Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Friday, January 4, 2013

eBook: Cuma Setahun by Wazura Ramly

Cover eBook Cuma Setahun
 
haaa... first time ni promote eBook. Sejak Karangkraf Mall memperkenalkan eMall nya, memang sangat menarik. Aku rasa ini memberikan peluang kepada rakan-rakan kita yang berada di luar negara untuk turut sama membaca novel kluaran Malaysia walapun secara eBook.

Baru-baru ni seorang kenalan lama online yang akhirnya menjadi sahabat offline (hehe), Wazura Ramly atau lebih aku kenali sebagai Cekputeh telah memaklumkan kepada aku tentang kewujudan kobobooks.com yang memasarkan novel beliau secara online dan eBook tersebut boleh dibaca di computer, laptop, ipad, tab, smartphone, ermm entah la apa lagi gadget yang ada sekarang ni. Boleh diakses dari mana-mana sudut dunia korang duduk. Selain dari eMall karangkraf dan kobobooks ni aku rasa ada lagi penyedia platform eBooks cuma tidak dipromosikan untuk makluman pembaca. Aku rasa platform sebegini amat sesuai untuk rakan-rakan kita yang berada di luar negara untuk mendapatkan bahan bacaan hiburan dalam bahasa melayu.

ni adalah rupa page Cuma Setahun dalam Kobobooks. Boleh klik gambar untuk terus membeli :)
 
click gambar untuk ronda-ronda kat fb Cuma Setahun. Ada gak disiarkan teaser dan maklumat terkini dari penulis :)
 
Tahniah Zura. Semoga menjadi perinntis kepada penulis-penulis novel tanahair yang lain untuk menghasilkan novel bahasa melayu yang menjangkau pembaca-pembaca di setiap sudut dunia. :)
 
sure fine whatever
rinn
 

1 comment: