Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, February 11, 2010

Review 76: Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati


Aku rasa nak baca novel ni lagi sekali :)
aku pestaim baca novel ni kalau tak silap selepas pesta buku pwtc tahun lepas.
ni pestabuku 2010 dah makin hampir :)



Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009


"Pabila hadir rasa cinta, bawalah ia ke 'firdaus'nya" - Nazawati


SEbenarnya masa baca buku ni aku dok terbayang2 muka DD yg berseri2 citer betapa
bestnya citer nih :)


Lepas baca baru lah aku tau yg citer ni rupanya citer kahwin paksa. Patut ar
ramai suka bebenor ngan citer ni :).


Saya teringat Nazawati menggunakan cara yg sama dgn buku 'kembalikanlah kasihku'
utk scene macam mana Seri Kurnia dapat tahu mengenai perasaan sebenar suaminya
terhadap dirinya. dalam KK Rina dpt tahu hubungan sebenar Hani Mastura & Amirul
Taufiq melalui catatan jugak. Tu cara terbaik utk mengetahui segala galanya
tanpa ada yg tertinggal. "Kembalikanlah kasihku" lagi sedih berbanding citer ni.


Kisahnya tentang 3 sahabat, Seri Kurnia, Firdaus dan Ajmal yg terpisah setelah
satu peristiwa aib berlaku dlm keluarga mereka. Seri pergi membawa diri
melanjutkan pelajaran bersama penghinaan yg dilemparkan Firdaus tanpa usul
periksa. Seri pergi dgn perasaan benci, namun dia sering berhubungan dgn Ajmal,
bertukar kabar berita.


10 tahun berlalu dan Seri balik ke Malaysia. dia dpt kerja dgn Ajmal dan
kebetulan pulak biliknya betul sebelah bilik Firdaus yg dipanggil balik dari
luar negara utk bergabung dengan Seri dlm sebuah projek besar syarikat mereka.


Diorang ni lebih byk berbalah daripada berbincang. Perangkap yg dipasang org
lain terkena kat diorang lalu ditangkap basah masa outstation kat Kota Bharu.
Demi menjaga imej syarikat (kat Kelantan tu kot), mereka menerima cadangan Ketua
mereka utk berkahwin. Firdaus menggunakan peluang itu utk membalas dendam pada
Seri dan berjanji tak akan membiarkan Seri bahagia. Cuma ada sedikit masalah,
Seri tu cantik dan baik hati orgnya. Berjayakah Firdaus melunaskan dendamnya?
TAk susah utk jatuh hati pada wanita sebaik Seri, tambah2 dia tu best friend dia
dulu, sebelum kejadian paling hitam dalam hidup mereka berlaku. Bukan mudah juga
utk Firdaus mengakui perasaannya terhadap seseorang yg sangat-sangat dibencinya
dan terlalu sukar utk dia memaafkan. Cerita ini dikupas dari sudut pandangan
Seri Kurnia.


huhu... macam trailer movie lah pulak. tak sangka betul punca sebenar aib yg
berlaku adalah dari keluarga Ajmal sendiri. BAnyak lah jugak yang tak sangka dlm
novel ni. Masa baca buku ni, aku dok gila dengar lagu Yuna Dan SEbenarnya.
Sesuwei bangat ngan citer ni. :) aku siap order EP Yuna nih. edeh.


sure fine whatever
rinn




sinopsis belakang buku:


perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan
peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak
pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti,
pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
Percik air lembutlah ia...!
Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!
Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!
Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir,
kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!

Bahtera ini, arah kita tak serupa
padamu... aku dendam yang tak terungkai,
padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini,
kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

***
Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia
dengan hati anda sendiri!

---------------------------

ISBN: 978-967-5118-16-6
Harga: RM19.00
435 mukasurat

1 comment: