Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Wednesday, October 20, 2010

Review 236: Kau Milikku by Aisha Hamza



Kau Milikku
Penulis: Aisha Hamza
Cetakan pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
RM23.00
sabah/sarawak RM26.00
9789675067549
702 mukasurat


"Dahulu kita seteru, tetapi kini kau milikku..."


Bagi peminat kisah2 kawin paksa, tentu tak lepaskan peluang membaca novel setebal 702 muka surat ni. walaupun banyak naskah dengan tema seperti ini, penulis berani mengenengahkan tema popular ini dengan idea ceritanya sendiri. Sebab diorang bernikah tu adalah sebab yg agak klise digunakan dalam hampir semua cerita kahwin paksa. Bagi yg mencari kelainan mungkin akan mengeluh sedikit la dengan tema stereotype begini. Tetapi penulis tetap cuba merencahkan cerita dengan caranya yg tersendiri. Mungkin kita dapat mengingati dan membezakan kisah ni dengan kisah2 kahwin paksa yang lain?


Dizyan dan Faizal sudah saling mengenali sejak zaman skolah. Di awal2 cerita Dizyan terang-terangan mengaku dia sukakan Faizal. Dia kelihatan mudah dibuli tetapi berani melawan. Perwatakannya selepas itu menjadi seorang yg membalas sabotaj yg dibuat Faizal and the geng. Aneeq memang sangat mengjengkelkan. Dia kelihatan paling kuat melobi Faizal supaya membuli Dizyan habis habisan.


Dizyan jenis comel. muka lawa tapi badan gempal. tapi dia tak terlepas menjadi bahan ejekan Faizal dan makwenya, Ku Zhety. Dizyan memang bagi serangan balas kat kedua2 mereka. Aneeq tak kena lah pulak. Di hari terakhir persekolahan/peperiksaan Faizal cuba menganiaya Dizyan tapi end up jadi betul2 dan dia yg terpaksa menyelamatkan Dizyan. Kemudian mereka terpisah selama 3 tahun.


Ketika melanjutkan pelajaran ke Australia, Dizyan bertembung semula dgn Aneeq tetapi Aneeq kelihatan sangat berbeza dari zaman persekolahan. Aneeq dgn sabar cuba mencuri hati Dizyan. tetapi peristiwa hitam telah menimbulkan kekeliruan di hati Dizyan. Aneeq dianiaya tetapi dizyan turut menjadi mangsa.


Selepas menamatkan pengajian Dizyan tidak mahu bekerja dgn ayahnya yg merupakan seorg peguam yg sangat terkenal di Malaysia. Dizyan tidak pernah bermegah-megah dgn populariti bapanya. Tak ramai yg tahu Dizyan tu anak somebody. Berbeza dgn Faizal dan ku Zhethy yg berbangga dgn gelaran dan kekayaan.


Dizyan end up di syarikat yg sama dgn Faizal dan Aneeq. Bagi aku peristiwa Dizyan dgn Aneeq dan Dizyan dgn Faizal sudah cukup utk mencalar maruah Dizyan, tapi Dizyan spt tak serik dan menerima utk bekerja di bawah Faizal malah menandatangani kontrak kerja yg betul2 memerah tenaga. Rupa2nya Dizyan tak ditempatkan di pejabat, tetapi ditempatkan di rumah Faizal sbg org gaji. Faizal belum puas utk membalas dendam terhadap Dizyan. Dendam yg bermula hanya kerana dia suka mengejek perempuan gempal yg jatuh hati padanya.


Dizyan kena buli lagi. Macam2 kerja rumah yg dia kena buat sedangkan di rumah sendiri pun dia tak serajin atau sesibuk itu. Suatu hari mereka tertangkap basah ketika hanya tinggal mereka berdua saja di rumah. Keluarga mereka berbincang dan mencapai kata sepakat supaya menikahkan mereka demi menyelamatkan maruah keluarga. Kedua2 mereka adalah dari keluarga yg amat disegani.


Mula2 tu mak Faizal pun mcm tak bekenan dgn Dizyan, tapi lama2 Dizyan lah yg jadi peneman dan penghibur hatinya. Faizal dipaksa ayahnya supaya mengambil Dizyan sbg setiausahanya di pejabat. Ku Zhety masih lagi berhubung rapat dgn Faizal walaupun Faizal awal2 lagi dah tegaskan dia taknak Zhety meletakkan sebarang harapan dalam hubungan mereka. dia cuma gembira di dampingi wanita cantik.


Tanpa sedar Faizal sebenarnya selalu cemburu dan bimbang akan keselamatan Dizyan. Lama-kelamaan sikapnya itu semakin terserlah sehingga dia sendiri keliru dgn tindakannya. Ketika dia sudah mula menyemai kasih terhadap Dizyan, dia menerima gambar2 Dizyan dgn Aneeq dlm keadaan memalukan. Dia meniduri Dizyan lalu menceraikannya.


Aneeq sanggup menerima Dizyan kerana kasihnya pada Dizyan sangat ikhlas tetapi Dizyan menolak kerana masih menyayangi Faizal. Aneeq menceritakan perihal sebenar tentang peristiwa di sebalik gambar2 memalukan itu. Aneeq dianiaya Rohan kerana kes cemburu dan Dizyan terlibat kerana rapat dgn Aneeq. Rohan kenal Faizal? kenapa masa mula2 rohan dok sebar gambar2 Aneeq ngan Dizyan kat semua org Faizal tak pernah dapat gambar2 tu?


Dizyan membawa diri ke Australia utk menyambung pelajaran. Faizal pulak tak mencari Dizyan kerana menyangka dia sedang bahagia bersama Aneeq.


Dizyan kembali ke Malaysia dan kini bergelar pensyarah yg dikenali sbg Miss Hana. Dengan bantuan Liyana, adik sepupunya, Faizal cuba mencuri hati Dizyan sekali lagi :)


sure fine whatever
rinn


blurb/sinopsis belakang buku:

Dizyan Farhana, seorg gadis yg mempunyai paras yang menawan tetapi disebabkan badannya yg gempal, dia selalu dijadikan bahan usikan teman-teman sekolah. tidak terkecuali juga Fezrull Faizal. Bermacam perkara yg dilakukan oleh Faizal dan ahli kumpulannya.


Lapan tahun berlalu, tanpa disengaja, Faizal dan Dizyan bertemu lagi. Tetapi kali ini di tempat kerja di mana faizal lebih berkuasa. Demi dendam lama yg masih belum padam, Dizyan disuruh bekerja sbg pembantu rumah di banglo milik keluarganya. Tanpa disangka, terjadi satu peristiwa yg mendesak mereka bersatu sbg suami isteri. Adakah penyatuan mereka sbg suami isteri mampu meleraikan ikatan permusuhan yg terjalin sedari mereka kecil lagi?


Adakah wujudnya Ku Zhety sbg 'kekasih' faizal menyebabkan Dizyan merasa jauh hati atau sebaliknya? Mulanya kebencian dan penindasan semata kemudian akhirnya kerinduan dan kasih sayang bercambah sedikit demi sedikit walaupun pelbagai badai datang melanda. Tetapi, kisah hitam yg terjadi kepada dizyan menghalanghati mereka bersatu. Lebih sadis apabila bahtera rumah tangga yg dibina musnah tanpa sempat kebenaran dibongkar. Faizal dgn cemburu dan egonya, Dizyan dgn sabar dan redanya. Adakah mereka akan kembali bersatu membina keluarga yg sempurna?

Review 235: Sesuci Kasih Seorang Isteri by Dzie Tyea


Sesuci Kasih Seorang Isteri
Penulis: Dzie Tyea
Terbitan Kaki Novel Enterprise
Cetakan Pertama 2010
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
598 mukasurat


"Kita cuma mampu merancang,
Dia jualah yang menentukan segala-galanya..."


Sebenarnya aku terkedu dengan isu yg diketengahkan penulis ini berkaitan poligami yg berlaku di antara Zikri, Alishah dan Sofea. Pendekatan begini mungkin kita takkan jumpa dalam tipikal kisah2 genre begini dalam novel lain. Ini bukan sahaja cerita kawin paksa, tetapi juga kisah bagaimana watak hero cerita ini tersepit dlm menghadapi situasi begitu. Dia dengan rasa serba salah dan keterpaksaan itu tidak dapat ditolaknya.


Aku kagum dgn cara penulis menyulam kisah golongan pemeras di Turki yg berkait rapat dgn mengapa Zikri terpaksa berkahwin lagi walaupun dia cukup bahagia beristerikan Alishah yg merupakan pilihan ibunya.


Zikri tersepit antara kemahuan hati sendiri dan keselamatan keluarga abg kandungnya di Turki yg menjadi mangsa ancaman ala2 along pemberi pinjaman dan pemeras di sana. Demi menyelamatkan nyawa abgnya sekeluarga, dia menerima Sofea sbg isteri keduanya.


Heran jugak bagaimana Khaleed Mashur yg hebat dgn kekuasaan dunia gelap dia tu boleh biarkan puteri kesayangannya menjadi isteri kedua kepada lelaki melayu yg tidak dikenalinya semata2 kerana puterinya, Sofea berkenan sangat dgn Zikri yg budiman. Sofea mungkin tidak tahu yg ayahnya menggunakan kekerasan yg amat kejam utk menjadikan Zikri sbg suami Sofea malah memeras ugut Zikri dgn menyiksa anak saudara Zikri semata2 mahukan Zikri menyentuh Sofea dan menjadikannya isteri dalam erti kata sebenar.


Sofea tahu tentang kewujudan Alishah dan Zikri tidak mahu Alishah tahu kedudukan Sofea dlm hidupnya kerana dia tahu Alishah tidak suka dimadukan. Keterpaksaan bertukar menjadi tanggungjawab walaupun dia amat berat sebelah dalam memberi keadilan kepada Sofea kerana dia lebih sayangkan Alishah yg mempunyai ciri2 isteri sejati dan muslimah. Sofea juga mempunyai kelembutan tersendiri sbg isteri yg baik walaupun pada mulanya perwatakannya seperti tidak stabil.


Isu ni mungkin terlalu berat bagi mereka yg sukakan kisah kontemporari yg lebih jiwa-jiwa. Bagaimanapun, bagi yg mencari 'rasa' yg berlainan, mungkin cerita ini mampu memberi rasa segar.


Tahniah buat penulis.


sure fine whatever
rinn



blurb/sinopsis belakang buku:


Isha... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya utk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.


Sofea... hadirmu bukan pintaku. Tetapi mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali? siapa aku sebenarnya padamu?


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI... luahan hati dari kaca mata seorg suami yg berhadapan dgn dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yg bisa menyentuh perasaan anda.

Tuesday, October 19, 2010

Review 234: Selagi Ada Dia by Aisya Sofea


Selagi Ada Dia
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM19.90
512 mukasurat

"Biarpun jauh dipisah waktu, suara hatimu membisik bagai kau ada di sisi"


Sentuhan 'sweet' Aisya Sofea masih unggul. cuma mungkin jalan ceritanya menjadikan cerita ini kelihatan biasa, tapi seperti kebiasaan Aisya Sofea, penyampaiannya sangat membuai perasaan. Bagi yang membaca baru bermula dgn novel ini utk mengenali Aisya Sofea, sudah pasti akan mencari karya2nya yang sebelum ini.


Bukan senang nak mencari tema yang ada kelainan. Misteri siapa bakal suami Ari tidaklah terlalu terselindung kerana peranan lelaki itu sudah terserlah di dalam novel ini. Ariana-Idris menjadi couple sweet baru bagi peminat2 Aisya Sofea.


Haris tu memang betul2 menjengkelkan. Nak kata jahat, dia bukannya jahat cuma dia seorg lelaki yang tak berpendirian dan suka menabur janji yang belum tentu dia dapat tepati. Ari menjadi mangsa kebadigolannya walaupun dia benar2 menyintai Ari tetapi pendiriannya yg tak teguh itu menjadikan dia bukan pilihan.


Rasa seperti cepat pulak pendirian Kak Mal berubah dan bertindak baik pada Ari di hari perkahwinannya setelah bertahun memusuhi Ari yang mencuri hati Haris. Tak terasa transasi Kak Mal. Apa2pun perubahan Kak Mal menjadikan endingnya menggembirakan.


Serba sedikit tentang kisah ini:


Ari seorang yang disenangi sesiapa yg mengenalinya termasuk Haris, teman rapat kakaknya, Kak Mal. Ari tak tau yang selama ini dia berhubungan melalui telefon dgn Haris, apabila hatinya sudah terpaut barulah diketahui bahawa lelaki itu ada Haris. Haris menyatakan dia rapat dgn Malini sbg kawan tetapi Ari tahu yang Kak Mal menyimpan impian utk menjadi isteri Haris.

Haris hanya mampu berjanji akan meleraikan kekusutan tetapi satu habuk pun tak buat apa, membuatkan Ari meneruskan hasrat utk ke London menyambung pengajian tambah2 pula dirinya sudah dibenci kak mal dan ayahnya sendiri. Dia nekad utk melupakan pecinta pengecut seperti Haris yang langsung tak datang ke airport to say goodbye.

Setelah tamat belajar Ari bekerja selama setahun, sehinggalah satu hari dia menerima emel dari kakak iparnya, kak Lin menceritakan kemerosotan kesihatan ibu dan ayahnya. Ari pulang dgn hasrat mahu menjaga ibu dan ayahnya. Perjalanan pulang menemukan dia dgn Idris, seorang pendengar yang setia. Sebelum berpisah Idris sempat memberikan kadnya. Terletak pada tangan Ari utk menyambung persahabatan atau ignore saja.

Ayahnya dah macam tak betul, asyik menengking nengking saja kerjanya namun Ari tabahkan hati dan mengingatkan dirinya bahawa ayahnya sedang sakit, even ibunya sendiri dilayan seperti hamba. Kadang2 rasa mcm sengaja jer ayah dia nak menyakitkan hati Ari tapi dia memang betul2 tidak sihat. Idris dijadikan tempat meluah rasa dan Ari selesa dgn lelaki yang jauh lebih berusia dari dirinya.

Malini tidak dapat menahan amarah menyebabkan kepala Ari terluka. Lawatan ke Korea diharap dapat menenangkan jiwanya yg parah merapatkan lagi hubungannya dgn Idris sehingga melupakan Haris yang tak putus-putus menghubunginya utk menjalinkan semula kasih setelah tak jadi berkahwin dgn Malini. Ari sudah tidak bergantung harap pada Haris dan janji2nya yang manis tapi kosong.

Ari keliru dgn cinta Idris, adakah semata-mata kerana dia seiras dgn arwah isterinya. Ari hanya mampu menangis apabila Malini dan Haris memutuskan hubungan dn ibunya mahu menerima lamaran Haris utk memperisterikan Ari. Ibunya mula mendesak dan Ari tak sampai hati utk melukakan hati ibunya yang sudah cukup terluka tambah2 lagi dia terserempak dgn Malini yang manja di samping Idris.

tiba2 jer ayahnya waras semula dan Ari terasa dia disayangi sebagai anak semula. Kata2 ayahnya menguatkan semangatnya utk menghadapi masa depan. Dia akur dgn pilihan keluarganya. Tiada kad jemputan, tiada majlis persandingan. Ari tak mahu semua itu. Namun saat2 akhir sebelum menyarung persalinan pernikahan dia mahu menghentikan semuanya membuatkan ibunya mcm nak pengsan. Dia di offer utk menatap dulu pilihan keluarganya sebelum pernikahan.


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:

Ppertemuan tanpa dirancang telah membuka pintu hati Arianni untuk mengenal erti cinta. Apatah lagi, lelaki itu berjanji menjadikan dia sebahagian hidupnya, berjanji bahawa segalanya mampu ditangani dan berjanji akan mempertahankan cinta mereka.

Namun, kasih yang disulam, janji yang dimaterai terlerai akhirnya bila terbongkar satu rahsia yang tidak terduga. Sebagai wanita bermaruah, Arianni nekad menoktahkan segala impian. Cinta pertamanya harus dibuang jauh daripada kotak ingatan. Lelaki itu bukan untuknya.

Tahun berlalu... hadirlah lelaki baru dalam hidupnya. Sayangnya, pintu hati dia masih tertutup rapat. Rasa terluka itu masih ada. Baginya, cinta kedua tidak membawa sebarang makna; tiada keikhlasan, tiada kejujuran. Lalu bagaimana? Selama manakah lagi harus dia tunggu untuk mengecap nikmat kebahagiaan? Terlalu memilihkah dia?

Review 233: Buatmu Kekasih by Aisya Sofea


Buatmu Kekasih by Aisya Sofea
(Kesinambungan Lima Novel Aisya Sofea)
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Harga : RM 19.90
Halaman :588


"Kuserahkan jiwa untuk bersamamu merentasi horizon ke hari esok"


What to say, sambungan yang memang memuaskan hati. Puasla bila tau apa perkembangan watak2 kesayangan kita. Mereka tak sepi dari dugaan, kasih mereka sentiasa diuji. Walaupun setiap cerita diperuntukkan dlm lingkungan 100++ muka surat tapi memang puas hati baca. Tak rugi pulun baca 5 buku earlier :) Sebenarnya saya ni lebih suka cerita pendek, tapi masalahnya susah nak jumpa cerita yang tak tebal sangat bukunya
tetapi best ceritanya. Well Aisya Sofea did it! instead of 5 books, we got one good book. Thank you. Ekcili i started reading dari short stories la especially books by Jeffery Archer. Memang best giler citer dia.. yg membuatkan saya paling tertarik adalah the way he ended his stories, memang unpredictible, even cerita yang less than one page pon he still can give you a surprise. amboi, cakap omputeh pulak. Well
kalau nak baca buku2 short stories jeffery archer, i strongly suggest A Twist in A Tale, A Quiver Full of Arrows dan Long Story Short.


dlm 'buatmu kekasih', saya paling sedih masa baca kisah Semusim berlalu dgn Cahaya hatiku.. nangis wo.. *sob*sob...


Sedikit sneek peek into the stories.. Cerita yang pertama: Semusim Berlalu (sambungan novel Jauh)


Kisah Shafikah dan Fikri yang sudah mencecah belasan tahun berumah tangga, dikurniakan 3 cahaya mata, yg sulung dah masuk skolah menengah pon. Fikri makin bosan bila Ika byk menumpukan masa kepada anak-anak walaupun dia surirumah sepenuh masa. Fikri mula tergoda dengan kemanjaan Suraya, menjadikan Ika kecewa. Dia redha dgn keputusan Fikri utk berkahwin lagi tetapi dia mahu dibebaskan. Ika setuju menerima tawaran kerja dari majikan lamanya kerana memikirkan dirinya yang akan
menjanda nanti. SEmentara nak cari orang gaji, dia minta (ada unsur2 cabaran jugak) Fikri menjaga anak2 (Fikri ni baru jer tak kerja selepas dpt pampasan dari tempat kerja nya). Melayan anak-anak dan duduk di rumah seperti suri rumah tangga telah membuka mata Fikri tentang rutin sebenar Ika. Isterinya bergaya ke ofis menimbulkan
kebimbangan di hati Fikri. Tapi Ika sudah sukar utk dipujuk and Fikri is not going to give up the love of his life that easy.


Cerita kedua: Cahaya Hatiku
(Sambungan Jendela Hati)


Kesinambungan kisah Farah Waheeda dgn Abg Lukman. Selain dari Zahin, mereka dikurniakan kembar Aina& Aida dan baby baru berusia 3 bulan, Laila. Konflik timbul bila Zahin diberitahu yg mummy Farah bukan ibu kandungnya, dia sebenarnya anak Sarah, kembar Farah. Zahin mula menyisihkan dirinya dari keluarga. Farah susah hati dan rindukan kemesraan Zahin. Zahin plak makin tak terkawal dan Farah cuba sedaya
upaya utk menyembunyikan hal sebenar dari Abg Lukman yang pastinya akan menggunakan kekerasan utk menghukum Zahin. Satu hari kebenaran terbongkar dan Abg Lukman mengamuk marahkan Zahin. Kayu hoki yg dihayun mengena kepala Farah yang cuba melindungi Zahin.. Masa tu baru lah Zahin sedar betapa besarnya kasih mummy Farah kepadanya.


Cerita ketiga: Itulah Sayang
(Sambungan Kau Untukku)


Kisah cinta yg tak berpenghujung antara Nurul Umairah dgn Fuad. Kelahiran Iman berjaya memujuk hati mertua Mairah, tetapi semakin hari Iman semakin lasak dan bila ada jam mahal yang pecah, pasu mahal yang berderai, Iman dipersalahkan dan ini menimbulkan rasa kurang senang di hati ibu Fuad. Mairah tak berani nak melukakan hati ibu mertuanya, tetapi Fuad nekad, mereka mesti pindah. Mairah dalam dilema, nak jaga hati mertua ke, hati suami ke, hati sendiri ke? Walau apapun Iman
tetap tersenyum riang...


Cerita keempat: Kasihku Bagai Dulu
(sambungan Sehangat Asmara)


ni kira my favourite couple lah. Good to see them back :) Watak kay memang paling berani la antara semua watak dlm buku ni.. tetap penggoda macam dulu. Dia walau bagaimana pun sensitif sikit bila ramai mula meluahkan pendapat yg dia makin chubby, tambah2 lagi Zainal memang suka sangat menyakat isterinya. Kay sanggup menelan pil
pelangsing dan hampir2 mengambil suntikan kecantikan supaya kelihatan muda dan langsing. Zainal mengamuk sakan bila rahsia itu pecah. Dia tetap mahukan Kay yang dikenalinya, chubby pon chubby lah. Seronok tengok Misya yang semakin matang dan suka mengusik ibunya, macam Zainal jugak. Munir anak bongsu mereka pon sama naik jer montelnya macam mak dia la kot. hehe.


Cerita Kelima: Keabadian Kasih
(sambungan Gelora Jiwa)


Hanif Ashman, Intan Azureen dan Alia hidup bahagia bersama tetapi Intan sudah 4 kali keguguran. Dia kecewa kerana tak dapat memberi zuriat kpd Hanif dan ibu mertuanya sudah mula menjeling tak puas hati. Dia juga dituduh menjadi punca Hanif berduka dan eksiden, kononnya kerana memikirkan masalah dgn Intan. Buah pinggangs Hanif cedera teruk dan perlukan penderma kerana buah pinggang Intan tak sesuai untuknya.
Ibu bapa Hanif cuba memujuk rayu adiknya, Azman (bekas tunangan Intan) tetapi Azman menggunakan peluang itu utk membalas dendam. Akhirnya Azman bersetuju mendermakan buah pinggangnya tetapi dengan syarat...


sure fine whatever
Rinn


Sinopsis Belakang buku:


Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
Tiada Lukman, betapi sepinya hati Farah.
Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Meski bertahun berpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Dan cinta suci Hanif adalah memori terindah Intan Azureen.


Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti
alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan
kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati
yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba
diatasi sebaik-baiknya.


Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak
dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup
udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga
berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang,
saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya
ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi
ikhtibar untuk kita meniti hidup seharian.



Sinopsis di website Alaf21:


Novel yang memuatkan lima novel terdahulu beliau ini merupakan titik
sambungan dengan melakarkan sebahagian watak-watak yang pernah dicipta
oleh Aisya Sofea.


Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti
alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan
kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati
yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba
diatasi sebaik-baiknya.


Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak
dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup
udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga
berlampukan sinaran bulan yang satu.

Review 232: Adam & Hawa by Aisya Sofea


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Adam & Hawa
Penulis: Aisya Sofea
RM 19.90
496 muka surat

"Tak usah diucap, tak usah dilafaz. Aku dah mengerti bahasa cintamu"


Lamanya jari2 aku ni kat keyboard, tak tau nak taip apa utk komen novel ni. ada things yg i like very much and ada yang i don't like at all. Permulaan cerita agak baik.. semasa sampai di separuh buku ada juga saya mengeluh bosan.. tapi selepas itu cerita ni menarik semula.. may be sebab rajuk Ain keterlaluan.. dia jelas sukakan Am yang sememangnya jauh lebih baik dari Am yang dulu terutamanya selepas bertemu semula depan masjidilharam tu. Ain macam sengaja memburukkan keadaan.. kenapa masih nak ada something dengan johan sedang kan dia memang masih isteri Am yg tak pernah lalai memberi nafkah kepada Ain.( Terasa seperti cerita ni sengaja di drag supaya menjadi panjang.)


Ain terang terangan menyatakan dia tak rindukan johan macam rindukan Am. bila dia tau johan ada affair dengan housemate dia, dia macam heartbroken lebih2 pulak.. mcm x logik lah pulak. Any way, peminat novel tentu suka baca buku ni.. I like the back cover of the book, ada CIK TED!!! comelnyaaaaaaaaaa.. hehe.. kesian pulak biler teringat Ain ada membaling cik ted keluar tingkap semasa Ain menuntut di Australia..


sure fine whatever



Sinopsis belakang buku:


AIN HAWANI, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangka buruk, menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pula diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.


Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah... Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.


Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu.


Tapi tegarkah Ain? Sejak pertemuan itu, hati Ain berbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung. Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi...

Review 231: Gelora Jiwa by Aisya Sofea


Gelora Jiwa
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM 17.00
416 mukasurat


"kupasrah menyahut kasih meskipun parah dibayang impian"


Sebenarnya dalam banyak2 buku Aisya Sofea, ni lah buku pertama yg saya baca! nampaknya Aisya sofea memang sentiasa menggunakan ganti diri 'aku' dalam novel2nya.. i believe she gathered her own fans with her books.


kali ni kisah cinta Intan Azureen dan Hanif Ashman, mereka bertemu dalam bas semasa Zureen diganggu seorang tua tak sedar diri. Biler dah makin rapat Zureen menceritakan yg dia sebenarnya tunangan orang (bertunang selama 6 tahun atas perjanjian keluarga, antara Arwah bapanya dengan maklongnya). Ibu Zureen pun tahu tentang kehadiran Hanif Ashman tetapi Zureen mohon ibunya beri peluang dia merasa bercinta. dia akan patuh dgn kehendak ibunya. So Zureen dan hanif berkasih walaupun tahun mereka takan berkahwin.


Mula2 tu ingat ker hanif ashman dgn hanif azman tu orang yang sama, tersilap rupanya.. hehe.. watak Alia, anak angkat Hanif yg keletah diwujudkan utk melembutkan hati ibu Zureen dan maklongnya.. memang sweet. kalau sekadar nak kan tanah milik Zureen dijadikan alasan utk mengahwinkan Azman dgn Intan Azureen.. ala kalau nak tanah kata la nak tanah, ni kata nak Zureen jadi menantu tu apa hal.. kan dah susah.. aduih.. Azman memang tak sesuai dibuat husband, nasib baikla hanif ashman (yg rupa2nya anak sulung maklong) berani mempertahankan Intan Azureen. happy ending..


tak sangka pulak pakcik tua yang nograt Intan Azureen atas bas dulu muncul semula masa ending.. kalau tak disebabkan pakcik tua yg gatal ni, takkan bertemu la intan dengan hanif.. rupa2ya pakcik tu tokey katering utk majlis kawin Intan Azureen dgn Hanif Ashman.. hehe..


sure fine whatever



Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

Review 230: Sehangat Asmara by Aisya Sofea


Ni adalah novel karya Aisya Sofea yang PALING POPULAR. Ada ke peminat/pembaca novel yg tak baca novel ni? kalau tak ada, mesti berusaha cari jugak2 kan? lagi pun alaf21 dah banyak kali republish dan sekarang ni covernya pun dah bertukar :)

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sehangat Asmara
Penulis: Aisya Sofea
RM 19.90
560 muka surat

"Bibir tidak perlu berkata, bila hati sudah mula bersuara"


masa way before baca buku ni, ramai gak yg rekemen suruh baca this book. dikatakan one of Aisya sofea's masterpiece. at last dpt baca jugak. masa memula baca tk dapat nak habiskan sbb buku pinjam kan dan masa suntuk.. takboleh nak speed read sbb takut nanti ada details yang tertinggal.. akhirnya dapat jugak habiskan dan memang best! rasanya buku ni mesti jadi collectors item bagi those yang memang hantu buku la.


kisah cinta kay dan zainal yang berkahwin di luar negara dan mendapat tentangan keluarga. kay yg dari keluarga kaya, zainal dari keluarga miskin, kay ditinggalkan zainal tanpa khabar berita terpaksa pulang kepangkuan keluarga. cerita ini diceritakan dari persepsi kay yang menderita sejak ditinggalkan zainal. sembilan tahun kemudian bekas suaminya muncul kembali dan ingin menyatukan keluarga mereka yang terpisah. Ada rahsia yang zainal simpan dari pengetahuan kay.


sure fine whatever


sinopsis belakang buku:


Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di London tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil di Oxford dengan janji sehidup semati.


Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.


Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini ‘disembunyikan’ oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, ‘dendam rindunya’ terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.


Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya....

Review 229: Jendela Hati by Aisya Sofea


Kisah Lukman Hafizi dgn Farah ni aku lebih suka dalam novel ini berbanding sambungannya dalam Buatmu Kekasih. Dalam Buatmu Kekasih citer ni sedih. Dalam Jendela Hati sangat manis :)

Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Jendela Hati
Penulis: Aisya Sofea
RM14.00
344 mukasurat


"Bisikan kasihmu mewarna kamar sanubari ini"


tema biasa buat Aisya Sofea, kisah konflik hati seorang wanita.. memang sedih la.. pandai Aisya Sofea menulis utk meruntun perasaan pembaca.. termenangis la juga mengenang nasib Farah yang menggalas wasiat kakak kembarnya utk menjaga anaknya (the easy part) and mengambil alih tempatnya sebagai isteri kepada Lukman Hafizi. Lukman menghadapi masalah memahami perasaannya sendiri.. Farah kadangkala kelihatan seperti Sarah yg telah meninggal dunia. Dia yakin takkan dapat menerima Farah yg sanggup mengahwininya atas desakan keluarga, lagipun Farah memang mengaku terpikat dgn Lukman. selepas berkahwin kemesraan mereka renggang Farah membawa diri ke luar negara bersama bakal zuriat, tapi tekanan menyebabkan dia kehilangan anaknya dan
Lukman dipersalahkan kerana menyumbang kepada tekanan itu. Dia kembali ke tanah air dan cuba memperbaiki keadaan dgn keluarganya. Dia nekad akan menjaga Zahin dgn penuh kasih sayang walaupun Lukman tak dapat menerimanya sbg isteri. Banyak yg perlu Lukman perlu huraikan utk mengembalikan keyakinan Farah.


sure fine whatever
Rinn


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis belakang buku:


Harga kesetiaan seorang lelaki bernama suami begitu mahal nilainya pada insan bernama Lukman Hafizi ini. Setelah pemergian isteri tercintanya, Sarah, hari-hari yang dilaluinya tidak lagi seindah semalam. Dia terus hanyut dalam lamunan khayalannya.


Kepulangan Farah, kembar seiras arwah isterinya tidak mampu menggugah selaut kenangan bersama arwah isterinya. Farah pula tersepit dengan wasiat terakhir kakaknya serta dilema perasaannya sendiri. Dia pasrah akhirnya.


Benarkah 'ganti tikar' yang berlandaskan 'keterpaksaan' bagaikan embun di hujung rumput; memakan diri sendiri akhirnya. Apakah ini harga yang perlu dibayar untuk sebuah pengorbanan? Hayatilah falsafah yang tersirat di sebalik mesej yang tersurat ini.

Review 228: Kau Untukku by Aisya Sofea


Antara novel terawal Aisya Sofea yg menaikkan namanya sbg penulis genre romantis yg popular. Aku cari novel ni dulu sbb nak baca Buatmu Kekasih yg memuatkan sambungan kisah2 dari novelnya yg terdahulu, termasuklah kisah Nurul Umairah dgn Ahmad Fuad ni.

Kau Untukku
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan Alaf 21
RM19.90
480 mukasurat


"Rahsia di hati tak siapa yang tahu"


Aisya Sofea never fail to deliver a story kepada pembaca yg suka kisah2 jiwang macam nih. secara pokoknya cerita ini agak biasa, sebelum bertunang Nurul Umairah pernah berkasih dgn Daniel yg telah pergi selama-lamanya, kemudian diikuti oleh pemergian tunangnya ke alam barzakh juga. Kehadiran cinta ketiga menjadikan Nurul Umairah ragu-ragu untuk menerima. kalau orang lain cerita maybe cerita ni akan jadi biasa.. tapi disebabkan penulisnya adalah Aisya Sofea, buku memang jadi a must read.


kisah ni menumpu kepada saat pertama pertemuan Nurul Umairah dgn boss nya Ahmad Fuad. Kematian tunang Nurul menjadikan Fuad berani meluahkan perasaan tetapi Nurul tak dapat membuat keputusan. Fuad berjaya mencuri hati ahli keluarga Nurul tetapi Nurul gagal berbuat demikian pada keluarga Fuad yg sudah ada calon lain utk Fuad. Fuad nekad Nurul akan menjadi isterinya. Keadaan dalam cinta diorang ni kucar kacir adalah sebab Nurul dan Fuad tidak berterus terang mengenai hal masing2. Fuad tak berterus terang siapakah business associate yg ditunggunya manakala Nurul pula menyangka Fuad sengaja berjumpa bekas kekasihnya sedangkan fuad melafazkan cinta pada dirinya. 7 bulan dia menghilangkan diri dan pertemua semula dengan fuad menjadikan Fuad sangat tidak sabar dan marah.


rasa saya cerita selepas diorang kawin sepatutnya lebih banyak lagi tambah2 bila bangkitnya isu Nurul yg bekerja dan anak yang ingin dijaga oleh ibu dan bapa Fuad seolah-olah menjadikan Nurul ragu2.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Pertama kali bertemu Nurul Umairah, hati Ahmad Fuad sudah terpaut. Biarpun gadis itu sudah dimiliki, namun perasaannya tidak pernah berubah walaupun terpaksa menyembunyikan rahsia hatinya dalam-dalam.


Bila Jefri, tunang Nurul terkorban dalam kemalangan, Fuad menawarkan kasihnya. Nurul menolak kerana tidak mungkin dia mengalih perasaan pada lelaki lain dalam sekelip mata sahaja. Kebijaksanaan Fuad akhirnya meruntun tembok yang dibina Nurul. Dia akhirnya menerima Fuad tanpa mengetahui rupa-rupanya ada gadis lain sedang menagih kasih lelaki itu semula.


Apakah Fuad akan menyambung semula kasihnya bersama gadis yang tiba-tiba muncul kembali di antara mereka? Mampukah Nurul Umairah sekali lagi kecewa biarpun lelaki itulah yang memulakan percintaan mereka?


Kau Untukku; indah, Romantis dan membuai perasaan. Sentuhan terbaru Aisya Sofea setelah Jauh dan Jendela Hati.

Review 227: Jauh by Aisya Sofea

Minggu ni rasa nak mengimbau kembali novel2 Aisya Sofea lah :)


Tajuk : Jauh
Penulis: Aisya Sofea
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd
Harga RM12.00
242 mukasurat

"Novel Pertama Aisya Sofea"
"masa dan berjauhan bukan halangan bila jodoh ditakdirkan"


Akhirnya! dapat jugak la baca buku pertama Aisya Sofea. Berturut-turut baca dua buku yang heronya nama FIKRI. Hasil karya pertama ni nampaknya awal2 dah dapat menarik hati pembaca novel yang minat citer jiwang-jiwang.


Kalau nak ikut inti cerita tak banyak, tepung dia banyak la, tapi sedap! :)


Secara ringkas cerita ni pasai Ika yang telah bertunang dengan Zahar atas kehendak keluarga. Ika tak suka dan cuba melengah-lengahkan tarikh perkahwinan. Then Ika ke UK untuk melawat keluarga ibu saudaranya, di sana dia jatuh cinta pandang pertama dengan Fikri. Cinta bersemi di luar negara. Ika kembali ke tanah air dan memutuskan pertunangan dengan Zahar. Dia disisih oleh keluarga sendiri, disindir, dimaki, diherdik, malah dipukul. Dia sabar. Dua tahun kemudian Fikri kembali dalam hidupnya dan cinta bersemi semula. Diorang kawin. fikri tak mau memaksa Ika menerimanya dengan terburu-buru manakala Ika beranggapan Fikri mengahwininya kerana kasihan.


sure fine whatever
Rinn


Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Sinopsis Belakang buku:


Ika bertemu dengan Fikri ketika sedang membawa diri jauh di negara orang. Saat hati keliru diamuk resah, pertemuan tidak terduga dengan Fikri bagaikan satu mimpi indah.


"Aku mahu saja menangis kerana akhirnya membenarkan diri ini untuk menyayangi lelaki lain. Kasih sayang terhadap Fikri membuatkan tembok yang kubina selama ini roboh begitu saja..."


Bagai telah dijangka, hubungan singkat itu mendapat tentangan hebat daripada keluarga. Demi menjaga maruah, Ika terpaksa melupakan segalanya dan kembali ke alam nyata. Dia mesti membuang jauh-jauh lelaki yang pernah singgah di hatinya itu.


"Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar. Meski telah padam, namun baranya masih ada."


Tahun silih berganti. Bertahun berpisah dan tanpa terduga... takdir akhirnya mempertemukan mereka semula. Hubungan kasih kembali bertaut. Malangnya, hubungan murni itu sekali lagi mendapat rintangan.


Apakah kali ini mereka sanggup meredah ranjau dan duri semata-mata kerana cinta ini? Antara keluarga dan cinta... kenyataan ini sesungguhnya terlalu perit, terlalu pahit. Namun, dia terpaksa menghadapinya! Terpaksa...!



sinopsis di website Alaf 21


JAUH


Siapalah yang dapat melupakan tempat kasih bersemi? Sesungguhnya api cinta itu hangat membakar.


Meski telah padam, namun baranya masih ada. Masa dan kejauhan bukan halangan bila jodoh telah ditentukan.

Review 524: Tinggallah Pujaan... by Mimie Afinie


Tinggallah Pujaan… by Mimie Afinie
Terbitan KarnaDya Solutions
RM19.90
560 muka surat



”Takkan terganti segenap memori. Takkan terpadam seluruh kenangan.”


Saya masih lagi kagum dengan karya ”Masih Ada Rindu” tulisan penulis ini. Citer yg best. Tu antara sebab membuatkan saya tak sabar nak baca ”Tinggallah Pujaan...” Cover buku ni kurang menarik tapi nama di kulit buku ni mampu menarik minat peminat2 buku untuk mencapai buku ni tanpa berfikir dua kali. Buku ni saya baca masa saya dihujani beban tugas yang agak luar biasa. Peh tu saya kena selsema, batuk, demam. Hari jumaat yang lalu baru sempat saya habiskan. Masa mula2 capai buku ni saya just flip randomly to one page (lebih kurang ketebalan 1cm towards the end). Dgn taktau ujung pangkal i just read wht i see and rasa sedih sungguh yg penyampaian ceritanya. Nangis wo. Ingat ker bila baca sampai habis dah tak sedih, tapi rupanya lagi berganda sedih dan sendu nya tu. Saya memang suka buku yang mampu buat saya menangis. Buku ni byk jugak scene romantis antara Norman dan Nurain.


Citer ni tentang Nurain yg di zaman kanak2nya tersangatlah nakal. Dia kamcing dengan Norman dan Haikal. Permergian Baizura, adiknya dan Norman yg berpindah menjadikan Nurain kecewa. Dia dan Haikal membesar bersama sebagai sahaja dan akhirnya mengaku saling jatuh cinta. Kemunculan semula Norman yg hampir dilupakan oleh Nurain menjadikan Nurain lebih ceria. Perubahan drastik sikap Haikal melukakan hati Nurain dan nekad menerima Norman yang meluahkan perasaan kpdnya. Nurain mula jatuh cinta dengan suaminya, kelahiran Muiz yg disangka menjadi pengikat kasih sayang rupa2nya menambah kecewa di hati Nurain kerana sikap ibunya yang enggan menyerahkan Muiz. Kehadiran Zureen yg mahu memancing Norman serta kerenah kakak kandung Nurain yg syok giler kat Norman menjadikan Nurain makin tertekan dan cemburu. Tetapi kepercayaan antara satu sama lain mengeratkan hubungan Nurain/Norman tapi Norman kecewa setelah mengetahui yang rupa2nya Haikal yg dianggap sbg adik rupa2nya pernah bercinta dgn Nurain. Dia diterpa rasa bersalah kerana memutuskan hubungan cinta antara sepasang kekasih. Pujaan manakah yg ditinggalkan?


Sure fine whatever
Rinn


Ringkasan belakang buku:


Hampir setahun Mimie Afinie menyepikan diri. Kini, beliau muncul lagi dengan hasil karya terbarunya. Selepas BISIKAN RINDU, MASIH ADA RINDU dan MAAFKAN KU SAYANG, Tinggalah Pujaan menjanjikan suatu kelainan. Sebuah novel romantik yang turut disulami dengan adegan-adegan lucu dan menyayat hati.



NURAIN seorg kanak2 nakal, lincah & periang. Meskipun tanpa ayah di sisi, dia tidak pernah peduli. Apatah lagi, dia punyai Norman sebagai tempat menumpang kasih dan manja. Normanlah abang dan Normanlah juga sahabat. Malah dia juga ada Haikal, teman akrab yang sentiasa bersedia menjadi pelindung.


Bahagianya tidak berpanjangan apabila Norman terpaksa mengikut keluarganya berpindah ke Selangor. Perpisahan itu bagai meragut seluruh cerianya. Dia rasa amat kehilangan. Saban hari dia menunggu kedatangan warkah & saban hari juga dia menanti kunjungan Norman. Namun, anak muda itu terus menyepi tanpa sebarang khabar berita.


Masa berlalu dan silih berganti. Kini Nurain bukan lagi gadis cilik yg tidak mengerti apa-apa. Kedewasaan mengajarnya erti cinta & rindu. Kpd siapa lagi harus ditumpahkan segenap rasanya itu kalau bukan Haikal? Lelaki yg sentiasa menemani di saat susah dan senang, di kala suka & juga duka.


Tatkala hati sudah melupakan, Norman hadir semula menceriakan hari-harinya dan hari-hari Haikal juga. Namun, kiranya kedatangan itu telah mengubah segalanya...


”Tinggallah Pujaan...” ungkapan yang amat memeritkan Nurain... Namun dia harus merelakan.

Wednesday, October 13, 2010

Review 226: Sayang Sepenuh Hati by Eka Fahara



Sayang Sepenuh Hati
Penulis: Eka Fahara
Terbitan alaf 21 sdn. bhd
RM19.90
sabah/sarawak: 22.90
503 mukasurat


"Bukakan ruang hatimu dengan kalimah cinta kita"



Aku mengikuti buku2 penulis ni dari novelnya yg pertama hingga novel nya yg ketiga. Baru2 ni aku berkesempatan membaca karyanya yg kelima. Aku rasa penulis ini menunjukkan peningkatan positif dalam setiap karyanya. Karya pertamanya, Kabus Kasih, aku rasa ceritanya agak plain dan biasa2 saja. Karya keduanya, Nilai Cintamu, mungkin agak slow di permulaan cerita tetapi towards the end cerita ini sangat menarik. Belaian Jiwa, karya ketiganya memang menarik. Karya ke4nya aku blum sempat nak baca. Karya ke5 ni memang well improved dengan rentak cerita yg tidak dilengah2kan. Start baca memang tak letak dah sehinggalah ke muka surat terakhir novel ini. SSH yg hadir sebagai novel kelima penulis ini adalah sangat bertepatan. Tahniah buat Eka Fahara :)


Tonggak cerita ini adalah Aira. Seorang setia dlm cinta tetapi tunangannya menyemai cinta dgn gadis lain, teman baiknya sendiri. Bila Fauzien (tunangnya) gagal membuat pilihan antara dua, Aira mengambil keputusan memutuskan pertunangan dan kembali ke New Zealand utk menyambung pengajian dan merawat hati yg luka.


Kesetiaannya terasa seperti dipersenda Fauzien. Di New Zealand dia bercampur dgn kelompok yg baru, tidak lagi memencilkan diri seperti dulu. Adin jatuh cinta pandang pertama dgn Aira. Banyak yg dia tidak ketahui tentang Aira tetapi dia cuba memahami walaupun diorang selalu end up bergaduh bila cuba berbual-bual. Nini menjadi pengaman antara mereka. Belum ada ikatan rasmi, Adin sudah mula cemburu. Adin mengambil langkah pertama menawarkan diri utk merawat hati Aira yg pernah terluka. Dia cuba mengubah sikap Aira yg sudah pandai bersuka ria di luar. Cemburunya membuat dia mahu mengikat Aira sebagai isteri walaupun ibu bapa di tanah air tidak mengetahui perhubungan mereka.


Janji Adin pada keluarga di Malaysia utk menjaga saudara sepupunya membuat Adin merasa terikat utk menyelamatkan maruah Suri. Rahsia yg cuba ditutup Adin dan Nini akhirnya terbongkar apabila Suri hadir di hadapan Aira. Hati Aira terluka lagi akibat lelaki lalu membawa diri balik ke Malaysia. Dia tidak lagi terfikir utk menerima kasih lelaki. Sikapnya membuat ibu bapanya bimbang. Kehadiran Adin di rumah mereka pada hari Aira bakal dirisik org lain membuatkan ibu bapa dan adik Aira kehairanan kerana dalam benci Aira melayan Adin kelihatan seperti pasangan yang sedang meleraikan rindu. Aira dan Adin akhirnya kantoi big time dan terpaksa menjelaskan segala-galanya kepada ibu dan bapa Aira.


Rahsia diorang ni terbongkar akibat terkantoi ja. Dengan mak pak heroin pun kantoi ngan mak hero pun kantoi :) tapi macam comel ;)


sure fine whateverr
Rinn


sinopsis/blurb belakang buku:


Kalaulah Aira tahu lidah Fauzien tidak bertulang, dia tidak rela bertukar cincin dan bergelar tunang saat berangkat ke New Zealand. Kesetiaannya tidak dihargai bila Fauzien beralih kasih pada Izzi, teman baiknya sendiri. Memutuskan tali pertunangan adalah keputusan muktamad yg diambil agar dirinya tidak dibelenggu sakit hati dan benci.


Dalam merawat luka di hati, Aira berkenalan dgn Adin. Perkenalan singkat itu tidak bermakna buatnya. Namun tidak bagi Adin. Dia gila bayang pada gadis berkulit mulus itu. Puas dia cuba memikat tetapi Aira ibarat merpati makan di tangan. Jina, tetapi lari bila ingin dipegang.


Laksa Kedah ala New Zealand membuatkan kasih Aira pada Adin mula berputik. Dia mula belajar bercinta lagi. Akhirnya termeterailah hubungan suci yg didambakan. Namun kemunculan tiba2 Suri yg mengaku dia isteri Adin membuatkan jiwa Aira separuh mati.


Andai itu kenyataan yg tersurat, Aira tega membawa diri. Dia akur walaupun hidup ini sesekali berlaku kebetulan. Hanya suratan takdir melengkapi sebuah kehidupan.

Review 225: Kabus Kasih by Eka Fahara


Kabus Kasih by Eka Fahara
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
RM 14.00
384 muka surat


"Kuintai bayangmu dalam mimpiku... untuk bertemu, aku kelu!"


rupa2nya ini karya pertama Eka Fahara.. saya ingat ka 'Nilai Cintamu'. NC adalah antara buku terawal saya baca sejak minat baca novel nih. bagi saya, saya lebih suka Nilai Cintamu. Tak tau la kenapa, kalau diikutkan dalam KK ni konfliknya lebih menarik. Permulaan citer ni tak der lah slow macam citer NC.


Kisah tentang cinta antara Ina dan Zaf. Mereka dah lama bercinta, tapi selepas bertunang Zaf ada hubungan dgn wanita lain. Ina patah hati dan mula memberi perhatian kepada Hasif yg dari mula lagi menunjukkan minatnya utk mengenali Ina dgn lebih rapat.


Zaf menyesal tak sudah kerana Ina memang rapat dgn keluarganya dan amat disayangi opah zaf.


hubungan Ina dan Hasif berjalan lancar tapi kadang2 Ina merasakan ada misteri yg hasif sembunyikan tambah2 apabila Ina terserempak dgn Hasif, Mira dan Datin Manisah. Ina tekejut bila tau rupa2nya Hasif dan Mira sudah berkahwin (tanpa kerelaan Hasif). Ina membawa hati yang luka ke kampung Zaf, betemu dgn keluarga Zaf dan opah yg dirinduinya. Hasif tetap mahu memperisterikan Ina kerana dia tak pernah cintakan
Mira seperti dia cintakan Ina.


SEmasa majlis perkahwinan adik Zaf, Ina turut hadir tetapi dia hospitalized sbb sakit. Zaf menemaninya sepanjang berada di hospital. Selepas sembuh Ina kembali ke pangkuan keluarganya di California. Dia dikejutkan dgn kehadiran wakil meminang dari Malaysia :)


sure fine whatever
Rinn

sinopsis belakang buku:


CINTA Hardina pada Zafril mula berputik sejak mereka sama-sama menuntut di kampus hingga membawa ke alam pekerjaan. Ibu bapa Hardina mengetahui hubungan mereka dan merestuinya. Setelah Hardina menaruh sepenuh kepercayaan, tiba-tiba Zafril menjalinkan hubungan dengan gadis lain.

Pertemuan Hardina dan Hasif telah merubah segalanya. Sejak terpandangkan Hardina, Hasif sudah mula tertarik dengannya. Setiap hari wajah itu sentiasa beraja di hati. Tidurnya tak lena dan makannya tak lalu. Rasa rindu mula menguasai dirinya. Begitu juga dengan Hardina. Apa sahaja yang dilakukan serba tak kena.

Namun, hati Hardina terluka lagi setelah mendapat tahu yang Hasif sudah pun dimiliki. Hancur luluh hatinya. Dalam masa yang sama, Zafril dan Hasif kembali memburu cinta Hardina. Masing-masing tidak mahu mengalah. Hardina berada di persimpangan dilema; keliru untuk membuat pilihan kerana kedua-duanya masih dirindui.


Cuma satu persoalan... masih adakah cinta di dalam hati?

Review 224: Lamaran Hati by Dyza Ainun



Lamaran Hati
Penulis: Dyza Ainun
Cetakan Pertama 2008
Terbitan Buku Prima
RM18.90
574 mukasurat
9789833669479 isbn


Membaca Lamaran Hati membuat kita lupa masa yg berlalu. Sedar-sedar jer citer nyer dah habis. intipati cerita ini sangat padat dan terasa seperti penulis menggunakan kesemua rencah cerita novel melayu dalam karya ini.


Mgkin kita pernah baca cerita seorg lelaki yg hilang keyakinan diri utk hidup selepas kemalangan meragut keupayaannya utk berjalan. Lalu muncullah heroin memberi semangat kepadanya. Menjadi org gaji dalam rumahnya dan membatu si jejaka bangun kembali.


Si uda dan dara jatuh cinta tetapi si uda dipaksa berkahwin dgn bekas tunangannya kerana tunangannya di diagnose dgn penyakit yg membawa maut. si x tunang dan ibu si uda merayu si dara supaya memujuk si uda agar menerima si x tunang sebagai isteri. Si dara menurut dan membawa hati yg lara.


Si jejaka hilang ingatan selepas berkahwin dgn wanita pilihan keluarganya lalu melupakan kekasih hati dan membina hidup bahagia dgn isterinya. Si kekasih hati di diagnose dgn penyakit hati dan memerlukan penderma, si jejaka pulih ingatannya setelah si isteri mengandung dan sanggup mendermakan sebahagian hatinya kepada si kekasih hati dan identitinya dirahsiakan.


Penulis berjaya mengadun semua kisah ini dgn baik dalam satu cerita yg mempunyai jajaran kronologi cerita yg menaik dan tidak membosankan. Tahniah buat penulis :)


Iza adalah gadis yg diburu rasa bersalah kerana merasakan kecuaiannya menjadi punca Adam eksiden dan lumpuh kakinya. Sebab tu lah dia menawarkan diri utk bekerja di rumah Adam. Sudah ramai pembantu yg berenti kerja kerana tak tahan dgn sikap Adam yg perenggus. Iza sanggup bersabar menghadapi kerenah Adam yang tidak menentu. Kesabaran Iza mencuri hati Adam supaya turut sejuk. Malah dia menjadi lelaki yg menurut kata. Aku tak dapat nak bayangkan macam mana Iza sorong kerusi roda Adam kat tepi pantai. Mungkin dia sorong ikut pavement kot. kalau kat pasir tu, mahu tenggelam roda kerusi roda tu.


Kesabaran Iza turut mencuri hati ibu Adam. Dia bahagia melihat Adam bahagia. Semasa Adam lumpuh, tunangnya, Meera datang memutuskan pertunangan kerana bimbang masa depannya bersuamikan lelaki lumpuh. Mungkin sebab tu duka Adam berganda-ganda. Setelah Adam kembali sembuh, Meera sekeluarga datang utk menyambung semula ikatan yg telah putus. Adam tak mau sbb dia sudah menyerahkan hatinya kepada Iza. Meera memberitahu keluarganya yg dia tak dapat hidup lama dan mahu menghabiskan sisa2 hidupnya sbg isteri Adam. Pengakuannya mengundang simpati ibu Adam yg turut memujuk Iza supaya memujuk Adam agar menerima Meera sebagai isteri. Iza akur dan akhirnya Adam setuju menikahi Meera. Rupa2nya Meera tu tipu. dah lepas 6 bulan tak mampus2 lagi. hehe. adui... Meera tu memang la.


Satu tragedi telah meragut daya ingatan Adam. Dia sudah lupa siapa Iza dan belajar menyintai Meera. Remuk redam hati Iza bila kekasih hati yg berjanji tak akan melupakannya akhirnya betul2 terpaksa akur kpd takdir lalu hilang daya ingatan. Iza semakin sakit apabila disahkan mengidap penyakit hati. Dia memerlukan belanja yg besar dan seorg penderma hati. Ibu dan ayah Adam menderma sebahagian besar perbelanjaan utk pembedahan Iza kerana mereka sangat menghargai pengorbanan Iza terhadap Adam. Adam yang semakin pulih akhirnya pulih sepenuhnya dan mula merisik khabar Iza melalui ibunya. Dari situlah dia membuat keputusan utk menderma hatinya kpd Iza tanpa pengetahuan Iza. Meera terpaksa merelakan kehendak suaminya. Ketika dalam perjalanan ke Hospital Meera dan ibunya terlibat dalam kemalangan. Meera koma selama 3 bulan dan bayinya berjaya diselamatkan namun Meera meninggal dunia.


Walaupun sedih, Adam menaruh harapan utk mendapatkan Iza kembali. Tangkap nangis gak citer ni "_"


Lepas ni misi mencari novel2 Dyza Ainun dgn penerbit2 lain pulak :)


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb


Namun semuanya ALLAH berikan melalui hati. Hatinya kecewa dalam impian. Hatinya juga telah rosak dimamah virus. Terima kasih TUHAN, kerana ujian ini. Terima kasih juga kerana telah KAU bekali juga bersamanya dgn rasa redha dan pasrah. Sedikitpun, rasa luka tidak hadir lagi. biarlah! Semuanya akan kuterima bersama sebuah pasrah yang sgt ikhlas. Terima kasih TUHAN! (Iza Masyitah)


"Biar runtu langit membiru, namun kata Adam dulu, takkan runtuh kasih dan cinta walau dihempap pelbagai rintangan. Dan, sekarang, Iza menuntut kembali segala janji dan sumpah yg Adam pernah berikan pada Iza."


Janji utk mencipta gerbang bahagia yg akan ditunaikan, Iza Masyitah akan segera dikahwininya agar segala rindu yg terlalu membelenggu dirinya akan terlerai satu demi satu. Dia tidak akan menangguhkan waktu yg lebih lama lagi. Dia tidak sanggup menghadapi semua rintangan yg bakal menyakitkan hati dan perasaannya lagi. (Adam Khalis)


Iza, kau tidak tahu betapa sebenarnya seluruh rasa sayang yg ada di hatiku menjadi milikmu. Kalaulah mampu utk kukatakan bahawa aku terlalu menyayangimu, pasti akan kuluahkan segalanya. Sayangku bukan sekadar sebuah persahabatan. Malah ia sudah terbibit menjadi semekar buah cinta yg sangat sukar utk dikikis dibuang lagi. Namun kau tidak mengetahuinya, Iza. (Iman Syauqi)


---------
Hasil pengalaman luka seorg teman tersayang. Juga sedikit adunan perasaan sendiri oleh pelbagai pengalaman silam, lantas lahirlah novel 'Lamaran Hati'. Menggarapkan pelbagai idea dan cetusan simpati terhadap teman yg dikecewakan oleh derita kehidupan yg merentap seluruh hati dan eprasaan wanitanya. Kesabaran dan ketabahan serta kesetiaan sahabat saya menjadikan ilham begitu mencurah datang utk saya hasilkan sebuah novel yg saya namai 'Lamaran Hati' ini. Segalanya saya titipkan ke dalam karya saya. Semoga 'Lamaran Hati' akan mengubati jiwanya yg parah. InsyaALLAH. doa bahagia buat sahabat tercinta, Himah Suhati A. Wahab. ~Dyza Ainun~

Review 223: 86,400 Detik by Dyza Ainun



86,400 Detik
Penulis: Dyza Ainun
Terbitan Buku Prima
Cetakan pertama: 2010
RM19.90
sabah/sarawak RM22.90
646 mukasurat


"Detik tidak pernah menipu
Ia adalah suara benar yang sentiasa berbicara di lurah hati kita.
Biarlah detik terus berdetik bersama relung-relung ingatan yang tak mungkin hilang dari maya. Sehingga tiba untuk ia berhenti berdetik."


Novel Kuingin Bersamamu membuat aku teringin nak baca kesemua karya penulis ini. Dengan tajuk yg menarik 86,400 Detik, tentula aku pun teruja gak nak baca karya tahun 2010 penulis ini.


Plot cerita secara keseluruhan menarik, cuma ada part yg kelihatan tidak logic atau pun rasa seperti tidak kena. Watak2 dalam cerita ni byk berbohong utk cover cerita sebenar. Tapi seperti tak bersungguh2 kalau betul nak cover pun, kecualilah watak Syakila. Watak itu saja yang aku rasa sangat menjadi dan memberi kesan mendalam kepada cerita. Watak antagonis Syakila tak banyak, cuma di hujung2 cerita tapi penulis berjaya menggarap watak itu dgn baik sekali berbanding watak2 utama yang lain.


Najwa adalah heroin cerita ini. dia menyimpan dendam pada keluarga Engku Irsyad yg menyebabkan kakak kesayangannya, Yana hilang kewarasan diri. Bertahun2 dia menunggu ketibaan rombongan pengantin lelaki yg tak kunjung jelma. Najwa memasang rancangan licik utk mengenakan Irna, kakak kepada Engku Irsyad. Dia mahu menyedarkan keluarga itu tentang apa yg telah mereka lakukan kepada Yana. Najwa bertindak menculik tunang Irna, Dr. Ezani supaya tidak dapat menghadiri perkahwinannya sendiri.


Motif Najwa aku rasakan goyah utk misi yg besar begitu. Sedangkan dia sudah mula mengenal hatibudi Irna yg baik dan sepatutnya rancangannya berubah dgn memperkenalkan Yana kepada Irna. Tentunya Irna akan membantu tambahan pula derita Yana disebabkan Irsyad. Yana tu siap beli motorsikal baru kat Najwa kerana terlanggar Najwa dlm sebuah kemalangan. Ini menunjukkan sensitiviti Irna dan memahami kesusahan orang lain walaupun dia seorg yg kaya raya. Tetapi Najwa tetap meneruskan rancangannya dgn menculik Ezani dan menyembunyikannya di rumahnya. Lepas tu baru dia bawa Irna dan keluarga Irna melihat keadaan Yana dan membongkar rahsia kehilangan Dr Ezani. Aku cuba mencari logic tindakan terancang Yana. Mungkin Penulis cuba menzahirkan adegan cute penculikan Dr. Ezani dan juga tindakan Dr. Ezani yang menculik dan menyimpan Najwa di rumahnya sebagai serangan balas, tapi it end up kelihatan awkward dan ada yg tidak kena malah kebudak-budakkan. Aku tak nafikan mungkin ada yg akan suka adegan Ezani-Najwa.


Dr Ezani tu sebenarnya jatuh cinta pada Najwa selepas diculik Najwa. Dia tahu Irna ada kekasih hati sendiri dan sekadar menurut kehendak keluarga supaya berkahwin dgnnya. Dr. Ezani memberi laluan kepada Irna utk rapat semula dgn Izlan yg kebetulan rupa2nya abg sepupu merangkap abg tiri satu bapa dgn Najwa dan Yana. Malah ibu Najwa dan yana pun tau kisah cinta Irna-Izlan tapi merahsiakannya.


Cerita Yana pulak. Yana jadi macam gila selepas ditinggalkan Irsyad dgn tiba2. Kandungannya yg semakin membesar membuat keluarganya berpindah utk menutup malu dan akhirnya dia melahirkan anak lelaki tapi baby tu mati masa lahir. Irsyad rupa2nya menyembunyikan diri setelah terlibat dalam sebuah kemalangan yg meragut sebelah kakinya dan dia disahkan mandul. Dia menganggap dirinya sudah tidak layak utk Yana lalu dia mengaturkan dgn doktor di hospital utk menukar anak nya dgn anak seorg wanita lain yg sudah meninggal dunia. Dia membiarkan Yana sekeluarga menyangka anak yg dilahirkan Yana sudah mati sedangkan dia melarikan Mya Ilyana. Part ni pun aku rasa motif tindakan Irsyad adalah sangat goyah. Dia tahu mengenai gangguan emosi yg dialami Yana. Dia lelaki yg baik tetapi bertindak melarikan diri dari tanggungjawab dgn alasan kekurangan diri. Mungkin dia mengganggap trauma yg menimpa dirinya adalah lebih besar dari trauma yg menimpa Yana. dia membiarkan keluarga Yana menyangka Yana mengandung tanpa ikatan perkahwinan sedangkan mereka sudah bernikah di luar negara dan mahu mengumumkannnya kepada keluarga masing2 sebagai kejutan yg manis.


Misteri lelaki yg selalu menceroboh masuk bilik Yana tu macam tak solve la pulak. atau pun ada muka surat yg aku ter miss?


Keluarga Engku Irsyad yang terdiri dari orang2 yg baik2 belaka tu pulak seperti membiarkan saja Irsyad membuat keputusan yg sangat tidak masuk akal itu. Bagi aku plot cerita ini sangat menarik dan fast phase tetapi pengisiannya ada aku rasa tidak kena. lain org lain pendapatnya, aku mengalu-alu kan pendapat korang. Lepas ni aku nak baca karya pertama penulis ini dgn buku prima iaitu LAMARAN HATI. Ramai yg rekemen buku nih :)


sure fine whatever
rinn





sinopsis/blurb belakang buku:


Karya terbaru Novelis Kuingin bersamamu.


Benarlah malam pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bantal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaannya. Pelamin sekadar menjadi replika untuk tatapan tamu. ~ Irna Muliati


Bencinya aku pada semua lelaki! Namun, wajah doktor muda itu tetap menyapa di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dgn kebencian terhadap seorg lelaki yg telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara? ~Najwa Raihana


Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dgn impian utk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walaupun saya tau, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan hilang ditelan kegelapan. ~ Doktor Ezani.


"Kau apa ada? anak seorang pekebun? Tergila-gilakan Syad konon! Hey, Yana, lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dgn anak datuk tersohor mcm Engku Irsyad tu! ~ Syakilla


-----------
Aku ingn berkongsi segalanya dgn sesiapa sahaja yg mungkin meminati buah karyaku. Ingin menjuadahi mereka dgn kepuasan, ketenangan, kebahagiaan malah apa saja. biar bibir mereka bisa tersenyum, mata mereka bisa meniti atas setiap kalam yg kucatatkan dan hati mereka puas menghayati setiap baris ucapanku. Kalau aku mampu memperhebatkan setiap karyaku, hanya Allah saja yg bisa membimbing dan mengatur aku utk melangkah lebih hebat lagi. Insya Allah...

~Dyza Ainun~

Review 222: Kuingin Bersamamu by Dyza Ainun


buku ni aku baca tahun lepas. sebab nak marathon baca novel2 Dyza Ainun dgn buku prima, aku postkan review kat sini :)


Kuingin Bersamamu by Dyza Ainun
Terbitan Buku Prima
Tahun 2009
RM18.90
sabah sarawak RM21.90
551 mukasurat
isbn: 978-967-5234-25-5


"Pada sejuring impi, kubiarkan kerinduan menjadi jidar di hati.
Meski luyut menepis rasa, namun nikmat kasih kuhirup bersama serbat cinta"


walaupun ada perkataan juring, jidar dan luyut kat kulit buku ni yg aku tak paham, rasa tak sabar nak membacanya tetap membuak buak. Tambah2 biler Ti dan beberapa org rekemenkan. Kisah ni menghiburkan dan 'kontrak' antara Dida Qistina dan Ziq menjadikan kisahnya menarik dan membuat kita tertunggu-tunggu habisnya tempoh 2 tahun yg ditetapkan tu :)


Kisah ini tentang Dida Qistina, gadis montel yang dikasihi ibu bapanya. Dia sentiasa menurut kata dan menyenangkan hati ibu bapanya. Bapanya terlalu ingin melihat dia bahagia dan berharap Ziqree yang baru putus tunang sudi menerima Dida sbg isteri. Ziqree terlalu bencikan wanita angkara Nina bekas tunangannya yg curang. Dia terkedu dgn tawaran kawan baik arwah bapanya yg pernah menabur budi kpd keluarganya.


Dia buat kontrak 2 tahun tu utk membuktikan samada Dida layak bergelar isterinya atau tidak. Ziq gembira dgn kehadiran Dida yg membuatnya tak kering gusi melepaskan tawa. Dida tidak tahu mengenai kontrak tersebut menyangka dia perlu berada di rumah Ziqree demi utk melangsaikan hutang bapanya dgn keluarga Ziqree. 2 tahun telah mengubah banyak perkara dalam diri Ziqree dan Dida. Ziqree menggunakan tempoh masa 2 tahunnya di New Zealand utk menguji Dida yg bertugas menjaga rumahnya di tanah air.


Ternyata Dida berjaya menceriakan rumahnya dan kepulangannya memekarkan rasa cinta antara mereka. Namun ada mata yg memandang dgn benci keakraban mereka. Ima sudah lama mengidam nak jadi bini Ziq. Dia sanggup lakukan apa saja utk memiliki Ziq malah dia mengugut utk menyimbah asid ke muka Dida. Owh lupa pulak Dida dah semakin langsing sbb ikut program menurunkan berat badan secara sihat.


Kepulangan Ziq seterusnya dilitupi tragedi apabila dia kehilangan deria penglihatannya. Ugutan Ima membuatkan Dida terpaksa menarik diri dari meneruskan pernikahan dgn Ziq, dia tak mahu membahayakan nyawa Ziq dan nyawanya sendiri. Ziq kecewa kerana Dida tak dpt menerima suami buta seperti dirinya. Ima tu memang la mereng. Err yg dia pregnant tu, dia rape Ziq ke? haha.. err naper tak kesian sangat biler hero kena rogol.


apa2pun citer ni happy ending :) menghiburkan :)


sure fine whatever
rinn






sinopsis belakang buku:


Rasa yang mencengkam di kamar hati, siapakah yg mampu mengerti? Bila rindu berladung, segalanya jadi begitu mengasyikkan. Namun, seksanya memugar di hati. Dalam seksa itu, dia menghimpun mimpi utk melanggari hidup bersama insan tersayang. Namun, cinta terkelar di pertengahan jalan. Hatinya jadi lunyai oleh impi yg hancur. Dia keterpaksaan melepaskan segala impinya melurut di ujung hiba. - Dida Qistina


Rindunya yg sadis tetap dilayaninya penuh perasaan. Dari kejauhan, dia mengumpulkan kasih sayang yg limpah buah insan bergelar Dida Qistina. Hanya sekadar rasa terhibur dgn seorg gadis yg mampu mengubat lara hatinya. Kasih hidup dlm diam. Lalu tiap rasa yg hadir dinikmati penuh syahdu. - Ziqree Hadiff


"Ima bersumpah. Bayi dlm kandungan ini anak abang! kalau abg tak percaya, minggu depan kita jumpa doktor utk buat DNA. Doktor yg akan menjawab persoalan itu, bang!" - Syarifah Ima Arni


"Kau kena tahu, Dida. Aku ni jenis manusia yg tak pernah tahu nak mengalah. Apa yg aku nak, pasti aku cuba rebut walau mcm mana caranya. Apa lagi org yg handsome dan kayaraya mcm Abg Ziq tu! - Syarifah Ima Arni


--------
Terkadang bahasa alam menjadi inspirasi yg terlalu mahal harganya. Namun tidak ramai insan yg meneliti dgn pandangan hati. Ternyata kelahiran Kuingin Bersamamu adalah hasil adunan pelbagai pengalaman dan pemerhatian. Memerhati kegigihan insan yg ingin berjaya dan suka duka teman2 meneliti batas kehidupan. Berbudi tidak semestinya memerlukan balasan. Jadi setiap budi yg dijuadahkan biarlah terus ikhlas bertapak di hati setiap insan yg dihulurkan bakti. Buat pembaca, terimalah KUINGIN BERSAMAMU. Moga menyenangkan. ~Dyza Ainun~

Tuesday, October 12, 2010

BARU: ...Hujan Pun Menari... by Norhayati Berahim


ini dia novel terbaru dari novelist Norhayati Berahim :)
Bagi yang berminat nak dapatkan novel ni terus dari NB Kara, boleh emel ke surayacob@gmail.com
Boleh order sekarang, kos penghantaran percuma dan dapat tandatangan eksklusif dari Norhayati Berahim :) emel ke surayacob@gmail.com utk maklumat lanjut ;)


Tajuk: ...Hujan Pun Menari...
Penulis: Norhayati Berahim
Terbitan : NB Kara
Cetakan Pertama 2010
RM29.50
sabah/sarawak: RM32.50
893 mukasurat

"Keikhlasan lelaki itu menghambat jiwanya..."


Blurb-
Peritnya melihat emak diduakan. Walau emak begitu sempurna, tapi abah mencari lain. Hendak dimarah, kasih abah pada keluarga tidak pernah berubah. Abah pergi, meninggalkan emak yang mahu tidak mahu, harus tabah. Sebagai anak sulong, Muna mengerti, dia dengan emak harus berganding bahu. Empat adiknya perlu dipandu.
Kehidupan perlu diteruskan.


Dalam kepayahan menempuh onak kehidupan… Ketika gelap, ketika cahaya suram…
Sejauh mana Muna pergi, betapa deras langkahnya berlari…
Qurban… lelaki itu tetap di sisi.

Review 220: Kau Kekasihku by Anis Ayuni


Kau Kekasihku
Penulis: Anis Ayuni
Terbitan alaf 21
Harga RM19.90
533 muka surat


"Aku dah tak berdaya berkawan dengan angan-angan bertemankan bayang-bayang"


novel terbitan 2006 ini agak popular di kalangan pembaca. kalau dilihat dlm tahun 2006 saja dah 3 kali diulang cetak, mungkin lebih. nampaknya Anis Ayuni sudah ada peminat2 yang akan membeli bukunya hanya berdasarkan nama penulis! sudah pasti peminat dah tertunggu tunggu novel terbaru dari Anis Ayuni. Saya cuma belum baca 'yang terindah' and i look forward to reading tht book very soon.


kali ni penulis membangkitkan kisah yang berkaitan dengan lelaki yg mati pucuk. ada watak 'nicky' seorang lelaki yang lembut yang pernah disindir oleh Dhira. Nicky berkahwin dengan Aisyah dan dikurniakan cahaya mata. Dhira berkenalan dgn Zairi ketika bercuti ke Beijing. Jatuh cinta pandang pertama. Dhira letih menunggu zairi nak declare, sudah 2 pinangan ditolak sbb menunggu zairi, akhirnya zairi akur dan masuk meminang lalu mereka mendirikan rumahtangga tapi Dhira musykil mengapa zairi tak pernah mahu menyentuhnya sepanjang bergelar suami isteri. Dhira tahu tentang masalah Zairi setelah terbaca artikle dan ubat ubatan yg diambil oleh Zairi. Dhira cuba membantu dengan mencari seorang ustaz. Rupanya Zairi pernah memutuskan pertunangan dan tindakannya itu menyebabkan seseorang menggunakan cara halus utk menyiksa batin Zairi. Dhira mencuba memujuk Zairi utk mencuba cara rawatan ustaz tu utk menyembuhkan kelemahannya. Zairi ni tak percaya benda2 halus ni. Dhira minta dilepaskan dan mereka berpisah buat sementara waktu.. Zairi akhirnya akur berjumpa ustaz dan mengamalkan petua dan ayat2 suci Al Quran yang dicadangkan.. pehtu nak kena ngorat Dhira balik pulak.


menarik juga kisah hubungan kak fiza dgn x boipren dia Safwan, duda anak 3. Konflik hubungan Kak Fiza ngan Sofea interesting tapi agak cepat pulak watak sofea suka kat kak fiza.


terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad:
Sinopsis belakang buku:


Hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini kulalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada di mana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta di hati.

Pandanglah ke dalam mataku... selamilah jauh hingga ke dasarnya. Pasti yang akan kau lihat adalah rinduku terhadapmu. Tapi, apakah getaran cinta yang meruntun hati hanya aku saja yang merasakannya? Zairi... hatimu sebenarnya untuk siapa? Mengapa kau terus membisu pada ketika aku amat yakin yang aku bukan berbayang seorang diri? Aku tahu cintaku berbalas, tapi mengapa tak pernah sekalipun kau melafazkannya?

Aku tahu perkahwinan bukan janji syurga... bukan janji bahagia, tapi sepenuh hati dan jiwa aku pertaruhkan. Aku sangka kita berkongsi impian yang serupa dalam membina istana bahagia, tapi rupa-rupanya kehadiranku bagai tak bermakna apa-apa. Reaksimu dingin dan beku. Menghampakan. Melontar diriku ke lembah duka nestapa.

Sungguh kesucianku tak tercela, tapi... aku difitnah oleh siapa sehingga kau tak mahu 'menyentuhku'? Aku ibarat musafir di padang pasir yang dahagakan setitis kasihmu. Menanti saat kau datang kepadaku dengan penuh rindu. Zairi... mengapa hubungan kita aneh begini? Aku tak mengerti, sandiwaramu. Rahsia apakah yang cuba kau sembunyikan hingga segalanya terus terpendam menjadi misteri?

Ah, lelaki... apakah sememangnya dilahirkan untuk melukakan hati perempuan? Dan perempuan pula, selama mana harus membiarkan hati terus terluka?

"Dhira percayalah... cuma kematian yang akan memisahkan kita berdua. I love you so very much. Hanya kau kekasihku..."


-----------
Sinopsis (dari website Alaf) : KAU KEKASIHKU Dhira yang baru sahaja dilukai oleh seorang lelaki menyatakan bahawa dia tidak mahu bercinta lagi. Namun, hatinya kalah dengan kenyataannya itu apabila terpaut dengan Zairi ketika melancong ke Beijing. Sejak pertemuan yang membibitkan kenangan manis, hubungan Dhira dengan Zairi semakin mesra selepas pulang dari melancong. Namun, Dhira pasrah walaupun Zairi menunjukkan sikap prihatinnya dan cemburu, lelaki itu agak sukar menyatakan cinta kepadanya.

Akhirnya, lafaz cinta keluar dari bibir Zairi dan ingin melamar Dhira menjadi suri dalam hidupnya. Namun, ada sesuatu yang menjadi persoalan dalam diri Dhira, apabila dia tidak pernah disentuh oleh suaminya sendiri selama di alam perkahwinan.

Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Zairi? Mengapa dia tidak mahu menyentuh Dhira sedangkan tanggungjawab lain ditunaikan? Adakah kerana Dhira yang menjadi puncanya? Akhirnya, Dhira dapat menemui jawapannya yang sering membelenggu dirinya. Antara kasihan dan kasih, perlukah Dhira mengharunginya bersama suami tercinta?

Review 221: Bayangan Rindu by Anis Ayuni


Bayangan Rindu by Anis Ayuni
Harga : RM 19.90
Halaman :592

"Salam kasih siapakah yang sungguh mengusik ke sanubari ini"


sepanjang baca buku ni, kita akan come across a few familiar characters macam Zairi ngan Dhira dari 'Kau Kekasihku' where the ending dlm buku tu Dhira keguguran, kan? tapi dlm buku ni anak2 diorang dah berderet tiga nak masuk empat. :) watak 'kak farah' yg pernah putus tunang dgn Zairi dulu pun ada.. kan masa dlm 'kau kekasihku' Zairi pernah terkena buatan orang menyebabkan dia seolah olah mati pucuk. Dlm novel ni Farah cuba santau kan Dhira tapi gagal sebab hampir2 mengena Iddya.


Selain dari tu ada jugak muncul watak Elly Farhana dengan Zahari dari novel "Yang Terindah" yg jadi jiran kepada keluarga Iddya. anak diorang 2 orang Watak Sufian dari "gemersik kalbu" mula2 tu tak perasan sangat sbb Iddya banyak merujuk kpd Sufian sbg Abg Pian yg merupakan abg sepupunya. Kalau tak baca credits by Anis ayuni maybe x perasan pon sufian tu.


Kisah Iddya yang melalui kisah2 percintaan dalam hidupnya sejak zaman sekolah lagi. Dia berkasih secara rahsia dengan Baien dan pada masa yg sama rapat dgn Kiew. Setelah Baien keluar negara, kepulangan Baien membawa berita yg perhubungan mereka tak dapat diteruskan lagi. Iddya menyulam kasih baru bersama Lufti dan semasa berhubungan dengan Lufti, dia bertemu semula dengan Kiew. Pergaulan mereka masih seperti dulu, tiada berselindung, tiada nak control-control ayu. Tak sangka la pulak hubungan Iddya dan Lufti akan clash sebegitu rupa kerana rupa2nya Lufti tu saudara sesusu Iddya. aduih kesian betui.. memang tak sangka. apa2pun Kiew is still around tapi Iddya tak berani meluah perasaan sbb takut Kiew sangka lepas tak dapat orang lain barulah sibuk nak cari dia. hmm cerita ni hampir sama dengan cerita "Yang Terindah" also by Anis Ayuni.


sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:


Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.


Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I.


Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lufti dan cinta Baein pulak sudak kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be.


sinopsis di website alaf


KISAH cinta Iddya yang penuh pahit manis. Cinta pertamanya dengan Baein, teman sekelasnya tidak kesampaian apabila pemuda itu mengalih cinta kepada gadis lain. Biarpun kecewa, Iddya tabah menghadapi dugaan ini.


Pertemuan dengan Lutfi pula melahirkan rasa cinta yang begitu mendalam. Tapi ikatan itu putus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan pada diri Iddya. Pada Umar Aisy, bekas teman sekolahnya, dia mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba. Lelaki itu sentiasa memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan.


Apakah Iddya akan menemui cinta sejatinya selepas ini? Siapakah lelaki yang bertuah itu? Pepatah ada mengatakan; gadis yang baik akan bertemu jodoh dengan lelaki yang baik juga.

Review 219: Suara Hati by Anis Ayuni


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Suara Hati by Anis Ayuni
RM13.90
327 mukasurat


"akan kurahsiakan rasa cintaku padamu jauh di lubuk hati"


Sekali sekala teringat jugak citer ni. Antara novel yang mengumpul peminat2 tegar Anis Ayuni utk terus mengikut karyanya hingga ke hari ini. Kali pertama aku baca novel ni sekitar tahun 2007. memang dpt rasa ini adalah hasil penulisan pertama anis ayuni. novel2 yang menyusul selepas suara hati jelas membuktikan anis ayuni improved a lot in her writing.

modal cerita yang agak biasa untuk genre cerita LOVE AT SECOND CHANCE. penulis mcm mengkhaskan separuh buku untuk Hani dan Abg Naim, manakala half lagi utk Hani dan Haris. tapi kita diceritakan lebih spesific tentang Hani dan Naim jadi mungkin kita rasa cinta Naim lebih kuat dan meninggalkan kesan mendalam pada Hani.


suasana dan emosi kesedihan yang cuba diceritakan ketika kematian Naim tidak sampai kerana saya tak tersentuh langsung dengan situasi itu. time lapse dia agak mengejut, tiba2 jer dah tiga tahun and then dah dua tahun tengok2 total dah lapan tahun, macam lost counting pulak rasa.


watak Marlis yang dijadikan org ketiga yang sedikit menggugat perkembangan hubungan Hani dan Haris boleh dijadikan interesting tapi tak difokuskan sangat, cuma dari reaksi keluarga hani yg tidak senang dengan Harris kerana mendapat cerita yang bukan2 dari Marlis. Marlis sendiri datang meminta maaf atas fitnah yg ditaburkan sebelum dia berpindah ke Penang. itu pun tidak diceritakan yg melibatkan Marlis, hanya dari apa yang disampaikan oleh bekas ibu mertua Hani. mudah jer konflik diselesaikan dan akhir Hani kembali kepada Haris. Happy ending.


serba sedikit tentang kisah ini. Hani bercinta dengan Haris, haris tiba2 hilang tanpa berita selama 5 bulan. Naim yang berkenalan dgn Hani melalui keluarganya jatuh hati dengan Hani dan mula mengambil hati Hani, Hani senang dengan sikap Naim yang penyayang. Mereka bertunang atas aturan keluarga. bagi Hani kemesraan mereka
disalahertikan tapi demi menjaga hati keluarga dia menerima lagipun haris seolah-olah tidak menghiraukan dia lagi, lagipun Naim seorang yang baik. menjelang perkahwinannya dia pergi berjumpa haris buat kali terakhir, walaupun haris ada alasan kukuh membela dirinya tapi Hani tak mampu lagi memberhentikan perkahwinannya, dia sudah nekad bahawa pilihan keluarganya adalah yang terbaik.


naim memang suami dan ayah yang baik, akhirnya pergi menyambut seruan Ilahi. Dua tahun kemudian dia berjumpa semula dengan Haris secara tidak sengaja dan Haris cuba mendapatkan Hani semula.. lebih kurang mcm tulah ceritanya..


sure fine whatever



Terbitan ALAF21 Sendirian Berhad

Sinopsis belakang buku:


Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan
dia terpaksa membuat kepu-tusan. Pilihan ibu dan ayahkah yang perlu
dituruti sedangkan jauh di lubuk hati, selaut kasihnya telah tercurah
pada Haris, pilihan sendiri.


Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilang tanpa
khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka
berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian
menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris
yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya
semula. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih
terasa. Dan... andai cinta pertama telah di-kecewakan, masih wujudkah
cinta untuk kali kedua?

Review 218: Yang Terindah by Anis Ayuni


Yang Terindah by Anis Ayuni
Terbitan Alaf 21 Sendirian Berhad
Harga : RM 15.00
Halaman :448


"Malam menjadi siang bila hati kita bersatu"


Kisah cinta dlm buku kedua by Anis Ayuni jauh lebih baik dari 'suara hati' :) apa2 pun 'Gemersik Kalbu' lah yang paaaaaaaling best! apa yang menarik pembaca menghayati citer ni adalah cara penyampaian yang penuh berhati-hati, luahan perasaan yang dihurai dgn baik dan saya suka puisi yg Akmil tulis.. shahduuuuuuu..


Kita dibawa mengikut kisah-kisah cinta yang dilalui oleh Elly Farhana tapi akhirnya membawanya balik kembali kepada seseorang yang sudah dikenalinya sekian lama tapi mengambil masa yang lama utk jatuh cinta. Dari kecil elly memang rapat dgn zahari dan semasa dia di U pon dia ada ceritakan hubungan cintanya dgn Akmil dan kemudian dgn TJ yg kedua-duanya kecundang. Zahari sentiasa menaruh harapan dan bila dia meluahkan perasaan pada Elly, agak mengecewakan bila Elly menyatakan selagi ada cinta dalam hati Zahari dia mesti menjauhkan diri dari Elly. Tapi kemudian Zahari ditimpa kemalangan dan Elly semakin sedar mengenai hati dan perasaannya sendiri. Ada juga diselitkan kisah nostalgia ibu Elly yg lumpuh.. Elly mendapati bapanya masih hidup dan berharap akan bertemu dgn ayahnya, tanpa diketahuinya dia sudah berjumpa dgn bapanya, cuma belum kenal.


Sinopsis belakang buku:


Elly, gadis pingitan yang tidak pernah mengecap kasih seorang ayah. Lalu, rasa sayangnya tertumpah pada Zahari, lelaki tempatnya berkongsi suka dan duka selama ini. Masa yang berlalu menginjak usia. Rupanya dalam diam, telah lama lelaki itu menaruh hati terhadapnya.


Tapi, mana mungkin dia membalasnya. Dia tidak tega menerima lafaz cinta seorang lelaki yang telah bertahun-tahun dianggapnya sebagai abang sendiri. Lantas dia mengambil keputusan menjauhkan diri.


Namun, perpisahan itu menyedarkannya bahawa lelaki itu amat dekat di hati dan dikasihi. Payahnya menerima hakikat; perpisahan itu begitu menyakitkan, mendera rindu dan menghukum perasaan sendiri.


Saat hatinya terbuka untuk menerima Zahari, kehadiran Dr. Hazlin merobek segala impian. Berjayakah dia memiliki semula hati lelaki yang telah ditolak cintanya itu atau cukupkah sekadar mengabadikan momen terindah itu dalam kenangannya?


Persoalan demi persoalan tidak terungkai, namun yang pasti lelaki itu amat dicintainya...

Review 217: Manisnya Cinta by Anis Ayuni


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Manisnya Cinta by Anis Ayuni
RM 17.00
480 muka surat


ni buku kedua karya Anis Ayuni yg saya baca. menarik juga baca cara nazmi merahsiakan dirinya yg sebenar, ditonjol diri yang tak terurus, berpakaian serba kekurangan sbb dia seorang pemandu bas. Cinta Ifti dan Nazmi adalah cinta pandang pertama walaupun masa tu Ifti bersama-sama 3 anak2 yg dianggap seperti anak2nya sendiri hingga Nazmi salah sangka tetapi tetap menaruh hati terhadap Ifti.


Ifti dlm dilema jugak sbb tertarik kpd seorang driver bas, rakan2 sekerja juga meragui kemampuan Nazmi menerajui rumah tangga sekiranya mereka berkahwin. Hubungan mereka berterusan dan Cairo menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. masing2 ada rasa cemburu tetapi Ifti tidak dapat menahan cemburu bila nampak nazmi berjalan sambil menolak stroller bersama seorang perempuan.. lalu percintaan mereka putus di tengah jalan...


Ifti ngan nazmi ni kalau bergurau sikit2 cubit, sikit2 cubit, cubit pipi la, lengan la, perut la, bahu la.. dlm citer lain pon ada cubit2 gak tapi rasanya dlm citer ni la paling banyak sekali.. rasanya kalau kumpul semua sekali mau dah lebam2 Nazmi ngan Ifti tu..


Sure fine whatever
rinn


Sinopsis Belakang buku:


apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?


Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!


Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?


Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?


Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.