Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, September 17, 2008

Blogspotku!


Huhu... dah lebih setahun saya bina blogspot ni tapi tak aktif. Aduih.. saya ni tak berapa pandai menggunakan blogspot dan tak ada tok guru nak mengajar saya menggunakannya. Sebab tu lah saya lebih cenderung menggunakan Multiply. Adik saya memberi sedikit tunjuk ajar. Selepas menggunakan shelfari, saya cuba mengapplikasi kan apa yg saya belajar dari pembacaan utk update blogspot nih. Walaupun saya tidak menghantar post selalu ke sini tetapi Shelfari saya akan di update selalu. Insyallah.


Bagi kawan2 yang sudi melawat ke sini, boleh lah membaca review saya melalui rak-rak shelfari yang saya masukkan kat blog ni. Saya akan menambah lebih banyak rak utk memudahkan pencarian novel. Bukan senang nak upload semua koleksi saya ke shelfari. Saya mengambil masa hampir dua bulan utk kerja2 menyalin koleksi buku yg saya ada ke shelfari. Tapi hasilnya menggembirakan. Dapatlah saya aktifkan blogspot saya ni yang sudah lama terbiar.


Saya akan cuba menambah lebih banyak links untuk membantu kawan2 melayari website2, blogger2 yang lain yang berkaitan dengan novel dan buku. Terima kasih kepada semua yang menyokong kerja2 saya dan berkongsi minat dengan saya. Harap arkib kecil saya ini dapat membantu anda semua, kalau tak banyak pun sedikit jaaaaaaadilah :)


Saya akan menyelitkan rak2 buku mengikut genre dan kalau boleh mengikut penulis2 pilihan saya. sekiranya ada cadangan, jangan lupa tinggalkan pesan ya? Terima kasih!


sure fine whatever

Rinn