Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Friday, February 26, 2010

Promo Buku Baru





2x5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan: Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00


"Seorg kecewa menonggeng.
Seorg kecewa berguling.
Seorg merentas Lebuh Raya Utara Selatan.
Seorang terbang menyeberangi Laut China Selatan.
Agak kalau seorg kata sudah sampai ke pusat angkasa ISS.
Mahu yg seorg lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke tanah bulan!!!"


Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.



Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.



Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoaan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.



Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyayangi dalam diam. Walaupun pertengkaran seringkali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjawab menyatukan mereka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan - insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.



Berjayakah Kirin dan Zaim meninggalkan ego demi cinta mereka? Masing-masing tidak mahu mengalah dan masing- masing dua kali lima sahaja…


sinopsis/blurb:


Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.


Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yg mantap sahaja utk menjinakkannya.


Pada Zaim, Syakirin tu okey juga. Cuma hatinya belum terbuka utk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.


Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yg halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.


Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dgn tiba2 mengganggu keharmonian rumahtangganya yg dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.


Dalam kalut dgn kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yg hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dgn duda beranak satu itu.


Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yg curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing2 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu juga boleh membawa padah...
-------------------------



Hadirmu Takdirku
Penulis: Alina Haizar
Terbitan: Kaki Novel
SEMENANJUNG: RM18
SABAH & SARAWAK: RM 21


"Cinta ini adalah milik kau dan aku...
tak akan ada sesiapa dlm takdir kita."


Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati, Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang. Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!

--------------




Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Penulis: Tere-Liye
Terbitan PTS
RM17.50
Sabah/Sarawak: 19.50
Bakal Terbit 16 Mac 2010


Tutup mata kita. Tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. Mari berfikir sejenak. Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "Aku berikan kamu kesempatan hebat. Lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawabnya sekarang. Lima pertanyaan. Apakah pertanyaan pertamamu?"

Maka adakah kita akan bertanya: Apakah itu cinta? Adakah hidup ini adil? Adakah kaya itu segala-galanya? Adakah kita memiliki pilihan dalam hidup? Apakah makna kehilangan?
Ray, tokoh utama dalam kisah ini, ternyata memiliki kecamuk pertanyaan sendiri. Lima pertanyaan sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya.

---------------


Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
Penulis Taufiqurrahman al Aziziy
Terbitan PTS
RM17.50
Sabah/Sarawak: RM19.50
Bakal Terbit 16 Mac 2010


Memang sudah tidak ada lagi yang peduli terhadap surau itu. Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh. Hanya Ibrahim seorang sahajalah yang berjuang mati-matian menghidupkannya, memakmurkannya, mencintainya sepenuh jiwa. Bahkan melampaui kecintaannya kepada diri sendiri dan wanita yang mencintainya. Dia berjuang keras sentiasa menghadirkan Allah di hatinya, di surau itu, di lingkungan itu. Dan, pilihan cintanya terhadap rumah Allah menghantarnya pada kemelut yang terjal, perih, berselimut luka, berderai air mata bahkan harga diri dan jatidirinya di mata orang-orang yang berusaha merobohkannya.

-----------





Aku Dia & Gosip
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Syok!
RM17.00
Sabah/Sarawak RM19.00
Bakal Terbit 12 MAC 2010


Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?


Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!


Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.


Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.

----------------------




Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
Penulis: A.Ubaidillah Alias
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
Bakal Terbit: 19Mac2010
480 mukasurat


Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."


Monday, February 22, 2010

Hanni Ramsul: Special Ending P.A.M


Bagi yang telah mendapatkan dan telah tamat membaca novel terbaru Hanni Ramsul yang bertajuk 'PERGILAH AIR MATA' terbitan Kaki Novel, boleh lah terus ke blog Hanni Ramsul kerana ada special entry, iaitu ending yg special utk PAM :) memang menjadi pemanis bagi penamat cerita. :) So tunggu apa lagi... terus aja ke sana, manisnyakenangan.blogspot.com atau terus click gambar di atas:)

Wednesday, February 17, 2010

Review 79: 143 by Pingu Toha



143
Penulis: Pingu Toha
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118302
520 mukasurat


"143... maksudnya I love you"


Covernya sangat manis! Tak jemu dipandang dan amatlah cutenya! Sepanjang minggu ni aku banyak baca buku yg cover backgroundnya putih. saya peminat novel LUVE! Sweet giler. Cerita cinta yg ada kelainan dan membuat hati berlagu riang :)


Dlm novel ni Pingu Toha membahagikan pengisahannya dalam 3 bahagian. Aku suka cara yg macam ni sbb tak pening nak baca. Kadang2 biler semua kisah diceritakan secara selari, aku jadi confuse jugak kdg2 tu. Al Maklumla org blurr. Yang ni terasa kemas dan teratur. Tiga bahagian itu dipisahkan dalam tiga time frame yg berbeza dan ditamatkan dengan penyatuan di endingnya. Smart!


Bhg Pertama (time frame: Present) lebih menumpukan pada watak2 utama dalam L.U.V.E dulu iaitu Uth dan Lana.


Lamanya Uth tunggu nak lafazkan i love you pada Lana tu. Mula2 rasa mcm sweet ja malu2 gitu. Lepas tu rasa cam dah mcm meleret. Dan kemudian macam slow giler Uth ni, macam nak sekeh jer kepala dia dengan racket. Dan kemudian rasa mcm nk jerit "just tell her Uth!" dah sah2 Lana nak gak kat dia. And lama2 mcm bosan la Uth ni. Baik Lana cari org lain. And saya dah tak kisah dengan ending Uth ngan Lana. Saya rasa rugi besar jer Keri dan Haikal melepaskan Lana pada Uth yg nampak sangat takut pada komitmen walaupun org tu pun suka kat dia. Dia tak der self confidence mcm Keri dan Haikal. Macam Bucks yg masih muda tu.


Aku hanya suka Uth dan Lana setakat ending L.U.V.E saja. Uth takkan buat first move. Lana yg kena buat rombongan gi minang Uth kalau betul2 nak kawin dgn Uth. ;)


Bahagian kedua (past tense) adalah tentang Keri (ex Lana) dan Elina (ex Uth)


Keri tu serbasalah nak kat Elina sbb dia ni ex romeo, Elina set2 muslimah pakai tudung, gelak tutup mulut. Keri dah jatuh cinta dgn sleeping beauty yg boleh ketawa dlm tidur. Haha. Wierd. Tapi Keri dah bersedia menyerahkan sebelah hatinya pada Elina, belahan jiwanya. Dan rupa2nya Elina memang menunggu hati yg sesuai utk dirinya, Raden yg sebelum ni cuba menyerahkan hatinya, kena reject sbb hati Elina menidakkan. Ni bukan bagi hati as in bagi bantal bentuk hati ker.. ni betul2 bagi hati, yang kena bedah kat hospital lepas tu pasang kat hati Elina. hah! ada pakwe yg sanggup? Keri sanggup!


Bahagian ketiga (3 tahun akan datang) pulak kisah Violet, si Vee yg ala2 stalker Uth dlm LUVE tu, scary girl. haha. Tapi dalam bahagian ni Vee tak scary lagi. Dia tahu hati dia terdetik dengan kehadiran Bucks. Sweet lah pulak Vee dgn Bucks tapi Vee mcm serba salah sebab Bucks tu muda 5 tahun dari dia tapi Bucks tu sgt matang, jauh lagi best dari si Uth. Even after beberapa tahun Uth masih mcm tu, tak der improvement. Haha sori Uth. Keri ngan Vee improved a lot. And selimut Pingu tu sangat comel, ok?!


yup ending nya happy2 belake. Uth dah lafaz cinta, eh bukan lafaz, dia taip jer dlm ym. And Lana terima, apa? terima? adui, tak serik2. Rasanya selagi Pingu Toha tak cerita diorang akad nikah, naik pelamin, dapat anak, aku tak rasa Uth ngan Lana tu happy ending. So, bila ler Lana nak hantar rombongan meminang ye?


Apa2pun memang kisah cinta yg sangat manis dari Pingu Toha. Kisah cinta The Little Mermaid, Sleeping Beauty dan Rapunzel versi Pingu Toha. Tahniah! :)


sure fine whatever
Rinn



SINOPSIS/BLURB


Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.


Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.


1

Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.


4
Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Kéri.


3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.

* * *

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya

Sunday, February 14, 2010

Promosi Buku Baru lagi...


Tajuk: Bukan Tak Sudi
Penulis: Mimie Afinie
KarnaDya Solutions
2010



"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.


Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.


=-----------


Tajuk: Cinta Antara Kita
Penulis Nur Hidayah
terbitan: KarnaDya Solutions
2010


"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

---------------



Tajuk: Madah Berzikir
Penulis: Eisya Aqila
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2010




Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa.


Namun memori madah berzikir ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan. Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu.


Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal jadi mangsa amarah ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, namun bukan di samping Allah.


Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku demi liku di depannya, untuk mencapai makna diri?


------



Tajuk: Tika Hati Kata Cinta
Penulis: Aryn Arianis
Terbitan Fajar Pakeer
2010


Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka.

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.


Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinya hanya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya.


Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.


Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira.


Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?
--------------

Tajuk: Pada Angin Aku Berpesan

Penulis : Adileah
Penerbit : Jemari Seni
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)



perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?



Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!



Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?



Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.



Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?



Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.



Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?



Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.



Atau... cintakah itu?

* * * *


Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri.
-----------------




Tajuk: Ingin Hati Melukis Kata
Penulis: Ebriza Aminudin & Bikash Nur Idris
Terbitan Fajar Pakeer


Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.


----------




Tajuk Buku : Galau Di Hati Seri [526 m/s]
Penulis : Kusyi Hirdan
Harga : Semenanjung RM 21.50
Sabah / Sarawak RM 24.50
ISBN : 978-967-5229-13-8
DAPATKAN segera di pasaran!

----SUDAH TERBIT - FEBRUARI 2010----


Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.


Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.


Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

-----------------

Review 78: Odisi Bulan Biru by John Norafizan


Odisi Bulan Biru
Penulis: John Norafizan
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
ISBN: 978-967-5118-15-9
Harga: RM20.00


Nampaknya kali ni mood aku lebih terbuka utk membaca novel2 karya penulis2 lelaki :) takper, sekali sekala, nak juga baca kelainan pena penulis lelaki pulak. Memang ni misi nak mengabiskan baca buku2 Jemari Seni yang ada dlm simpanan aku. Lepas ni kan Jemari seni akan mengeluarkan 2 novel sebulan! waaah bertambah la budget bulanan buku2 aku. Tak per. Boleh la jadikan pembakar semangat utk membaca lebih byk novel lagi berbanding tahun2 sebelum ni.


Bagi penggemar gaya John Norafizan seperti dalam 'Tunjukkan Aku Satu Bintang', karya ini kelihatan menyerlah. Bagi aku, aku lebih suka Garis-Garis Dejavu berbanding Odisi Bulan Biru. Odisi bulan biru terasa spt sedang membaca karya alih bahasa, mungkin sebab latar cerita di Jepun dengan nama2 yang kekok di pendengaran aku.


Qistina dijadikan watak misteri utk kita bongkar sejak awal cerita. Kisah Qistina ni ada di ujung2 cerita dan character dia memang sangat2 misteri. Hari ni dia ingat esok dia lupa. Memang ala2 Dorry dalam Finding Nemo gitu. Hari2 dia tulis diari utk membuat dia ingat apa yg berlaku pada hari sebelumnya.



Kisah Sietsuke ngan Yuko di rumah En. Ishigaro tu mengingatkan aku pada kisah adik beradik dalam anime Jepun bertajuk Grave of Fireflies. Sangat menyentuh hati.


Akira adalah pendokong watak utama dalam kisah ini. Sifat dinginnya terhadap Umazaki membuat dia ditimpa rasa bersalah yg berganda2 apabila adiknya itu mati lemas gara2 bergelut dengannya di atas jambatan. Tambahan pulak ibunya turut terkorban semasa cubaan menyelamat. Dulu dia sangat menyayangi Umazaki, tapi setelah diserang demam panas, Umazaki jadi cacat dan lembap. dia terus membenci adiknya itu.


Itulah menjadi titik tolak utk anak muda 21tahun itu membawa diri menjejak ayahnya. Perjalanan itu membawa dia bertemu dgn Dr Ayumi dan Kafka. Kafka lebih menarik perhatian Akira kerana wajahnya mirip Umazaki. Dr. Ayumi pula berjaya mengesan penyakit dlm diri Akira, dia pengidap synesthesia. Dia boleh melihat perasaan, emosi, muzik, persekitaran dalam bentuk warna. Menarik! Setiap pengidap synesthesia mempunyai tafsiran warna yg berbeza.


Rentak cerita bertukar ke arah thriller apabila Dr Ayumi dan Akira dlm misi menjejak Kafka yg mahu mencari kitab yg mengandungi nama Tuhan ke100 dan juga kemunculan Nakamura yg mengganggu hidup Dr Ayumi. Nakamura tu memang masalah mental tahap kronik la.. ngeri betul.


Nakamura tu lah trigger segala-galanya. Dialah penyebab Kafka mahu meneruskan pemburuannya dan bila dijumpa dan sembuh, Kafka menjadi seperti Umazaki, seperti kanak2 yg sangat besar. Rahsia Qistina juga dlm genggaman Nakamura dan Akira nekad mahu menyelamatkan Qistina dari Nakamura yg liat betui nyawa dia tu.


Sepanjang perjalanan Akira nak cari ayahnya tu memang tak der langsung kaitan dgn ayahnya. Dia cari sampai turki, rupa2nya, ayahnya ada di 'Kuala yang berlumpur'.






sinopsis/blurb


Jika tidak kerana Qistina, aku tidak tahu apakah maksud kehidupan ini. Jika tidak kerana Qistina, mungkin aku masih dalam sangsi. Qistina yang misteri. Qistina yang penuh dengan seribu teka-teki.


JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.

Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.

Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?

Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.

Review 77: Pergilah Air Mata by Hanni Ramsul



Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
isbn: 9789675067372
RM28.00
Sabah/sarawak: RM31.00
858 mukasurat.


"Karya terbaharu penulis best-seller BIARLAH YM BERBICARA..."


"Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu."


Tengok ketebalan buku ni memang membuat aku seram nak baca. Tapi sokongan dari pompom girls yg memberi semangat pada aku utk membaca karya yg diorang kata 'best giler' ni membuat aku memilih novel ini utk menemani perjalanan aku balik kampung sempena cuti Chinese New Year baru2 ini.


Bahaya wo. Sekali start tak bleh stop. so aku nasihatkan jgn stat baca waktu malam, kang ada yg tak tido sampai subuh sebab nak perabis. hehe. Bagi peminat2 tegar cerita kahwin paksa atau kisah cinta selepas kawin, this one is a must buy. Buku ni tebal bukan sebab ceritanya meleret, buku ni tebal sbb penulis has a lot to tell. :)


aku tak pasti nak point out scene mana utk mengatakan cerita ini ada kelainan dari cerita kahwin paksa yg lain. Secara keseluruhan cerita ini ada identiti yg tersendiri selain daripada saiz nya yg besar dan berat. hehe.


Aku rasa penyebab diorang terpaksa berkahwin tu kurang believable utk zaman sekarang ni. Namun apa yg lebih menarik adalah kehidupan Sabrina di rumah mertua selepas terpaksa berkahwin dengan Badrul. Sikap semulajadi Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yg keras. Tanpa sedar, sikap nya yg mudah bertolak ansur itu meletakkan dia dalm keadaan yg selesa dlm rumah besar itu walaupun dia terkurung. Tidak susah utk jatuh sayang pada menantu sebaik Sabrina walaupun mereka masih belum pasti penyebab sebenar bagaimana Sabrina boleh tertangkap basah dgn Badrul. Kelam kabut jugak si Badrul tu bila merasakan kasih ibu bapanya mula beralih arah malah perkahwinannya dgn Dayana telah menyerlahkan lagi keperibadian Sabrina yg jauh lebih baik dari mana2 wanita yg pernah dikenalinya. Dayana kalah teruk jika mahu dibandingkan dgn Sabrina.


AWal2 lagi memang dah boleh nampak agenda sebenar si Mar tu. Siapa pun boleh meneka dia sebenarnya dalang di sebalik semua itu tapi Sabrina menyangkal semuanya kerana Mar tu lah tempat dia mengadu dan kawan yg terbaik dia pernah ada.


Ntah naper rasa mcm Sabrina deserve to be in Bad's family wpun Bad tu mulanya benci kat Sabrina. Memang Bad tu baik, tapi disebabkan dia percaya dia diperangkap, dia jadi benci kat Sabrina tanpa berfikir panjang. Mungkin juga sbb aku rasa Sabrina selamat kat situ dgn adanya Datuk Hamidi yg baik hati tu.


Rindu kat Firdaus ngan Tiya dari BYMB? Diorang ada buat cameo appearance dlm novel ni.


sinopsis/blurb:


Noktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? atau... mungkinkah segala yg berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yg menyapu langit... SABRINA


Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dgn takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yg paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran tiap kali kau menagih perpisahan yg pernah aku janjikan? Cintakah ini? apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yg berlaku di antara kita? bagaimana cara utk aku hapuskan wajahmu yg terus menemani mimpiku? Di manakah noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL

Thursday, February 11, 2010

Review 76: Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati


Aku rasa nak baca novel ni lagi sekali :)
aku pestaim baca novel ni kalau tak silap selepas pesta buku pwtc tahun lepas.
ni pestabuku 2010 dah makin hampir :)



Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009


"Pabila hadir rasa cinta, bawalah ia ke 'firdaus'nya" - Nazawati


SEbenarnya masa baca buku ni aku dok terbayang2 muka DD yg berseri2 citer betapa
bestnya citer nih :)


Lepas baca baru lah aku tau yg citer ni rupanya citer kahwin paksa. Patut ar
ramai suka bebenor ngan citer ni :).


Saya teringat Nazawati menggunakan cara yg sama dgn buku 'kembalikanlah kasihku'
utk scene macam mana Seri Kurnia dapat tahu mengenai perasaan sebenar suaminya
terhadap dirinya. dalam KK Rina dpt tahu hubungan sebenar Hani Mastura & Amirul
Taufiq melalui catatan jugak. Tu cara terbaik utk mengetahui segala galanya
tanpa ada yg tertinggal. "Kembalikanlah kasihku" lagi sedih berbanding citer ni.


Kisahnya tentang 3 sahabat, Seri Kurnia, Firdaus dan Ajmal yg terpisah setelah
satu peristiwa aib berlaku dlm keluarga mereka. Seri pergi membawa diri
melanjutkan pelajaran bersama penghinaan yg dilemparkan Firdaus tanpa usul
periksa. Seri pergi dgn perasaan benci, namun dia sering berhubungan dgn Ajmal,
bertukar kabar berita.


10 tahun berlalu dan Seri balik ke Malaysia. dia dpt kerja dgn Ajmal dan
kebetulan pulak biliknya betul sebelah bilik Firdaus yg dipanggil balik dari
luar negara utk bergabung dengan Seri dlm sebuah projek besar syarikat mereka.


Diorang ni lebih byk berbalah daripada berbincang. Perangkap yg dipasang org
lain terkena kat diorang lalu ditangkap basah masa outstation kat Kota Bharu.
Demi menjaga imej syarikat (kat Kelantan tu kot), mereka menerima cadangan Ketua
mereka utk berkahwin. Firdaus menggunakan peluang itu utk membalas dendam pada
Seri dan berjanji tak akan membiarkan Seri bahagia. Cuma ada sedikit masalah,
Seri tu cantik dan baik hati orgnya. Berjayakah Firdaus melunaskan dendamnya?
TAk susah utk jatuh hati pada wanita sebaik Seri, tambah2 dia tu best friend dia
dulu, sebelum kejadian paling hitam dalam hidup mereka berlaku. Bukan mudah juga
utk Firdaus mengakui perasaannya terhadap seseorang yg sangat-sangat dibencinya
dan terlalu sukar utk dia memaafkan. Cerita ini dikupas dari sudut pandangan
Seri Kurnia.


huhu... macam trailer movie lah pulak. tak sangka betul punca sebenar aib yg
berlaku adalah dari keluarga Ajmal sendiri. BAnyak lah jugak yang tak sangka dlm
novel ni. Masa baca buku ni, aku dok gila dengar lagu Yuna Dan SEbenarnya.
Sesuwei bangat ngan citer ni. :) aku siap order EP Yuna nih. edeh.


sure fine whatever
rinn




sinopsis belakang buku:


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan
peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak
pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti,
pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir,
kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!

Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini,
kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia
dengan hati anda sendiri!

---------------------------

ISBN: 978-967-5118-16-6
Harga: RM19.00
435 mukasurat

Wednesday, February 10, 2010

Review 75: Tanya Pada Hati


Sebab baru baca novel penulis ni, aku teringat novel pertamanya dengan
Jemari Seni terbitan tahun lalu :)


Tanya Pada Hati by Iman Xara
Terbitan Jemari Seni PUblishing
Tahun 2009


Tajuknya aku suka. Membuatkan kita rasa nak segerakan membaca novel
ni. Tapi biasala, kalau baca novel penulis yg namanya kelihatan agak
baru, aku tak meletakkan harapan yg tinggi. Namun Iman Xara memang
tidak mengecewakan dalam kisah ini. Aku rasakan Tanya
Pada Hati sangat menarik dan penyampaian sgt kemas dan berkesan
walaupun terlalu berhati-hati.


Gelora hidup Farisya tak selalu bergolak, cuma apabila umurnya dan
status bujangnya dipersoalkan, terbit riak jugak di permukaannya.
Fitri sudah lama melatari hidupnya dan mereka adalah sahabat yg
paling baik. Gurau senda menghiasi persahabatan mereka yang makin
utuh. Namun apabila Fitri mula membuka hati buat seorg wanita bernama
Idayu, Farisya mula merasai getaran cemburu. Dia cuba membuka hati
buat Iskandar yang bijak dan baik hati demi utk melupakan Fitri.
Tatkala itu, Fitri sudah kehilangan Idayu yg mula memberi perhatian
kpd lelaki lain yang lebih lepas laku menunjukkan kasih sayangnya.
Hati Fitri pulak dijentik cemburu melihat Iskandar tersenyum bahagia
di sisi Farisya.


Sudah terlewat kah Fitri? Kasihnya buat Farisya hanya disedari
setelah gadis itu disunting orang. Namun dugaan datang menguji kasih
sayang Iskandar buat Farisya. Satu malam durjana Farisya yg terkandas
di jalan raya hampir2 diragut kesuciannya oleh 2 lelaki yg tidak
dikenali. Iskandar terus merasa jijik terhadap Farisya yang tubuhnya
sudah pernah disentuh lelaki lain. Dia segera memutuskan pertunangan
walaupun mendapat halangan keluarga kerana bukan senang utk mendapat
calon isteri sebaik Farisya. Namun Iskandar nekad. Farisya kecewa
namun Fitri sudah nampak jalan bahagia utk dirinya. Dia harus segera
bertindak supaya Farisya tidak terlepas lagi.


Kisah ini lebih merupakan pengajaran buat insan2 seperti Idayu dan
Iskandar yang membuat keputusan terburu-buru. Insan yang menjadi
jodoh yang paling baik utk mereka sudah berada di genggaman, namun
mereka menolaknya dan pencarian mereka akan berterusan entah berapa
lama lagi utk berjumpa lagi dengan insan-insan bertanggungjawab
seperti Fitri dan Farisya.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Kata orang jodoh pun kena dicari...
kata orang jodoh tertulis sukar sudah untuk dialih...
kata orang gadis yang menawan mudah saja menemui jodohnya...

Review 74: Benang Biru by Siti Zabeha Ibrahim



Benang Biru
Penulis: Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan pertama 2002
RM17.90
isbn: 9789838934787
343 mukasurat


"Aku tidak mengharap kau penuhi janji-janji lalu..."


Misra adalah org yg komplikated yg suka menyulitkan situasi dirinya. Dia sudah menjangkau umur 30-an dan kekecewaan dgn Nizam membuat dia serik bermain cinta dgn lelaki. Mirzan cuba mengambil hatinya atas galakan keluarga, lama-kelamaan hatinya terpaut juga pada Misra, tetapi Misra masih jinak2 merpati. Walaupun dipinang dan dipaksa bertunang, Misra berani menemui keluarga Mirzan dan menyuakan Noralita utk diperisterikan Mirzan kerana wanita itu lebih lama menyimpan perasaan kepada Mirzan. Cerita mudah yg aku rasa dibelit2kan oleh sikap Misra yg sangat berhati-hati dan memilih, malah most of the time dia sebenarnya tidak langsung berminat utk bersuami.


Di helaian2 terakhir, muncullah Amil yg lebih baik dari Mirzan yg hanya memikatnya atas saranan keluarga dan juga lebih baik dari Nizam yg bercinta dgnnya tapi berkahwin dgn org lain. Amil tidak berlengah utk mendekati keluarga Misra dan mencuit hati Misra.


Kehadiran Amil kurang terasa impaknya kerana kemunculannya yg amat singkat dan kemudian menjalinkan ikatan seumur hidup dengan Misra.


sinopsis/blurb


Benarkah mengalahku itu menyebabkan kau dan aku terluka? Mencipta derita dan sengsara... lantas menyepikan diri tatkala diri dicari-cari! Jemu rasanya mencipta bahagia. Letih rasanya bercinta... sendiri2 jua sudahnya. Perlukah aku mengalah dan sembunyi lagi? Krana aku perlu menjadi manusia normal walaupun tidak berpasangan kesudahannya.

Review 73: Rumput Masih Hijau by Iman Xara



Rumput Masih Hijau
Penulis: Iman Xara
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789675118326
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
516 mukasurat


Last minit decision utk baca novel ni. So akibatnya, pukul 2 pagi baru aku tido. Dah la esok nya keja. TAk dak pasai cari pasai. haha.


Memang tak rugi aku berjaga habiskan buku ni. Nasib baik ending dia membuat aku tersenyum puas. hehe.


Dgn tajuk yg ada perkataan rumput dan cover yg ada gambar tumbuhan, skali tengok macam buku halaman pertanian lah pulak. Kalau terserempak kat rak kedai, memang gerenti aku tak sambar la buku nih. Nasib baik lah ianya keluaran publisher yg dlm senarai favourite aku.


TAk ada cerita cara2 nak tanam rumput sebagai tanaman tutup bumi atau rumput hiasan, ia cuma membayangkan harapan yg lebih baik sentiasa ada.


Permulaan cerita yg mungkin kita rasakan tipikal bg seorg gadis menaruh hati pada seorg lelaki yg segak berketrampilan serta baik hati. Cerita ini menyediakan arah tuju yg tidak tipikal. Membuat kita sama-sama memikirkan apa yg terbaik utk Wafa, siapa yg terbaik utk Wafa. Bagi saya, tiada sapa yg bersalah dalam kisah ini (ermm kecuali Ikram sekeluarga, hehe) semuanya permainan takdir yg menduga hati-hati insan yg terlibat dalam lingkungan takdir Wafa.


spoiler ahead: kalau tak nak tau mengenai jalan cerita kisah ini, boleh skip part bawah ni ya. kot2 la nak simpan suspen. ;)


Seorg ibu takkan pernah silap menafsir isi hati anak lelakinya, tetapi Naim sebenarnya menimbangkan apa yg lebih baik dan layak utk dirinya seorg duda beranak satu, tentulah yg sesuai dgnnya adalah janda beranak satu yg juga merupakan sahabat baik arwah isterinya. Dia cuba utk tidak pedulikan Wafa supaya rasa cinta tidak berbunga utk gadis itu. Saya amat senang hati dengan pilihan Naim walaupun itu tanpa sedar telah memalit malu pada Wafa yg sudah terlanjur menyatakan persetujuan pada ibu Naim yg pernah merisiknya.


Wafa memang seorg gadis yg sangat kuat mentalnya. Demi ibu Naim yg penyayang itu dia menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka walaupun hatinya hancur luluh. Wafa ni anak yatim yg menumpang kasih seketika dgn ibu Naim dan anak Naim, Asyikin.


Separuh dari novel ini akan membuat air mata bercucuran. Ha tu dia ayat, 'bercucuran' tuuuu... Memang tangkap nangis lah mengenangkan Wafa yg anak yatim piatu, ditemani hati lara menempuh hidup. Pertemuan dgn Murni telah membawanya ke pangkuan pakciknya yg kaya raya. Walaupun kebetulan yang agak keterlaluan tapi ianya manis.


Watak Adam tu memang kelihatan sangat pemalu apabila bersama-sama dgn Wafa. Aisyah pun kata Adam tu pemalu sgt dgn perempuan, tapi aku tak nampak pulak sikap pemalu tu bila dengan Mona. Macam tak ada pulak sifat malu-malu kucen dia.


Hujung2 cerita yang bakal membongkar pilihan Wafa sama ada menerima tawaran menarik Humairah atau jejaka setia pilihan keluarga membuat aku jadi tak sabar nak perabih, i kinda hoping aku ada kemahiran membaca dan memahami setiap baris dengan sngat pantas. Kedua-dua pilihan yg terbentang di depannya adalah ending yg tidak tipikal utk sebuah novel :)

Review 72: Tiada Yang Kedua by Sania Yasmin



Tiada Yang Kedua
Penulis Sania Yasmin (a.k.a Sarnia Yahya)
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244289
RM18.00
sabah/sarawak:RM21.00
452 mukasurat


"Akhirnya kusedari tiada yang seindah peribadimu"


Idea dan latar cerita yg agak klise utk cerita-cerita kahwin paksa. Penulis ternyata mempunyai sentuhan klasik sbg penulis kisah cinta romantis. Bagi yg menggemari 'Secantik Anugerah' karya penulis ini dgn NB Kara, gerenti akan lebih menyukai kisah cinta selepas kahwin atau citer kawin paksa ni.


Selepas beberapa bulan, kiter sebagai pembaca mungkin akan keliru cerita ini dengan cerita2 genre yg sama seperti cerita ini. Namun tidak terasa sia-sia membaca kisah ini yg manis dan sangat menyentuh perasaan. Penulis perlu mencari idea cerita yg lebih menarik dan ada kelaianan supaya kelebihan menulis cerita romantis itu akan lebih terserlah dan memorable. TAk sabar nak dpt kan bukunya dgn fajar pakeer 'cinta adalah cinta'


Cerita kawin paksa.
Shira menerima pilihan ibu bapanya dgn hati terbuka dan hatinya dihancurkan pada malam pertama apabila Imran mahu mereka bercerai selepas 2 tahun kerana dia sudah punya pilihan hati. Perkahwinan itu diterimanya sekadar utk menggembirakan hati ibu bapanya.


Shira cuba menjalankan tugasnya sebaik mungkin dan cuba mengelak utk menjalin sebarang persahabatan dgn Imran.


Imran mula membandingkan isterinya dgn kekasihnya, Niza yg jauh lebih manja dan kaya. Isterinya menang dari setiap segi.


Dia mula merubah pendirian. Shira dipikat dan dicurah kasih sayang sepenuhnya. Niza mulanya disiram dendam namun dia terpaksa belajar melepaskan kerana Imran tidak ditakdirkan utknya walaupun dia telah cuba mempergunakan kedudukannya utk mengugut Shira. Shira hanya menurut tetapi Imran terlalu nekad mencari Shira semula.


Namun Niza bukanlah dugaan terbesar terhadap kasih Imran pada Shira. Cemburu buta telah memisahkan mereka dan Imran hanya mampu menyesali segala-galanya. Adaka patut dgn Razman tu pun dia nak jeles. Memang jenis tak menyiasat dulu sebelum menuduh. Dahla Shira tu baru kehilangan ibu bapanya dlm sebuah kemalangan jalanraya.


Shira bertemu dgn Rizal dan Makcik Rahimah semasa menyewa rumah mereka. Anaknya Rina semakin rapat dengan dua beranak itu dan Rizal juga sudah mula menyimpan perasaan buat Shira.


Pencarian Imran berakhir setelah Razman terserempak dgn Shira. Imran cuba menjalin hubungan semula dan sempat juga nak test perasaan Shira dgn mendiam kan diri beberapa ketika selepas itu. Terbukti Shira rindu padanya tetapi, tragedi tergolek di bilik mandi memaksa Imran kembali mencari Shira. Dia sudah tidak mahu menduga lagi. Berita Shira mengandung lagi menjadikan dia sangat2 gembira tetapi pada masa yg sama dia sgt cemburu dgn Rizal. Dia tidak dapat menerima hakikat yg ada lelaki lain yg menyintai Shira seikhlas hati selain dirinya.


Rizal bergaduh dgn Imran dan Shira yg menjadi mangsa di tengah2. Rizal terpaksa akur dgn kesetiaan Shira pada Imran walaupun mereka lama terpisah. Anak yg dikandung keguguran telah membuat Shira murung. Hanya anak dan suami penawar duka. Dia membina semula hidup dgn suaminya di kampung halaman dan meninggalkan hiruk pikuk kota. Hidup mereka lebih bahagia.

Sunday, February 7, 2010

Review 71: 9 Nyawa by Ramlee Awang Murshid



9 Nyawa
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Terbitan: Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan pertama 2010
isbn: 9789831244876
RM19.90
sabah/sarawak: RM22.90
517 muka surat


"Mata hati tidak pernah berdusta"


lagi thriller yg menarik dari Ramlee Awang Murshid. Aku tertarik dgn tajuk dan juga cover novel ini yg tajam menikam.


Kebolehan Hakim (yg hilang deria penglihatan) sedikit mengingatkan aku kepada cerita the Ghost Whisperer, tapi dlm citer tu org yg dah mati, tapi dalam kisah ini Hakim boleh mendengar desahan suara2 roh yg jasadnya dlm keadaan koma. Kalau diorang dah mati, suara2 diorang tidak kedengaran lagi di alam paranormal itu.


Khairil yg disangka watak tempelan saja dalam cerita ini rupa2nya berperanan besar di sepanjang cerita. Memang bagus cara watak ini disulam dalam cerita tanpa menimbulkan syak apa2. Bagaimanapun bila baca novel RAM so kiter akan cuba meneka yg tak disangka dan aku dah mengagak perkaitan Carl dan Khairil and he is no good walaupun kemunculan dia sangat2 charming sehingga Pn. Azizah yg sangat berhati-hati pada awalnya pun boleh tertipu jugak.


Kisah Intan Suryani dan Hakim yg diceritakan secara berasingan di awal cerita akhirnya menyulam menjadi satu di penghujung cerita membawa pembongkaran misteri yg disangka sudah lama tertanam tanpa kesan.


Intan Suryani melungsuri masa silam yg mendedahkan segala-galanya, namun sempatkah dia terjaga dan membetulkan segala-galanya? Mungkin Hakim dapat membantu.


Khairil tu di awal cerita sangat licik dan bijak, ntah kenapa di akhir2 cerita dia kelihatan seperti org lain, sudah hilang charming dan otak penipu dia. Cara dia tertangkap tu tak langsung menunjukkan kelicikan dia sebelum ini.





sinopsis/blurb:

INTAN SURYANI


Berkali-kali dia koma dan kemudian sedar semula... menyebabkan mamanya percaya bahawa dia mempunyai 9 nyawa berdasarkan sebuah mimpi. Dihitung jumlah 'nyawa' yg diambil daripadanya, lalu mengundang trauma. Sungguh dia tidak percaya... ketika koma, rohnya menyaksikan jasad sendiri terbujur kaku.


--------
HAKIM


Sibuta lagi yatim piatu ini menyara adiknya dgn penuh tanggungjawab. Hatinya sungguh luhur. Sesiapa saja akan terusik melihat keikhlasannya. Anugerah TUHAN... mata hatinya lebih 'celik'. Dia bisa mendengar suara mereka yg berada di sempadan, antara hidup dan mati.


Mereka berdua bertemu jua... di alam paranormal. Pertemuan itu merungkaikan sebuah kisah di sebalik cerita. Kejutan demi kejutan yg tidak disangka-sangka terungkai. Dan satu persoalan lain pula muncul - mengapa mereka tidak dipertemukan lebih awal?

Review 70: Bintang-Bintang ke Syurga by Xarine




Bintang-Bintang ke Syurga
Penulis: Xarine
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2009
RM19.00
Sabah/Sarawak:RM22.00
isbn: 9789675118227
452 mukasurat


Ini kisah perjalanan sebuah pencarian sebenarnya... well bukan sebuah tapi dua buah, pencarian kerja dan pencarian isteri yg sesuai menjadi teman hidup ;)


Sepanjang pembacaan itulah perkara yg sentiasa terlintas di fikiran Imran. Dia seorg jejaka yg terpelihara akhlak. Bukan sebarangan menghulurkan kasih. Biler nampak gadis2 yg sesuai diperisterikan, adalah ayat2 dalam hatinya yg terdetik, ini kah yg sesuai, atau semata-mata jentikan nafsu.


Yg disangka sesuai, tidak kesampaian. Itulah yg pertama. Yg lain2 muncul tetapi hatinya berbelah bagi. Siapa sangka yg paling sesuai itu sudah lama mengintipnya dari kejauhan. Dan kejujuran Imran telah mengubah gadis itu ke arah yg lebih baik. Dan di saat gadis2 lain memandang serong kepada dirinya, gadis itulah yg datang membela nasibnya.


Bab dia kerja kat kilang papan tu memang menyentuh perasaan tambah2 bila dia mengenangkan kepenatan yg dirasainya dan dibandingkan dengan kepenatan yg ditanggung ayahnya sepanjang menyara hidup mereka sekeluarga. Menitis jugak air mata aku kerana itulah yg aku kenangkan bila teringat ayah yg balik rumah minta picit sana picit sini. Paling sedih mengenangkan, ada masanya kita menolak. Aku rasa nak nangis lagi... Naskah yg tidak melontarkan bicara kosong, ia penuh dengan luahan hati seorg Imran.





sinopsis/blurb:


Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorg kamu sehingga dia mencintai saudaranya sbgaimana dia mencintai dirinya sendiri.


Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yg akan menyatukan kita dan semua manusiaa. Sepertimana alam kehidupan yg satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yg sedang bercinta; roh cinta yg mutlah terpateri pada hukum qadar-Nya. Dan setiap detik pasir2 dan burung2 itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.


Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kpd qada dan qadar Allah.


Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yg tidak punya apa2 kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yg punya segala-galanya? Atau org miskin hanya layak utk dijodohkan dgn org yg tak punya apa2 juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

-------
Dengarkan bisikan cinta XARINE sang insinyur yg berbicara fasal cinta dlm lembutnya bahasa daripada hati seorg lelaki yg mengharapkan reda Ilahi.

Saturday, February 6, 2010

Novel Baru Galeri Ilmu

Ni snap masa singgah kat minerva semalam :) Nampak mcm novel baru. Yg lain tu dapat dari website galeri ilmu :) thanks dd.






Review 521: Gelombang Rindu by Ami Amilia


Gelombang Rindu by Ami Amilia
Terbitan buku Prima
RM16.90
364 mukasurat

Kisah liku-liku cinta seorang gadis yang dalam dilema dalam menilai perasaannya sendiri. Aisyah keliru untuk memilih Amri, kekasih lama yg terpisah kerana tanggungjwb keluarga, atau memilih Azam Haris, jejaka kaya yang baik hati tetapi pernah menodai rakan serumah Aisyah semasa zaman remajanya, Lelasari yg melahirkan anak. Tapi kalau dah jodoh, tak ke mana.

Cerita ini sepatutnya mampu meruntun perasaan pembaca untuk sama bersedih denga Syah, tetapi cara penyampaian tidak berjaya meraih simpati saya sebagai pembaca. Kejutan yang dirungkaikan mengenai rancangan Amri untuk menduga kesetiaan Syah juga kurang berkesan cara ianya direvealkan. Rasanya Syah tu mudah berubah kasih la, tapi nak buat mcm mana, Amri pun ada tanggungjawab sendiri. Azam Haris dan Lelasari bertemu semula dalam keadaan yg aman namun kasih mereka tidak bertaut semula walaupun mereka sudah ada anak. Azam Haris lebih berminat dengan Syah.

Mungkin saya kurang berkenan dengan Azam haris atau Amri sebab tu saya rasa kisah cinta ini kurang meninggalkan kesan. tapi saya suka la citer pasai misi-misi ni :)

Back cover buku ni buat saya tergelak la.. di atas pucuk pokok berdaun tirus ada sepasang kekasih sedang bersampan menuju ke langit, ke bulan.

sure fine whatever
Rinn
2bintang

Sinopsis belakang buku:

Pepatah melayu ada mengatakan bahawa 'Berkawan biar beribu, berkasih biar satu." Aisyah, gadis genit yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah telah berkawan dengan Amri seorang pemuda yang berhati mulia. Perkenalan mereka bermula di tempat kerja hinggalah mereka menjadi rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.

Namun percintaan mereka terputus di tengah jalan bila keluarga Amri menyuruh dia pulang ke kampung dan berhenti kerja secara tiba-tiba. Amri terpaksa akur dengan permintaan orang tuanya kerana dia seorang sahaja anak pasangan itu. Aisyah begitu kecewa dgn sikap Amri namun dia tetap berharap agar impian kasih disemai akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Setelah Amri meninggalkannya, Aisyah menjadi resah gelisah. Segala kerja yang dilakukan tidak sehebat dulu, sentiasa lambat. Eksekutif baru iaitu Azam Haris cuba mengintai taman hatinya walaupun dia tahu cinta Aisyah begitu kental terhadap Amri.

Azam Haris tidak berputus asa. Dia selalu memberi kata-kata perangsang hinggakan Aisyah sudah mula melupakan Amri. Bila cinta mula berputik terhadap Azam Haris tiba-tiba Aisyah mendapat tahu yang Azam Haris adalah bekas teman lelaki Lelasari, iaitu teman yang tinggal serumah dengannya.

Fikiran Aisyah menjadi buntu. Tidak tahu mana satu yang harus dipilih. Sama ada Ami ataupun Azam Haris? Kedua-dua jejaka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Mampukah Aisyah menanganinya? Sedangkan harapan di hati kian berubah kepada kedua-dua jejaka itu.

Thursday, February 4, 2010

Review 69: Aku Kan Novelis by Nurul Syahida




Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
Cetakan Pertama 2010
isbn: 978-967-5489-06-8


"Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yg aku matikan pada bab yg pertama"


Menghayati cerita ini adalah satu perjalanan yg menarik. Aku suka penyampaian selamba. Aku tau sudah semakin ramai penulis2 muda yg mula menggunakan teknik penyampaian cerita secara selamba tetapi Nurul Syahida ada caranya yg tersendiri, seperti yg pernah aku baca dalam Plain Jane. Novel nya kali ni tetap selamba dan sangat menghiburkan. Bagi pembaca tipikal spt aku, menghiburkan bermaksud, cerita yg membuat aku ketawa terbahak tebahak dan happy ending. NS sudah masuk list aku 'penulis yg bukunya mesti dibaca'.


Aku suka dengan cara penceritaan yg tidak over lapping. Kemuncak setiap kes tidak dihimpun di hujung cerita spt kebanyakan cerita. Ceritanya tidak meleret dan ada grip utk hold perhatian pembaca. Ni lah antara cerita melayu yg menggunakan bahasa inggeris dengan SANGAT baik. Aku yg tak berapa reti bahasa inggeris ni pun kadang2 rimas perut membaca bahasa inggeris yg tunggang langgang. lebih baik tulis semua nya dlm bahasa Melayu. Tetapi Nurul Syahida ni memang terer english lah. Aku ni jer english bersepah bertaburan bagai debu ditiup angin. haha.


kalau tak nak spoiler dan mahu thrill ketika membaca, jangan baca bahagian bawah ni ya?


Separuh pertama cerita menunjukkan kepakaran seorang penulis bernama Safiah dalam memberi nasihat2 berkaitan percintaan kepada dua sahabat karibnya yg saling tidak mengenali iaitu Helmi dan Iza.


Iza sudah dua tahun akrab dgn Hisham. Mereka sangat serasi dan saling memahami. Iza mahu Hisham melafazkan sesuatu yg pasti supaya hubungan mereka dpt diteruskan tanpa tanda tanya, siapakah dia di sisi Hisham. Dua tahun berlalu tanpa apa2, tapi mereka tetap gembira bersama. Hisham pulak seperti tidak ingin melafazkan cinta kerana macam sangat selesa dengan kedudukan Iza di sisinya.


Helmi jatuh chenta tak hengat dengan Jia Huey. Dia menyangka cintanya berbalas tetapi rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia pasrah menerima nasib dan demi seorg sahabat dia membantu Jia Huey dan Danny bersatu. Dia akhirnya menyedari bahawa dia dilahirkan utk menyelamatkan perhubungan orang lain.


Safi memperkenalkan Helmi kepada Iza so tht Helmi boleh bantu Iza utk membuat Hisham sedar perasaannya selama ini. Iza menolak, namun tanpa pengetahuan Safi mereka mula bertemu utk membenihkan cemburu di hati Hisham. It worked! Hisham took the relationship to the next level. Masih tidak melafazkan cinta tapi dia bawak Iza jumpa mak bapak dia. Hisham kelihatan spt seorg yg sangat takut dgn komitmen. Kehadiran Helmi membuatkan Iza sedar Hisham hanya menjadikan dia jaminan just in case along the way ada wanita yg lebih baik akan muncul. Helmi dpt membaca gerak hati Iza dan mengakui perasaannya pada Iza.


Lelaki seperti Hisham tu sudah byk kali dimenangkan dalam novel2 melayu. Aku sangat gembira dgn keputusan bijak Iza. Safi makin berbangga dgn kepakarannya hingga membuat Helmi dan Iza tidak sanggup lagi mendengar. Mereka cuba mencari masalah baru utk Safi selesaikan dan masalah itu mestilah melibatkan Safi sendiri supaya kisah mereka kurang mendapat perhatian dari Safi.


Maka tibalah Raol dlm hidup Safi. Seorg lelaki yg akan menarik perhatian sesiapa saja tak kira jantina atau peringkat umur (rambut dan sebelah matanya merah). Macam tak der masalah kepada Safi kan? sebab tak der kena mengena. Masalahnya sekarang, Raol adalah peminat novel-novel Safi dan dia mahu Safi menjadi haknya. "Gua mahu lu". Edeh... pandai2 la ko Safi nak idup. haha.


Cerita ini takkan sama dgn cerita lain kerana penulis menarikan kisah ini dgn rentak tersendiri. aku tak suka Raol tetapi dia lain dari yg lain, in a wierd and sweet way. but i kinda hoping safi sekadar 'simpan' Raol kot2 la ada yg lebih baik muncul selepas Raol hehe. Tapi nampaknya Raol makin berubah sedikit demi sedikit. Dah lama aku tak ketawa dan tergelak terbahak2 bila baca novel cinta. this writer has a lot to tell and i can't wait to read karya2 dia. Novel ni hadir tepat pada masanya. Membuat aku rasa nak baca lebih banyak novel lagi :)


aku nak minat nurul syahida lah!
huhu...


sinopsis/blurb:

Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.


Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?


Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.


------------
Sebagai seorg penulis, elemen terpenting yg harus dimiliki adalah keinginan utk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dlm dan luar kotaknya. Juga menjadi pendengar yg baik. Aku sentiasa merasa keupayaan itu utk melihat dunia org lain dlm satu dimensi yg berbeza, sesuatu yg harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman2 yg menjadi cermin utk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini.
~Nurul Syahida~



Buat Iza, Cintanya pada Hisham hanya akan mnjadi indah jika si pemuda melafazkan kata2 itu terdahulu kpadanya. Seorg perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yg sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yg dimahukan dlm seorg wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yg sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yg disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.


Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat2nya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sbg seorg novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dlm bentuk seorg pemuda dgn rambut yg lebih merah dari api.

Review 68: Menunggu Cinta Tuhan by Lily Haslina Nasir



Menunggu Cinta Tuhan
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Litera
cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789833892549
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
469 mukasurat


Buku yg mengandungi cerita, panduan, dan pengajaran. Cukup membuatkan kita berfikir untuk diri sendiri. Pengetahuan yg terkandung dlm buku ini ada nilainya yg tersendiri dan memberi manfaat kpd kita sbg pembaca. Ada yg membuat mata kita membulat, ada yg membuat tekak kita mual, ada yg membuat kita bersyukur, ada yg membuat kita muhasabah diri. Kisah yg membuat kita berfikir cukupkah cinta sesama manusia dlm hidup kita? Selamatkah kita? Yang pastinya aku seperti terfikir, selama ini aku membuat pilihan yg terbaikkah ketika berada di luar sana? And kisah ni membuat aku rajin memasak utk dibawa bekal ke pejabat. huhu... Teringat kat Khalidah yg bawak bekal air milo masa gi interview artis kat kelab. hehe.


Kisah seorg graduan jurusan syariah Khalidah Atikah, yg diterima bekerja sbg wartawan hiburan. SErbasalah dia menjalani kerjaya yg penuh dgn gosip dan fitnah. Dia jadi takut. Namun ada org di Akhbar Dinamik yg tahu dia mampu memberi pelbagai warna dalam berita artis. Menjerit boss dia si Azrul Rashid bila membaca artikel Khalidah yg ala2 teks khutbah jumaat.


Khalidah tidak mahu mengumpul dosa. Tugasan utk menulis artikel mengenai restoran Nasi Lemak Panas utk menarik golongan artis diterima Khalidah. Tak sangka cerita yang diselongkarnya memualkan hingga membawa dia Bagan Lalang.


Azrul jejaka kacak yg terperangkap dengan jampi serapah Nureen yg seksi. Entah apa yang dijamu Azrul hingga alpa kpd ibu bapa sendiri.


Cerita yg penuh kisah hitam, membuat kita terfikir apa yg kita makan, apa yg mendarah daging dalam tubuh kita ini halal. ADakah kita cukup berhati-hati ketika menjamah makanan di luar. Cerita yg membuat aku rasa nak bawak bekal hari-hari instead of berenti makan kat mana-mana.


Aku adalah penah dengar tentang Ayatul Ruqyah yg baik sbg perawatan dan perubatan. Tak sangka siap ada list penuh dlm buku ni :)


Part petikan artikel-artikel Khalida mungkin kelihatan seperti nak menebalkan cerita, tetapi pembongkaran kisahnya menarik dan mengejutkan. Mungkin sebab aku jarang baca part2 yg mcm ni, sebab tu aku baca semuanya.


sinopsis/blurb:


Khalida Atikah, jiwanya bening putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tetapi tetap punya cita2. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia.


Azrul Rasyid, dia lelaki keras, kasar lagi lantang. kata2nya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.


Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yg menguasai.


Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pd Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rashid dan Nureen siapa yg lebih luhur lagi putih utk disapa cinta Penciptanya?

Promosi Buku2 Baru



Cinta Hatiku
PITTERIAH ABDULLAH
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-14-3
~672 hlm
Tarikh Terbit: 20 Feb 2010




Sinopsis

Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah Arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya. Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah. Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah. Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanyalah anak angkat Tan Sri Badrol. Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.

Arissa yang jatuh cinta dengan Megat Rafiqin terpaksa menolak lamarannya kerana tidak mahu rahsia ini terbongkar. Wali adalah penting dalam penikahannya sedangkan wali yang sebenar tidak tahu dia mempunyai seorang anak perempuan. Arissa terpaksa berkorban demi orang lain sedangkan jiwanya sudah terseksa setelah berpisah dengan Megat Rafiqin yang membawa hati ke negara Dubai.

--------------




Jatuh Cinta Lagi
Hanny Syazwany
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-15-0
~602 hlm

Tarikh Terbit: 25 Feb 2010




Sinopsis

Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Wishal kecewa sehingga membawa dirinya ke Amerika namun dia kembali semula ke Malaysia dengan karakter yang berubah dingin tidak ceria seperti dahulu. Pertemuan pertama membuatkan Rozy ingin meraih perhatian pemuda itu namun segalanya sia-sia kerana kenangan silam membuatkan Wishal memusuhi insan yang bernama perempuan.

Kehadiran gadis bernama Shayna Carmilla yang bekerja di syarikatnya membuatkan hari-hari yang dilalui Wishal berubah menjadi memori indah. Pada mulanya dia tidak menyedari hakikat bahawa dia telah jatuh cinta namun setelah tiga bulan bersama gadis itu barulah dia akui yang dia sudah jatuh cinta lagi. Hal itu membuatkan Rozy menyimpan dendam.
------------


Tajuk : Panggil Aku Najiha
Harga: RM19.90

Halaman: 512

Penulis: Ana Balqis

ISBN: 978-983-124-511-8


Novel kategori Pena Jiwa yang mengenengahkan isu anak tidak bernasab. Garapan dan teknik penulisan Ana Balqis membuatkan kita tertanya-tanya tentang persoalan yang mahu diketengahkan. Namun, pembaca akan menemui jawapannya. Mereka yang meminati novel sastera, inilah pilihan yang anda cari. Terokailah novel ini dengan rasa teruja dan anda akan menemui satu kepuasan di titik akhir…


Catatan Ana Balqis


Panggil Aku Najiha (PAN) cerita tentang kita. Tentang peristiwa yang pernah terjadi di sekitar kita manusia marhaen. Cerita kita yang pernah jatuh kasih kepada seseorang dan tidak berbalas atau kita yang pernah melukakan atau dilukai. Dikhianati, dimusuhi atau mungkin disayang. Dan, juga tentang insan-insan yang mempunyai pandangan yang jauh dan tersendiri.Yang sanggup mengenepikan hal-hal peribadi yang dianggap kecil dan remeh demi menyempurnakan cita-cita dan idealoginya. Dalam PAN tiada watak jahat kecuali kenakalan-kenakalan kecil kerana bagi saya semua manusia baik. Jika ada perbuatan yang agak ‘di luarduga’ itu mungkin disebabkan sesuatu yang menekan mereka. Yang jika diurus dengan baik tentunya boleh dikawal.


Itu juga sebahagian dari sisi-sisi kehidupan, seperti kata Najiha kepada Wan Azmi suatu waktu,hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia jadi manusia. Membijaksanakan akal dan diri.” Untuk jadi cerdik pula tidaklah semudah bersiul atau memetik jari. Banyak dugaan dan ujian perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian.
----------------------



Tajuk : Ruang Rindu
Harga: RM19.90

Halaman: 512
Penulis: Rozita Abdul Wahab
ISBN: 978-983-124-514-9


RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.



Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.


Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?