Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, August 3, 2009

Review 6: Sejuta Nafas Cinta




Novel yang aku nak rekemen minggu ni adalah Sejuta Nafas Cinta by Shanika Latisha. Ntah la.. minggu ni mood nak membaca buku yg tangkap nangis saja. huhu... bagi aku ni antara cerita yg paling menyentuh perasaan yg pernah aku baca. So kalau cari2 buku tu, bleh ar baca buku ni sbg ikhtibar.
Review:


Sejuta Nafas Cinta
Penulis: Shanika Latisha
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
cetakan pertama: Tahun 2008



"Hadirlah kau ke dalam hidupku, meskipun sebagai mimpi"


Ini bukan kali pertama saya membaca novel by Shanika Latisha. Saya tak pasti sama ada penulis ni ada novel dengan publisher lain selain Alaf21 tapi karyanya dgn alaf rasanya saya dah baca ketiga-tiganya termasuk yang terkini, Sejuta Nafas Cinta. Penulis ini sentiasa berani mencuba memasukkan kisah berat ke dalam karyanya. Dalam 'Selamat Tinggal Memori' beliau menceritakan perjalanan hidup seorg pengedar dadah yg menjadi pelarian, manakala dalam 'Kasihku Abadi' beliau menyelitkan kisah pengidap HIV Aids dan angkara ubat guna-guna dalam rumahtangga pasangan suami isteri yg berkahwin atas pilihan keluarga. Kedua-dua kisah tersebut membuat saya sentiasa ingat pada nama 'Shanika Latisha' walaupun ianya bukanlah cerita favourite saya.


Kali ini Shanika Latisha memilih kisah pasangan suami isteri yang lama menunggu kelahiran cahaya mata sehingga sudah mula disindir org sekeliling.


Buku ni taklah setebal mana, namun terbit kepuasan membacanya. Shanika Latisha kelihatan seperti penulis yang sangat matang dalam karyanya ini. Susunan bahasanya lembut dan mendalam. Gelora jiwa-jiwa dalam watak2 "Sejuta Nafas Cinta" dilakarkan dengan baik sekali sehingga sukar utk melepaskan buku bila membacanya.


Bagi saya kisah sebegini jarang dilakarkan oleh penulis2 muda. Tahniah buat Shanika Latisha kerana berjaya menyampaikan kisah ini dengan cara yang sangat berkesan. Ada nilai yang patut dibanggakan dalam novel ini.


Saya dapat rasakan Shanika sangat akrab dengan watak2 dalam dunia "Sejuta Nafas Cinta". Setiap watak, tak kira kecil atau besar, mempunyai jiwa dan sangat real dalam cerita ini. Bait-bait rasa yang diluahkan dalam perkataan sangat berkesan kpd saya dan membuat saya turut berada dalam dunia "Sejuta Nafas Cinta". Saya masih ingat Wana, arwah Risyam dan anak2 mereka, Rania & Rayyan (dari "Kasihku Abadi) :) Good to see them back. Wana masih lagi kuat mengharung hidupnya tanpa Risyam.


Sekalung tahniah buat Shanika Latisha atas kelahiran "Sejuta Nafas Cinta" ini. Saya sangat puas menatap kisah ini. Kepiluan Carisha dan Ayu dapat saya selami sepenuh hati. Kedua-dua wanita ini bergelut dlm kemelut yang sama; iaitu anak. Mimpi menemukan mereka dan baby2 mereka yg belum lahir. Bagi Carisha mimpi itu bagai satu kemusnahan manakala bagi Ayu mimpi itu adalah suatu pengharapan. Sentuhan scene mimpi tu membuat saya semakin sebak dan menitiskan air mata.


Selain itu turut diselitkan konflik hubungan ayah-anak antara Sean Mukhriz dgn ayahnya dan juga konflik perasaan Aril yang terduga cintanya buat Ayu apabila Marsya muncul dalam hidupnya. Walaupun byk kisah disulam dalam novel ini, ianya sangat kemas dan memberi signifikasi kepada cerita dan tidak berserabut.


Bagi saya ini adalah happy ending. Walaupun Imrana pergi, namun sebahagian kecil dari dirinya membesar dalam Zahin dan pertemuan Zahin dgn seorg budak perempuan dalam mimpinya membuatkan saya meremang bulu roma dan menitiskan air mata. huhu... Bacalah novel ni utk menghayati naluri seorg bakal ibu yang hebat diuji. Bagi yang sudah lama mengulit pelbagai novel2 melayu di pasaran, tentunya anda mencari kelainan dalam kisah yg anda baca. Novel ini mungkin mampu memberi sesuatu yg segar kepada anda :)


Kehilangan itulah yang mencetuskan satu nafas baru yg menjadi satu-satunya permata dalam hidup insan lain. Ternyata ALLAH membalasnya dengan ganjaran yang amat besar. :) Carisha mendapat kasih bapa mertua yg pernah membencinya dan permata baru dalam hidupnya, Imran.


All the best to Shanika Latisha :)


sure fine whatever
rinn





sinopsis belakang buku:




Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela.




Di saat getir beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha... ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan. Tapi, bolehkah? Semudah itukah?




SEJUTA NAFAS CINTA... menyelami erti sebuah kecekalan. Kekuatan hati sepasang wanita melalui segala kemelut... mengenepikan gelojak perasaan semata-mata untuk membahagiakan hati sendiri, juga hati lelaki bernama suami yang adakalanya sukar dimengerti.
Kesabaran apalagi yang diharapkan andai segala pengorbanan telah dipertaruhkan? Segala kesetiaan telah dicurahkan? Segala doa telah dititipkan?




RM18.00

412 mukasurat

ISBN: 978-983-124-366-4

No comments:

Post a Comment