Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)
Friday, April 2, 2010
Review 118: Lagu Rindu by Ayu Emelda
Nostalgia baca balik novel2 lama Ayu Emelda :) lepas ni aku post balik review Kasih Dania pulak. hehe.
Lagu Rindu by Ayu Emelda
Terbitan Alaf 21 Sdn. Bhd
RM17.00
445 mukasurat
"Mengapa hati ini semakin rindu tatkala menatap wajahmu?"
Ayu Emelda, 2nd book dah kuar tp saya baru berkesempatan membaca karya nya yg pertama dengan alaf. Sebagai penulis baru, AE memilih kisah cinta selepas kawin utk menarik pembaca malaysia yang rata2 cenderung memilih genre ini utk dijadikan bahan bacaan menghiburkan.
kisah ini berkaitan Alea, seorang gadis yang diselubungi rasa ragu dan cemburu pada seorang lelaki bernama Aqmal. Aqmal mengaku menyintainya sepenuh hati tapi pada masa yang sama dia kelihatan intim dengan dua wanita lain iaitu Julea dan Sofea. Alea mmg syok kat Aqmal tapi keikhlasan Aqmal diragui. Mereka bercinta hanya seketika tapi kemudian putus kerana Alea terlalu cemburu dan tak mahu kecewa kemudian hari.
Kepulangan ke Malaysia membuka cerita baru bila Aqmal meminta bapanya yg kebetulan kenalan lama bapa Alea utk masuk meminang Alea utknya. Alea keberatan menerima, tapi sikap neneknya yg tk mahu adik alea langkah bendul Alea memaksa diri bersetuju. Alea ni sering dimarah neneknya sejak kecil lagi. masa kecik dia dipukul dgn tangan
bila besar dia dipukul dgn kata2.
Perkahwinan dgn Aqmal mcm biasala kalau kawin tanpa rela ni ada diselitkan kisah2 tak sebilik, sekatil semua tu. Aqmal sabar dgn kerenah dan kehendak Alea. Semasa isu Sofea-Aqmal dah mendapat pemahaman Alea, isu Aqmal-Julea pulak menjadi punca Alea bersikap dingin. he expect Alea to understand, tapi tak beterus terang. Bila
dia nampak Alea ngan Haikal cepat pulak dia melenting marah sampai tinggalkan rumah. Lelaki lebih dahsyat cemburu lah pulak. Kesian pulak Alea yg dpt suami hensem, ramai orang nak tackle. kat opis saja dah ada dua saingan walaupun dia isteri Aqmal.
konflik nenek yg marah hanya diselesaikan dgn pertolongan Alea meminta neneknya dibawa segera ke hospital sbb sakit. Ekcili i was expecting more of nenek dgn Alea punya scene, neneknya tak der pulak bagi alasan logic utk melayan Alea dgn begitu buruk, takkan hanya sekadar Alea utk anak dari perkahwinan kedua ayahnya kerana neneknya mahukan cucu perempuan. Semasa awal kelahirannya neneknya memang
sayang kat dia. Kelahiran adiknya Misya mengalih kasih sayang neneknya dn digantikan dengan kebencian yg melampau.
sure fine whatever
Rinn
sinopsis belakang buku:
Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hbungan ini lebih serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa utk mencintai dia seorang.
Indah kata yang diucapkan dulu rupa-rupanya satu nista. Pembohongan seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu. Lihatlah kini, apa yang ada didepanku. Gelagat Sofea membuatkan kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima seorang lelaki yang tidak ada pendirian. jauh benar penilaian
pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat dirinya?
Aku sebenarnya takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan. Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang andai cinta beralih arah tatkala kuserahkan jasadku kepadanya..
Tangisan semalam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan hati menerima kehadiran cinta yan bukan untukku. Meski sesekali hati digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad... hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti aku tidak mahu usia mudaku dibelenggu derita madu cinta!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment