Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Tuesday, August 9, 2011

Review 466: Rindu Yang Pergi by Fazie Hanna


Rindu Yang Pergi by Fazie Hanna
Harga : RM 13.00
Halaman :352
Terbitan Alaf 21 Sdn. bhd.

"Akan kutunggu biarpun penantian ini berakhir dengan kenangan"

aduih sedih nyer rentetan peristiwa yang menimpa Nia Karmila dlm "RIndu yg Pergi" ni. Tambah2 lagi biler tau yg penulisnya telah meninggal dunia menderita penyakit yg mcm ni jugak. Memang sayu lah.. Penceritaan cerita ini adalah dlm bentuk "aku", selepas 'aku' meninggal dunia cara penceritaan masih lagi hampir sama. 'Aku' masih berbicara selepas meninggal dunia.

Cerita ini mengisahkan Nia yg berkahwin dgn Hisyam yg berjanji utk menjaganya tapi dia memungkiri janji tambah2 setelah Nia menghidap penyakit kronik yg memaksanya tinggal di hospital. Susah payah Nia tak dipedulikan malah dia difitnah oleh suami sendiri hingga ibu mertuanya membencinya. Dia akhirnya dibebaskan dari ikatan perkahwinan, walau bgaimanapun seorang Doktor, Dr Rashdan sudi memperisterikan Nia dan mengizinkan Haikal menjadi anak Nia. Nia bahagia hingga jangkaan doktor yg dia hanya ada 6 bulan utk hidup meleset, dia hidup bahagia dgn keluarga kecilnya, setahun kemudian kebahagiaan itu diragut dan Nia pasrah. Kemelesetan kesihatan yg sebegini menemukan Nia dgn pelbagai kerenah manusia, ada yg bertanggapan buruk, ada yg simpati, ada yg jatuh kasih.

Rasanya Fazie hanna byk berkongsi pengalaman nya di hospital dalam buku ini. Kerjayanya sebagai guru juga diselitkan dalam watak Nia yg begitu tabah menempuh dugaan fizikal dan mental yg hebat. Memang sedih, maybe terpengaruh dgn berita pemergian Fazie Hanna juga.. masa baca opening credits pon dah rasa sebak. Marilah kita sama2 sedekah kan al Fatihah buat Arwah Fazie Hanna yg telah meninggalkan kita kira2 4 tahun yg lalu, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. Amin... Al Fatihah.

sure fine whatever
Rinn


sinopsis belakang buku:

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.

Nia Karmila... nama yang indah itu tidak seindah dengan hidup yang dilaluinya. Dugaan yang menimpa dirinya meragut segala kegembiraan yang dimiliki. Kebahagiaannya punah dalam sekelip mata. Hati mana yang tidak luluh, andai kehidupan menjadi pertaruhan. Hati mana yang tidak gundah, mahu menanggung keperitan yang tidak ada penyudah. Cuma yang tinggal, semangat yang ada kalanya goyah bersama keperitan yang datang menerjah.

Namun, kuasa ALLAH mengatasi segala. Hadir seorang lelaki bersama kasihnya yang tidak pernah padam. Rashdan... lelaki yang sanggup menerima segala kekurangan. Lelaki penyayang itu menyedarkan dia, membuat dia mengerti, hidup sebenarnya penuh misteri. Setiap hari ketika mentari muncul, dia bersyukur kerana masih bernafas. Setiap hari apabila mentari pergi, dia menanti penuh debar hari-hari yang
mendatang.

Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....



No comments:

Post a Comment