Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Sunday, October 30, 2011

Review 533: Pemburu Mimpi by Saleha Hussin





pemburu mimpi by Saleha Hussin
terbitan dewan bahasa dan pustaka
1250 mukasurat
rm47.00

"Seorang wanita perlu ada impian. Jangan biarkan diri seperti alas kaki. Dipijak-pijak, kemudian ditinggalkan"

Covernya berpucukkan JPM. bunga2 ungu dalam kemalapan yang disinari kilauan sebutir permata.

saya benar2 tk sangka sebaik saja memulakan pembacaan buku ni saya betul2 melekat dengan jalan cerita dan susur galur yg membawa saya ke dalam kemelut keluarga yg dipaparkan. satu novel yang mempunyai warna2 kisah kehidupan yang berbeza. Lima anak gadis yang dilahirkan Hendon disingkirkan oleh bapa mereka yg mahukan zuriat lelaki lalu berkahwin lain. Hamimah yg sudah berusia 10 thn ketika itu masih ingat bagaimana lelaki itu memperlakukan ibu nya, malah dia sendiri pergi bersama ibu dan adik2nya bersama lelehan darah di pinggir bibirnya. Hamimah pergi bersama dendam. Luka yg Johan tinggalkan bukan sedikit.

Johan mdpt apa yg diingininya, anak2 lelaki. Berbelas tahun berlalu tiada satupun anak lelakinya yang meringankan beban hidupnya. Dada akhbar menjadi penyampai berita kejayaan anak sulungnya Hamimah yg kini bergelar Doktor Falsafah dan juga kejayaan anak2nya yg lain. RAsa bangga dan bersalah berbaur dlm jiwanya. Geramnya saya pada watak NAtijah, isteri Johan. Masa mudanya dia tu lazer sungguh mencerca Hendon dan anak2nya. DAn setelah 16 tahun berlalu, bila Hamimah berjaya, diungkit2 pulak "mentang2 dah berkelulusan tinggi, depa lupa ayah kandung sendiri"

Kisah ini lebih bertumpu kepada 3 gadis adik beradik, Hamimah, Hayati dan Halina. Haliza dan Hadidah masih lagi belajar. Hamimah seorang pensyarah yg cenderung dalam bidang politik, tetapi status solonya menyukarkan dia 'naik' dalam bidang ini. Siapakah lelaki yg hendak dijadikan suami? dia seakan sudah tidak percaya kepada lelaki.

Hayati seorang yang berkarier dalam dunia yang dipenuhi lelaki. Keupayaan menyaingi lelaki menjadikan dirinya yakin dan sentiasa mendahului mereka. Dia takkan tersungkur di kaki mereka. Namun Ariff tak pernah berputus asa. Lagi kerap Hayati menghilangkan diri, lagi galak Ariff mencari. HAyati bukan seperti wanita2 lain yg pernah Ariff dampingi. Ariff seperti mahu menjinakkan Hayati tapi nampaknya ARiff yg menjinakkan dirinya sendiri. Hayati takut pada ariff kerana dia satu2nya lelaki yang boleh menyebabkan otaknya tak berfungsi.

Halina pulak selepas grad dari universiti of wales terus nak kawin.. so terpaksalah mncari ayah kandung utk mewalikannya.. sesuatu yang amat tidak diingini oleh Hamimah dan Haryati.

semua ni baru ringkasan seperempat dari buku setebal 1250 muka surat ini. Bukan senang nak cari novel yang tebal tetapi padat seperti ini. adalagi kisah dr hamimah melamar dr md zain, hayati disindir ibu ariff hingga terpaksa melarikan diri dari ariff bersama satu nyawa baru dalam rahimnya, halina hanyut dalam ajaran sesat dan mempunyai pandangan sendiri dan selalu buat keputusan tanpa memikirkan hati dan perasaan kakak-kakaknya... Halina hilang diri dalam ketaksuban terhadap suami, rela dimadukan, Dr Hamimah tak sangka satu keterpaksaan membuahkan kebahagiaan dlm hidupnya. Permainan takdir antara Hayati dan Ariff lebih hebat dan mengejutkan. for me kisah ni ada nilai2 suspens yg tersendiri. cuma mungkin saya slow sikit part2 kisah politik tapi saya suka kisah Hayati-Ariff dan kisah Halina-Hanif sangat tidak disangka-sangka. I don't mind reading this again. :)

sure fine whatever
rinn
4 bintang

sinopsis belakang buku:


"kita boleh hormat dia, Lina, tapi jangan minta lebih daripada itu. Akak tak mahu buat dosa pada dia. Biarlah dia pergi dik. Lagipun ... kita cuma anak perempuan. Kita bukan boleh menyambung zuriatnya. Kita tak boleh mengusung mayatnya ke kubur. Biarlah kita dengan hidup kita di sini. Selama ini pun , beginilah mak membesarkan kita semua. Biarlah dia dgn hidupnya di sana. Kita tak perlukan sesiapa..."

Kata-kata Dr Hamimah yang terakhir itu sungguh muktamad buat bapanya, Johan. Hatinya hancur luluh. Semua harapannya sudah musnah. Dia menangis dalam kesepian, tetapi apa kan daya, segala-galanya telah berlaku. Dia tidak berdaya memusingkan masa itu. dialah yang merncang semua ini. Tidak boleh disalahkan kepada takdir Tuhan. Tuhan hanya melorongkan permintaannya. Dia berusaha, bersusah payah untuk mendapat anak lelaki. Tuhan sudah pun memenuhi hajatnya.

Si anakkah yang bersalah kerana mengetepikan bapanya, atau si bapakah yang bersalah kerana pernah mengetepikan anak-anaknya? Sebagai pembaca, anda diminta menjadi pengadilnya. Pastikan anda membaca novel yang mengisahkan perjuangan wanita ini untuk mendapatkan keputusan yang benar-benar adil.

No comments:

Post a Comment