Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, August 18, 2009

Akan datang dari Fajar Pakeer dan PTS Litera





Tajuk: Lukisan Jiwa
Penulis: Madihah Adam
Harga: RM17.00
Sabah Sarawak : RM19.00
Isbn: 978-983-3892-49-5; 9789833892495
Tarikh Terbit: 9 September 2009 ;
392 mukasurat
Penerbit PTS Litera


Nur Cahaya mahu melukis jiwa dengan sederhana, namun manis. Namun hal yang sederhana itu, tidak mudah untuk melakukan semua itu pada saat hidupnya didatangkan ujian hidup yang mencurah bagaikan hujan.


Nur Cahaya tahu, selepas hujan, pasti Tuhan mendatangkan pelangi, namun, hujan itu tetap juga sampai ke petang. Lalu, mampukah Nur Cahaya terus menunggu, hingga hujan berhenti, ataupun tetap melukis jiwanya dalam hujan yang tidak kunjung reda.


Nur Cahaya, gadis cekal, mewarnai hidupnya dengan lukisan kanvas dalam jiwa. Menyendiri dalam mengenali kasih sayang bersama atuknya. Namun ayahnya yang dikasihi dipenjarakan kerana tuduhan mengedar ganja. Atuknya yang buta hilang kerana perebutan harta oleh ibu tirinya. Cahaya mengecapi amarah dan herdik ibu tiri, namun nasihat dan azimat atuk menjadi kekuatan. Cahaya mencipta warna warni bersama persahabatan dan dunia lukisannya. Tuhan sentiasa menguji seorang insan!. Hidupnya diwarnai kembali dengan kehadiran seorang lelaki misteri yang membantunya mengenali rasa cinta dan kasih sayang kepada Ilahi. Perkahwinan muda menguji rumahtangga. Cahaya dan Shafi’e membuktikan kesederhanaan adalah kebahagiaan. Allah memberikan dugaan…., ibu Shafi’e lantas menjadi penghalang mencipta restu. Keteguhan, keyakinan, dan hidup bermatlamat Tuhan menjadi dorongan Shafi’e kepada Cahaya. Cahaya sentiasa diuji, sehingga dia menjadi isteri yang mengetahui maut suami sendiri. Benih di alam rahim memberi bahagia, namun dia sedar, Allah lebih menyayangi Shafi’e...


Mampukah Cahaya mencipta bahagia? Mampukah Cahaya bersama puteri kesayangannya meneruskan hidup dengan dibayangi cinta suaminya? Aizul, lelaki yang menagih kembali hatinya…..Dia reda meski kenangan bersama suami menjadi kekuatan. Kepada Tuhan dirinya berserah...

------------------

Tajuk: Dari Mata Ke Hati
Penulis: Syima Syawal
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


“ Begitu mulut berkata benci,
Nun jauh di hati rindu menggebu”


Dia pernah jatuh cinta, malangnya cinta itu hanya kasih bersaudara. Ditutup pintu hati untuk insan yang bernama lelaki. Bukan dia berputus asa dan bukan jua ingin menolak takdir daripada Ilahi. Tetapi yang paling ditakuti adalah rasa kecewa.
Namun, pintu hatinya diketuk jua tatkala jejaka bernama Ghazi Harith Idhar, mengetarkan jiwanya. Sikap ambil berat dan huluran cinta yang benar-benar ikhlas membuai perasaan Zureen sehingga mereka membawa langkah ke jenjang pelamin.
Kasih itu teruji lagi bilamana suami yang dikasihi tidak hadir di hari persandingan. Lelaki itu juga terus hilang daripada pandangan mata. Bagaikan hilang sebahagian nyawanya, Zureen keresahan dan sinaran hidupnya sudah tidak berseri lagi. Akhirnya, di mahkamah jua mereka bertemu.
Tapi… mengapakah lelaki itu langsung tidak mengenalinya? Benarkah lelaki itu tidak mencintainya lagi?
---------------------

Tajuk: Cintai Aku Kekasih
Penulis Fateen Najwa
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama: 2009


“Bunga-bunga rindu jangan dibiar layu...”


Setiap detik yang berlalu, Atilia dan Naufal terseksa, namun penyeksaan itu tidak akan serupa sama sekali. Atilia dengan kemelut yang melanda diri, bagaikan tiada kesudahan dan Naufal jadi bingung, tertanya-tanya dengan kedinginan isterinya.Atilia, cintailah abang seperti mana abang mencintai Ati. Atau kalau Ati tak boleh cintailah abang seperti Ati inginkan.Suri tidak pernah sangka akan mencintai lelaki yang akan menjadi abang iparnya. Hatinya sakit, jiwanya merana. Naufal yang dicintai sepenuh hati memilih Atilia berbanding dia. Namun dia ada Blueberry sebagai pengubat.Namun, mungkinkah cinta Buleberry juga untuknya? Adakah setiap sajak itu punya makna khas buatnya, atau sekali lagi dia mencintai orang yang salah?

No comments:

Post a Comment