Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, August 10, 2009

Review 7: Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura




Tak tau nak baca buku apa minggu ni? ha ni saya nak rekemen novel hasil karya Emma Maizura yang meletup2 di pasaran masa mula2 kuar dulu dan sekarang ni pun masih laris lagi. citer kawin paksa, sebab tu la ramai orang suka kot :)

ni saya post kan review yg pnah saya post dulu :)

Ada Cinta Di Hati by Emma Maizura
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd.

Memang tak rugi beli buku nih.. kisah cinta selepas kawin.. patut la laris semacam jer dan memang ramai yang merekemen kan buku ni. Sebaik saja saya abis baca buku ni, Diana tak buang masa, dia pun baca dan sekejap jer dah abis.. bangun pagi subuh2 tu dia tersengih sambil kata 5 bintang! apa 5 bintang subuh2 confuse jugak. haha.


and baru2 ni kak ima pun bersemangat jugak baca buku tu, aku taulah diorang ni taste memang sama. dan memang kak ima pun suka sangat2 citer nih, siap pinjam angkut bwk balik Kuantan lagi ha walaupun dah abis baca.


Bukan kali pertama saya baca karya Emma Maizura, sebelum ni saya pernah baca kisah "Tiada Noktah Cinta" oleh penulis yg sama. Saya masih ingat lagi kisah Daniel dan Fitrah dalam kisah itu... ada jugak la sikit2 unsur kisah kawin paksa. Bagi saya kisah Tiada NOktah Cinta adalah lebih berat dan lebih sedih berbanding Ada Cinta Di Hati ni.


Kisah kembar macam ni memang dah penah baca sebelum ni seperti Kasih Antara Kita (Aleya Aneesa) dan Meniti Bahagia (Zihasra Aziz) dan memang ketiga-tiga buku ini mengalunkan kisah cinta selepas kawin atau kisah kawin paksa ni.. Setiap satunya mempunyai daya tarikan yang sendiri walaupun genre nya sama. Ada Cinta Di Hati ada identiti tersendiri dan memang takkan terkeliru dengan Kasih Antara Kita atau Meniti Bahagia. Saya tak pasti pulak kalau ada kisah2 lain mengenai kembar yg sebegini. Walau bagaimanapun, tetap wujud perasaan dejavu bila membaca kisah ini. Terutamanya bila dibandingkan dengan Meniti Bahagia. Tetapi part 'hati' tu memang mengikat Adreena dan Syukri selama-lamanya dan cukup membuktikan perasaan sebenar Syukri buat Adreena namun keraguan yg disuntik Adlyna membuatkan Adreena meragui cinta Syukri.

blurb belakang novel ini memang lebih dari cukup utk menarik perhatian peminat2 genre ini utk membelinya.

Hmm part derma hati tu memang tak disangka tapi saya hairan kenapa proses penyembuhan Syukri terlalu pantas berbanding Adreena. Dalam kes derma hati, penderma mungkin menghadapi komplikasi yang sama seperti penerima hati seperti jangkitan semua tu. tapi Syukri tu cepat betul sembuhnya!


sure fine whatever
rinn



sinopsis belakang buku:
Mereka ditakdirkan lahir sebagai pasangan kembar seiras. Walaupun dari segi lahiriah tiada bezanya, tapi batiniah mereka tidak sekata. Adlyna seorang gadis yang langsung tidak takut pada halangan sehinggakan apa yang diingini mesti dikota. Bagi Adreena pula, dia seorang yang lembut hati dan mudah mengikut kata. Lantaran, dia sering dipersendakan oleh kakak kembarnya.





Adlyna hebat di pentas peragaan. Kerlipan cahaya yang sering menyimbahi tubuhnya menyebabkan dia seperti berada di awang-awangan. Sehingga, dia nekad meninggalkan majlis perkahwinan di saat-saat akhir demi memenuhi tuntutan hatinya. Akibatnya, Adreena yang terpaksa menjadi korban saudara sendiri.





Keterpaksaan Syukri dan Adreena menjadi pasangan suami isteri menyebabkan hubungan itu bergantung tidak bertali. Tiga tahun mereka melayari bahtera yang tiada nakhoda, dan selama itu semuanya menjadi rahsia. Indah di mata orang tapi derita di hatinya.





Kesetiaan Adreena dicabar dan diasak-asak. Sampai bila dia harus berdiri dan terima segalanya dengan redha? Ya… selagi ada cinta di hati, dia harus lakukan sesuatu biar apa jua natijahnya.
Dia sering diterjah dengan pepatah, ‘air dicincang takkan putus.’ Tapi, di mana kebenaran kata-kata itu kalau hatinya sering disiat-siat dan dilapah tiap ketika? Dan bagaimana dengan Adlyna? Bahagiakah dia setelah mencipta duka?




RM 19.90
544 mukasurat

No comments:

Post a Comment