Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, May 8, 2011

Review 363: Indahnya Kemaafan by Nurul Astiqha


Indahnya Kemaafan by Nurul Astiqha
Terbitan Tintarona Publications Sdn. Bhd
456 muka surat

"Adakah segala keindahan ini hanya satu mimpi?"


Banyak yang berlaku dalam kisah ini, setiap satunya tak diceritakan dengan lebih lanjut. kadang2 macam tak ikut sequence. cerita yang ideanya kelihatan bagus tetapi maybe cara penyampaian kurang berkesan. cepatnya cinta Faris dan Farah bertaut, cepat juga cinta Datuk Zahid dan mama zaharah tercetus dan terus kawin. sekelip mata Faris dan Farah berkahwin dan bercerai serta Datuk Zahid meninggal dunia.


Agak terlalu mudah cara Sasha menginsafi diri sedangkan dia tu seorang yg bongkak dan kejam hingga sanggup menggugurkan kandungannya. walau bagaimanapun true love wins, yg kejam dpt pembalasan.


sure fine whatever
Rinn
tarikh entri ini di alongside @ multiply: 21 mac 2007




sinopsis belakang buku:


Perlahan-lahan Farah membuka matanya. Dia tersenyum puas. Dia tahu dia tidak bermimpi. Angin yang menghembus dari Pantai Cenang adalah suatu kenyataan bukannya fantasi. Rambutnya yang terbuai lembut mengikut lenggok angin pagi itu juga adalah suatu realiti.


Farah menoleh ke belakang. Di atas katil Faris masih lena dibuai mimpi. Mungkin juga dia tidak mahu melepaskan mimpi indahnya.


Farah tersenyum lagi. Tiada lagi Datin Suhaibah dan tiada lagi dendam.Faris telah mengotakan segala janjinya.

No comments:

Post a Comment