan Danish adalah lelaki-lelaki yg hadir dalam hidup Aini. Tidak semua dianggap kekasih, hanya Yashu yg saya nampak kukuh melekat di hati Aini sbg kekasih, namun Yashu yg romantis itu telah mencalarkan kepercayaannya. Tanpa disedarinya Royman menjadi dalang. Saya rasa tindakan penulis menyembunyikan Ady di dalam Yashu menarik sekali dan begitu juga cara Royman muncul dari dalam Danish sangat mengejutkan dan sweet jugak.
.
sure fine whatever
rinn
.
sinopsis belakng buku
.
”Terima kasih kerana kau sudi memberikan aku semua kenangan indah bersama kau sebelum ini. Dan terima kasih juga kerana bagi aku peluang untuk mencintai dan dicintai kau Aini. Aku takkan lupakan saat indah bersama kau ketik 'salji' kerinduan beraja di hati ini kita Aini” - Ady
Damai malam ini aku duduk merenung bulan yang tidak jua timbulnya, puas sudah aku memikirkan mengapa? Adakah ianya tidak sudi menjengukkan diri? Atau sudahpun ianya melarikan diri tapi man mungkin bulan itu berlari, mana juga mungkin bulan itu pergi, pergi jauh meninggalkan diri ini wahai Puteri Hati. Yashu.
Kembali dari langit... pandangan jatuh ke bumi yg terbentang di bawahnya. Menanti, menadah dan menghakhiri segala yg telah lepas terjadi... seperti akan kembali berulang sekali lagi... tidakkan sama seperti dahulu ia menanti kasih yg hilang berlalu.-Nur Qurratu'Aini
"Aku tak pasti macam mana nak jelaskan segalanya padamu Aini... betapa aku cintakan dirimu yg lengkap sebagai seorg wanita yg sempurna bagiku... sungguh sayu hati ini Aini. Mungkinkah engkau akan menerima aku lagi selepas ini?" - Danish.
----------
TIRAI SEMALAM terhasil dari pengalaman dan imaginasi saya semasa di Negara Matahari Terbit. Keindahan bunga sakura yg melambai-lambai dek hembusan angin mencetuskan rindu Aini pada Yashu Oshitaro. Dan juga cinta monyet kepada Aini dan Ady. Pada masa yg sama kawan baik Aini, iaitu Danish menaruh hati kepada gadis ini sejak mula-mula belajar di Negara Matahari Terbit. Namun takdir menentukan segalanya, kebahagian yg dinanti-nantikan Aini, musnah. Ady terlibat dalam kemalangan jalan raya dan dia turut terkorban. Aini hilang punca dan Danishlah yg banyak memberi semangat pada gadis ini. Sehinggalah Aini akur dgn ketentuan Ilahi. Apa yg ingin saya sampaikan di sini ialah cinta yg luhur dan murni tidak semstinya berakhir dgn kebahagiaan. Kita hanya merancang namun ALLAH menentukannya.~Adriana Zahra~

Review 13: Sigaraning by Imaen





Sigaraning
(Belahan Jiwa)
Penulis: Imaen
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789675118135
RM20.00
Sabah Sarawak: RM23.00
478 mukasurat



Cerita ini memang penuh dengan falsafah rasa yg mahu penulis kongsi dengan kita. Banyak teguran utk kita yg Imaen ketengahkan dalam novel ini. Ada yg membuat kita tersenyum sinis dan ada juga yg membuat kita rasa terpukul.


Dalam menyampaikan falsafah rasanya, Imaen menggunakan peristiwa Ali menjumpai wang 2 juta utk 'memegang' rasa curious pembaca bagi meneruskan membaca novel ini hingga ke muka surat terakhir.



Cerita mula2 yg masa Ali jumpa wang 2juta di Tanjung Malim tu membuat saya terimbas kembali kepada scene Suhaimi di tmn bunga bersama camcordernya dlm 'Bohemian'. Perasaan yg sama menyimbah ketika membaca scene itu, di mana bermulanya hidup Ali dan Suhaimi menjadi pelarian daripada gengster.



Ali Imran kelihatan seperti tak der la resah sangat dengan duit 2juta dlm simpanannya. Dia lebih resahkan sikap orang melayu sekarang, MusliMartnya, Salina dan Evey. So most of the time aku jadi mcm tak teringat dah kat 2juta yg dia jumpa tu.



Orang jahat dlm cerita ni digambarkan seperti mafia italia... tapi biler aku baca, aku rasa macam set2 villain citer tamil atau citer hindustan. Diorang dlm citer Sigarning ni ada kalanya menakutkan dan ada kalanya membuat kita rasa nak tergelak.



Kan kalau tengok citer tamil/hindustan villains yg jenis ada falsafah yg dia suka sebut berulang-ulang atau pergerakan tangan/badan yg menjadi trademark mereka (bak kata imaen, 'sek sek bom bom' versi orang jahat - haha aku suka la frasa tu.) atau mungkin aku rasa diorang mcm villain citer tamil/hindustan sb aku lebih banyak tengok citer2 tu daripada citer mafia Italy hehhe.. errr citer The Godfather aku tak penah tengok langsung! Errr naper ke Godfather plak peginya? Aku banyak dengar mengenai cerita ini dari filem "You've Got Mail" kalau tak silap The Godfather tu pasai mafia2 lah kan? *garu pala *



Aku rasa cerita thriller dan org jahat cerita ni lebih menarik daripada 'percintaan' antara Ali dan Evey.



Apa korang nak buat kalau gengster tu mai mintak balik duit 2juta tu tapi korang dah dermakan semuanya sekali? How do you get out of that? haaa baca la buku ni kalau nak tau apa tindakan Ali Imran tu.



Salina adalah cinta sejati buat Ali tapi Salina dah tak nak kat dia. Puas dia merayu, sampai tahap kena tangkap polis, Salina tetap tak nak kat dia. Evey semakin mesra dengan Ali dan bagaimana mereka boleh mesra apabila satu masa dahulu Ali pernah mengangkat tangan utk menampar Evey kerana menganjurkan konsert jingkling nona di malam israk mikraj? :)
Baca la utk tau kisah yg terkandung padat dalam novel ini.


sure fine whatever

rinn



sinopsis belakng buku:
Kami hanya dua jiwa yg terpapas ketika menunggu kereta api di sebuah halte kehidupan tinggi. Aku lelaki yg akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yg telah membeli tiket kereta api malam. Perjalan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya.
Perkongsian yg kami panggil 'cinta' itu sebenarnya saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula begerak, kami semakin berjarak. Hanya bayanganya yg melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyuman manisnya masih terlekat di jendela hati.




Aku bukanya muncikari yg menjual jiwa kepada iblis utk hidup mewah.
apa yg harus dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2juta dan tas 'harta berharga'? Terhormatkah jika 'dipinjam' sebentar dgn niat akan memulangkannya kemudian nanti?
Kasihan Ali Imrah, tauke Pasar Mini MusliMart yg diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara 'pinjaman' tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yg dpt menolong selain daripada Dia!



IMAEN menulis utk mereka yg sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis utk anda, yg menanti karya thriller dlm bahasa nan indah.


Saturday, August 15, 2009

Review 12: Sutera Kasih by Nur Hazma




Tajuk: Sutera Kasih
Penulis: Nur Hazma
Penerbit: Utusan Publications
Cetakan Pertama 2005
813 mukasurat
Harga RM31.50
isbn: 978967617243
.
"Sehangat kasih bersemi... Semurni cinta di hati"
.
Aduh! Buku tebal! Aku jadi tak kisah dgn harga atau tebalnya sbb sudah tertark dgn nama pengarang di kulit buku :) Aku memang tak lepaskan peluang utk baca karya penulis ini bila ada peluang.
.
Bagi saya Sutera Kasih tidak mengangkat tema baru. Ia adalah satu kisah yg biasa kita baca dan Nur Hazma ada cara tersediri menyampaikan kisah ini. Memang tak terasa ketebalan buku ini, tengok2 jer dah abis. Aku rasa kisah ini menarik walaupun tidak menampilkan kelainan. Ianya mungkin mudah termixed dgn kisah2 lain yg selari dgnkisah ini.
.
Sutera Kasih adalah tentang Alia, anak yatim piatu yg bekerja sebagi pembantu rumah setelah teraniaya oleh keluarga bapa saudaranya. Majikannya, Pn. Sofiah sangat baik hati dan melayannya dgn baik sekali, tidak seperti 2 anak lelaki dan suaminya, Tn. Zakaria.
.

Kelembutan Alia memikat hati Faris yg baru putus tunang dgn Emelda. Namun Farhan spt tidak tesentuh dengan kehadiran Alia, dia sukar menerima Alia sbg pembantu rumah keje nya asyik maaarah saja. Semua perkara tentang Alia dianggap tak betul dan dipandang hina. Sikap playboy Farhan mendapat balasan setlah ditipu Baizura kerana Farhan pernah cuba menodai sepupu kesayangannya. Satu kemalangan telah meragut keupayaan Farhan utk berjalan.
.
Alia tabah melayan Farhan yg byk songeh tu. Kesabarannya akhirnya memikat hati Farhan. Farhan tidak tahu yg Alia dan Faris bercinta secara rahsia dan menyatakan hasrat utk memperisterikan Alia. Alia keberatan kerana dia lebih menyintai Faris. Farhan tu tak dpt menerima kenyataan yg Alia tak mau kat dia. Faris tidak mahu memberi tekanan perasaan kpd Farhan lalu meminta Alia menunaikan kehendak Farhan. Aduih... jenis lelaki mcm ni la yg den tak bekenan. Memikirkan hati orag lain daripada hati makwe sendiri.
.

Walaupun watak Farhan sangat-sangat menjengkelkan, tpai dia cepat meluahkan perasaan cintanya dan tidak merahsiakan perkara itu dari orang lain. Tak macam Faris tu yg risau tak tentu pasal. Hasrat Farhan direstui Pn. Sofia.
.
Saya sangat rimas dgn cara Faris mengawal keadaan sehingga jadi sangat tak terkawal. Dia lebih pentingkan perasaan adiknya daripada perasaan kekasihnya, mudahnya nak passing2 awek kat adik. Aku agak kurang senang dengan kisah sebegini. ni dari segi taste cerita saja ye. Citarasa peribadi jer nih.
.
WAlau apapun penyampaian Nur Hazma emang membuat kita tak sabar nak menatap muka surat terakhir.
.
sure fine whatever
rinn
.
sinopsis belakang buku:
Terasa marak dan membara cintanya kepada lelaki itu. Mana mungkin dgn mudah melupakannya dan menyerahkan cintanya kepada orang lain. Teringat akan perintaan Faris, agar dia menerima cinta Farhan, hatiya beralun seperti ombak deras. Sekeping hati bukannya boneka yg boleh dicampak kepada sesiapa jua.
.
Senyumnya mengundang hiba. Bagaimanakah mahu dijawab persoalan itu? Tidakka segala apa yg pernah dilalui besama adalah jawapan sebuah kekecewaan? Mana mungkin dapat diterima dgn senyuman tulus apabila harapan yg dibina lebur dan berkecai sebelum waktunya.

Review 11: Diusik Sayang by Siti Zabeha Ibrahim





Tajuk Diusik Sayang
Penulis: Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2005
Harga: RM25.90
582 mukasurat
isbn: 9789838936194
"Bukan sekadar memandang, menyebut namamu pun aku tak mampu, terderanya aku kerana mencintaimu..."
Dah beberapa bulan jugak aku dok hunting buku ni tapi tak dapat2.. akhirnya bertemu jua... :) Bagi aku kisah ini menghiburkan dan interesting walaupun pelik perempuan jadi driver peribadi tapi logiknya ada apabila majikannya adalah pasangan suami isteri yg sudah berusia yg kesunyian di rumah besar, manakala si gadis adalah graduan menganggur (yg merahsiakan kelayakannya yg sebenar) yg merindui atuk dan neneknya yg telah meninggal dunia. Dia seperti mendapat semula kasih sayang yg pernah hilang dari hidupnya.
Hafizi adalah jenis lelaki yang tinggi egonya. Dia cuba mendapatkan perhatian Ain dgn cara membuli gadis itu. Kalau tak hidupnya seperti tak aman. Dia rasa tercabar bila ibu bapanya sendiri mengatakan belum tentu org sebaik Ain nakkan lelaki yg ntah apa2 mcm Hafizi tu. Hafizi ni jenis perasan yg dia dah cukup baik dan dah cukup ensem (memang hensem pun).
Ain ternyata mempunyai persamaan dgn makcik dia yg tak kawin2 tu, sering mengalah apabila mulai menyukai seseorang. contoh macam biler dia dah syok kat sorang mamat ni, dia akan mengalah biler tau ada orang lain syok kat mamat tu jugak. Siti Zabeha Ibrahim mempunyai daya tarikan tersendiri dalam bercerita dan menjadikan kisahnya menarik dan mendebarkan, tambah2 biler secara tak disangka-sangka Ain terpaksa bertunang dgn orang lain dan org itu bukannya Hafizi! Walaupun geram dgn Hafizi, terasa frust ar jugak :) tapi itu semua mainan emosi dari penulis dan ternyata endingnya membuatkan Ain terpinga-pinga tapi kita yg tersenyum suka.
Mengisahkan Ain, seorg graduan menganggur. Dia sudah puas berusaha mencari kerja namun akhirnya gagal.Akhirnya dia menjadi pemandu kepada Haji Sabiran & Hajah Aisyah yg kesunyian, anak-anak mereka sudah dewasa dan hidup sendiri. Ain berasa seperti mendapat kasih atuk dan neneknya semula bila berada di samping pasangan ini. Sesuatu yg teramat dirinduinya. Namun kepulangan Hafizi, anak bongsu pasangan ini membuat Ain tidak selesa. Hafizi terlalu menguji kesabarannya tetapi demi Haji Sabiran dan Hajah Aisyah, Ain tabah meneruskan kerjanya. Mak ngan ayah Fizi memang selalu dok warning jgn keterlaluan sangat menyakat Ain kerana tak mungkin org sebaik Ain nakkan Fizi tu walaupun diorang offer. Fizi seperti tersinggung tapi hatinya terpaut dgn gadis hitam manis itu. Bagaimana nak menarik semula perhatian gadis yg selalu disindirnya sedangkan gadis itu terpelajar bukannya seperti anggapannya sebelum ini. Sian Ain kena buli sampai kena jadi goalkeeper bola sepak! hehe. Sedih betul masa part Ain terpaksa menggantikan kakaknya utk majlis pertunangan.
Ain ni membesar dgn atuk dan neneknya, so dia agak terasing dari family sendiri. Abg ngan kakaknya mcm tak puas hati dgn Ain yg rapat dengan atuk dan nenek sedangkan Ain sudah terlalu byk berkorban utk family nya. Hingga bila masa nak bertunang tu semua macam memaksa dia demi maruah keluarga, tak seorg pun memikirkan perasaannya.. sedih la. Sian Ain. Kakak dia macam sengaja nak kenakan Ain.
Tersenyum senyum jgk mengenangkan pak aji ngan mak aji dok pasang plan nak bagi jadi jugak Ain ngan Fizi tu. Tetiba Fizi jadi berani dan ajak Ain kawin, tapi Ain keberatan kerana merasakan dia tidak cukup cantik utk lelaki sehandsome Fizi. Atas alasan itu jugak lah sebelum2 ni Ain melepaskan lelaki2 dlm hidupnya utk org lain. Fizi terlalu bersungguh-sungguh dan Ain mula meletakkan beberapa syarat maka termeterailah Janji Pinang Merah. huhu.. buat perjanjian pulak.. uish teringat pulak subjek sejarah yg ada Perjanjian Pangkor tu. haha.
sure fine whatever
rinn
Sinopsis belakang buku: Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian... membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yg membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yg teristimewa. Hanya utk kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahim utk digandingkan bersama, utk dijadikan permaisuri hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yg dahulunya pernah berdarah. Diasak saban waktu dgn kerenah-kerenah yg melemaskan, cemburu yg tidak masuk dek akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin pula kian bungkam dan gerah berhadapan dgn konfrontasi yg tidak pernah sudah. Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersa rajuk yg panjang. Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dgn harapan akan diarak pulang cintanya yg satu ini.

Novel Baru Jessy Mojuru & Annur Puteri


Novella Cinta
Penulis: Jessy Mojuru
Terbitan: Creative Enterprise
Cetakan pertama 2009


"Setiaku jua seteguh terumbu karang di lautan. Walaupun terbias ombak menggila aku tetap utuh di sana."


Terlalu lama diri ini menanti. Rawan hati tiada siapa yg peduli. Rajukku, senduku tak pernah kau mengerti. Perlukah kesetiaan ini dinoktahkan pada yg sudi, sedangkan sudah bertahun aku semai rasa itu, kubajai ia, kusirami dgn keikhlasan dan ketulusan hati. Walaupun kutahu daun-daunnya tetap berguguran seiring usia kita yg kian bercambah.


Dan jiwa kian gerhana, harapan hancur berderai pabila kau sah menjadi miliknya. Namun hati ini tetap di sini. Tidak tergugat walaupun seinci. Sesekali tiupan angin samudera cuba meranapkan sekeping hati yg utuh milikmu. Percayalah sayang rindu ini dan kesetiaanku tetap milikmu. Setiaku menanti!


RM36.90
sabah sarawak: Rm39.90
isbn: 9789838939249






Biarkan saja
Penulis: Annur Puteri
Terbitan Creative Enterprise SDn. Bhd
Cetakan Pertama 2009


"Tegarkah aku menjadi galang ganti tanpa kesudahan"


Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang2 kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yg sudah terpisah jauh kemestraannya walaupun begitu dekat pertalian roh dan jasadnya. Sejauh mana pun dia berlari, bayang2 itu sentiasa mendekatinya.


Namun demi junjungan kasih yg tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dlm terpaksa. dlm tangis, dlm sendu dia tersenyum. Mengharungi hari-hari mendatang dgn luka2 yg terpendam. Siapa menduga di sebalik duka itu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.

RM28.90
sabah sarawak: RM31.90
isbn: 9780838939232

Wednesday, August 12, 2009

Bakal Terbit dari PTS: Munajat Cinta 2 & Doa Insan Berkasih





Tajuk: Munajat Cinta 2
Taufiqurrahman al-Azizy
PTS Litera Sdn Bhd
RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak), 978-983-3892-47-1; 9789833892471Tarikh Terbit: 1 September 2009 ; Jumlah Muka Surat : 344 halaman

"Cinta kalau bertunjangkan agama akan membuahkan kebahagiaan walau pahit di mata dunia. Usaha Taufiqqurahman al-Azizy menulis tentang cinta menurut perspektif agam perlu dipuji." - Imaen, novelis Gurindam Jiwa, Vendetta dan Labyrinth

Munajat Cinta 2: Ruwayda melaju pada sebuah titik pencarian yang begitu me-rindukan kedamaian, ketenangan, kepasrahan, dan kebahagiaan dalam hidupnya, di tengah pergolakan pemikirannya, dan juga di antara untaian air mata (bahagia dan duka) yang tiada henti mendera oleh peristiwa-peristiwa yang mengharukan, mendebarkan, menggetarkan, bahkan nyaris merenggut kegadisannya!!!
Baginya, pencarian adalah sebuah upaya agar batin dan jiwa tidak mudah ter-guncang, demi mengenal Allah, memahami cinta dan kasih-Nya, memahami takdir-Nya, dan memahami pentingnya rasa ikhlas hanya kepada-Nya. Sungguh, betapa nikmat mampu merasakan cinta kepada-Nya, rindu kepada-Nya, dan dzikir kepada-Nya.


Inilah novel religius terkini karya Taufiqurrahman al-Azizy, Munajat Cinta 2, yang akan menjawab semua kegelisahan ribuan pembaca Munajat Cinta 1. Sangat memikat, penuh hikmah, dan motivasi kehidupan.



(cover Munajat Cinta 1 attached jugak)



-----

Tajuk: Doa Insan Berkasih
Aminah Mokhtar
PTS Litera Sdn Bhd
RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak), 978-983-3892-44-0; 9789833892440Tarikh Terbit: 31 August 2009 ; Jumlah Muka Surat : 592 halam


"Membaca novel ini adalah membaca peristiwa watak-watak yang bercerita, yang kadang-kadang lunak membelai, kadang-kdang resah bertingkah"
-Pyanhabib


Siti Musalmah, selepas kematian ibu, dia tetap menyandang pesan dan nasihat ibunya bagi kemakmuran diri. Lalu dengan hanya kemampuan membaca kitab, dia berhijrah ke kota bagi mencari bahagia, juga bagi menemui Hamzah, lelaki yang mengajarnya mengenal huruf. Di kota, ujian baru datang bertimpa-timpa. Apatah lagi pada saat dia berjaya menemui Hamzah, hanya untuk mengetahui, dia terbenam dalam masalah yang lebih berat, menyinggung hati dan kasih. Lalu hanya kepada Tuhan dia memohon, dia berdoa.


Rentetan kejayaan novel pertama beliau Seteguh Fikrah Solehah, Aminah Mokhtar terus diberi peluang menulis novel seterusnya bagi meletakkan nama beliau setaraf novelis terkenal industri buku. Hadirnya Doa Insan Berkasih memaparkan penghayatan dan pengabdian cinta dalam keluruhan dan keindahan Iman. Siti Musalmah gadis luhur budi, naif, hanya belajar membaca kitab, menjalani kehidupan yang tidak surut-surut ujiannya. Dua hari selepas emaknya meninggal, dia dipujuk Mak Piah menjadi orang gaji di Johor Baharu kerana Esah yang pulang ke kampung menggunakan wang untuk mengambilnya bekerja di rumah Tuan Malik. Sebelum berangkat dia ingin sekali bertemu Hamzah yang mengajarnya mengenali huruf sehingga berjaya menjadi pencinta buku-buku pelajaran. Tetapi Hamzah dipujuk ibunya Mak Intan untuk ke Kota Tinggi menguruskan ladang yang baru dibeli.


Siti Musalmah yang pasrah berkenaan ketentuan Allah, membawa kehidupan luhur gadis Islam yang rajin berpuasa sunat, mengkhatamkan Al-Quran setiap tiga bulan dan bersolat malam di rumah Tuan Malik. Tingkah lakunya menjadi kebencian anak gadis Tuan Malik, Zur Haleza yang lebih sukakan hidup berfoya-foya daripada menatap buku-buku pelajaran. Siti Muslamah mengutip buku-buku Zur Haleza dan berazam menduduki peperiksaan demi peperiksaan demi menunaikan janjinya pada Hamzah, untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat.


Tuan Malik yang mabuk, semasa Siti Musalmah sedang membaca Al-Quran dan selesai solat malam. Tuan Malik terpesona melihat kejelitaannya malam itu dan mahu memperkosanya, tetapi diselamatkan oleh penyakit strok yang tiba-tiba menyerang pemuja arak itu. Dia meninggal pada malam kejadian dan Siti Musalmah melarikan diri ke madrasah yang selalu dibawa Mak Limah belajar Fardu Ain.


Kekosongan jiwa Azri Farouk yang mula terisi dengan keluruhan budi seorang gadis yang melafazkan kalimah al-Quran di banglo mewahnya, rasa kosong kembali apabila Siti Musalmah hilang dari banglo mewahnya. Azri Farouk rasa tertekan dan kehilangan yang amat sangat. Harapannya supaya Siti Musalmah dapat membimbingnya hancur berkecai. Dia semakin tertekan apabila tidak tahu membaca surah Yasin mengiringi jenazah Tuan Malik dan bertambah tertekan apabila Tuan Malik meninggalkan banyak hutang sehingga rumah dan kereta tergadai. Azri Farouk ikut Mak Limah pulang ke Felda dan berusaha mencari Siti Musalmah. Dia berjanji pada dirinya akan menjadi insan semulia Siti Musalmah demi mempertahankan cintanya pada gadis mulia dan luhur itu.

Menanti Siti Musalmah yang tidak pulang-pulang, Hamzah berpindah ke Mersing dan berjaya membina empayar perniagaan. Dia mencari Siti Musalmah di Johor Bahru. Sayangnya Siti Musalmah membawa dukanya pulang ke kampung Nelayan dan bercita-cita mahu menjadi peraih ikan. Dia berhasrat mahu berbincang dengan Hamzah tetapi Mak Su Senah memujuknya supaya lupakan Hamzah kerana Mak Intan sudah pun menetapkan hari pernikahan Hamzah.


Siti Musalmah pasrah dengan ketentuan Allah dan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah supaya dapat melupakan Hamzah. Ketegasan sepupunya Salamiah berjaya membantunya membuka gerai-gerai di sepanjang pantai untuk menjadi peraih ikan. Usahanya mendapat tentangan lintah-lintah darat. Berkat sabar dan rajin berusaha akhirnya Siti Musalmah berjaya membuka Kampung Nelayan Sdn. Bhd. Menjadi usahawan berasaskan produk laut dan berjaya membangunkan ekonomi kampung nelayan.


Zamani berusaha mendapatkan cinta Siti Musalmah, gadis tercantik di kampung Nelayan. Gagal cara baik, difitnahkan sudah hanyut seperti Esah semasa tinggal di Johor Bahru. Salamiah pertahankan Siti Musalmah dan berjaya menghalau Zamani keluar dari Kempung Nelayan.


Hari pernikahan semakin dekat, Hamzah bermunajat kepada Allah, semoga mudahkan pertemuannya dengan Siti Musalmah. Zahari, rakan kongsi dan sahabat baiknya bertemu Salamiah di kongres usahawan di Johor Baharu. Pertemuan itu memberi harapan pada Hamzah yang Allah akan pertemukan cintanya yang luhur itu.


Zur Haleza yang kehilangan kekasihnya Encik Pilus hilang hampir gila apabila kandungannya semakin besar. Banglo mewah tergadai. Dia berhasrat mahu mencari Siti Musalmah. Dia tiba-tiba menjadi rindu pada suara membaca Al-Quran yang sayup-sayup terdengar setiap kali dia pulang ke rumah pada waktu subuh.

Hamzah pujuk Mak Intan lupakan hasratnya untuk menjodohkannya dengan Nur Marhani dan berkata yang dalam hatinya yang ada hanya Siti Musalmah. Mak Intan semakin marah, sakit hati dan tertekan. Dia ke kampung Nelayan dan terkejut melihat perubahan yang begitu ketara. Dia menuduh Hamzah curahkan hartanya pada Siti Musalmah. Dia menyerang Siti Musalmah dan sanggup bayar berapa sahaja asalkan Siti Musalmah mahu lepaskan Hamzah. Salamiah yang panas baran, sakit hati dan marahkan Mak Intan yang dirasakan begitu kurang ajar menghina adik sepupunya dan seluruh orang kampung Nelayan.

Demi menjaga hati semua, Siti Musalmah berjanji akan lupakan Hamzah dan menerima Azri Farouk. Salamiah menentang, dia tidak mahu Siti Musalmah kecewa. Dia pujuk Zahari bawa Hamzah ke kampung Nelayan dan pertemukan dua hati yang saling mencintai tetapi diuji dengan pelbagai ujian hidup.

Dengan doa-doa yang sering mereka pohonkan setiap kali hati dilanda ingatan yang pilu dan terseksa, akhirnya doa tulus mereka diperkenankan Allah. Cinta jadikan dua insan itu semakin hebat memajukan diri, menjadi insan semakin hebat beribadat dan semakin dekat menyerahkan diri kepada Yang Maha Pencipta.


Aminah Mokhtar menyatakan. "Susur galur insan-insan yang diuji Allah dengan ketulusan rasa cinta dalam Doa Insan Berkasih. Mereka yakin dan teguh hati menerima setiap ujian dan percaya yang ujian itu ada hikmahnya. Cinta jadikan mereka semakin hebat menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi Insan yang semakin dekat dengan Allah.’


"Sebuah novel motivasi memperhebatkan diri mengikut landasan iman, novel percintaan antara insan yang tulus dan kecintaan kepada Allah yang ikhlas dan tawaduk," tambah beliau lagi.

Bookfest @ Malaysia 2009 KLCC


Ha pesta buku terbesar asia tenggara sudah kembali. Aku tak penah lagi lah pegi yg Bookfest sbb mulanya nampak mcm banyak buku2 dari negara cina dan taiwan saja. Tapi beberapa tahun kebelakangan ni sudah banyak penyertaan dari syarikat2 tempatan. Aku tengok Fajar Pakeer sudah mengumumkan tiga penulisnya akan hadir utk sesi sain sain pada 23 Ogos 2009. Bookfest @ Malaysia ini akan berlangsung dari 22 Ogos hingga 31 Ogos 2009 bertempat di KLCC. Entrance Fee RM2.00 dikenakan.



Weekend yang 22 Ogos tu aku tak bleh la datang, balik kampung daaa siap amik cuti utk sambut puasa lagi ha. yg minggu cuti merdeka tu insyallah boleh pegi. nak ler jugak nengok suasananya.



Penulis Fajar Pakeer yang ada pada 23 Ogos 2009 adalah Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris dan Rehal Nuharis. Diorang akan berada di sana dari jam 2.00 ptg hingga 2.45 ptg.



utk maklumat lanjut, sila click gambar :)


Review 9: Dalam Hati Ada Kasih by Alis Ashiqin

Shelfari mcm slow motion sikit minggu ni, mcm susah pulak nak upload review baru. so aku upload dulu kat entry ni before aku update kat rak aku kat atas tu ye?



Dalam Hati Ada Kasih
Penulis: Alis Ashiqin
Terbitan buku Prima
Cetakan Pertama 2007
RM15.90
321 Mukasurat


Dari mula stat baca buku ni aku dapat rasakan, ni bukan penulis baru nih, rasa mcm sekurang2nya dia dah ada 10 novel dan cerpen. Bagi tahap saya ni, saya rasakan dialog2 dlm citer ni sangat bersastera, bahasanya tidak pincang dan kadang2 sinis. Penuh dgn kata2 berlapis, penuh maksud tersirat yg belum tentu org macam aku ni dpt tafsirkan dgn betul :p


Selain persoalan cinta, kisah ini merupakan kisah pembangunan jiwa, pembangunan kemasyarakatan. Novel ini mengingatkan saya pada kisah2 yg sering memenangi anugerah sastera :)


Nukman ada masalah nak menerangkan perasaannya. dia cintakan Ain Syazwana tapi rapat dgn Dr. Najwa. Ini membuatkan Ain kecewa dan terang-terangan meluahkan kekecewaannya. Nukman seperti tak berusaha sangat untuk menenangkan atau melegakan hati Ain yg terluka. Dia seperti membiarkan persoalan hati itu tergantung. Dia banyak end up dgn lines seperti "aku... aku... aku..." sampai bila pun tak abis la Nukman oit. Malah bila Dr Najwa tanya kedudukan Ain di hati Nukman, Nukman seperti mengelak untuk berterus terang. Kalau betul sayang Ain kenapa tak terangkan.


Malik ngan Taufik tu set2 samseng klasik, samseng kampung dusun. hehe. Berebut pelanggan perahu tambang dgn Nukman.


Kadang2 terasa spt kasih Nukman kepada Ain lebih kepada kasihan kerana dia pernah kemalangan bersama Ain hingga Ain mengalami kecacatan kaki.


Banyak betul ayat2 menarik dan berpuitis tapi biasala, aku ni proses slow atau jadi tak paham langsung. Part "Harimau, tak pernah mengajak kawannya berburu". aku mcm paham harimau jenis berburu sorang2 makan sorang2. tapi aku tak paham pulak biler dikaitkan dgn cerita. hehe.. aduih blurr blurr, aku ni kena amik kelas sastera part time lah.


sure fine whatever
rinn

sinopsis belakang buku:


Kehadiran Doktor Najwa bertugas di daerah pedalaman telah menimbulkan resah di hati Ain Syazwana, seorg gadis cacat akibat kemalangan seamsa menemani Nukman menghadiri ujian ke maktab perguruan.


Nukman yg bekerja membawa penumpang berulang alik di sg pedalaman banyak memberi sumbangan di daerah itu.


Kemunculan doktor muda itu sedikit sebanyak telah merenggangkan hubungan kasih antara Ain Syazwana dgn Nukman. Namun niat Nukman yg ikhlas hendak menolong Dr Najwa menggunakan perahunya utk ke tempat dia bekerja telah disalaherti oleh Ain Syazwana. Dia menuduh Nukman curang.


Sementara itu, Jufri, teman Dr Najwa sering mencemburui hubungan baik yg terjalin. Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Nukman namun Dr Najwa tidak mempercayainya. Hubungan baik antara Dr Najwa dan Nukman turut dicemburui Malik, anak penghulu di pedalaman itu. Malik dan kawan baiknya, Taufik merancang menghalag Nukman menghantar doktor muda itu dgn membakar perahunya namun percubaan itu gagal. Malah Malik tercedera. Motorsikal yg ditunggangi dgn Taufik terbalik di satu selekoh tajam.


Pelbagai konflik dialami oleh Nukman utk mempertahankan cintanya kpd Ain Syazwana. Ain Syazwana telah hilang kepercayaan terhadap Nukman kerana keadaan dirinya yg cacat. Hubungan mereka kini umpama retak menanti belah. Jufri pulak tidak jemu2 menagih cinta Doktor Najwa.


apakah yg terjadi terhadap Nukman, Ain Syazwana, Doktor najwa dan Jufri? Mampukah kebahagiaan mereka dikembalikan semula?


Monday, August 10, 2009

Review 7: Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura




Tak tau nak baca buku apa minggu ni? ha ni saya nak rekemen novel hasil karya Emma Maizura yang meletup2 di pasaran masa mula2 kuar dulu dan sekarang ni pun masih laris lagi. citer kawin paksa, sebab tu la ramai orang suka kot :)

ni saya post kan review yg pnah saya post dulu :)

Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

Memang tak rugi beli buku nih.. kisah cinta selepas kawin.. patut la laris semacam jer dan memang ramai yang merekemen kan buku ni. Sebaik saja saya abis baca buku ni, Diana tak buang masa, dia pun baca dan sekejap jer dah abis.. bangun pagi subuh2 tu dia tersengih sambil kata 5 bintang! apa 5 bintang subuh2 confuse jugak. haha.


and baru2 ni kak ima pun bersemangat jugak baca buku tu, aku taulah diorang ni taste memang sama. dan memang kak ima pun suka sangat2 citer nih, siap pinjam angkut bwk balik Kuantan lagi ha walaupun dah abis baca.


Bukan kali pertama saya baca karya Emma Maizura, sebelum ni saya pernah baca kisah "Tiada Noktah Cinta" oleh penulis yg sama. Saya masih ingat lagi kisah Daniel dan Fitrah dalam kisah itu... ada jugak la sikit2 unsur kisah kawin paksa. Bagi saya kisah Tiada NOktah Cinta adalah lebih berat dan lebih sedih berbanding Ada Cinta Di Hati ni.


Kisah kembar macam ni memang dah penah baca sebelum ni seperti Kasih Antara Kita (Aleya Aneesa) dan Meniti Bahagia (Zihasra Aziz) dan memang ketiga-tiga buku ini mengalunkan kisah cinta selepas kawin atau kisah kawin paksa ni.. Setiap satunya mempunyai daya tarikan yang sendiri walaupun genre nya sama. Ada Cinta Di Hati ada identiti tersendiri dan memang takkan terkeliru dengan Kasih Antara Kita atau Meniti Bahagia. Saya tak pasti pulak kalau ada kisah2 lain mengenai kembar yg sebegini. Walau bagaimanapun, tetap wujud perasaan dejavu bila membaca kisah ini. Terutamanya bila dibandingkan dengan Meniti Bahagia. Tetapi part 'hati' tu memang mengikat Adreena dan Syukri selama-lamanya dan cukup membuktikan perasaan sebenar Syukri buat Adreena namun keraguan yg disuntik Adlyna membuatkan Adreena meragui cinta Syukri.

blurb belakang novel ini memang lebih dari cukup utk menarik perhatian peminat2 genre ini utk membelinya.

Hmm part derma hati tu memang tak disangka tapi saya hairan kenapa proses penyembuhan Syukri terlalu pantas berbanding Adreena. Dalam kes derma hati, penderma mungkin menghadapi komplikasi yang sama seperti penerima hati seperti jangkitan semua tu. tapi Syukri tu cepat betul sembuhnya!


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:
Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.





Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.





Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.





Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.
Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?




RM 19.90
544 mukasurat

Tuesday, August 4, 2009

Novel Islamik = Cover Sepasang Mata?











































Masa ronda2 kat pesta buku Selangor weekend minggu lepas, aku ternampak satu rak yg bersusun novel2 yg diletakkan dlm genre Islamik. Lagi buat aku tersengih biler tengok covernya hampir semua memaparkan wanita bertudung litup dan nampak bijik mata saja. Nampak simple tapi sebenarnya cover yg macam ni ada tarikan yg tersendiri. Tapi bila dah banyak sangat aku pun dah confuse which is which.


Ada jugak la cover yg menampakkan seluruh wajah, tapi yg nampak bijik mata tu kadang2 macam haunting lah pulak. hehe..

sure fine whatever
Rinn