Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, October 7, 2010

Review 216: Gemersik Kalbu by Anis Ayuni


Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
Gemersik Kalbu by Anis Ayuni
RM 18.00
592 muka surat

"Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian boleh digapai"


buku ni antara yang first baca dulu, tapi tak review sbb masa tu tak create group or blog lagi.. masa weekend terasa nak baca semula and i was wondering kenapa i put this book dalam group "good". lepas abih baca baru la paham.. memang citer ni seronok dibaca..


"Guru yang sederhana memberitahu. guru yang baik menerangkan, guru yang lebih baik menunjukkan, guru yang paling hebat memberi inspirasi."


kisah cikgu Ana yang bercinta dan bertunang dgn cikgu wan yang kemudiannya mati lemas ketika menyelamatkan seorang budak. Ana tinggal seorang terkapai kapai kerana dia sendiri tidak rapat dengn keluarga kandungnya, ibunya bagai kekok bila bersama dengannya, dia banyak menumpang kasih dengan keluarga cikgu wan yang melayannya seperti anak sendiri. ketika melanjutkan pelajaran secara sambilan, Ana dan kak shikin menumpang di rumah Auntie Zarina, di situlah dia berkenalan dengan Sufian yg memberi first impression yg buruk kpd Ana. Sufian jatuh hati dengn Ana tapi ana sukar menerima orang lain kerana masih lagi ingatkan cikgu wan. Bila Ana nekad nak pindah rumah semester berikutnya kerana rimas dengan gangguan Sufian, Sufian memasang perangkap supaya Ana terpaksa mengahwininya.


Sepanjang menjadi isteri sufian, Ana dpt melihat kebaikan sufian dan dia terduga bila sufian sakit dan Ana terpaksa menjaganya di hospital. bila sufian dan sihat, ibunya pulak masuk hospital.. ana sabar melayan kerenah ibu kandungnya yg menyakitkan hati hingga menimbulkan kembali rasa kasih sayang ibunya terhadap dirinya.


Sufian mula mengatur strategi untuk menduga hati dan kasih Ana dan cuba mengalih cinta Ana dari orang yang telah tiada kpd dirinya yang terlalu menyintai Ana.. fun to read.


sure fine whatever
rinn


terbitan ALAF21 Sendirian Berhad
sinopsis belakang buku:


Raihana... pertama kali kutatap wajahmu, ada getar yang menusuk di kalbu. Saat itu, hanya suaramu yang bisa melunakkan mimpiku. Meskipun tawamu nampak bahagia, mengapa bening mata itu bersalut duka? Andainya kau pernah terluka, izinkan aku mengubatinya. Namun, jawapanmu sering menyongsang makna. Tinggal harapanku tergapai-gapai, kau biarkan begitu sahaja .

Puas kukikis namamu. Lelah jasadku dek tipu helahmu. Berkali-kali kuulang; aku lelaki yang tak tahu malu. Sayangnya... bayangmu jua yang hadir mengocak tenangku. Belajarlah menerima hakikat, aku adalah kenyataan dan dia adalah kenangan! Sekali lagi kutunggu lafaz cintamu kerana aku bukan lelaki yang tewas!

Sufian... cinta bukan paksaan. Cinta juga bukan simpati. Ikrar kasih kami dulu ibarat tugu di hati ini. Janji setia itu tak mungkin diingkari hanya kerana kamu. Mengertilah... semuanya bukan kemahuan fikiran. Impian dan ingatan terhadapnya sukar diusir pergi. Biarpun bayang duka merantai hidup ini, tapi aku tetap rela.

Bukankah sudah berkali-kali kubilang; belajarlah jadi lelaki yang waras. Sekelumitpun tiada namamu di ruang hati ini. Tapi godaanmu mengekoriku walau di mana. Kau terus memburu, sedangkan dalam mimpi pun aku tak inginkan wajahmu. Biar didera ataupun dipaksa, namun
hatiku tidak serapuh salju

Akhirnya, Raihana begini dan Sufian begitu. Di manakah titik pertemuan mereka?

No comments:

Post a Comment