2x5
Penulis: Areila Sahimi
Terbitan: Kaki Novel
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
"Seorg kecewa menonggeng.
Seorg kecewa berguling.
Seorg merentas Lebuh Raya Utara Selatan.
Seorang terbang menyeberangi Laut China Selatan.
Agak kalau seorg kata sudah sampai ke pusat angkasa ISS.
Mahu yg seorg lagi akan kata dia sudah menjejakkan kaki ke tanah bulan!!!"
Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.
Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.
Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoaan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.
Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyayangi dalam diam. Walaupun pertengkaran seringkali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjawab menyatukan mereka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan - insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.
Berjayakah Kirin dan Zaim meninggalkan ego demi cinta mereka? Masing-masing tidak mahu mengalah dan masing- masing dua kali lima sahaja…
sinopsis/blurb:
Seniman Agung Tan Sri P.Ramlee pernah berpujangga... sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Itulah asam garam hidup berumah tangga, pahit manis pastinya akan terasa.
Pada Syakirin, Zaim bukan lelaki jahat. Zaim itu lelaki baik. Cuma perlu ada teknik yg mantap sahaja utk menjinakkannya.
Pada Zaim, Syakirin tu okey juga. Cuma hatinya belum terbuka utk menerima kehadiran wanita lain selepas peristiwa pengantin perempuannya hilang pada hari pernikahannya dua tahun dahulu.
Setebal mana tembok ego lelaki, pasti akan runtuh juga akhirnya apabila melihat haknya yg halal itu sudah indah berdiri di depan mata. Masakan dia mahu menolak. Dari rasa dingin, mereka berdua mula membina mahligai bahagia bersama.
Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Datangnya Sofea dgn tiba2 mengganggu keharmonian rumahtangganya yg dibina. Bila datang insan ketiga memang payah untuk meletakkan rasa percaya pada pasangan kerana wanita biasa pasti sahaja punya rasa marah bilamana haknya cuba dirampas oleh wanita lain.
Dalam kalut dgn kehadiran Sofea, muncul pula Johan Razi si hartawan yg hartanya tak habis makan menimbulkan cemburu di hati Zaim. Masakan dia tidak berperasaan begitu andai isterinya bukan main bermanis bahasa dgn duda beranak satu itu.
Antara Syakirin dan Zaim, mereka saling menuduh siapa yg curang. Mereka mula mencemburui sesama sendiri. Bila masing2 2x5 memang susah nak tentukan siapa salah siapa betul. Syakirin atau Zaim? Memang cemburu tandanya sayang. Tapi terlebih cemburu juga boleh membawa padah...
-------------------------
Hadirmu Takdirku
Penulis: Alina Haizar
Terbitan: Kaki Novel
SEMENANJUNG: RM18
SABAH & SARAWAK: RM 21
"Cinta ini adalah milik kau dan aku...
tak akan ada sesiapa dlm takdir kita."
Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati, Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang. Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.
Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!
--------------
Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Penulis: Tere-Liye
Terbitan PTS
RM17.50
Sabah/Sarawak: 19.50
Bakal Terbit 16 Mac 2010
Tutup mata kita. Tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. Mari berfikir sejenak. Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "Aku berikan kamu kesempatan hebat. Lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawabnya sekarang. Lima pertanyaan. Apakah pertanyaan pertamamu?"
Maka adakah kita akan bertanya: Apakah itu cinta? Adakah hidup ini adil? Adakah kaya itu segala-galanya? Adakah kita memiliki pilihan dalam hidup? Apakah makna kehilangan?
Ray, tokoh utama dalam kisah ini, ternyata memiliki kecamuk pertanyaan sendiri. Lima pertanyaan sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya.
Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
Penulis Taufiqurrahman al Aziziy
Terbitan PTS
RM17.50
Sabah/Sarawak: RM19.50
Bakal Terbit 16 Mac 2010
Memang sudah tidak ada lagi yang peduli terhadap surau itu. Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh. Hanya Ibrahim seorang sahajalah yang berjuang mati-matian menghidupkannya, memakmurkannya, mencintainya sepenuh jiwa. Bahkan melampaui kecintaannya kepada diri sendiri dan wanita yang mencintainya. Dia berjuang keras sentiasa menghadirkan Allah di hatinya, di surau itu, di lingkungan itu. Dan, pilihan cintanya terhadap rumah Allah menghantarnya pada kemelut yang terjal, perih, berselimut luka, berderai air mata bahkan harga diri dan jatidirinya di mata orang-orang yang berusaha merobohkannya.
-----------
Aku Dia & Gosip
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Syok!
RM17.00
Sabah/Sarawak RM19.00
Bakal Terbit 12 MAC 2010
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?
Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!
Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.
Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.
----------------------
Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
Penulis: A.Ubaidillah Alias
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
Bakal Terbit: 19Mac2010
480 mukasurat
Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."
No comments:
Post a Comment