Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, March 7, 2013

Bertemu: Aleya dan Weeda di MPH Alamanda

24/2/2013 yang lalu, aku free sebelah petangnya. Belah pagi aku spend time dgn cik norsiah. So around 2 pm aku gerak ke Alamanda. Ada Aleya dan Weeda. mula2 malas nak pegi sebab sorang-sorang jer, tapi mengenangkan boleh juga shopping barang dapur kat Big Aeon (carefour) so aku gagahkan juga. Lama juga borak2 dgn Aleya dan Weeda. Pengalaman diorang jumpa peminat di MPH2 yang lain. Weeda bagi cookies dlm bekas comel bentuk hati :) sweet! Aku ada tanya diorang kenapa tak buat buku tebal macam buku2 sekarang ni? Diorang buat muka nak pengsan. hehe.


 
sure fine whatever
Rinn

Monday, February 11, 2013

Ramlee Awang Murshid Promoting Aku Bercerita

Bila request Encik Ramlee Awang Murshid posing, dia cepat2 naikkan naskah terbaru "Aku Bercerita" dan air Ratu :)
Lokasi: Karnival KarangKraf Februari 2013

Saturday, February 9, 2013

Penutup RinnTis: Maaf Zahir dan Batin













Tutup Kedai.

RinnTis akan tutup.
Aku mohon maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sekiranya ada kata-kata yang terlahir di dalam review2 aku yang menyinggung perasaan tak kiralah pembaca atau penulis. Tiada niat negatif. Aku sentiasa cuba jadi neutral tak kiralah me'review' novel seorang kenalan atau seseorang penulis yang tidak aku kenal. Aku semakin tua dan pemikiran aku semakin masuk aura 'maktok-maktok'.

Review aku bermula hanya sebagai arkib peribadi. So I think I should keep it personal. However sneak peek buku, aktiviti, promo dan update mengenai buku aku akan tetap kemaskini di Gengkicap.blogspot.com seperti biasa.

Back in 2006, reviews dianggap platform untuk penulis memperbaiki karya, tetapi sekarang reviews dianggap 'menabur pasir ke periuk nasi orang'. Semalam aku menonton 'Al-Kuliyyah' and I've got the best answer from ahli panel jemputan mengenai persoalan yang berlegar di minda aku.

Aku still join Goodreads dan Shelfari dan korang still boleh cari aku kat situ :) Will always support Penulisan Kreatif Melayu.

Those yang dah terbiasa contact aku semasa mencari-cari buku di kedai buku, masih boleh terus contact aku seperti biasa di rinn.jay.you@gmail.com Book hunting adalah aktivti terbest di dunia selain daripada snorkeling dan sleeping. hehe.

saya masih blogging di:
gengkicap.blogspot.com
rinntis-rinntis.blogspot.com






Thursday, February 7, 2013

Book Hunting di Karnival Karangkraf Feb 2013

Sekarang ni aku dalam persiapan menghadapi ujian penting. So novel-novel terpaksa aku kurangkan pembacaan dan ketepikan seketika. Walaupun pembacaan novel berkurangan, pembelian novel-novel tak lah pulak berkurangan. Makin bertimbun jadinya.

Karnival Karangkraf! Nak pergi, tak pergi, nak pergi, tak pergi. Berbolak balik jugak biler nak kena redah gi sorang-sorang. Memandangkan ada alasan nak jumpa Lynn Dayana, so redah sajalah.

Sebaik saja sampai, aku terus nampak upin ipin dan anak-anak kecil ni tengah buat Chicken Dance. :)

nilah hasil tangkapan yang berjaya diusung balik.

Barisan Hadapan penulis-penulis alaf

Barisan belakang penulis-penulis alaf

Ada Black. Teman Pengganti yang mempromosikan DiGi

Fatin Nabila lah paling lengoh menyain 'Setia Hujung Nyawa' :)

Tiga penulis prima yang pandai posing ayu :)

Kali pertama dapat bersua muka dengan Sharifah Abu Salem. Hilang letih naik turun bas dan teksi :)

authographed bookmarks yang berjaya dikumpul kali ini :)

Di suatu sudut dalam khemah penulis alaf tu ada dua merpati sejoli ni dok dating. Hehe :)

Friday, January 11, 2013

Novel baru sampai! Weehu!!

Tiga novel baru dari Kaki Novel
 
kalau tengok dari sudut ini aku dah tau buku mana nak baca dulu! mesti lah yang paling nipis :)
 
Cerialah cover kaki novel kali ini :)
 
ni siap ada book strap bling bling dan satu buku nota kecil :) thanks kak lily
 
 
book mark pun ada riben bling bling
 
back cover
 
ijo/biru plak riben ni. yang penting bling bling bling kaler nya
 

Friday, January 4, 2013

eBook: Cuma Setahun by Wazura Ramly

Cover eBook Cuma Setahun
 
haaa... first time ni promote eBook. Sejak Karangkraf Mall memperkenalkan eMall nya, memang sangat menarik. Aku rasa ini memberikan peluang kepada rakan-rakan kita yang berada di luar negara untuk turut sama membaca novel kluaran Malaysia walapun secara eBook.

Baru-baru ni seorang kenalan lama online yang akhirnya menjadi sahabat offline (hehe), Wazura Ramly atau lebih aku kenali sebagai Cekputeh telah memaklumkan kepada aku tentang kewujudan kobobooks.com yang memasarkan novel beliau secara online dan eBook tersebut boleh dibaca di computer, laptop, ipad, tab, smartphone, ermm entah la apa lagi gadget yang ada sekarang ni. Boleh diakses dari mana-mana sudut dunia korang duduk. Selain dari eMall karangkraf dan kobobooks ni aku rasa ada lagi penyedia platform eBooks cuma tidak dipromosikan untuk makluman pembaca. Aku rasa platform sebegini amat sesuai untuk rakan-rakan kita yang berada di luar negara untuk mendapatkan bahan bacaan hiburan dalam bahasa melayu.

ni adalah rupa page Cuma Setahun dalam Kobobooks. Boleh klik gambar untuk terus membeli :)
 
click gambar untuk ronda-ronda kat fb Cuma Setahun. Ada gak disiarkan teaser dan maklumat terkini dari penulis :)
 
Tahniah Zura. Semoga menjadi perinntis kepada penulis-penulis novel tanahair yang lain untuk menghasilkan novel bahasa melayu yang menjangkau pembaca-pembaca di setiap sudut dunia. :)
 
sure fine whatever
rinn
 

Sunday, December 30, 2012

Wajah-wajah Penulis 2012

Inilah antara penulis-penulis yang sempat aku jumpa dan snap gambar diorang. Dan here i'd like to share my collections. Aku tau ramai yang tak berkesempatan mengenali wajah mereka. Ni lah antara yang ada untuk tahun 2012. Susunan adalah mengikut abjad. Aku tak sempat nak test semua link kat gambar ke website penulis. aku akan buat sedikit demi sedikit :) dan kalau ada gambar atau link yang tersilap, sila maklumkan kepada aku untuk pembetulan. Turut disertakan links untuk entry tahun 2009-2011 :)