Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Wednesday, February 17, 2010
Review 79: 143 by Pingu Toha
143
Penulis: Pingu Toha
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118302
520 mukasurat
"143... maksudnya I love you"
Covernya sangat manis! Tak jemu dipandang dan amatlah cutenya! Sepanjang minggu ni aku banyak baca buku yg cover backgroundnya putih. saya peminat novel LUVE! Sweet giler. Cerita cinta yg ada kelainan dan membuat hati berlagu riang :)
Dlm novel ni Pingu Toha membahagikan pengisahannya dalam 3 bahagian. Aku suka cara yg macam ni sbb tak pening nak baca. Kadang2 biler semua kisah diceritakan secara selari, aku jadi confuse jugak kdg2 tu. Al Maklumla org blurr. Yang ni terasa kemas dan teratur. Tiga bahagian itu dipisahkan dalam tiga time frame yg berbeza dan ditamatkan dengan penyatuan di endingnya. Smart!
Bhg Pertama (time frame: Present) lebih menumpukan pada watak2 utama dalam L.U.V.E dulu iaitu Uth dan Lana.
Lamanya Uth tunggu nak lafazkan i love you pada Lana tu. Mula2 rasa mcm sweet ja malu2 gitu. Lepas tu rasa cam dah mcm meleret. Dan kemudian macam slow giler Uth ni, macam nak sekeh jer kepala dia dengan racket. Dan kemudian rasa mcm nk jerit "just tell her Uth!" dah sah2 Lana nak gak kat dia. And lama2 mcm bosan la Uth ni. Baik Lana cari org lain. And saya dah tak kisah dengan ending Uth ngan Lana. Saya rasa rugi besar jer Keri dan Haikal melepaskan Lana pada Uth yg nampak sangat takut pada komitmen walaupun org tu pun suka kat dia. Dia tak der self confidence mcm Keri dan Haikal. Macam Bucks yg masih muda tu.
Aku hanya suka Uth dan Lana setakat ending L.U.V.E saja. Uth takkan buat first move. Lana yg kena buat rombongan gi minang Uth kalau betul2 nak kawin dgn Uth. ;)
Bahagian kedua (past tense) adalah tentang Keri (ex Lana) dan Elina (ex Uth)
Keri tu serbasalah nak kat Elina sbb dia ni ex romeo, Elina set2 muslimah pakai tudung, gelak tutup mulut. Keri dah jatuh cinta dgn sleeping beauty yg boleh ketawa dlm tidur. Haha. Wierd. Tapi Keri dah bersedia menyerahkan sebelah hatinya pada Elina, belahan jiwanya. Dan rupa2nya Elina memang menunggu hati yg sesuai utk dirinya, Raden yg sebelum ni cuba menyerahkan hatinya, kena reject sbb hati Elina menidakkan. Ni bukan bagi hati as in bagi bantal bentuk hati ker.. ni betul2 bagi hati, yang kena bedah kat hospital lepas tu pasang kat hati Elina. hah! ada pakwe yg sanggup? Keri sanggup!
Bahagian ketiga (3 tahun akan datang) pulak kisah Violet, si Vee yg ala2 stalker Uth dlm LUVE tu, scary girl. haha. Tapi dalam bahagian ni Vee tak scary lagi. Dia tahu hati dia terdetik dengan kehadiran Bucks. Sweet lah pulak Vee dgn Bucks tapi Vee mcm serba salah sebab Bucks tu muda 5 tahun dari dia tapi Bucks tu sgt matang, jauh lagi best dari si Uth. Even after beberapa tahun Uth masih mcm tu, tak der improvement. Haha sori Uth. Keri ngan Vee improved a lot. And selimut Pingu tu sangat comel, ok?!
yup ending nya happy2 belake. Uth dah lafaz cinta, eh bukan lafaz, dia taip jer dlm ym. And Lana terima, apa? terima? adui, tak serik2. Rasanya selagi Pingu Toha tak cerita diorang akad nikah, naik pelamin, dapat anak, aku tak rasa Uth ngan Lana tu happy ending. So, bila ler Lana nak hantar rombongan meminang ye?
Apa2pun memang kisah cinta yg sangat manis dari Pingu Toha. Kisah cinta The Little Mermaid, Sleeping Beauty dan Rapunzel versi Pingu Toha. Tahniah! :)
sure fine whatever
Rinn
SINOPSIS/BLURB
Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?
Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.
Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.
1
Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.
Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.
4
Empat bulan darinya. Dulu.
EXs
Tentang Elina dan Kéri.
3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet
Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.
Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.
* * *
Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hye...pertama kali tgk muka depan nbuku ni pun dh suka.jumaat ni xnak lepas peluang..nk beli buku ni.
ReplyDeletebtw, nk ty mcm mn ye nk add buku2/novel2 melayu dalam shelfari mcm awak buat ye. sy dh try tp xboleh pun gun search engine kt siru. harap dpt tunjuk ajar dr rinna..tenkiu:)
yer sesuai sangat kalau nak beli jumaat ni kat pwtc, ada pingu toha. Bleh amik signature terus. Kiter pun ada kawan pesan suruh tulung belikan.
ReplyDeleteShelfari tu nak add senang jer. Masuk ke shelfari siapa2 yg dah ada buku tu, click 'add' saja. Kalau tak der lagi dalam shelf awak dan awak nak add buku baru, boleh search saja dulu, kalau tak appear search results, kat bhg bawah tu akan kuar 'create new' click link tu dan bubuh la details buku tu and then upload gambar cover buku tu.
kalau buku dah ada, jgn add baru, supaya senang nak share review dan comments dgn orang lain. Baru meriah! hehe.
terima kasih :)
ReplyDeletesaya baca buku ni ..suka sgt :)
ReplyDeletesmpi trbawa dlm mimpi :D
:) memang cerita sweet sha :) kalau nak jumpa penulis, jgn lupa pegi pesta buku selangor. Tengok kat fb js, nama dia ada dalam senarai penulis yg akan hadir :)
ReplyDelete