Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Monday, March 19, 2007

Review 1: Kisah Kasih by Kreisya Reisya




First buku yg pinjam dari kaksu. ekcili beli utk dia for birthday, peh tu pinjam baca pulak. bukan buruk siku kan? kan? kan? Buku ni dicadangkan oleh Yam and Amy. Thanks guys. i enjoy reading this one. citer tak berat, bahasa santai and interesting. tersenyum senyum la baca buku ni. jangan sekali kali baca last page sbb you people will confuse sapa sebenarnya yang dapat Farah tu. kisah macam cinderella. paling kelakar biler Farah mengikut cadangan Syah E, sapa yang kahwin ngan dia kena bawak kasut dia yang tertanggal sebelah semasa lari dari satu majlis. pening mak ayah dia. this one is in my A list. sure fine whatever Rinn sinopsis belakang buku: Puteri Farahdika, seorang gadis menawan telah berjaya memenangi hadiah utama pertandingan 'The Search Of Cinderella' yang berupa pakej penginapan mewah hotel lima bintang di Kuala Lumpur. Dalam pesta tari menari majlis itu, Farah telah terserempak dengan Radzi, bekas kekasihnya. Kerana panik dan marah, Farah lari hingga tercicir sebelah kasutnya. Tidak lama kemudian, seorang ahli perniagaan, Naim telah melamar Farah. Gadis itu meletakkan syarat agar lelaki itu mencari sebelah lagi kasutnya sebelum lamarannya diterima. Syarat lamaran itu pelik dan menimbulkan kemarahan ibu Farah. Akhirnya Naim menarik diri. Dalam pada itu, Syah E, seorang kenalan telah lama jatuh hati padanya. Dengan Syah E pun, Farah meletakkan syarat bahawa lelaki itu tidak boleh menghubunginya dalam tempoh setahun.



Setahun bukan sekejap. Dapatkah Syah E setia memendam rasa yang bergelora di jiwa? Apakah Farah dapat menanggung perasaan rindu yang tiba-tiba bertandang dihatinya? Sesungguhnya syarat itu menyeksa kedua-duanya. Namun ia telah memercikkan api cinta. Harga : RM 11.90 Halaman :348 ISBN : 983-124-029-4

2 comments:

  1. Tks krn kunjungi blog tbm. Selamat menonton.

    Saya juga menulis novel. InsyaAllah akan terbit novel saya yang ke-4 di bawah label Creative Enterprise. Tunggu saya umumkan pada Julai ini.

    ReplyDelete
  2. tonton Tangisan Bulan Madu di TV2, jam 9 malam setiap Selasa dan Rabu mulai 20 & 21 Mei.

    ReplyDelete