Terbaru di Rak Rinn: Sentuh buku utk baca review (klik next utk rak lama)

Shelfari: Book reviews on your book blog

Friday, April 16, 2010

Novel2 baru di pasaran


Kau Selalu Ada
Harga: RM18.00
Halaman: 496
Penulis: Durrah Fatiha
ISBN: 978-983-124-537-8
Terbitan Alaf 21


Sinopsis:


MALIHAMALIHAH, Syahindah dan Nurnisa sering mencuri perhatian Qayyim lewat kerenah manja dan nakal mereka. Biarpun hanya Malihah sahaja adik kandungnya, Syahindah dan Nurnisa juga punya tempat istimewa di hati Qayyim.


Kenakalan mereka terbawa-bawa apabila masing-masing sepakat melaksanakan satu misi rentetan idea Malihah yang mahu memisahkan ikatan cinta antara Qayyim dan Syiqin.


Mereka jelik dengan sikap manja Syiqin. Lantas, Indah dan Nisa cuba untuk mengalihkan perhatian Qayyim. Ternyata misi mereka tidak semudah yang dirancang. Perasaan cinta yang sengaja dibuat-buat oleh Indah dan Nisa dalam menjayakan misi mereka telah meresap jauh ke dasar hati masing-masing. Mereka benar-benar jatuh cinta dengan Qayyim!


Dan, Qayyim juga menyedari dia telah tertarik dengan dua teman adiknya itu. Penantian cinta mereka ternyata mendera perasaan apabila masing-masing enggan meluahkan.


Indah atau Nisa? Qayyim bingung mahu membuat pilihan!



Kasihku Satu
Harga: RM18.00
Halaman: 480
Penulis: Amiza Anaz
ISBN: 978-983-124-531-6
Penerbit Alaf 21


Sinopsis:


AMRIL NUQMAN menyimpan dendam terhadap lelaki yang disangka telah menyebabkan kematian kembarnya. Namun, hasratnya untuk membalas dendam tidak kesampaian kerana lelaki itu telah meninggal dunia. Dia kemudian menggunakan Aimi Rozana, adik lelaki tersebut sebagai galang gantinya.


Namun, Amril silap perhitungan. Dia terjerat dengan perasaan sendiri apabila jatuh cinta dengan gadis itu. Aimi Rozana pula menerima cinta Amril dengan ikhlas. Baginya, Amril seorang lelaki yang bisa membahagiakan dirinya. Akhirnya, mereka dijodohkan oleh keluarga masing-masing.


Kebahagiaan yang diharapkan rupa-rupanya menjadi duri dalam hidup Aimi. Apa yang diangankan kosong sematamata. Dirinya dilayan seperti patung bernyawa. Hanya dipandang, tapi tidak bisa disentuh. Sikap Amril semakin lama membuatkan Aimi menjadi sangsi dan kecewa.


Sanggupkah Aimi meneruskan hidupnya sebagai isteri Amril setelah lelaki itu meletakkan dirinya di tahap yang paling bawah?


Coklat, Bunga & Si Cupid
Terbitan Buku Prima
Cetakan Pertama 2010
Penulis: Zara Amani

Tiga orang pemuda yang datang mengetuk pintu hati membuatkan Amelia Rania Qaisara resah. Zarul Haidi Fahimi muncul bargaya mengisi kamar hati. Wajahnya yang tampan membuatkan hati jatuh tertawan. Senyumannya mampu mencairkan hati yang gundah gulana. Semakin dia menjauh, semakin ia mendekati. Cinta dinikmati sekelip mata. Namun ego yang bermaharajalela menyukarkan segala. Rifdi Hakimi membantu di kala sunyi. Dirinya pernah menjadi igauan malam suatu ketika dahulu. Namun hati yang menderita tiada siapa yang tahu. Fakhrul Qazril Amani muncul dengan membawa mentari indah. Dirinya sememangnya memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Apatah lagi wajahnya yang mirip dengan Haidi membuatkan dirinya sentiasa dibuai asmara. Siapa sangka pemuda itu mampu menggoncang hati yang semakin berbelah-bagi. Pahitnya hempedu ditelan sendiri. Tanpa ada yang memahami.





Cinta Dua Benua
Aliaa Rohani
RM 18.90
ISBN: 978-967-5489-31-0
Terbitan Buku Prima


Di universiti, Farah Amira mengenali Amer. Empat tahun mereka menjalinkan hubungan cinta, akhirnya mereka terpisah akibat salah faham dan buruk sangka. Kerana terlalu kecewa, Farah lari membawa diri ke Kota London. Di sana, dia bertemu dengan seorang jejaka bernama Ikmal. Tanpa dia sedari, Ikmal juga menaruh perasaan terhadapnya. Masa berlalu pantas, akhirnya tiba masa untuk Farah kembali semula ke tanah air. Hatinya masih mengingati Amer. Namun, dalam pada masa yang sama, Ikmal terus setia menanti, mengharapkan cinta Farah. Farah lemas dan keliru apakah rasa sebenar hatinya.

No comments:

Post a Comment