Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, November 16, 2009

Review 43: Sakti Cinta by Anita Aruszi




Sakti Cinta
Penulis: Anita Aruszi
Terbitan iBook
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789832748601
Harga: RM23.90
755 mukasurat


"Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu.
Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut"


Misteri besar dalam karya Anita Aruszi kali ini adalah persoalan hati dan cinta terlarang yg mekar berbunga di hati Diazey dan Dina Azura. Memandangkan saya pernah membaca karya2 penulis ini sebelum ini, saya sekadar mengagak cerita ini happy ending dan tentulah ada pertalian lain yg tersembunyi di antara Diazey dan Dina Azura dan mereka sebenarnya bukan adik beradik.


Laluan utk mengetahui kebenaran itu bukannya singkat dalam kisah ini, banyak lapisan misteri yang disingkap Penulis dengan baik dan teratur membuatkan kita takkan lepas novel ini hingga ke helaian terakhir.


Bukan hanya soal hati yang perasaan dimainkan penulis ini. Seperti karyanya yg saya dah baca sebelum ini, sentuhan thriller tetap diberikan melengkapkan trademark Anita Aruszi yang menjadi punca cerita2nya menarik perhatian saya. Tahniah buat penulis ini kerana berjaya menvariasikan ceritanya dengan baik sekali.


Chemistry yg wujud antara Diaz dan Dina membuatkan kita mahu menyingkap kisah sebenar mereka. Diaz awal2 lagi sudah maklum mengenai status sebenar Dina dalam keluarga kecil mereka. Disebabkan itu dia sebenarnya berusaha keras utk merahsiakan apa yg dirasanya dari pengetahuan Dina. Rahsia itu menjadi beban pada Diaz apabila cinta berbunga di hatinya buat Dina.


Sikap Diaz membuatkan Dina merasakan Diaz tak sayangkan dia sebagai adik. Dia juga mempersoalkan hatinya sendiri yang jatuh cinta dgn abang sendiri.


Diaz menghilang dari hidup Dina sbg hukuman pada diri sendiri yang ada niat tak baik pada Dina dan 15 tahun kemudian, dia muncul semula dan kedua2 mereka sedar perasaan 'cinta tak terucap' masih dan semakin mekar dalam jiwa mereka.


Diaz sebenarnya tak buat apa2 utk membongkar perkara sebenar kpd Dina kerana dia lebih bimbangkan perasaan ibunya sekiranya Dina pergi setelah mengetahui kisah sebenarnya.


Dina terkejut apabila suatu hari dia berdiri di hadapan sebuah pusara yang jelas tertera namanya di batu nisan. Peristiwa itu menjadi lembaran pertama buat Dina untuk menyingkap rahsia sebenar kewujudannya dalam keluarga Hisyam, Zuraini dan Diazey.


sure fine whatever
rinn


sinopsis/blurb:


Dina Azura membuka matanya perlahan-lahan. Ada air jernih bergenang di kelopak matanya saat itu. Ingatannya terhadap Diazey tidak pernah surut... Sejak dia menjejakkan kaki ke bumi Detroit, hanya beberapa kali Diazey menghubunginya. Itupun lelaki itu lebih byk bercakap dgn mamanya. Selepas itu panggilan Diazey tak pernah muncul lagi.


"Diaz perlukan masa untuk bersendirian, Dina. Sepanjang kes itu berlangsung, saya lihat dia tenang. Tapi saya tahu, jauh di sudut hatinya, dia menyimpan kecewa. Mana mungkin dia tidak berasa bersalah kerana menuduh ayah sendiri. Jika saya di tempatnya, mungkin saya tak mampu melakukannya." Kata-kata Johan siang tadi singgah semula di gegendang telinganya. Dia melepaskan keluhan berat. Terasa perit dadanya mahu bernafas, sedang kepiluan semakin bercambah di hatinya. Dan untuk beberapa ketika, dia termenung sendirian di situ sehingga terlelap.

No comments:

Post a Comment