Serasi di Hati by Nora Ismail
Terbitan NB Kara
Tahun 2008
"Derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"
Memang ada yang menarik mengenai cover buku ini. Agak menonjol bila dibariskan di rak bersama buku2 lain kat kedai. Penulis ini lebih dikenali sebagai Rose Harissa di kalangan peminat-peminatnya. Novel yang sebenarnya karya pertama beliau ini akhirnya terbit juga di bawah label NB Kara setelah lama terperam. Tu lah, peram2 akhirnya masak jugak tapi masih hijau ya! Evergreen gitu. Banyak jugak review2 positif yang saya tengok kat internet dan juga review2 tak formal dari rakan2 yg dah membaca novel yang glamer dengn gelaran 'novel epal hijau' ni.
Rata-rata memang diorang suka bangat sama novel nih. Boleh lawati blog penulis ini utk membaca komen2 menarik dari peminat2nya: http://roseharissa.blogspot.com
cover novel ini sangat menggambarkan 2 watak utama dalam kisah ini. Zarul dan Edrinaz. Mereka bukanlah sempurna, namun mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Memang awal2 saya dah beritahu Rose yang citer ni bukan dalam genre favourite saya, dia pun awal2 dah cakap "aku tulis buku ni bukan utk ko sorang baca". haha. Memang senang nak berterus terang dgn Rose ni. Apa2pun, saya sangat kagum dengan gaya penulisan beliau. Cerita yang biasa pun akan terasa istimewanya di tangannya.
Zarul, lelaki muda yang bekerja dengan Datin Zalina Asha yg mementingkan hawa nafsu daripada perasaan. Zarul terperangkap dan kini dia mula berfikir, ke mana hala tuju hidupnya. Mahukah dia begini selamanya?
Edrinaz, seorg gadis manja yang suka memanjakan suami kesayangannya, Shamsul Azman, dengan hadiah-hadiah dan wang ringgit. Namun Shamsul Azman hanya mengasihinya apabila mendapat sesuatu dari Edrinaz. Hanya Edrinaz yg memujuk. Edeh, susah la kalau mcm ni, mengharapkan pendapatan isteri dan tidak mahu berusaha utk memajukan diri.
Pertemuan Zarul-Edrinaz bakal mencetuskan perubahan besar dalam hidup mereka. Zarul bukan tercipta utk Zalina Asha dan Shamsul Azman tidak layak utk menerima kasih Edrinaz. Edrinaz mahu menjadi kakak yg menasihati Zarul agar kembali ke pangkal jalan. Zarul bersedia utk berubah namun dia tidak dapat menganggap Edrinaz sbg kakaknya. Hatinya sudah diselubungi perasaan cinta yg mendalam.
Godaan kekasih lama dan suntikan fitnah Zalina Asha membuatkan Shamsul Azman hilang pertimbangan. Edrinaz dilepaskan dengan satu lafaz yang menggegarkan seluruh hidupnya. Zarul tidak membuang masa utk mempamerkan prihatinnya yg tidak berbelah bagi buat Edrinaz yg sedang trauma kehilangan suami dan anak dlm kandungannya. Terkedu dia biler kali pertama menerima bunga dan coklat sbg tanda penghargaan dari Edrinaz. Edrinaz ni memang jenis suka bagi orang hadiah lah. Zarul tidak mahu kelihatan sbg adik lagi di mata Edrinaz, dia mahu menjadi lelaki yg mengusik perasaan Edrinaz. Kesian Edrinaz tu. Dia nak mimpikan Shamsul Azman tapi wajah Zarul yg menjelma ;)
Scene Zalina Asha langgar Zarul tu mengingatkan saya pada babak2 terakhir novel cinta mekar di hati oleh penulis ini yg masa Tengku Alis nak langgar anak Ady Rafizal tu. Mcm scene recycle lah pulak. walaupun baru eksiden Zarul nak jugak ikut Edrinaz jumpa mak dia, Zarul lebih pandai mengambil hati ibunya berbanding Shamsul Azman dulu.
Edrinaz sudah hampir dlm genggaman namun Shamsul Azman kembali merayu kasih bekas isterinya. Dia kelihatan seperti lelaki yang hilang haluan. Edrinaz kesiankan Shamsul Azman, sekian lama bersama membuatkan dia tidak boleh nak ignore saja lelaki tu. Delivery Rose dlm novel ni memang membuatkan kita berdebar2 biler nak find out sapa yang Edrinaz pilih. Ending nya ada macam ala2 citer movie muzikal pun ada jugak, jiwang gitu. :)
Thanks Rose for Serasi Di Hati. Aku lega sangat kerana tajuknya ditukar. hehe... and good luck with "Mulanya Satu Cinta" yang bakal terbit tak lama lagi. Ishhhhhh... macam tak sabar pulak nak tunggu nih. Weh... citer Ervan biler nak kuar? Best la ko nyer teaser kat blog ko tu.
ermm bagi yang cari buku ni di pasaran tapi tak jumpa2 tu, rebutlah peluang membeli buku ni secara online kat blog roseharissa.blogspot - Dapat penanda buku special yang siap tertera wajah 'Zarul'. Rose! kalau aku beli penanda buku saja boleh tak? hehe.
sure fine whatever
rinn
sinopsis belakang buku:
Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa2 sahaja. Tiada rasa sayang, tiada rasa kasih... Bahkah Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama2 berasa serasi di hati.
RM21.00610 mukasuratisbn: 978-967-5229-01-5
------------------------------------
Thanks Rose sebab sudi jengah sini dan emelkan full cover SDH. terharu!! tak sabar pulak nak tunggu buku ko.. tumpang gembira ni :)
and... terima kasih sudi bg aku baca lama dulu.
weh cemana hang bleh cari blog ni? hehe.. aku saja2 jer gatai tangan update sini.. geram sbb multiply aku dah kena blog. aku la ni sub kat yam ngan adik, minta tolong update kan. hehe.
"derita itu menjadikan mereka lebih serasi bersama"
sinopsis serasi di hati
Persahabatan itu tidak pernah disengajakan, perasaan tersebut biasa-biasa sahaja. tidak ada rasa sayang, tidak ada rasa kasih... Bahkan Zarul tahu Edrinaz sudah berpunya. Namun semakin jauh mereka menerokai, semakin indah perasaan itu dirasa. Semakin sering bertemu, semakin Zarul merindu. Dan akhirnya Zarul, mahupun Edrinaz sedar, mereka sama-sama berasa serasi di hati.
RM21.00
isbn: 9789675229015
Rinn... haaa... patutlah aku mcm pelik je tgk blog ni...rasa cam lain ingat hang dah tukaq skin multiply... rupanya blogspot.
ReplyDeletetengkiu weh... sbb sudi baca dulu. tp aku takut gak ni, takut org x dpt terima isu yang aku timbulkan dan mungkin akan membandingkan dengan tulisan di Alaf 21...
berdegup degup dah ni nunggu SDH kuar... :)
rasanya hang click kat akunya google profile, sebab tu kuar blog ni. yang multiply tu click la kat links :) sini tempat aku test test dan buat semak. blogspot ni lebih kurang sama umur ngan multiply. tapi yg ni aku tak update cuma recently sejak multiply aku susah nak access, aku bukak acount shelfari and masukkan rak2 kat sini. haa.. dah penuh dengan rak! hehe.
ReplyDeleteisu dlm SDH secara realiti nya tak derlah baru. bukan saja org akan membandingkan dengan tulisan di alaf21, aku pun buat perbandingan jugak. x per.. genre lain dgn publisher lain, nama pun lain.. tentulah ada kelainan.
hmm aku pun tumpang berdegup degup.. hehe.