Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, October 30, 2011

Review 540: Kau Curi Hatiku by Iman Xara


Kau Curi Hatiku
Penulis: Iman Xara
Penerbit: Jemari Seni
Editor: Mohd Rosdi b. Mohd Zin
518 muka surat
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
9789675118524


Aku tak tahu kenapa 'cover' novel ini mengingatkan aku kepada negara Jepun. Mungkin bebunga ala-ala sakura tu kot. Lagipun aku tengah seronok melayan 'Nodame Cantabile', mungkin sebab itulah terpengaruh sikit dengan elemen-elemen kejepunan nih. haha. Apa-apapun, cerita ini memang tak ada kaitan langsung dengan kejepunan atau sakura. Tapi 'cover' dia aku suka :)


ARissa dan Zamil. Gabungan nama mereka saja sudah buat telinga aku rasa bingit. Memang pantang berjumpa, mereka akan berperang dan mengeluarkan kata-kata yang menusuk dan menghiris perasaan. Kedua-duanya mempunyai koleksi perbendaharaan kata yang tajam dan sinis. Zamil ni jenis lahir-lahir jer dah kurang asam dan baran. Arissa pula pantang orang kurang asam dengan dia, dia akan jadi seorang yang kurang asam juga. Kalau orang buat baik dengan dia, dia jadi baik la. Urusan kerja memaksa mereka saling berinteraksi tanpa boleh mengelak satu sama lain.


Zamil telah tersalah tafsir perasaan Ain terhadap dirinya membuatkan dia rasa 'frust'. Mungkin kata-kata Ain meminta dia berbaik-baik dengan Arissa membuat Zamil membuang egonya dan cuba berkomunikasi sebaik mungkin dengan Arissa dan kawan-kawan lain di pejabat. Aku memang tak sedap hati dengan Zamil ni, walaupun dia mula berubah, sikap panas barannya tu seperti gunung berapi pendam. Sekali dia meletup, habis la semua jadi abu.


Arissa pernah bercinta dengan Firdaus tetapi hasrat mereka terhalang apabila Pakcik Arissa berkahwin dengan adik Firdaus. Keluarga Firdaus tidak mahu menjadi buah mulut orang apabila keluarga mereka jadi keluarga 69. Ibu Firdaus sendiri meminta Arissa agar menjauhkan diri dari Firdaus. Firdaus dan Arissa terpaksa berpisah dan mengorbankan perasaan masing-masing. Firdaus akhirnya memilih Nurin sebagai isteri kerana Nurin banyak mengingatkan dia kepada Arissa.


Arissa terpujuk dengan perubahan Zamil tetapi ianya tidak disenangi ibu bapa Arissa yang pernah terlihat cara Zamil menyindir Arissa ketika berkunjung ke rumah mereka bersama sahabat-sahabat lain. Masa tu diorang ni masih lagi bermusuhan. Zamil mencuba nasib menghulur kasih kepada Arissa (dengan bantuan kawan baik ARissa, Zulfa). Zamil tahu bukan senang untuk mencuri hati gadis yang selama ini dicerca siang malam. Dia perlu membuktikan kepada Arissa bahawa dia ikhlas dan tidak main-main. Watak Zamil juga perlu membuktikan kepada pembaca yang dia akan menjadi suami yang baik buat heroin kita :)


Kesungguhan Zamil turut dizahirkan dalam akuan bertulis demi membuktikan hajat hatinya bukan main-main. Masa tiga tahun digunakan Zamil sebaik mungkin untuk memenangi hati Arissa dan akhirnya hajatnya tercapai walaupun ibu Arissa agak bimbang dengan pilihan hati Arissa. Tidak banyak kisah alam percintaan dan pertunangan mereka diceritakan penulis. Mungkin kerana penulis mahu terus membawa kita menghayati kisah hidup mereka sebagai pasangan suami isteri. Bagaimanapun, langkauan tiga tahun itu membuat pembaca belum cukup yakin pada Zamil.


WAtak Ayie walaupun tak selalu timbul, peranannya utk menambah perisa benci dan sakit hati memang sangat kuat. Aku rasa dia nilah berperanan besar mengapi-apikan Zamil dan menggalakkan Zamil berprasangka hingga merekacipta fitnah yang keterlaluan terhadap Arissa. Malah setelah Zamil dan Arissa berkahwin pun Ayie mempersoalkan ketelusan Arissa meluluskan wang syarikat untuk kegunaan Zamil ketika menjalankan tugas. Memang teringin jer nak baca watak ayie ni kena sepak dengan tapak tangan atau sepak dengan kaki.


Kelahiran Alif Rayyan menghiburkan hati Arissa dan Zamil namun gerimis-gerimis yang ditakuti pembaca sudah mula merintikkan cecair asidnya di tasik yang tenang. Jeng jeng jeng... Alam perkahwinan membawa mereka meniti jalan yang penuh liku, menduga hati dan perasaan, menguji cinta dan keikhlasan. Yang pastinya, menjadi isteri dan ibu membuat Arissa menjadi matang dan rasional dalam menghadapi dugaan. Cara dia decide untuk berpantang di rumah mertuanya setelah melahirkan anak kedua menunjukkan usahanya untuk menjernihkan keadaan yang semakin keruh. Perjalanan kisah yang mengajar Arissa dan Zamil tentang hati dan perasaan walaupun cara pengajaran yang diterima mereka adalah berbeza di hujungnya...


Kisah selepas perkahwinan memberi peluang kepada Iman Xara untuk membawa rentak cerita ke arah yang lebih beremosi dan drama, memerah air mata pembaca.


sure fine whatever
Rinn


blurb/sinopsis belakang buku:


Seteguh manakah hati seorg isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?


Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti ajing dengan kucig tidak boleh berdekat. Seorg bermulut laser dan seorg lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata org, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan sua itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dgn Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dgn Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu jadinya.

Kau Curi Hatiku

Kata orang hati perempuan itu sukar ditafsirkan. Jadi biarlah IMAN XARA membuka rahsia itu utk ada fahami, dgn membaca Kau Curi Hatiku.

No comments:

Post a Comment