Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, August 23, 2011

Review 501: Ibnu'l Haitam Pakar Optometris by Sulayman Fayyad


Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris
Penulis: Sulayman Fayyad
Penterjemah: Abdul Karim Mustafa
Siri Tokoh Cendekiawan Islam
Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
RM10.00
9789836261007
50 muka surat

Aku nak berkongsi cerita tentang seorang lelaki hebat :)

Ibnu'l-Haitham lebih terkenal sebagai seorang jurutera yang bijak. Dia amat berminat akan ilmu fizik, matematik, perubatan, astronomi, falsafah, akhlak dan logik. Malah dia bekerja sebagai penulis akaun di jabatan perakaunan kerajaan Basrah. Namun kepintarannya dicemburui beberapa orang lalu mengenakan seorang Amir supaya meminta beliau membina sebuah istana yang amat mustahil untuk dibina oleh seorang jurutera dan ulama yang tidak memburu harta dan kedudukan seperti Ibnu'l Haitham. Ilmu adalah keutamaan hidupnya. Keadaan terdesak itu memaksa beliau melarikan diri ke kota Baghdad. Di sana dia mencari rezeki sebagai penulis yang menyalin buku-buku untuk pekedai-pekedai buku.

Setelah idea sfera planet dan bintangnya tidak dapat diterima di Baghdad, dia dicemuh malah bukunya itu dibakar. Dia melarikan diri ke Syria pula. Di sana dia bertemu dengan seorang putera yang istananya ada perpustakaan yg besar. Lautan ilmu di situ bagaikan syurga dunia buat dia. Beliau leka meringkaskan 30 kitab perubatan doktor Yunani (Galen). Usahanya itu dihargai putera dan dia dibayar elaun 100 dinar. Dia tidak menerima 100dinar kerana merasakan dia hanya memerlukan 4 dinar sebulan.

Peristiwa Mesir dilanda kemarau membuatkan dia mencadangkan agar Sungai Nil disalurkan ke tempat-tempat simpanan air. Idea itu menarik perhatian Khalifah al-Hakim di Mesir. Namun ideanya tidak setimpal dengan teknologi Mesir pada ketika itu. Kegagalan Ibnu'l Haitham melaksanakan ideanya membuat al-Hakim terasa tertipu. Beliau diarahkan bekerja di jabatan kerajaan sebagai akauntan sahaja. Dia disangkal dari menyandang gelaran ulama atas kegagalannya itu. Ibnu'l Haitam amat tertekan dengan tugasannya dan berpura-pura gila. Dia dilepaskan dari bertugas sebagai akauntan dan menjadi tahanan di rumah sendiri. Ketika berada dalam tahanan di bilik gelap itulah dia mendapat idea mengenai pantulan cahaya dan pembentukan imej terbalik yang kemudiannya digunakan sebagai teropong dan kamera. Sejak itu beliau sering bereksperimen dengan cahaya dan bayang-bayang. Tindakannya membuat orang menganggap dia gila. Dia tersenyum ketika bereksperimen kerana gembira dengan idea fenomena pembalikan cahaya dan optik yang sedang bercambah-cambah dalam pemikirannya, tapi orang yg memandang ingat dia gila pulak.

Selepas 500 tahun kematian beliau, kitabnya yg berjudul al-Manazir telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin. Ilmu optik dan matematik dalam kitab itu disambar ulama-ulama Barat.

sure fine whatever
rinn


sinopsis/novelcinta@multiply/blurb


Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris


Ibnu'l-Haitham merupakan seorang pakar optometris berketurunan Arab yang hidup lebih kurang 1000 tahun yang lalu. Beliau ialah orang yang pertama berpendapat bahawa cahaya bergerak pantas. Ibnu'l Haitham juga orang yang pertama mencipta kotak fotografi. Ideanya telah diambil di zaman pertengahan Eropah Moden. Kisah tokoh yang menjadi kebanggan umat Islam ini sesuai dijadikan bahan bacaan golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.



No comments:

Post a Comment