Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Thursday, February 4, 2010
Review 69: Aku Kan Novelis by Nurul Syahida
Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
Cetakan Pertama 2010
isbn: 978-967-5489-06-8
"Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yg aku matikan pada bab yg pertama"
Menghayati cerita ini adalah satu perjalanan yg menarik. Aku suka penyampaian selamba. Aku tau sudah semakin ramai penulis2 muda yg mula menggunakan teknik penyampaian cerita secara selamba tetapi Nurul Syahida ada caranya yg tersendiri, seperti yg pernah aku baca dalam Plain Jane. Novel nya kali ni tetap selamba dan sangat menghiburkan. Bagi pembaca tipikal spt aku, menghiburkan bermaksud, cerita yg membuat aku ketawa terbahak tebahak dan happy ending. NS sudah masuk list aku 'penulis yg bukunya mesti dibaca'.
Aku suka dengan cara penceritaan yg tidak over lapping. Kemuncak setiap kes tidak dihimpun di hujung cerita spt kebanyakan cerita. Ceritanya tidak meleret dan ada grip utk hold perhatian pembaca. Ni lah antara cerita melayu yg menggunakan bahasa inggeris dengan SANGAT baik. Aku yg tak berapa reti bahasa inggeris ni pun kadang2 rimas perut membaca bahasa inggeris yg tunggang langgang. lebih baik tulis semua nya dlm bahasa Melayu. Tetapi Nurul Syahida ni memang terer english lah. Aku ni jer english bersepah bertaburan bagai debu ditiup angin. haha.
kalau tak nak spoiler dan mahu thrill ketika membaca, jangan baca bahagian bawah ni ya?
Separuh pertama cerita menunjukkan kepakaran seorang penulis bernama Safiah dalam memberi nasihat2 berkaitan percintaan kepada dua sahabat karibnya yg saling tidak mengenali iaitu Helmi dan Iza.
Iza sudah dua tahun akrab dgn Hisham. Mereka sangat serasi dan saling memahami. Iza mahu Hisham melafazkan sesuatu yg pasti supaya hubungan mereka dpt diteruskan tanpa tanda tanya, siapakah dia di sisi Hisham. Dua tahun berlalu tanpa apa2, tapi mereka tetap gembira bersama. Hisham pulak seperti tidak ingin melafazkan cinta kerana macam sangat selesa dengan kedudukan Iza di sisinya.
Helmi jatuh chenta tak hengat dengan Jia Huey. Dia menyangka cintanya berbalas tetapi rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia pasrah menerima nasib dan demi seorg sahabat dia membantu Jia Huey dan Danny bersatu. Dia akhirnya menyedari bahawa dia dilahirkan utk menyelamatkan perhubungan orang lain.
Safi memperkenalkan Helmi kepada Iza so tht Helmi boleh bantu Iza utk membuat Hisham sedar perasaannya selama ini. Iza menolak, namun tanpa pengetahuan Safi mereka mula bertemu utk membenihkan cemburu di hati Hisham. It worked! Hisham took the relationship to the next level. Masih tidak melafazkan cinta tapi dia bawak Iza jumpa mak bapak dia. Hisham kelihatan spt seorg yg sangat takut dgn komitmen. Kehadiran Helmi membuatkan Iza sedar Hisham hanya menjadikan dia jaminan just in case along the way ada wanita yg lebih baik akan muncul. Helmi dpt membaca gerak hati Iza dan mengakui perasaannya pada Iza.
Lelaki seperti Hisham tu sudah byk kali dimenangkan dalam novel2 melayu. Aku sangat gembira dgn keputusan bijak Iza. Safi makin berbangga dgn kepakarannya hingga membuat Helmi dan Iza tidak sanggup lagi mendengar. Mereka cuba mencari masalah baru utk Safi selesaikan dan masalah itu mestilah melibatkan Safi sendiri supaya kisah mereka kurang mendapat perhatian dari Safi.
Maka tibalah Raol dlm hidup Safi. Seorg lelaki yg akan menarik perhatian sesiapa saja tak kira jantina atau peringkat umur (rambut dan sebelah matanya merah). Macam tak der masalah kepada Safi kan? sebab tak der kena mengena. Masalahnya sekarang, Raol adalah peminat novel-novel Safi dan dia mahu Safi menjadi haknya. "Gua mahu lu". Edeh... pandai2 la ko Safi nak idup. haha.
Cerita ini takkan sama dgn cerita lain kerana penulis menarikan kisah ini dgn rentak tersendiri. aku tak suka Raol tetapi dia lain dari yg lain, in a wierd and sweet way. but i kinda hoping safi sekadar 'simpan' Raol kot2 la ada yg lebih baik muncul selepas Raol hehe. Tapi nampaknya Raol makin berubah sedikit demi sedikit. Dah lama aku tak ketawa dan tergelak terbahak2 bila baca novel cinta. this writer has a lot to tell and i can't wait to read karya2 dia. Novel ni hadir tepat pada masanya. Membuat aku rasa nak baca lebih banyak novel lagi :)
aku nak minat nurul syahida lah!
huhu...
sinopsis/blurb:
Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.
Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?
Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.
------------
Sebagai seorg penulis, elemen terpenting yg harus dimiliki adalah keinginan utk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dlm dan luar kotaknya. Juga menjadi pendengar yg baik. Aku sentiasa merasa keupayaan itu utk melihat dunia org lain dlm satu dimensi yg berbeza, sesuatu yg harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman2 yg menjadi cermin utk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini.
~Nurul Syahida~
Buat Iza, Cintanya pada Hisham hanya akan mnjadi indah jika si pemuda melafazkan kata2 itu terdahulu kpadanya. Seorg perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yg sama?
Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yg dimahukan dlm seorg wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yg sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yg disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.
Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat2nya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sbg seorg novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dlm bentuk seorg pemuda dgn rambut yg lebih merah dari api.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nurul syahida mmg penulis yg berbakat..
ReplyDeletexsbr nak dpt kan buku nih..
thank sbb review novel ni..
ade lg 1 buku dr syahida nih..
soalnya hati..
bg saya..
novel soalnya hati lebih best
berbanding dengan plain jane..
bg pendapat saya lah...
;D
yaaa kiter dah dapat bli Soalnya Hati :) Target nak bereskan baca sebelum Pesta Buku PWTC nanti. huhu...
ReplyDeletewokeh...
ReplyDeletejgn lupe review buku tu nnt
=)
Lepas baca nanti saya review. Nanti saya post semula review Plain Jane. Rasanya kat sini blum penah post lagi :)
ReplyDeleteuih... sekejap jer 'Aku Kan Novelis' dah masuk 2nd print! tahniah buat penulis.
ReplyDeletesaya dah baca tiga2 novel NS ni. sangat best!!! tak macam novel2 melayu lain. rajin-rajinla buat review lagi okey. keep up the good work ;D
ReplyDeletep/s : mintak izin link bole?
silentnur: Thanks sudi jengah sini :) saya pun dah siap baca tiga2 novel NS. Memang buat koleksi dan wajib baca. Insyallah, ada masa saya akan review, thanks for your support. ni yg buat berkobar2 nak baca novel dan review nih :) boleh jer link.
ReplyDeletebaca novel ni buat kali ke2!~ yehh
ReplyDeleteKalau rasa nak gelak2 memang la saya cari novel ni. Tambah2 masa mood membaca tengah merudum sedang kan buku masih bersusun kat rak menanti giliran utk dibaca. Kalau writers ada masalah writer's block, pembaca pun ada gak masalah reader's block. huhu...
ReplyDeletebila dia story sal fakri..sumpe leleh air mata..
ReplyDeletesgt detail~
sha :)
ReplyDeleteada scene buat kiter gelak ada scene buat kita nangis :) seimbang lah tu. minggu depan hari sabtu, nurul syahida ada kat pesta buku selangor. Ada sapa2 gi serbu tak? kiter gi gak ushar nurul syahida hari ahad haritu.
macam perasan la,, Ns selalu selit atau memang jadikan watak utama dalam ceritanya seorang lelaki indonesia... huhu.. baca plain jane ari tu sangat lwak, real are citer de.. tak sceptical
ReplyDeleteYe ke? nanti saya baca lagi seround saya akan pay more attention. hehe. thanks. :)
ReplyDeletecta ni mmg best...dah 2 kali dah bca....cm real je...ada part yg safi dkt kpg fakri, time kakak fakri kawin, org kpg panggil dia 'penulis' n kwn safi dipanggil 'peguam'...n ada kisah makcik2 kpg yg menunjuk2..(klu x silap la)...n dia sebut australia...ostoria...haha...best la....waiting 4 the next novel from nurul syahida...
ReplyDeleteteringin nak tgk nurul syahida
ReplyDeletenak tengok nurul syahida ke? check this blog
ReplyDeletehttp://nurulsyahida-thewriter.blogspot.com/
nak komen gak.hehehe.. sy pun minat kat NS ni.sy ni bkn minat sgt baca nvl esp nvl chenta yg jiwang karat.sll tompang bc nvl my sisters jak.tp nvl NS ni mmg brbezalah.smlam i ada nmpak nurul syahida n damya hanna dlm rancangan safiyya @ tv9.muka n sora mcm budak gtu.hehehe..
ReplyDelete