Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Thursday, April 1, 2010

Review 115: Takdir Nor Aida by Kusyi Hirdan


Takdir Nor Aida by Kusyi Hirdan
Terbitan Jendelaku dotcom
RM20.00


"Jodoh telah sedia ada di depan mata, kenapa dia menolaknya?"


Ntah kenapa weekend kali ni saya memilih untuk membaca dua karya Kursyi Hirdan. Sebaik saja meletakkan 'Rantaian Cinta' saya terus mencapai Novel "Takdir Nor Aida". Saya dapat merasakan sentuhan 'Kusyi Hirdan' ada nilai tersendiri namun tidak jelas, jadi saya berharap 'Takdir Nor Aida' dapat memberikan sesuatu yang saya cari. Rentak dalam Takdir Nor Aida lebih rancak dan menarik, sehingga saya spontan memberi tahu sahabat di sebelah saya, 'cerita ni best juga..' tapi saya agak terkilan dgn cara cerita ini ditutup, seolah-olah tak tertutup. Ada sambungan ke? Saya lebih sukakan ending 'Rantaian Cinta'. dua2 cerita ada kelainan dan dapat lari dari 'typical'nya kisah novel cinta melayu, tetapi ending RC menjadikan hati puas sebaliknya ending TNA membuat kita rasa ada benda yang tak 'resolved' walaupun pembaca mungkin boleh memikirkan kemungkinan2 sendiri. Nak buat mcm mana, saya ni dah sah2 peminat happy ending :)


Dalam kisah ini Nor Aida adalah anak angkat dalam keluarganya. Dia tidak tahu kenyataan ini. Layanan yang diterima keluarganya langsung tidak susut. Ibunya tidak boleh dilawan kata. Katanya mesti dituruti.


Aida amat menyanjungi abangnya sehingga tiada lelaki yg setanding Kamil tu. Di usia 23 tahun, dia berkobar2 mahu menempuh alam kerjaya dan mencipta kejayaan sendiri tapi niat utk bekerja di dapur hotel ditentang keras oleh ibunya hingga menyebabkan dia tersadai di Kolej Semolek sbg Warden. Lelaki yg dicari sebagai pasangan tiada satu pun yg setanding abg Kamil. Di tahun itu juga dia diberitahu yg dia sebenarnya anak angkat. ibu angkatnya sangat takut kehilangan Nor Aida yang amat dikasihi lalu mahu mengahwinkan Kamil dgn Nor Aida. Mana mungkin adik berkahwin dgn abang. Nor Aida menolak mentah2, tapi macam mana nak melawan cakap ibunya? Kamil kesiankan Nor Aida lalu mencadangkan Nor Aida menghilangkan diri dalam setahun dua sehingga ibu mereka melupakan hasrat itu. (kenapa tidak kamil saja yang menghilangkan diri setahun dua? kesian lah pulak Nor Aida yg kena bawa diri)


Nor Aida berhijrah ke Johor dan bekerja di dapur hotel seperti yg diingininya utk menimba pengalaman. Kamil tak jemu2 melawatnya setiap hujung minggu, menyampaikan berita terkini keluarga mereka, terlerai juga sedikit rindu Nor Aida. Nor Aida tidak tahu yang Kamil sudah lama menaruh hati padanya.


Setelah 2 tahun berlalu Nor Aida terpaksa pulang kerana ibunya disahkan ada kanser. Kamil dan NOr Aida sebumbung semula.. ada perasaan baru yang berlegar dan mereka tahu keadaan mereka tidak sama seperti dulu. Nor Aida tidak selesa (mungkin cemburu?) dengan kehadiran Yang Faridah yang nyata mahu memikat Kamil. Kamil pulak sangat tidak selesa dgn perhubungan antara Nor Aida dgn Hadi semasa di Johor dan kemunculan semula bekas pakwe Nor Aida, Asri turut membuat Kamil tak senang duduk. Cemburu buta menimbulkan pergaduhan antara Nor Aida dan Kamil, rupa2nya Asri hanya datang utk menghantar kad jemputan perkahwinannya.. Nor Aida sudah merajuk.. Kamil menggunakan alasan ibu yg sedang terlantar sbg alasan utk mereka berkahwin, Nor Aida kecewa.. kenapa nak guna alasan lain kalau benar2 cinta?


Ibu pergi jua menyambut panggilan Ilahi, Nor Aida membawa diri lagi ke Johor. Mahu menyambung cinta dgn Hadi? tapi lelaki tu dah memindahkan perniagaannya ke KL utk mencari Nor Aida. *sighs* siapa yg Nor Aida cari?


sure fine whatever
rinn


sinopsis belakang buku:


Nor Aida Shafie hanya mahu mencapai cita-citanya dan bekerja seperti impiannya. Mula-mula menimba pengalaman, nanti ada perniagaan sendiri, biar namanya tersohor sbg ahli perniagaan berjaya. Dengan keluarga yang bahagia, mudahkah semua itu dilaluinya?


Namun emak penentu segala-galanya.


Aida juga kepingin mendapat cinta sejati. Tapi kata abgnya Kamil, tiada siapa mahukannya kerana sikapnya yang garang dan suka berterus terang. Siapa yang memahami Aida selain abangnya sendiri dan itulah menjadi masalah cintanya.


Hidup bahagia bukan selama-lamanya. Siapa tidak terkejut jika berada di tempat Aida. Di usia 23 tahun, Aida diberitahu satu rahsia. Tentang diri dan asal-usulnya.


Maka tersekatlah Aida. Ada kewajiban, ada paksaan. Dia mesti menyelamatkan diri. MESTI!

No comments:

Post a Comment